P. 1
Local Agenda 21

Local Agenda 21

|Views: 2,325|Likes:
Published by azmir

More info:

Published by: azmir on Jul 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/15/2013

pdf

text

original

PENGENALAN

Local Agenda 21 (LA21) merupakan satu program yang dirancang oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi mewujudkan pembangunan mampan di bawah kawasan pentadbirannya. Ia telah mula diperkenalkan hasil daripada Persidangan Earth Summit di Rio de Janeiro, Brazil yang telah diadakan pada 3hb hingga 14hb Jun 1992. Agenda 21 ialah suatu program tindakan pembangunan mampan global manakala angka "21" menandakan abad ke-21. Program Agenda 21 tersebut telah ditandatangani oleh lebih 178 wakil kerajaan termasuk Malaysia. Agenda 21 mengandungi 40 bab yang kesemuanya berhubung dengan pembangunan mampan dan Bab 28 dalam Agenda 21 bertajuk "Usaha Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Dalam Menyokong Agenda 21" menetapkan supaya PBT melaksanakan proses perundingan dengan masyarakat untuk merumuskan "Local Agenda 21" masing-masing. Oleh yang demikian, LA21 ialah Agenda 21 di peringkat tempatan yang memfokuskan kepada PBT bagi satu-satu kawasan

PRINSIP-PRINSIP LA21
Beberapa prinsip-prinsip LA21 telah digariskan oleh KPKT bagi mencapai objektif ke arah pembangunan mampan iaitu:1. Penyertaan Dan Ketelusan Melibatkan masyarakat tempatan termasuk pihak swasta, pihak berkuasa tempatan dan jabatan-jabatan kerajaan lain dalam semua program LA21. Maklumat tentang program LA21 dan pembangunan mampan mestilah sentiasa terbuka kepada masyarakat tempatan. 2. Usahasama Mewujudkan usahasama dan tanggungjawab bersama antara semua pihak berkepentingan di semua peringkat program LA21. 3. Kebertanggungjawaban Memastikan bahawa semua rakan usahasama bertanggungjawab kepada keputusan dan tindakan yang diambil. 4. Pendekatan Menyeluruh Menangani punca masalah-masalah sosial, ekonomi dan alam sekitar dengan cara yang sepadu dan merangkumi seluruh masyarakat tempatan. 5. Peka Kepada Keupayaan Memastikan bahawa corak hidup dan pembangunan kita adalah mesra alam dan selaras dengan keupayaan alam sekitar. 6. Kesaksamaan Memastikan bahawa semua lapisan masyarakat tempatan, tanpa membezakan kaum, jantina, umur, keupayaan, taraf sosio-ekonomi atau latar belakang, diwakili dalam program LA21. 7. Mementingkan Masa Hadapan Memastikan bahawa kepentingan-kepentingan masa kini dan lebihlebih lagi masa hadapan diambilkira pada semua peringkat program LA21. 8. Hasil Yang Nyata Membuahkan hasil yang nyata supaya program Local Agenda 21 dapat dipertingkatkan dan dipastikan berterusan.

CIRI-CIRI PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21
Bagi proses perlaksanaan LA21, PBT perlu menerapkan ciri-ciri seperti mana dibawah iaitu:i. ii. Menangani keperluan ekonomi, sosial dan alam sekitar bersama Merumus wawasan masa hadapan yang mampan berdasarkan sepersetujuan (consensus) iii. Melibatkan masyarakat tempatan iv. Mewujudkan v. badan atau forum yang terdiri daripada pihak-pihak yang berkepentingan untuk menguruskan proses ini Merumuskan pelan tindakan dengan sasaran-sasaran tertentu vi. Mewujudkan rangka kerja pemantauan dan laporan perkembangan projek vii. Merumuskan petunjuk-petunjuk pembangunan mampan viii. Melaksanakan aktiviti-aktiviti dan program-program untuk menjayakan pelan-pelan tindakan yang telah dirumuskan

FAEDAH-FAEDAH PERLAKSANAAN LOCAL AGENDA 21 Menurut KPKT (2002), perlaksanaan projek LA21 sememangnya menjanjikan kebaikan kepada semua pihak yang terlibat. Antara faedah yang bakal diterima adalah:1. Sebagai Individu Sebagai masyarakat setempat dan individu yang terlibat, segala pendapat yang diberikan akan diambilkira dalam perancangan dan pelaksanaan programprogram untuk meningkatkan kualiti hidup. Ini kerana PBT adalah merupakan pihak yang lebih peka kepada keperluan-keperluan masyarakat setempat. Dengan cara demikian, ia dapat mewujudkan alam sekitar yang lebih selesa, kualiti hidup yang lebih tinggi dan seterusnya dapat meningkatkan rasa bangga, cinta dan bertanggungjawab kepada alam sekitar. 2. Persatuan Atau Syarikat Dengan perlaksanaan LA21 maka ia dapat meningkatkan imej pertubuhan atau syarikat sebagai badan masyarakat atau korporat yang bertanggungjawab dan peka terhadap keperluan-keperluan masyarakat tempatan dan pihak-pihak berkepentingan yang lain. Syarikat dan persatuan dapat menjalankan programprogram dengan lebih berkesan kerana adanya kerjasama daripada pihak-pihak berkepentingan yang lain. Selain itu ia juga dapat memberi peluang untuk merancang dan menguruskan pembangunan alam sekitar kawasan anda bersama-sama dengan PBT. Ia juga dapat memberi input kepada dasar-dasar dan kaedah operasi tempatan yang ada kesan kepada alam sekeliling, selain berkhidmat untuk masyarakat.

3. Wakil Kerajaan Faedah yang diterima oleh wakil kerajaan adalah dapat meningkatkan persefahaman antara masyarakat dengan pihak kerajaan dan dapat meningkatkan sokongan masyarakat kepada program-program yang akan membawa manfaat kepada semua. Dengan penglibatan seseorang wakil kerajaan, maka ia dapat mempertingkatkan imej sebagai wakil kerajaan yang mempraktikkan tadbir urus yang baik (good governance) dengan adanya penyertaan awam, ketelusan, kepekaan dan kesepakatan.
4. Pihak Berkuasa Tempatan

Faedah yang diterima oleh PBT adalah dapat meningkatkan kerjasama antara PBT, sektor swasta dan masyarakat dengan pengurusan kawasan persekitaran yang lebih teratur dan cekap kerana wujudnya kerjasama antara masyarakat dan PBT. Selain itu, pembangunan bandar juga akan lebih teratur dan peka kepada keperluan tempatan. Disamping itu juga, sokongan dan penglibatan masyarakat akan dapat dipertingkatkan dan seterusnya hasrat serta hala tuju masyarakat, sektor swasta dan MBJB dapat diselaraskan.

TAPAK-TAPAK PROJEK PERINTIS LA21

Pada pertengahan tahun 1999, Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah menjemput semua PBT di Malaysia supaya menyertai Projek Perintis LA21. Selepas penilaian dibuat berdasarkan minat dan kemampuan PBT yang memohon, PBT-PBT berikut telah dipilih untuk melaksanakan projek perintis LA21:
• • • •

Majlis Perbandaran Miri Majlis Perbandaran Petaling Jaya Majlis Daerah Kerian Majlis Perbandaran Kuantan

Lokasi Tapak-Tapak Projek Perintis Local Agenda 21

Pilihan ini juga mewakili jenis dan lokasi PBT dalam negara, iaitu:
• •

Majlis Perbandaran Miri bagi PBT-PBT Sabah dan Sarawak Majlis Perbandaran Petaling Jaya di kawasan tengah Semenanjung dan bagi PBT yang bersaiz besar dan mempunyai isu-isu perbandaran yang agak kompleks Majlis Daerah Kerian di utara Semenanjung dan bagi PBT-PBT peringkat daerah Majlis Perbandaran Kuantan di pantai timur Semenanjung dan bagi PBT-PBT yang bersaiz sederhana

• •

PERLAKSANAAN LA21 DI MAJLIS PERBANDARAN PETALING JAYA
Petaling Jaya adalah merupakan sebuah bandar baru yang ditubuhkan pada tahun 1952. Tanah seluas 3,600 ekar telah dikhaskan untuk pembangunan sebuah bandar baru. Apabila Petaling Jaya mula menunjukkan kemajuan mendadak pada tahun 1954 melalui Ordinan No. 36, Petaling Jaya Authority (dan kemudiannya dikenali dengan Perbadanan Kemajuan Petaling Jaya) telah ditubuhkan dengan tujuan memajukan sebuah bandar satelit. Pada 1hb Januari 1964 sebuah Lembaga Bandaran yang mempunyai 'autonomi kewangan' telah ditubuhkan melalui Warta Kerajaan Negeri Selangor G.N. Bil.2/1964 untuk mentadbir bandar Petaling Jaya. Ia telah dinaiktaraf sebagai Lembaga Bandaran Petaling Jaya. Pada 1hb Januari 1977, telah dinaiktaraf sekali lagi menjadi Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Petaling Jaya kini mempunyai keluasan lebih kurang 97.2 km persegi berkembang sebagai pusat tumpuan pelaburan dan sektor perindustrian serta pendidikan. Kini kawasan perindustrian dan perdagangannya telah melebihi 20%. Petaling Jaya terus membangun dan menyediakan kemudahan kepada lebih 590 industri yang terus beroperasi. Kepesatan ini telah menyumbang kepada pertumbuhan penduduk yang melebihi 480,000 orang dengan kawasan perumahan melebihi 52%. Kemajuan Perbandaran dan kepesatan sektor ekonominya menjadi simbol kemajuan bagi Negeri Selangor Darul Ehsan. Pihak berkuasa tempatan yang mentadbirnya adalah Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

KRONOLOGI LA 21 DI PETALING JAYA
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memilih MPPJ untuk dijadikan projek perintis bagi Perlaksaan program LA21. Projek LA 21 telah dibangunkan oleh Unit Perancangan Ekonomi dan United Nations Development Programme. Bengkel LA21 telah dilaksanakan pada 1hb dan 2 hb Februari 2000 dan telah disertai dan dihadiri oleh 150 orang peserta termasuklah NGO, Organisasi Masyarakat (CBO), Agensi Kerajaan, Sekolah, Pihak Swasta, dan MPPJ. Peserta bengkel tersebut telah mengenalpasti 3 isu utama di PJ iaitu keselamatan, persekitaran (Alam Sekitar) dan Intergerasi Sosial. Selain itu, bengkel LA21 telah mencipta wawasan bagi LA21 di PJ iaitu “kami komited untuk menyelesaikan segala isu yang berbangkit daripada masyarakat umum untuk mewujudkan persekitaran yang selesa, selamat, harmoni dan perbandaran yang mampan”. MPPJ juga telah melaksanakan seminar LA21 pada 10hb Mei 2000. Pada seminar yang diadakan sebelumnya, peserta dan penduduk setempat telah menghadiri seminar tersebut dengan jayanya dan mereka begitu bersemangatmemberi pandangan serta mengutarakan segala permasalahan yang berbangkit. Komuniti LA21 telah ditubuhkan pada Julai 2000 dan dipengerusikan oleh Yang di Pertua MPPJ. Komuniti tersebut mempunyai seramai 37 orang ahli. Komuniti tersebut telah melibatkan NGO, CBO, Agensi Kerajaan, Pihak Swasta dan MPPJ. Pada masa yang sama, logo dan slogan baru bagi LA21 Petaling Jaya dilancarkan iaitu “Ke arah Pembangunan Mampan”.

Pelaksanaan Local Agenda 21

Merupakan satu komuniti yang mesra untuk mempromosi pembangunan dan pentadbiran bandar yang kukuh Merupakan satu forum untuk penyertaan komuniti dan penasihat di dalam pelan perbandaran dan proses pembangunan

Pendekatan Implimentasi •

Menyokong strategi Pengukuhan Pembangunan di Negeri Selangor dan menjadikan Local Agenda 21 sebagai satu penunjuk perlaksanaan. Menubuhkan pendekatan dengan strategi pengukuhan pembangunan dalam proses pentadbiran. Memfokus dalam alam persekitaran, integerasi sosial dan aspek-aspek sosial dalam proses perlaksanaan. Memberi sokongan yang berterusan dalam proses perlaksanaan inisiatif yang sedia ada.

Konsep Dasar Local Agenda 21 • Persekutuan dan penyertaan di kalangan pihak-pihak penguasaan, komuniti, agensi kerajaan, sektor-sektor swasta dalam rancangan, perlaksanaan dan pentadbiran aktiviti-aktiviti sistem pengkukuhan pembangunan perbandaran. •

Pendekatan pentadbiran dari bawah ke atas. Pendekatan yang sistematik dan dari segi keugamaan.

Ciri-ciri program LA21:
• • • •

Ia menyatakan keperluan bersama ekonomi, sosial dan ekologi. Ia mengabungkan satu visi konsensus untuk pengukuhan di masa depan. Ia mengabungkan satu proses penyertaan bersama penduduk tempatan. Ia menubuhkan kumpulan-kumpulan Pengerusi, Forum atau sektor yang berbilang kumpulan komuniti untuk melangsungkan proses-proses pentadbiran. Ia mempunyai satu pelan tindakan dengan sasaran yang konkrit dalam tempoh panjang. Ia mengetuai dan melaporkan dalam lingkungan kerja. Ia mempunyai penunjuk untuk mengetuai proses kemajuan. Ia mempunyai kewujudan aktiviti-aktiviti yang nyata serta program dalam pelan tindakan.

• •

Cabaran Dalam Local Agenda 21
• • • • •

Memenuhi keperluan ekonomi, sosial dan alam persekitaran. Merumuskan visi berpandukan dengan kosensus. Mengabungkan semua segmen-segmen daripada komuniti tempatan. Memikir dengan keseluruhan serta bertindak sepenuhnya. Menubuhkan institusi-institusi yang melibatkan pihak-pihak pengerusi daripada sektor-sektor yang berlainan. Merumuskan dan melaksanakan pelan tindakan berpandukan dengan sasaran dan objektif. Menubuhkan aktiviti-aktiviti dalam rumusan kerja. Menghasilkan laporan kemajuan pada setiap projek-projek yang dilakukan.

CARTA ORGANISASI LOCAL AGENDA 21 MPPJ

Carta Organisasi Jawatankuasa LA21 MPPJ

Bil
1 2 3 4 5 6

Jawatankuasa PJS 2 Ekonomi Keselamatan Alam Sekitar Integrasi Sosial SS 22

Kerja Pelan Tindakan Pengerusi Jawatankuasa Pelan Tindakan Ekonomi Pelan Tindakan Keselamatan Pelan Tindakan Alam Sekitar Pelan Tindakan Memperkukuhkan Semangat Kejiranan Pelan Tindakan Perangkaan
Jawatankuasa LA21

Pengerusi En. Aman b. Mat YB Dato Ghazali B Dato Yusoff YB. Dr. Lim Thuang Seng YB. Dr. Wong Sai Hou YB. Lim Choon Kin En. Yew Cheng Hoe

FUNGSI JAWATANKUASA KERJA
Antara fungsi Jawatankuasa kerja di MPPJ adalah:• • • • • • • • • • Mengadakan aktiviti seperti berdialog, penyelidikan dankempen di peringkat tempatan. Membangunkan pelan tindakan dan mewujudkan strategi. Merancang, mengurus dan melaksanakan projek printisLA21. Membuat laporan prestasi bagi komuniti LA21. Memudahcarakan perlaksanaan projek perintis LA 21 PJ. Memandu arah tuju projek perintis LA 21 PJ. Merangka pelan tidankan dan strategi perlaksanaan projek perintis LA 21 PJ. Menyelaras, melaksana dan mengawasi kemajuan projek perintis LA 21 PJ. Melaporkan kemajuan projek kepada Majlis Penuh, Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Pemandu Kebangsaan. Menjalankan aktiviti meningkat kesedaran melalui dialog, penyelidikan dan kempen di peringkat tempatan.

Merangka pelan tindakan dan strategi perlaksanaan. Menyalaras, melaksana dan mengawasi kemajuan projek perintis Local Agenda 21. Melaporkan kemajuan kepada Jawatankuasa LA 21 PJ.

• •

PELAN TINDAKAN LOCAL AGENDA 21
Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar Jawatankuasa Kerja Alam Sekitar telah merangkakan Pelan Tindakan Pengurusan Sisa Pepejal Domestik untuk perlaksanaan. Antara program yang telah dilaksanakan termasuk :•

Sesi Taklimat Local Agenda 21 dan Program Kitar Semula kepada semua sekolah di Petaling Jaya. Demonstrasi Memkompos sisa buangan dapur dan taman di kawasan kejiranan. ( setakat ini 3 kali demo telah dijalankan ). Jawatankuasa Kerja SS 22 telah mencetak dan mengagihkan risalah untuk meningkatkan kesedaran, komuniti di SS dan menubuhkan satu pusat kitar semula.

Galakan penubuhan Pusat Kitar Semula komuniti. Yang baru dilancarkan adalah Pusat Kitar Semula Komuniti Bandar Sri Damansara pada 26/1/2002. Latihan kesedaran Local Agenda 21 kepada pelajar dan guru-guru di Petaling Jaya. Perlaksanaan Projek Perintis “River basin management” dengan GEC dan NGO lain. Perlaksanaan Projek Perintis “ Harmonising NEHAP policy in the local government” bersama Kementerian Kesihatan. Anjuran Karnival Makanan Semulajadi dan Organik bersama NGO lain untuk mempromosikan kesedaran mengkompos sisa buangan.

Jawatankuasa kerja Integrasi Sosial Jawatankuasa kerja Integrasi Sosial telah merangkakan Pelan Tindakan Memperkukuhkan Semangat Kejiranan untuk perlaksanaan. Antara Program yang telah dijalankan termasuk :•

Mengadakan Pertandingan Kawasan Kejiranan Terbaik Tahun 2004 Petaling Jaya. Jawatankuasa Kerja SS 21 telah menganjurkan Hari Keluarga yang julung kali diadakan bersama semua pihak berkepentingan di satu kawasan kejiranan. Penganjuran Pertandingan Kawasan Kejiranan Terbaik Tahun 2001 Petaling Jaya. Tarikh Tutup pada 15/1/2002 telah mendapatkan 11 penyertaan. Majlis anugerah akan diadakan pada 6/5/2002.


Perlaksanaan Program Rakan Kerjaya yang akan berlangsung dalam aspek Latihan Kemahiran anjuran bersama MBPJ, Yayasan Strategik Sosial, Pejabat Pendidikan Daerah dan See Hoy Chan Sdn Bhd. Tujuannya untuk mendedahkan pelajar Tingkatan 5 yang sedang menunggu pengumuman keputusan peperiksaan SPM kepada peluang pekerjaan di sektor swasta.

Menganjurkan pertandingan menrekabentuk taman kejiranan sebagai pusat interaksi sosial di SS 2. Karnival SS2. Cares di Taman Bandaran SS 2, Jalan SS 2/63 , Petaling Jaya. Jawatankuasa Kerja juga memulakan sesi perundingan dengan golongan kurang upaya untuk merangkakan deraf pelan tindakan Orang Kurang Upaya. Pertemuan kedua akan diadakan pada 23/3/2002 untuk sesi dialog dan merangka pelan tindakan. Penganjuran Malam Perayaan Gong Xi Fa Cai pada 24/2/2002 di Uptown Damansara oleh 16 organisasi termasuk 8 Persatuan Penduduk

• •

Pelan Tindakan Keselamatan Jawatankuasa Kerja Keselamatan telah memulakan langkah proses pada pertengahan tahun 2001 disebabkan pertukaran pengerusi Jawatankuasa kerja. Namun, Jawatankuasa Kerja ini berjaya menghasilkan 2 pelan tindakan, iaitu Pelan Tindakan Mencegah Jenayah Ringan dan Pelan Tindakan Mencegah Vandalisma. Kedua-dua pelan telah diluluskan oleh komuniti dan disahkan oleh MBPJ untuk perlaksanaan. Berasaskan kepada syor pelan tindakan, beberapa program telah dilaksanakan :• •

Pencetakan Buku Panduan Keselamatan dan Sekuriti untuk edaran. Skim Pengawasan Kejiranan (Neighbourhood Watch) telah diadakan di beberapa kawasan seperti SS 22, Sunway Damansara, Bandar Sri Damansara, Bandar Utama.

Program Menganak-angkatkan pili-pili bomba di Petaling Jaya. Pameran pencegahan vandalisma kemudahan dan harta-benda awam. Program Pasukan Keselamatan Kebakaran.


Inisiatif Lain Selain daripada aktiviti di atas, promosi LA 21 telah menarik minat NGO dan CBO lain untuk menjalankan projek pembangunan komuniti di kawasan lain . Setakat ini , Jawatankuasa Kerja Kebersihan Pusat Bandar Seksyen 17 telah ditubuhkan . Aktiviti berikut telah dijalankan :•

Program Kitar Semula. Pengawasan pengutipan sampah berjadual oleh pekedai-pekedai. Penyusunan semula gerai-gerai. Pembersihan pusat bandar secara berjadual.


• •

Bagi tujuan promosi, pameran dan pengiklanan juga diadakan dari masa ke semasa. EBuletin juga diterbitkan sebagai makluman berkenaan kemajuan dan pengumuman aktiviti.

RAKAN KONGSI LOCAL AGENDA 21 PETALING JAYA
Komuniti •
• •

Organisasi di peringkat kejiranan Persatuan Penduduk Rukun Tetangga Organisasi bukan Kerajaan Badan Kebajikan Organisasi bagi golongan kurang upaya Sekolah

• •
• •

Pihak Swasta

Perniagaan dan Perindustrian Media Syarikat Penghantar servis

• •

Agensi Kerajaan
• •

Kakitangan Ahli MBPJ dan Agama

KESIMPULAN

Local Agenda 21 merupakan suatu program untuk masyarakat, sektor swasta dan PBT bekerjasama untuk merancang dan menguruskan kawasan persekitaran mereka ke arah pembangunan mampan dan kualiti hidup yang lebih tinggi.Tidak hairanlah sekiranya Local Agenda 21 ini dikenali sebagai ‘Pelan tindakan tempatan yang menjurus ke arah pembangunan mampan di abad 21.’

RUJUKAN
Buku Rujukan Nor Mohamed bin Mohamed Haniba (2003), Perspektif NGO dalam memajukan Pembangunan Lestari Di Malaysia, Forum 21, Petaling Jaya Selangor.

Laman Web http://www.Kpkt.Gov.My/ http://www.mbpj.gov.my/

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->