You are on page 1of 15

SMK SERI GARING ,

RAWANG .KERJA KURSUS


SEJARAH 2009

TAJUK : PERMAINAN TRADISIONAL

TEMA : PERMAINAN TRADISNIONAL WAU

NAMA CALON : Lee Yowan

TINGKATAN : 2 TOPAZ

NAMA GURU PENILAI : Puan Halimah

(1.)
Senarai Kandungan
Kandungan Muka
Surat
Tajuk 1
Senarai Kandungan 2
Penghargaan 3
Objektif Kajian 4
Kaedah Kajian 5
1. Nama Permainan 6
2. Latar Belakang 2.1 7
Latar Belakang 2.2~2.3 8
3.~ 4. Tujuan Dimainkan
Cara Bermain 9
5. Rumusan 10
6. Asal-Usul 11~12
7. Alat-Alat Yang Digunakan 13
8. Jenis-Jenis Wau Yang Terdapat Di
Malaysia 14
9. Elemen2 15

(2.)

Penghargaan
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Sekolah
SMK Seri Garing memberikan kerja kerja kursus ini. Oleh
sebab itu, saya terdapat pengatahuan tentang permainan
tradisional, gasing.

Selain itu, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada


guru sejarah saya, Puan Halimah.Mereka memberi idea,
sokongan dan tunjuk ajar tentang cara-cara membuat kajian
mengikut kriteria yang ditetapkan. Mereka turut memberi
teguran agar dapat dibuat dengan baik.

(3.)

Objektif Kajian
Melalui kajian ini , beberapa objektif kajian akan dapat
dipenuhi, iaitu:

i. Mengetahui secara mendalam tentang permainan tradisional


di negara kita terutama sekali mengenai permainan gasing.

ii.Mengetahui unsur-unsur seni dan kebudayaan yang


diterapkan di dalam permainan tradisional ini.

iii.Menambah pengetahuan tentang asal-usul permainan


tradisional dan cara-cara ia dimainkan.

iv.Menanamkan semangat patriotisme dan cintakan


kebudayaan serta warisan tanah air.

(4.)

Kaedah Kajian
Semasa menjalankan kajian, saya telah menggunakan
beberapa kaedah dalam proses mendapatlan
maklumat.Antaranya termasuklah kaedah majalah , internet,
surat khabar.
a.) Internet yang dicari oleh saya ialah daripada
www.yahoo.com > “Search : Sejarah Wau”
b.)Majalah dan surat khabar ialah didapat dari Bapa saya.
(5.)

Nama Permainan
Wau merupakan salah satu permainan tradisional yang agak
popular pada masa kini terutamanya di negeri-negeri sebelah
pantai barat semenanjung Malaysia. Wau dijadikan
permainan untuk mengisi masa lapang tidak kira generasi
muda mahupun generasi tua.

Terdapat beberapa jenis atau nama lain bagi wau. Antaranya


ialah wau burung, wau pari, wau katak, wau bayan, wau
merak, wau kucing, wau jala budi, wau lenggang kebayan,
wau sewah, wau barat dan yang paling digemari oleh orang
Melayu ialah wau bulan.

Terdapat berbeza-beza nama bagi wau mengikut negara iaitu


rakyat Jepun menyebut Tako, Afrika (Vlieers), Belgium
(Plakwaaier), China (Fung Jung), Belanda (Vlieger), Britain
(Kites), Perancis (Cerf Volant), Jerman (Drachen), Itali
(Aquilone), Korea (Youn), Mexico (Papalote), Norway (Drage),
Portugal (Pipas), Filipina (Saranggola), Russia (Letchijzmeij),
Sepanyol (Cometas) dan Sweden (Drake) tapi maknanya tetap
sama iaitu layang-layang atau wau.

(6.)

Latar Belakang
2.1 Mengikut satu catatan, wau telah dihasilkan sejak dari
tahun 711 Masihi lagi oleh Sang Jaya. Pada awalnya, wau
dicipta sebagai lambang kebesaran sesuatu negara. Apabila
sesebuah negara berjaya dalam peperangan, mereka akan
meraikannya dengan cara menerbangkan wau ke langit. Ada
juga pendapat yang menyatakan bahawa wau berasal dari
negara China sejak 3000 tahun yang lalu. Penduduk China
menggunakan wau untuk menghantar makanan kepada
penduduk yang terperangkap di bukit atau gunung semasa
banjir.

Wau juga dikaitkan dengan semangat padi. Wujud mitos yang


mengatakan bahawa pada zaman dahulu, terdapat sepasang
suami isteri yang bertani dan tidak mempunyai anak. Suatu
hari, mereka telah menjumpai seorang bayi perempuan dan
dengan rasa gembira, mereka telah menjaga bayi tersebut.
Apabila bayi tersebut taleh dewasa, bayi tersebut menjadi
seorang gadis yang amat cantik.
Pelbagai fitnah dan tohmahan dilemparkan oleh mereka yang
mencemburui kejelitaan gadis tersebut. Sehinggalah pada
suatu hari, dia telah dipukul dan dihalau keluar oleh petani
suami isteri. Sejak itu, tanaman mereka tidak menjadi dan
setelah ditilik oleh ahli nujum, ahli nujum mencadangkan agar
mereka menerbangkan wau berbentuk bulan untuk
mengembalikan semangat tersebut. Atas cadangan ahli nujum,
tanaman mereka kembali subur dan aktiviti mengembalikan
semangat padi, berlarutan hingga ke hari ini.

(7.)

2.2 Antara negeri-negeri di Malaysia yang mempopularkan


wau ialah Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Kelantan
dan Terengganu sehingga kini masih terkenal dan
mengekalkan tradisi pembuatan wau yang menarik. Selain
daripada membuat wau untuk dimain,negeri-negeri ini juga
membuat wau untuk hiasan dinding dan kraftangan.

2.3 Terdapat dua golongan yang kerap bermain wau pada


zaman dahulu iaitu golongan istana dan rakyat biasa. Pada
masa kini, biasanya kaum melayu yang selalu bermain wau,
namun begitu, terdapat juga segelintir kaum india atau cina
yang bermain wau untuk mengisi masa lapang mereka.
(8.)
Tujuan Dimainkan
Tujuan wau dimainkan ialah sebagai hiburan untuk mengisi
masa lapang kepada pelbagai peringkat umur atau golangan.
Selain itu, permainan wau juga dimainkan dalam pelbagai
jenis pertandingan sama ada bertaraf antarabangsa mahupun
bertaraf kebangsaan. Pertandingan-pertandingan ini melihat
pada kecantikannya, bentuknya, corak ciptaannya, warnanya
dan keasliannya.

Cara Bermain
Pada kebiasaannya wau akan dimainkan oleh dua orang iaitu
seorang akan memegang wau dan seorang lagi yang dipanggil
juru anjung akan memegang tali. Apabila angin bertiup maka
tali akan ditarik melawan arus angin dengan cara menghulur
dan menarik talinya sehinggalah wau tersebut tinggi di udara.
Kilauan cahaya matahari akan menambah cantik lagi wau
yang berwarna-warni itu.
(9.)
Rumusan
Selepas saya menjalankan kajian ini ,saya bersyukur
menjadi rakyat Malaysia dek keunikan dan kepelbagaian
budaya yang terdapat di Malaysia .Saya juga rasa sangat
bertuah kerana dapat mengetahui dengan lebih lanjut
tentang permainan tradisional melayu.

Seperti peribahasa melayu yang mengatakan tak kenal maka


tak cinta.Selepas kajian dijalankan,saya dapat menghayati
permainan tradisional orang melayu.Andai rakyat Malaysia
memahami dan menghayati permainan tradisional sesuatu
kaum yang mendalam,ini akan mewujudkan rasa hormat-
menghormat antara kaum.

Semangat perpaduan yang wujud akan membolehkan


perpaduan tanah melayu yang terdapat pelbagai kaum ini
terus berkekalan. Rakyat Malaysia bersatu padu ini dapat
bersama-sama dalam semua perkara untuk melahirkan
Malaysia yang cemerlang.
(10.)

Asal-Usul
Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat
dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau
bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang
di Malaysia berasal dari Negara China. Ini kerana reka bentuk
serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang
tradisional dari Negara China. Layang-Layang pada masa
dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan
evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap
unsure-unsur kebudayaan dari Negara China. Selain wau,
nama lain adalah layang-layang. Perkataan “wau” dikatakan
berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri
seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan
perkataan tersebut.
Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan
negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung
Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat
dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang
menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang
bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak
pula disebut bermain wau
Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang
terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila
dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur
tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara
berirama.
Negeri yang Mempopularkan Permainan ini
Secara menyeluruh, Wau banyak dimainkan di negeri-negeri
Pantai Timur seperti Kelantan dan Terengganu,Juga dengan
negeri-negeri Utara iaitu Kedah dan Perlis. Di negeri Kedah
kebanyakan layang-layang atau wau dimainkan selepas
menuai padi selepas penat lelah mereka menjalankan tugas
(11.)
sebagai petani. Di samping itu, kawasan sawah yang lapang
sesuai untuk bermain permaian ini iaitu wau.
Kaum yang Terlibat
Permainan ini banyak diterbangkan atau dimain oleh kaum
melayu.Majorotinya,kaum melayu dari utara mahupun pantai
timur yang mempopularkan permainan ini. Di samping itu,
kaum-kaum lain juga terlibat dalam menerbangkan wau ini.
Sebagai intiha, kaum cina dan india.
(12.)

Alat-Alat Yang Digunakan


Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa,
dari kerja-kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka,
mengimbang stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas
pada rangka wau tersebut mengambil masa dua minggu untuk
siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada
kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang
mengikut bentuk serta jenisnya. Rangka yang telah disiapkan
akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis dan lutsinar
dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan
kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang
berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung
atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga
pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampalkan.Di
bahagian kepala atau muncungnya serta dihujung kiri dan
kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu-rambu halus yang
berwarna warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan
diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya
mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbangkan diudara.
Busul diperbuat dari daun rembia atau mengkuang yang telah
direndam dan dilurut lalu dibiarkan kering. Ia berbentuk
seperti alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu
kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi
mengimbangi wau - Teraju Tiga.

(13.)

Jenis-Jenis Wau Yang Terdapat Di


Malaysia:

(WAU BULAN) (WAU KUCING) (WAU DAUN) (WAU HELANG)


(WAU JALABUDI) (WAU KENYALANG) (WAU MERAK) (WAU PUYUH)

(14.)
Elemen2: Format Dan Laporan
Bil. Perkara Tandakan(/)
1. Tajuk
2. Senarai Kandungan
3. Penghargaan
4. Objektif Kajian
5. Kaedah Kajian
6. Nama Permainan
7. Latar Belakang 2.1
8. Latar Belakang 2.2~2.3
9. Tujuan Dimainkan
Cara Bermain
10. Rumusan
11. Asal-Usul
12. Alat-Alat Yang Digunakan
13. Jenis-Jenis Wau Yang
Terdapat Di Malaysia

(15.)

You might also like