You are on page 1of 8

Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

BAHAGIAN B (II)

PENGURUSAN ORGANISASI, KEPIMPINAN & KOMUNIKASI

SOALAN 4

Seseorang pemimpin hendaklah menghayati dan mengamalkan sifat-sifat

mulia & murni kepimpinan supaya dihormati serta disegani oleh orang

yang menguruskannya.

Nyatakan 5 daripada sifat-sifat kepimpinan tersebut.

1
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

PENGENALAN

Pada amnya, kepimpinan didefinisikan sebagai seni atau proses

mempengaruhi kegiatan manusia yang berkaitan dengan tugas mereka, supaya

mereka rela bergiat dan berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi.

Sebaik-baiknya, manusia patut digalakkan untuk menanam kegigihan, keazaman

dan keyakinan untuk bekerja. Para pemimpin tidak menekan atau mencucuk

suatu kumpulan dan belakang; sebaliknya mereka meletakkan diri di hadapan

kumpulan itu sambil memajukan dan mengilhamkan ahli-ahli kumpulan itu untuk

mencapai matlamat organisasi. Misalnya, seorang pemimpin sebuah

pancaragam (orkestra) yang bertugas untuk menghasilkan bunyi-bunyian yang

diselaraskan dan irama lagu yang betul, melalui usaha-usaha bersatu ahli-ahli

muzik di dalam orkestranya itu.

Terdapat tiga elemen penting tentang definisi kepimpinan. Pertama,

kepimpinan mesti melibatkan orang lain atau pihak lain sama ada pekerja-

pekerja bawahan yang dipertanggungjawabkan atau para pengikut. Ahli-ahli

kumpulan membantu mentakrifkan status pemimpin, dan mewujudkan proses

kepimpinan melalui kesanggupan mereka untuk menerima pengagihan kuasa

yang tidak seimbang di antara para pemimpin dan ahli-ahli kumpulan. Kedua,

para pemimpin rnempunyai autoriti untuk memberi arahan berkenaan dengan

setengah daripada kegiatan-kegiatan anggota kumpulan, manakala anggota-

anggota pula tidak boleh menggarab aktiviti-aktiviti pemimpin mereka. Ketiga,

selain daripada berkuasa untuk memberi arahan tentang apa yang perlu

2
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

dilakukan, pemimpin boleh juga mempengaruhi melalui arahan yang

dilaksanakan oleb pekerja-pekerjanya. Misalnya, seorang pengurus mungkin

dapat mengarah stafnya untuk melakukan sesuatu tugas, tetapi yang mungkin

menentukan sama ada tugas itu benar-benar dikendalikan dengan betul ialah

tahap pengaruhnya terhadap pihak yang berkenaan.

Kepimpinan adalah satu proses menggerakkan satu kumpulan manusia

untuk mencapai visi, misi dan matlamat yang telah ditentukan. Kepimpinan juga

boleh didefinisikan sebagai usaha untuk mempengaruhi individu atau

sekumpulan individu untuk melakukan sesuatu tugas bagi mencapai objektif

tertentu (Zulkiple Abd. Ghani, 2004).

Menurut Gribben J.J (1972), kepimpinan merupakan satu proses

mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang

dapat merangsangkan mereka untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai

matlamat bersama. Kepimpinan memainkan peranan yang besar iaitu

merangkumi tugas individu tertentu seperti Perdana Menteri bertanggungjawab

kepada seluruh rakyat dan juga negara, menteri terhadap kementeriannya,

suami terhadap keluarganya, begitu juga sebaliknya bagi seorang isteri, ketua

kampung terhadap anak buahnya dan lain-lain lagi.

Kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau kekuatan untuk

meyakinkan orang lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat dan

kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya (Fulmer R.M,

1976). Selain itu, kepimpinan ialah sejenis tingkah laku yang bertujuan untuk

3
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

mempengaruhi orang lain supaya mereka sanggup dan secara sukarela

melakukan apa yang dikehendaki oleh orang yang memimpin.

SIFAT KEPIMPINAN

Pemimpin adalah seorang yang mempunyai keupayaan mendorong orang

lain supaya patuh dengan arahannya secara rela hati tanpa tekanan atau

paksaan. Sementara itu, kepimpinan adalah sebagai kemahiran komunikasi

yang menggerakkan kumpulan ke arah pencapaian matlamat dan kesejahteraan

kumpulan. Bagi melahirkan pemimpin yang dihormati serta disegani oleh orang

yang menguruskannya, sifat-sifat kepimpinan seperti berikut haruslah dihayati

dan diamalkan iaitu :

(a) Keperibadian atau Keterampilan

Keperibadian dapat ditonjolkan melalui ciri fizikal, pertuturan,

tingkahlaku, pemakaian, dan disiplin yang akan menyerlahkan

kepimpinan seseorang. Sifat keperibadian ini turut merujuk kepada

inisiatif dan kemampuan pemimpin yang diamanahkan serta

mempamerkan sikap kental dalam berusaha mencapai matlamat

bersama. Contohnya, seorang pemimpin haruslah sentiasa

berpakaian kemas dan berkarisma agar dapat meyakinkan pekerja

bawahannya tentang keupayaannya untuk memimpin sesebuah

organisasi itu.

4
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

(b) Bijaksana Mengurus

Adalah penting bagi seseorang pemimpin yang baik mempunyai

daya kebijaksanaan yang tinggi dalam mengurus organisasi

mahupun perancangan yang telah dibuat bagi memastikan

matlamat organisasi dapat dicapai. Dalam menyelesaikan sesuatu

masalah seseorang pemimpin itu haruslah bijak bagi membuat

sesuatu keputusan. Kebijaksanaan yang dimiliki akan melahirkan

pengikut lebih menghormati pemimpin. Contohnya; seorang

pemimpin haruslah tahu untuk menguruskan pekerja bawahannya

dalam menjalankan setiap aktiviti organisasi yang dipimpinnya agar

aktiviti tersebut dapat berjalan dengan lancar.

(c) Bijak Berkomunikasi dan Adil

Konsep komunikasi adalah untuk menyampaikan maklumat

daripada sumber kepada penerima yang dipergunakan untuk

mengubah seseorang individu atau kelompok masyarakat

(Samsuddin A.Rahim, 1993). Komunikasi adalah faktor yang

penting bagi menyumbang kepada keberkesanan kumpulan.

Seorang pemimpin seharusnya tahu bagaimana untuk

mempraktikkan corak komunikasi bagi tahap atau level setiap

individu. Sekiranya corak komunikasi seseorang pemimpin itu

dapat difahami dan diterima oleh pengikut sesuatu kumpulan maka

komunikasi pemimpin ini dikatakan telah berkesan. Percanggahan

5
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

pendapat dan idea dalam menyelesaikan sesuatu masalah boleh

dileraikan apabila seorang pemimpin itu bijak mewujudkan proses

komunikasi yang baik dalam organisasinya bagi mencapai

matlamat organisasi. Bagi memastikan kumpulan pengikut itu

menghormati dan menerima seorang pemimpin, sifat adil haruslah

dimiliki oleh seorang pemimpin yang baik. Sifat adil ini adalah perlu

bagi memastikan organisasinya berada dalam keadaan harmoni,

toleransi dan bebas daripada ketegangan, konflik boleh memecah-

belahkan pengikut-pengikutnya. Seorang pemimpin yang baik

perlulah bersedia menerima kelebihan dan kekurangan pengikut

serta tidak memperkecilkan kelemahan pengikut. Pemimpin juga

perlu bersedia membantu pengikut lain serta membangunkan

potensi diri mereka sendiri.

(d) Kematangan Sosial dan Emosi

Seseorang pemimpin yang baik perlulah mempunyai kekuatan

emosi terutama apabila berhadapan dengan sesuatu konflik

samada dalam organisasi mahupun di tempat awam. Malah

pemimpin haruslah memiliki kematangan sosial yang akan

memudahkan proses pertukaran matlamat, pembentukan idea,

pembentukan hubungan dan kesefahaman. Kebiasaannya apabila

seorang pemimpin itu mempunyai kematangan sosial dan emosi

yang baik, maka kita dapat melihat kredibiliti yang ditunjukkan

6
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

dalam setiap pekerjaannya. Antara faktor yang mencerminkan

kredibiliti seorang pengurus ialah kepakaran, kebolehpercayaan,

prihatin, dinamik, daya tarikan peribadi, kecekapan dan ketetapan.

Secara khususnya, pemimpin yang baik wajar dilihat sebagai

seorang yang cerdik, bolehdiharap dan minat terhadap pekerja.

(e) Berintegriti / Amanah

Integriti secara umumnya bermaksud kejujuran, ketelusan,

keutuhan dan kesempurnaan dan ianya adalah nadi utama kepada

pencapaian hasil kerja yang berkualiti yang dipertanggung-

jawabkan ke atas organisasi dan individu. Pemimpin seharusnya

mempunyai integriti yang tinggi agar dapat mendidik individu atau

masyarakat menjauhi perbuatan yang tidak bermoral seperti rasuah

dan jenayah. Manakala amanah pula sering dikaitkan dengan

kepercayaan seseorang atau tugas yang dipertanggungjawab

kepada seseorang. Bagi seorang pemimpin yang baik, sifat

amanah ini hendaklah sentiasa tersemat dalam dirinya. Sifat inilah

yang mendorong seseorang pemimpin ini untuk memikul bebanan

tugas yang dipertanggungjawabkan dengan jujur dan ikhlas.

7
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008
Tugasan Kumpulan3 (Layan Jer)

KESIMPULAN

Mendidik pemimpin yang berkualiti dan konsisten dengan misi dan visi

bukanlah tugas yang mudah dan tidak terletak di bahu sesetengah pihak sahaja.

Ia menuntut banyak proses pembelajaran dan pengalaman. Ini kerana

keterampilan dan kewibawaan pemimpin amat penting dalam menempatkan diri

di kalangan pemimpin-pemimpin yang cemerlang dan terbilang. Selain

mempunyai asas keilmuan yang baik, kredibiliti seorang pemimpin juga diukur

sama ada memiliki akhlak contoh dan peribadi yang mulia. Oleh itu, amat penting

bagi seorang pemimpin untuk memiliki sifat-sifat yang baik bagi membantu

merubah masyarakat, organisasi dan negara kearah suatu cara hidup yang lebih

berkualiti dan maju.

Rujukan :

1. Maksud Kepimpinan – Wikipedia Bahasa Melayu, 2008

2. Slaid Kepimpinan – Wan Mustafa bin Wan Latif, INTENGAH, 2008

8
Kursus Induksi Umum Bil 5/2008

You might also like