You are on page 1of 26

PETUA PETUA

Ari-ari Pedih
Ambil sirih bertemu urat, sebiji bauh pala dibenamkan ke dalam abu
panas, sebiji pinang yang telah dibelah tiga bahagian serta disapu
dengan kapur dan makan pada sebelah pagi, tengahari dan petang.
Amalkan selama tiga hari berturut-turut.

Asma
Tujuh helai daun sirih ditumbuk lumat bersama satu sudu teh lada
putih dan campurkan minyak kayu putih secukupnya agar menjadi
pepesan. Sapukan pada dada pesakit serta leher, amalan ini akan
menghilangkan penyakit asma.

Barah
Tiga helai daun sirih bertemu urat dihancurkan lumat berserta kapur
sirih sebesar ibu jari kaki dan sesudu makan madu lebah untuk
menjadi pepesan. Sapukan tiga kali sehari dibahagian yang sakit.

Batuk Lelah
Daun sirih dilayur dan dituam ke dada pesakit. Air daun sirih diguna
untuk minuman kepada pesakit.

Bau Badan
Sapukan adunan tiga helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah
diramas sama, ke atas badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan
beberapa ketika dan bilas dengan air bersih.

Bau Mayat
Untuk menghilangkan bau mayat yang melekat pada tangan atau baju
setelah menyelesaikan kerja-kerja mandi mayat, ambil beberapa helai
daun sirih, ramaskan dan rendamkan bersama baju beberapa ketika
sebelum dibilas dengan air bersih.

Bayi Selsema
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan
lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan
melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah.

Berak Darah
Akar korma, gambir dan jintan putih dimakan dengan sirih pinang

Demam
Tujuh helai daun sirih, kemenyan sebesar ibu jari dan tiga ulas
bawang merah. Giling halus dan tampalkan di dahi. Lakukan dua kali
sehari, cara ini bagi menghilangkan demam dan sakit kepala selepas
bersalin.

Demam Panas
Tiga helai daun sirih diramas ke dalam semangkuh air bersih bersama
buah pinang muda yang telah dipecah-pecahkan dan jaramkan pada
kepala, lakukan beberapa kali sehingga panas badan berkurangan.

Gatal Vagina
Tujuh helai daun sirih direbus dengan dua gelas air, campurkan sedikit
asam jawa hingga mendidih. Setelah air menjadi suam bolehlah
membasuhnya. Lakukan setiap hari hingga sembuh, terutama untuk
ibu-ibu yang baru lepas bersalin.

Gegata
Layurkan daun sirih di atas bara api dan sapukan pada badan yang
ditumbuhi gegata. Rasa miang dan gatal akan hilang dengan segera.

Hidung Berdarah
Daun sirih digulung sebesar jari kelingking serta diramas sedikit
dibahagian hujungnya untuk mengeluarkan bau dan dimasukkan
kehidung yang berdarah. Baringkan pesakit dengan keadaan kepala
meninggi.

Kencing sakit -
Sekiranya kencing berasa sakit, daun pepesan, sirih bertemu urat,
daun pulasari dan bawang merah sebiji dan digiling lumat serta
sapukan pada ari-ari dan bahagian pinggang.
Keputihan -
Mandi dengan air suam rebusan daun sirih selama tujuh hari untuk
membersihkan vagina, rasa gatal dan keputihan akan hilang. Amalan
memakan daun sirih setiap hari juga boleh mengelakkan dari masalah
keputihan.

Kutu Babi -
Petik daun sirih bersama tangkainya. dan titiskan getah sirih ke atas
kutu babi yang melekat pada kulit tubuh. ianya akan menjadi senang
untuk dicabut.

Lompangan (ulcer) -
Tempelan (pasta) dari ramuan sirih pinang ditepekkan pada luka untuk
menyembuhkan luka dengan cepat pada bibir mulut.

Muntah
Bawang merah, jintan hitam, makan dengan sirih pinang dan
semburkan sepahnya dileher dan dadanya

Menegangkan Payu Dara -


Untuk menegangkan lagi payu dara, layurkan daun sirih yang telah
disapukan dengan minyak zaitun di atas api yang sederhana, atau
menggunakan lilin. Apabila daun telah terasa suam dan agak layu, lalu
tekapkannya ke atas kedua-dua payu dara dan biarkan seketika.
Lakukan dua atau tiga kali seminggu.

Pedih Perut -
Lada sulah tujuh butir dan bacakan surah al-Ikhlas tiga kali serta
makan dengan sirih pinang serta semburkan sepahnya pada ulu hati.

Penyakit Kelamin -
Sepah sirih dihasilkan samada secara kunyahan atau ditumbuk lumat
dan disapukan pada bahagian yang sakit.

- Giling lumat daun sirih, sedikit gula merah dan sedikit garam
rebuskan hingga sebati, minum airnya sebanyak tiga kali sehari hingga
sembuh.

Ruam Peluh -
Rebuskan beberapa helai daun sirih dan tapiskan airnya. Sapukan air
rebusan ke atas ruam dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut.

Sakit Gigi -
Kunyah sepiak sirih hingga lumat pada gigi yang sakit. Untuk
beberapa ketika sakit gigi akan berkurangan.

Sakit Hati -
Bawang putih sepuluh ulas, garam jantan sebuku, sedikit jemuju dan
sehelai daun sirih bertemu urat. Tumbuk lumat ramuan tersebut dan
bubuhkan air panas sebelum diminum. Amalkan selama tiga pagi, dan
ambil segengam garam serta goreng sangan (goreng tanpa minyak),
bungkuskan ke dalam kain bersih serta tuamkan kebahagian hati di
atas dada.

Sakit Jantung -
Untuk meredakan sakit jantung, renekkan tiga helai daun sirih
bertemu urat berserta lada ekor dan minum airnya ketika masih suam.
Lakukan selama tujuh hari berturut-turut diwaktu pagi.

Sakit Kepala -
Daun sirih diramas kedalam air sejuk serta dimasukkan seketul garam
jantan untuk di buat jaram (disapu atau dititik sehingga membasahi
kulit kepala).

Sakit Mata -
Ramaskan beberapa helai daun sirih muda dan masukkan kedalam air
serta didihkan seketika, tapiskan dengan kain bersih ke dalam
mangkuk dan biarkan hingga pesam-pesam kuku. Rendamkan mata
yang sakit serta kelip-kelipkannya. Buat berulang kali sehingga
sembuh.

Penawar Resdong
Penyebab resdung adalah kekotoran / hama yang kita sedut melalui
pernafasan.Kini saya paparkan pengalaman saya yang telah mengidap
resdung berbelas tahun malah telah menjalani pembedahan pada
tahun 1994. Tahun lepas saya dapat nasihat agar saya mengamalkan
perbuatan menyedut air kedalam hidung ( seperti berwuduk )
kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati, buat
berulang kali sehingga kedua-dua belah selesai. Selepas itu basuh
muka sebersih-bersihnya.Lakukan ini setiap kali sampai kesatu
destinasi,baik kepejabat ,bersantai , beriadah pulang kerumah malah
kemana saja.Amal kesannya sungguh menakjubkan.

Menghaluskan Kulit Muka


Petua ini diberikan oleh guru saya iaitu En. Alias Hamdan.Caranya
ialah anda perlu dapatkan putik kelapa muda dan asahkan putik
kelapa muda itu pada batu.Kemudian ada lumurkanlah pada muka
anda.
Pengirim : Rizaleiza

Terkena atau Terpijak Paku Berkarat


Ambil segera sebatang bawang putih yang berdaun buang kulitnya
kemudian celup dalam minyak dan panaskan di atas api,apabila sudah
panas tampalkan pada bahagian yang terluka berulang kali buatlah 2
kali sehari.Insyaallah baik.

Hilangkan bau Durian ditangan


Selepas makan durian, anda dikehendaki mencuci tangan anda di
dalam paksa durian dengan cara merendamkan jari-jari dan tangan
anda ke dalamnya. InsyaAllah ianya berkesan.

Mengurangkan Masalah Darah Tinggi


Ambil pucuk betik jantan direbus dan dibuat kerabu ia juga bolih
direbus dan dimakan bersama sambal belacan.Pahit sikit tapi baik
untuk yang sakit darah tinggi.Insyaallah semoga ianya berjaya.

Lesung Pipit
Ambil daun betik yang tua dan tumbuk hingga lumat. Perah hingga
keluar air.Ambil hampasnya dan sapukan pada pipi. ( tanda terlebih
dahulu )
Menurunkan Darah Tinggi
Ambil segenggam daun kucai,basuh bersih selepas itu masukkan
kedalam mesin bersama dengan sedikit gula batu yang telah
dihancurkan.Mesin sehingga lumat atau hancur ( jangan campur
dengan air ) bagi mendapatkan patinya sahaja.Masukkan kedalam
bekas mangkuk atau cawan,selepas itu embunkan sehingga pagi.Bila
bangun pagi sebelum minum atau makan hendaklah diminum air pati
daun kucai serta dengan selawat 3 kali.amalkan selama tiga
hari,selepas itu jumpalah doktor untuk buat pengesahan.Insyaalah
darah tinggi akan jadi normal.

Melawaskan Kencing
Untuk melawaskan kencing,ambil beberapa biji lobak putih campur
dengan batang kangkong bersama akarnya,direbus sekali.Selepas air
itu menjadi suam,amalkan meminum ayer itu.InsyaAllah sekiranya
seseorang itu baru hendak menjadi penyakit batu karang,ia akan
memecahkan batu karang tersebut.Sekiranya tidak ada penyakit,ia
mencegah dari mendapat penyakit batu karang.

Masalah Bau Badan


Tawas dapat membantu mengelakkan bau badan yang keterlaluan.
Selepas mandi, ambil seketul tawas.Sapukan air ke tangan dan
sapukan tangan ke permukaan tawas.Selepas tu sapukan tangan ke
badan.Insyallah, bau badan dapat dikurangkan. Elakkan menyapu
ketulan tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yg tidak licin.
Ini mungkin akan mengakibatkan luka-luka kecil.

Awet Muda
Untuk melihat wajah kita agak muda daripada umur kita, amalkanlah
petua saya ini dengan jujur dan ikhlas. Senang sahaja, pertama,
setiap kali selepas solat subuh bacalah surah yusuff, kemudian minum
air suam sebanyak tiga teguk sahaja. InsyaAllah wajah mu akan
kelihatan muda daripada umur sebenar anda.Itu je terima kasih....

Sejukkan kepala & menghitam Rambut


Ambil daun bunga raya segenggam , kemudian masukkan kedalam
bekas dan isi sedikit air selepas itu ramas hingga belendir.Selepas itu
sapu diatas kepala beberapa minit sebelum mandi Insyallah kepala
anda akan berasa sejuk selepas mandi dan rambut mengambil sedikit
masa untuk hitam.
Melebatkan Bulu Kening
Setiap wanita inginkan bulu kening yg cantik dan tersusun tanpa
dicukur jadi untuk menjadikan itu kenyataan cara2 nya ialah ambik
daun lidah buaya ramaskan hingga melekit dan sapukan dikening pada
setiap malam.

Inginkan Anak
Ada orang yang telah lama berkahwin tapi belum dikurniakan
anak.Semasa melakukan jimak , punggung isteri hendaklah diayun
kekiri dan kekanan ,supaya air mani akan sampai ketempat yang
sebetulnya.

Dapat Anak Cerdik


Asalamualaikum,Petua yang amat mudah dan insyallah berkesan cuba
amalkan makan buah delima sebelum bersalin.

Hilangkan Sakit Kepala


Ambil beberapa biji limau nipis, potong dan gosokan di seluruh
bahagian kepala , biarkan selama 1/2 jam insyaAllah hilang sakit
kepala.

Bibir merah semulajadi


Petua ini saya amalkan sejak 11 tahun lalu. memang berkesan..mudah
saje, sapukan sedikit
mentega atau majerin pada bibir anda sebelum tidur. amalkan setiap
hari.

Lentik & Lebatkan Bulu Mata dan Kening


Ingin kelihatan cantik , Gunakan Lendir pokok Lidah Buaya dan
sapukan pada bulu mata dan kening anda. Insyallah......lakukan
berulang-kali untuk mendapat hasil terbaik.

Darah Tinggi
Untuk cepat menurunkan darah tinggi ketika diserang darah
tinggi.Pertama buat dua rakaat solat hajat mohon pada allah.Kedua
ambil beberapa ulas bawang putih ,mesin jadikan jus dan ambil 6 titik
jus tadi di masukkan kedalan segelas air dan di minum 3 kali sehari
,Insyaallah dengan izin Allah,selamat mencuba.

Kempis Perut
Petau yang mudah dan kos yang murah.Anda perlu mengambil limau
nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari
kemudian diminum.amalkan meminum air ini dan insyaallah perut
anda yang buncit akan menjadi kempis.Petua ini untuk orang yang
tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

Anak Fasih Bercakap


Kebanyakkan ibu bapa inginkan anaknya cepat bercakap,petah dan
fasih.Petuanya amat mudah, Ibubapa hendaklah selalu mengucup atau
cium bibir anak2nya sewaktu kecil.dan sekiranya mampu diteruskan
sehingga dewasa , ia akan menjadi taat kepada ibu bapa..Insayallah...

Inginkan Anak Putih 1


Ibu-ibu sememangnya inginkan anaknya putih jika ditakdirkan.Disini
saya ingin menasihati kepada ibu mengandung,elakkan mengambil
makanan yang berkicap.Nenek moyang saya kata,kalau masa hamil
tu,jangan makan makanan berkicap.Insyaallah putihlah anak tu
kelak.Cubalah ya.

Petua Awet Muda


Semasa berdandan diwaktu pagi baca selawat nabi dikedua tapak
tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di
indahkah wajah seperti nabi Yusuf,jangan takbur bila petua ini
berkesan dan sampaikan kepada orang lain

Menghilangkan kolestrol dlm darah


Ambil limau nipis belah dua tapi jangan sampai terputus sambil
memotong anda kenalah membaca selawat x 3 dan masukkan dlm air
panas sampai limau itu kuning dan minum amalkan setiap hari
insyaallah menjadi.....

Mata Terkena Cili


Ambil secubit garam dan hisap atau resip..dan airnya ditelan sedikit.
InsyaAllah tak sampai sesaat terus hilang rasa pedih mata
tu...Selamat mencuba

Inginkan Anak Putih 2


Cubalah minum air kacang soya dan amalkan makan sayuran hijau
semasa anda mengandung insyaallah anak yang dilahirkan putih.

Kurangkan Misai atau Janggut


Gunakan minyak tanah campurkan dengan bawang putih dan tumbuk
lalu lumurkan pada misai atau janggut.

Lembutkan Rambut
Untuk lembutkan rambut anda boleh cuba petua ini.Ambil segenggam
daun inai,mesin hingga hancur atau masak hingga panas sebentar.
Sejukkan , kemudian sapulah pada rambut anda.Insyaallah

Ikan terubuk sedap dimakan tapi tulangnya!!!!


Ikan terubuk bakar yang dimakan panas-panas, memang
menyelerakan apa lagi dengan cicah air asamnya. Tapi
memandangkan tulangnya yang berselirat tu, fikir dua tiga kali juga
nak makan. Selalunya sebelum nak siang ikan terubuk itu saya akan
pegang di bahagian insang dan ekor ikan berkenaankemudian tarik ke
arah yang
bertentangan, anda akan mendengar bunyi tulang-tulang ikan itu
berderap (ini bukan satu penyiksaan tau, sebab ikan tu dah mati).
Kalau hendak bakar janganlah dibuang sisiknya, kering minyaknya.
Selamat mencuba!!.

Anak Demam Panas?...


Asam jawa yang ada di dapur tu, cuba bancuhkan dengan sedikit air.
Lebih pekat lebih baik. Kemudian sapukan di
semua bahagian kepala dan pelipat-pelipat anggota badan. Kalau
dapat diminum airnya dengan ditambah sedikit gula lebih baik. (Anak
saya tak sempat tambah air dia dah jilat dulu)
Tapi... Jika tidak mahu mengguna asam jawa, anda boleh gunakan
ledir dari daun lidah buaya(lidah biawak tak jalan). Gunakanlah cara
yang sama seperti air asam jawa tadi.

Biskut / kuih raya cepat lemau?...


Sebelum menyimpan biskut/kuih raya anda ke dalam bekas, cuba
taburkan sedikit gula pasir (janganlah sampai segengam wei!) ke
dalam bekas berkenaan, kemudian tutup dengan tisu/kertas, barulah
disusun kuih anda itu. Lepas itu tutup ketat-ketat. Kalau tak ketat,
tupperware ke, tipuware ke, tin ware ke, botolware ke semua tak
jalan.

Perjalanan darah anda tidak lancar


Panaskan santan bersama dengan gula melaka. Pastikan tidak sampai
pecah minyak. Kemudian masukkan sedikit halia yang telah ditumbuk.
Minumlah semasa ianya masih suam-suam kuku untuksetiap pagi dan
petang.

Masalah uban?
Rendamkan teh semalaman. Kemudian usapkan ke kepala, lakukanlah
selama 30 minit sebelum anda mencuci dengan syampu.

Hendak lebatkan rambut


Patah-patahkan daun lidah buaya kemudian sapukan keatas kepala.
Kemudian cucilah rambut anda.

Masalah rambut gugur?...


Ha,sebelum terlambat Rebus segenggam daun labu muda dengan
minyak kelapa secukupnya hingga lumat. Bila sejuk usapkan di kepala,
lakukan inisetiap hari hingga rambut tidak gugurlagi.

Rambut berkelimumur?
Bancuh air asam jawa dengan air suam kemudian gosokkan ke kepala
, biarkan 10-15 minit sebelum dicuci.

Hendakkan madu tahan lama


Taburkan sedikit padi di permukaan madu. Pastikan ia memenuhi
ruang permukaan, barulah botol madu tadi ditutup kemas. Kemudian
simpanlah ditempat yang sesuai. Oh ya, jangan simpan madu dalam
peti ais, ha nanti hilang powernya.

Tepung mudah hapak.


Untuk mengelakkannya...Bungkus seketul arang dengan kain bersih
dan letakkannya di dalam tepung. Insyaalah selama mana anda
simpan tepung itu tidak akan rosak.

Asma/Sesak Nafas
Ambil 4-5 helai daun buah keras laut. Ramaskanlah daun tersebut
dengan air bersih. Kemudian saringlah setengahgelas. Embunkan
semalaman sebaik-baiknya dilakukan pada waktu pagi. Apabila
bangun tidur, ambil air tersebut dandicampur dengan sedikit madu.
Minumlah berulangkali setiap pagi ramuan ini.

Atau

Untuk mengatasi masalah penyakit sakit dada atau sesak nafas, anda
hanya perlu merebus beberapa banyak yangboleh biji buah mata
kucing. Apabila telah mendidih, sejukkan airnya untuk diminum.
Lakukan amalan ini seberapa banyak kali yang boleh. Secara tidak
langsung juga, ianya boleh mencairkan darah haid yang sering beku.

Batuk
Ambil satu ataupun dua sudu nasi panas yang baru saja masak.
Kemudian masukkan ke dalam cawan dicampurkansedikit air. Setelah
itu, embunkan nasi tersebut selama semalam. Keesokan harinya,
minumlah air tersebut. Ulangipetua ini hingga beberapa hari. Insya
Allah, batuk anda akan sembuh dengan segera.

Cirit Birit
Buat bubur nasi dan campur sedikit garam. Tapis airnya dan minum
sewaktu air itu panas suam. Amalkan dua kali
sehari sehingga cirit birit awda hilang.

Di Gigit Kala Jengking


Tumbuk lada hingga halus lalu dicampurkan dengan minyak kelapa
secukupnya. Setelah itu ditampalkan pada tempatyang terkena gigitan
kala-jengking tersebut. Memang pada mulanya tidak terdapat
sebarang reaksi, kecuali rasa panas dari lada tersebut. Insya Allah
lima minit kemudian denyutnya akan berkurangan dan akan terhenti
terus dalam masa lima belas minit.
Hidung Bayi Tersumbat
Ambil beberapa sudu air bersih dan taruh dalam piring kecil dengan
dicampurkan sedikit garam. Hancurkan garamitu dengan tangan
supaya sebati dengan air tersebut. Kemudian usaplah air itu pada
tulang hidung bayi itu perlahan-lahan ketika ia mahu tidur. Ulangi
beberapa kali sehingga bayi itu terlelap, dengan cara ini anak anda
akantidur nyenyak dan tidak meragam.

Hilangkan Gatal Gigitan Nyamuk


Ambil sebatang rokok, buangkan kertas pembalut tembakaunya.
Campurkan tembakau tersebut dengan air, ramas dan sapukan pada
bahagian yang gatal digigit nyamuk atau binatang kecil.

Kembung Perut atau Senudung


Sirih dan pinang digunyah halus lalu disemburkan ke perut anak awda
sambil membarutkannya. Ini diamalkan setiapmalam ketika anak itu
masih kecil lagi.

Melebatkan Rambut
Ambil sekepal nasi dan 1/2 biji limau nipis dan direndamkan bersama
secawan air dan sebuku garam. Kemudian diembunkan waktu malam.
Pagi esoknya perahlah limau nipis tersebut bersama bahan yang
diembunkan tadi. Selepasitu barulah dibasuh rambut anda dengan air
campuran tadi dan biarkan selama 3 jam. Kemudian barulah dibilas
dengan air bersih. Insya-Allah jika diamalkan petua ini, akan
menampakkan hasilnya.

Melebatkan Rambut Anak


Ambil air kelapa yang sedang (kelapa itu tidak muda dan tidak pula
tua). Sapukan ke kepala anak itu setiap hari. Insya Allah, jika
diamalkan setiap hari, rambut di kepala anak itu akan tumbuh dengan
lebatnya.

Membentuk Bulu Kening Anak


Tangkai sirih dipotong dari daunnya. Putuskan yang bawah iaitu yang
menemukannya pada daun itu, kemudian tangkai tadi dilukis pada
bulu kening anak damit. Amalkan kepada anak damit kita yang masih
berumur sebulan hingga ia menjangkau usia ke setahun. Selain
membentuk bulu kening ia juga akan melebatkan bulu kening anak itu
nanti.

Membuat Anak Cepat Bercakap Dan Pintar


Jika anda memasak nasi, dan ketika nasi sudah mendidih, awda akan
dapati air pada nasi itu menggelagak atau mendidih dan mengeluarkan
seperti buih (buyah), cuba sudukan buih (buyah) yang sedang
menggelagak atau mendidih itu dan suapkan kepada anak yang baru
berusia 2 minggu atau sebulan.

Memilih Ikan Yang Baik


[a] Mata ikan terang, warna hitam pada bola matanya tidak
bercampur warna lendir.
[b] Sisik ikan tidak banyak yang gugur.
[c] Bila badan ikan itu ditekan dengan jari, daging ikan itu kembali
seperti kedudukan semula/asal.
[d] Tidak terdapat luka pada badan ikan tersebut.
[e] Warna iseng/insangnya masih dilapisi lendir asli.
[f] Badannya tidak berbau.

Memudahkan Tidur
Ambil akar kelapa hijau sebanyak lima potong dan direbus dengan air
sebanyak satu gelas. Akar tadi mestilah dipotong sepanjang lima sm
(cm). Kemudian tapis dan ambil airnya. Cubalah minum air rebusan
tersebut lebih kurang suku cawan sebelum tidur. Insya-Allah masaalah
biskita susah hendak tidur dapat diatasi.

Mengatasi Rasa Sakit Semasa Haid/Keputihan


Ambillah beberapa potong kunyit tua. Kemudian parutlah dan
dicampur dengan asam jawa. Tuangkan pula air kira-kira satu gelas
dan disaring dengan air asam jawa. Tambahkan gula merah
secukupnya lalu diminum di waktu pagi dan petang. Di samping untuk
melancarkan haid, dapat juga membersihkan dan menghindari
penyakit keputihan.

Mengelakkan Beras Berkutu


Ada tiga cara, iaitu dengan menyimpan beberapa pelepah daun limau
purut; dengan menyimpan beberapa pelepah daun buah belimbing
yang dibersihkan dahulu dan dikeringkan; atau dengan menyimpan
tiga atau enam biji lada kering.
Menghalau Nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam
piring/pinggan. Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak
nyamuk terutama di tempat yang gelap.

Menghalau Pijat
Jika anda makan durian, kulitnya jangan dibuang. Letakkan di
bahagian bawah katil atau tempat yang dijangka adapijat. Bagi
sesiapa yang tidak tahan dengan bau durian bolehlah digantikan
dengan kulit limau manis. Insya-Allahsetelah 4-5 hari, anda akan
dapat melihat banyaknya pijat yang mati. Sebahagian lagi tentu lari
dari sarangnya keranatidak tahan dengan bau durian dan kulit limau.

Menghaluskan Kulit
Untuk mendapatkan kulit yang halus, ambil 5-6 daun petai cina.
Kemudian ramas hingga keluar airnya. Setelah itu digosokkan pada
seluruh badan ketika mandi. Biarkan selama seminit dan bersihkan
badan dengan air. Lakukan 2hingga 3 kali dalam seminggu. Jika badan
anda terasa gatal, jangan teruskan kerana ia tidak sesuai dengan jenis
kulitanda.

Menghilangkan Bau Durian


Selesai makan durian, kulitnya jangan dibuang. Taruhkan air pada
kulit sebelah dalam. Kemudian air itu digunakanuntuk membasuh
tangan atau minum sahaja air tersebut.

Menghilangkan Bau Petai


Sesudah makan petai, segera cari beras kunyah hingga lumat, tidak
perlu ditelan. Bau petai yang semerbak itu akanlenyap dari mulut.

Menghilangkan Bintik Merah Di badan Akibat Cacar Air


Parutlah jagung muda dan digosok pada muka atau bahagian badan
yang berbintik merah. Lakukan secara rutin danteratur.

Menghilangkan Kelemumur
Ambil 10 helai daun pandan lalu ditumbuk hingga lumat, campurkan
dengan dua gelas air. Selepas itu disaring lalu
usaplah air saringan tadi ke kepala anda yang ada kelemumur lalu
bilas dengan air biasa.

Atau

Ambil kangkung muda lalu dicampurkan dengan sedikit air, sehingga


mengeluarkan air lendirnya, setelah itu usapkan di atas kepala rata-
rata sehingga ke kulit kepala. Selepas itu barulah dicuci seperti
biasanya. Dengan membiasakan amalan ini seminggu sekali, masaalah
kelemumur awda dapat diatasi.

Menghitamkan rambut/Lambat Beruban


Ambil hampas (sisa-sisa) teh yang tidak digunakan. Caranya setiap
pagi rambut dibasahi dengan air teh dan dilakukansecara teratur.
Selain rambut menjadi hitam, berkilat dan lembut, ia juga
membuatkan rambut kita lambat beruban.

Menguatkan Gigi
Mungkin kita mengalami gigi yang mudah goyah dan gigi tersebut
tidak akan tumbuh lagi. Jika anda ingin mempertahankan gigi tersebut
agar tetap kuat, ambillah sedikit kapur sirih dimasukkan ke dalam
segelas air panas.Selepas disaring beberapa kali hingga airnya bersih,
gunakan untuk berkumur-kumur. Lakukan menjelang hendak tidur.
Ulangi terus hingga gigi tidak goyah lagi.

Mengupas Ubi Kentang


Rendam kentang dalam air garam pada sebelah malam, kemudian
pada pagi esoknya kupaslah kentang itu dengantangan. Kulit kentang
dengan mudah terpisah dari isinya.

Menjauhkan Tikus
Guntingkan daun pandan dan letakkan di tempat di mana tikus suka
berkeliaran, ini akan membantu menjauhkan tikus kerana binatang
tersebut tidak suka bau daun pandan.

Menjimatkan Lilin
Sebelum lilin digunakan, rendam lilin tersebut di dalam air yang
dicampur dengan garam sekurang-kurangnya selamadua malam,
kemudian lilin itu hendaklah dijemur hingga kering. Setelah kering
bolehlah digunakan.

Menyembuhkan Demam
Ambillah segenggam daun betik. Tumbuklah hingga halus dan saring
airnya dengan sehelai kain (diperah dan ambilpatinya). Kemudian air
pati itu diminum. Insya-Allah, dalam jangka masa 12 jam kita akan
merasa perubahannya.

Menyimpan Perkakas Dapur Supaya Tidak Berkarat


Perkakas-perkakas dapur seperti sudu, garpu dan sebagainya boleh
berkarat kalau disimpan lama. Supaya ia tidakberkarat, sebelum
menyimpan hendaklah dicuci dahulu dan dikeringkan sehingga ianya
betul-betul kering. Kemudiansapukan sedikit minyak kelapa hingga
rata dan bungkuslah dengan menggunakan kain atau kertas yang
bersih.

Penyembuh Luka
Tumbuk bawang merah dan gula pasir hingga menjadi satu.
Tampalkan ramuan tersebut pada bahagian yang luka.

Perut Mual
Ketika badan kita tidak sihat kerana masuk angin misalnya, perut
terasa mual dan loya hendak muntah. Untuk mengatasi masalah
tersebut cuba ambil beberapa ulas bawang putih dan dihiris-hiris nipis.
Kemudian dicampur dengan gula melaka atau gula kabung yang telah
dihiris-hiris. Adunkan sama rata dan campurkan pula dengan air limau
nipis sama rata. Minumlah (makan) adunan tadi dan rasa mual anda
akan hilang.

Rambut Gugur
Ambil daun bunga raya yang hijau, bersihkan dulu dan ramaskanlah
daun itu di dalam segayung air, setelah itu basuhlah rambut awda
dengan air tadi dan biarkan selama lima minit dan barulah dibilas.
Amalkanlah selalu sehinggamendapat hasil yang baik.

Sakit Gigi
Daun sirih yang sudah ditaruh minyak kelapa, dilayarkan atau
dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipiyang sakit itu,
lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut. Bagi yang
mengalami sakit gigi yang berlubang, ambillah bunga cengkeh lalu
masukkan ke dalam lubang gigi yang sakit.

Sakit Perut
Campurkan air setengah gelas dengan satu sudu teh garam, lalu
dikacau hingga sebati, kemudian diminum. Insya Allah rasa sakit perut
itu akan hilang.

Sakit Tekak
Jika anda menghidap sakit tekak, anda perlu mendapatkan beberapa
keping asam keping. Asam keping ini hendaklah dibakar hingga
menjadi hangus. Setelah itu ditumbuk dan digaul dengan sedikit air
sirih. Setelah itu sapukan pada bahagian tekak anda yang sakit. Insya
Allah tekak anda akan sembuh seperti sediakala.

Selusuh Beranak
Bagi melancarkan saat kelahiran atau selusuh bagi ibu-ibu yang baru
saja mengandung anak pertama, orang-orang tuakita zaman dahulu
mengamalkan meminum air rambut ketika mandi sepanjang tempoh
penghamilan. Caranya ialah dengan mencuci rambut sehingga bersih
dan air yang terakhir kita siramkan itu disambut sambil melurut dari
rambut kita dan menyambutnya dengan tapak tangan, minumlah air
tadi sebanyak 3 kali, berulang-ulang kita lakukan cara seperti tadi.

Supaya Rambut Tidak Beruban


Amalkan makan hati ayam, kambing, kerbau dan lembu.

Telapak Kaki Pecah-Pecah


Petiklah buah betik yang masih muda dan dipotong hingga keluar
getah. Kaki yang pecah-pecah itu hendaklah dibersihkan dahulu
sebelum digosok dengan getah betik. Kemudian barulah digosok sama
rata. Biarlah getah betikitu kering supaya meresap pada kaki yang
pecah. Selepas itu barulah dicuci dengan air bersih. Ulangi cara ini
beberapa kali dan dengan izin Allah tapak kaki anda akan menjadi
lebih baik. Pecahan pada telapak kaki anda akanhilang.
Terpijak Paku
Masukkan kaki yang terpijak paku karat kedalam baldi yang
mengandungi air bersih sambil membersihkan luka tersebut. Perlahan-
lahan masukkan garam dan kapur sirih ke dalam air tersebut. Biarkan
kaki tersebut terendam selama lebih kurang setengah jam. Kemudian
kaki itu diangkat lalu dibalut dengan kain. Insya Allah dalam masa
tigahari rasa bengkak/bisa-bisa akan hilang.

Tersusuk Duri
Ambil bawang merah atau bawang putih yang sederhana besarnya.
Setelah dikupas, dibelah menjadi dua. Sebelah daribawang tersebut
dilumuri dengan minyak kepala. Kemudian dipanggang di atas api dan
ketika masih panas, diletakkan segera ke atas bahagian yang terkena
duri itu dan dibalut. Setelah beberapa jam barulah dibuka
balutantersebut. Maka akan kelihatan dengan jelas dan sangat mudah
untuk mencabut duri yang menusuk dalam daging itu.

Ubat Darah Tinggi


Ambil seikat daun kucai dan ditumbuk halus-halus atau lumat,
kemudian diperah hingga mengeluarkan air. Air itulahyang harus
diminum setiap pagi. Amalkan meminumnya selama satu bulan.

Ubat Demam Kuning


Daun sukun yang sudah tua dan kuning warnanya, direbus hingga
merah seperti warna air teh. Air itu diminum setiappagi dan petang,
satu gelas selama tiga hari pada budak yang mengidap penyakit
tersebut. Insya Allah penyakit yangdideritai itu akan hilang.

Ubat Keputihan
Bagi wanita yang mengidap keputihan, ambil 2 biji buah delima putih
yang masih muda. Kemudian ditumbuk hinggahalus. Selepas itu
campurkan dengan segenggam daun delima putih. Bahan-bahan itu
direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal satu gelas. Minumlah air
rebusan ini selama 7 hari berturut-turut. Anda dinasihatkan menjauhi
makanan daging kambing, nanas, air kelapa dan ikan laut.

Ubat Kudis
Ambil beberapa biji buah pinang yang sudah kering. Buang kulitnya,
kemudian buah pinang itu ditumbuk hingga lumat. Campurkan dengan
minyak kelapa, supaya habuk buah pinang itu melekat di kulit.
Bahagian kulit yang berkudis itu terlebih dahulu dibersihkan sebelum
disapu dengan pinang tersebut.

Ubat Panau
Lengkuas yang sudah dibuang atau dibersihkan kulitnya, digosok ke
badan yang berpanau setiap kali lepas mandi tengahari atau petang.

Ubat Sakit Jantung


Minumlah ramuan yang terdiri dari kuning telur dan dua sudu madu
asli sekali sehari. Insya-Allah, anda akan melihatperubahannya setelah
mengamalkan cara ini dalam dua atau tiga bulan.

Memudahkan Tidur
Minumlah air rendaman/perahan ketumbar yang dicampur dengan
susu lembu asli atau
Makanlah bawang besar berserta yogurt putih,ianya mempercepatkan
lena.

Turunkan darah Tinggi


Minumlah air rebusan pokok Hempedu Bumi Pokok Cerita atau
Minumlah air rebusan daun Pokok Ati-ati atau Makanlah biji buah Peria
atau Makanlah pucuk Pokok Pala sebagai ulam atau Minumlah air
rebusan Pokok Dukung Anak atau Minum air rebusan taugeh seminggu
sekali. Air dan taugeh hendaklah sama nisbahnya atau Rebus daun
pandan wangi secukupnya dengan dua gelas air. Biarkan hingga
tinggal setengah gelas sahaja. Minum setiap pagi dan petang atau
Makanlah 3 ulas bawang putih mentah. Jika tidak tahan
baunya,bolehlah direbus atau Parutkan kunyit sebesar ibu jari.
Perahairnya dan tambah dua sudu madu. Minum ramuan ini setiap
pagi dan petang.

Demam Biasa
Makanlah isi Labu Air berserta cuka sebelum tidur malam atau
Makanlah bawang besar serta keju yang lama di ikuti memakan pula
air limau nipis beserta kulitnya atau Minumlah air rebusan bunga
melor.
Pening Kepala
Ambil daun Serai dan ditumbuk hingga lumat. Kemudian pupuk pada
dahi atau
Ambil umbi pokok bawang putih lalu di giling atau ditumbuk kemudian
ditampalkan kebahagian kepala yang sakit atau Rebus daun Kangkung
sampai mendidih,kemudian angkat dan lumatkan daunnya hingga
halus. Masukkan dalam air garam dan saringkan. Minum air rebusan
ini setiap hari atau Makanlah daun pokok Peria atau Minumlah air
rebusan biji jintan hitam yang ditumbuk.

Sengal Sendi
Ambil akar pokok Kayu Manis Hutan/Teja,sebahagiannya lagi diasah
bersama air, air rebusannya diminum dan air asahannya disapukan
ketempat yang derita atau Ambil daun serai ditumbuk lumat,
kemudian pupuklah ke sendi yang sengal atau ambil daun kecubung
dan bubuh kapur sireh, kemudian ditumbuk sampai hancur. Bubuhlah
di tempat yang bengkak atau sendi-sendi yang sakit atau Ambil
lengkuas merah sekadar 2 ibu jari kemudian diparut, bubuh sedikit air
masak(mati) lalu ditapiskan dan ambil airnya, bubuh di dalamnya
sebiji telur ayam (ayam kampung, seeloknya)dan digoncang hingga
merata lalu diminum. Minumlah dua kali seminggu atau Tumbuk daun
betik muda hingga halus dan perah airnya. Kemudian campurkan
dengan perahan limau nipis. Minum ramuan tersebut sekali atau dua
kali seminggu.

Selsema
Ambil buah asam limau nipis lalu diperah ke dalam air teh (tanpa gula
dan susu) yang
panas/suam lalu diminum atau Minumlah air rebusan pokok
kadok/sirih duduk atau untuk bayiAmbil tiga helai daun sirih. Sebiji
limau nipis,dibelah,diperah dan ditapiskan airnya. Ramuan-ramuan air
limau nipis yan bercampur daun sirih pada dada dan leher bayi.

Suara Serak
Ambil beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur
sedikit air lalu dipanaskan,
kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali atau Ambil
bawang besar 2 biji,buang kulitnya lalu ditumbuk atau dimesin hingga
hancur, kemudian tapiskan lalu ambil airnya dan diminum sekadar 2
kali sehari. Buatlah 2 hari berturut-turut atau Ambil sebuku asam
jawa,rendamkan dan ramas dalam air setelah itu campurkan dengan
segelas air sejuk, embunkan atau masukkan kedalam peti sejuk.
Minumlah air ini selama dua kali sehari, sehingga serak itu hilang.

Batuk/Semput
Ambil umbi pokok bawang putih lalu ditumbuk atau digiling, ambil
airnya dan campurkan
sedikit madu dan gula untuk diminum atau ambil daun Kecubung,hiris
halus-halus seperti tembakau dan dijemur hingga kering, buatkan
daun dan dihisap atau minumlah rebusan akar pokok melor atau Jika
anda ada penyakit lelah, jangan lupa masukkan sebatang serai yang
telah dihancurkan kedalam masakan anda. Cara ini boleh mencairkan
lendir atau untuk batuk berlendir Panaskan limau nipis dia tas bara
api. Belahkan dua dan kemudian tuangkan kicap manis diatas belahan
tersebut. Perahkan airnya kedalam mulut dan makan bersama
hampasnya atau untuk batuk berkahak Campurkan sebiji telur ayam
kampung dengan sesudu besar gula pasir. Seduhkan dengan tiga suku
gelas air mendidih. Biarkan sejuk lalu diminum.

Sakit Gigi
Minumlah air rebusan kulit batang dan daun pokok gajus atau Ambil
pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah atau
Tumbukkan daun serai hingga hancur. Masukkan kedalam air hangat
dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah diguna berkumur
atau Ambil sedikit sekapur sirih dan kunyahkan pada gigi yang sakit
itu hingga lumat.

Bengkak Gusi
Ambil 5 helai daun jarak, 1 liter air biasa dan sesudu besar air kapur
sireh. Rebuslah ramuan ini, setelah mendidh barulah diangkat,
sesudah dingin minumlah airnya atau Ambil umbut nenas, hancurkan
setelah itu campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada
gusi anda yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

Gusi Berdarah
Ambil beberapa helai daun bacang dan masukkan kedalam periuk
berisi air, campurkan dengan beberapa helai daun inai. Kemudian
rebuslah dan setelah airnya mendidih bubuhlah sedikit asam gelugur
dan garam secukup rasa. Setelah airnya suam bubuhlah kedalam
mulut dan biarkan selama 3 minit, lalu berkumur-kumur atau
Kumurlah dengan air suam yang telah dicampurkan dengan sedikit
garam atau Jika gusi anda terluka dan anda tidak mahu biarkan luka
itu lama-lama, berkumurlah dengan air daun sirih. Caranya,ambil 15
helai daun sirih dan dimasakkan dengan air. Setelah itu sejukkan
rebusan itu. Berkumurlah dengan kerap dan menggunakan air daun
sirih itu.

Demam Campak
Ambil sebiji kelapa muda, belah dan ambil airnya, setelah itu berilah
anak anda minum anggaran setengah cawan. Lakukan cara ini hingga
demamnya sembuh, jika dia mengidap demam campak, campaknya
akan keluar atau Parutkan kunyit dan campurkan dengan asam kawak.
Kemudian lumurkan pada badan pesakit. Disamping itu,minum air
kelapa gading setiap hari.

Elak ikan melekat ketika digoreng


Seringkah anda menghadapi masalah ketika mengoreng ikan? Anda
hanya perlu memasukkan beberapa keping asam keping bersama ikan
yang sedang digoreng. Selamat mencuba.

Menjadikan wajah berseri


Kebiasaannya setiap orang mahukan wajah licin terutamanya kaum
wanita. Anda tidak perlukan modal yg besar. Basuh beras dan tuskan
airnya. Goreng tanpa minyak hingga hangus kemudian tumbuk halus
seperti serbuk. Simpan di dalam botol. Apabila hendak digunakan
ambil sedikit dan campurkan dengan air limau nipis. Gosok pada muka
dan biarkan kering. Setelah itu cuci muka hingga bersih.

Merawat bengkak usus


Penyakit bengkak usus jika dibiarkan amat merbahaya. Jika anda ingin
merawatnya, potong sebuku kunyit hidup (dimesin), sedikit garam,
sedikit gula merah dan sedikit perahan air limau nipis. Campurkan
semua bahan didalam segelas air suam dan diminum. Amalkanlah.

Mengilatkan periuk
Untuk mengilatkan periuk anda, ambil sedikit sabun mandi dan
lekatkan pada berus periuk. Selepas itu berus periuk tersebut dengan
kuat. Akhir sekali bilas dengan air. Pasti periuk kesayangan anda
berkilauan.
Menghilangkan jerawat batu
Kulit yang berjerawat batu mungkin akan merosakkan kecantikan
muka terutama bagi kaum wanita. Untuk menghilangkannya, ambil
beras, tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air. Gunakan pada
waktu hendak tidur tiga kali seminggu. Insyaallah jerawat batu anda
akan hilang.

Rawatan jika terkena minyak atau air panas


Ambil sedikit kicap dan garam halus. Kemudian sapukan kedua-dua
bahan tadi di tempat yg terkena minyak atau air panas. Sebelum itu
berselawatlah keatas Nabi S.A.W sebanyak 3 kali.

Mengelakkan gula dimasuki semut


Masukkan kulit kayu manis ke dalam bekas simpanan gula. Insyaallah
semut akan lari.

Menghilangkan demam campak


Caranya sebelum merebak keseluruh badan, pesakit itu hendaklah
diberi minum air kelapa dan kemudian mandikan dengan air kelapa itu
(boleh dicampur dengan air).

Karipap lebih rangup


Ramai suri rumah merungut apabila kulit karipap yang mereka buat
liat dan keras. Cara mengatasi masalah ini mudah iaitu sebelum
mengadun marjerinbersama tepung gandum, panaskan marjerin yang
telah disukat bersama 1/2 cawan minyak masak. Biarkan mendidih.
Tuangkan minyak tadi kedalam adunan tepung, kemudian ulilah
seperti biasa. Dengan ini karipap anda akan rangup dan enak.

Melegakan selsema bayi


Ambil sebiji kunyit, patahkan, potong atau tumbuk. Kemudian sapukan
pada batang hidung bayi anda. Insyaallah jika selalu diamalkan,
hidung bayi anda tidak akan tersumbat dan dia akan tidur nyenyak.

Melembutkan daging
Caranya ialah rebuskan daging yang telah siap dicuci dengan satu
camca serbuk soda bikarbonat. Setelah daging lembut bolehlah dicuci
dengan air bersih sebelum digunakan untuk memasak sup atau
rendang. Juga boleh direbus bersama daun nangka jika tiada serbuk
soda.

Menghilangkan parut luka


Bekas parut yang berwarna hitam selalu mengganggu penampilan
kita. Usahlah bimbang, ada cara untuk menghilangkannya. Ambil sebiji
ubi kentang dan kukus dan apabila sudah masak, lumatkan hingga
halus dan tempelkan pada parut tersebut. Biarkan hingga kering dan
bekas parut itu akan hilang dengan sendirinya. Amalkan sehingga
kesan parut hilang.

Memudahkan mengopek kerang


Memakan makanan memanglah suatu yang melazatkan tetapi untuk
mengatasi cara pemakanannya adalah suatu yang membosankan dan
menyusahkan terutamanya kerang. Suri rumah tentu mengeluh
apabila isi rumah ingin memakan atau meratah makanan ini. Di sini
ada petua untuk memudahkan mengopek kerang. Caranya ialah
apabila anda merebus kerang, campurkan sesudu minyak masak
kedalam air rebusan. mudah-mudahan kerang itu akan terbuka sedikit
dan memudahkan anda mengopeknya.

Merawat penyakit buasir


Kebanyakkan kaum lelaki mengalami masalah ini. Cara untuk
mengatasinya ialah ambil sebiji kelapa gading yang kecil berwarna
kuning, bakar atau panaskan hujungnya. Kemudian tekapkan pada
bahagian yang sakit. Lakukan berulang kali sehingga berasa selesa.

Mengatasi bayi demam selepas disuntik


Bagi ibu yang mempunyai anak dan sering demam setiap kali disuntik,
bolehlah mencuba petua ini. Selepas anak anda disuntik, sapukan
bawang kecil yang dipotong pada tempat yang disuntik. Seeloknya
bawang tersebut hendaklah dibawa setiap kali anda keklinik.
Insyaallah dengan cara ini dapat mengatasi demam anak.

Menghilangkan gatal getah keladi


Sebelum menyiang keladi pastikan tangan tidak basah. Lumurkan
beberapa keping asam keping (asam gelugur) pada tangan. Insyaallah
tangan tidak gatal lagi. Seperkara lagi semasa menyiang keladi iaitu
semasa menanggalkan kulit nipis dibahagian luarnya, janganlah
batang keladi direndam dengan air. Setelah siap kesemuanya, barulah
dibasuh bersih dan masukkan bersama beberapa keping asam gelugur
jika masih terdapat kegatalan.

Mempercepatkan pembekuan agar-agar


Puding sejuk dan agar-agar kadang-kadang lambat membeku jika
terlebih airnya. Untuk mempercepatkan pembekuan, loyangperlu
disejukkan didalam peti sejuk tingkat teratas. Apabila cukup sejuk,
isikan agar-agar didalamnya. Pasti hasilnya amat memuaskan.

Mengelak kain batik daripada luntur


Untuk mengelakkan kain batik daripada luntur warnanya dan mudah
pudar, eloklah digunakan daun betik agar warna kain tetap cantik dan
nampak baru. Caranya ialah ambil beberapa helai daun betik dan
rebus bersama air. Ketika air rebusan masih panas, masukkan kain
batik dan rendam semalaman. Setelah itu bolehlah dicuci seperti
biasa. Insyaallah, kain itu tidak akan luntur lagi.

Memudahkan bayi buang air besar


Jika bayi anda sukar buang air besar, cubalah ambil sedikit asam jawa
dan gaul atau ramas dengan sedikit air biarkan ia agak pekat
kemudian sapulah pada bahagian ubun-ubun bayi anda juga pada
pusatnya. Cubalah petua ini dan amalkan setiap hari. Insyaallah bayi
anda tiada masalah sebu perut.

Cara merawat penyakit panau


Jika anda ada panau, tentu memalukan. Apatah lagi jika panau ketara
pada muka. Cuba petua ini. Ambil sepotong halia, tumbuk lumat
kemudian tempelkan pada tempat berpanau. Insyaallah anda akan
perolehi hasilnya.

Menghilangkan bau nasi hangit


Untuk menghilangkan bau nasi hangit, caranya ialah ambil beberapa
helai daun limau purut, carik-carikkan dan masukkan di dalam nasi
hangit - tutup semula tudung periuk. Pasti nasi berbau harum.
Merawat cirit-birit dan menghilangkannya
Bagi mereka yang mengalami cirit-birit, bolehlah mengamalkan makan
pucuk jambu batu. Caranya: rendam pucuk jambu batu itu di dalam
air panas bersama sedikit garam untuk membersih kekotoran pada
pucuk jambu itu. Setelah agak layu, bolehlah terus dimakan.
Insyaallah perut tidak lagi sakit dan usus-usus berfungsi dengan baik
semula.

Menghentikan hidung berdarah


Cuaca terlalu panas boleh mendatangkan kemudharatan. Antaranya,
berlaku pendarahan melalui hidung. Untuk menghentikan segera
pendarahan, ambil sehelai daun sirih, gulung hingga kecil dan
sumbatkan ke dalam hidung yg berdarah. Insyaallah darah akan cepat
berhenti.

Kacang hijau cepat empuk


Apabila kita merebus kacang hijau, masukkan sedikit minyak ke dalam
periuk dan letakkan atas api. Banyakny aminyak masak terletak pada
banyaknya kacang hijau yang di rebus. Kalau sekilo kacang, masukkan
setengah camca minyak. Insyaallah akan cepatlah empuk, lepas tu
bolehlah masukkan santan dan gula seandainya membuat bubur
kacang.

Cara membersih botol susu hingga berkilat


Menghadapi masalah mencuci botol susu terutamanya yang berbentuk
unik? Berus yang tercipta khusus pun tidak mampu mencuci hingga ke
celahnya. Cubalah petua ini. Masukkan sedikit beras di dalam botol
susu, di campur dengan air panas atau sejuk. Goncang-goncang botol
susu itu. Hasilnya bukan saja botol bersih, puting susu juga turut
hilang dakinya. Petua ini boleh juga di cuba untuk membersihkan botol
air plastik yang lain.

You might also like