You are on page 1of 4

Jelaskan matlamat Penjelajahan dan Penerokaan dalam Tamadun China

dan Tamadun Islam pada Zaman Klasik.

Penjelajahan mengikut Kamus Dewan bermaksud mengelilingi atau berjalan ke


merata–rata tempat atau daerah. Penerokaan pula bermaksud menyelidiki (untuk
mengetahui sesuatu yang baru), menjelajah. menjalani, menempuh, dan
mengharungi. Dalam konteks sejarah, sejak zaman berzaman manusia berkeinginan
untuk menjelajah. Pada zaman prasejatah, manusia mencari kawasan baru apabila
mereka menghadapi masalah kekurangan bahan makanan, ketika berlaku perubahan
cuaca, atau diancam oleh kumpulan lain. Penerokaan berbeza dengan
pengembaraan kerana peneroka mempunyai dorongan yang kuat untuk membuat
penemuaan dan kemudian untuk menakluk, berdagang, dan mengembangkan
agama. Masyarakat China dan orang Islam mempunyai tradisi penjelajahan dan
penerokaan sejak zaman klasik lagi. Orang Arab menjalankan aktiviti penjelajahan
dan penerokaan sejak zaman jahiliah lagi. Sementara masyarakat China melakukan
aktiviti penjelajahan dan penerokaan sejak abad pertama masihi. Antara matlamat
utama penerokaan dan penjelajahan dalam tamadun China dan Islam ialah
penaklukan, agama, perdagaan ,pengetahuaan, dan kebudayaan.
Matlamat Penerokaan dan Penjelajahan China pada zaman klasik ialah
perdagangan. Orang China telah belayar ke pulau–pulau Asia Tenggara dengan
tujuan perdagangan. Negara China menghantar tujuh ekspedisi pelayaran secara
besar–besaran meliputi kawasan Kepulauan Melayu dan merentasi Lautan Hindi ke
India, Sri Lanka hingga ke Teluk Parsi, Aden, dan Pantai Timur Afrika. Pada tahun
1414 M, Cheng Ho mengetuai ekspedisi pelayaran yang disertai oleh 63 buah kapal
perdagangan. Kapal yang terbesar berukuran 440 kaki panjang dan 180 kaki lebar,
manakala kapal yang mempunyai saiz sederhana berukuran 370 kaki panjang dan
180 kaki lebar. Lebih daripada 100 buah kapal kecil juga mengiringi pelayaran
tersebut. Setiap kapal itu dianggarkan membawa muatan lebih kurang 1500 tan.
Ekspedisi ini melibatkan 27 876 otrang termasuk pedagang, pelaut, dan askar. Cheng
Ho juga menyertai sebuah pelayaran untuk mengiringi utusan–utusan asing kembali
ke negara asal mereka. Misi perdagangan China dihantar ke kawasan Laut Caspian
sekitar abad pertama Masihi. Kapal perdagangan China belayar ke rantau Pasifik
sekitar tahun 600 hingga 900 M, untuk mendapatkan barang dagangan.
Seterusya, matlamat penerokaan dan penjelajahan China pada zaman klasik
yang kedua ialah agama. Rahib–rahib Buddha dari Negara China merantau ke benua
kecil India untuk mendalami pengetahuan tentang agama Buddha. Antaranya ialah
Hsuan Tsang, Fa Hsien, dan I–Tsing. Rahib–rahib Buddha juga mengumpulkan
manuskrip–manuskrip agama Buddha untuk dibawa ke Negara China. Hsuang Tsang
membawa 700 buah manuskrip agama Buddha yang dikumpulkan semasa beliau
berada di India. Atas arahan maharaja , beliau menghabiskan hayatnya dengan
menterjemahkan manuskrip tersebut dan menulis catatan pengalamannya dalam
buku berjudul Si-yu-ki. Dalam perjalanan pulang, I-Tsing pula singgah di Shin-li-fo-
Shin yang dikenali sebagai Srivijaya. Mengikut catatan I-Tsing, Srivijaya merupakan
pusat agama Buddha yang terkenal. Di ibu kota Srivijaya, terdapat lebih 1000 orang
pendeta Buddha yang rajin mempelajari ilmu dan mengamalkan ajaran Buddha. Ilmu
yang dipelajari oleh pendeta–pendeta di Srivijaya tidak mempunyai perbezaan
dengan Madyadika di India. Malahan, peraturan–peraturan dan upacara–upacara
keagamaan di kedua- dua tempat tersebut juga tidak mempunyai perbezaan.
Selain itu, penaklukan juga merupakan matlamat penerokaan dan penjalajahan
China pada zaman klasik. Menjelang abad pertama Masihi, orang China meluaskan
kuasa hingga ke Syria. Pada abad ke 14 M, beberapa ekspedisi dihantar ke seberang
laut di bawah pimpinan Laksamana Cheng Ho untuk meluaskan pengaruh China,
menonjolkan kekuasaan China, dan mengasaskan wilayah–wilayah naungan. Antara
matlamat utama ekspedisi ini ialah untuk menonjolkan kekuasaan kerajaan Ming di
Negara China ke seluruh dunia. Matlamat kedua pula ialah untuk mendapatkan rakan
sekutu bagi mengatasi serangan Monggol di bawah pimpinan Tamerlane. Matlamat
ketiga ialah untuk mengeratkan hubungan perdagangan Negara China dengan
bahagian–bahagian lain di Asia.
Kegiatan penjelajahan dan penerokaan Arab pula dapat dikesan sejak zaman
jahilyah lagi. Matlumat mengenai pelayaran bangsa Arab pada zaman jahilyah
diperoleh daripada tiga sumber, iaitu kamus Arab Lama, Puisi Pra-Islam dan buku
agama Arab jahiliyah. Terdapat beberapa faktor yang mendorong bangsa Arab terlibat
dalam aktiviti penjelajahan penerokaan. Faktor utama ialah untuk mengukuhkan
kedudukan politik dan meluaskan kuasa. Pemerintah-pemerintah Islam menguasai
seluruh Afrika Utara dari Pantai Atlantik ke Laut Merah termasuk Sepanyol, selatan
Parsi hingga kawasan sempadan di Negara China dan India. Dalam jangka masa
lebih kurang satu abad selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, Islam tersebar
merentasi pergunungan Pyrenes di barat dan di sebelah timur hungga ke India.
Faktor seterusya yang mendorong bagsa Arab telibat dalam menjelajahan dan
penerokaan ialah aktiviti perdangangan. Semasa pemerintahan Abbasiyah,
pedagang-pedagang Arab sentiasa berulang-alik antara Pelabuahan Antioch di timur
dengan Pelabuhan Gibraltar di barat. Pada abad kedua Hijrah, pedagang- pedagang
Arab menjalinkan hubungan perdagangan dengan Pelabuhan Khanfou di Negara
China. Pada abad ke-10M, saudagar-saudagar Arab datang ke Asia Tenggara untuk
mendapatkan barang dagangan seperti bunga cengkih, kayu gaharu, kayu sandal,
dan bijih timah.
Penjelajahan dan penerokaan bangsa Arab juga bertujuan untuk menyebarkan
agama Islam. Ramai pendakwah Islam menjelajah ke seluruh dunia untuk
menyebarkan syiar Islam. Semasa pemerintahan Dinasti Tang di Negara China, satu
utusan yang dipimpin oleh Saad bin Abi Waqas telah dihantar ke Negara China untuk
menyebarkan syiar Islam. Selain itu, pendakwah-pendakwah Islam juga dihantar ke
rantau Nusantara untuk menyebarkan agama Islam. Antara pendakwah yang terawal
tiba di Alam Melayu ialah Syeikh Ismail yang berjaya mengislamkan Merah Silu yang
merupakan Raja Samudera. Pendakwah-pendakwah lain ialah Syeikh Abdul di
Melaka, Maulana Malik Ibrahim di Grisek, dan Syeikh Abdul Arif di Sumatera.
Selain faktor tersebut, penjelajahan dan penerokaan bangsa Arab juga
bertujuan untuk menimba ilmu pengetahuan. Pengembara-pengembara Arab
mempelajari pelbagai bidang pengetahuan seperti astronomi, geografi, perubatan dari
tamadun sebelumnya seperti Babylon, Mesir, India, Negara China dan Yunani.
Contohnya dalam bidang astronomi, Al-Khawarizmi menyiapkan sebuah takwim
berjudul Zij-al-sindhind berdasarkan Sidhanta Hindu. Beliau juga menulis tentang alat
astrolab Yunani (Wan Fuad Wan Hassan,1990:171). Seorang lagi ahli astronomi
Islam, Al-Biruni menulis kitab berjudul kanun al-Masudi dengan merujuk kepada
sumber-sumber Babylon, Yunani, India, dan Parsi. Dalam bidang perubatan, sarjana-
sarjana Islam menerima teori ilmu perubatan dari Yunani. Ibnu Sina merupakan
seorang tokoh perubatan yang terkenal dalam bidang bidang oftalmologi. Karya beliau
yang terkenal ialah Qanun Fi-al-Tibb ditulis berdasarkan gabungan perubatan Yunani
Arab dan cerapan beliau sendiri. Al-Biruni, seorang lagi ahli astronomi Islam telah
mengarang kitab berjudul kanun al-Masudi. Beliau menulis buku astronomi ini dengan
merujuk sumber-sumber Babylon, Yunani, India, dan Parsi. Dalam bidang geografi,
Islam menerima pengaruh dari India dan Yunani. Sarjana-sarjana Islam belajar
mengira garis bujur bumi setelah membaca manuskrip-manuskrip India dan karya
Suryasrddhanta. Dari Yunani, orang Islam memperolehi ilmu geografi dari Ptolemy.
Di samping faktor tersebut, penjelajahan dan penerokaan bangsa Arab juga
bertujuan untuk menyebarkan kebudayaan Islam. Melalui cara ini, peradaban Islam
tersebar luas ke serata dunia. Kebudayaan Islam mempengaruhi masyarakat lain
dalam bidang seni ukir, seni lukis, dan seni bina.
Kesimpulannya, Tamadun China dan Tamadun Islam memberi sumbangan
yang besar dalam bidang penerokaan dan penjelajahan. Tamadun-tamadun ini
berjaya melahirkan tokoh-tokoh pelayaran yang terkenal yang telah memberi
sumbangan yang besar dalam bidang penerokaan dan penjelajahan. Menerusi aktiviti
penerokaan dan penjelajahan, mereka berjaya melakukan kegiatan perdagangan,
menyebarkan agama, menyebarkan kebudayaan dan menimba ilmu pengetahuan.

Ahli Kumpulan : Aishah, Hajar, Wani, Fiezah (6B3 2008)

You might also like