You are on page 1of 13

Jenayah siber

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Lompat ke: pandu arah, gelintar
Jenayah Siber. Mengapa sukar dibendung
Kemunculan Internet sebagai alat komunikasi terkini menjanjikan satu wadah penyebaran
maklumat yang memantapkan ilmu dan maklumat. Oleh kerana tiada siapa yang dapat mengawal
perjalanan maklumat di dunia siber, berjuta-juta laman web telah dihidupkan. Bermacam-macam
maklumat (sama ada benar atau salah), idea, ideologi, propaganda dan tidak kurang juga
pornografi disebarkan melalui Internet.
Pada masa yang sama, kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan
rasa gerun bagi pihak pentadbir sesetengah negara yang selama ini mahu mengongkong
kebebasan bersuara, berfikir dan berpendapat penduduk mereka.

Isi kandungan
[sorok]
• 1 Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi sempadan geografi
• 2 Perlukah internet dikawal selia
• 3 Klasifikasi Jenayah siber
• 4 Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
• 5 Kepentingan ekonomi
• 6 Berbeza takrifan jenayah
• 7 Kepentingan ketenteraan
• 8 Sikap manusia
• 9 Kesimpulan
• 10 Lihat juga

[sunting] Kecanggihan Internet - kemampuannya mengatasi


sempadan geografi
Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang ada
sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting dalam
media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahan-bahan
media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet. Ini
membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakan negara
mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan televisyen.
Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan
permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta Percetakan, Akhbar dan
Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972
membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai
Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, makalah dan
surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan.
Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.
Perbezaan antara Internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet adalah
satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji selidik
dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan berinteraksi
dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.
[sunting] Perlukah internet dikawal selia
Pengawal seliaan bahan-bahan media dan cetak adalah satu praktis yang sudah lumrah di negara
membangun dan juga di kebanyakan negara maju. Dengan perkembangan Internet, timbullah
tanda tanya sama ada Internet harus dikawal selia atau tidak.
Namun pihak kerajaan Malaysia mengambil langkah yang positif untuk tidak menapis dunia
siber. Ini termaktub dalam rang undang-undang jaminan yang dijanjikan oleh kerajaan Malaysia
dengan syarikat-syarikat Koridor Raya Multimedia. Seksyen 3(3) Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998 juga mengisytiharkan bahawa tiada suatu pun peruntukan di bawah akta
tersebut yang membenarkan sebarang penapisan maklumat berlaku.
Prinsip ini adalah berdasarkan pendapat bahawa pengawalan maklumat hanya akan memberikan
kesan yang negatif kepada perkembangan teknologi komunikasi yang canggih ini.
Ini berbeza sekali dengan sesetengah negara yang mengambil pendirian yang jauh lebih agresif.
Negara-negara seperti Cuba dan China, mengamalkan penapisan maklumat secara total atau
separa. Mereka menganggap kandungan yang dibawa di dalam Internet sebagai ancaman
ideologi kepada penduduk mereka. Mereka lebih suka penduduk mereka pasif, buta dan tidak
celik kepada maklumat dan perkembangan dunia terkini.
Banyak juga negara yang bersikap sederhana dan menapis hanya maklumat yang mungkin
merosakkan fikiran orang awam.
Kebebasan bersuara yang sedia ada seharusnya tidak disalahgunakan. Namun demikian jika
adapun penyebar maklumat palsu ataupun pihak pembangkang sesuatu kerajaan menggunakan
Internet untuk menyebarkan ideologinya, ia bukannya satu ancaman serius. Pihak kerajaan masih
ada cara lain untuk mengatasinya contohnya adalah dengan cara meningkatkan ilmu pengetahuan
rakyat dan menyebarkan berita yang benar di media cetak atau TV. Dengan cara ini orang ramai
akan dapat mempertimbangkan kebenaran. Tapi bagaimana dengan jenayah siber yang lain.
Bolehkah kita bertolak ansur dengan jenayah siber yang boleh membawa ancaman kepada
masyarakat dan tamadun ?
[sunting] Klasifikasi Jenayah siber
Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti jenayah.
Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-duanya.
Operasi input, pemprosesan data, operasi output dan komunikasi data telah digunakan dengan
teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim cepat kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atau "Hacker"
11. Penyebaran virus
dan banyak lagi dan mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras
dengan kepesatan pembangunan komputer .Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah
berkenaan bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara
beberapa faktor yang dikenal pasti ialah
1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"
[sunting] Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya
Siapakah penjenayah siber? Apakah jenayah yang dilakukan? Di mana jenayah dilakukan?
Soalan-soalan yang sukar di jawab. Kalau jenayah lain senang dikenali contohnya perompak
tentu sekali memegang senjata , penculik tentu sekali meminta wang tebusan tetapi bagaimana
mengenali penjenayah siber. "Satu masalah utama untuk membezakan ancaman siber dengan
ancaman fizikal adalah untuk menentukan siapa yang menyerang sistem kita, mengapa,
bagaimana, dan dari mana," Michael A. Vatis dari FBI. Umumnya penjenayah siber adalah
golongan berpengetahuan ataupun profesional. Munkin kawan kita , mungkin pelajar, mungkin
profesor atau siapa sahaja. Mereka akan melakukan jenayah terhadap intitusi mereka sendiri atau
intitusi pesaing atau mereka diupah oleh pihak tertentu contohnya.
Organisasi perniagaan mungkin menjadi sasaran pesaingnya, pekerja atau bekas pekerja. Bank
serta institusi kewangan oleh perompak dan penjenayah profesional. Manakala, pihak universiti
menjadi sasaran pelajar atau bekas pelajar. Agensi kerajaan pula mungkin menjadi mangsa
pengganas dan komputer militari mungkin disabotaj.
Kalaulah orang yang melakukan jenayah tidak di kenali undang-undang yang di rangka untuk
membendungnya tidak akan bermakna. Di Amerika yang canggih teknologinyapun gagal
mengesan perancang trajedi 11 September. Semasa Peristiwa 11 September 2001, 19 orang
perampas kapal terbang memasuki Amerika Syarikat dengan menggunakan visa yang sah. Selain
secara peribadi, mereka berhubung melalui Internet atau membuat panggilan telefon dengan
menggunakan kad prabayar untuk merancang serangan terhadap New York dan Washington.
[sunting] Kepentingan ekonomi
E-commerce dan K –ekonomi menjadi begitu penting sekarang. Dalam era globalisasi sekarang
sesebuah negara akan ketinggalan jika masih bergantung kepada kaedah traditional sahaja dalam
urusan ekonomi. Mereka perlu bergerak seiring dengan negara-negara yang mengamalkan K-
ekonomi. Bagi negara-negara membangun kepakaran dalam bidang teknologi maklumat amat
terhad. Untuk mengatasi masalah ini mereka perlu membuka pintu untuk perlaburan luar.
Malaysia contohnya telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan
seluas 15 km x 50 km selatan Kuala Lumpur. MSC mensasarkan untuk menarik syarikat
teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat untuk mengujian teknologi. Tujuh
aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam MSC. Ia terdiri daripada
sekolah bestari, kad pintar,teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik, rangkaian
pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Untuk menarik pelaburan asing yang berstatus MSC Malaysia telah memperkenalkan sebuah
senarai yang dikenali sebagai Rang Jaminan (Bill of Guarantees) yang antara jaminannya ialah
tiada pernapisan internet.selain malaysia banyak negara lain mengambil langkah yang sama
contohnya Indonesia, India, mexico dan boleh dikatakan semua negara maju tidak menapis
internet. Tidak menapis internet bermakna semua orang boleh menggunakan internet dengan
bebas ini termasuklah penjenayah siber. Oleh itu tidak bermakna dirangka undang-undang
jenayah siber. Beberapa contoh peristiwa akibat tiada penapisan internet : melalui alam siber
Zapatista National Liberation Army di Mexico semakin bertenaga dalam menegakkan
perjuangan mereka , aktivis siber di Indonesia berjaya menumbangkan rejim Suharto pada bulan
Mei 1998, Pelampau Hindu yang merobohkan masjid pada awal tahun 1990-an dan menyerang
penganut Kristian pada akhir tahun 1990-an terdiri daripada golongan pekerja di India yang
menggunakan kaset video dan Internet untuk menyebarkan mesej serta tragedi 11 sept juga
menggunakan komunikasi internet.
[sunting] Berbeza takrifan jenayah
Sebelum kita melangkah lebih jauh lagi untuk membincangkan jenayah siber ini, terlebih dahulu
marilah kita lihat terlebih dengan definisi jenayah siber itu sendiri. Jenayah membawa maksud
aktiviti seperti kecurian, penipuan, pemalsuan, peras ugut. Jenayah komputer pula melibatkan
segala aktiviti jenayah yang biasa dilakukan seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan segala
aktiviti yang melibatkan perlanggaran undang-undang yang sedia ada.
Walau bagaimanapun, definisi yang lebih baik dan komprehensif telah dibuat oleh Mr Donn B.
Parker seorang penyelidik di dalam jenayah komputer dan keselamatan untuk SRI International
di Menlo Park, California. Beliau menyatakan bahawa jenayah komputer adalah mana perlakuan
yang mempunyai niat dan dikaitkan dengan komputer melalui apa-apa cara dan menyebabkan
mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan, kerugian dan berterusan.
Jabatan Kehakiman US menguatkan lagi definisi ini dengan mengatakan bahawa jenayah
komputer adalah mana-mana aktiviti yang tidak sah dimana pengetahuan mengenai teknologi
komputer digunakan untuk merealisasikannya.
Namun demikian kita harus akui bahawa ujudnya takrifan jenayah siber antara negara. Bagi
negara-negara islam judi, pornography, pengiklanan sex adalah suatu jenayah tetapi bukan
jenayah dikebanyakan negara.contohnya di America syarikat hal-hal sebegini dianggap remeh
hanya pornography kanak-kanak saja dianggap jenayah . Mereka lebih memberi tumpuan kepada
keselamatan dan perdagangan. Berbagai –bagai undang yang berkait rapat dengan keselamatan
dan perdagangan di rangka seperti trademark low, copyright low,undang yang berkaitan hacker
dan penyebaran virus dan sebagainya. Dengan adanya takrifan yang berbeza ini sukar untuk
dikuatkuasakan undang-undang siber. Dimalaysia yang terikat dengan janji tidak menapis
internet terpaksa merelakan jenayah ini.
[sunting] Kepentingan ketenteraan
Dunia tanpa sempadan menjanjikan peluang serta ancaman, kesejahteraan serta kemusnahan, dan
keamanan serta peperangan. Akibat semakin saling berhubungan, maka sistem dan rangkaian
maklumat kini terdedah kepada pelbagai ancaman dan mudah diserang. Keadaan ini
mewujudkan isu baru tentang keselamatan, seperti yang disebut dalam OECD Guidelines for the
Security of Information Systems and Networks: Towards A Culture of Security. Sesetengah
negara, seperti Amerika Syarikat meletakkan perlindungan daripada serangan berasaskan siber
dan jenayah teknologi tinggi sebagai salah satu keutamaan yang penting. Ekoran Peristiwa 11
September kerajaan dalam OECD merangka Garis Panduan Keselamatan Sistem dan Rangkaian
Maklumat yang baru untuk bertindak balas terhadap keganasan siber, virus komputer,
penggodaman, dan ancaman lain.
“Walaupun Zaman Maklumat ini menjanjikan kecekapan yang semakin meningkat, namun
keselamatan negara lebih sukar untuk diurus,” kata Eliot A. Cohen, pakar strategi dan kuasa
ketenteraan, semasa Persidangan Tahunan Keenam di Abu Dhabi. Teknologi maklumat bukan
sahaja mengaburkan sempadan antara perkhidmatan dan sempadan antara dunia ketenteraan
dengan dunia awam, tetapi juga mengaburkan sempadan keselamatan.
Peperangan zaman teknologi maklumat bukan sahaja peperangan yang melibatkan kekuatan
fizikal ketenteraan sahaja malahan peperangan ilmu pengetahuan. Pihak musuh akan
menggunakan teknologi ini untuk menyerang sistem komputer kita. Serangan dilakukan dengan
berbagai cara temasuklah mencuri maklumat dan merosakkan sistem .kita sebagai pihak yang
diserang perlu melengkapkan diri dengan ilmu bagaimana mempertahankan diri dan menyerang
balas. Situasi ini secara tidak lansung akan menggalakkan ilmu bagaimana untuk menceroboh
sistem dan merosakkan komputer berkembang. Secara tidak langsung hacker dilahirkan. Hacker
ini jika disalahgunakan terhadap awam akan menjadi jenayah jenayah. Dalam masa undang
undang siber di rancang dan dalam masa yang sama kita melahirkan hacker. Sampai bila
masaalah ini akan selesai.
[sunting] Sikap manusia
Sikap manusia memang sesuatu yang sukar dikawal. Kita tidak boleh mengubah kelakuan
seseorang melainkan orang itu sendiri mengubahnya. Jenayah siber sering dilakukan oleh
manusia yang mempunyai kelakuan yang negatif. Mereka menyerang sistem hanya sekadar suka-
suka ataupun mencuba ilmu yang baru mereka pelajari. Kebanyakan mereka ini adalah remaja
ataupun dalam lengkongan 20 an. “Pertumbuhan penduduk dunia kira-kira 20 peratus hingga
tahun 2010, dengan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun, dan kemunculan
golongan remaja, berdasarkan pengalaman sejarah, merupakan faktor utama ketidakstabilan.”
Leftenan Jeneral Patrick M. Hughes, Pengarah Agensi Perisikan Pertahanan, Amerika Syarikat
menyatakan kebimbangan ini kepada Jawatankuasa Perkhidmatan Bersenjata Senat pada
Februari 1997.
Golongan remaja mempunyai sikap yang sukar diramal. Mereka belum cukup matang untuk
berfikir tentang akibat jenayah yang mereka lakukan. Lebih malang kerana kecanggihan
teknologi gagal mengenal pasti penceroboh. Misalnya, pada Februari dan Mac 2000,
pencerobohan telah berlaku terhadap lebih 500 sistem komputer tentera, kakitangan kerajaan,
dan sektor swasta di Amerika Syarikat. Ketika itu Amerika bersiap sedia dengan angkatan
tenteranya di Teluk Parsi ekoran ketegangan antara Iraq dengan pemeriksa senjata Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu. Apabila berlaku pencerobohan sedemikian, pihak berkuasa Amerika
Syarikat mengesyaki Iraq, tetapi terbukti bahawa pihak yang bertanggungjawab ialah dua orang
juvenil dari Cloverdale, California, dan beberapa orang penduduk Israel.
Soalannya dari mana remaja atau mereka yang gemar menceroboh mempelajari ilmu ini. Mereka
ini sebenarnya mahir tentang komputer. Mereka bukan belajar khusus untuk menceroboh tetapi
dengan mempelajari ilmu komputer secara tidak lansung. Mereka boleh mencuba untuk
menceroboh sistem atau cuba mencipta virus. Oleh itu semakin tinggi teknologi IT berkembang
semakin tinggi juga teknologi bagaimana jenayah dilakukan.
"Pembangunan teknologi meningkatkan keselamatan sistem maklumat secara keseluruhan," kata
Gillespie dan Nakatomi dari Direktorat Sains, Teknologi, dan Industri OECD. "Namun begitu,
teknologi juga menyediakan kapasiti kepada bakal penyerang atau penceroboh untuk melakukan
penerobosan yang lebih pantas dengan kesan yang sangat luas dan mendalam, yang sukar
dijejak."
Oleh itu undang-undang siber tidak bermakna jika masih terdapat orang yang bersikap negetif
dan menggunakan kemajuan komputer ke arah negatif.
[sunting] Kesimpulan
Daripada perbincangan di atas undang-undang siber tidak boleh kita harapkan untuk melindungi
kita dari ancaman jenayah komputer. Dalam dunia tanpa sempadan, serangan mungkin dilakukan
beribu-ribu batu jauhnya ataupun dari orang yang di sebelah kita dan amat malang sekali kita
sukar mengenali siapa mereka dan dari mana mereka menyerang kita. Walau bagaimanapun kita
kena mengambil langkah untuk melindungi sistem komputer kita sendiri. Lengkapkan diri kita
dengan ilmu tentang komputer dan mungkin kita boleh lindungi sistem komputer kita dengan
perisian yang ada di pasaran seperti anti-virus, firewall, pop-up blocker, anti-spyware dan apa
saja perisian keselamatan yang lain.

Jenayah komputer
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, gelintar
Undang-undang Jenayah

Sebahagian daripada siri common law


Unsur-unsur jenayah
Actus reus · Penyebaban · Persetujuan
Mens rea · Niat (jenayah)
Niat dlm undang² Inggeris · Kesemberonoan
Kebutaan sengaja · Kecuaian jenayah
Ignorantia juris non excusat
Liabiliti vikarius · Liabiliti korporat
Liabiliti ketat
Kelas jenayah
Feloni/Kesalahan boleh dakwa · Hibrid
Misdemeanur/Kesalahan perbicaraan terus
Pelanggaran
Kesalahan terangkum yang lebih ringan
Jenayah terhadap orang
Serangan · Serangan sentuh · Rompakan
Culik · Rogol
Kacau-bilau · Pematian orang · Pembunuhan
Jenayah terhadap harta
Kecurian · Larseni · Jenayah kebakaran
Penggelapan · Dakwaan palsu
Pemerasan · Pemalsuan · Jenayah komputer
Jenayah terhadap keadilan
Halangan terhadap keadilan · Sogokan
Sumpah bohong · Kegagalan pelaporan feloni
Jenayah inkoat
Pendorongan · Cubaan
Konspirasi · Peserta
Subset
Prosedur jenayah
Kategori:Pembelaan jenayah
Bidang common law yang lain
Undang-undang: Kontrak · Tort · Harta
Wasiat dan amanah · Bukti
Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan,
mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar
dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya
dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.
Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi,
perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas
polis menjadi semakin sukar.
[sunting] Contoh jenayah
Contoh contoh jenayah komputer ialah:
• Penipuan (komputer) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer.
• Spamming iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam
akaun e-mel mangsa.
• Phishing iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa
mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit
pengguna.
• Melancarkan perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari, sama
ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk melancarkan tetingkap "pop-up"
iklan secara berterusan.
• Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran Pencerobohan (komputer).
• Perisikan perindustrian
• Menghasil dan menyebarkan virus komputer
• Teknik Salami iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat
kecil.
• Kuda troy
• Cetak Rompak

Ancaman siber dunia


Oleh ABDUL RAHIM ANUAR

Orang ramai mengunjungi pameran Kongres Sedunia Teknologi


Maklumat (WCIT), di KLCC, baru-baru ini.
DALAM alam realiti, keputusan bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk keluar dari UMNO telah
mengejut pasaran saham negara. Penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur ditutup 13.04 mata lebih rendah
kepada 1,287.43.

Bagaimanapun kejutan itu bersifat sementara dan tidak perlu dirisaukan oleh pelabur tempatan dan asing seperti
yang dijaminkan oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Sebelum ini, terdapat juga kejutan ekonomi lain yang lebih besar iaitu serangan spekulator ke atas Ringgit Malaysia
pada tahun 1997. Ia mengakibatkan kos yang tinggi kepada ekonomi negara. Kadar pertumbuhan ekonomi jatuh
merudum kepada negatif tujuh peratus pada tahun berikutnya.

Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar, ekonomi negara rugi sebanyak RM15 bilion (1997-1998). Nilai urus niaga di
pasaran saham negara merosot teruk daripada RM409 bilion (1997) kepada RM115 bilion (1998), iaitu kerugian
sebanyak RM294 bilion.

Kejutan itu dan juga kejutan pengumuman Dr. Mahathir boleh dan dapat diatasi kerana negara mempunyai asas
ekonomi yang kukuh.

Selain dalam alam realiti, ancaman siber ke atas keselamatan ekonomi negara tidak boleh dipandang rendah.
Serangan siber adalah satu bentuk senjata baru yang berkesan dan murah untuk melumpuhkan ekonomi sesebuah
negara.

Bentuk ancaman siber yang pertama yang berdepan oleh negara dan juga negara lain di dunia ialah Y2K atau pepijat
alaf 2000. Bagi menangani masalah itu khususnya di sektor awam, kerajaan telah menyediakan peruntukan
sebanyak RM600 juta.

Bagaimanapun, ancaman Y2K ke atas sistem rangkaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam industri
telekomunikasi, tenaga minyak dan gas, bekalan air, pembentungan, kesihatan, pengangkutan, perbankan dan
insurans, dan sektor awam tidak berlaku pada tahun 2000, sebaliknya ia merupakan perolokan siber yang besar.

Ancaman siber ialah serangan yang dilakukan secara maya terhadap infrastruktur, infostruktur, dan aplikasi
komunikasi fizikal serta tanpa wayar. Jenis ancaman boleh berbentuk pencerobohan, serangan penyahan
perkhidmatan, pengodaman, serangan kod berbahaya dan spam.

Spam meliputi bahan lucah, ucapan benci, pesanan fitnah, hasutan, dan judi yang semakin berleluasa di Internet.

Kod atau cecacing berbahaya, seperti Code Red (2001), Nimda (2001), Blaster (2003) dan Nachi (2003) boleh
disasarkan kepada infrastruktur, infostruktur, dan aplikasi komunikasi (termasuk infra/infostruktur e-dagang) seperti
hos, stesen saluran, pelayan, hab dan penghala, laluan, laman dan portal e-dagang, dan aplikasi atas talian yang
lain. Ini boleh memusnahkan rangkaian sistem ICT.

Berdasarkan laporan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT), cecacing Red Code telah
menjangkiti hampir 74 ribu buah komputer dalam tempoh tiga bulan, Ogos-Oktober 2001. Cecacing Nimda pula
menjangkiti kira-kira 35 ribu buah komputer (September-November 2001) dengan kos membaiki kira-kira RM22 juta
dan jumlah ini tidak termasuk kos kehilangan peluang perniagaan dan produktiviti.

Blaster pula menjangkiti 500 buah komputer (Ogos 2003). Bagi Nachi pula, jumlah kos untuk membasminya ialah
kira-kira RM31 juta.

Ancaman
Mengikut maklumat Pusat Keselamatan ICT dan Tindakbalas Kecemasan Kebangsaan (NISER), bagi tempoh tahun
1998 hingga 2007, ancaman dan serangan siber itu menunjukkan trend meningkat iaitu daripada kira-kira 340 aduan
kepada hampir 40,000 aduan oleh pengguna Internet.

Serangan siber yang paling kerap ialah menerusi spam. Pada tahun 2007, kira-kira 38,600 aduan spam dilaporkan
kepada NISER, diikuti dengan pencerobohan (385 aduan), penipuan (364 aduan) dan kod berbahaya (182 aduan).

Internet Security Threat Report yang diterbitkan oleh Symantec Corporation menyatakan Malaysia adalah antara
negara sasaran yang paling disukai oleh penyerang siber.

Bagi tempoh Julai-Disember 2005, Malaysia di kedudukan kelapan daripada 10 buah negara di wilayah Asia Pasifik
yang kerap diserang oleh penyerang siber.

Ancaman dan serangan siber ke atas sistem rangkaian ICTnya boleh menghentikan operasi pengeluaran industri,
perdagangan saham dan menjejaskan sistem urusan elektronik perbankan dan kewangan.

Menyedari akan implikasi ancaman siber, kerajaan telah mengambil langkah keselamatan ICT semenjak tahun 1997
dengan menubuhkan MyCERT dan NISER pada tahun 1998 untuk memberi perkhidmatan pakar runding berkaitan
dengan keselamatan rangkaian sistem ICT kepada sektor awam dan swasta.

Jaminan keselamatan seperti ini amat diperlukan kerana perbelanjaan dalam rangkaian sistem ICT adalah tinggi
mencecah berbilion ringgit.

Kesedaran mengenai ancaman siber di peringat global pula telah mendorong kerajaan untuk menubuhkan Institut
Kerjasama Pelbagai Hala Antarabangsa Memerangi Keganasan Siber (IMPACT) pada tahun 2006.

IMPACT, yang disokong oleh Symantec Coproration (Amerika Syarikat), Tren Micro (Jepun) dan Kapersky (Rusia),
akan membolehkan kerajaan di seluruh dunia untuk bertukar maklumat dan idea bagi memudahkan perkongsian
kemahiran dan amalan terbaik dengan objektif bagi membanteras ancaman siber di peringkat global.

IMPACT akan menumpukan aktivitinya kepada tiga bidang utama iaitu latihan dan pembangunan kemahiran,
persijilan keselamatan dan penyelidikan serta penubuhan Pusat Tindakan Kecemasan Global.

Kerajaan juga telah menyediakan peruntukan sebanyak RM42 juta sebagai geran kepada IMPACT baru-baru ini
untuk menangani ancaman dan serangan siber dan bukti komitmen kerajaan dalam keselamatan ICT global.
Malaysia dan Ekonomi Pengetahuan
Malaysia adalah sebuah negara yang kecil dan membangun dengan 22 juta penduduk. Sejak merdeka
42 tahun lalu, Malaysia telah beralih daripada sebuah negara berasaskan pertanian kepada ekonomi
berasaskan industri yang mana ia telah menyumbang kepada 37 peratus KDNK negara. Kini Malaysia
sedang bergerak kepada ekonomi berasaskan pengetahuan atau k-ekonomi di mana seluruh rakyat
negara ini akan melibatkan diri secara aktif.
Komitmen Malaysia dalam era digital tidak boleh disangkalkan lagi. Dengan mengubah corak persaingan
dengan adanya globalisasi, rangkaian dan perkaitan telah memendekkan kitar produk, penggunaan
modal, perniagaan dan menembusi ruang masa yang terhad. Malaysia sedar akan kepentingan era k-
ekonomi dan cuba mengelakkan perbezaan yang lebih luas.
Malaysia memasuki era maklumat dengan pelancaran Wawasan 2020 iaitu bertujuan menjadikan
Malaysia negara maju menjelang 2020. Dengan Wawasan 2020, Malaysia akan menjadi negara yang
mempunyai moral dan nilai etika yang tinggi, mampu berdiri atas kaki sendiri menerusi maklumat dan
pengetahuan.
Malaysia telah membina Multimedia Super Corridor (MSC), iaitu sebuah kawasan seluas 15 km x 50 km
selatan Kuala Lumpur. Dengan strategi bahawa MSC akan mengabungkan segala elemen yang unik dan
membina sebuah suasana multimedia yang baik.
MSC mensasarkan untuk menarik syarikat teknologi bertaraf dunia menggunakan MSC sebagai pusat
untuk mengujian teknologi. Tujuh aplikasi perdana telah dibentuk untuk mengujudkan aktiviti di dalam
MSC. Ianya terdiri daripada sekolah bestari, kad pintar, teleperubatan, kluster R&D, kerajaan elektronik,
rangkaian pengilangan sedunia dan pemasaran tanpa sempadan.
Gabungan susanan ini adalah campuran dan kepelbagaian infrastruktur, undang-undang, polisi dan
penggunaan di mana syarikat IT dan multimedia, kerajaan dan orang ramai akan menyelongkar potensi
era maklumat. Dengan itu Malaysia telah memperkenalkan sebuah senarai yang dikenali sebagai Rang
Jaminan (Bill of Guarantees) untuk menarik syarikat berstatus MSC. Antara kandungan Rang Jaminan
itu adalah :
1. Menyediakan infrastruktur fizikal dan maklumat bertaraf dunia
2. Membenarkan pengambilan pekerja maklumat tanpa had
3. Hakmilik bebas
4. Bebas untuk mencari pembiayaan di luar
5. Menjadi pendahulu serantau dalam perlindungan hakmilik intelektual dan undang-undang siber
6. Menyediakan cukai pendapatan, elaun cukai pelaburan dan tarif telekomunikasi yang menarik
7. Tiada penapisan Internet
Sehingga kini lebih 230 syarikat telah menerima taraf MSC di mana 24 peratus daripadanya mempunyai
rakan niaga daripada Amerika Syarikat (AS). Yang paling menarik ialah kerjasama MSC dengan HUBS
pada September 1999, yang mana ia akan terlibat dalam teleperubatan, sekolah bestari dan e-dagang.
Adalah sesuatu yang menarik melihat sebuah sekolah rendah di Dengkil bertukar fikiran dengan pelajar
di New Jersey.
Jika dibandingkan dengan AS, kejayaan dan pengunaan Information and Communication Technology
(ICT) di Malaysia masih jauh ketinggalan dan perlahan. Di Malaysia terdapat 4.5 juta talian telefon untuk
22 juta penduduk. Seramai 2.45 juta orang adalah pelanggan telefon selular dan lebih 1.45 juta pengguna
Internet dengan 600,000 pelanggan Internet. Statistik juga menyatakan hanya 11 peratus daripada
semua rakyat Malaysia mempunyai PC dan 6 peratus sahaja yang melayari Internet. 65% daripada
pengguna Internet bermastautin di Lembah Kelang.
Oleh kerana pengguna Internet yang rendah di Malaysia, objektif utama adalah untuk meningkatkan
jumlah pengguna PC dan Internet di Malaysia. Pada bulan Februari, sebuah kempen pemilikan PC, telah
dilaksanakan oleh sebuah konsortium komputer dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
Sepanjang kempen, para penjual hendaklah menyediakan promosi dan harga yang berpatutan kepada
pengguna.
Kerajaan juga menyediakan pinjaman mudah kepada kakitangannya, memberikan potongan cukai dan
kemudahan pengeluaran wang daripada KWSP untuk membeli komputer. Untuk meningkatkan
kemahiran Internet, PC diletakkan pada tempat awam termasuklah di kawasan luar bandar dan
pembukaan kafe siber di pusat membeli-belah. Syarikat-syarikat yang berada di dalam MSC juga
digalakkan untuk melakuan tugas sosial dengan mengambil sekolah angkat dan menyediakan komputer
untuk kawasan luar bandar.
Untuk meningkatkan ICT, kerajaan dengan pertolongan pihak swasta, akan terus mengalakkan rakyat
Malaysia untuk melayari Internet, meningkatkan penggunaan e-dagang dalam perniagaan dan
menambah perkaitan antara pengeluar, pengguna dan pengedar. Dengan cara ini Malaysia akan lebih
cepat meloncat ke alam digital daripada yang dijangkakan.
Dengan Rang Jaminan, Malaysia yakin akan menjadi pendahulu di dalam perlindungan hakmilik
intelektual dan undang-undang siber. Malaysia telah komited dan percaya kepada kepentingan
perlindungan hakmilik intelektual iaitu salah satu elemen perkembangan e-dagang dan industri yang
berkaitan seperti pembinaan kandungan dan pembangunan perisian.
Salah satu masalah yang terbesar industri komputer di Malaysia ialah cetak rompak perisian. Kerajaan
telah melakukan pelbagai tindakan untuk menentang cetak rompak dan pergantungan kepada barangan
ciplak. Pada tahun 1996, lebih RM300 juta telah dapat dijana daripada cukai industri perisian dan ia akan
meningkatkan kepada RM700 juta menjelang 2001. Cetak rompak perisian di Malaysia adalah satu
kesalahan dan boleh dihukum sehingga lima tahun penjara atau denda maksima RM250,000 atau kedua-
duanya sekali.
Adalah diharapkan bahawa peperangan menentang cetak rompak akan meningkatkan pembangunan
kandungan tempatan dan aplikasi berasaskan komputer di Malaysia. Dengan itu kerajaan Malaysia telah
merancang untuk mengadakan undang-undang bagi penghasilan cakera optik dengan pembentangan
Undang-undang Cakera Optikal pada tahun ini.
Pada tahun 1998, Malaysia telah memperkenalkan Akta Komunikasi dan Multimedia bagi meletakkan
negara sebagai pusat sedunia bagi komunikasi dan maklumat multimedia. Selain daripada itu terdapat
satu set undang-undang siber iaitu Akta Jenayah Komputer 1997, Akta Tandatangan Digital 1997, Akta
Teleperubatan 1997 dan Akta Hakcipta Pindaan 1997.
Potensi e-dagang juga hendaklah dilihat dengan terperinci. Oleh kerana Asia Pasifik merupakan sebuah
benua dengan ekonomi yang sedang membangun dan capaian Internet adalah salah satu aspek untuk
meningkatkan dagangan. Kerajaan Malaysia menganggarkan jumlah e-dagang akan meningkat daripada
RM16 juta (1999) kepada RM200 juta untuk tahun 2000. Kini lebih banyak laman web e-dagang
tempatan muncul dan ini merupakan satu petanda yang baik.
Kontrak dan urusniaga digital adalah merupakan format yang berbeza daripada bentuk tradisional.
Namun begitu kontrak digital haruslah dilihat sebagai sah dan sama dengan kontrak berdokumen.
Dengan itu undang-undang perlu untuk melindungi pembangunan e-dagang dan juga hak pengguna
dengan samarata. Kerajaan juga tidak mahu mengadakan cukai khas dan mengadakan ruangan bebas
cukai untuk e-dagang. Malah agak sukar untuk kerajaan mengawal dan memantau aliran wang di dalam
internet kerana terlalu banyak transaksi yang berlaku.
Kemudian isu mengenai kebersendirian (privacy) dalam internet juga adalah penting dan ia harus dilihat
penting oleh undang-undang siber. Contohnya dalam pengamalan teleperubatan, maklumat sensitif
tentang seseorang pesakit hendaklah dijaga dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Malah dalam
Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, adalah menjadi satu kesalahan untuk memintas komunikasi
elektronik.
Oleh kerana kandungan di dalam internet tidak dapat dikawal maka persoalannya di manakah relevannya
Rang Jaminan MSC yang tidak akan menapis internet. Polisi tiada penapisan ini adalah untuk
memastikan dan mempromosikan ICT tanpa had seterusnya membentuk sebuah masyarakat yang
berpengetahuan dan berilmu. Namun begitu kegiatan yang menyalahi undang-undang seperti perjudian,
penipuan, pembersihan wang, penjualan ubatan secara haram, pornografi dan kegiatan subversif, adalah
tidak sesuai dengan masyarakat Malaysia. Sebelum undang-undang bertindak dan digunakan,
pengenalan kod etika penggunaan internet adalah suatu yang sesuai dan tepat pada masanya. Isu ini
akan terus diperkatakan bukan sahaja di Malaysia tetapi diseluruh dunia.
Undang-undang siber diwartakan untuk menyediakan sebuah infrastruktur di dalam MSC di mana e-
dagang dan aktiviti internet akan dilakukan. Namun begitu undang-undang sentiasa tidak selari dengan
teknologi. Dengan itu pihak industri dan masyarakat hendaklah memastikan yang suasana digital tersebut
akan dikaji semula bagi mengemaskini dan menentukan relevannya dalam konteks semasa.

You might also like