You are on page 1of 6

BAHAGIAN B

BAHAGIAN I

DASAR-DASAR KERAJAAN

DASAR PERTANIAN NEGARA ( 1992 – 2010 )

SOALAN 5

Dasar Pertanian Negara (1992-2010) mempunyai matlamat pertumbuhan

nilai ditambah sektor pertanian pada kadar 3.1% setahun. Jelaskan 3

strategi pelaksanaan bagi mencapai matlamat tersebut

JAWAPAN :-

DASAR PERTANIAN NEGARA

Dasar Pertanian Negara telah dilancarkan oleh bekas Timbalan Perdana

Menteri Malaysia, Dato’ Musa Hitam selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet

mengenai Dasar Pertanian Negara pada 12 Januari 1984. Ia memberi garis

panduan untuk membantu kerajaan dan sektor swasta dalam menggiatkan lagi

sektor pertanian, meliputi sektor kecil tanaman, ternakan, perikanan serta

perhutanan dan seterusnya ekonomi negara secara keseluruhannya.


Dasar ini akan dilaksanakan sepenuhnya dibawah Rancangan Malaysia Kelima.

Dasar ini bertujuan membaiki sosio-ekonomi dan meninggikan pendapatan para

petani, selain dari mengeluarkan bahan pertanian yang cukup untuk keperluan

negara dan eksport

Penggubalan dan pelancaran Dasar Pertanian Negara bukan bermakna bahawa

sebelum ini kerajaan tidak memberi tumpuan dan perhatian sewajarnya kepada

sektor pertanian. Malah, semenjak merdeka lagi, banyak sumber negara yang

telah digunakan untuk membangunkan sektor ini dengan cara

memperbanyakkan infrastruktur dan meluaskan khidmat sokongan pertanian.

STRATEGI-STRATEGI PERLAKSANAAN

Strategi-strategi yang dipilih untuk mencapai matlamat Dasar Pertanian Negara

merangkumi beberapa dasar yang sedia ada tetapi diperkemas, dipergiat dan

diperkukuhkan lagi dengan yang baru.

Oleh itu dapatlah digambarkan di sini bahawa Dasar Pertanian Negara ini tidak

boleh dianggap sebagai lembaran baru dalam pertanian negara. Dasar

Pertanian Negara lebih merupakan penekanan amalan-amalan yang sedia ada.

Bagaimanapun dasar tersebut menunjukkan reaksi terhadap kebimbangan

kerajaan mengenai masa depan sektor pertanian.


Pendekatan atau strategi yang dijalankan untuk mencapai matlamat Dasar

Pertanian Negara ialah pembukaan tanah baru, pembangunan institusi,

perkhidmatan sokongan pertanian dan pembangunan sosial dan institusi.

Pembukaan tanah baru bertujuan menyediakan peluang pekerjaan,

membolehkan penubuhan unit kebun yang lebih ekonomi, mewujudkan amalan

pertanian yang lebih cekap dan mengimbangkan taburan penduduk.

Di bawah Dasar Pertanian Negara, pembukaan tanah baru akan mengambil kira

stok tanah yang sesuai untuk pertanian yang semakin berkurangan, di samping

kos pembangunan tanah yang kian meningkat. Batasan pertama boleh diatasi

dengan menyesuaikan saiz kebun dengan jenis serta sistem tanaman yang

dipilih. Untuk mengatasi batasan kedua, para peserta rancangan akan di

tempatkan di kawasan rancangan lebih awal untuk membantu usaha

menyediakan kawasan itu untuk tanaman.

Pendekatan yang akan digunakan kepada peserta rancangan tanah baru ini

meliputi peruntukkan peserta-peserta projek melepaskan tanah-tanah mereka

samada dengan menjual atau memajakkan kepada petani di kawasan

berkenaan.

Pembangunan institusi pula ialah rancangan untuk menambahkan daya

pengeluaran pertanian dengan memperbaiki kemudahan infrastruktur, program

penanaman semula, menyelesaikan masalah saiz tanah yang tidak ekonomik,

tanaman yang kurang menguntungkan dan tahap produktiviti yang rendah.


Program ini juga memberi perhatian kepada tanah-tanah terbiar, melaksanakan

pemulihan tanaman dengan menggunakan benih yang bermutu tinggi,

memberikan kemudahan kredit dan meningkatkan penggunaan teknologi moden.

Berbanding dengan rancangan pembukaan tanah baru untuk penempatan,

perlaksanaannya boleh berbentuk program tunggal atau projek bersepadu.

Program ini berbentuk penyatuan tanah dan galakkan perladangan secara

kumpulan di bawah satu pengurusan. Di samping itu, program-program juga

dirangka untuk mengusahakan tanah-tanah terbiar termasuk mengambil

langkah-langkah untuk mengatasi masalah sosial, perundangan dan pertadbiran

yang menghalang pembangunan sedemikian.

Usaha untuk membangunkan kawasan-kawasan tersebut telah lama dijalankan

melalui program-program pemulihan kawasan-kawasan yang tertentu seperti

Pembangunan Pertanian Bersepadu di bawah Kementerian Pertanian atau

melalui projek khas seperti Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),

Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) dan Perbadanan-perbadanan

Pembangunan Wilayah.

Secara keseluruhannya, industri berasaskan pertanian memang mempunyai

potensi yang cerah di Malaysia. Peningkatan “tambah nilai” hasil pertanian dan

perluasan asas sektor pertanian sudah pasti akan membuka lembaran baru

dalam pembangunan ekonomi negara. Namun begitu, tahap pencapaian yang


memuaskan dalam industri tersebut perlu dirancang dengan teliti, khususnya

dalam menyediakan kepakaran, khidmat sokongan, teknologi, modal dan

sebagainya.

Dapatlah dirumuskan disini bahawa sektor pertanian telah dapat mencapai

beberapa kejayaan dari segi mengurangkan peratus kemiskinan melalui

pembukaan tanah baru dan bantuan-bantuan lain. Bagaimanapun kejayaan ini

dicapai pada kos kewangan yang tinggi kepada kerajaan dan penggunaan

sumber-sumber seperti tanah dan buruh yang masih berada di paras yang

rendah.

You might also like