P. 1
kebangkitan semangat nasionalisme

kebangkitan semangat nasionalisme

5.0

|Views: 39,301|Likes:
Published by sarafilza

More info:

Published by: sarafilza on Aug 03, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

11/08/2015

pdf

text

original

10

PENGENALAN

Dalam konteks Tanah Melayu atau British Malaya seperti yang disebut

oleh pihak penjajah, maka rakyat sedar bahawa mereka berada di belenggu

penjajahan British. Perlu ditegaskan bahawa semangat kebangsaan pada awal

kurun ke 20 itu wujud di kalangan orang melayu. Ini kerana sehingga perang

dunia ke-2, kaum-kaum cina dan india mempunyai kiblat taat setia yang tidak

serupa. Kiblat taat setia orang melayu ialah terhadap tanah melayu, taat setia

orang cina ialah terhadap negera cina dan taat setia orang india adalah terhadap

negara india. Maka orang melayu sahaja yang memikul tanggungjawab untuk

membebaskan tanah melayu daripada belenggu penjajah British pada tahap-

tahap awal.

Secara umumnya, gerakan kesedaran di Tanah Melayu timbul serentak

dengan permulaan Gerakan Reformis Islam di Tanah Melayu. Orang Melayu

mula sedar akan kemunduran mereka berbanding dengan kaum lain. Dalam

pembentukan dan memerdekakan sesebuah negara, peperangan dan

keganasan tidak dapat dielakkan. Di negara kita, Malaysia sebelum

kemerdekaan banyak berlaku keganasan demi untuk kemerdekaan. Semenjak

Melaka dijajah pada 24 ogos 1511, kita tidak dapat lari daripada melakukan

penentangan, pemberontakan dan keganasan untuk menghalau penjajah.

Tujuannya hanyalah satu, kebebasan atau kemerdekaan.

Bermulanya campur tangan British di Tanah Melayu sejak 1874, ia telah

memberikan pelbagai perubahan sama ada baik atau tidak. Hasil daripada

1

perubahan ini, ia telah menimbulkan kebangkitan di kalangan penduduk supaya

menantang British. Ia kemudiannya telah menggalakkan perkembangan

semangat kebangsaan dan semangat nasionalisme kepada masyarakat di Tanah

Melayu.

Menurut Walter Theimer dalam bukunya, “Encyclopedia of World Politics” ,

nasionalisme bermaksud satu sentimen kepuakan yang didasarkan atas ciri-ciri

bangsa terutamanya bahasa dan kebudayaan dengan kecenderungan

menekankan perbezaan antara satu bangsa dengan satu bangsa yang lain.

Secara ringkasnya, Sukarno pula menjelaskan bahawa nasionalisme ialah suatu

cita-cita yang mengingini untuk kebaikan bangsa. Nasionalisme menurut DBP

ialah perasaaan cintakan negara sendiri yang mendalam dan pergerakan untuk

mencapai kebebsan ekonomi dan politik daripada kuasa asing. Kesedaran

kebangsaaan pula yang berkaitan secara keseluruhan nasional semangat.

Nasionalisme sebenarnya boleh didefinisikan sentimen kecintaan

terhadap sesebuah. Sentimen itu hanya ditumpukan kepada satu negara bangsa

sahaja yang dapat mendorong kepada keinginan untuk berjuang bagi

memebebaskan tanah air daripada cengkaman kuasa asing. Semangat

nasionalisme ini wujud hasil daripada keinginan unutk menebus maruah bangsa

serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah bangsa dan Negara.

Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada

umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada

cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing.

2

Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah

seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan

bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identiti

bangsa yang berbudaya tinggi. Menurut Karl Max, nasionalisme wujud apabila

sesuatu bangsa dijajah, maka di negara tersebut secara automatik akan lahir

dua golongan yang bertentangan, iaitu satu golongan yang menjajah (menindas)

dan satu lagi golongan yang terjajah (ditindas).

Mereka bertentangan kerana golongan yang menjajah mahu

mengekalkan penjajahannya, manakala golongan yang terjajah mahu

membebaskan diri daripadanya. Kebangkitan semangat kebangsaan di Tanah

Melayu tidak banyak berbeza dengan negara-negara lain di Asia. Cuma apa

yang membezakannya adalah dari segi corak gerakan kebangsaan itu.

Masyarakat di Tanah Melayu mempunyai beberapa aliran nasionalisme

keranapenduduknya berbilang kaum. Semangat nasionalisme dalam kalangan

orang melayu telah ada sejak campur tangan British pada tahun 1874.

Dengan adanya semangat nasionalisme, maka penguasaan penjajahan

ke atas negeri-negeri Melayu tidak berlaku secara aman damai tetapi

sebaliknya ditentang oleh masyarakat tempatan. Penentangan ini dilakukan oleh

pejuang-pejuang Tanah Air seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Bahaman, Tok

Janggut,Haji Abdul Rahman Limbong, Mat Salleh, dan lain-lain lagi

mencerminkan penentangan rakyat tempatan terhadap kuasa asing di negara ini.

3

Namun begitu, penentangan pembesar-pembesar Melayu gagal

membebaskan Tanah Air daripada belenggu penjajahan British kerana

penentangan pembesar tidak bersifat menyeluruh dan tidak mendapat sokongan

segenap lapisan masyarakat. Selain itu, setiap pembesar menentang semata-

mata untuk menjaga periuk nasi mereka daripada diancam oleh British. Mereka

juga kalah kerana tidak mempunyai pasukan tentera yang dilengkapi senjata-

senjata moden berbanding kerajaan British. Kegagalan mereka tidak mematikan

semangat nasionalisme orang Melayu, sebaliknya orang Melayu

memendamkannya ibarat ‘api dalam sekam’. Pada abad ke-20, semangat

nasionalisme orang Melayu semakin bersemarak. Pasa peringkat ini, strategi

yang digunakan adalah berbeza.

Kesimpulannya, nasionalisme adalah satu fenomena sejagat yang

mengiktiraf hak setiap bangsa untuk menubuhkan negaranya sendiri ,

menengakkan kedaulatan rakyat dan menuntut kesetiaan ulung individu

disalurkan kepada negara bangsa itu. Keadaan tersebut digambarkan menerusi

perasaan cinta dan taat setia yang mendalam terhadap tanah air yang kemudian

mendorong kepada lahirnya keinginan dan keazaman untuk berjuang bagi

membebaskan tanah air daripada pemerintahan kuasa.Oleh itu, semangat untuk

mencapai kemerdekaan bagi negara kita adalah penting agar kita dapat

bernaung dibawah tampuk pemerintahan sendiri dan bukannya dikuasai oleh

kuasa asing.

4

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->