You are on page 1of 105

(PETA MINDA MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN TIGA INOVATIF MENULIS HURUF BESAR DALAM AYAT

KASIM BIN LANDOSI @ LAMBOSI

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

2012

PETA MINDA MEMBANTU MENINGKATKAN PENGUASAAN MURID TAHUN TIGA INOVATIF MENULIS HURUF BESAR DALAM AYAT

KASIM BIN LANDOSI @ LAMBOSI

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sekolah Rendah (Bahasa Melayu)

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU

NOVEMBER 2012

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan kepujian Pengajian Bahasa Melayu

Tandatangan Penyelia Tarikh

: .. : ABDUL NASIR BIN HJ. PAISAL : ..

PENGAKUAN

Saya akui laporan kajian ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan Nama Penulis Tarikh

: .. : KASIM BIN LANDOSI @ LAMBOSI : ..

ii

DEDIKASI

Syukur ke hadrat Ilahi atas limpahNya Kutitipkan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad Khas buat ayahanda En. Landosi @ Lambosi Bin Pardi dan Allahyarhamah bonda Masia Binti Abdullah, kasih sayang ayahanda dan bonda tidakkan terbalas Isteri dan adik-beradik tersayang; Irda, Zai, Emah, Atiq, Sabar, Man, Achbar, Tacher, Latip, Asri. dorongan, pengorbanan dan keikhlasanmu tidak terungkapkan dengan kata-kata. Semoga Allah memberi hidayah dan membuka pintu rahmatNya. Buat pensyarah-pensyarah dan rakan seperjuangan terima kasih atas segalanya pengorbanan, kesetiaan, kesabaran dan doronganmu yang tidak terhingga. menjadi perangsang untuk menguatkan azamku.

iii

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurniaNya kajian ini dapat disiapkan dalam masa yang dirancang. Pada kesempatan ini, penulis rakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada penyelia En. Abdul Nasir Hj. Paisal, Yang Mulia Raja Shaharuddin bin Raja Mohammad dan Pn. Hajah Patimah binti Dullah atas segala bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang mampu membalasnya. Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan atas kerjasama dan perkongsian idea-idea yang bernas. Tidak dilupakan juga ucapan terima kasih

kepada Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Tawau, Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Kampus Tawau, para pensyarah dan individu yang terlibat atas sokongan yang tiada hentinya.

iv

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengatasi masalah pembelajaran kemahiran menulis huruf besar dengan betul dalam ayat. Murid-murid yang terlibat dalam kajian terdiri daripada lima orang murid Tahun 3 Inovatif di Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau II, Tawau, Sabah. Tinjauan awal untuk mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh murid dalam pembelajaran kemahiran tersebut telah dijalankan dengan menganalisis jawapan murid dalam ujian diagnostik. Ujian pra serta ujian pos telah dilaksanakan untuk mengesan tahap penguasaan murid serta keberkesanan Teknik Peta Minda. Di samping itu, soal selidik juga digunakan bagi meninjau minat murid terhadap pengajaran guru. Berdasarkan analisis tersebut, didapati murid belum menguasai kemahiran dan konsep penggunaan huruf besar di dalam ayat. Bagi mengatasi masalah tersebut, teknik peta minda dijadikan bahan pengukuhan pada tiap-tiap akhir sesi pembelajaran. Empat sesi intervensi khusus telah dijalankan dan didapati tindakan yang dijalankan telah membantu murid menguasai kemahiran kemahiran menulis huruf besar dengan betul di dalam ayat dan meningkatkan minat murid dalam pengajaran dan pembelajaran. Untuk cadangan kajian seterusnya, teknik ini boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran tatabahasa serta penulisan.

ABSTRACT

This study is conducted in order to overcome the problem of learning the skill to write capital letters correctly in sentences. Five pupils of Year 3 Inovatif from Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau II, Tawau, Sabah are involved in the study. Initial survey to identify the problems faced by students in learning skills is carried out by analyzing the responses of students through a diagnostic, pre and post tests. A set of questionnaires are also used to survey the students' interest in the subject of Bahasa Melayu. Based on the analysis it is found that students had not mastered the skills and concepts of the use of capital letters in the text. To address this problem, the technique of mind mapping has been used as teaching and learning approach. Worksheet and mind map are used as a reinforcement learning strategy in every intervention session conducted throughout the study. A total of four specific intervention sessions are carried out and it is found that the actions undertaken has helped these students to improve their writing skills in using capital letters correctly in their sentences. An action research is also executed as a mean to help maintain the students interest in learning Bahasa Melayu involving these skills. It is hoped and recommended to teachers and schools to extend the use of this technique in grammar and writing skills in the future.

vi

KANDUNGAN

Muka surat

PENGESAHAN PENYELIA PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI GRAF SENARAI LAMPIRAN 1.0 PENDAHULUAN 1.1 1.2 1.3 2.0 2.1 2.2 Pengenalan Refleksi Pengalaman Lalu Refleksi Nilai Pendidikan Isu Kajian Dan Pernyataan Masalah Tinjauan Literatur

i ii iii iv v vi vii x xi xii xiii 1 2 7 9 10

FOKUS KAJIAN

vii

No. Jadual

Tajuk

Muka surat

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN 3.1 3.2 3.3 Objektif Umum Objektif Khusus Persoalan Kajian Responden Prosedur Tindakan Tinjauan Awal Merancang Tindakan Melaksana Tindakan Memerhati Merefleksi Analisis Ujian Diagnostik Analisis Ujian Pra dan Pos Analisis Soal Selidik Analisis Ujian Diagnostik Analisis Ujian Pra Analisis Ujian Pos Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra Dan Pos Analisis Data Minat Murid 15 15 15 17 18 19 20 21 24 24 26 27 28 30 34 36 38 43

4.0 5.0

KUMPULAN SASARAN 4.1 5.1 5.2 5.3 5.4 5.5 5.6 TINDAKAN KAJIAN

6.0

CARA ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA 6.1 6.2 6.3

7.0

DAPATAN KAJIAN 7.1 7.2 7.3 7.4 7.5

viii

No. Jadual

Tajuk

Muka surat

8.0 9.0 9.1

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN 8.1 Refleksi Dapatan Kajian 47 50 52 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA Cadangan Kajian

SENARAI RUJUKAN LAMPIRAN

ix

JADUAL

No. Jadual

Tajuk

Muka surat

5.1 6.0 6.1 7.0 7.1 7.2 7.3 7.5 7.7 7.8 7.10 7.12

Skor Ujian Diagnostik Skala Skor Diagnostik Dan Prestasi Skala Skor Ujian Pra Dan Pos Serta Prestasi Analisis Keputusan Ujian Diagnostik Rumusan Analisis Keputusan Ujian Diagnostik Senarai Murid Terpilih sebagai Responden Analisis Keputusan Ujian Pra Analisis Keputusan Ujian Pos Analisis Perbandingan Ujian Pra Dan Pos Mengikut Bahagian Analisis Perbandingan Markah Keseluruhan Responden Dalam Ujian Pra Dan Pos Analisis Peningkatan Markah Ujian Pra Dan Pos Secara Keseluruhan Analisis Perbandingan Minat Responden Terhadap Bahasa Melayu Berdasarkan Pra Dan Pasca Soal Selidik

20 26 27 31 32 33 34 36 38 39 41 43

RAJAH

No. Rajah

Tajuk

Muka surat

5.0

Model Kajian Kemmis Dan McTaggart

19

xi

GRAF

No. Graf

Tajuk

Muka surat

7.4 7.6 7.9 7.11

Graf Bar Pencapaian Murid Dalam Ujian Pra Graf Pencapaian Murid Dalam Ujian Pos Graf Bar Perbandingan Pencapaian Responden Dalam Ujian Pra Dan Pos Graf Bar Peningkatan Markah Responden

35 37 40 42

xii

LAMPIRAN

A. B. C. D. E. F. G. H. I. J. K. L. M. N. O. P. Q. R.

Lembaran Ujian Diagnostik Rekod Ujian Diagnostik Lembaran Ujian Pra Lembaran Ujian Pasca Borang Keputusan Ujian Pra Borang Keputusan Ujian Pos Jadual Perbandingan Ujian Pra dan Pasca Peta Minda Lembaran Soal Selidik Peta Minda Lembaran Intervensi: Item 1 Lembaran Intervensi: Item 2 Lembaran Intervensi: Item 3 Lembaran Intervensi: Item 4 Jadual Perbandingan Intervensi Jadual Pelaksanaan Tindakan Jadual Langkah Pelaksanaan Intervensi Keputusan Analisis Kesalahan Penggunaan Huruf Besar Keputusan Perbandingan Jumlah Murid Mengikut Prestasi Dalam Ujian Pra Dan Pos

xiii

LAMPIRAN

S. T. U.

Keputusan Peningkatan Penguasaan Kemahiran Menulis Huruf Besar Dapatan Data Soal Selidik (Minat Responden) Sebelum Kajian Rumusan Dapatan Data Soal Selidik (Minat Responden) Secara Keseluruhan Terhadap Bahasa Melayu Sebelum Kajian Dapatan Data Soal Selidik (Minat Responden) Selepas Kajian Rumusan Dapatan Data Soal Selidik (Minat Responden) Secara Keseluruhan Terhadap Bahasa Melayu Selepas Kajian Contoh Tulisan Murid Dalam Ujian Diagnostik Hasil Kerja Murid Dalam Item 4 Penggunaan Peta Minda Oleh Murid Dalam Item 4

V. W.

X. Y. Z.

xiv

1.0

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Pendidikan dapat dilihat daripada dua aspek iaitu aspek individu dan aspek masyarakat. Aspek individu, pendidikan bermaksud pengembangan potensi yang terpendam. Atan (1988) dalam Sharil (2005) menyatakan pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang. Ia adalah proses perkembangan, penyuburan fikiran dan kuasa semula jadi yang sistematik. Hal ini bermula ketika pra sekolah, berterusan di sekolah dan berlangsung seumur hidup.

Potensi yang dimaksudkan ialah kecekapan berbahasa yang merangkumi kemahiran lisan, bacaan dan tulisan. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran (HSP) Bahasa Melayu Tahun 3 (2003: ms.1), dinyatakan Kurikulum Bahasa Melayu digubal bertujuan untuk menyediakan murid menguasai kecekapan berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul dan tepat. Ia merupakan peluang kepada murid menjadi seseorang yang mampu mengungkapkan bidang ilmu daripada pelbagai disiplin atau mata pelajaran di samping mengembangkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif.

Walau bagaimanapun, penguasaan kemahiran-kemahiran yang dinyatakan tidak mungkin akan dicapai oleh semua murid dalam tempoh yang sama. Ini kerana setiap manusia mempunyai tingkat kecerdasan yang pelbagai. Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), setiap kecerdasan adalah berasingan dan tidak saling 1

bergantung. Seseorang mungkin lemah dalam sesuatu bidang kemahiran tetapi cemerlang dalam bidang kecerdasan yang lain. Menurut mereka lagi, setiap individu mempunyai lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh dikembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Sehubungan itu, guru sebagai pemudah cara digalak menggunakan kreativiti sendiri untuk membantu murid menguasai kemahiran-kemahiran yang diajar agar murid-murid berketerampilan dalam berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam masyarakat ketika menjalani kehidupan sehariannya.

1.2

Refleksi Pengalaman Lalu

Selama hampir 16 tahun menjadi guru dan mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau II, masalah tidak tahu menggunakan huruf besar dan huruf kecil dengan betul ketika menulis ayat merupakan masalah yang sering pengkaji temui dalam kalangan murid-murid Tahun Tiga. Misalnya, kesalahan menulis huruf kecil di permulaan ayat dan selepas noktah serta kata nama khas juga dieja menggunakan huruf kecil secara keseluruhan.

Jika perkara ini tidak ditangani, ia mungkin berlanjutan sehingga mereka memasuki Tahun Empat, Lima, dan Enam, manakala guru akan menerima kesan dipersalahkan kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai penyampai ilmu yang baik. Berdasarkan kepada pemerhatian dan temubual pengkaji bersama-sama 2

dengan murid, pengkaji dapati kebanyakan mereka telah mengenali prinsip-prinsip asas penggunaan huruf besar dan huruf kecil di dalam ayat. Ini turut diakui oleh guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris mereka semasa di Tahun Dua. Oleh yang demikian, pengkaji beranggapan kanak-kanak ini sebenarnya lemah dari segi ingatan dan pengamatan tentang hal ini. Ada beberapa faktor yang menyumbang kepada keadaan tersebut. Antaranya ialah faktor sosioekonomi.

Walaupun status sekolah pengkaji gred A dan terletak di kawasan bandar, tetapi kebanyakan murid-muridnya adalah dari kalangan keluarga yang

berpendapatan rendah. Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada data Sistem Maklumat Murid sekolah, kebanyakannya murid-murid ini tinggal di kawasan perumahan setinggan yang berhampiran dengan kawasan sekolah. Kanak-kanak ini kurang terdedah dengan penglibatan dalam bahasa secara maksimum memandangkan ibu bapa sibuk mencari nafkah bagi meneruskan kelangsungan kehidupan keluarga masing-masing. Hal pendidikan anak-anak diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah.

Akibat ketiadaan motivasi dan perhatian daripada ibu bapa, faktor ini bukan sahaja melambatkan pencapaian kemahiran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini, namun apa yang lebih ditakuti ialah jika mereka tidak diberi perhatian yang serius pada tahap rendah, masalah ini akan berterusan sehingga ke peringkat menengah dan peringkat tinggi. Menurut Amir (2002) dalam Hamidah (2005), kegagalan murid dalam UPSR adalah berpunca daripada kelemahan mereka menguasai kemahiran asas khususnya 3M yang lazimnya diajarkan di peringkat awal persekolahan.

Seterusnya ialah faktor taraf pendidikan ibu bapa. Ibu bapa yang kurang berpendidikan akan menjaga anak tanpa banyak persediaan dan rujukan intelektual dengan beranggapan, mendidik anak berlaku secara semula jadi. Ditambah dengan suasana rumah yang sesak, tidak terurus dan sempit mewujudkan ketegangan yang menyebabkan mereka keluar dari rumah (Azizi, Asmah, Zurihanmi dan Fawziyah, 2005). Oleh yang demikian, apabila berada di luar waktu persekolahan, kanak-kanak ini lebih suka menghabiskan masa dengan bermain bersama rakan sebaya daripada mengulang kaji pelajaran.

Kurangnya sokongan daripada ibu bapa dan keluarga dalam memberi tunjuk ajar dan menyelesaikan masalah dalam pembelajaran ini turut menimbulkan masalah lain seperti kanak-kanak ini sering tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi oleh guru.

Berbanding dengan ibu bapa yang berpendidikan, mereka dapat membuat persediaan mental dan fizikal melalui pembacaan dan maklumat dari media massa berkenaan perkembangan fisiologi dan kognisi anak-anak mereka. Didapati kanakkanak yang mempunyai ibu bapa yang berjawatan profesional dan berpendidikan mempunyai kelebihan dari segi penguasaan kosa kata dan kemahiran-kemahiran bahasa yang lain hasil peniruan dan pemerhatian ke atas pertuturan dan tingkah laku ibu bapa mereka. Kemampuan ibu bapa menyediakan kemudahan seperti pembiayaan kelas tambahan, bahan bacaan dan multimedia juga adalah faktor peningkatan penguasaan kemahiran bahasa dalam kalangan kanak-kanak ini.

Dalam hal yang lain, faktor kurangnya penekanan terhadap kepentingan penggunaan huruf besar dan huruf kecil oleh guru semasa mengajar mata pelajaran bahasa juga adalah penyebab murid-murid tidak memberi perhatian serius akan kepentingan perkara ini. Walhal di peringkat rendah adalah masa yang paling baik untuk menerapkan kemahiran ini kerana kanak-kanak pada usia ini cenderung untuk mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan sepenuhnya.

Menurut Suppiah, Ramlah dan Abdul Aziz (2008), ada lapan tahap perkembangan kanak-kanak. Di sekolah rendah, tahap perkembangan kanak-kanak adalah berada di tahap empat. Menurut beliau, kanak-kanak pada tahap ini akan bersungguh-sungguh dengan penuh minat dan tekun mengikuti aktiviti dan menyiapkan tugasan yang diberi.

Oleh yang demikian, guru dan ibu bapa perlu sentiasa memupuk sikap rajin dan suka belajar dalam diri kanak-kanak tersebut. Sokongan dan penglibatan ibu bapa, penjaga dan guru amat perlu untuk membantu meningkatkan penguasaan bahasa kanak-kanak sama ada dalam lisan, bacaan mahu pun tulisan. Sebaliknya, jika kanak-kanak sentiasa dimarahi dan dikritik dalam segala tugasan yang diberikan, mereka akan berasa rendah diri dan kurang yakin pada kebolehan sendiri.

Sehubungan itu sebagai guru, pengkaji ingin membawa perubahan kepada kanak-kanak ini agar mereka mampu seiring dengan murid-murid lain dalam konteks yang melibatkan kemahiran bahasa khususnya menulis. Dalam masa yang sama pengkaji juga ingin meningkatkan estim diri (self-esteem) mereka. Pakar-pakar psikologi mengatakan individu-individu yang berjaya adalah individu-individu yang 5

mempunyai estim tinggi manakala, individu-individu yang gagal di dalam kehidupan mereka mempunyai estim yang rendah. Apabila individu-individu yang mempunyai estim tinggi bercakap, bahasa yang mereka gunakan mempunyai ciri-ciri seperti bercakap dengan lebih lancar, tersusun dan tatabahasanya betul. Mereka menggunakan kata-kata daripada jenis yang positif. Mereka menunjukkan komitmen kepada apa yang mereka ucapkan. Ertinya mereka akan mengotakan kata-kata mereka (Ainon dan Abdullah, 2001).

Bagi individu-individu yang estimnya rendah mempunyai ciri-ciri psikologi yang berbeza. Mereka tidak seronok menjadi diri mereka sendiri. Mereka hendak menjadi individu lain. Mereka malu dengan keadaan diri mereka dan bersikap pasif dalam pergaulan.

Justeru, pengajian dalam semester 8 ini yang menghendaki setiap pelajar PGSR Bahasa Melayu melaksana satu kajian tindakan merupakan peluang kepada pengkaji untuk menjadikan masalah ini sebagai fokus kajian. Harapan pengkaji semoga masalah yang dihadapi oleh murid-murid tersebut akan dapat diatasi manakala langkah merawat masalah menggunakan Peta Minda yang pengkaji cadangkan dan akan terangkan dalam perenggan yang berikut menjadi satu kejayaan malahan amalan yang akan memberi manfaat kepada murid dan guru dalam meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Seterusnya, dapat memberi kesedaran kepada para ibu bapa dan penjaga agar lebih memahami keperluan anak-anak mereka dalam pembelajaran dengan memberi sokongan dan bantuan yang sewajarnya.

1.3

Refleksi Nilai Pendidikan

Pendidikan sering dikaitkan dengan manusia, pendidik perlu membina dan mengembangkan kemampuan dasar manusia sebaik mungkin supaya sentiasa sentiasa sesuai dengan kapasitinya. Dalam hal ini, kemampuan menulis merupakan kemahiran yang harus dimiliki oleh setiap orang dalam memenuhi kapasiti yang dimaksudkan.

A person who writes clearly thinks clearly.. (Czerniewska, 1992: 7). Pernyataan ini menunjukkan bahawa kemahiran menulis sangat penting. Justeru itu, dalam HSP Bahasa Melayu Tahun Tiga, kemahiran menulis seperti mengambil imlak berdasarkan teks yang diperdengarkan menggunakan ejaan dan tanda baca yang betul (9.1, Aras 3 (i)) dan mengenal pasti dan membetulkan kesilapan ejaan perkataan serta tanda baca dalam ayat (10.2, Aras 1 (i)) disenaraikan sebagai kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai oleh murid-murid Tahun Tiga.

Kamarudin (1994), menyatakan tulisan ialah bahasa yang berlukis dengan lambang bunyi. Melalui menulis, seseorang individu itu dapat melahirkan perasaan, fikiran dan idea dalam bentuk grafik. Manakala Sassoon memberi pengertian bahawa handwriting is a skill that modern technology will not replace (1993: 36). Ini bermakna kemahiran menulis merupakan medium terpenting untuk melahirkan pemikiran. Dan yang paling penting melalui bahasalah (bunyi dan simbol; tulisan) manusia dapat membentuk identiti kelompok dan penyatuan dalam masyarakat (Syed Ismail dan Ahmad Subki, 2010). Walaupun pelbagai kemudahan teknologi

disediakan pada hari ini, namun kemudahan tersebut tidak dapat menggantikan kepentingan kemahiran menulis.

2.0

FOKUS KAJIAN

Fokus kajian ini bertumpu kepada usaha pengkaji membantu murid Tahun Tiga Inovatif menguasai kemahiran menulis huruf besar dengan betul di dalam ayat.

2.1

Isu Kajian dan Pernyataan Masalah

Dengan menguasai kemahiran menulis yang melibatkan tatabahasa, ejaan dan tanda baca yang betul, murid-murid akan lebih yakin dalam pembelajarannya.

Writing is a central activity of the school curriculum. Czerniewska (1992: 1)

Ini bermakna kemahiran menulis sentiasa digunakan dalam setiap mata pelajaran dan pelbagai lagi aktiviti walaupun ia hanya dipelajari dalam mata pelajaran bahasa. Oleh kerana peri pentingnya kemahiran menulis itu, Czerniewska dalam bukunya yang bertajuk Learning About Writing menyatakan:

When children learn to write, they learn more than the system of writing. They learn about social practices of language. (1992: 2)

Seperti yang dijelaskan, kemahiran menulis mengikut hukum tatabahasa, ejaan dan tanda baca yang betul adalah salah satu daripada kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid-murid Tahun Tiga. Namun masih terdapat murid-murid yang melakukan kesalahan dari segi penggunaan huruf besar dan juga huruf kecil semasa

menulis ayat. Khususnya penggunaan huruf besar dan kecil di permulaan ayat, selepas noktah, cara mengeja dan menulis Kata Nama Khas serta Kata Nama Am. Kesan dari kelemahan ini, markah penulisan mereka sentiasa tidak mencapai sasaran yang ditetapkan. Sehubungan itu, langkah mengatasi harus dilakukan dengan segera agar masalah ini dapat diatasi pada peringkat awal-awal lagi. Dalam hal ini, pengkaji mencuba mengatasi masalah dengan menggunakan Teknik Peta Minda.

2.2

Tinjauan Literatur

Bahasa dikatakan merupakan satu struktur unik yang terdiri daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih serta disusun untuk digunakan oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung sesama sendiri dalam kegiatan seharian. Selain daripada lisan dan membaca maklumat, tulisan juga adalah adalah salah satu daripada amalan kebiasaan yang digunakan untuk berhubung. Jika kemahiran ini tidak dipupuk dari awal, kemungkinan besar kanak-kanak akan mengalami kesukaran. Graham, Harris dan Fink (2000) dalam M. Azizi (2010) menyatakan kanak-kanak yang mengalami kesukaran menguasai kemahiran menulis akan mula mengelak daripada menulis dan memutuskan bahawa mereka tidak dapat menulis.

Kesannya, perkembangan kemahiran menulis akan lambat dikuasai. Jelas di sini masalah kesalahan penggunaan huruf besar dan huruf kecil jika tidak diperbetulkan pada peringkat awal, sudah tentu murid-murid akan menganggap kesalahan tersebut adalah amalan biasa yang tidak memberi sebarang kesan kepada pembelajaran mereka. Kamarudin dan Siti Hajar (1997) dalam Jeyagobi (2008) menekankan bahawa kemahiran menulis penting dalam kalangan pelajar kerana 10

mereka bakal menjadi penulis yang akan mengisi khazanah dan budaya bangsa. Jika kita menganggap penulisan adalah sesuatu yang mudah dan dapat dilakukan tanpa terikat kepada bentuk disiplin diri, ia akan mengakibatkan lahirnya penulis santai.

Selain itu, kemahiran menulis dapat merangsang dan memahirkan tatabahasa, idea, perbendaharaan kata dan perasaan. Dengan itu, kemahiran ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk menerokai bidang bahasa serta melahirkan idea dan menggunakan seluruh anggota mekanis (mata, tangan, akal dan lain-lain) untuk merangsang pembelajaran (Jeyagobi, 2008).

Che Zanariah dan Fadzilah (2011) dalam kajian kes mereka menyatakan murid perlu mahir menulis kerana hampir semua kertas peperiksaan di negara ini memerlukan murid menjawab dalam bentuk tulisan dan ada juga yang memerlukan jawapan yang panjang lebar dalam bentuk ayat. Murid yang tidak menguasai kemahiran menulis yang baik sering menghadapi masalah untuk menjawab soalan. Lantaran itu, murid perlu menguasai kemahiran menulis untuk menghuraikan datadata yang tepat, berupaya menyusun jawapan dalam bentuk yang mudah, teratur dan meyakinkan.

Sehubungan dengan itu, kemahiran menulis adalah sangat penting dan perlu dilaksanakan berdasarkan penguasaan kemahiran. Tambah mereka lagi,

menghasilkan penulisan merupakan suatu proses yang kompleks. Oleh sebab itu, penulisan perlulah dilaksanakan mengikut tahap-tahapnya secara sistematis (Roselan, 2003). Ternyata kemahiran menulis yang merangkumi penggunaan tanda baca yang

11

betul dilihat begitu penting dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu kerana ia mesti dikuasai oleh murid-murid untuk menduduki peperiksaan bertulis. Kemahiran menulis yang efektif amatlah penting untuk kejayaan akademik dalam sistem persekolahan di seluruh dunia.

Ekoran itu, pendekatan sesuai perlu digunakan untuk menyampaikan kemahiran mengguna huruf besar dan huruf kecil dengan betul di dalam ayat kepada murid-murid. Dalam hal ini, pengkaji memilih untuk menggunakan peta minda sebagai langkah mengatasi masalah yang telah disebutkan.

Mengapakah peta minda dipilih sebagai alternatif rawatan kepada masalah ini? Mukerjea, (1996) dalam Morrission (2010: ms. 214) menjelaskan bahawa peta minda membolehkan seseorang itu dapat ...learn MORE, remember MORE, use LESS paper, invest LESS effort.... yang membawa maksud penggunaan peta minda ini dapat membantu guru menyampaikan ilmu dengan berkesan, mempertingkatkan daya ingatan murid-murid tanpa memerlukan banyak kertas sebagai bahan bantu serta mengurangkan beban dari segi penyediaannya. Ini kerana peta minda merupakan satu ringkasan kepada sesuatu teks atau petikan yang panjang.

Selain itu, pengetahuan menggunakan peta minda dan borang grafik sebagai satu cara mencatat nota, memudahkan proses menyimpan maklumat dan mengingatkan kembali. Hal ini turut diperkuat melalui kenyataan berikut: One of the powerful uses of concept maps is not only as a learning tool but also as an evaluation tool, thus encouraging students to use meaningful-mode learning patterns. Concept maps are also effective in identifying both valid and invalid ideas held by students,They can be as effective as more time-consuming 12

clinical interviews for identifying the relevant knowledge a learner possesses before or after instruction. Novak dan Caas (2008: 5)

Berdasarkan kenyataan di atas, penggunaan borang grafik seperti peta konsep atau peta minda dapat meningkatkan kemahiran berfikir dari segi menganalisis, mengkategori dan mengenalpasti maklumat utama yang perlu dikuasai dalam pembelajaran. Paling penting ia mampu meningkatkan ingatan kerana

penggunaannya melibatkan pelbagai jenis deria murid. Sebagai alat bantu mengajar, peta minda dan peta konsep membantu murid-murid merangka, mencatat nota, merekod maklumat dan peristiwa, merancang aktiviti, membuat persembahan dan lain-lain lagi.

Freddy (2010) dalam kajiannya menyatakan peta minda dibentuk berdasarkan bagaimana otak manusia merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh iaitu menghubung kait, membanding dan menganalisis sesuatu isi penting dengan lebih berkesan.

Kesimpulannya, kemahiran menulis dengan betul dari segi tatabahasa, ejaan dan susunan ayatnya adalah sangat penting. Kemahiran ini wajar ditekankan kepada murid-murid seperti mana yang termaktub dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun Tiga. Dalam jangka masa panjang, kemahiran ini sangat signifikan kepada murid-murid kerana ia bakal digunakan dalam menjalani kehidupan seharian. Bukan sahaja di sekolah bahkan di luar sekolah. Namun begitu, cabaran sebagai guru dalam meningkatkan penguasaan kemahiran ini dalam kalangan murid-murid

13

sentiasa ada. Justeru, sebagai pendidik, guru tidak harus cepat menyerah kalah jika anak didik lambat menguasai sesuatu kemahiran yang diajar.

Seharusnya kajian tentang strategi dan pendekatan yang terbaik dalam mengatasi masalah pengajaran dan pembelajaran hendaklah sentiasa dilakukan. Khususnya strategi dan pendekatan yang dapat merangsang minat dan daya kognitif murid yang menghasilkan perubahan tingkah laku positif terhadap pembelajarannya.

14

3.0

OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana penggunaan Peta Minda berkesan dalam membimbing murid-murid Tahun Tiga Inovatif menggunakan huruf besar dengan betul semasa menulis ayat.

3.1

Objektif Umum

Kajian ini dijalankan untuk membimbing murid-murid menulis huruf besar dengan betul di dalam ayat.

3.2

Objektif Khusus

a.

Mengenal pasti kelemahan murid dari segi penggunaan tanda baca huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat.

b.

Mengkaji keberkesanan Peta Minda membantu murid-murid menggunakan huruf besar dengan betul di dalam ayat.

c.

Meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu menggunakan peta minda.

3.3

Persoalan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan berikut: a. Apakah kelemahan murid-murid ketika menulis ayat? 15

b.

Adakah Peta Minda dapat membantu murid-murid menggunakan huruf besar dengan betul di dalam ayat?

c.

Adakah peta minda dapat meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu?

Objektif dan persoalan kajian yang telah dinyatakan adalah keutamaan pengkaji dalam melaksanakan kajian. Keupayaan mencapai objektif yang telah ditetapkan akan menentukan kejayaan keseluruhan kajian ini.

16

4.0

KUMPULAN SASARAN

Hakikatnya penyelidikan (kajian tindakan) adalah suatu cara atau daya usaha bagi menyelesaikan permasalahan yang membelenggu kehidupan manusia dari semasa ke semasa (Azizi et. al., 2007). Merujuk kepada pernyataan tadi, maka kajian tindakan ini ditumpukan kepada murid-murid tahap 1 khususnya murid Tahun Tiga yang dibelenggu dengan ketidakupayaan menguasai kemahiran mengguna huruf besar di dalam ayat.

Melalui kajian ini, pengkaji berharap dapat membina dan mengembangkan penguasaan mereka sebaik mungkin supaya sentiasa sesuai dengan kapasiti mereka. Dalam hal ini, kapasiti yang dimaksudkan ialah kemahiran mengguna huruf besar yang sewajarnya mereka kuasai semasa berada di Tahun Tiga.

4.1

Responden

Kajian tindakan ini melibatkan lima orang responden dari Tahun Tiga Inovatif di sebuah sekolah rendah di daerah Tawau. Responden terdiri daripada tiga orang murid lelaki dan dua orang murid perempuan. Pemilihan responden adalah berdasarkan masalah sama yang dihadapi oleh murid-murid ini iaitu lemah dari segi menggunakan huruf besar dengan betul di dalam ayat yang dikesan melalui ujian diagnostik.

17

5.0

TINDAKAN KAJIAN

Pelaksanaan tindakan bertujuan mengatasi isu dan masalah yang menjadi fokus kajian. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan ketetapan tindakan kajian ini.

5.1

Prosedur Tindakan

Menurut Mohd. Majid (2004), proses penyelidikan secara empirik boleh dibahagikan kepada beberapa tahap aktiviti utama: perancangan, reka bentuk, operasi dan penyempurnaan. Tidak ada batasan kesinambungan antara aktiviti-aktiviti tersebut. Setiap aktiviti perlu dilakukan dengan teratur dan berkesan agar tidak mencacatkan aktiviti berikutnya.

Justeru, untuk mencapai maksud tersebut pengkaji menggunakan Model Kajian Tindakan Kemmis seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 5.0. Kajian ini berbentuk kuantitatif. Model ini menyarankan empat pendekatan iaitu merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi dan kitaran ini akan berterusan mengikut kesesuaian masalah.

Jika masalah didapati belum selesai dan perlu penambahbaikan dalam perancangan, maka kitaran akan diteruskan sehingga masalah yang dikaji dapat diselesaikan.

18

Rajah 5.0: Model Kajian Kemmis dan Robin McTaggart (1988)

5.2

Tinjauan Awal

Berdasarkan rajah 5.0, pada peringkat awal pengkaji mengenal pasti masalah yang ingin dikaji terlebih dahulu melalui semakan hasil kerja responden yang dilakukan di dalam kelas. Selain itu, tinjauan tentang masalah juga dilakukan melalui pemerhatian dan temu bual bersama dengan murid dan guru bahasa yang pernah 19

mengajar responden. Kesemua ini dijadikan sebagai ukuran dan alasan kuat oleh pengkaji untuk melaksanakan kajian ini.

5.3

Merancang Tindakan

Tempoh masa kajian diambil ialah selama lima minggu. Pada minggu yang pertama, pengkaji merancang untuk menjalankan ujian diagnostik (lampiran A) ke atas Kelas Tiga Inovatif yang melibatkan 19 orang murid. Tujuan ujian ini ialah untuk mengenalpasti kelemahan murid. Dalam ujian ini, murid akan dinilai dari segi kebolehannya menggunakan huruf besar pada tempat yang betul. Markah penuh bagi ujian ini ialah 19 markah (100%).

Setiap markah mewakili satu jawapan yang betul iaitu huruf besar yang ditulis pada tempat yang betul di dalam ayat. Contohnya pada perkataan di permulaan ayat, perkataan selepas noktah dan pada Kata Nama Khas. Responden yang tidak melepasi tahap lemah (rujuk lampiran B) akan dipilih sebagai responden dalam kajian. Skor penilaian yang digunakan ialah seperti pada jadual 5.1.

Jadual 5.1: Skor Ujian Diagnostik

SKOR 0-7 8 - 11 12 15 16 19 20

PRESTASI Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

5.4

Melaksana Tindakan

Setelah responden dikenal pasti, pengkaji akan melaksanakan ujian pra ke atas responden untuk melihat tahap pencapaian mereka sebelum intervensi dilaksanakan.

Langkah intervensi dilakukan dalam minggu yang ketiga selepas ujian pra. Oleh kerana responden yang terlibat hanya lima orang sahaja, maka pengkaji melaksanakan kajian ini di luar waktu pembelajaran agar tidak mengganggu muridmurid yang lain. Masa setiap sesi intervensi ialah selama 30 minit.

Pada minggu yang kedua, kesemua responden diberi ujian pra untuk mengukur sejauh mana kefahaman mereka tentang penggunaan huruf besar di dalam ayat setelah diajar pada minggu yang pertama. Kertas ujian pra yang digunakan adalah ujian yang diadaptasi dan diubahsuai daripada kajian Zaridah (2006) yang bertajuk Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun Dua Pandai Menggunakan Teknik Warna. Ujian ini mengandungi tiga bahagian iaitu A, B dan C (lampiran C). Bahagian A, menguji murid dari segi penggunaan huruf besar di permulaan ayat. Bahagian B, menguji murid dari segi penggunaan huruf besar pada perkataan selepas noktah. Manakala bahagian C pula merangkumi kedua-dua aspek yang diterangkan di bahagian A dan B tetapi turut ditambah dengan penggunaan huruf besar pada Kata Nama Khas.

Markah setiap bahagian ujian akan digabungkan (A: lima markah, B: 10 markah, C: 14 markah = 29 markah) dan dikira dalam bentuk peratus. Kemudian, dicatat di dalam Borang Perbandingan Ujian Pra dan Pasca (lampiran E, Borang 2: 21

Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008). Markah ujian pra ini akan dijadikan sebagai penanda aras tentang kefahaman murid terhadap penggunaan huruf besar dengan betul di dalam ayat.

Setelah ujian pra dijalankan, pengkaji akan menjalankan sesi intervensi menggunakan Peta Minda (lampiran I). Sesi ini dijalankan dalam minggu yang ketiga selama empat hari. Pada peringkat ini Model Peta Minda digunakan sebagai alat untuk mengesan tempat atau perkataan di dalam ayat yang memerlukan penggunaan huruf besar. Responden akan dilatih menggunakannya dari segi mengecam perkataan yang memerlukan huruf besar di dalam ayat. Kemudian perkataan-perkataan ini akan dicatat di dalam Peta Minda.

Cara intervensi dijalankan, pengkaji akan memaparkan ayat-ayat yang mengandungi huruf besar dan model Peta Minda di papan putih. Murid diajar dan dilatih mengecam huruf besar dalam ayat dengan memindahkan perkataan mengandungi huruf besar ke dalam Peta Minda. Sesudah responden memahami fungsi peta minda, responden akan diberi diberi latihan bertulis membetulkan tanda baca di permulaan ayat sahaja (lampiran J: Item 1). Semasa responden menjawab latihan tersebut, pengkaji menyediakan lembaran Peta Minda yang kosong untuk digunakan oleh responden untuk mencatat dan mengenal pasti perkataan yang memerlukan huruf besar dalam ayat seterusnya menulisnya semula dengan betul. Proses yang sama dilakukan pada hari yang kedua tetapi kemahiran juga turut bertambah iaitu menggunakan huruf besar pada awal perkataan dan selepas noktah

22

(lampiran K: Item 2). Pada hari yang ketiga, latihan akan melibatkan penggunaan huruf besar pada Kata Nama Khas di dalam ayat (lampiran L: Item 3).

Hari yang keempat, responden akan mengenal pasti ketiga-tiga unsur penggunaan huruf besar dalam ayat. Responden akan mengenalpasti perkataan yang memerlukan huruf besar dalam ayat (lampiran M: Item 4) menggunakan Peta Minda. Di peringkat ini, secara tidak langsung responden dilatih untuk menganalisis, mengkategori dan meningkatkan ingatan dan pengamatan tentang jenis perkataan yang memerlukan huruf besar. Setiap pencapaian responden dalam sesi intervensi akan direkodkan di dalam Borang Prestasi Responden (lampiran N). Rekod yang dicatat berdasarkan jumlah betul tanda baca huruf besar yang betul dalam setiap latihan.

Pada hari yang kelima pengkaji akan menjalankan soal selidik ke atas responden untuk mengukur sejauh mana responden berminat menggunakan Peta Minda sebagai alat bantu belajar (lampiran H: Borang 5: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008). Untuk mendapatkan keputusan soal selidik ini, pengkaji melihat dari segi peratus peningkatan jawapan Ya yang diberi oleh responden. Penentuan tahap minat responden berpandukan skala yang telah ditetapkan.

23

5.5

Memerhati

Pada peringkat ini, pengkaji menjalankan ujian pasca (lampiran D) ke atas responden. Ujian yang diberikan adalah setara dengan ujian pra. Kertas ujian yang disediakan adalah kertas ujian yang diadaptasi dari kajian Zaridah (2006). Markah setiap responden akan direkod di dalam Borang Perbandingan Ujian Pra dan Pasca (lampiran E, Borang 4: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008). Berdasarkan keputusan di dalam borang ini, pengkaji dapat melihat perbezaan pencapaian responden di peringkat pra dan pasca ujian. Jika pencapaian di peringkat pasca melebihi pencapaian di peringkat pra, maka teknik yang digunakan oleh pengkaji dalam kajian ini berjaya mengatasi masalah yang dihadapi oleh responden.

5.6

Merefleksi

Peringkat yang terakhir ini, pengkaji melihat kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran yang telah dilaksanakan sepanjang kajian. Jika keputusan yang diperoleh adalah positif, maka teknik yang digunakan akan diguna pakai dan disebar luas bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Tetapi jika keputusan pencapaian adalah sebaliknya, maka pengkaji perlu merefleksi bagi mencari sebarang kelemahan yang mengakibatkan kegagalan teknik yang digunakan. Seterus melakukan penambahbaikan sebelum melaksanakan proses rawatan dalam gelungan yang kedua.

24

Secara keseluruhannya, ringkasan prosedur tindakan yang telah dijelaskan di atas dapat dilihat dalam Jadual 1, lampiran O. Perancangan yang telah ditetapkan berdasarkan model kajian yang dipilih adalah garis panduan pengkaji semasa menjalankan kajian tindakan. Oleh yang demikian, pengkaji dapat melaksanakan setiap aktiviti secara sistematik dan berfokus.

25

6.0

CARA ANALISIS DAN INTERPRETASI DATA

Selepas dilaksanakan, pengkaji perlu memantau adakah kajian tindakan telah dilaksanakan berkesan dan sejauh mana dapat menyelesaikan masalah. Justeru, data yang diperoleh perlu dianalisis bagi membolehkan pengkaji membuat refleksi berkaitan kekuatan dan kelemahan kajian tindakan tersebut. Jika dapatan data menunjukkan kajian tidak berjaya, kajian akan diteruskan dalam lingkaran yang kedua.

6.1

Analisis Ujian Diagnostik

Kesemua jawapan murid diperiksa dan skor dicatatkan. Kemudian, skor diselaraskan dengan skala markah ujian untuk menentukan tahap prestasi murid dalam ujian diagnostik seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.0.

Jadual 6.0: Skala skor dan tahap prestasi murid Jadual 6.0: ujian diagnostik

SKOR 0-7 8 - 11 12 15 16 19

PRESTASI Lemah Sederhana Baik Sangat baik

26

Berdasarkan Jadual 6.0, murid yang mendapat skor 0 hingga 7 dalam ujian diagnostik adalah murid yang berprestasi lemah dan akan dipilih sebagai responden kajian.

6.2

Analisis Ujian Pra dan Pasca

Kesemua jawapan murid diperiksa dan skor dicatatkan. Kemudian, skor diselaraskan dengan skala markah ujian untuk menentukan tahap prestasi murid dalam ujian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 6.1.

Jadual 6.1: Skala skor dan tahap prestasi Jadual 6.1: ujian pra dan pos

SKOR 0 11 12 - 17 18 23 24 29

PRESTASI Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Ujian pra dan pasca digunakan sebagai instrumen untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan peta minda dalam pengajaran dan pembelajaran. Skor jawapan yang diperoleh dalam kedua-dua ujian bakal menggambarkan pemahaman dan pencapaian responden sebelum dan selepas intervensi. Bagi memudahkan proses analisis dan interpretasi data, skor penuh sebanyak 29 markah akan ditafsir dalam bentuk peratus. 27

Formula pengiraan peratus bagi skor responden semasa ujian pra dan pasca adalah seperti berikut: Peratus skor responden = Jumlah skor responden x 100 Bilangan skor Dapatan data kedua-dua ujian kemudian dibuat perbandingan untuk melihat peningkatan responden. Data tersebut diperolehi dengan formula berikut: Peningkatan Responden = Skor Ujian Pasca Skor Ujian Pra. Data peningkatan responden juga turut ditafsir dalam bentuk peratus bagi memudahkan interpretasi data.

6.3

Analisis Soal Selidik

Data soal selidik yang menggunakan skala dichotomous ditafsir dalam bentuk peratus. Data ini menentukan tahap minat para responden dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang menggunakan peta minda. Jawapan pada setiap item soal selidik akan dikira bagi membandingkan tahap minat para responden sebelum dan selepas pelaksanaan intervensi.

Mengikut Mohd. Majid (1994) dalam Mohd. Zawawi (2008), takrifan terhadap fakta adalah hak individu pengkaji. Oleh yang demikian, pengkaji membuat takrifan bahawa sekiranya responden memberi jawapan Ya bermakna responden mempunyai minat dan sekiranya jawapan Tidak ia bermakna tidak berminat. Peratus yang tinggi menunjukkan perubahan yang signifikan dan demikianlah sebaliknya.

28

Pengiraan peratus bagi jawapan setiap item adalah diperolehi dengan cara berikut : Peratus = Kekerapan responden menjawab Ya / Tidak x 100 Bilangan responden

Kesimpulannya, kajian tindakan bersifat empirikal. Bermakna ia merupakan pengalaman praktis bukan teori semata-mata. Justeru, data yang diperoleh perlu dianalisis secara saintifik. Kaedah saintifik membolehkan pengkaji menguji kepercayaannya dan ia boleh diulang oleh pengkaji yang lain selain mengurangkan silap tafsiran. Menurut Kerlinger (1979 ) dalam Syaharom (1990), syarat utama bagi mencapai keobjektifan ialah apabila kesemua pemerhati yang mempunyai kecekapan minimum membuat keputusan yang sama di dalam pemerhatian mereka. Justeru instrumen dan formula tertentu digunakan untuk menyokong dan membuktikan bahawa kajian tindakan yang dijalankan adalah sahih. Kepada pengkaji, analisis data adalah kunci untuk mengenalpasti responden, melihat persepsi murid yang menjadi sasaran kajian serta menilai tahap pencapaian objektif yang telah ditetapkan.

29

7.0

HASIL KAJIAN

Dalam bahagian ini, pengkaji mengemukakan data-data hasil pelaksanaan kajian yang membantu mencapai objektif yang telah ditetapkan. Data-data ini dianalisis secara deskriptif dan analisis statistik mudah. Markah yang diperoleh dalam ujian diagnostik bagi mengesan murid yang benar-benar bermasalah dapat dilihat melalui jadual keputusan ujian diagnostik. Keputusan ujian pra dan pos serta perbandingan antara kedua-duanya ditunjukkan dalam bentuk jadual dan juga graf. Dapatan data tentang minat murid melalui soal selidik turut dipaparkan dalam bentuk jadual. Secara keseluruhan, ketiga-tiga objektif kajian telah berjaya dilaksanakan dalam tindakan lingkaran pertama.

7.1

Analisis Ujian Diagnostik

Dalam menentukan pencapaian objektif yang pertama, ujian diagnostik telah dijalankan pada 5 April 2012 untuk mengenal pasti murid yang masih tidak dapat menulis huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat. Ujian ini menumpukan kepada kemahiran menulis huruf besar pada permulaan ayat, penggunaan huruf besar selepas noktah dan juga pada Kata Nama Khas di dalam ayat. Jumlah pengujian bagi keseluruhan huruf besar yang ingin dinilai ialah sebanyak 19; tiga huruf besar pada permulaan ayat, tiga huruf besar selepas noktah dan 13 pada Kata Nama Khas.

30

Responden terpilih adalah dari kalangan murid-murid yang memperoleh prestasi lemah berdasarkan skala ujian diagnostik (rujuk lampiran B). Keputusan ujian diagnostik dapat dilihat dalam jadual 7.0.

31

Jadual 7.0: Keputusan ujian diagnostik

BIL

NAMA MURID

HURUF BESAR Permulaan Selepas ayat noktah (3) (3) 3 3 2 3 0 0 3 3 2 3 1 3 3 3 1 1 0 3 3

JUMLAH Kata Nama Khas (13) 12 8 11 7 1 1 12 13 11 11 1 11 5 11 1 8 0 4 5 (19) 18 14 16 12 1 2 18 19 16 17 5 17 11 17 6 12 2 10 11 (%) 94.73 73.68 84.21 63.15 5.26 10.52 94.73 100 84.21 89.47 26.31 89.47 57.89 89.47 31.57 63.15 10.52 52.63 57.89

PRESTASI

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19

Murid 1 Murid 2 Murid 3 Murid 4 Murid 5 Murid 6 Murid 7 Murid 8 Murid 9 Murid 10 Murid 11 Murid 12 Murid 13 Murid 14 Murid 15 Murid 16 Murid 17 Murid 18 Murid 19

3 3 3 2 0 1 3 3 3 3 3 3 3 3 2 3 2 3 3

Sangat baik Baik Sangat baik Baik Lemah Lemah Sangat baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Lemah Sangat baik Sederhana Sangat baik Lemah Baik Lemah Sederhana Sederhana

32

Berdasarkan kepada jadual 7.0, data menunjukkan terdapat sebilangan murid daripada 19 orang yang telah mengikuti ujian mempunyai masalah menulis huruf besar dengan betul di dalam ayat. Berpandukan kepada skala ujian diagnostik, bilangan murid-murid yang mempunyai masalah tersebut dapat dilihat dalam jadual 7.1.

Jadual 7.1: Rumusan keputusan ujian diagnostik

PENCAPAIAN (19) 07 8 - 11 12 15 16 19

BILANGAN (19) 5 3 3 8

PERATUS (%) 26.31 15.78 15.78 42.10

PRESTASI

Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Dalam jadual 7.1, seramai lima orang murid (26.31%) didapati berprestasi lemah, tiga orang (15.78%) berprestasi sederhana ,tiga orang (15.78%) lagi berprestasi baik dan selebihnya (lapan orang) berprestasi sangat baik. Sehubungan itu, murid yang berprestasi lemah telah diambil sebagai responden dalam kajian ini. Manakala 14 orang murid lagi tidak dipilih kerana dianggap berada pada prestasi yang memuaskan. Jadual 7.2 menunjukkan senarai responden-responden tersebut berserta dengan markah yang telah mereka perolehi semasa menduduki ujian diagnostik.

33

Jadual 7.2: Senarai nama murid terpilih sebagai responden

BIL

NAMA MURID

HURUF BESAR Kata Nama Khas (13) 1 1 1 1 0

JUMLAH

PRESTASI

Permulaan ayat (3) 1 2 3 4 5 Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 0 1 3 2 2

Selepas noktah (3) 0 0 1 1 0

(19 ) 1 2 5 6 2

(%) 5.26 10.52 26.31 31.57 10.52 Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah

Merujuk kepada dapatan data yang terdapat dalam jadual 7.2, pencapaian murid dalam ujian diagnostik berada pada prestasi lemah. Kelima-lima orang murid hanya memperoleh satu hingga enam markah sahaja. Jelas di sini, wujud masalah

penggunaan huruf besar dalam kalangan murid-murid tersebut pada ketiga-tiga bahagian; pada permulaan ayat, selepas noktah dan juga pada Kata Nama Khas.

Sebagai kesimpulan, penggunaan ujian diagnostik sebagai instrumen mengenal pasti murid-murid yang lemah dari segi penguasaan menulis huruf besar dengan betul di dalam ayat telah berjaya dan mencapai objektif pertama kajian ini.

7.2

Analisis Ujian Pra 34

Ujian pra telah dijalankan pada 20 April 2012 bagi melihat sejauh mana penguasaan kemahiran responden menulis huruf besar pada tempat yang betul dalam ayat sebelum intervensi dilakukan. Dalam ujian ini, para responden akan menjawab tiga bahagian; A (Huruf besar di permulaan ayat), B (Huruf besar selepas noktah dan C (Merangkumi A, B dan Kata Nama Khas).

Setiap bahagian mempunyai markah tertentu. Bahagian A: lima markah, Bahagian B: 10 markah dan Bahagian C: 14 markah. Markah keseluruhan ialah sebanyak 29 markah. Keputusan pencapaian responden diukur mengikut skala ujian pra (rujuk lampiran E). Pencapaian setiap responden dalam ujian pra ditunjukkan dalam jadual 7.3 berikut.

Jadual 7.3: Analisis keputusan ujian pra

BIL

NAMA RESPONDEN A 5 (%) 60 60 100 60 40

BAHAGIAN B 10 3 2 3 3 1 (%) 30 20 30 30 10 14 2 2 3 4 1 C (%) 14.28 14.28 21.42 28.57 7.14

JUMLAH

PRESTASI

29 11 7 11 10 4

(%) 37.93 27.58 37.93 34.48 13.79 Lemah Lemah Lemah Lemah Lemah

1 2 3 4 5

R1 R2 R3 R4 R5

3 3 5 3 2

35

Berdasarkan kepada jadual 7.3, markah responden yang paling tinggi ialah sebanyak 11 markah atau 37.93 peratus yang dicapai oleh responden satu dan responden dua. Kemudian diikuti oleh responden empat yang memperoleh markah sebanyak 10 atau 34.48 peratus, seterusnya responden dua dan responden lima yang masing-masing mendapat markah sebanyak tujuh (27.58 peratus) dan empat (13.79 peratus). Kesemua markah yang diperoleh oleh responden adalah pada tahap lemah.

Untuk melihat rumusan pencapaian responden dalam ujian pra, pengkaji telah meringkaskannya dalam bentuk graf bar 7.4.

MARKAH UJIAN PRA

Graf 7.4: Graf bar pencapaian murid dalam ujian pra

Merujuk kepada graf bar 7.4, tiada responden yang berada pada tahap sederhana, baik ataupun sangat baik kerana markah yang diperoleh oleh mereka hanya setakat 11 markah dan ke bawah (prestasi lemah). Ini menunjukkan responden 36

memang menghadapi masalah dalam menulis huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat. Justeru, teknik yang dirancang telah dilaksanakan untuk meningkatkan penguasaan responden dalam kemahiran yang disasarkan.

7.3

Analisis Ujian Pos

Ujian pos telah dilakukan pada 20 September 2012 untuk melihat pencapaian murid setelah intervensi dilaksanakan. Ujian pos ini mengandungi bilangan soalan yang sama dengan ujian pra. Skala yang digunakan dalam ujian pos juga adalah sama dengan ujian pra. Jadual 7.5 menunjukkan keputusan ujian pos.

Jadual 7.5: Analisis keputusan ujian pos

BIL

NAMA RESPONDEN A 5 (%) 100 100 100 100 100

BAHAGIAN B 10 10 10 10 10 10 (%) 100 100 100 100 80 14 14 10 14 12 7 C (%) 100 71.42 100 85.71 50

JUMLAH

PRESTASI

29 29 25 29 27 20

(%) 100 86.20 100 93.10 68.96 Sangat baik Sangat baik Sangat baik Sangat baik Baik

1 2 3 4 5

R1 R2 R3 R4 R5

5 5 5 5 5

Merujuk jadual 7.5, pencapaian responden dalam kemahiran menulis huruf besar pada tempat yang betul dalam ayat didapati telah meningkat. Berdasarkan 37

kepada jumlah markah keseluruhan dan peratus yang diperoleh oleh setiap responden, markah yang berjaya dicapai adalah antara 25 markah atau 86.20 peratus hingga 29 markah penuh atau 100 peratus. Sebagai contoh, responden satu dan responden tiga telah mencapai markah penuh dalam setiap bahagian ujian. Diikuti oleh responden empat yang mencapai keputusan sebanyak 93.10 peratus, responden dua mendapat 86.20 peratus dan yang terakhir ialah sebanyak 68.96 peratus yang diperoleh oleh responden lima. Untuk melihat ringkasan dapatan ujian pos oleh setiap responden, boleh merujuk graf bar 7.6.

MARKAH UJIAN POS

Graf 7.6: Graf bar pencapaian murid dalam ujian pos

Berpandukan graf 7.6, dapat dilihat pencapaian minimum keseluruhan responden dalam ujian pos adalah 20 markah dan maksimum ialah 29 markah. Merujuk kepada skala skor permarkahan ujian pos (rujuk lampiran F), perolehan markah antara 18 hingga 23 berada pada prestasi baik. Manakala 24 markah dan ke atas adalah berprestasi sangat baik.

38

Justeru, dapat disimpulkan bahawa responden satu, dua, tiga dan empat mempunyai prestasi yang sangat baik kerana berjaya mendapat markah melebihi 20. Manakala responden lima mempunyai prestasi baik kerana mendapat 20 markah. Situasi ini memperlihat peningkatan dan kemajuan responden hasil daripada penggunaan teknik dan intervensi yang telah dijalankan.

7.4

Analisis Perbandingan Keputusan Ujian Pra dan Ujian Pos

Untuk menjelaskan dengan lebih terperinci tentang peningkatan responden dalam kajian, perbandingan antara data ujian pra dan pos telah ditunjukkan dalam jadual 7.7.

Jadual 7.7: Perbandingan markah ujian pra dan markah ujian Jadual 7.6: pos mengikut bahagian

RESPONDEN

BAHAGIAN A (Huruf besar pada awal ayat) Ujian Pra M 5 % Ujian Pos M 5 60 60 100 60 40 5 5 5 5 5 100 100 100 100 100 %

BAHAGIAN B (Huruf besar pada awal ayat dan selepas noktah) Ujian Pra M 10 3 2 3 3 1 30 20 30 30 10 % Ujian Pos M 10 10 10 10 10 8 100 100 100 100 80 %

BAHAGIAN C (Huruf besar pada awal ayat, selepas noktah dan Kata Nama Khas) Ujian Pra M 14 2 2 3 4 1 14.28 14.28 21.42 28.57 7.14 % M 14 14 10 14 12 7 100 71.42 100 85.71 50 Ujian Pos %

R1 R2 R3 R4 R5

3 3 5 3 2

39

Jadual 7.7 di atas memaparkan perbandingan pencapaian responden dalam ujian pra dan pos mengikut bahagian. Sebagai contoh responden satu (R1) dalam Bahagian A telah memperolehi tiga (60 peratus) markah dalam ujian pra dan lima (100 peratus) markah dalam ujian pos. Dalam Bahagian B pula, markah yang diperolehnya semasa ujian pra ialah tiga (60 peratus) markah dan 10 (100 peratus) markah dalam ujian pos.

Di bahagian terakhir iaitu C, responden ini mendapat dua markah (40 peratus) semasa ujian pra tetapi meningkat kepada 14 (100 peratus) markah dalam ujian pos. Untuk melihat perbandingan yang melibatkan keseluruhan markah terkumpul dan tahap prestasi setiap responden dalam ujian pra dan pos, datanya ditunjukkan dalam jadual 7.8.

Jadual 7.8: Perbandingan markah keseluruhan responden dalam Jadual 7.7: Jadual 7.8: ujian pra dan ujian pos

RESPONDEN

UJIAN PRA Markah (29) (%) Prestasi (29)

UJIAN POS Markah (%) Prestasi

RI R2

11 7

37.93 27.58

Lemah Lemah

29 25

100 86.20

Sangat baik Sangat baik

40

R3 R4 R5

11 10 4

37.93 34.48 13.79

Lemah Lemah Lemah

29 27 20

100 93.10 68.96

Sangat baik Sangat baik Baik

Berdasarkan jadual 7.8, markah terkumpul dan prestasi setiap responden dalam setiap ujian adalah berbeza. Umpamanya responden satu (R1) mendapat 11 markah (37.93 peratus) terkumpul dalam ujian pra dan berada pada prestasi lemah. Tetapi dalam ujian pos, R1 telah memperoleh 29 markah (100 peratus) dan prestasinya juga berubah kepada sangat baik. Demikian juga dengan R2 yang mendapat tujuh markah (27.58 peratus/lemah) dalam ujian pra tetapi berubah kepada 25 markah (86.20 peratus/sangat baik) dalam ujian pos, R3 mendapat 11 markah (37.93 peratus/lemah) dalam ujian pra tetapi meningkat kepada 29 markah (100 peratus/sangat baik) dalam ujian pos. Manakala R4 dan R5 juga masing-masing meningkat kepada 27 markah (93.10 peratus/sangat baik) dan 20 markah (68.96 peratus/baik) dalam ujian pos.

Ringkasan perbezaan pencapaian setiap responden dalam ujian pra dan ujian pos dapat dilihat dalam graf bar 7.9.

PENCAPAIAN RESPONDEN DALAM UJIAN PRA DAN POS

41

Graf 7.9: Graf bar pencapaian responden dalam Graf 7.9: ujian pra dan ujian pos Berpandukan kepada graf di atas, jelas dapat dilihat perbezaan ketara antara keputusan ujian pra dan pos yang dicapai oleh setiap responden. Markah dalam ujian pos adalah lebih tinggi berbanding markah yang diperoleh oleh responden semasa ujian pra. Ini membuktikan bahawa terdapat perubahan pencapaian pada setiap responden dari aspek penguasaan kemahiran menulis huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat.

Untuk melihat jumlah peningkatan dari segi markah setiap responden setelah menduduki ujian pra dan pos, paparan data mengenainya ditunjukkan dalam jadual 7.10. Ini membuktikan bahawa objektif kajian untuk meningkatkan penguasaan murid dari segi menulis huruf besar pada tempat yang betul dalam ayat dalam kalangan murid tahun 3 Inovatif telah berjaya dicapai.

Jadual 7.10: Peningkatan markah pencapaian secara keseluruhan

42

RESPONDEN

UJIAN PRA Markah (29) (%) 37.93 27.58 37.93 34.48 13.79

UJIAN POS Markah (29) 29 25 29 27 20 (%) 100 86.20 100 93.10 68.96

PENINGKATAN PENCAPAIAN Markah (29) 18 18 18 17 16 (%) +62.06 +62.06 +62.06 +58.62 +55.17

R1 R2 R3 R4 R5

11 7 11 10 4

Jadual 7.10 di atas menunjukkan peningkatan pencapaian responden secara keseluruhan. Dapatan menunjukkan peningkatan sebanyak 16 hingga 18 huruf besar yang berjaya ditulis pada tempat yang betul oleh responden (peningkatan sebanyak 55.17% hingga 62.06%). Pencapaian ini berbeza dengan keputusan ujian pra yang memperlihat kemampuan responden hanya berjaya menulis huruf besar pada tempat yang betul setakat empat hingga 11 markah sahaja. Ringkasan data peningkatan responden markah responden dapat dilihat dalam graf bar 7.11.

PERATUS PENINGKATAN MARKAH RESPONDEN DALAM UJIAN POS


100 90 80 70 60 50 40 30 20 10 0 Responden Responden Responden Responden Responden 1 2 3 4 5 Peratus Peningkatan

43

Graf 7.11: Graf bar peningkatan markah responden

Berdasarkan kepada graf bar 7.11, responden satu, dua dan tiga telah mencapai peningkatan dari segi markah sebanyak 62.06 peratus, manakala responden keempat pula meningkat sebanyak 58.62 peratus, dan responden kelima meningkat sebanyak 55.17 peratus. Ini membuktikan bahawa teknik peta minda berkesan membantu responden menguasai kemahiran.

7.5

Analisis Data Minat Responden

Data tentang minat responden diperolehi melalui soal selidik. Soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui keberkesanan peta minda meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu khususnya yang berkaitan dengan menulis huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat. Butirannya dapat dilihat dalam jadual 7.12.

Jadual 7.12: Minat responden terhadap mata pelajaran Bahasa Jadual 7.11: Melayu berdasarkan pra dan pasca soal selidik

BIL. 1.

ITEM Saya berminat dengan pengajaran guru. Saya mudah faham.

JAWABAN Ya Tidak

PRA 1 4 1 4 0 5

PASCA 5 0 5 0 5 0

++4 -4 +4 -4 +5 -3

(%) +80

2.

Ya Tidak

+80

3.

Saya berasa tugasan yang diberikan menarik.

Ya Tidak

+100

44

4.

Saya seronok belajar.

Ya Tidak

1 4 0 5

5 0 5 0

+4 -4 +5 -5

+80

5.

Saya berpuas hati dengan pencapaian saya.

Ya Tidak

+100

Berdasarkan kepada data dalam jadual 7.12, perbandingan minat responden terhadap mata pelajaran Bahasa Melayu dapat dilihat pada peringkat pra dan pasca soal selidik. Merujuk kepada item satu (Saya berminat dengan pengajaran guru) pada peringkat pra, hanya seorang responden sahaja yang berminat dengan pengajaran guru Bahasa Melayu berbanding empat orang tidak berminat. Setelah intervensi dilaksanakan menggunakan peta minda, responden yang berminat dengan pengajaran guru telah meningkat kepada empat orang lagi (80 peratus) menjadikan kesemua responden berminat terhadap pengajaran guru Bahasa Melayu.

Demikian juga dalam item soal selidik yang kedua (Saya mudah faham). Peningkatan minat responden juga melonjak kepada lima orang berbanding hanya seorang semasa pra soal selidik. Ini membuktikan bahawa penggunaan peta minda membantu responden memahami pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang diikutinya.

Seterusnya dalam item yang ketiga (Saya berasa tugasan yang diberikan menarik), memperlihat perbezaan keputusan soal selidik sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dilakukan, seramai lima orang responden memberikan jawapan Tidak. Ini bermaksud responden tidak berminat untuk mengikut aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam topik yang sama di masa akan datang. Namun selepas

45

intervensi dilakukan, jumlah responden yang menjawab Ya telah meningkat kepada lima orang menandakan peningkatan 100 peratus.

Oleh sebab penggunaan huruf besar melibatkan aktiviti menulis, pengkaji berpendapat murid-murid kurang berminat dalam aktiviti tersebut. Justeru dalam item soal selidik yang keempat (Saya seronok belajar), hanya seorang responden sahaja yang memberi jawapan Ya semasa pra soal selidik. Tetapi selepas

penggunaan peta minda sebagai bahan bantu belajar, peralihan minat responden kepada jawapan Ya dalam pasca soal selidik telah meningkat sebanyak 80 peratus (empat orang) berbanding pra soal selidik yang mencatatkan 20 peratus sahaja.

Dalam item soal selidik yang kelima (Saya berpuas hati dengan pencapaian saya, jelas menunjukkan bahawa kesemua responden memberikan jawapan Tidak semasa pra soal selidik. Ini difahami melalui pencapaian mereka dalam ujian diagnostik dan juga ujian pra yang amat lemah dari segi keputusan. Tetapi selepas dibimbing menggunakan teknik peta minda, responden menunjukkan peningkatan dari segi keyakinan dan juga pencapaian menyebabkan kesemua mereka memberikan jawapan Ya semasa pasca soal selidik. Dalam hal ini, peningkatan dari segi minat adalah 100 peratus.

Berdasarkan dapatan soal selidik, tahap minat responden setelah mengikuti kajian adalah antara 80 peratus hingga 100 peratus. Pada tahap ini tingkat minat responden berada pada tahap Sangat minat (rujuk skala pada lampiran H). Justeru objektif untuk melihat teknik peta minda dapat meningkatkan minat responden terhadap mata pelajaran yang diajar telah tercapai. 46

47

8.0

RUMUSAN DAPATAN KAJIAN

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan penguasaan murid dalam menulis huruf besar pada tempat yang betul dalam ayat. Kajian ini yang menggunakan Teknik Peta Minda adalah kesinambungan daripada kajian-kajian lalu berkenaan penggunaan huruf besar. Misalnya oleh Cindy (2010) dalam kajiannya yang bertajuk Mengurangkan Masalah Mencampuradukkan Huruf Besar Dan Kecil Murid Tahun Tiga Melalui Kaedah Cekap Menulis, kajian Lina (2010) yang bertajuk Penggunaan Kertas Kotak Bergaris Dalam Membantu Murid Tahun Dua Menulis Huruf J Besar Dan Kecil Dengan Betul Semasa Menjawab Soalan Kefahaman Bahasa Melayu, dan kajian oleh Zaridah (2006), bertajuk Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Huruf Besar Bagi Murid Tahun Dua Pandai Menggunakan Teknik Warna.

Hasil daripada dapatan kajian, penguasaan murid terhadap kemahiran menulis dan menggunakan huruf besar dengan betul di dalam ayat telah dapat ditingkatkan. Teknik peta minda yang digunakan dilihat berkesan membantu murid mengatasi masalah yang mereka hadapi. Dalam hal ini, murid dapat mengingat dan menguasai konsep penggunaan huruf besar berpandukan kepada peta minda. Murid juga menunjukkan kesungguhan untuk mengatasi kelemahan mereka dengan mengikuti aktiviti yang dilaksanakan semasa kajian.

48

Namun begitu, masih ada kelemahan yang dikesan umpamanya kebergantungan murid terhadap penggunaan peta menyebabkan mereka kadang kala masih melakukan kesilapan menulis huruf besar ketika membuat latihan tanpa menggunakan peta minda terutamanya yang melibatkan Kata Nama Khas.

Sehubungan itu, penambahbaikan masih boleh dilakukan dengan pelbagai cara bagi memantapkan penguasaan murid terhadap konsep penggunaan huruf besar. Misalnya, melalui aktiviti latih tubi. Ini boleh dilakukan menerusi pertandingan menulis ayat pendek, menyusun huruf untuk membentuk perkataan dan ayat mudah yang mengandungi huruf besar dan mengesan kesalahan penggunaan huruf besar di dalam ayat. Selain daripada itu, bimbingan berterusan hendaklah dilakukan agar penguasaan murid terhadap kemahiran dapat dipupuk di peringkat awal lagi.

8.1

Refleksi Dapatan Kajian

Bagi pengkaji, melaksanakan kajian tindakan di sekolah merupakan satu perkara baharu dan pengalaman yang amat bernilai. Pengkaji mula belajar dan mengenali penyelidikan tindakan pada semester tujuh dan menjalankannya secara praktikal pada semester lapan. Penyelidikan tindakan ini mendedahkan pengkaji kepada banyak perkara khusus yang melibatkan cara mengumpul, menganalisis dan menyemak data, seterusnya belajar cara menulis laporan dengan betul. Secara tidak langsung pengkaji juga dapat meningkatkan kemahiran menulis dan

melahirkan idea secara terus.

49

Selain dari itu, pengkaji menyedari bahawa pelaksanaan kajian tindakan turut memberi beberapa implikasi yang signifikan khususnya kepada diri pengkaji, anak didik dan kerjaya sebagai guru. Umpamanya dalam aspek amalan profesional. Dalam hal ini, pengkaji belajar menjadi lebih peka terhadap masalah murid. Pengkaji bertanggungjawab untuk membantu murid-murid dalam kemahiran menulis serta kemahiran bahasa yang lain. Melalui penyelidikan tindakan inilah, pengkaji mendapat pengalaman menangani masalah kemahiran menulis huruf besar dengan betul di dalam ayat secara sistematik dan berfokus. Berbanding sebelum ini, masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid diserahkan terus kepada guru pemulihan.

Implikasinya terhadap diri sendiri pula ialah kajian ini merupakan cetusan yang menyedarkan pengkaji bahawa terdapat beberapa kaedah dan teknik

pengajaran yang boleh digunakan untuk membantu meningkatkan prestasi pengkaji sebagai guru Bahasa Melayu terutama dalam membantu murid menguasai sesuatu kemahiran. Selain itu, tugasan kajian tindakan ini turut mengajar pengkaji menjadi lebih kreatif dalam merencana aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang bersifat menyeronokan tetapi berupaya meninggalkan kesan kepada anak didik dalam konteks ilmu dan kemahiran yang disampaikan.

Seterusnya implikasi kepada perkembangan amalan kendiri pengkaji sebagai guru. Sebagai seorang guru Bahasa Melayu, sudah tentu pengkaji ingin meningkatkan dan menambah baik amalan kendiri pengkaji. Berdasarkan kepada kajian yang telah dilaksanakan, kini pengkaji dapat merangka satu rancangan pengajaran harian yang menerapkan penggunaan kaedah ansur maju berbantukan peta minda. Khususnya melibatkan murid-murid yang lemah dalam pembelajaran. 50

Implikasinya terhadap murid pula, teknik peta minda dalam kajian ini dapat membantu mengurangkan kekerapan kesalahan menulis huruf besar di dalam ayat. Setelah dibiasakan dengan peta minda, murid dapat membina ingatan kekal tentang konsep kemahiran. Ini memudahkan pengkaji selaku guru dalam

menyemak hasil kerja murid. Bentuk penulisan yang kemas dan betul sudah tentu menjadi pendorong kepada murid untuk terus berusaha dalam pembelajarannya.

Namun demikian, pengkaji tidak menafikan bahawa masih terdapat kelemahan dalam penggunaan teknik peta minda ini. Pengkaji mendapati teknik ini kurang berkesan jika digunakan kepada murid-murid yang mempunyai masalah menulis lambat dan lemah dalam kemahiran mengeja serta membaca. Mereka akan cepat bosan kerana terpaksa mengambil masa yang lama berbanding murid lain untuk mengesan perkataan-perkataan yang memerlukan penggunaan huruf besar. Terutamanya yang melibatkan Kata Nama Khas di dalam ayat. Sehubungan itu, pengkaji bercadang untuk meluaskan penggunaan peta minda dalam meningkatkan kemahiran yang lain seperti kemahiran membaca di masa akan datang.

51

9.0

CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA

Setelah melihat kejayaan teknik yang dilaksanakan, pengkaji berhasrat untuk melanjutkan kajian kepada kitaran yang seterusnya. Cuma pada kali ini,

penggunaannya akan lebih meluas melibatkan jumlah murid yang lebih ramai. Contohnya dalam sebuah kelas.

9.1

Cadangan Kajian

Berdasarkan kepada fungsinya yang memudahkan proses menyimpan maklumat dan mengingatkan kembali, pengkaji bercadang meluaskan penggunaan peta minda dalam mengajar kemahiran yang lain seperti tatabahasa. Dalam tatabahasa, murid dapat menggunakan peta minda untuk mengkategori jenis-jenis kata, ayat dan lainlain lagi.

Selain daripada itu, pengkaji juga bercadang untuk menggunakan peta minda ini sebagai alat untuk mengajar kemahiran menulis karangan pendek. Dalam hal ini, murid-murid dapat menyenaraikan isi-isi karangan secara kreatif dengan pelbagai bentuk peta minda hasil olahan mereka sendiri. Secara tidak langsung peta minda dapat menambahkan keseronokan kepada mereka semasa belajar. Di samping itu, penggunaan peta minda dapat mengembangkan daya kreativiti murid dari aspek merakam dan memproses maklumat secara linear dan dalam masa yang sama membuat pengelolaan yang menyeluruh iaitu menghubung kait, membanding dan menganalisis sesuatu isi penting dengan lebih berkesan (Freddy, 2010).

52

Dalam aktiviti membaca, peta minda ini juga sesuai digunakan untuk mengajar murid-murid yang lemah dalam kemahiran tersebut. Dengan berkonsepkan didik hibur, murid-murid boleh mencuba membaca perkataan yang mudah dan memasukkan ke dalam peta minda. Begitu juga dengan perkataan yang sukar akan dimasukkan ke dalam bahagian lain dalam peta minda. Sambil bermain murid akan cuba menyebut sesuatu perkataan dengan betul dan memasukkan ke dalam petak sudah baca sehinggalah petak yang satu lagi kosong.

Lanjutan daripada itu, pengkaji turut bercadang untuk memperkenalkan teknik ini di peringkat sekolah agar dapat disebar luas penggunaannya. Dengan adanya perkongsian ini, pengkaji berharap rakan-rakan guru dapat menggunakannya serta memberi cadangan atau mengembangkan lagi teknik ini ke arah proses pendidikan yang lebih berkualiti. Seterusnya melahirkan pelajar yang berupaya menyampaikan idea dengan jelas, sama ada secara lisan atau bertulis, boleh menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran organisasi serta masyarakat, mampu bekerja dalam pasukan, berupaya berdikari dan menentukan haluan kerjaya sendiri (Levin (1998) dalam Ong, 2005).

53

SENARAI RUJUKAN

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaluddin Ramli, Yusof Boon dan Abdul Rahim Hamdan.(2010). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan. Selangor: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Azizi Yahaya, Asmah Suboh, Zurihanmi Zakariya dan Fawziyah Yahya.(2005). Aplikasi Kognitif Dalam Pendidikan. Pahang: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Ainon Mohd dan Abdullah Hassan.(2001). Bakat Dan Kemahiran Memimpin. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn Bhd. Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia (2008) Kuala Lumpur Manual Kajian Tindakan Vol 3: 43-86. Che Zanariah Che Hassan dan Fadzilah Abd. Rahman (2011) Pelaksanaan dan kemahiran menulis di sekolah rendah Universiti Putra Malaysia Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu Vol 1 (Bil. 1): 67-87. Cindy Lairie Sojep (2010) Mengurangkan masalah mencampuradukkan huruf besar dan kecil murid tahun tiga melalui Kaedah Cekap Menulis Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 (BM Pendidikan Rendah) Vol 1: 96-109. Czerniewska, P.(1992). Learning About Writing. USA: Blackwell. Freddy Xaviers Jamil (2010) Kesan penggunaan peta minda berunsurkan Kata Tanya dalam meningkatkan kemahiran mengolah isi karangan jenis keperihalan Bahasa Melayu tahun lima Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 (BM Pendidikan Rendah) Vol 1: 140-156. Hamidah Sulaiman.(2005). Peranan Ibu Bapa Dan Guru Dalam Membantu PelajarPelajar Yang Tidak Bermotivasi, Siri Panduan Guru, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya: PTS Professional. Jeyagobi a/l Dhamodarem (2008) Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran menulis di sekolah rendah kawasan Pensiangan-Salinatan daerah Nabawan, Sabah: Satu analisis. Persepsi dan sikap guru Bahasa Melayu terhadap kemahiran menulis muat turun 25 Februari 2011 http://www.ipislam .edu.my/uploaded/Persepsi%20Dan%20Sikap%20Guru%20Bahasa %20Melayu%20Terhadap%20Kemahiran%20....pdf. 54

Kamaruddin Husin.(1994). Pedagogi Bahasa (Edisi Ke-7). Selangor Darul Ehsan: Longman Malaysia. Kemmis, S and McTaggart, R.(1988). The Action Research Learner. Victoria, Australia: Deakin University Press. Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah Bahasa Melayu Tahun 3 : Pusat Perkembangan Kurikulum. Lina Ping Madang (2010) Penggunaan kertas kotak bergaris dalam membantu murid tahun dua menulis huruf J besar dan kecil dengan betul semasa menjawab soalan kefahaman Bahasa Melayu Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 (BM Pendidikan Rendah) Vol 1: 157-171. Mohd. Zawawi Ismail (2008) Kesesuaian isi kandungan, masa, kemudahan dan alatan dan Kaedah Tunjuk Cara (demonstrasi) dalam mata pelajaran Kemahiran Teknikal dari perspektif guru-guru Kemahiran Hidup di sekolah menengah di daerah Kuala Krai Kelantan Universiti Teknologi Malaysia Tesis Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup): 35 Mohd. Majid Konting.(2004). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Morrission Jement Jonathan Kibing (2010) Kesan Peta Minda dalam meningkatkan kemahiran mengenal pasti isi utama dan isi huraian karangan Bahasa Melayu murid tahun lima Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 (BM Pendidikan Rendah) Vol 1: 211-223. Muhammad Azizi Rahim (2010) Kesan bimbingan individu dalam mengurangkan kesilapan menulis huruf besar di tengah perkataan Bahasa Melayu murid tahun lima Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Buku Koleksi Artikel Penyelidikan Tindakan Seminar Penyelidikan Tahun 2010 (BM Pendidikan Rendah) Vol 1: 224-237. Novak, J.D dan Caas, A.J.(2008). The Theory Underlying Concept Maps and How to Construct and Use Them. Florida: Institute for Human and Machine Cognition. Ong, C.S.(2005). Kualiti pendidikan: Pelbagai tafsiran, Siri Panduan Guru, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya: PTS Professional. 55

Roselan Baki.(2003). Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Shah Alam: Karisma Publication. Syed Ismail Syed Mustapa dan Ahmad Subki Miskon.(2010). Budaya dan Pembelajaran. Selangor: Penerbitan Multi Media Sdn Bhd. Suppiah Nachiappan, Ramlah Jantan dan Abdul Aziz Abdul Shukor.(2008). Psikologi Pendidikan. Shah Alam: Oxford Fajar. Sassoon, R.(1993). Handwriting: The Way To Teach It . Cheltenham: Stanley Thornes. Shahril @ Charil Marzuki.(2005). Pelaburan Dalam Pendidikan Adalah Untuk Pendidikan Atau Pendidikan Untuk Kerjaya, Siri Panduan Guru, Pentadbiran Dalam Pembangunan Pendidikan. Universiti Malaya: PTS Professional. Syaharom Abdullah.(1990). Panduan Amali Untuk Penyelidikan Pendidikan: Diterjemah Dari Ward Mitchell Cates. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaridah Binti Zuber Meningkatkan kemahiran penggunaan huruf besar bagi murid Tahun 2 Pandai menggunakan Teknik Warna (2006) muat turun 25 Februari 2011 http://www.slideshare.net/yatijun/laporan - kajian - tindakan - bahasa melayu.

56

LAMPIRAN A

NAMA TAHUN

: ______________ : ______________

Salin semula perenggan di bawah menggunakan tanda baca yang sesuai. minggu lalu, encik hashim telah membawa keluarganya melancong ke sarawak. mereka sekeluarga menaiki kapal terbang pergi ke sana. sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang antarbangsa kuching, mereka tidak sabar untuk menjelajahi ke negeri itu. mereka menahan sebuah teksi untuk membawa mereka ke hotel istana inn. semasa di kuching, mereka melawat kampung budaya. mereka turut menyaksikan persembahan kebudayaan. mereka berasa gembira.

___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________ ___________________________________________________
Sumber soalan: Bank soalan Tahun 3 Sekolah Kebangsaan Bandar Tawau Sumber Sumber soalan: II, Tawau

LAMPIRAN B

NAMA

______________

TAHUN

: ______________

BIL

PERKARA DIUJI

SKOR

ANALISA GURU

Huruf besar pada permulaan ayat dan selepas noktah. /6 Huruf besar pada Kata Nama Khas. /13
Skor sepatutnya: 19 Pencapaian: ____% __________________________ Nama :

Jumlah skor: ___________ Catatan penguji: Tarikh: _________________

SKOR 0-7 8 - 11 12 15 16 19

PRESTASI Lemah Sederhana Baik Sangat baik

Borang 1: Diadaptasi dan diubahsuai daripada Buku Panduan Borang 1: Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas Borang 1: (Masalah Penguasaan 3M)

LAMPIRAN C

Nama: _____________________ Kelas : _____________________

BAHAGIAN A Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. kita mesti makan makanan yang bersih. ___________________________________________________________________ . 2. kita bersenam supaya badan kita sihat. ___________________________________________________________________. 3. jangan makan kuih yang manis itu. ___________________________________________________________________. 4. sikat rambut kamu supaya kelihatan kemas. ___________________________________________________________________. 5. bajunya yang tidak berbasuh itu berbau busuk. ___________________________________________________________________. ( BAHAGIAN B Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. itu rumah nenek. rumah nenek rumah papan. ___________________________________________________________________. 2. emak pergi ke pasar. emak membeli ikan tenggiri dan sayur sawi. ___________________________________________________________________. 3. salmi pergi ke pusat sumber. dia hendak meminjam buku cerita. ___________________________________________________________________. / 5 BETUL)

4. ganesh sakit perut. dia perlu mendapatkan rawatan. ___________________________________________________________________. 5. datuk menunggang motosikal ke kebun. di kebun datuk ada pokok durian. ___________________________________________________________________. ( BAHAGIAN C Salin semula ayat berikut dengan tanda baca yang betul . alif berumur 9 tahun. buku cerita. setiap alif belajar di kelas tahun 3 wawasan. dia hari sabtu, alif akan ke perpustakaan. bersekolah di sekolah kebangsaan bukit gemuk. hobi alif membaca ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ___________________________________________________________________ ( / 14 BETUL) / 10 BETUL)

Sumber: Zaridah Binti Zuber. (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Sumber: Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Sumber: Warna.

LAMPIRAN D

Nama: _____________________ Kelas : _____________________

BAHAGIAN A Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. 2. 3. 4. 5. kemas bilik awak supaya kelihatan bersih. bersukan amalan hidup yang baik. sampah yang tidak dibersihkan itu berbau busuk. kita mesti pakai pakaian yang bersih. dilarang membuat bising di pusat sumber. ( BAHAGIAN B Salin semula ayat berikut menggunakan huruf besar di tempat yang betul. 1. 2. 3. kakak pergi ke bandar membeli buku. dia pergi menaiki bas. amir tidak sihat. dia bercuti hari ini. ahmad pergi ke kantin. dia hendak membeli makanan. / 5 BETUL)

___________________________________________________________________ . ___________________________________________________________________. ___________________________________________________________________. ___________________________________________________________________. ___________________________________________________________________.

___________________________________________________________________. ___________________________________________________________________. ___________________________________________________________________.

4. 5.

ayah pergi ke kebun. di kebun ada banyak sayur-sayuran. ini bilik saya. bilik saya kecil sahaja. ( / 10 BETUL)

___________________________________________________________________. ___________________________________________________________________.

BAHAGIAN C Salin semula ayat berikut dengan tanda baca yang betul . manaf kawan saya. hobi manaf bermain bola sepak. setiap petang, manaf bermain bola sepak di padang. manaf berumur 10 tahun. manaf belajar di kelas tahun 4 delima. manaf bersekolah di sekolah kebangsaan panglima habibullah. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ( / 14 BETUL)

Sumber: Zaridah Binti Zuber. (2006). Meningkatkan Kemahiran Penggunaan Sumber: Huruf Besar Bagi Murid Tahun 2 Pandai Menggunakan Teknik Sumber: Warna.

LAMPIRAN E

BAHAGIAN BIL NAMA RESPONDEN (5) 1 2 3 4 5 Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 A (%) (10) B (%) (14) C (%)

JUM (29)

(%)

PRESTASI

SKOR 0 11 12 - 17 18 23 24 29

PRESTASI Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Borang 2: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang Borang 2: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 2: Borang 2: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN F

BAHAGIAN BIL NAMA RESPONDEN (5) 1 2 3 4 5 Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 A (%) (10) B (%) (14) C (%)

JUM (29)

(%)

PRESTASI

SKOR 0 11 12 - 17 18 23 24 29

PRESTASI Lemah Sederhana Baik Sangat Baik

Borang 3: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang Borang 2: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 2: Borang 2: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN G

TAHUN: ________________________

RESPONDEN R1 R2 R3 R4 R5
*Petunjuk: A, B, C M % G

UJIAN PRA A B C M % G A B

UJIAN PASCA C M % G

CATATAN

- Bahagian Ujian - Markah Keseluruhan - Peratus - Gred


Borang 4: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Borang 2: Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN H

Baca dengan teliti. Tandakan pada kotak jawapan.

BIL 1 2 3 4 5

PERNYATAAN Saya berminat dengan pengajaran guru. Saya mudah faham. Saya dapat mengesan huruf besar. Saya seronok belajar. Saya berpuas hati dengan pencapaian saya.

JAWAPAN Ya Tidak

SKOR (%) 0 49 50 - 69 60 - 79 80 - 100

PRESTASI Tidak minat Kurang minat Minat Sangat minat

Borang 5: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang Borang 2: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 3: Borang 2: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN I

Rajah Peta Minda: Joseph D. Novak dan Alberto J. Caas (2008). The Rajah Peta Rajah Peta Minda: Theory Underlying Concept Maps and How to Construct Rajah Peta Minda: and Use Them. Florida: Institute for Human and Machine Rajah Peta Minda: Cognition.

LAMPIRAN J

NAMA

: ______________

TAHUN

: ______________

SEKOLAH: ______________ Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. 1. 2. dalam sarang itu ada lima biji telur. ______________________________________________________________ nama saya Amin bin Abdullah. ______________________________________________________________ 3. 4. kakak dan Salmah menolong ibu menyapu sampah. ______________________________________________________________ tiap-tiap pagi Linda gosok gigi. ______________________________________________________________ 5. di manakah letaknya bandar Tawau? ______________________________________________________________ 6. amboi, cantik sungguh awak Rahimah! ______________________________________________________________

Skor: ____ / 6

*Soalan telah diperakui oleh Ketua Panitia Sekolah Kebangsaan Bandar *Tawau II, Tawau

LAMPIRAN K

NAMA

: ______________

TAHUN

: ______________

SEKOLAH: ______________ Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. 1. minggu hadapan kami akan bercuti. kami akan pergi melawat ke Zoo Negara dan Pusat Sains. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. inilah Hospital Ampang Puteri. ibu saya bekerja di sini. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 3. hari ini hari Ahad. saya dan adik menolong ayah mencuci kereta. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. nama saya Anita. saya berasal dari Melaka. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Skor: ____ / 8

*Soalan telah diperakui oleh Ketua Panitia Sekolah Kebangsaan Bandar *Tawau II, Tawau

LAMPIRAN L

NAMA

: ______________

TAHUN

: ______________

SEKOLAH: ______________ Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. 1. Tidak lama lagi kami akan bercuti. Kami akan pergi mendaki gunung kinabalu. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 2. Inilah bank islam. Bapa zuraini bekerja di sini. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 3. Hari ini hari sabtu. Ibu dan ayah melawat encik ahmad di hospital. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ 4. Nama abang saya johari. Dia tinggal di taman ria. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________

Skor: ____ / 11

*Soalan telah diperakui oleh Ketua Panitia Sekolah Kebangsaan Bandar *Tawau II, Tawau

LAMPIRAN M

NAMA

: ______________

TAHUN

: ______________

SEKOLAH: ______________ Tulis semula ayat-ayat di bawah dengan menggunakan tanda baca yang betul. guru kelas saya bernama puan norlina binti abdul rahman. guru saya berumur 26 tahun. cikgu norlina dilahirkan di semporna, sabah. kini, cikgu norlina tinggal di tawau. beliau ke sekolah dengan menaiki proton wira. cikgu norlina mengajar mata pelajaran bahasa malaysia. pengajaran cikgu norlina begitu berkesan. sebab itulah di kelas saya semua murid pandai membaca. ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

Skor: ____ / 25

*Soalan telah diperakui oleh Ketua Panitia Sekolah Kebangsaan Bandar *Tawau II, Tawau

LAMPIRAN N

TAHUN: ________________________

ITEM RESPONDEN 1 R1 R2 R3 R4 R5 (Jumlah tanda baca yang betul) 2 3 4

Analisa guru: ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________ ____________________________________________________________________

Borang 6: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang Borang 6: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 6: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN O LANGKAH PROSEDUR TINDAKAN

LANGKAH DAN MINGGU

CARA PENILAIAN

KUMPULAN SASARAN

TUJUAN Mengesan kelemahan murid. Merancang tindakan.

Ujian Diagnostik

19 orang murid Tahun 3 Inovatif

MERANCANG (MINGGU 1)

Penerangan tentang penggunaan huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat.

5 orang murid Tahun 3 Inovatif yang tidak menguasai kemahiran (Tahap lemah)

Menjelaskan kesalahan murid dari segi penggunaan huruf besar. Mengingatkan semula murid tentang penggunaan huruf besar pada tempat yang betul di dalam ayat. Mengukur sejauh mana pemahaman murid menggunakan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat.

Ujian Pra

5 orang murid Tahun 3 Inovatif

BERTINDAK (MINGGU 2 DAN 3)

Pengajaran berpandukan Peta Minda

5 orang murid Tahun 3 Inovatif

Membantu murid meningkatkan penguasaan penggunaan huruf besar dan huruf kecil dalam ayat.

Soal selidik

5 orang murid Tahun 3 Inovatif

Mengukur minat murid terhadap peta minda sebagai alat bantu belajar.

LANGKAH DAN MINGGU

CARA PENILAIAN

KUMPULAN SASARAN

TUJUAN Melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran menggunakan peta minda dalam meningkatkan penguasa-an murid terhadap penggunaan huruf besar dan huruf kecil dengan betul dalam ayat. Pengkaji menilai semua dapatan dan membuat kesimpulan tentang kekuatan dan kelemahan yang ditemui dalam kajian yang dijalankan.

MEMERHATI (MINGGU 4)

Ujian Pos

5 orang murid Tahun 3 Inovatif

MEREFLEKS I (MINGGU 5)

5 orang murid Tahun 3 Inovatif

Jadual 1 : Prosedur Tindakan Mengikut Model Kemmis dan Jadual 1 : McTaggart (1988)

LAMPIRAN P

LANGKAH PROSEDUR INTERVENSI

HARI 1 Item 1

LANGKAH

CATATAN

1. Murid membaca ayat yang lengkap dengan penggunaan huruf besar yang dipaparkan. 2. Mengecam perkataan menggunakan huruf besar pada ayat tersebut dan mencatatnya di dalam peta minda. 3. Memberikan sebab penggunaan huruf besar. 3. Guru menunjukan semula ayat yang sama tetapi tanpa huruf besar. Murid menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai berpandukan catatan dalam peta minda mereka. 2 Item 2 1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar (perkataan di permulaan ayat dan selepas noktah sahaja.) 2. Murid mengecam perkataan yang memerlukan penggunaan huruf besar pada ayat dan mencatatnya di dalam lembaran peta minda. 3. Murid menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai berpandukan catatan dalam peta minda mereka.

Ayat di papan putih. Huruf besar di permulaan ayat, selepas noktah dan kata nama khas.

Menyalin dalam lembaran kerja yang disediakan.

Kata Nama Khas dengan tanda baca huruf besar yang betul juga terdapat dalam ayat. Catatan termasuk Kata Nama Khas.

HARI 3 Item 3

LANGKAH

CATATAN

1. Membaca ayat yang diberi tanpa huruf besar (perkataan Kata Nama Khas sahaja.) 2. Murid mengecam perkataan Kata Nama Khas yang memerlukan penggunaan huruf besar pada ayat dan mencatatnya di dalam lembaran peta minda. 3. Murid menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai berpandukan catatan dalam peta minda mereka. 4 Item 4 1. Membaca perenggan ayat yang diberi tanpa huruf besar 2. Murid mengecam perkataan yang memerlukan penggunaan huruf besar pada ayat dan mencatatnya di dalam lembaran peta minda. 3. Murid menyalin semula ayat tersebut dengan menggunakan huruf besar di tempat yang sesuai berpandukan catatan dalam peta minda mereka.

Catatan termasuk perkataan di awal ayat dan selepas noktah.

Perkataan di awal ayat, selepas noktah dan Kata Nama Khas

Jadual 2: Langkah tindakan intervensi

LAMPIRAN Q ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN HURUF BESAR OLEH RESPONDEN DALAM UJIA N PRA RESPONDEN BIL PERKATAAN R1 R2 Bahagian A (Huruf Besar Di Awal Ayat) 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 1 1 2 3 4 Kita Kita Jangan Sikat Bajunya Itu / Rumah Emak / Emak Salmia / Dia Ganesh / Dia Datuk / Di Alif Alif Dia Hobi Setiap Kita Kita jangan sikat Bajunya itu / rumah Emak / emak Salmia / dia ganesh / dia Datuk / di Alif Alif dia hobi setiap Kita Kita jangan sikat Bajunya itu / Rumah emak / emak Salmia / dia ganesh / dia datuk / di Alif Kita Kita Jangan Sikat Bajunya itu / rumah Emak / Emak Salmia / dia ganesh / dia datuk / di Kita Kita Jangan sikat bajunya Itu / rumah Emak / emak Salmia / dia ganesh / dia datuk / di Alif alif dia hobi setiap Kita Kita jangan sikat bajunya itu / rumah Emak / emak salmia / dia ganesh / dia datuk / di Alif alif dia hobi setiap R3 R4 R5

Bahagian B (Huruf Besar Di Awal Ayat / Selepas Noktah)

Bahagian C (Huruf Besar Di Awal Petikan) Alif (Huruf Besar Selepas Noktah) alif alif dia Dia hobi hobi setiap setiap

RESPONDEN BIL 1 2 3 4 5 PERKATAAN Tahun 3 Wawasan Sekolah Kebangsaan Bukit Gemuk Alif Sabtu Alif R1 tahun 3 wawasan sekolah kebangsaan bukit gemuk alif sabtu alif R2 R3 R4 Tahun 3 wawasan Sekolah kebangsaan bukit gemuk alif sabtu Alif R5 tahun 3 wawasan sekolah kebangsaan bukit gemuk hobi sabtu alif (Kata Nama Khas) tahun 3 Wawasan tahun 3 wawasan sekolah kebangsaan bukit gemuk alif sabtu alif Sekolah kebangsaan bukit gemuk alif sabtu alif

Borang 7: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 4:Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 4 Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN R

PERBANDINGAN JUMLAH MURID MENGIKUT PRESTASI DALAM UJIAN PRA DAN POS UJIAN PRA SKOR (5) 0 11 12 - 17 18 23 24 29 5 0 0 0 Bil. (%) 100 0 0 0 Prestasi Lemah Sederhana Baik Sangat baik UJIAN POS Bil. (5) 0 0 1 4 (%) 0 0 20 80 Prestasi Lemah Sederhana Baik Sangat baik

Borang 8: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 4:Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 4 Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN S KEPUTUSAN PENINGKATAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MENULIS HURUF BESAR PADA TEMPAT YANG BETUL DI DALAM AYAT BIL RESPONDEN BAHAGIAN A Markah (5) 1 2 3 4 5 Responden 1 Responden 2 Responden 3 Responden 4 Responden 5 +12 +12 +15 +12 +13 +40 +40 100 +40 +60 (%) BAHAGIAN B Markah (10) +17 +18 +17 +17 +17 +70 +80 +70 +70 +70 (%) BAHAGIAN C Markah (14) +12 +18 +11 +18 +16 85.71 57.14 78.57 57.14 57.14 (%) JUMLAH KESELURUHAN Markah (29) +21 +18 +23 +17 +16 +72.41 +62.06 +79.31 +58.62 +55.17 PERATUS (%)

Borang 9: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 4:Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 4 Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN T DAPATAN DATA MINAT RESPONDEN SECARA INDIVIDU SEBELUM KAJIAN

RESPONDEN
JUMLAH

BIL

ITEM
Y

R1

R2

R3 Jawapan

R4

R5 Y (%)T 20 20 0 00 00 4 4 0 5 5 (%) 80 80 100 100 100

1 2 3 4 5

Saya berminat dengan pengajaran guru. Saya mudah faham. Saya dapat mengesan huruf besar. Saya seronok belajar. Saya berpuas hati dengan pencapaian saya.

1 1 1 0 0

Borang 10: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 10: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 10: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN U

RUMUSAN DAPATAN DATA MINAT RESPONDEN SECARA KESELURUHAN TERHADAP BAHASA MELAYU SEBELUM KAJIAN BILANGAN RESPONDEN BERI JAWAPAN IKUT ITEM Ya (5) 1 2 3 4 5 Saya berminat dengan pengajaran guru. Saya mudah faham. Saya dapat mengesan huruf besar. Saya seronok belajar. Saya berpuas hati dengan pencapaian saya. 1 1 0 1 0 (%) 20 20 0 20 0 Tidak (5) 4 4 5 4 5 (%) 80 80 100 80 100

BIL

ITEM

Borang 11: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 10: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 10: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN V DAPATAN DATA MINAT RESPONDEN SECARA INDIVIDU SELEPAS KAJIAN

RESPONDEN
JUMLAH

BIL

ITEM
Y

R1

R2

R3 Jawapan

R4

R5 Y (%)T 100 100 100 100 100 0 0 0 0 0 (%) 0 0 0 0 0

1 2 3 4 5

Saya berminat dengan pengajaran guru. Saya mudah faham. Saya dapat mengesan huruf besar. Saya seronok belajar. Saya berpuas hati dengan pencapaian saya.

5 5 5 5 5

Borang 12: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 10: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 10: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN W

RUMUSAN DATA MINAT RESPONDEN SECARA KESELURUHAN TERHADAP BAHASA MELAYU SELEPAS KAJIAN BILANGAN RESPONDEN BERI JAWAPAN IKUT ITEM Ya (5) 1 2 3 4 5 Saya berminat dengan pengajaran guru. Saya mudah faham. Saya berasa tugasan yang diberikan menarik. Saya seronok belajar. Saya berpuas hati dengan pencapaian saya. 5 5 5 5 5 (%) 100 100 100 100 100 Tidak (5) 0 0 0 0 0 (%) 0 0 0 0 0

BIL

ITEM

Borang 13: Diadaptasi daripada Buku Manual Kajian Tindakan Edisi Ketiga Borang 10: Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Borang 10: Kementerian Pelajaran Malaysia Disember 2008

LAMPIRAN X CONTOH TULISAN MURID DALAM UJIAN DIAGNOSTIK

LAMPIRAN Y

HASIL KERJA MURID DALAM ITEM 4

LAMPIRAN Z

PENGGUNAAN PETA MINDA OLEH MURID DALAM ITEM 4

You might also like