You are on page 1of 14

1.

0 Pengenalan

Di dalam perkembangan dunia pada hari ini, yang semakin maju dan serba moden,

bentuk komunikasi yang baik adalah sangat penting terutama di dalam sesebuah

organisasi yang sering berhubung terus dengan pelbagai pihak samada dalaman dan juga

luaran. Komunikasi juga merupakan asas kepada kemajuan dan kejayaan kepada

sesebuah organisasi yang sedang beroperasi, di mana sesebuah organisasi yang berjaya

adalah organisasi yang mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan persekitarannya.

Komunikasi melibatkan pemindahan atau penyaluran maklumat daripada individu,

kumpulan dan sebagainya. Secara ringkasnya, kemajuan organisasi bergantung kepada

kadar kejayaan komunikasi ahli kumpulan. Maka sekiranya sesebuah organisasi tersebut

gagal dalam persaingan, ia secara tidak langsung memperlihatkan ahli sesebuah

organisasi itu tidak mempunyai komunikasi yang baik dengan persekitarannya. Oleh itu,

setiap yang berada dalam organisasi mestilah memainkan peranan yang penting

terutamannya dalam aspek komunikasi .

1.1 Definisi komunikasi

Perkataan komunikasi berasal daripada perkataan Inggeris ‘communication.’ yang

bermakna penyertaan atau pemberitahuan maklumat, ini dinyatakan oleh Jaafar

Mohammad (1996), di dalam bukunya “Kelakuan Organisasi”. Komunikasi juga satu

proses mengubah maksud daripada pengirim kepada penerima. Sesuatu maksud itu

dipindahkan menerusi medium misalnya panggilan telefon, memorandum, atau

perbincangan.

1
Komunikasi adalah proses menghantar dan menerima maklumat dalam bentuk simbol

dan isyarat samada secara lisan atau bukan lisan. Komunikasi adalah satu proses yang

tiada permulaan dan pengakhiran. Ianya berjalan terus-menerus tanpa berhenti. Sesuatu

komunikasi itu memberikan makna. Oleh itu, komunikasi ialah satu proses di mana

sesuatu idea, nilai, dan sikap dipindahkan serta dikongsi oleh individu dengan individu

yang lain.

Apabila kita berkomunikasi kita ingin mewujudkan kesamaan dengan orang lain. Kita

cuba menimbulkan apa yang ada dalam diri kita dan mencari kesamaan dengan diri orang

yang terlibat dalam proses komunikasi itu. Pemikiran, kepercayaan, nilai-nilai sosial dan

lafazkan kepada orang lain dengan mencari kesamaan ini. Komunikasi juga boleh

didefinasikan sebagai satu proses pertukaran maklumat dan idea di antara dua atau lebih

manusia untuk menghasilkan tindakbalas yang diharapkan” atau “penghantaran

maklumat dan kefahaman dari seseorang kepada seseorang yang lain melalui cara yang

berkesan”.

2.0 Komunikasi Dalam Pendidikan

Pendidikan satu bidang yang sangat memerlukan proses komunikasi yang

baik.Tujuan komunikasi dalam pendidikan adalah untuk mewujudkan suatu

hubungan(interaksi) yang sempurna supaya perkongsian idea,nilai dan sikap antara

individu dapat berjalan lancar. Setiap individu dapat menterjemahkan maklumat atau idea

yang disampaikan dengan baik. Bagi mewujudkan perkongsian yang berkesan, murid

perlu diberi ruang yang secukup untuk berkomunikasi.Bentuk komunikasi yang terdapat

dalam bilik darjah iaitu melalui percakapan,pendengaran,pengelihatan

2
penulisan,pembacaan,lukisan dan juga melalui gerak badan.Untuk itu dalam pendidikan

punca-punca yang menjadi saluran komunikasi antara murid dengan guru juga antara

murid dengan murid seharusnya diuruskan dengan teliti dan sempurna .Guru perlu

memberi perhatian yang serius kepada saluran komunikasi murid ini.

3.0 ‘Mendengar’ Merupakan Salah Satu Aspek Dalam Kemahiran Komunikasi.

Kemahiran mendengar merupakan salah satu aspek dalam kemahiran komunikasi dan

juga merupakan salah satu daripada aktiviti yang penting yang dilakukan di peringkat

kanak-kanak dan dewasa. Mengikut Thomas Gordon (1970), pendengaran yang baik

merupakan kemahiran berkomunikasi yang boleh menolong orang lain menyelesaikan

masalahnya.

Barker (1971) telah menjalankan satu kajian terhadap kemahiran pendengaran. Hasil

daripada kajian itu, beliau merumuskan, dalam keadaan manusia itu sedar, 45%

digunakan untuk mendengar, 30% bercakap, 16% membaca dan 9% menulis. Ini

menunjukkan proses pendengaran berperanan penting dalam komunikasi. Burley-Alen

(1982) dalam kajiannya mendapati peratus mendengar bertambah sehingga 60% bagi

kehidupan pelajar sekolah menengah. Guru-guru menyatakan proses mendengar

merupakan proses paling utama dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran mendengar adalah juga merupakan kemahiran lisan yang paling asas dan

ia berlaku di peringkat penerimaan. Seseorang pelajar yang telah dapat menguasai

kemahiran mendengar harus dapat mendengar dengan baik apa sahaja yang dituturkan

oleh guru atau pelajar lain dan dapat pula memahami maksud serta boleh

menginterpretasi apa yang didengar. Kemahiran mendengar ini dimulakan pada

3
peringkat awal pengajaran bahasa dan bertujuan untuk memungkinkan pelajar fasih

bertutur dalam bahasa yang dipelajari itu.

3.1 Tanda-Tanda Pendengar Yang Kurang Baik

Dalam kemahiran terdapat beberapa jenis Bentuk Kemahiran Mendengar, salah satu

darinya adalah Bentuk Kemahiran Mendengar secara pasif. Bentuk Kemahiran

Mendengar secara pasif adalah merupakan peringkat kemahiran mendengar yang paling

rendah. Pada peringkat ini si pendengar biasanya tidak berupaya menangkap makna

keseluruhan ujaran yang dilafazkan dalam sesuatu pertuturan atau percakapan yang

didengarnya. Si pendengar juga jarang-jarang dapat memahami dan mengingati serta

menyebutkan semula perkara-perkara yang didengar itu. Banyak perkara yang boleh

mendorong pelajar mendengar secara pasif. Antaranya ialah, mungkin kerana bahan

yang diperdengarkan itu tidak menarik minat mereka atau kerana bahan itu terlalu sukar

untuk difahami dan tidak bermakna kepada mereka.

Untuk memastikan proses komunikasi berjalan lancar dan berkesan di dalam bilik

darjah, seharusnya seseorang guru dapat mengenal pasti tanda-tanda tertentu yang

terdapat pada seseorang pelajar yang dikelaskan sebagai seorang pendengar yang kurang

baik iaitu:-

- Kelihatan Mengantuk Atau Tertidur

Sering kali kedapatan masalah yang menimpa pelajar ialah rasa mengantuk atau

tertidur yang pastinya menjejaskan tumpuan dan perhatian ketika mengikuti

kuliah, mendengar ceramah atau mendengar penerangan guru. Ini mungkin

disebabkan oleh penglihatan pelajar terhadap guru tidak jelas dan terhalang. Ini

4
seharusnya diselesaikan kerana pertembungan empat mata adalah penting kerana

hal itu merupakan satu bentuk komunikasi yang memautkan perhatian pelajar

dengan guru untuk mendapat maklumat dengan jelas.

- Tiada Maklum Balas:

Pelajar tidak menunjukkan sebarang maklumbalas seperti anggukan kepala,

senyuman atau perubahan rawakan air muka dan sebagainya sebagai

menunjukkan pelajar itu faham, bersetuju atau sebaliknya. Hal ini membantu

perhatian anda terhadap apa yang diperkatakan.

- Tiada Interaksi Dua Hala

Pelajar tidak bertindak meminta ruang untuk mengemukakan sebarang soalan

atau pertanyaan berkaitan dengan maklumat kurang jelas yang disampaikan oleh

guru. Pelajar yang melakukan aktiviti menyoal guru semestinya berfikir dahulu

sebelum membuat pertanyaan. Proses berfikir ini mampu mengelakkan pelajar

dari berkhayal atau fikiran yang merewang malah menguatkan lagi pendengaran

mereka.

- Tidak Terdapat Aktiviti Mencatat Nota

Pelajar yang tidak mencatat sebarang nota boleh juga dikelaskan sebagai seorang

pendengar yang kurang baik sebaliknya hanya sekadar berdiam diri, pura-pura

mendengar. Pelajar yang bertindak mencatat atau menulis nota mampu

mengelakkan diri mereka daripada berkhayal atau melakukan tindakan yang tidak

5
wajar. Hal ini merupakan penggabungan antara pendengaran dan penulisan yang

memberi impak yang baik terhadap proses penumpuan.

- Mencelah Atau Menyampuk

Pelajar yang bertindak mencelah atau menyampuk semasa guru sedang

menyampaikan penerangan tanpa diberi ruang untuk bercakap juga merupakan

seorang pendengar yang kurang baik. Pura-pura bertindak menyoal guru

sedangkan soalan yang di majukan itu tidak berkaitan dengan topik yang sedang

disampaikan. Soalan atau perkara yang disampaikan itu juga hanyalah berbentuk

maklumat yang digunakan untuk mengkritik guru itu kembali.

- Sibuk Bercakap Sesama Sendiri.

Pelajar begini akan beranggapan bahawa perkara yang dibincangkan kurang

menarik. Oleh itu mereka akan bertindak untuk berbual sesama sendiri dan hanya

memberi tumpuan pada topik-topik tertentu sahaja. Keadaan begini kadangkala

akan mengakibatkan suasana kelas menjadi bising dan boleh menjejaskan

tumpuan pelajar lain terhadap maklumat yang sedang disampaikan oleh guru .

4.0 Meningkatkan Keberkesanan Komunikasi Dalam Kalangan Murid.

Proses komunikasi boleh ditingkatkan oleh guru di dalam bilik darjah supaya dapat

melancarkan proses penyampaian maklumat terhadap pelajar untuk satu maksud

pemahaman yang sempurna.

Sutton,C(1975) menggariskan komunikasi yang berkesan akan menghasilkan

pemahaman yang bermakna dalam setiap subjek yang diajar kepada murid.Beliau

6
menyatakan ianya berlaku melalui percakapan(Talking for meaning),menulis(Writing for

meaning),mendengar(Active listening) dan pembacaan(reading for meaning).

4.1 Interaksi Antara Guru Dan Murid Di Dalam Bilik Darjah

4.1.1 Kepentingannya

Setiap orang guru perlu mahir dalam berkomunikasi, khususnya dalam bilik darjah.

Sekiranya guru tidak faham serta mahir dalam berkomunikasi dengan murid-murid

semasa mengajar sudah pasti sukar bagi seseorang guru itu untuk menjadikan

pengajarannya berkesan dan bermutu.

Dengan komunikasi yang berkesan guru akan dapat menyampaikan isi pelajaran, ilmu

pengetahuan, idea, maklumat, tunjuk ajar serta nasihat kepada murid-murid dengan baik

dan tepat tanpa menimbulkan sebarang kekeliruan, kekaburan dan salah faham.

Kegagalan guru berkomunikasi dengan berkesan bukan sahaja akan menyebabkan murid-

murid menjadi kecewa, malah lebih buruk lagi ialah objektif yang dirancang bagi sesuatu

sesi pengajaran itu tidak akan tercapai, serta sesi pengajaran pembelajaran menjadi

hambar dan membosankan. Guru juga perlu bijaksana menyusun strategi agar suasana

berinteraksi di antara murid sesama murid berlaku secara harmonis, saling bantu

membantu serta hormat menghormati supaya pembelajaran berlaku secara bermakna dan

berkesan.

7
Dalam konteks bilik darjah, waktu untuk guru berinteraksi dengan murid-murid begitu

terhad. Oleh itu segala maklum balas yang berlaku di antara kedua belah pihak bukan

sahaja terjadi secara spontan dan perlu segera, malah ianya seolah-olah tidak langsung

memberi kesempatan untuk merancang dan berfikir. Oleh kerana itu, apabila berhadapan

dengan murid-murid, guru bukan sahaja perlu kreatif dan inovatif, tetapi mesti sabar,

bijaksana, cekap dan optimis dalam menghadapi sesuatu situasi serta

cabaran.("Classroom Life : Some Dimensions of Parallel Universes", 1994).

4.1.2 Corak Komunikasi dalam bilik darjah

Komunikasi merupakan proses penyampaian mesej, samada lisan atau bertulis.

Sekiranya mesej yang dihantar oleh penyampai dapat difahami maksudnya oleh

penerima, maka komunikasi berkesan telah pun berlaku. Sebagai seorang guru,

komunikasi lisan berlaku apabila guru sedang menyampaikan pelajaran atau arahan untuk

menjalankan sesuatu tugas amali. Ketika guru menulis sesuatu di papan hitam atau

lutsinar untuk kegunaan murid-murid, maka komunikasi secara bertulis telah diamalkan.

Dalam situasi berkenaan, nyata bahawa kemahiran berkomunikasi amat penting bagi

seorang guru untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

berkesan.(Ee Ah Meng, 1996).

Ini bermakna komunikasi atau interaksi bilik darjah boleh berlaku secara lisan dan

bukan lisan. Semasa waktu mengajar, guru berinteraksi dengan murid dengan bercakap,

memberi penjelasan, menyoal soalan-soalan, berbincang, meneguh dan menegur,

mengarah, memberi isyarat, menghampiri dan mendampingi murid, mengenakan denda

dan sebagainya.

8
Flanders, 1970 (Edward dan Westergate, 1987) dalam kajiannya terhadap interaksi

bilik darjah dikenali dengan Sistem Analisis Interaksi Flanders) telah merumuskan

bahawa dalam sesuatu proses pengajaran yang berlaku dalam bilik darjah, seseorang guru

bercakap dua pertiga daripada keseluruhan waktu mengajar. Percakapan guru itu secara

langsung mempengaruhi murid-murid seperti dalam menyampai, memberi arahan dan

mengkritik. Flanders meletakkan tanggungjawab utama mencorakkan interaksi bilik

darjah itu adalah terletak di tangan guru.

Guru-guru yang berusaha meningkat keberkesanan komunikasi mestilah bersifat

intergratif dan mempunyai ciri-ciri tingkahlaku seperti berikut :

- Sentiasa bersetuju dengan cadangan murid

- Menerima perbezaan pendapat dari murid

- Memandu murid melengkapkan jawapan yang kurang sempurna

- Mengambil bahagian bersama murid-murid di dalam aktiviti bilik darjah

- Bersimpati dengan masalah murid

- Memberi kebenaran atau menggalakkan murid-murid mencuba

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa guru-guru yang bersifat dominatif lebih

banyak membawa kesan negatif terhadap perkembangan dan kemajuan murid. Manakala

guru-guru yang bersifat intergratif pula didapati lebih banyak mendatangkan kesan positif

kepada pembelajaran murid-murid.

 Dapatan tersebut terbukti memang berasas apabila kajian yang dibuat oleh beberapa

orang pengkaji terkemudian seperti Taylor, 1962; Evan, 1962 dan Hollis, 1975

9
(dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990) telah menyenaraikan antara

tingkahlaku guru yang disukai murid semasa berinteraksi dalam bilik darjah ialah :

 Baik hati, mesra, peramah dan sabar sewaktu mengajar

 Menggalakkan murid-murid menyoal dalam kelas

 Sering menyelitkan humor atau unsur berseloroh semasa sesi pembelajaran

 Membenarkan murid-murid melakukan banyak aktiviti dan dalam masa yang sama

dapat mengekal ketenteraman dan disiplin kelas

Hamachek (1974) (dalam Noran Fauziah dan Ahmad Mahzan, 1990), mempercayai

guru yang berkesan mempunyai unsur-unsur "kemanusiaan" iaitu guru yang mempunyai

kualiti seperti suka berseloroh, bersikap adil, peramah dan baik hati. Hamachek juga

menyebut tentang kajian-kajian lain yang menyatakan guru-guru sekolah menengah yang

peramah dan bertimbang rasa, banyak menerima tulisan puisi dan lukisan daripada

pelajar-pelajar mereka.

4.1.3 Ciri-ciri Interaksi Guru dan Pelajar di dalam Bilik Darjah yang berkesan

Motivasi pelajar untuk belajar adalah sangat berkaitan dengan sikap, perasaan dan

kehendak mereka yang mana ianya bergantung kepada kualiti perhubungan dan interaksi

di dalam suasana pembelajaran.(Wlodkowski, 1984) (dalam Classroom Life, 1994).

Sebagai seorang pemimpin di dalam kelas, guru mempunyai tanggungjawab yang besar

untuk mengenalpasti keperluan pelajar dan untuk menggalakkan interaksi bilik darjah

yang positif dan berkesan. Wlodkowski mencadangkan beberapa strategi untuk

menghasilkan interaksi yang berkesan antara guru dan murid. Antaranya ialah :

10
 Menggunakan teknik "Supportive communication behavior" untuk membantu

interaksi yang bermakna.

 Gunakan "direct" dan "spontaneous communication" iaitu menerangkan dengan

jelas apa yang hendak disampaikan oleh guru dan cuba menerima pendapat

pelajar terutama di dalam menyelesaikan masalah dan merancang aktiviti.

 Gunakan struktur matlamat secara menyeluruh untuk memaksimumkan

penglibatan pelajar

Sistem pendidikan di Malaysia telah mengalami banyak perubahan sejak merdeka,

terutama dalam tahun-tahun 1980-an. Berdasarkan kepada Laporan Jawatankuasa

Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran (1979), rancangan Kurikulum Baru

Sekolah Rendah (KBSR) mula dilaksanakan di semua sekolah rendah di seluruh negara

mulai tahun 1983, diikuti dengan rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah

(KBSM) yang mula diperkenalkan di semua sekolah menengah pada tahun 1989.(Mok

Soon Sang, 1996).

Rancangan KBSR dan KBSM telah digubal dengan menekankan pengajaran yang

berpusatkan murid. Bagi mempastikan sesuatu pengajaran pembelajaran itu berhasil

dengan baik, beberapa ciri tingkahlaku berkomunikasi dalam interaksi bilik darjah telah

disarankan, antaranya :

 Guru menggalakkan murid berinteraksi secara teratur sesama murid, antara murid

dengan guru dan antara murid dengan bahan-bahan

 Menggalakkan murid-murid memberi pendapat sendiri serta peluang untuk

mempertahankan pendapat tersebut mengikut cara dan gaya tersendiri

11
 Memberi arahan secara lebih positif

 Menggunakan penghargaan, ganjaran atau pengukuhan positif

Abdul Hamid Mahmood, 1990 (Prof. Dr.) telah menggariskan beberapa ciri

komunikasi guru dan murid yang boleh menghasilkan pengajaran yang berkesan,

antaranya ialah :

 Mempunyai sifat penyabar, penyayang serta suka akan murid-muridnya. Sifat ini

dapat melahirkan kemesraan antara guru dengan murid

 Pandai menghargai dan memuji murid-murid. Penghargaan dan pujian yang

diberikan hendaklah ikhlas dan jujur

 Sentiasa bersikap positif dan bercakap tentang perkara yang baik dan benar.

Elakkan daripada bersikap angkuh atau suka melemparkan kritik yang tidak

beralasan

 Air muka, pertuturan dan tindakan guru harus mencerminkan perhatian guru dan

kejujurannya hendaklah membantu dan mendidik murid-murid

 Menggunakan bahasa badan atau gerak geri yang sesuai dalam pengajaran

 Sentiasa mewujudkan dan mengekalkan hubungan mata semasa bercakap atau

berkomunikasi dengan murid

 Sentiasa mengulang isi-isi penting

 Sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam memberi maklumat atau

pengajaran

 Sentiasa memberi peluang kepada murid-murid untuk mengemukakan soalan atau

maklum balas

12
Hasil daripada kajian-kajian yang dilakukan menunjukkan bahawa pengajaran dan

pembelajaran yang bermutu dan berkesan boleh dihasilkan apabila perhubungan atau

komunikasi bilik darjah berlaku secara berkesan. Perhubungan atau komunikasi boleh

berlaku secara berkesan apabila interaksi guru dengan murid atau di antara murid sesama

murid terjadi dalam suasana yang ramah mesra, lemah lembut, kasih sayang, hormat

menghormati, sabar dan berdisiplin. Di antara hadis-hadis Rasulullah (Nabi Muhammad

s.a.w.) yang menegaskan mengenai kesimpulan di atas ialah :

"Sesiapa yang tidak menyayangi kanak-kanak dan tidak menghormati hak orang yang

lebih tua maka ia bukan dari golongan kami"

(Riwayat Al-Bakhari)

"Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi

salam apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu

majlis serta panggillah ia dengan nama yang paling disenanginya"

(Riwayat Al-Tabrani)

5.0 Penutup

Maka jelaslah di sini bahawa interaksi antara pelajar dan guru memainkan peranan

yang sangat penting di dalam mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang

menarik. Untuk mewujudkan suasana interaksi sosial yang baik, guru dan pelajar perlu

mengetahui peranan yang sebenarnya yang perlu dimainkan oleh setiap individu. Ini

kerana dalam usaha menyesuaikan diri dalam masyarakat, pelajar dipengaruhi oleh

13
berbagai-bagai egen sosialisasi termasuk keluarga, sekolah, rakan sebaya dan media

massa. Sekolah sebagai institusi sosial bertanggungjawab mewujudkan interaksi sosial

dan pembentukan sikap kepimpinan di kalangan pelajar dengan menekankan

keberkesanan interaksi di dalam bilik darjah.

14

You might also like