You are on page 1of 5

Jenis Komponen Elektronik dan Fungsi

Jenis Komponen Elektronik

Komponen-komponen elektronik boleh dikelaskan sebagai komponen pasif dan komponen aktif . Komponen pasif ialah komponen-komponen yang tidak menyumbang kepada gandaan voltan, dan arus kepada suatu litar. Ianya tidak memerlukan sebarang input untuk berfungsi.

Contoh komponen pasif ialah perintang, kapasitor dan induktor.

Komponen aktif pula merupakan komponen yang mempunyai kebolehan untuk menghasilkan gandaan voltan, dan arus. Komponen ini juga boleh menghasilkan tindakan pensuisan dalam suatu litar. Kebanyakan komponen jenis ini dibina menggunakan bahan separuh pengalir. Contoh komponen aktif ialah transistor, diod dan litar bersepadu

Komponen Pasif Perintang

Perintang Tetap (Jenis Karbon)


Perintang merupakan komponen yang paling biasa terdapat dalam suatu litar elektronik. Kegunaan utamanya ialah menghadkan aliran arus dalam litar kerana adanya rintangan. Perintang j uga digunakan sebagai pembahagi voltan. Komponen ini melesapkan tenaga elektrik dalam bentuk haba. Unit untuk menyukat rintangan ialah ohm ().

Terdapat dua jenis perintang: 1. Perintang tetap perintang yang mempunyai nilai rintangan yang tetap 2. Perintang boleh ubah perintang yang nilai rintangannya boleh diubah-ubah

Perintang Tetap (Berlilit Dawai)

Perintang Boleh Ubah (Potentiometer)


Kapasitor

Kapasitor merupakan satu komponen pasif yang dapat menyimpan cas elektrik. Ia boleh dicas dan dinyahcas. Kapasitor mampu menghalang aliran arus terus apabila ianya dicas sepenuhnya. Sebaliknya kapasitor membenarkan arus ulangalik mengalir dalam litar.

Kapasitor (Elektrolit)

Kapasitor (Seramik)
Induktor

Induktor atau gegelung adalah wayar atau konduktor elektrik yang dililit dalam bentuk silinder atau gegelung. Nilai kearuhan sesuatu inductor disukat dalam unit Henry, H. Ia banyak digunakan dalam litar elektronik dan elektrik sebagai penapis, pengayun dan menentang arus ulang-alik. Ianya biasa digunakan untuk menghasilkan voltan aruhan.

Induktor Komponen Aktif


Diod Diod ialah komponen yang membenarkan arus elektrik mengalir dalam satu arah. Diod dibina dengan mencantumkan bahan semikonduktor jenis-Pdan jenis-N. Cantuman ini menghasilkan diod simpang. Bahagian diod yang dibina daripada bahan jenis-P dinamakan anod (+)

sementara bahagian bahan jenis-N dinamakan katod (-). Diod mengalirkan arus apabila dipincang hadapan dan menghalang aliran arus apabila mendapat pincang balikan.

Diod
Diod Pemancar Cahaya (LED)

LED
Diod pemancar cahaya (LED) adalah satu jenis diod yang dapat memancarkan cahaya apabila mendapat punca voltan positif pada anod dan negatif pada katod. LED membenarkan arus elektrik mengalir sehala. LED biasa digunakan sebagai penunjuk. LED beroperasi pada voltan rendah (sekitar 1.5V). Perintang perlu disambung secara siri kepadanya untuk mengelakkan arus berlebihan mengalir melaluinya.

Transistor (Simpang Dwi Kutub) - BJT

Transistor berfungsi sebagai suis elektronik. Komponen ini juga berfungsi sebagai penguat untuk menggandakan arus, voltan atau kuasa. Antara sumbangan transistor kepada bidang elektronik ialah : litar menjadi lebih kecil litar beroperasi tanpa kuasa pemanas menjimatkan tenaga menggandakan isyarat dengan sumber voltan rendah peralatan elektronik lebih tahan lasak

Transistor

You might also like