You are on page 1of 23

POLITEKNIK UNGKU OMAR

KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI


MALAYSIA

JABATAN KEJURUTERAAN AWAM


PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH
(C4644)

GARIS PANDUAN UMUM PERINDUSTRIAN

NAMA AHLI :

MUHAMMAD ARIF B JAMAL 01PUT07F2017

AZMIR B OTHMAN 01PUT07F2019

NOR AFIQ B ABD RAZAK 01PUT07F2036

MARYATI BT SAMSUDIN 01PUT07F2037

KELAS : DUT 5

NAMA PENSYARAH : PN HJH RABI’AH BT. AHMAD


TARIKH SERAHAN : 17.04.2008

TUJUAN

Garis Panduan Umum ini disediakan untuk membantu Pihak Berkuasa


Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di dalam merancang keperluan
perindustrian untuk semua jenis pembangunan.Garis Panduan Umum perlu
dirancang dengan teliti dan berpandukan kepada prinsip-prinsip perancangan,
piawaian dan garis panduan supaya dapat dijadikan rujukan kepada Pihak
Berkuasa Negeri, Pihak berkuasa Tempatan serta perunding atau pemaju
hartanah.
KAWASAN PERINDUSTRIAN

Latarbelakang
Pembangunan industri adalah penyumbang utama kepada pertumbuhan
ekonomi negara. Kepesatan pembangunan industri ini telah meningkatkan
pemajuan guna tanah. Terdapat beberapa masalah yang perlu diatasi melalui
perancangan, antaranya ialah:

• Kewujudan industri haram yang merbahaya serta tidak terkawal.


• Kesesakan kawasan perindustrian sedia ada serta kurangnya kemudahan
yang disediakan.
• Kekurangan tempat yang sesuai untuk pembuangan sisa industri
sehingga menyebabkan pencemaran.

Perindustrian
Industri boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

• Industri ringan
• Industri sederhana
• Industri berat
• Industri khas
• Industri kecil dan sederhana (IKS)
GARIS PANDUAN UMUM

1 Komponen Perancangan Kawasan Perindustrian

Perancangan Kawasan Perindustrian dibahagikan kepada beberapa


komponen iaitu

a. Perancangan Tapak Dan Pengezonan


b. Keluasan dan Saiz Minimum Lot
c. Tatatur Lot
d. Anjakan Bangunan
e. Had Ketinggian Bangunan
f. Ruang Untuk Pemunggahan
g. Tempat Letak Kenderaan
h. Tempat Letak Lori dan Treler
i. Sistem Rangkaian dan Heirarki Jalanraya serta Pengangkutan
j. Tapak Pelupusan Sisa Toksid
k. Zon Penampan
l. Asrama pekerja
m. Rekreasi
n. Kedai dan Pusat Peniaga Kecil (Hawker Centre)

2. Perancangan Tapak dan Pengezonan

• Perlu bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan.


• Sesuai dari segi peletakan agar mudah sampai.
• Dielakkan dari menghadap arah laluan tiupan angin yang menghala
ke kawasan bandar dan khususnya ke kawasan perumahan.
• Perlu bersesuaian dengan jenis industri dan kemudahan-
kemudahan yang diperlukan.

• Mengambil kira kriteria pemeliharaan alam sekitar dan kawasan


yang sensitif.
3. Keluasan dan Saiz Minimum Lot

• Saiz minimum kawasan perindustrian tidak kurang daripada 8.0


hektar (20 ekar).
• Saiz lot perlu cukup besar bagi menyediakan anjakan bangunan,
landskap, tempat letak kenderaan, ruang pemunggahan dan ruang
penyimpan.
• Saiz lot yang disediakan perlulah terdiri daripada pelbagai saiz agar
memberi peluang kepada pemilik membuat pilihan serta ruang
pembesaran di masa akan datang dan mengurangkan bentuk-
bentuk lot yang ganjil.
• Tatatur Lot

a. Lot berbentuk empatsegi dengan bahagian yang kecil


menghadap jalan hendaklah diutamakan bagi mengurangkan
kos infrastruktur dan utiliti

b. Lot yang sempit dan berbentuk ganjil perlu dielakkan untuk


memudahkan perletakan bangunan kilang

c. Saiz dan bentuk industri hendaklah dipelbagaikan bagi


menampung bangunan-bangunan industri dan kilang yang
berbagai saiz dan skil dalam kelas atau jenis yang sama.

4. Had Ketinggian Bangunan

• Ketinggian Bangunan dikelasifikasikan kepada 3 iaitu:

a. Bangunan rendah - 1 – 3 tingkat

b. Bangunan sederhana - 4 – 5 tingkat

c. Bangunan tinggi - melebihi 5 tingkat


• Pembangunan di dalam kawasan penyelidikan dan pembangunan
hendaklah rendah iaitu maksimum tiga tingkat yang mempunyai
'setting parklike', alam sekitarnya berlandskap

• Bagi semua jenis industri yang menghasilkan bahan buangan, had


ketinggiannya tidak melebihi dua tingkat.

5. Ruang untuk Pemunggahan

• Menyediakan ruang pemunggahan barang-barang berdekatan dan


bersebelahan tangga serta lif kawasan utama pengangkutan.
• Menyediakan ruang pemunggahan barang yang besar di bahagian
tepi bangunan untuk aktiviti pemunggahan bagi lori muatan besar
(treler).

6. Tempat Letak Kenderaan

• Menyediakan kemudahan ruang meletak kenderaan mengikut


keperluan dan tempat kemudahan pekerja-pekerja industri.
• Reka bentuk tempat letak kenderaan bagi industri mempunyai
tahap kemudahsampaian yang tinggi dan selamat, berhampiran
dengan industri dan saiz tempat letak kenderaan yang bersesuaian
dengan jenis kenderaan yang digunakan.

7. Sistem Rangkaian dan Hierarki Jalan Raya serta Pengangkutan

• Jalan masuk utama ke kawasan industri hendaklah tidak melalui


kawasan kediaman.
• Rangkaian jalan kawasan industri hendaklah mempunyai sistem
hierarki yang nyata dan mudah dikenal pasti oleh pengguna.
8. Landasan Keretapi
• Landasan-landasan boleh disediakan ke dalam tapak industri
sahaja dengan landasan susur di tepi bangunan dibawa landasan
susur ke dalam bangunan. Jarak minimum yang diperlukan adalah
seperti berikut:
a. Jarak minimum diantara landasan utama ke sempadan
bangunan bangunan ialah 6m (20 kaki)
b. Jarak minimum di antara sempadan bangunan dengan
landasan susur ialah ialah 3m (10 kaki)
c. Jarak minimum di antara landasan utama dengan landasan
usur ialah 9m (30 kaki)
d. Jarak minimum di antara landasan susur dengan dinding
bangunan sekiranya landasan susur dibawa ke dalam
bangunan adalah 2.7m (9 kaki)

9. Zon Penampan

• Zon Penampan merupakan kawasan jaluran hijau yang meliputi


tempat letak kereta, ‘driveways’, laluan pejalan kaki dan kawasan
khusus untuk penanaman pokok, landskap dan padang rumput.
• Keperluan ruang zon penampan adalah mengikut cadangan
Jabatan Alam Sekitar.
• Tidak kurang daripada 70% dari zon penampan yang disediakan
perlu dijadikan penampan 'green'.
• Kawasan zon penampan perlu disediakan dengan jalur tanaman 30
meter untuk industri khas dan berat, 20 meter untuk industri
sederhana dan 10 meter untuk industri ringan.
• Pembangunan yang boleh dipertimbangkan di dalam zon
penampan fizikal tidak lebih daripada 30 peratus kawasan zon
penampan yang disediakan adalah seperti berikut:-
a) Jalanraya;
b) Longkang dan parit;
c) Sungai dan tasik;
d) Tempat letak kereta;
e) Kawasan lapang;
f) Industri perkhidmatan
g) Gudang bukan makanan; dan
h) Tanaman pertanian
i) Rizab landskap selebar 1.5m (5 kaki) perlulah disediakan bagi
bangunan serta tepi bangunan yang menghadap ke jalan
utama

RAJAH 1 :

PENAMPAN MENGIKUT JENIS INDUSTRI


10. Tapak Pelupusan Sisa Pepejal

• Luas tapak adalah lebih kurang 0.3 hektar (¾ ekar). Tapak yang
dipilih adalah bergantung kepada factor-faktor berikut

a. Tidak mengandungi laluan air dan tidak terdedah kepada banjir


b. Berdekatan dengan jalanraya dan landasan keretapi untuk
kemudahan pengangkutan
c. Berjauhan dari kawasan perumahan dan perkampungan
d. Ianya harus mempunyai komponen-komponen seperti berikut:

o Pondok Pengawal
o Pejabat
o Tempat Timbang
o Tempat Menyimpan Terbuka

11. Asrama Pekerja


• Penyediaan asrama pekerja boleh dipertimbangkan bagi industri
yang mempunyai 30% daripada pekerja-pekerja asing dan bukan
penduduk tempatan.

• Kawasan perindustrian baru yang dengan keluasan 8 hektar (20


ekar) dan lebih dibolehkan untuk membina asrama pekerja dan
15% daripada kawasan industri dibenarkan untuk asrama.
• Ketinggian dan anjakan bangunan tidak boleh melebihi ketinggian
yang ditetapkan bagi kawasan berkenaan.
12. Rekreasi

• Keluasan minimum bagi kawasan rekreasi ialah 10% daripada


jumlah keseluruhan kawasan.
• Khusus untuk pekerja-pekerja industri beriadah ataupun pihak
industri boleh menyediakan kemudahan-kemudahan rekreasi
kepada kakitangan mereka di tempat yang telah dikhaskan.
• Lokasi yang berdekatan dengan asrama pekerja dan jauh daripada
industri yang mencemarkan.

13. Kedai dan Pusat Peniaga Kecil (Hawker Centre)

• Keluasan minimum ialah 1% daripada keseluruhan kawasan. Kedai


dan gerai ini hanya memberikan perkhidmatan kepada pekerja-
pekerja industri sahaja.
• Lokasi mesti berdekatan dengan asrama ataupun kawasan lapang
tetapi jauh dari kawasan industri mencemarkan.
GARIS PANDUAN KHUSUS
Garis panduan khusus ditetapkan untuk 4 jenis kawasan perindustrian seperti di
bawah:
i. Taman Industri Berteknologi (Hi-Tech)

• Mesti mempunyai kualiti persekitaran yang tinggi dan aktiviti


bercampur di dalam satu kawasan.

ii. Industri Bertingkat


Dibangunkan di atas tapak yang telah dizonkan sebagai kawasan
perindustrian. Perlu ada jalan keluar masuk yang sah ke tapak.
iii. Industri perkhidmatan pusat servis kereta dan bengkel

• Lokasi yang strategik dan terletak di kawasan pembangunan dan


tidak jauh dari pusat pembangunan sedia ada.Kedudukan tapak
hendaklah mudah dihubungi dengan jalan utama. Keadaan bumi
dan tapak yang tidak menyulitkan proses pembangunan fizikal.
Terdapat kemudahan asas dan infrastruktur seperti bekalan air,
elektrik dan telekomunikasi di kawasan persekitaran. Saiz minimum
ialah 2 hektar (5 ekar).

iv. Taman perdagangan (business park)


Mesti mempunyai kemudahan pengangkutan, perumahan dan rekreasi yang
baik.
PERBANDINGAN SEKITAR KAWASAN PERINDUSTRIAN TASEK,
IPOH

Perancangan Tapak

i. Perancangan tapak bersesuaian dan mematuhi dasar dan garis panduan


yang telah ditetapkan oleh Majlis Bandaraya Ipoh.

ii. Lokasi kawasan industri tidak sesuai dari segi perletakan mudah sampai
kawasan sekitarnya dan kawasan semulajadi seperti kawasan tadahan
untuk Bekalan air tidak terjejas dan keselamatan tidak terjamin tanpa
gangguan;

iii. Kawasan perindustrian Tasek ini dapat mengelakkan laluan tiupan angin
yang menghala ke kawasan bandar dan khususnya ke kawasan
perumahan kerana dihalang oleh bukit;

iv. Zon industri ini mempunyai hubungan laluan yang baik dari kawasan
kediaman bagi keselesaan pergi dan balik para pekerja;seperti
gambarajah
Pengezonan

i. Pengezonan bagi kawasan perindustrian Tasek bersesuaian dengan jenis


industri dan kemudahan-kemudahan yang diperlukan serta mengambilkira
kriteria pemeliharaan dan alam sekitar.

a. Kawasan perindustrian ini juga menyediakan beberapa kemudahan lain


seperti kawasan perniagaan, kemudahan tempat letak kereta, lori dan
treler.

i. Terdapat kawasan asrama dan perumahan pekerja bagi


kawasan industri yang besar ini dan telah diintegrasikan dengan
kemudahan-kemudahan asas dan sosial dalam menambah-baikan
proses pembangunan sosial masyarakat pekerja-pekerja kilang di
kawasan ini.

Keluasan dan Saiz Minimum Lot

Kebanyakan saiz lot di kawasan perindustrian di Tasek,Ipoh mempunyai


saiz lot yang agak besar bagi menyediakan kemudahan pekerja meletak
kenderaan serta ruang pemunggahan dan penyimpanan dan bagi memberi
ruang anjakan bangunan untuk pembesaran.

Tatatur lot perindustrian Tasek ini kebanyakan lot berbentuk empatsegi


dan saiz bentuk industri berbeza-beza. Contoh gambarajah-gambarajah
dibawah.
Had Ketinggian Bangunan

i. Ketinggian Bangunan tidak seragam di kawasan perindustrian ini.

Ruang Untuk Pemunggahan

i. Terdapat ruang pemunggahan barang-barang berdekatan dan


bersebelahan tangga serta lif kawasan utama pengangkutan. Ruang
pemunggahan barang yang besar di bahagian tepi bangunan untuk aktiviti
pemunggahan bagi lori muatan besar (treler)
Tempat Letak Kenderaan

i. Kemudahan ruang meletak kenderaan mengikut keperluan dan tempat


kemudahan pekerja-pekerja kilang.

ii. Rekabentuk tempat letak kenderaan bagi industri ini mematuhi syarat-
syarat berikut:

a. Kemudahsampaian ke industri berkaitan adalah selamat


b. Tempat letak kenderaan berhampiran dengan kilang
c. Saiz tempat letak kenderaan bersesuaian dengan jenis kenderaan yang
digunakan
d. Penggunaan ruang yang optimum
e. Laluan keluar masuk tidak melambatkan perjalanan kenderaan lain.

Contoh gambarajah tempat letak kenderaan di kawasan perindustrian Tasek


Sistem Rangkaian Jalanraya dan Pengangkutan

Sistem Rangkaian Jalan Raya

i. Jalan masuk utama ke kawasan industri ini tidak melalui kawasan


kediaman;

a. Rangkaian jalan kawasan industri Tasek mempunyai sistem hierarki yang


nyata dan mudah dikenalpasti oleh pengguna dan terdapat pelan
susunatur yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh seperti
gambarajah dibawah.

Pelan Susunatur Kawasan Perindustrian Tasek


Zon Penampan

i. Terdapat Zon Penampan (buffer zone) di kawasan perindustrian Tasek

ii. Mempunyai jaluran hijau yang meliputi tempat letak kereta, ‘driveways dan
laluan pejalan kaki. Kemudahan sokongan seperti ‘bin centers, pondok
pengawal dan pencawang elektrik utama, ‘car porch and canopies’ juga
terdapat di kawasan ini.

iii. Green Buffer; merupakan kawasan jaluran dirizabkan khusus untuk


penanaman pokok juga di wujudkan di kawasan perusahaan ini. Kedua-dua
jenis kawasan zon penampan ini tidak termasuk kawasan rizab jalan yang
akan dilandskapkan. Contoh gambarajah dibawah.
Kemudahan awam

Di kawasan industri ini juga Majlis Bandaraya Ipoh menyediakan Perkhidmatan


Kesihatan.
LAMPIRAN

Jenis-jenis perindustrian yang terdapat di kawasan perindustrian Tasek,Ipoh

Industri Ringan

Industri Berat
Industri Sederhana
Industri Kecil Dan Sederhana
KESIMPULAN

Isu perindustrian sering dibangkitkan antaranya ialah perletakannya yang


tidak sesuai, saiz yang tidak berfungsi dan dasar yang tidak konsisten. Ini
berlaku kerana tiada garispanduan dan piawaian yang lengkap untuk memandu
keperluan perancangan perindustrian.
Garispanduan yang disediakan ini boleh membantu pihak yang terlibat di
dalam merancang dan menyediakan kawasan industri dengan menyediakan
dasar yang seragam, pelaksanaan piawaian perancangan yang lebih rasional
dan dapat mencapai matlamat penyediaan kawasan perindustrian sebagai
tempat industri yang lebih bermakna serta mampu memberi manfaat kepada
masyarakat setempat.

You might also like