You are on page 1of 12

Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

1. Pentadbiran Program Pemulihan Khas

1.1 Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah

Sekolah hendaklah menubuhkan satu Jawatankuasa Pemulihan Khas :

Penasihat : Guru Besar


Pengerusi : Penolong Kanan / Guru Kanan Pentadbiran
N. Pengerusi 1 : Penolong Kanan / Guru Kanan Hal Ehwal Murid
N. Pengerusi 2 : Penolong Kanan / Guru Kanan Kokurikulum
Penyelaras : Guru Pemulihan Khas
AJK : Guru Kelas
: Guru Bahasa Melayu
: Guru Matematik
: Guru Kaunseling

Jawatankuasa Pemulihan Khas yang diterajui oleh Guru Besar hendaklah tegas di dalam
melaksanakan Kelas Pemulihan Khas sebagaimana yang diarahkan oleh Kementerian
Pendidikan Khas melalui surat pekeliling KP (BS) 8502 / 5 / PK / Jld.V(26) bertarikh 28
Januari 1986.

1.2 Perjawatan Guru Pemulihan Khas

Surat pekeliling KP (BS) 8594 / Jld.II / 32 bertarikh 22 Januari 1985 telah mewujudkan
semula perjawatan Guru Pemulihan Khas dan guru ini dikehendaki berkhidmat sepenuh
masa melaksanakan Program Pemulihan Khas sebagaimana yang ditetapkan.

Semua sekolah rendah gred A dan gred B diperuntukkan seorang guru pemulihan khas
dan mereka tidak termasuk dalam perkiraan peruntukan guru asas ( n x 1.5 ) seperti
dalam kelayakan guru.

Amalan melantik Guru Pemulihan Khas sebagai guru ganti adalah tidak dibenarkan.

1.3 Perlantikan Guru Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas adalah dilantik oleh Guru Besar di kalangan guru-guru di sekolah
berpandukan kriteria berikut :
• minat
• pengetahuan
• pengalaman mengajar
• Kursus yang pernah dihadiri
• Lantikan sekolah

1
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

1.4 Panduan Pencalonan Guru Pemulihan Khas

1.4.1 Dibuka kepada semua guru di sekolah.


1.4.2 Jika ada lebih daripada seorang guru yang berminat, lantik guru yang sesuai
berpandukan kriteria di atas.
1.4.3 Jika tidak ada guru yang menawarkan diri untuk menjadi guru pemulihan khas,
Guru Besar hendaklah menggunakan kuasanya untuk mencalonkan mana-mana
guru yang difikirkan sesuai untuk dilantik menjadi guru pemulihan khas.
1.4.4 Jika berlaku kekurangan guru di sekolah, Guru Besar tetap juga dikehendaki
melantik seorang guru tetap dan terlatih di sekolah untuk menjadi guru
pemulihan khas. Kekosongan guru untuk mata pelajaran lain hendaklah
ditampung dengan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).
1.4.5 Bagi Sekolah Jenis Kebangsaan, guru pemulihan khas hendaklah dilantik di
kalangan guru-guru mengikut opsyen berikut :
• Opsyen Cina bagi SJK(C),
• Opsyen Tamil bagi SJK(T).

PERHATIAN

Guru-guru berikut tidak boleh dilantik menjadi guru pemulihan khas :


• Guru Sandaran Tidak Terlatih ( GSST ),
• Guru yang sedang mengikuti mana-mana latihan perguruan seperti Kursus dalam
Cuti ( KDC ), Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah ( LPBS ) daln lain-lain,
• Guru yang berada di luar norma perjawatan sekolah iaitu Guru Media, Guru Pusat
Sumber dan Guru Bimbingan / Kaunseling dan juga mana-mana perjawatan luar
norma yang akan diwujudkan kelak mengikut keperluan semasa,
• Guru Besar, semua Penolong Kanan / Guru Kanan dan Penyelia Petang.

1.5 Bilangan Murid Dalam Satu Sesi Pemulihan

Bilangan maksima murid pemulihan khas dalam satu kelas bagi satu sesi P&P ialah
seramai 15 orang.

1.6 Sistem Pengambilan Murid

Sistem pengambilan murid yang diamalkan adalah `Withdrawal System’ iaitu penarikan
keluar murid yang menghadapi masalah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan
Matematik dari kelas aliran perdana untuk dipulihkan di kelas pemulihan khas.

Kelas pemulihan khas hendaklah dilaksanakan dari Tahun 1 hingga ke Tahun 6.


Keutamaan adalah kepada murid Tahap 1 iaitu Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3.

Walau bagaimanapun ketetapan ini adalah tertakluk kepada pindaan semasa.

2
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

1.7 Kaedah Pencalonan Murid

Murid dicalonkan oleh guru kelas / guru mata pelajaran berdasarkan kriteria-kriteria
berikut :
• Lemah mata pelajaran asas,
• Keputusan dalam PKBS yang rendah, dan
• Pemerhatian guru.

Guru kelas / guru mata pelajaran yang mencadangkan murid berkenaan dikehendaki
mengisi Borang Pencalonan Murid.

1.8 Kaedah Penyaringan Murid

Murid yang dicalonkan akan disaring menggunakan satu set ujian piawai iaitu Ujian
Penentu Penguasaan 3M ( IPP3M ) terbitan Jabatan Pendidikan Khas. Kaedah
pelaksanaan ujian IPP3M boleh dirujuk dalam Buku IPP3M, IPP3M 2 dan IPP3M 3.

1.9 Kaedah Penerimaan Murid ke Kelas Pemulihan Khas

Murid yang telah gagal melepasi Ujian IPP3M akan disyorkan untuk mengikuti Program
Pemulihan Khas. Ibu / Bapa / Penjaga murid hendaklah dihubungi dan dimaklumkan
berkenaan perkara ini.

1.10 Pengembalian Murid Pemulihan Khas Ke Kelas Aliran Perdana

Murid-murid yang telah melalui proses pemulihan khas dan telah lulus ujian pelepasan
yang dikendalikan oleh guru pemullihan khas dari semasa ke semasa akan dikembalikan
ke kelasnya di aliran perdana.

Guru pemulihan khas akan mengisi Borang Pengembalian Murid dan guru kelas
perlu menandatangani borang ini sebagai tanda penerimaan kembali murid-murid ini.

1.11 Mesyuarat

1.11.1 Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas

Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas peringkat sekolah hendaklah diadakan


sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun dan minit mesyuarat hendaklah dicatat
dan difailkan di dalam Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas.

Mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas hendaklah dipengerusikan oleh


Penolong Kanan / Guru Kanan dengan Guru Besar sebagai penasihat.

3
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

1.11.2 Perjumpaan dengan Ibu / Bapa / Penjaga

Perjumpaan dengan ibu / bapa / penjaga kepada murid yang dikehendaki


mengikuti program pemulihan khas perlu bagi tujuan pemakluman, perkongsian
maklumat dan menjalinkan hubungan baik.

1.12 Kelas Pemulihan Khas

Pihak pengurusan sekolah hendaklah berusaha untuk menyediakan satu tempat yang
sesuai dan kondusif untuk pelaksanaan program pemulihan khas.

Tempat berkenaan harus mempunyai keluasan yang selesa ( minimum 1.5 bay )

Sekiranya sekolah tidak mempunyai bilik darjah kosong, lokasi-lokasi berikut adalah
dicadangkan untuk dijadikan kelas pemulihan khas buat sementara waktu sehingga
sebuah kelas yang sebenar dapat diusahakan :
• Pusat Sumber,
• Bilik Rawatan,
• Bilik SPBT,
• Makmal / Bilik komputer,
• Bilik Kaunseling,
• Bilik Gerakan / Mesyuarat,
• atau mana-mana tempat yang kurang gangguan.

1.13 Waktu Persekolahan

Bagi sekolah satu sesi, waktu kerja guru pemulihan khas adalah mengikut waktu sekolah
satu sesi iaitu daripada kira-kira 7.30 pagi hingga kira-kira 1.00 petang.

Bagi sekolah dua sesi, guru pemulihan khas terpaksa datang untuk kedua-dua sesi iaitu
sesi pagi dan sesi petang. Waktu kerja yang dicadangkan bagi guru pemulihan khas di
sekolah 2 sesi adalah seperti berikut :

Waktu Masuk Waktu Keluar

8.30 pagi 2.00 petang


9.00 pagi 2.30 petang
9.30 pagi 3.00 petang
10.00 pagi 4.30 petang

4
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

2. Bidang Tugas dan Tanggungjawab Guru Pemulihan Khas

2.1 Pentadbiran Umum


1. Membentuk dan menggerakkan Jawatankuasa Pemulihan Khas Sekolah,
2. Menganggotai Jawatankuasa Kurikulum dan Kewangan peringkat sekolah,
3. Menyediakan takwim kelas pemulihan khas bersama dengan AJK Pemulihan
Khas; merancang dan melaksanakan aktiviti kelas pemulihan khas sepanjang
tahun,
4. Memberi taklimat kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang
berkaitan tentang Program Pemulihan Khas,
5. Menyampaikan maklumat dan dapatan Mesyuarat Pemulihan Khas peringkat
Daerah dan Negeri kepada pihak pentadbir sekolah dan guru-guru yang
berkaitan,
6. Memastikan fail-fail kelas pemulihan khas seperti berikut diwujudkan dan
sentiasa dikemaskini :
• Fail Pemulihan Khas Sekolah,
• Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas,
• Fail Maklumat Kelas Pemulihan Khas,
• Fail Mata Pelajaran,
• Fail Data Program Pemulihan Khas ( 3M ),
• Fail Peribadi Murid Pemulihan Khas,
7. Mengadakan perbincangan bersama dengan AJK Pemulihan Khas.

2.2 Pengurusan Pencalonan, Kemasukan dan Pengembalian Murid


1. Memastikan semua murid yang dicalonkan oleh guru kelas / guru mata
pelajaran mesti disertakan dengan Borang Pencalonan Murid.
2. Menjalankan ujian saringan untuk menapis murid yang dicalonkan.
3. Mengisi Borang Keputusan untuk memaklumkan kepada guru kelas / guru
mata pelajaran akan pengambilan atau penolakan murid yang dicalonkan
berdasarkan wajaran ujian saringan yang diperolehi.
4. Mengisi Borang Pengembalian Murid ke kelas aliran perdana untuk
memulangkan murid yang telah dipulihkan kepada guru kelas.

2.3 Pengurusan Data


1. Memastikan data dan laporan status kelas pemulihan khas dikemaskini dan
dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah masing-masing sebelum atau pada
tarikh-tarikh berikut iaitu 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 30 Sept,
2. Memastikan sesalinan data dan laporan status itu disimpan di dalam Fail Data
Program Pemulihan Khas ( 3M ).

5
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

2.4 Pengurusan Kewangan


1. Memperolehi maklumat tentang baki peruntukan PCG Kaunseling, Mata
Pelajaran Bahasa Melayu dan Matematik daripada Ketua Panitia Mata
Pelajaran masing-masing,
2. Membuat Anggaran Belanja Mengurus (ABM) bersama-sama dengan AJK
Pemulihan dan pihak pentadbir sekolah.

2.5 Pengurusan Kelas


1. Memastikan suasana kelas pemulihan khas selesa untuk P&P,
2. Memastikan keperluan alatan P&P kelas pemulihan khas mencukupi.

2.6 Pengurusan Jadual Waktu


1. Mengadakan perbincangan dengan guru yang menyediakan jadual waktu
untuk merangka jadual waktu yang sesuai,
2. Menyerahkan sesalinan jadual waktu kepada pentadbir sekolah, guru kelas
dan guru mata pelajaran yang berkaitan.

2.7 Pengurusan Pengajaran & Pembelajaran


1. Memastikan Buku Persediaan Mengajar sentiasa berada bersama ketika sesi
P&P dan dikemaskini,
2. Memberi dan menyemak latihan murid pada setiap sesi P&P,
3. Membuat penilaian setelah habis mengajar sesuatu kemahiran dan
merekodkan keputusan penilaian,
4. Menyedia rekod prestasi murid, mendapat pengesahan dari Guru Besar
sebelum diserahkan kepada ibu bapa; salinan rekod prestasi perlu diberikan
kepada guru kelas dan guru mata pelajaran yang berkaitan.

2.8 Pengurusan Rekod Kehadiran Murid


1. Menyedia dan mengemaskini Rekod Kehadiran Murid pada setiap hari bagi
tujuan berikut :
- Merekodkan kehadiran murid bagi setiap sesi pemulihan, dan
- Mengesan pergerakan murid (sama ada murid itu menghadiri kelas di
aliran perdana tetapi tidak hadir ke kelas pemulihan atau sebaliknya).

6
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

2.9 Pengurusan Mesyuarat


1. Menetapkan tarikh mesyuarat Jawatankuasa Pemulihan Khas,
2. Menyedia dan mengedarkan surat panggilan mesyuarat berkenaan bersama
dengan minit mesyuarat yang lepas dalam masa 7 hari sebelum tarikh
mesyuarat, dan
3. Menyediakan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat tersebut dan failkan
dalam Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas.

2.10 Pengurusan Dokumentasi


1. Mengumpul dan menjilidkan laporan aktiviti-aktiviti kelas pemulihan khas
failkan dalam Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas.

7
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

3. Pengurusan Fail-fail Pendidikan Khas

3.1 Fail Pemulihan Khas Sekolah

Guru pemulihan khas perlu memohon kepada pihak sekolah supaya mewujudkan satu
fail bagi kelas pemulihan khas dengan nombor rujukan untuk menyimpan segala surat
menyurat berkaitan urusan kelas pemulihan khas di sekolah.

Satu salinan fail tersebut hendaklah disimpan di kelas pemulihan khas untuk
memudahkan rujukan.

3.2 Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Jawatankuasa Pemulihan


Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :
• Minit mesyuarat,
• Takwim Tahunan Kelas Pemulihan Khas,
• Kertas Kerja Aktiviti / Projek Kelas Pemulihan Khas,
• Surat menyurat setiap Aktiviti / Projek Kelas Pemulihan Khas,
• Laporan Aktiviti / Projek Kelas Pemulihan Khas,
• Jadual Pencerapan,

Fail Jawatankuasa Pemulihan Khas ini hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa.

Fail ini hendaklah disimpan di bilik Guru Besar dan di kelas pemulihan khas untuk
memudahkan rujukan pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak pada bila-bila masa.

3.3 Fail Maklumat Kelas Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas bertanggungjawab menyediakan Fail Maklumat Kelas Pemulihan


Khas dan memuatkan dokumen-dokumen berikut :
• Pekeliling-pekeliling berkaitan Pemulihan Khas,
• Borang Biodata Guru,
• Senarai nama murid,
• Statistik murid pemulihan khas,
• Jadual Waktu Induk Kelas dan Jadual Waktu Peribadi Guru,
• Senarai nama murid-murid pemulihan khas yang telah dipulihkan,
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

Fail Maklumat Kelas Pemulihan Khas ini hendaklah dikemaskini dari masa ke semasa.

Fail ini hendaklah disimpan di bilik Guru Besar dan di kelas pemulihan khas untuk
memudahkan rujukan pihak pentadbir sekolah dan pegawai-pegawai dari Pejabat
Pelajaran Daerah dan Jabatan Pelajaran Negeri Perak pada bila-bila masa.

8
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

3.4 Fail Mata Pelajaran Pemulihan

Guru Pemulihan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskini Fail Mata


Pelajaran. Fail ini mengandungi dokumen-dokumen berikut :
• Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran,
• Maklumat semasa mengenai mata pelajaran,
• Senarai Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang digunapakai,
• Jadual penilaian kelas pemulihan khas dan PKBS,
• Bank soalan penilaian,
• Keputusan pencapaian setiap murid dalam setiap penilaian,
• Lain-lain dokumen semasa yang berkaitan.

3.5 Fail Data Program Pendidikan Khas (3M)

Fail ini diwujudkan untuk menyimpan salinan Laporan Data Program Pemulihan Khas
yang wajib dihantar ke Pejabat Pelajaran Daerah mengikut tarikh-tarikh yang telah
ditetapkan iaitu pada 31 Januari, 30 April, 31 Julai dan 30 September.

3.6 Fail Peribadi Murid Pemulihan Khas

Guru Pemulihan Khas bertanggungjawab menyedia dan mengemaskinikan Fail Peribadi


Murid bagi setiap anak muridnya. Fail ini memuatkan dokumen-dokumen berikut :
• Borang Pencalonan Murid ke kelas pemulihan khas,
• Borang Keputusan Pengambilan murid ini,
• Borang Biodata murid,
• Rekod Penilaian murid,
• Borang Pengembalian Murid ke kelas aliran perdana ( bagi murid yang telah
dipulihkan ),
• Lain-lain dokumen yang berkaitan dengan murid.

9
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

4. Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

4.1 Suasana Kelas Pemulihan Khas

Sebuah kelas pemulihan khas yang piawai hendaklah mempunyai item yang berikut :

• Jadual Waktu Kelas,


• Catatan Aktiviti Bulanan pada papan kenyataan kelas,
• Carta Organisasi Kelas,
• Carta-carta maklumat kelas,
• Carta Aliran Proses Pemulihan Khas,
• Carta-carta lain yang berkaitan.

Selain itu, guru pemulihan khas adalah digalakkan untuk menceriakan lagi kelasnya
mengikut kreativiti masing-masing.

5. Pengurusan Jadual Waktu

Pengagihan masa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah seperti
berikut :

Tahun 1 - 330 minit


Tahun 2 - 330 minit
Tahun 3 - 330 minit
MINIT MENGAJAR 990 minit
Persediaan - 120 minit
JUMLAH - 1110 minit

Sekiranya ada murid Tahap 2 yang dikenalpasti memerlukan pemulihan khas, cadangan
agihan waktu mengajar adalah seperti berikut :

Tahun 1 - 240 minit


Tahun 2 - 240 minit
Tahun 3 - 240 minit
Tahun 4, 5 dan 6 - 270 minit
MINIT MENGAJAR 990 minit
Persediaan - 120 minit
JUMLAH - 1110 minit

Ketetapan dan cadangan masa ini boleh dipinda bergantung kepada bilangan
murid yang dikenalpasti memerlukan pemulihan khas di sekolah masing-
masing.

10
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

6. Pengajaran & Pembelajaran

6.1 Kurikulum

Mata Pelajaran dalam Program Pemulihan Khas dihadkan kepada Bahasa Melayu dan
Matematik sahaja kerana kurikulumnya hanya 3M iaitu membaca, menullis dan mengira.

Senarai kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid pemulihan sebelum mereka
dikembalikan ke kelas aliran perdana ada dicatat dalam Buku Panduan Pelaksanaan
Program Pemulihan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas seperti berikut :

Mata Pelajaran Set Kemahiran Cadangan Kaedah dan Aktiviti P&P


Bahasa Melayu ms 20 – ms 21 ms 23 – ms 37
Matematik ms 210 – ms 212 ms 214 – ms 263

Set-set ujian saringan dan diagnostik dalam Buku Panduan Pelaksanaan Program
Pemulihan Khas terbitan Jabatan Pendidikan Khas ini boleh digunakan oleh guru
pemulihan khas mengikut kesesuaian bagi tujuan menilai tahap pengetahuan /
kemahiran murid serta perkembangan murid-muridnya.

6.2 Pencerapan Pengajaran Guru Pendidikan Khas

Pencerapan ke atas pengajaran guru pemulihan khas perlu dilakukan oleh pentadbir
sekolah mengikut jadual.

11
Garis Panduan Pengurusan Kelas Pemulihan Khas

7. Dokumen Rasmi P&P

7.1 Buku Persediaan Mengajar Guru Pendidikan Khas

Sehingga kini, belum ada Buku Persediaan Mengajar yang dicetak khas untuk kegunaan
Guru Pemulihan Khas. Jadi semua guru pemulihan khas perlu menggunakan Buku
Persediaan Mengajar sekolah masing-masing.

Buku Persediaan Mengajar Guru merupakan dokumen rasmi dan hendaklah sentiasa
berada bersama dengan guru semasa proses P&P. Butiran harian yang perlu ditulis
dalam Buku Persediaan Mengajar adalah seperti berikut :
• Tarikh dan Masa
• Kelas
• Tajuk
• Kemahiran
• Isi Pelajaran
• Objektif
• Langkah Pengajaran / Aktiviti
• Bahan Bantu Mengajar
• Refleksi ( hanya boleh ditulis selepas habis sesi P&P )

8. Penilaian dan Rekod Prestasi Murid

Penilaian secara `formal’ dan ‘informal’ hendaklah dilaksanakan bagi menilai


pencapaian murid pemulihan khas dari masa ke semasa. Soalan penilaian dan
pelaksanaan ujian adalah tanggungjawab Guru Pemulihan Khas dan Guru Mata
Pelajaran di sekolah masing-masing.

Penilaian perlu setelah tamat satu-satu kemahiran yang diajar.

Keputusan mesti direkodkan dalam Rekod Prestasi Murid dan disahkan oleh pihak
pentadbir sekolah dan salinan kepada guru kelas dan guru mata pelajaran.

Pencapaian murid perlu dicatatkan di ruangan belakang Buku Persediaan Mengajar.

9. Pencalonan Murid Pemulihan Khas ke Program Pendidikan Khas

Murid pemulihan khas yang telah menjalani satu tempoh pemulihan khas yang panjang
dan tidak dapat dipulihkan perlu diberikan perhatian. Guru pemulihan khas perlu
berbincang dengan ibu bapa / penjaga bagi mendapatkan maklumat tambahan
mengenai murid ini dan mencari punca masalah yang sebenar. Sekiranya perlu, hantar
murid berkenaan untuk pemeriksaan doktor. Jika murid ini disahkan oleh doktor sebagai
menghadapi masalah pembelajaran, dapatkan persetujuan ibu bapa / penjaga supaya
murid ini calonkan untuk masuk ke program pendidikan khas.

12

You might also like