You are on page 1of 15

PENGENALAN

Jurukur Tanah Berlesen adalah seorang jurukur yang diberikan kesen


untuk menjalankan kerja-kerja pengukuran tanah. Kebiasaannya seseorang
jurukur ini akan menubuhkan syarikat atau firmanya sendiri. Jurukur perlu
mendaftarkan firmanya dengan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia
(LJT) di bawah ordinan JUBL 1958.

Peranan Jurukur Dalam Pembangunan Negara amat diperlukan dalam


membangunkan Negara sejajar dengan kepesatan ilmu teknologi yang terkini .
Ukur Tanah itu sendiri adalah di bawah naungan pertubuhan ukur iktisas yang
dinamakan Lembaga Jurukur Tanah Semenanjung Malaysia (LJT). Lembaga ini
mempunyai beberapa bahagian dan bidang ukur yang berbeza.
FUNGSI JURUKUR TANAH BERLESEN

Jurukur Berlesen memainkan peranan yang penting dalam memenuhi


keperluan untuk menjalankan kerja-kerja kadaster dan kejuruteraan di Malaysia
yang pembangunan sosio ekonominya bertambah pesat.

Untuk kerja-kerja pengukuran hakmilik, tenaga Jurukur Berlesenadalah


diperlukan bagi membantu Jabatan Ukur Negeri dalam menampung dan
menyelesaikan kerja-kerja ukur yang semakin bertambah dan memerlukan
tindakan segera.
TUGAS JURUKUR BERLESEN

1. Menyemak ketepatan tanda sempadan dan ukuran serta menghitung


keluasan dan koordinat bagi batu sempadan kerana dikuatiri berlakunya
pertindihan lot..
2. Menentukan sempadan lot seperti :
• Menanam, mengganti. meninggi, merendah dan mencabut tanda-
tanda sempadan.
• Pengukuran mestilah betul antara sempadan dan juga mesti saling
berhubung atau bersambung.
• Menanda dan merekod semula kerja pengukuran
3. Menghitung atau menyemak hasil kerja luar. Semua rekod dan hitungan
yang dibuat akan disimpan oleh jabatan ukur.
4. Menjalankan kerja-kerja mengukur tanah bagi maksud pengeluaran surat
hakmilik tanah untuk tanah-tanah desa, pekan, bandar dan juga tanah-
tanah lombong.
5. Mengukur simpanan-simpanan jalan, tali air dan lain-lain tanah yang
hendah disimpan untuk kegunaan awam.
6. Mengukur pecahan sempadan bagi tanah-tanah untuk pertanian,
perumahan dan perusahaan.
7. Menjalankan kerja pengukuran dalam Rancangan Kemajuan Tanah yang
dimajukan oleh Kerajaan Persekutuan Negeri Dan Badan Berkanun.
8. Menjalankan ukuran penentuan bagi menyelesaikan pertelingkahan
sempadan.
9. Menjalankan ukuran kawalan dan penyiasatan.
10. Berhubung dengan pemungut Hasil Negeri sekiranya ada perbezaan
dalam sempadan lot yang diukur dan meminta pengesahan daripadanya.
11. Menguasai dan menyelia, melatih serta menguruskan segala perihal
pekerja pasukan ukurnya.
12. Menolong memberikan latihan kerja luar kepada pelatih-pelatih jabatan,
pegawai-pegawai petempatan dan penuntut-penuntut dari politeknik atau
universiti.
13. Bertanggungjawab kepada Jurukur Daerah atau tatatertib pekerja-pekerja
bawahannya.
14. Menjalankan apa-apa tugas yang diarahkan oleh Jurukur Daerah dan
Pengarah Ukur

KUASA JURUKUR TANAH BERLESEN

1. Berhak menjalankan amalan profesionnya sebagai jurukur tanah dan


dibenarkan untuk menjalankan pengukuran hakmilik.
2. Boleh memasuki semua tanah, bangunan bagi tujuan ukuran hakmilik dan
boleh meletakkan apa-apa tanda sempadan yang perlu dan melakukan
apa-apa yang diperlukan bagi tujuan pengukuran hakmilik.
3. Boleh memeriksa peta-peta serta pelan-pelan Jabatan Ukur yang releven
dan untuk membuat salinan maklumat tersebut untuk ukuran hakmilik
( rujukan ordinan Jurukur Berlesen 1958 )
SYARAT MENJADI JURUKUR TANAH BERLESEN

1. Berumur 21 tahun ke atas


2. Warganegara Malaysia, berpewatakan baik
3. Telah lulus semua peperiksaan profesional dan peperiksaan kelayakan
4. Telah menjalani latihan praktikal yang ditetapkan oleh lembaga
5. Namanya tidak pernah dipotong daripada daftar dan tidak digantung
daripada menjalankan amalan di bawah peruntukan-peruntukan sek.16
dan sek.17 ordinan ini
6. Telah membayar yuran pendaftaran yang telah ditetapkan
7. Telah membuat pengisytiharan dalam borang-borang yang dinyatakan
dalan ordinan JUB 1958
8. Mempunyai pengalaman kerja dalam pengukuran hakmilik kadaster
selama lebih daripada 3 tahun
9. Telah memperolehi sijil atau kecekapan yang ditetapkan dan dikeluarkan
oleh LJT seperti lulus peperiksaan yang ditetapkan
PERANAN JURUKUR DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

Peranan Jurukur Topografi

1. Mengkaji ukur, mengukur dan mengambarkan permukaan bumi untuk


berbagai tujuan termasuk pemetaan, kerja pembinaan atau kewujudan
sempadan harta tanah.
2. Mengkaji ukur lombong, melukis permukaan bawah tanah, mencatat
kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta membuat carta dan
peta untuk tujuan mengawal arah dan takat perlombongan.
3. Mengkaji ukur dasar lautan, sungai dan tasik, melukis permukaan bawah
tanah, mencatat kedudukan yang tepat mengenai pelbagai ciri serta
membuat carta dan peta untuk digunakan khususnya dalam menentukan
pengemudian air dan saluran serta merancang pembinaan struktur marin.
4. Merancang dan menjalankan kaji ukur fotografi dari udara.
5. Menganalisis gambar foto yang diambil dari udara dan gambar foto lain,
imejan satelit dan data kaji ukur bagi menyediakan dan menyemak peta
dan carta topografi, peta utiliti dan peta tematik yang lain.
6. Mengkaji dan memberi nasihat berhubung dengan aspek teknik, estetik
dan ekonomi bagi pengeluaran peta.
7. Menyelia penyediaan pelan, peta , carta dan lukisan untuk dijadikan
persembahan bergambar serta menguruskan sistem maklumat
berautomatik.
8. Menjalankan penyelidikan dan pembangunan terhadap sistem kaji ukur
dan pengukuran fotogrametrik, system kadaster(pemegang tanah) dan
tanah serta merundingkan perician dengan kerajaan tempatan dan pihak
berkuasa lain.
9. Menyelia dan menyelaras kerja juruukur bersekutu.
10. Mengekal hubungan teknik dan perudingan dengan pakar lain serta
menjalankan tugas-tugas yang berkaitan.
Peranan Jurukur Kadaster

Juruukur Tanah yang berperanan didalam sesuatu projek pembangunan ini


hanyalah pada awalan projek sahaja. Walaubagaimana pun peranan Juruukur
Tanah ini juga tidak kurang pentingnya dengan perunding yang lain. Antara
tanggungjawab pihak Juruukur Tanah adalah seperti berikut:

1. Membuat penandaan sempadan.

• Menjadi tugas Juruukur Tanah untuk membuat penandaan sempadan,


mengukur aras tanah ditapak dan membuat kerja "setting out" untuk
menentukan kedudukan bangunan ditapak. Ini adalah penting bagi
menentukan bahawa sempadan yang dibuat dan bangunan yang akan
dibina adalah didalam kawasan pihak majikan.
• Jika pihak Juruukur gagal untuk membuat demikian maka ianya akan
menimbulkan masalah kepada majikan dan juga kontraktor apabila projek
sedang berlangsung kelak.

2. Menyediakan lukisan yang berkaitan.

• Di samping itu juga pihak Juruukur Tanah juga perlulah menyediakan


lukisan dan pelan yang berkaitan untuk kerja-kerja pemancangan yang
akan dilakukan oleh pihak kontraktor. Selain itu juga pihak Juruukur Tanah
juga perlulah menghantar pelan dan lukisan yang terbabit kepada
Juruukur Bahan untuk menetukan kos anggaran yang akan digunakan
bagi kerja-kerja tanah yang akan dilakukan.

3. Menasihati jabatan mengenai penggubalan dasar ukur kadaster melalui


peruntukan undang-undang, peraturan ukur dn pekeliling ketua pengarah
ukur dan pemetaan
4. Merancang dan mengawasi kerja-kerja ukur kadaster dan pangkalan data
ukur kadaster yang dilaksanakan oleh JUPEM Negeri supaya siap mengikut
tempoh serta menepati matlamat yang telah ditetapkan.

5. Mengawalselia prestasi dan kualiti ukuran kadaster yang dijalankan oleh


jurukur tanah berlesen (JTB) supaya mematuhi peruntukan undang-undang
dan peraturan yang telah ditetapkan. Prestasi kerja dapat dinilai melalui
laporan yang disediakan oleh JUPEM negeri. Manakala kualiti dapat
ditentukan melalui semakan rambang dilapangan.

6. Merancang dan melaksanaknan pembangunan sistem ukur kadaster yang


sentiasa efeksyen diseluruh JUPEM negeri yang meliputi aspek-aspek kerja
di lapangan dan juga di pejabat.
Peranan Jurukur Hidrografi

1. Dalam ukur hidrografi, tahap pengukuran yang di jalankan di sungai.terusan,


tasik dan lautan adalah berbeza – beza.Jukukur hidrografi menetapkan
kedudukan kapal ukur untuk menentukan kedalaman air dan menyelidik
keaadaan semulajadi dasar laut.
2. Tugas tradisi mereka sepanjang abad adalah membuat peta pinggir dan
dasara laut bagi menghasilakan carta padu arah untuk kegunaan pelaut.
Sejak kebelakangan ini, kebanyakkan kerja mereka adalah untuk
penerokaan dan pengeluaran minyak di kawasan luar pantai
3. Ukur Hidrografi juga digunakan dalam rekabentuk binaan dan
penyelenggaraan pelabuhan,jalan air darat, pertahanan sungai dan
laut,pengawalan pencemaran dan kawalan saintifik lautan.

Peranan Jurukur Bangunan

1. Jurukur bangunan menawarkan perkhidmatan kepakaran dalam semua


perkara berhubung dengan pembinaan.
2. Antara perkhidmatan yang ditawarkan adalah seperti pembaikan bangunan
lama dan pembinaan bangunan baru,penyelenggaraan banguan,pentadbiran
dan pengawalan kontrak –kontrak, undang-undang dan peraturan
bangunan.Jurukur bangunan melakukan pengukuran struktur dan memberi
khidmat kepada org ramai, perdangangan, industri dan pihak berkuasa
awam
Peranan Jurukur Perlombongan

1. Tugas jurukur perlombongan adalah merangka kemajuan dan


perkembangan kerja-kerja lombong untuk masa akan dating.
2. Mereka memberi masihat atas permohonan dan rayuan
perancangan,undang-undang perlombongan dan hak
menerjakannya,keenapan dan kerosakan lombong, kesan-kesan
terhadap alam sekitar dan kerja baik pulih tanah lombong yang terbiar.
3. Jurukur lombong juga mengurus dan menilai hartanah lombong serta
membuat kerja ukur di lombong yang terbuka atau di bawah tanah.

Peranan Jurukur Geodesi

1. Ukur geodesi meliputi bidang yang luas dengan mengambilkira bentuk


melengkung keaadaan mukabumi.
2. Pengukuran seperti ini melibatkan teori matematik lanjutan dan
memerlukan pengukuran yang jitu untuk mengadakan kerangka kerja bagi
titik-titik yang ditentukan kedudukan nya dengan tepat.
3. Titik-titik ini boleh digunakan untuk membuat peta seluruh
benua,mengukur saiz dan bentuk sebenar mukabumi atau menjalankan
penyelidikan saintifik yang berkaitan seperti menentukan bidang magnet
bumi, atau untuk mengesan hanyutan benus
4. Melaksanakan projek-projek geodesi seperti berikut:-
5. Projek penentududukan sejagat (GPS) bagi penentuan jaringan geodetic
dan sainstifik dan koordinat stesen-stesen trabas piawai.
6. Projek datum tegak dgeodesi semenanjung Malaysia (DTGMS) yang
terdiri daripada projek-projek cerapan air pasang surut, ukuran aras jitu
dan ukuran garaviti.
7. Menubuh, mengoperasi dan meyelenggara permanent GPS Tracking
Station iaitu Malaysia active GPS System (MASS).
8. Mengenalpasti kerja-kerja hitungan dan cerapan astronomi seperti
cerapan bulan, matahari, bintang untuk penentuan posisi dibumi dan juga
lain-lain yang berkaitan dengan keagamaan seperti arah kiblat, waktu
solat, cerapan hilal bagi awal bulan hijrah dan lain-lain.
9. Melaksanakan pembinaan, operasi dan peyelenggaraan stesen-stesen air
pasang surut serta bertanggungjawab menerbitkan Buku Ramalan Air
Pasang Surut dan Rekod Cerapan Air Pasang Surut setiap tahun.
10. Menyedia, menjaga dan menyebar rekod serta dokumentasi bagi semua
maklumat geodesi seperti GPS, air pasang surut, maklumat trigonometri,
maklumat aras, gravity, astronomi dan lain-lain.

Peranan Jurukur Bahan

1. Jurukur Bahan adalah seorang pakar dalam hal ehwal kewangan,kontrak


dan aspek perhubungan industri binaan sebagai penghubung antara
pelanggan,arkitek,jurutera dan kontaktor.
2. Jurukur Bahan mengawal kos membina sesebuah bangunan, jalanraya
atau pemasangan kejuruteraan yang rumit sebagai contoh dari peringkat
penyediaan sehingga kontrak itu sempurna.
3. Jurukur Bahan di pertanggungjawabkan dalam hal perundingan isi
kandungan kontrak-kontrak, pengawasan kelancaran pembinaan dan
persetujuan dengan keputusan terakhir.
Peranan Jurukur Tanah Dan Pertanian

1. Jurukur Agen Tanah Dan Pertanian lazimnya bekerja dalam kawasan


yang sekitar pendalaman.dan kebanyakkan daripada mereka bekerja
sebagai praktis persendirian.
2. Tugas-tugasnya termasuklah penilaian, penjualan, pengurusan harta
benda diluar bandar dan penjualan secara lelong stok cergas dan tetap.
Mereka juga di kaitkan dengan hal perhutanan, pengurusan lading dan
perancangan luar bandar.

Peranan Jurukur Perancangan Dan Pembangunan

1. Jurukur Perancangan Dan Pembangunan mempunyai kepakaran dalam


semua aspek perancangan Bandar dan Desa.
2. Mereka memberi nasihat tentang ekonomi, Kemudahan, Skim
pemeliharaan dan pembangunan Bandar.Jurukur Pembangunan
berkerjasama dengan pegawai-pegawai perancang untuk melaksanakan
rancangan mereka dalam tempoh masa dan belanjawan yang ditetapkan
Peranan Jurukur Dalam Alam Sekitar

1. Jurukur memainkan peranan yang penting dalam melindung serta


memulihara alam sekitar dalam keadaan pembangunan pesat negara hari
ini menggunakan kepakaran yang ada bagi membantu mengimbangi
keperluan antara pembangunan dan alam sekitar.
2. Terdapat empat disiplin dalam juruukur di Malaysia iaitu juruukur tanah,
juruukur bahan, juruukur penilai dan juruukur bangunan yang mana
mereka dapat menyumbangkan kepakaran kepada penjagaan alam
sekitar.
3. Juruukur tanah perlu memainkan peranan dalam menjaga kawasan
persekitaran yang sensitif seperti paya bakau dan sebagainya supaya
tidak diganggu.
4. Juruukur perlu memberikan keutamaan kepada penjagaan alam sekitar
serta bekerjasama membawa pendekatan mesra alam supaya kesan
besar kepada pemuliharaan alam sekitar akan dapat dirasai seluruh
masyarakat.
Peranan Jurukur Dalam Bidang Ilmu Falak

1. Arah Qiblat perlu diketahui untuk pelbagai tujuan. Sebagai contoh, kita
perlu yakin bahawa kita menghadap arah Qiblat yang betul ketika
mendirikan solat. Ini adalah kerana menghadap arah Qiblat adalah salah
satu syarat sah solat dalam keadaan aman. Maka Jurukur diberi
tanggungjawab untuk menentukan arah Qiblat ini.
2. Para Jurukur secara langsung terlibat dengan pembinaan dan pentadbiran
masjid/ surau sama seperti pegawai-pegawai pihak berkuasa agama
Islam, pegawai pentadbiran dan ahli jawatankuasa masjid dan surau
termasuk imam dan bilal masjid/ surau
3. Jurukur bertanggunjawab dalam menyebarkan keilmuan yang berkaitan
dengan penetapan arah Qiblat berdasarkan ilmu falak syarie kontemporari
sejajar dengan teknologi masa kini.
4. Jurukur perlu memantapkan pengetahuan mengenai aspek syariah dan
sains mengenai arah Qiblat serta memberi kemahiran teknik pengiraan
arah Qiblat disamping mendedahkan teknik penandaan arah Qiblat
dengan menggunakan teknologi kontemporari
KESIMPULAN

Jurukur Tanah tidak hanya tertumpu pada bidang ukur tanah semata-
mata, tetapi ia melibatkan bidang ukur yang lain iaitu Ukur Lombong, Ukur
Pembangunan, Ukur Industri, Ukur Geodesi, Ukur Topografi, Ukur Pembangunan
dan Perancangan, Ukur Bahan, Ukur Pertanian dan sebagainya. Dalam erti kata
yang lain, bidang ukur tanah adalah berperanan penting serta kian meluas
seiring dengan kehendak dan pambangunan negara.

You might also like