You are on page 1of 22

Karya Orientalis Dalam Sirah Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee Hayat Muhd ( Hidup Muhammad)

d) oleh W Muir Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin Arabic History oleh Phillip Hitti

Senarai Nama Para Orientalis Barat Jahat & Karya mereka Berikut ialah nama Orientalis serta Tajuk Buku (Kebanyakan Tajuk disebut dalam Bahasa Malaysia), Tahun Keluar (Masihi) serta Catatan Ringkas: Bil Nama 1. A.J Arberry

Tajuk Buku Islam Hari Ini (Islam Today)

Catatan Warga British, sangat memusuhi Islam. Professor di Universiti

Pendahuluan Sejarah Tasawuf At-Tasawuf

Terjemahan Quran (1948-1950) Cambridge. Ramai pelajar Mesir belajar dengannya dalam Pengajian Islam

2.

A. Geom

Buku: Al-Islam

Warga British, sangat memusuhi Islam. Pensyarah di Universiti di Britain & USA. Jelas dalam karyanya agenda missionary. Ramai pelajar Mesir mempelajari ilmu Timur darinya dengan biasiswa kerajaan Mesir

3.

Baron Garra de Vaux

Salah seorang pengarang Islamic Encyclopedia Berbangsa Perancis dan sangat musuhi Islam

4.

H.A.R Gibb

Pengarang utama Islamic Encyclopedia

Warga British, Orientalis terbesar. Ahli dalam kesatuan Bahasa di Mesir. Profesor di Universiti Hartford, USA Karyakaryanya sangat bahaya kepada Islam

Cara Islam (Inggeris & Arab) Pendekatan Baru Dalam Islam (Inggeris&Arab)

Mazhab Muhammadi (Mohammedanism)

Islam & Masyarakat Barat Whither Islam 1947 Pengarang utama Islamic Encyclopedia

5.

Goldziher

Pengasas gerakan meragukan kesahihan hadith. Dianggap pakar dalam bidang hadith oleh rakan-rakan Orientalisnya. Mendakwa Quran diubah selepas Baginda SAW wafat. Tokoh utama oreintalis , terlalu benci kepada Islam

Sejarah Mazhab Tafsir Islam (Inggeris & Arab)

Pengenalan aqidah & Syariah Dalam Islam (Introduction to Islamic Theology & Law)

Halangan Muhammad

6.

John Maynard

Majalah Persatuan Pengajian Timur (1924)

7.

S.M. Zweimer

Dunia Islam (pengasas majalah Berasal dari Amerika ini) b. Islam Mencabar c. Demi Aqidah d. Al-Islam (1908-1911) Syarikat , Missionari, sangat terkenal dengan permusuhannya dengan Islam

8.

Aziz Atiyyah Suryal

Menulis beberapa buah kitab tentang Perang Salib . Rakyat Mesir beragama Kristian. Belajar di Universiti Amerika, sangat benci kepada Islam. Terlalu banyak menyelewengkan ajaran Islam.

9.

G.Von Grunbaum

Islam di zaman pertengahan b. Perayaan Muhammad c. Usaha Menerangkan Islam yang Moden d. Pengajian Sejarah Keilmuan Islam e. Al-Islam f. Kesatuan & Kepelbagaian dalam Tamadun Islam

Rakyat Jerman berbangsa Yahudi tetapi menetap di Amerika Syarikat. Profesor di Universiti Chicago. Terlampau banyak menyerang Islam.

10. Phillip Hitti

a. Ensaiklopedia Islam, Bab Sastera Arab b. Sejarah Arab (History of Arabs) yang mengandungi tuduhan bahawa Nabi tidak siuman c. Al-Islam d. Sejarah Syria e. Asal usul Agama Duruz

Rakyat Lubnan beragama Kristian. Professor Pengajian Timur Universiti Brenston, Amerika Sayrikat. Penyelia tidak rasmi kepada Kementerian Luar Amerika . Sangat benci kepada Islam dan enggan menisbahkan Islam dengan sebarang kebaikan atau keutamaan

11. Carl Brocklemann

The History (Jerman, Inggeris)

12. A.J Weinsink :

Aqidah Islam (1932).

Mendakwa Nabi SAW mereka Al-Quran hasil dari ringkasan kitab-kitab agama dan falsafah sebelumnya. Tetapi sesetengah karya Weinsink boleh dibaca (lihat selepas ini)

13. Kenneth Gragg

a. Ketua Editor Majalah The Muslim World b. Dakwah al-Makzanah (956)

Berasal dari Amerika. Sangat benci dan menentang Islam. Mengajar di Universiti Amerika di Qaherah beberapa ketika. Missionari Kristian. Ketua Jabatan Kristian di Universiti Hartford

14. L. Massignon

a. Al-Hallaj , sufi yang syahid di Berbangsa Perancis, Alam Islam Orientalis terbesar

b. Salah seorang penting dalam keluaran Perancis. karya Ensaiklopedia Islam. Penasihat Menteri Jajahan Perancis dalam hal ehwal Timur Afrika. Pengawas Kerohanian Kesatuan Missionari Perancis di Mesir. Pernah menjadi askar Perancis selama 5 tahun dalam Perang Dunia Pertama. Ahli Majlis Bahasa di Mesir dan Kesatuan Ilmu Arab di Dimasq, Syria. Mendalami bidang Falsafah dan Tasauf Islam.

15. D.B. Macdonald

a. Perkembangan Ilmu Kalam, Fiqh dan Teori Perlembagaan Dalam Islam b. Pendirian Agama & Hidup Dalam Islam (1903-1908)

Berasal dari Amerika, dan di antara orientalis yang paling memusuhi Islam

16. M.Green

Setiausaha Majalah Middle East

17. Majid Qadrawi

Bukunya bertajuk "Perang & Damai Dalam Islam" (1955)

Penganut Kristian dari Iraq, Ketua Jabatan Pengajian Timur Tengah Universiti John Hopkins, USA Ketua Ma'ahad Timur Tengah untuk Penyelidikan & Pendidikan di Washington Terlalu membenci Islam

18. D.S Margoliouth

a. Perkembangan Baru Dalam Islam b. Muhammad & Kelahiran Islam c. Universiti Islam

Berbangsa Inggeris

19. R.A Nicholson

a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam b. Para ahli Sufi Islam c. Sejarah Sastera Arab.. (1910-1930)

Berbangsa Inggeris. Sangat bencikan Islam Menafikan Islam agama wahyu Mendalami bidang Tasawuf Islam.

20. Henry Lammens a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam b. Al-Islam c. At-Toif

Berbangsa Perancis. Tersangat merbahaya. Mendakwa Nabi tidak

d. Majalah Kesatuan Pengajian menyukai perpaduan Timur USA (1925) . Telah banyak mengubah fakta sejarah Islam seperti mengubah tarikh lahir Nabi SAW serta membuat gambaran jahat terhadap Fatimah az-Zahra .

21. Joseph Schacht

a. Antara pengarang Ensaiklopedia Islam b. Usul Fiqh Islam c.. Sumber Fiqh Islam (The Origins of Mohammadans Jurisprudence)

Berbangsa Jerman. Menghasilkan banyak karya tentang fiqh dan Usul Fiqh. Mendakwa asas syariat Islam adalah cedokan undang-undang Rom

22. Rudi Paret

a. The Quran b. Der Koran

Menuduh Nabi SAW mereka sendiri Quran, dan mengambil pengalaman hidup dan ilmu tentang Isa dan Maryam sebagai asas rekaan Al-Quran

23. Karl Heinrich Becker

Pengasas Majalah Islam

24. Jetson Phiit

Majd al-Islam (Kemuliaan Islam)

Menghentam Islam melalui bukunya

25. Richard Bell

"Al-Quran & Hubungan Nasrani Profesor Bahasa dengan Nabi SAW (Arab & Inggeris) Arab di Universiti Edinburgh

26. Lord

Mendakwa Nabi terpengaruh dengan ajaran Yahudi dan mereka permulaan beberapa surah dengan huruf-huruf. Seperti Alif Lam Mim' dan lain-lain.

27. Najib al-Aqiqi Al-Musytasriqun (Orientalis) 28. W.C. Smith "Islam in Modern History

Berbangsa Arab

29. MontgomeryWatt a. Sirah Nabi di Mekah , b. Sirah Nabi di Mekah(Mohammad In Mecca & Medina) c. Mohammad, Prophet & Statesman

30. Dr C.G Pfander:

Neraca Kebenaran (Mizan alHaqq)'

Mencabar Ulama Islam berdebat dengannya, disahut dan dilakukan pada 1854 M. Hasil debat ini akhirnya Pfander mengakui terdapat 8 tempat penyelewengan dalam Injil. Debat dibuat dalam beberapa hari, pengikut Kristian yang semakin ramai membanjiri majlis,

kecewa dengan Pfander. Kelemahan hujjah Pfander ketara hingga beliau tidak datang pada hari ke 3 debat. Syiarnya selepas itu, "Kiranya Syeikh (ulama yang berdebat dengannya) ada di satu tempat, saya beredar dari tempat itu." (Lihat Abu Hasan Ali AnNadawi)

31. George Sale

Terjemahan al-Quran ke Bahasa Inggeris

32. Hamilton Jobb

Asas Bina Pemikiran Agama dalam Islam'

Banyak melakukan penyelewengan maklumat dan menyelewengkan pendapat ulama dalam bukunya.

33. William Muir

Cuba meragukan Bahasa al- Quran dan menuduh ianya tidak terjamin dari kesalahan

34. Louis Gardeih

Falsafah Pemikiran Agama antara Islam dan Kristian'

Mendakwa Saidina Uthman yang menyusun surah dan ayat quran

35. Z.P Bodly

Menuduh kotor isteriisteri Nabi. Dakwaan bohong yang mengatakan Nabi mempunyai hubungan dengan Rahib Kristian dan juga dakwaan bohong Nabi dipengaruhi Paderi Waqas B. Sa'adah dan Waraqah Nawfal. (Lihat Anwar al-Jundi)

36. Cofan, Renan, Jano

BERIKUT PULA ADALAH BEBERAPA NAMA BUKU BAHAYA HASIL KARYA PARA OREINTALIS DAN YANG TERPENGARUH DENGANNYA.

1. The Encyclopedia Of Islam - Terbitan pertama tahun 1913 hingga 1938 dalam 3 bahasa iaitu Bahasa Inggeris, Jerman & Perancis. Kemudian ensaiklopedia ini cuba diterjemah ke bahasa Arab sehingga huruf ain. Projek ini terhenti dan para penterjemahnya melakukan kritikan yang banyak terhadap kandungannya hinggalah membawa kepada pindaan sebahagian besar dari isi kandungannya. Terbitan baru tahun 1954 . Diterbitkan dalam 6 jilid, dan kelihatan agak sederhana dalam

kebanyakan pendirian terhadap masalah khillafiah, disebabkan ada sedikit campurtangan para ulama dalam kandungannya. Terjemahan sempurna ke dalam bahasa Arab siap dan dikeluarkan pada tahun 1997 dalam 32 jilid.

2. The Encyclopedia Of Britanicca _ amat banyak meneyeleang dalam pelabagi bab. Termasuk dalam bab Al-Quran yang telah di jawap oleh Syeikh Prof. Dr Fadhal Hasan Abbas.

3. Majalah The Muslim World' 4. Shorter Encyclopedia Of Islam 5. Encyclopedia Of Religion and Ethics 6. Encyclopedia Of Social Sciences 7. Dirasat fi Tarikh ( Pengajian Sejarah) oleh Arnold Toynbee 8. Hayat Muhd ( Hidup Muhammad) oleh W Muir 9. Al-Islam oleh Alfred Geom 10. Deen As-Syiah ( Agama Syiah ) oleh D.M Donaldson 11. Tarikh Sharel al-Kabir oleh Bishop Turpin 12. Al-Islam dalam Bahasa Perancis oleh Henry Lammens 13. Al-Islam dalam Bahasa Inggeris oleh S.M Zweimer 14. Islam Today oleh A.J Arberry 15. Translation of Quran oleh A.J Arberry 16. Tarikh Mazahib Tafsir Al-Islami (Sejarah Mazhab Tafsir Islam) dalam bahasa Jerman & Arab oleh Goldziher

17. Arabic History oleh Phillip Hitti 18. Majalah Al-Islam - Keluaran Malaysia 19. Jewism In Islam oleh Ibrahim Kashh 20. Qamus Al-Munjid : Dr Mustafa al-Jawad telah memberi komentar bahawa dikenalpasti lebih 324 penyelewengan dalam kamus ini dan kami tidak merujuknya kecuali ketika sangat perlu sahaja, sebagai contoh lihat nama kalimah ( ), diterjemahkan sebagai : Mereka yang memasuki Islam secara dipaksa. (Penulis tidak sempat menyemak hal ini)

20. Dan lain2 kitab yang telah disebutkan sebelum ini juga merupakan karya yang terbanyak membuat keraguan terhadap Islam. ANTARA KARYA ORIENTALIS YANG BOLEH DIBACA

Menurut Syeikh Abul Hasan Ali An-Nadawi, karya-kara ini adalah diiktiraf sebagai mempunyai kualiti ilmu yang baik dan amat sedikit kelihatan sentimen dengki dan benci terhadap Islam. Sebagai contoh :1. Prof T. W Arnold - The Preaching of Islam 2. Stanley Lane Poole - Saladin (Salahuddin Al-Ayyubi) 3. Stanley Lane Poole - Moors in Spain 4. Dr Aloys Sprenger - Pendahuluan kitab Al-Isobah fi tamyiz as- sahobah karangan' Al- Hafiz Ibnu Hajar 5. Edward William Lane - Mu'jam Arabic-English Lexicon 6. A.J Weinsink - Mu'jam Al-Mufhiras Am Bagi Hadith Nabi (Dari Sunan yang 6, iaitu Musnad Ad-Darimi , Muwatto' Malik dan Musnad Ahmad diterjemah ke bahasa Arab Arab oleh Mohd Fuad Abd Baqi dengan kata pengantarnya oleh Syeikh Mohd Rashid Ridha 7. G.B Strenge - Land of the Eastern Caliphate ANTARA KARYA BEKAS ORIENTALIS YANG TELAH MEMELUK ISLAM. 1. Islam at the Crossroad oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 2. Road to Mecca oleh Muhamad Asad (nama sebelum Islam Leopold Weis) 3. Islam verses The West oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) 4. Islam & Modernisme oleh Maryam al-Jameelah (nama sebelum Islam Margaret Marcus) BEBERAPA INDIVIDU ISLAM YANG TERPENGARUH DENGAN ORIENTALIS Al-Marhum Syeikh Prof. Dr. Mustafa As-Sibaie pernah menyatakan bahawa selain orientalis asli yang terdiri daripada golongan kuffar, terdapat juga spesis anak buah berfikiran oreintalis yang sering menjalankan usaha meragukan kekuatan Islam serta membawa berita dan fakta bohong dari kalangan umat Islam. Sebahagian lain pula terpengaruh dengan racun pemikiran Orientalis. Mereka juga adalah dari kalangan umat Islam. Terdapat juga kalangan ini yang menyeleweng akibat kejahilan hakikat Islam sebenar selain mempunyai tujuan-tujuan lain. Antara yang boleh dianggap demikian adalah seperti berikut :

1. Prof. Ahmad Amin Pernah menjadi Dekan Kuliah Sastera, mempunyai sijil dalam Qadha' Syar'ie)

Kitabnya bernama Fajr al-Islam' Majoriti kandungan kitab ini adalah tentang Hadith Nabi. Di antara dakwaan di dalam buku ini kononnya Abu Hurairah r.a. lemah dalam meriwayatkan Hadith, Imam Abu Hanifah tidak mempunyai Hadith, menuduh Ibn Mubarak lalai, mempertikaikan keadilan Sahabat Nabi, menimbulkan keraguan terhadap Imam Bukhari. 2. Abu Rayyah Adwa': Tulisan bertajuk ala As-Sunnah Mempertikaikan Abu Hurairah 3. Ismail Adham. Tulisan mengenai Sunnah (tahun 1353 H) . Mengisytiharkan hadith sahih dari kitabkitab sunan tidak sah, serta menuduh ianya mawdu' (rekaan) 4. Prof. Ali Hasbullah: Buku bertajuk : Usul At-Tasri' Al-Islami . Mendakwa maslahat perlu diutamakan apabila bertembung dengan Nusus Quran & Sunnah yang Qat'ie. Dakwaan ini dijawab oleh Dr. Yusoff Al-Qaradhawi, Prof. Dr. Said Ramadhan Al-Buti , Syeikh Muhd Al-Ghazali dan ramai lagi. 5. Syeikh Ali Abd Raziq Al-Islam wa Usul al-Hukm (Islam dan Usul Perundangan tahun 1925 ). Menuduh tiada politik dalam Islam. Kitab ini dikecam hebat oleh ulama Islam semasa. Antara ulama yang menjawab ialah Syeikh Muhd Bakhit al-Mut'ie dan Syeikh Khudar Hussain. Akhirnya penulis telah menarik balik dakwaannya selepas itu, demikian menurut Dr. Muhd Amaroh 6. Prof Khalid Muhd Khalid : Bukunya bertajuk Min Huna Nabda (Dari sini kita bermula)' dan Ad-Demoqratia Abadan' Kitab ini dijawap oleh Syeikh Muhd Al-Ghazali dalam kitabnya Min Huna Na'lam' (dari sini kita tahu) Akhirnya penulis ini juga menarik balik kalamnya lalu menulis kitab baru tajuk Ad-Dawlah fil Islam'- Bab Maslahat 7. Prof Dr Abd Hamid al-Mutawali (Seorang Profesor Undang-undang ) Manahij at-Tafsir fil Fiqh al-Islami' (Perlu dingat hanya sebahagian kecil dalam bab tertentu sahaja yang perlu disemak & diperbetul, majoriti karyanya adalah diiktiraf, manakala kitabnya yang lain dipuji seperti Mabadi' Nizom al-Hukm fil Islam- AlQaradhawi) Bab Maslahat, mendakwa Saidina Umar ra membatalkan Nas Quran kerana Maslahat. Dakwaan palsu ini dijawab oleh al-Qaradhawi dan Al-Buti dll. 8. Dr Nur Farhat (Prof Undang-undang & dekan Kuliah Undang-undang di Universiti Az-zaqaziq) Di mesir Bab Maslahat dan Saidina Umar

9. Sai'd al-Ushmawi Mesir Bab Maslahat dan Saidina Umar 12. Kumpulan Sisters In Islam (Malaysia). Dalam kebanyakan artikel karya mereka. Tiada ruang untuk dinyatakan di sini. Kebanyakan dakwaan dan pertikaian disebabkan kekurangan maklumat Islam hakiki dan jahil. Di makumkan juga, pihak SIS ini sering mendapat bahan kajian ilmiah yang boleh meragukan tentang Islam dari sumber-sumber dari Orientalis Barat. 13. Astora Jabat (Malaysia) Dalam kebanyakan tulisannya. Dia juga pernah mengaku dalam satu forum terbuka bahawa dia sengaja membawa isu-isu pelik berkaitan Islam untuk melariskan majalah yang dia menjadi pengarangnya. 14. Dr. Kassim Ahmad ; Semua hal berkaitan hadith. Menafikan hadith secara total. Pemimpin gerakan Anti Hadith Malaysia. Demikianlah beberapa maklumat yang mampu disertakan oleh penulis melalui beberapa pembacaan analisa para ulama Islam. Justeru, semoga seluruh muslimin dan muslimat yang prihatin dapat meneliti senarai yang disertakan dan berhati-hati.

Aspek Serangan Orientalis Dalam karya Sirah 1)Bersemangat mulhid dan meragui kebenaran Nabi. Segolongan Orientalis adalah 'Free Thinker', Atheis dan menentang agama. Mereka menolak sama sekali saranan agama dan idealismenya ,sebab itulah mereka tidak teragak-agak mencemoh agama dan mendustakannya. Ini jelas apabila mereka menyerang Nabi Isa dengan mengatakan beliau gila .Begitu juga bila mereka merendah-rendahkan Nabi Muhammad S.A.W. Mereka bukannya pengkaji yang objektif. Mereka memang sengaja mahu menghina dan memperkecilkan Nabi Muhammad SAW. Voltire umpamanya mengarang drama bertajuk 'fanatik' dalam tahun 1718 untuk menyerang Nabi Muhammad SAW. Beliau menghadiahkan kerjayanya itu kepada Pope Benwa Keempat belas. Semangat seperti ini juga mempengaruhi penulis seperti Taha Husin dan lain-lain.

2)Melakukan serangan secara tidak langsung terhadap Sirah. Kadangkala Orientalis menulis mengenai Muhammad SAW dan misinya terbagi di bawah tajuk lain.Namun dalam membicarakan tajuk tertentu mereka sempat memesongkan pembaca secara halus .Agnatius Kratsykoysky, Orientalis Russia menulis dalam bukunya Sejarah Geografi Sastera Arab "Bahawa Al Quran ialah

himpunan ilmu pengetahuan yang diperolehi oleh Muhammad SAW melalui pendengaran . Ia merupakan contoh umum dalam bidang ini ".

3) Menghuraikan Dengan Sesuatu Yang Karut Dan Tiada Kaitan Dengan Nabi Perkara yang karut dan bersumberkan pada andaian sendiri ini sering dilakukan oleh para orientalis di dalam kajian mereka termasuk terhadap Sirah Nabi Muhammad. Hal ini disebutkan oleh Dr. al-Dib dalam satu komentarnya: Orientalis sering menyebutkan sesuatu yang karut dan tidak mempunyai kaitan dengan situasi semasa dalam kehidupan manusia kini, pada sesuatu peristiwa bersejarah yang berlaku hanya berdasarkan andaian mereka. Malahan mereka pasti akan menghuraikannya berlandaskan hipotesis atau kepakaran mereka secara khusus dalam situasi yang berlaku dengan kehidupan mereka dan masyarakat mereka sehari-hari. Misalnya, mereka menyesuaikan pemilihan para pemerintah sebagaimana situasi kehidupan masyarakat Barat yang menunjukkan pertikaian mereka dalam pemilihan sesebuah parti pemerintah dan calon pemimpin berdasarkan faktor masa kini. Mereka menjadikan situasi ini seperti sesebuah pilihanraya dan wujudnya pemilihan calon pemimpin untuk disokong dan ditentang. Ini hanya pada teori sahaja, sedangkan pada praktikalnya yang berlaku amat berlainan sekali bagi golongan yang memiliki wang dan harta di negara Barat. Mereka ini mampu membeli undi para pengundi agar memilih mereka dengan kekayaan dan kemewahan yang mereka miliki. Hal ini memaparkan betapa teruknya keadaan yang berlaku sehingga diterbitkan sebuah buku yang pernah menjadi buku terlaris di pasaran dunia Barat yang berjudul Membeli Pemimpin dan buk u yang lain bertajuk Mencipta Pemimpin. Lalu mereka menggarapkan cerita sebegini di dalam kisah sejarah berkaitan dengan baiah pelantikan Abu Bakar al-Siddiq sebagai pengganti Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam dengan gambaran yang samar.

4) Mewujudkan Keraguan Dalam Aspek Sejarah Dan Sunnah Nabi Begitu banyak fakta dan info berkaitan dengan Sirah Hidup Nabi Muhammad dan juga Sejarah Dunia Islam yang diberikan fakta songsang dan amat menyeleweng dengan hakikat peristiwa sebenar yang terjadi. Sesetengah fakta itu diputar belitkan dengan baik agar sukar untuk dikenali antara baik dan buruk sesebuah peristiwa tersebut. Mereka sering menulis cerita berkaitan sejarah dengan diselitkan cerita yang bukan dari realiti sebenar, ataupun diselewengkan faktanya atau memutar

belitkan dengan kisah-kisah khayalan yang sukar difahami.

Perkara ini merupakan salah satu teknik mereka yang paling berjaya dalam membuatkan masyarakat Islam sendiri merasa ragu-ragu terhadap kebenaran kisah sejarah umat Islam sendiri. Apabila diperhatikan kisah-kisah sebegini, ia memaparkan kisah pelik di kalangan umat Islam sendiri. Keadaan ini menjadi gangguan bagi para pemuda Islam memahami serta menerima fakta sejarah agung umat Islam terdahulu. Dr. Muhammad Fathi Utsman di dalam bukunya ada menyebutkan: Mereka ini (orientalis) begitu melampau dalam mengisi fakta pada setiap penulisan karya mereka, terutamanya di dalam lapangan Sirah Nabi Muhammad. Mereka menggunakan segala daya usaha yang ada untuk mewujudkan keraguan di dalamnya. Mereka menciptakan keraguan ini bermula daripada nama Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam dan seterusnya. Seandainya mereka mampu untuk mewujudkan keraguan di benak kaum muslimin, pasti mereka akan menjadikan umat Islam ragu-ragu hingga pada kerasulannya

5) Menimbulkan Penyelewengan Dan Pemalsuan Sirah Sebahagian orientalis berusaha untuk mewujudkan penyelewengan terhadap kepelbagaian fakta ketamadunan umat Islam. Segala realiti ini wujud dan menjadi ciri keunikan ajaran Islam dan para penganutnya sejak sekian lama. Namun ia dinafikan dengan segenap daya kemampuan yang dimiliki oleh mereka agar tidak tersebar di kalangan bangsa lain yang berada di luar lingkungan ajaran Islam. Para orientalis ini menafikan sekeras-kerasnya sejarah penyebaran Islam dilakukan dengan cara paling lunak dan amat diplomasi. Mereka turut menolak kesejagatan risalah Islam yang sesuai untuk semua budaya dan etnik. Sebaliknya mereka menyebarkan dakyah bahawa ajaran Islam ini disebar luaskan dengan mata pedang dan kekerasan.

Tidak hairanlah mereka mengengkari fakta kesejagatan Islam yang secara khususnya berkait dengan risalah dan surat Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam yang diutuskan kepada parab pemerintah dan pembesar wilayah di luar Semenanjung Tanah Arab ketika itu. Nabi Muhammad sallallahu alaihi wa sallam

telah menghantar surat kepada Maharaja Rom iaitu Hercules, pembesar Mesir iaitu al-Muqauqis, pembesar Ethopia atau Habsyah iaitu al-Najasyi (Negus) dan juga pemerintah di wilayah Parsi. Orientalis seperti Gustav Lobon dalam bukunya berjudul Sejarah Arab yang memaparkan Nabi Muhammad sebagai seorang yang telah mengetahui di kalangan Yahudi dan Kristian terdapat seorang nabi yang diutus khusus kepada bangsa tersebut. Lalu Muhammad yang dilahirkan di kalangan bangsa Arab dan mengetahui keadaan itu telah mendakwa bahawa dirinyalah nabi yang diutuskan tuhan kepada mereka. Lanta beliau menyaring dan meniru sesetengah hukum yang terdapat di dalam kitab panduan Yahudi dan Kristian untuk dijadikan kitabnya yang diturunkan serta sebagai seorang yang boleh diyakini sebagai seorang nabi.

6) Menggunakan Sumber Yang Tidak Boleh Dipercayai Dari Kalangan Umat Islam Antara satu kecacatan yang menjadi perkara paling memualkan dalam pengajian para orientalis terhadap Islam dan umatnya adalah dengan mengambil sumber yang tidak boleh dipercayai di kalangan umat Islam. Bahkan, mereka akan menjadikan sumber ini sebagai satu sumber asas yang menjadi keutamaan dalam setiap kajian dan penyelidikan mereka. Oleh itu, mereka seringkali merujuk kepada kitab-kitab yang kurang dipercayai seperti kitab karya al-Asfahani berjudul al-Aghani sebagai asas rujukan mereka di dalam kajian sejarah Islam dan masyarakatnya. Begitu juga dengan beberapa lagi sumber rujukan yang sememangnya telah ditolak dan dipinggirkan oleh sebahagian besar ulama dan sarjana Islam. Antara buku yang telah diberikan amaran kepada kaum Muslimin daripada membaca dan mengambilnya sebagai rujukan seperti buku-buku sejarah yang telah dihasilkan oleh umat Islam sendiri, antaranya Sirah Ibn Ishaq, Sejarah al-Waqidi, Sejarah Abu al-Mikhnaf, Pengembaraan Ibn Battuta dan sebagainya.

Para ulama Islam menolak dari mengambil fakta buku-buku ini kerana berlakunya penyelewengan di dalamnya oleh para penulis tersebut, seperti Ibn Ishaq, al-Waqidi dan Abu al-Mikhnaf yang lebih cenderung kepada Syiah dan terdapat banyak fakta yang mengelirukan di dalamnya serta berat sebelah. Manakala, hasil kerja Ibn Battuta itu pula disebabkan cerita itu mengandungi fakta yang mengelirukan dan penulisan itu ditulis semua oleh penulisnya selepas lebih 20 tahun pengembaraan itu dimulakan. Sedangkan kisah-kisah inilah yang dijadikan sumber utama bagi kajian

penyelidikan mereka.

PERTUBUHAN-PERTUBUHAN ORIENTALIS

1. SOCIETE ASIATIQUE Iaitu pertubuhan Asia Perancis yang diasaskan di Paris yang memainkan peranan dalam menulis dan menyebarkan kitab dalam pengajian bahasa Arab, menterjemah kitab, mengkaji tentang geografi sejarah dan undang-undang Islam. Mereka juga mengkaji tentang peradaban orang Asia dan mengumpul maklumat tentang kependudukan di Asia.

2. ROYAL ASIATIC SOCIETY Pertubuhan Asia Diraja (Britain) ditubuhkan di London. Matlamat dan peranannya adalah sebagaimana pertubuhan Societe Asiatique. Selain itu terdapat juga badan penyelarasan dan kajian yang berhubung dengan kesenian, kebudayaan dan tradisi masyarakat Timur.

3. THE AMERICAN ORIENTAL SOCIETY Pertubuhan ini diasaskan pada tahun 1842. Matlamat utama yang di ambil daripada permuafakatan mereka yang pertama ialah menuntut kepada pengajian timur (orient) untuk melakukan penjajahan sebagaimana yang dilakukan oleh negaranegara Eropah terhadap dunia Timur.

4. THE MIDDLE EAST INSTITUTE Kerajaan Amerika menubuhkan Institusi pengajian pada tahun 1947 ini sebagai salah satu daripada usaha dalam mencapai matlamat Orientalisme.

5. THE MIDDLE EAST STUDIES ASSOCIATION Ianya adalah di antara beberapa pertubuhan yang bergiat aktif dalam bidang pengajian dan pendidikan bagi mencapai matlamat sebagaimana pertubuhanpertubuhan di atas.

Kesan Gerakan Orientalisme

1. Kerancuan Akidah Di Mesir umpamanya, umat Islam dikejutkan oleh berbagai telatah kebaratan yang amat menyolok. Antara yang terakhir ialah hukuman murtad yang dijatuhkan oleh mahkamah Mesir terhadap seorang terpelajar; Dr. Nasr Abu Zaid yang menafikan kerasulan Muhammad, hukum hudud dan lain. Di Bangladesh umat Islam berhadapan dengan manusia seperti Taslima Nasrin. Di England umat dikejutkan dengan Salman Rushdi, di Amerika dengan Rashad Khalifa sementara di negara kita umat dikejutkan oleh golongan anti-hadis dan berbagai lagi gejala dan figure lain yang menjadi mangsa gerakan jahat ini.

2. Kekeliruan minda atau penyimpangan pemikiran. Umat Islam khasnya setengah golongan elit budaya, pemikiran, sasterawan, wartawan, ilmuan terbawa-bawa dengan paradigma Judo Kristien dalam teori-teori, pandangan-pandangan yang mereka ajukan untuk menyelesaikan masalah umat.

3. Fahaman Sekularisme Yang Menular Dalam Amalan Politik dan Pendidikan. Fahaman politik Michiavili, pragmatic, nationalistic dan bersifat kekinian dan liberal adalah menjadi asas pemikiran elit politik. Mereka menjadi watch dog imperialis untuk tidak mengizinkan sama sekali Islam memainkan peranannya di pentas politik.Perjuangan politik atas dasar Islam adalah haram dalam beberapa negara umat Islam.

4. Sistem undang-undang Barat menggantikan sistem perundangan tempatan. Elite pemerintah di negara-negara umat Islam pasca penjajahan umumnya meneruskan sistem perundangan Barat. Mereka masih "beriman" bahawa undangundang Islam tidak dapat memberikan keadilan berbanding undang-undang penjajah Inggeris atau Perancis. Lebih jauh mereka beri'tikad bahawa undang-undang Islam jika diamalkan akan membawa kepada kezaliman. Mereka yakin akidah mereka seperti ini adalah mewakili akidah yang betul. Manakala akidah yang sebenarnya adalah sesat.

5. Dasar Budaya dan amalan yang mengukuhkan faham Materialisme. Budaya hiburan bercambah dengan pesat di negara-negara umat Islam, khasnya yang menikmati tahap kemajuan ekonomi yang baik. Faham

kebendaan,korporatism, semangat untuk memperdagangkan apa sahaja eset yang ada begitu mempengaruhi hati budi umat. Media massa saban hari memperagakan cara gaya hidup mewah melalui iklan-iklan yang menggeliurkan. Para pemimpin kecil menunggu kesempatan untuk menjual kuasa pengundian kepada para pemimpin yang lebih besar dengan harga yang paling lumayan. Rakyat sendiri disunglap dan disuap dengan habuan kebendaan dalam membuat pemilihan pemimpin masyarakat atau negara.

6. Kepimpinan Elit dari golongan Modernis. Masyarakat umat Islam rata-rata diperintah oleh golongan yang dididik khusus oleh penjajah untuk melanjutkan model politik, budaya dan ekonomi kapitalis. Mereka adalah golongan modenis, anak didik orientalis tokoh-tokoh penjajah atau yang ditatang oleh agen-agen penjajah. Melalui kepimpinan mereka yang berfaham liberal tentu akan lebih memudahkan kuasa ekonomi dan budaya penjajah kembali semula menangani nasib negara yang baru merdeka.

LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGHADAPI PERANCANGAN OREANTALIS

1) Mengenalpasti ancaman Orientalis dan Pentadbirannya Langkah yang pertama yang perlu bagi umat Islam adal;ah untuk mengenalpasti ancaman yang datang dari perencanaan ini, bagaiman ancamnan ini di tadsbir, dalam apa bentuk dan sumber-sumber yang ada pada golongan ini. Umat Islam perlu bukan sekadar mengetahui ancaman ini tetapi juga perlu menyebarkannya di kalangan umat Islam akan bahaya dan ancaman yang dimainkan oleh golongan ini.

2) Perlunya ulamak Islam yang pakar untuk menjawab kembali tuduhan Orientalis . Langkah kedua adalah perlunya di kalangan Ulama dan cerdik-pandai Islam supaya dapat berbincang dan menyusun strategi bagi menyebarkan penyelewengan orieantalis ini serta berusaha untuk meningkatkan penyebaran Islam terutama di dalam perspektif sejarah Islam dan tamadunnya. Institusi-institusi penyelidikan yang khusus menyelidik gerakgeri dan tektik golongan Orieantalis juga harus diwujudkan segera bagi menghalang penyebaran sebarang maklumat mengenai Islam di kalangan golongan orieantalis.

3)Umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin. Ulamak dan umat Islam perlulah mendekati mereka dengan sehikmah mungkin dalam menerangkan konsep Islam yang sebenarnya dan membetulkan kembali sebarang kefahaman mereka yang silap berkenaan dengan agama Islam serta berdakwah kepada mereka.

4) Mereka serta kegiatan mereka perlu dibendung seberkesan mungkin. Bagi negara yang boleh menggunakan kekutan undang-undang haruslah menguatkuasakan akta dan hukuman terhadap sebarang usaha yang meragukan Islam dan tidakan tegas hendaklah dikenakan kepada gerakan orientalis.

You might also like