You are on page 1of 11

Tajuk 19 : Wawasan 2020

Wawasan 2020

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana
Menteri Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi
sebuah negara perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020.
Yang dimaksudkan sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi
juga bidang-bidang politik, sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan
nasional dan sosial, antara lain. Kesemua ini juga melibatkan persoalan keadilan
sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup, nilai sosial dan kerohanian,
maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Latarbelakang

Semasa pelancaran Majlis Perdagangan Malaysia pada 28 Februari 1991, Y.A.B.


Perdana Menteri telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia -
Melangkah ke Hadapan" yang mengandungi satu pemikiran dan rangka kerja
mengenai matlamat Malaysia menjadi sebuah negara maju pada tahun 2020.
Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020". Wawasan 2020 bukanlah merupakan
satu dasar khas tetapi merupakan tindakbalas kepada perkembangan ekonomi,
sosial dan politik yang berlaku di peringkat nasional dan antarabangsa yang
telah memberi cabaran hebat kepada negara. Wawasan ini telah diketengahkan
sebagai satu garis panduan dan rangka kerja mengenai pendekatan yang harus
diambil dalam memulakan langkah bagi perjalanan jauh yang akan ditempuh
oleh negara. Matlamat terakhir yang dicita-citakan ialah pembentukan sebuah
negara Malaysia yang benar-benar maju menjelang tahun 2020. Kemajuan yang
dimaksudkan bukan terhad kepada bidang ekonomi sahaja malah ia akan
merangkumi segala aspek kehidupan: ekonomi, politik, sosial, kerohanian,
kejiwaan dan kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia sebagai sebuah negara
merdeka akan menjadi negara yang benar-benar maju, bersatu, mampu berdikari,
progresif dan makmur. Rakyat akan menikmati kehidupan yang sempurna
dalam satu masyarakat yang demokratik, bertoleransi, bermoral, adil, mampu
bersaing, dinamik dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi. Ini bermakna
Wawasan 2020 bertujuan mewujudkan negara bermatlamat iaitu Malaysia akan
menjadi negara maju
Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 1
dengan caranya tersendiri tanpa terikut kepada cara dan corak negara maju
yang ada sekarang. Kemajuan yang dicita-citakan ialah kemajuan yang sempurna
yang tidak semata-mata diukur dari segi pencapaian lahiriah atau fizikal semata-
mata malah ia akan meliputi pewujudan satu masyarakat yang sempurna dengan
nilai moral dan etika yang tinggi dan boleh dicontohi oleh negara-negara lain.

Cabaran

Objektif di atas hanya boleh dicapai jika rakyat Malaysia dapat menghadapi dan
mengatasi pelbagai halangan/rintangan yang dianggap sebagai cabaran. Dalam
penyampaian kertas kerjanya, Laluan ke Depan (The Way Forward), kepada Majlis
Perniagaan Malaysia, Dr Mahathir Mohamad menghuraikan sembilan cabaran
utama Wawasan 2020. Cabaran yang telah dikenal pasti iaitu:

(i) Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang


serupa dan dikongsi bersama. Ia mesti menjadi negara yang aman, berintegrasi
di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam harmoni, berkerjasama sepenuhnya,
secara adil dan didokong oleh satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan
politik dan dedikasi kepada negara;

(ii) Mewujudkan masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan
keyakinan terhadap diri sendiri, bangga dengan apa yang dicapai serta gagah
menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali
melalui usaha mencapai kecemerlangan, sedar semua kemampuannya, tidak
mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain;

(iii) Mewujud dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang,


mengamalkan satu bentuk persefahaman yang matang, demokrasi Malaysia
berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada banyak negara
membangun;

(iv) Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, yang


mana warganegaranya kukuh dalam nilai agama, dan kejiwaan dan didorong
oleh tahap etika paling tinggi;

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 2


(v) Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum
bebas mengamalkan adat,kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan
pada masa yang sama, meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara;

(vi) Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, mempunyai daya


perubahan tinggi dan memandang ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga menyumbang kepada tamadun saintifik dan
teknologi masa depan;

(vii) Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem


sosial yang mana kepentingan masyarakat lebih utama daripada diri sendiri dan
kebajikan insan tidak berkisar kepada negara atau individu tetapi di sekeliling
sistem kekeluargaan yang kukuh;

(viii) Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Iaitu masyarakat
yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama di
mana wujud perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan
ekonomi. Masyarakat sedemikian tidak akan wujud jika masih ada pengenalan
kaum berdasarkan fungsi ekonomi, dan kesemua kemunduran ekonomi
berdasarkan kaum; dan

(ix) Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing,


dinamik, giat dan kental.

Menurut Dr Mahathir, kesembilan-sembilan matlamat utama ini tidak semestinya


menjadi urutan keutamaan masyarakat Malaysia untuk tiga dekad yang akan
datang. Tentunya keutamaan dalam satu-satu masa mesti memenuhi keadaan
khusus pada masa berkenaan.

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 3


Perspektif @Isu-isu Wawasan 2020

Cabaran-cabaran di atas sebenarnya telah membangkitkan beberapa


isu utama yang harus dihadapi bagi membolehkan Malaysia mencapai taraf
negara maju. Isu-isu ini ialah pertama, pembentukan Satu Negara Bangsa
Malaysia. Konsep satu negara bangsa mempunyai makna yang dalam kerana ia
bermaksud sebuah negara berdaulat yang rakyatnya tidak dapat didefinisikan
melalui kaum, keturunan atau warna kulit. Pembentukan satu negara bangsa
adalah menjadi pra-syarat kepada kemajuan kerana tanpa rakyatnya
mempunyai satu pemikiran terhadap satu negara dan bangsa, sebarang
bentuk kerjasama untuk maju tidak akan terjalin. Bagi mengisi konsep ini istilah
seperti perpaduan negara, kesetiaan kepada negara, keharmonian dan
toleransi perlulah difahami dan diamalkan.
Kedua, Negara Perindustrian. Negara yang telah berjaya mengubah corak
ekonomi dan kehidupannya daripada pertanian kepada perindustrian adalah
mempunyai status negara maju. Wawasan 2020 berkehendakkan rakyat
Malaysia meneruskan proses transformasi ini yang telah dimulakan sejak
merdeka lagi kerana pencapaian sekarang masih lagi di pertengahan jalan. Ini
adalah kerana proses ini bukan sahaja melibatkan transformasi daripada
kehidupan bertani kepada perindustrian malah ia juga melibatkan perubahan
teknologi, ekonomi, sosial dan kebudayaan. Masyarakat negara maju adalah
masyarakat yang didokong oleh kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi
yang tinggi yang bukan setakat boleh mencedok atau mengubahsuai sahaja
tetapi ia mestilah boleh mencipta, menambah dan memperbaharui. Bagi mencapai
taraf negara perindustrian pertumbuhan ekonomi yang amat pesat amatlah
penting. Ia sudah tentunya berkait dengan sumbangan sektor perdagangan dan
komersial yang secara langsung melibatkan soal modal, pelaburan, daya saing,
kualiti tenaga kerja, berdikari dan kekentalan menghadapi cabaran-cabaran.
Di peringkat ini peranan sektor swasta amatlah besar kerana ia akan menjadi
jentera pertumbuhan.
Ketiga, Keadilan Ekonomi dan Sosial. Pewujudan satu masyarakat yang
adil dalam bidang ekonomi dan sosial memang tidak dapat disangkal sebagai

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 4


satu cabaran besar yang perlu dihadapi bagi pewujudan satu negara maju dan
bersatu. Ini ialah kerana dalam sebuah negara maju tidak patut wujud keadaan
di mana satu golongan rakyat mempunyai segala-galanya sedangkan satu golongan
lagi tercicir. Pernyataan Wawasan ini adalah merupakan penegasan semula ke
atas isu yang sentiasa diberi dan meminta perhatian utama iaitu pembasmian
kemiskinan, keseimbangan sosioekonomi di antara kaum, di antara wilayah, di
antara negeri dan diantara bandar dan luar bandar. Dalam konteks ini Wawasan
2020 sebenarnya telah meminta semua rakyat Malaysia tidak salah tafsir terhadap
bantuan yang diberikan kepada sesuatu kaum golongan sebagai tidak adil,
sebaliknya hendaklah menganggapnya sebagai satu usaha bagi memperbaiki
ketidakadilan. Kesungguhan bagi mencapai tahap keseimbangan ini
seterusnya telah diterjemahkan ke dalam objektif Dasar Pembangunan
Nasional (DPN )dan dilaksanakan melalui program dan projek Rancangan
Malaysia Keenam.
Keempat, Moral dan Etika.Berlainan dengan konsep negara maju yang ada
sekarang yang lebih bercirikan kebendaan, negara maju ala-Malaysia yang
dicita-citakan seharusnyalah berpegang kepada falsafah moral dan etika yang tinggi
berasaskan kepercayaan agama. Penganutan falsafah ini adalah penting kerana
kemajuan kebendaan tanpa nilai-nilai moral dan etika tidak akan mewujudkan
kesejahteraan dan keharmonian yang berkekalan sebaliknya banyak membawa
keburukan. Pengamalan nilai-nilai murni (seperti di dalam Dasar Penerapan
Nilai-Nilai Islam) akan menjadi faktor penghalang dalaman untuk tidak
menyalahgunakan kemahiran atau kekayaan yang dimiliki.
Kelima, Pembangunan Masyarakat Berdasarkan Sistem Kekeluargaan.
Wawasan ini telah mengetengahkan perkara pokok sistem sosial iaitu
pembangunan keluarga berdasarkan hakikat bahawa keluarga menjadi asas
pembentukan masyarakat dan masyarakat pula menjadi asas pembinaan negara.
Ini membawa maksud bahawa kekuatan dan kemajuan sesebuah negara itu
bermula dan terletak pada keluarga dan masyarakat. Penegasan ini amatlah
benar kerana keluarga (rumah tangga) dan masyarakatlah yang mencorakkan
kualiti individu yang menjadi rakyat dan pemimpin sesebuah negara. Budaya
bangsa yang merangkumi sistem nilai dan cara hidup (termasuk masyarakat
penyayang dan budaya menyayangi) sebagaimana yang dicita-citakan

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 5


dalam Wawasan ini hendaklah digerakkan dari awal lagi dan ini memerlukan
rakyat menyedari kepentingan institusi keluarga dalam memajukan negara dan
mengambil langkah-langkah perlu bagi mewujudkan keluarga dan masyarakat
yang sempurna.

Sukar untuk membezakan cabaran ekonomi dan bukan ekonomi. Dari sembilan jelas
cabaran yang lebih besar ialah cabaran bukan ekonomi. Cabaran yang lebih ketara
adalah cabaran politik, sosial, psikologi dan budaya.

Adakah matlamat menjadi negara maju dari segi ekonomi itu realistik?

Pada dekad 1960-an, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah pada kadar


purata sebanyak 5.1% setahun. Pertumbuhan purata ini dinaikkan menjadi 7.8%
semasa dekad pertama Dasar Ekonomi Baru dalam dekad 1970-an, dan 5.9%
setahun pada dekad 1980-an, akibat kemelesetan bertahun-tahun. Pertumbuhan
KDNK pada 30 tahun tersebut dalam nilai sebenar adalah pada kadar purata 6.3
peratus setahun, dengan kadar pada 20 tahun yang lalu merupakan 6.9 peratus
setahun pada puratanya. Oleh itu, yang diperlukan ialah tambahan pertumbuhan
sebanyak 0.1 peratus untuk mencapai matlumat ekonomi Wawasan 2020, sesuatu
matlamat yang bukannya tidak mungkin.

KDNK Malaysia pada tahun 1990 ialah $115 bilion, dengan sasaran kira-kira
$920 bilion dalam nilai sebenar (ringgit pada 1990) menjelang tahun 2020.
Pertumbuhan pesat ini memerlukan pertumbuhan pada kadar purata kira-kira 7.0%
(dalam nilai sebenar) setahun untuk 30 tahun akan datang. Jika ini dapat dicapai,
dan diandaikan kadar pertumbuhan penduduk tahunan ialah 2.5%, menjelang tahun
2020, rakyat Malaysia akan kaya empat kali ganda (dalam nilai sebenar),
berbanding dengan tahun 1990. Inilah ukuran masyarakat makmur yang
dimaksudkan oleh Wawasan 2020. Dengan itu, KDNK Malaysia akan menjadi lapan
kali lebih besar menjelang tahun 2020 berbanding 1990.

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 6


Ke arah pencapaian WAWASAN 2020

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) menyenaraikan aspek kritikal seperti berikut:

a. Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara matlamat pertumbuhan


ekonomi dan
pengagihan saksama.

b. Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor sektor utama


ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi
mengoptimumkan pertumbuhan.

c. Mengurangkan dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan


ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk mengalakkan perkongsi
secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan
ekonomi untuk semua rakyat malaysia.

d. Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan


mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan
ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan bandar dan luar
bandar.

e. Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua


rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai
nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif serta menghayati perasaan
bangga dan cintakan negara.

f. Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga


kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 7


perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu
budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semua
masyarakat.

g. Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam


perancangan dan pembangunan sosio ekonomi yang memerlukan usaha
membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan
berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dan proses
membangunkan satu ekonomi perindustrian moden.

h. Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian


yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi
dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan
cara berterusan.

Antara peranan perkhidmatan awam Malaysia dalam mencapai Wawasan


2020 ialah
Pertama, Dalam usaha untuk mencapai Wawasan2020, Kerajaan telah
menggariskan beberapa ciri perkhidmatan awam di masa hadapan, antaranya
penggunaan sains dan teknologi yang canggih dalam peralatan dan automasi
pejabat serta peningkatan penggunaan teknologi maklumat. Oleh itu, anggota
perkhidmatan awam perlulah melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu serta kepakaran
yang diperlukan agar keupayaan menggunakan teknologi yang canggih dapat
dipertingkatkan.

Kedua, Anggota-anggotanya dapat mempersiapkan diri dengan kelengkapan-


kelengkapan yang diperlukan, seperti ilmu pengetahuan, kemahiran-kemahiran
tertentu serta mempertingkatkan ketrampilan dan kualiti keperibadian anggotanya.

Ketiga, Setiap individu perlu melintasi halangan mental yang mempunyai


anggapan bahawa keupayaan dan kemampuan kita adalah terhad. Segala-galanya
boleh dilakukan dengan syarat setiap individu perlu bekerja keras, mengkaji
kelemahan-kelemahan yang ada serta kegagalan-kegagalan yang lalu untuk
mencari silapnya dan meninjau faktor yang membawa kejayaan. Apa yang
Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 8
diperlukan ialah keyakinan diri bahawa kita juga boleh melakukannya, malah
dengan lebih baik lagi. Kalau takut mengambil risiko, kemajuan tidak akan tercapai.

Antara cadangan-cadangan untuk menangani cabaran Wawasan 2020 ialah


pertama penjawat awam perlu faham peranan dalam menentukan pencapaian
mereka sendiri, selain daripada pencapaian negara.
Kedua,mengenalpasti bidang-bidang yang diperluaskan, paradigma lama dan
menerima paradigma yang baru.
Ketiga, penjawat awam perlu melengkapkan diri mereka dengan
pengetahuan dan kecekapan sesuai dengan paradigma baru ini serta penuh yakin
bahawa mereka mempunyai kebolehan.

Keempat, dimana sahaja pertukaran pendekatan diperlukan, penjawat awam


harus membuat pertukaran ini, termasuklah penghapusan sikap terasing dari
masyarakat dan swasta yang menjadi pelangganmereka. Piagam pelanggan mesti
diterima sepenuhnya.

Kelima, penjawat awam perlu sentiasa memikirakan hasil dan sumbangan


mereka kepada masa depan dan tidak hanya memikir akan sumbangan hari ini
untuk hari ini.

Keenam, penjawat awam sebagai individu boleh menyumbang kepada


kejayaan segala usaha, mereka harus sedar bahawa sumbangan sebagai anggota
pasukan adalah lebih berkesan dalam apa jua usaha. Oleh itu mereka harus
mengutamakan yang berkoordinasi dalam pasukan bagi menembusi paradigma
lama dan memasuki paradigma baru.

Penutup

Sekali imbas Wawasan 2020 seolah-olah merupakan wawasan ekonomi


semata-mata kerana ia mementingkan persoalan pembangunan ekonomi
untuk Malaysia menjadi negara perindustrian, tetapi jika dihalusi ia
sebenarnya lebih daripada itu oleh kerana ia juga menyentuh perkara-perkara
berkaitan dengan aspek sosial dan cara hidup seperti pembentukan dan
keperibadian bangsa, moral dan etika, kebudayaan kebangsaan, pembangunan

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 9


sumber manusia dan lain-lain. Wawasan 2020 bukanlah slogan untuk dilaung-
laungkan, tetapi ia lebih merupakan rangka kerja tindakan framework of action bagi
setiap rakyat untuk mengambil langkah-langkah tertentu bagi memastikan
Malaysia menjadi negara yang benar-benar maju dan makmur. Dalam konteks
ini Wawasan tersebut memerlukan beberapa perisian penting, di antaranya
ialah kualiti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem pendidikan, perubahan sikap
dan nilai, penekanan keada sains dan teknologi, perancangan, dan peranan
sektor swasta yang lebih dinamik.
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju yang mempunyai kualiti hidup
yang tinggi Malaysia harus mempelajari kelemahan dan kekuatan yang berlaku di
negara maju.
Wawasan 2020 tidak meminta Malaysia menjadi negara Barat atau Jepun tetapi
sebuah negara baru dan lebih mantap dalam semua aspek kehidupan.

Rujukan

Aiken, S.R., et al. 1994. Pembangunan dan Persekitaran di Semenanjung Malaysia.


Terj. Oleh Sulong Mohamed. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Means, G.P.1976.Malaysian Politics.London: Hodder and Stoughton Limited.

Mohd Sufian bin Hashim.1987. Megenal Perlembagaan Malaysia. Kuala Lumpur:


Dewan Bahasa dan Pustaka.

Zulhilmi Paidi & Rohani Ab. Ghani.2003. Masyarakat di Malaysia. Pahang : PTS
Punlications & Distributors Sdn. Bhd.

Sumber : Pejabat Perdana Menteri

http://www.jpn.gov.my

http://jpnin.gov.my

http://www.utusan.my

Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 10


Tajuk 19 : Wawasan 2020 Page 11

You might also like