You are on page 1of 18

MODUL 1

PENGENALAN & SEJARAH


PERKEMBANGAN SAINS
SOSIAL
OBJEKTIF MODUL
• Mengenalpasti dua cabang ilmu
pengetahuan
• Membezakan ilmu pengetahuan dari
kumpulan sains dan kemanusiaan
• Menjelaskan persamaan dan
perbezaan antara ilmu sains sosial dan
kemanusiaaan
• Menjelaskan perubahan yang berlaku
dalam proses pengembangan ilmu
pengetahuan manusia berdasarkan
zaman-zaman tertentu
OBJEKTIF MODUL
(samb…)
• Menerangkan kepentingan sains
sosial sebagai asas dalam kajian
disiplin ilmu
• Mengenalpasti dua bentuk
pendekatan utama yang digunakan
dalam kajian sains sosial
PENGENALAN
• Para sarjana awal telah berjaya
menentukan asas dalam
pembahagian ilmu pengetahuan
manusia kepada kumpulan atau
cabang-cabang tertentu.
• Ini memudahkan penjanaan ilmu
pengetahuan manusia kepada
kumpulan atau cabang tertentu.
PEMBAHAGIAN ILMU
• SAINS - SAINS TULEN
- SAINS SOSIAL

 KEMANUSIAAN

(Sumber: Teh Yik Koon, 1998)


PERBEZAAN ILMU SAINS
DAN KEMANUSIAAN
• Ilmu Sains – merujuk kepada
pengetahuan yang dikaji atau
dikumpulkan mengikut kaedah
saintifik dan menerangkan
mengapa sesuatu itu berlaku.
• Ilmu Kemanusiaan – merujuk
kepada kajian mengenai emosi
dan perasaan manusia. Berkaitan
kajian nilai-nilai kejiwaan dan nilai
estetika yang wujud dalam diri
manusia.
PERSAMAAN SAINS TULEN
DAN SAINS SOSIAL
• Sains Tulen mengkaji hal-hal
berkaitan fisiologi hidupan dan alam
semulajadi, contohnya kajian
mengenai struktur dan sifat-sifat
sesuatu bahan kimia.
• Sains sosial juga turut mengkaji
mengenai manusia. Ia juga turut
mementingkan penggunaan kaedah
yang sistematik dan saintifik.
PERBEZAAN SAINS TULEN
DAN SAINS SOSIAL
• Perbezaan adalah dilihat dari aspek
tumpuan kajian.
• Sains sosial mengkaji tingkahlaku
manusia dan segala aspek kehidupan
manusia di dunia (Rohana, 1996).
• Sains tulen menumpukan kajian
mereka kepada struktur tubuh badan
manusia, manakala ahli sains sosial
menumpukan kajian mereka kepada
persoalan seperti mengapa manusia
inginkan makanan dan sebagainya
PEMBAHAGIAN ILMU SAINS
SOSIAL

• Disiplin – disiplin sains sosial


termasuklah psikologi,
antropologi, sosiologi, sejarah,
sains politik, ekonomi dan lain-
lain.
• Persoalan-persoalan mengapa
wujudnya disiplin-disiplin berbeza
dalam sains sosial adalah kerana
penekanan berbeza-beza kepada
tingkahlaku manusia.
SEJARAH PERKEMBANGAN
SAINS SOSIAL
1. ZAMAN YUNANI
2. ZAMAN PERTENGAHAN
3. ZAMAN RENAISSANCE
4. ZAMAN ENLIGHTENMENT
ZAMAN YUNANI
• Memperkenalkan konsep yang
berasaskan rasional dan logik untuk
mengkaji peristiwa-peristiwa yang
berlaku dan bebas dari elemen
keagamaan.
• Tokoh terkenal seperti Plato dan Aristotle
di mana falsafah barat bermula pada
zaman ini kira-kira 2600 sebelum masihi
• Tokoh pada zaman ini mengkehendaki
manusia berfikir sehingga mencapai
tahap keintelektualan tinggi
• Telah melahirkan disiplin sains politik,
ekonomi dan psikologi
ZAMAN PERTENGAHAN
• Zaman ini bermula di Eropah dari
tahun 476-1453 SM.
• Agama adalah merupakan aspek
terpenting dalam kehidupan
masyarakat.
• Penjelasan terhadap fenomena adalah
berdasarkan kepada agama iaitu
berasaskan kehendak tuhan dan takdir
semata-mata.
• Wujud juga kepercayaan terhadap
kuasa dari dunia ghaib yang boleh
menentukan apa yang berlaku dalam
kehidupan masyarakat.
ZAMAN RENAISSANCE
• Renaissance bermaksud kelahiran semula
dan zaman ini bermula kira-kira 1543 dan
berakhir pada penghujung abad ke-17.
• Kemunculan semula ciri-ciri ilmu
pengetahuan yang wujud sejak Zaman
Yunani.
• Penjanaan ilmu pengetahuan adalah
berdasarkan kepada konsep logik dan
rasional.
ZAMAN RENAISSANCE
• Perkembangan bermula apabila
pelbagai bidang ilmu lain mula
mempertikaikan penerangan pihak
gereja katolik bahawa sesuatu yang
berlaku kerana takdir semata-mata
tidak logik dan sukar diterima akal.
• Penentangan dilakukan oleh golongan
rasionalis. Peranan agama dalam
proses penjanaan ilmu pengetahuan
mula diambilalih oleh mereka.
• Tokoh penting pada zaman ini adalah
Galileo Galilei (1564-1642)
ZAMAN ENLIGHTENMENT
• Berlaku semasa era Revolusi Saintifik
di mana munculnya penemuan-
penemuan Newton, Galileo, dan
Copernicus pada abad ke-18
• Teras kepada pemikiran pada zaman
ini adalah tanggapan bahawa
fenomena sosial dan hakikat
kewujudan alam boleh dikaji dan
difahami melalui prinsip sejagat yang
mekanistik dan saintifik.
• Pemikiran manusia mula disinari oleh
penemuan ilmu-ilmu baru.
• Kehidupan sosial mula berubah dari
doktrin keagamaan kepada pemikiran
bercorak rasional dan kepada prinsip
sebab musabab.
PENDEKATAN UMUM SAINS
SOSIAL
• Terdapat dua (2) pendekatan dalam
kajian sains sosial iaitu:
1. Positivisme
2. Fenomenologi
PENDEKATAN UMUM SAINS
SOSIAL
1. POSITIVISME
- Dikemukakan oleh Comte yang merujuk
kepada ideologi pemikiran dan kajian
berlandaskan fakta-fakta empirikal dan
hukum-hukum sejagat.
- Tujuan sesuatu kajian sains sosial
adalah membolehkan manusia meramal
tingkahlaku dan kewujudan sesebuah
fenomena sosial.
PENDEKATAN UMUM SAINS
SOSIAL
2. FENOMENOLOGI
- Lebih mementingkan unsur subjektiviti di
dalam pemerhatian ke atas fenomena sosial.
- Fenomena sosial dianggap unik dan
mempunyai ciri-ciri tertentu.
- Fenomena sosial dan fizikal adalah
berbeza kerana fenomena sosial melibatkan
pengalaman individu yang subjektif dan
pelbagai.
- Fenomena fizikal boleh dikaji secara
objektif kerana ia jarang berubah dan
kebanyakan perubahan yang berlaku boleh
diramal dengan tepat.

You might also like