You are on page 1of 8

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR RINCHING

ALAT TEKNOLOGI BAGI MENGATASI MASALAH HAD DERIA PENGLIHATAN DAN HAD DERIA PENDENGARAN

B6D1E1
1

MAKLUMAT PROFIL SAYA


Nama Umur Tingkatan Tempat Lahir Tarikh Lahir Nama Sekolah Alamat Rumah Hobi Cita-cita Tajuk Folio Muhammad Syahmi Bin Mohd Yusoff 14 Tahun 2 KAA Pusat Rawatan Islam MAIS, Kajang 7 Ogos 1999 SMK Bandar Rinching No 5, Jln 2/5B, Seksyen 2, Bandar Rinching, 43500 Semenyih, Selangor Darul Ehsan Membaca buku dan mendengar muzik Jurutera Alat Teknologi Bagi Mengatasi Masalah Had Deria Penglihatan dan Had Deria Pendengaran

PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Deria manusia terdiri daripada lima deria yang penting iaitu, deria rasa, deria sentuhan, deria bau, deria penglihatan dan deria pendengaran. Masing-masing menggunakan organ deria yang tersendiri dan juga spesifik dengan fungsinya. Sebagai contohnya, deria penglihatan menggunakan mata sebagai organ deria dan pendengaran menggunakan telinga sebagai organ deria. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa had dan halangan tertentu kepada deria penglihatan dan deria pendengaran kita. Sebagai contohnya, mata kita tidak dapat melihat objek yang sangat kecil seperti kuman. Manakala telinga kita pula tidak dapat mendengar bunyi yang sangat kecil atau yang sangat kuat. Namun, dengan adanya teknologi moden, halangan dan had kepada deria seperti ini dapat juga diatasi. Alatan seperti teleskop, mikroskop, kanta pembesar, sinar-X, periskop, teropong dan alat pengimbas ultrabunyi dapat membantu mengatasi had kepada deria penglihatan kita.
3

PENGENALAN/LATAR BELAKANG
Manakala alatan seperti mikrofon, pembesar suara, stetoskop dan alat bantu dengar pula mampu untuk membantu kita mengatasi had deria pendengaran.

ALATAN UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENGLIHATAN


Teleskop Mikroskop Kanta Pembesar Sinar-X Periskop Teropong Alat Pengimbas Ultrabunyi

ALATAN UNTUK MENGATASI HAD DERIA PENDENGARAN


Mikrofon Pembesar suara Stetoskop Alat bantu pendengaran

KESIMPULAN
Kemajuan teknologi nampaknya banyak membantu kita untuk mendapatkan kualiti hidup yang lebih baik. Alatan moden seperti sinar-X dan juga alat bantu dengar, ternyata banyak membantu ramai manusia di luar dalam mendapatkan keperluan hidup yang maksimum. Walau bagaimanapun, sekalipun teknologi yang ada ini banyak membantu kita, namun perlulah kita sedari akan kepentingan menjaga organ deria kita dengan baik. Ini juga bagi membolehkan kita menikmati segala kurniaan Tuhan dengan sempurna dan tanpa perlu bersusah payah. Harus juga kita bersyukur dengan segala kelebihan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri supaya dapat menjalani kehidupan dengan sebaik mungkin.

PENGHARGAAN
Pertama sekali, saya ingin melahirkan syukur ke hadrat Allah di atas segala petunjuk dan hidayah-Nya. Alhamdulillah, folio sains ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan oleh-Nya. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi besar kita Nabi Muhammad S.A.W. dan kepada ahli keluarganya, seterusnya kepada para sahabat baginda dan para tabin, para alim ulama sehinggalah kepada sekelian hamba-hamba Allah yang mengikuti jejak langkah mereka. Terima kasih yang amat terhingga kepada kedua orang tua saya yang telah mendidik dan mengasuh saya dari kecil hinggalah ke hari ini dalam ketaatan kepada Allah s.w.t. Seterusnya kepada guru yang pernah dan masih mengajar saya iaitu Cikgu Norisa, guru mata pelajaran Sains. Semoga Allah s.w.t. memberikan ganjaran pahala yang besar kepada semua hambahamba-Nya yang sentiasa membantu dalam menegakkan agama-Nya. Amin.

You might also like