You are on page 1of 24

600107-03-5502

Ringkasan Eksekutif

Dalam sistem pendidikan kegiatan kokurikulum amat penting sebagai

pelengkap kepada kurikulum di dalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum terdiri

daripada tiga komponen iaitu persatuan dan kelab, badan beruniform serta

sukan dan permainan. Dalam gerak kerja kokurikulum mempunyai unsur-unsur

pendidikan yang boleh membentuk ketrampilan dan sahsiah pelajar.

Aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan secara terancang dan praktikal di

sekolah akan dapat membantu pengembangan potensi pelajar yang seimbang

dari segi rohani, jasmani, emosi dan intelek seperti yang dikehendaki dalam

Falsafah Pendidikan Negara.

Melalui badan beruniform, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan

semangat kerja berpasukan, ketahanan mental dan fizikal, semangat patriotik,

tahap disiplin yang tinggi, kepimpinan yang berkesan selain kemahiran dalam

kalangan pelajar. Penyertaan dalam persatuan dan kelab pula dapat

mengukuhkan dan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam pelbagai bidang.

Manakala penyertaan dalam aktiviti sukan dan permainan boleh membantu

meningkatkan tahap kesihatan fizikal dan mental, membudayakan cara hidup

sihat dan seterusnya dapat membantu peningkatkan minat, bakat, serta

semangat bersaing dalam kalangan pelajar.

Tegasnya berlandaskan unsur-unsur pendidikan dalam aktiviti-aktiviti

kokurikulum dapat membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar ke arah

pembangunan Modal lnsan sebagaimana yang dikehendaki dalam Pelan Induk

Pembangunan Pendidikan [PIPP] 2006-2010..


600107-03-5502

1.0 Pendahuluan

Kegiatan kokurikulum atau aktiviti kumpulan memainkan peranan penting

dalam proses pendidikan, iaitu sebagai ejen pengimbang yang dapat

mengembangkan potensi, bakat dan minat pelajar. Hal ini kerana, kokurikulum

merupakan wadah paling berkesan untuk merialisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dalam konteks melahirkan pelajar seimbang dari segi emosi,

rohani, intelek dan jasmani yang boleh membentuk ketrampilan dan keperibadian

pelajar ke arah pembangunan insan.

Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010,

pembangunan model insan menjadi teras kedua.Teras ini bermatlamat memupuk

semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, menerap

nilai, moral dan sikap positif serta membina disiplin dalam kalangan pelajar

[Datuk Dr Ahmad bin Sifon:2007]. Dalam mencapai matlamat tersebut

difokuskan kepada pembentukan keterampilan dan keperibadian pelajar melalui

pemantapan program kokurikulum. Bagi menjayakan program ini, kabinet telah

meluluskan peruntukan tambahan untuk aktiviti kokurikulum di sekolah

membabitkan pecahan RM 10.00 bagi setiap murid sekolah rendah dan RM

12.00 bagi setiap murid sekolah menengah. Manakala 10 peratus daripada

kegiatan kokurikulum diambil kira sebagai prasyarat untuk kemasukan ke IPTA.

Jelaslah di sini bahawa aspek kokurikulum amat penting dalam sistem

pendidikan negara.
600107-03-5502

Oleh itu, sekolah saya iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Tok Janggut

(SMKTJ) telah menjalankan pelbagai aktiviti kokurikulum agar dapat membentuk

ketrampilan dan keperibadian pelajar ke arah pembagunan modal insan.

2.0 Definisi Konsep

2.1 Kokurikulum

Mengikut Kamus Dewan edisi 3,kokurikulum adalah kegiatan atau aktiviti

selain mata pelajaran yang diajarkan di dalam bilik darjah tetapi dianggap

sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan pelajar di sekolah misalnya

kegiatan dalam persatuan, kegiatan kesukanan dan lain-lain. Selain itu,

kokurikulum bermaksud sebahagian kurikulum formal yang merangkumi aktiviti-

aktiviti persatuan, kelab, sukan dan permainan serta unit beruniform yang

dijalankan di luar bilik darjah (Mok Song Sang: 2003].

2. 2 Ketrampilan

Ketrampilan bermakna Kecekapan, kemampuan dalam melaksanakan

sesuatu, menyelesaikan masalah dan sebagainya.

2. 3 Modal

Modal bermaksud sesuatu yang digunakan untuk mendapat atau

mencapai sesuatu yang lain. Menurut ilmu ekonomi klasik Modal insan

bermaksud manusia ialah faktor pengeluaran selain tanah dan modal wang.

Walau bagaimanapun Modal Insan menurut Hassan Ahmad [2007], adalah


600107-03-5502

manusia sebagai sumber pembangunan ekonomi negara, sosial, budaya, moral

dan akhlak . Sumber yang ada pada manusia bukan saja ilmu akademik,

saintifik, teknikal dan profesional tetapi lebih penting akal budi, budi bahasa

moral dan budaya. Jadi ciri-ciri modal manusia ini mempunyai ilmu, kemahiran,

tanggungjawab sosial dan moral yang tinggi terhadap masyarakat dan

negaranya.

Berdasarkan pengertian di atas, dapat dirumuskan bahawa aktiviti-aktiviti

luar bilik darjah seperti persatuan, kelab, sukan dan permainan serta badan

beruniform yang dijalankan di sekolah khususnya Sekolah Menengah

Kebangsaan Tok Janggut (SMKTJ) dapat melahirkan pelajar yang cekap dan

berkemampuan melaksanakan sesuatu tugas serta membentuk sahsiah yang

mulia ke arah pembentukan sumber manusia yang berilmu, berkemahiran,

bertanggungjawab, berakhlak mulia dan berdaya saing.

3.0 Aktiviti-aktiviti Kokurikulum di Sekolah Menengah Kebangsaan Tok

Janggut mampu membentuk ketrampilan dan keperibadian pelajar ke

arah pembangunan modal insan.

Hasrat kerajaan untuk membangunkan modal insan perlu direalisasikan

oleh semua organisasi. Oleh itu SMKTJ dalam visi dan misi kokurikulumnya

mahu menjana kecemerlangan kokurikulumnya dengan menyediakan ruang

seluas-luasnya kepada pelajar untuk mengembangkan bakat dan potensi dalam

kegiatan kokurikulum selari dengan kecemerlangan akademik, kemampuan

sahsiah, kejituan, patriotisma dan kesejagatan kepimpinan. Tujuannya hanya


600107-03-5502

untuk merealisasikan Misi Negara dan Kementerian Pelajaran Malaysia dalam

membangunkan modal insan.

Secara keseluruhannya, ada 126 jenis kegiatan kokurikulum yang boleh

dipilih oleh pelajar merangkumi pakaian seragam, persatuan dan kelab serta

sukan dan permainan (Datuk Seri Hishammuddin:2007}. Objektifnya ialah untuk

mengasah potensi, minat, bakat dan kemahiran pelajar. Selain itu Menyemai

perasaan muhibah,perpaduan dan integrasi nasional serta Untuk meningkatkan

tahap disiplin pelajar dan menambahkan semangat kerjasama dalam kalangan

pelajar. Di samping itu melalui kokurikulum diharapkan pelajar dapat menguasai

aspek pengurusan dan kepimpinan dalam setiap aktiviti. Pelajar juga dapat

mengisi masa lapang dengan berfaedah, mendekatkan pelajar dengan sekolah

dan komuniti di samping membina daya pemikiran yang tajam, kreatif, inovatif

dan berdaya tahan.

Dalam aktiviti kokurikulum mengandungi nilai-nilai yang menjadi aspek

penting pembangunan modal insan. Nilai-nilai pendidikannya ialah:

1. Percaya kepada Tuhan dan mengamalkan ajaran agama.

2. Menjaga kesihatan dan kebersihan diri.

3. Beradab dan bersopan.

4. Bersifat riang dan gembira.

5. Bertanggungjawab dan saling membantu

6. Yakin diri, cekal dan berkemahiran.

7. Bertimbang rasa serta bertolak ansur.

8. Berfikiran logik dan rasional.


600107-03-5502

9. Mampu mengawal diri dalam semua keadaan.

10. Berdikari, berdaya saing, kreatif dan inovatif.

Nilai-nilai ini merupakan sifat perilaku yang menjadi ukuran utama kemuliaan

dalam kalangan pelajar sebagai ukuran dan jaminan bagi keamanan dan

kebahagian hidup dalam masyarakat dan negara.

Untuk mempastikan nilai-nilai dihayati oleh semua pelajar jawatankuasa

kokurikulum SMKTJ (Lampiran1) mengambil kira beberapa perkara semasa

merancang aktiviti kokurikulum. Antaranya termasuklah membanyakkan aktiviti

yang dapat memupuk nilai murni dalam jiwa pelajar. Selain itu memberi

keutamaan dan penekanan kepada aktiviti dan program yang melibatkan semua

pelajar dan yang dapat memupuk dan mengembangkan bakat dan kemahiran

serta membanyakkan aktiviti yang melibatkan pendidikan bukan formal.

Bagaimana aktiviti kokurikulum dijalankan di SMKTJ akan dibincangkan

mengikut komponen gerak kerja kokurikulum iaitu persatuan dan kelab, badan

beruniform, sukan dan permainan serta hari kokurikulum

3.1 Persatuan dan Kelab

Persatuan dan kelab merupakan kegiatan yang berasaskan mata

pelajaran, lebih menekankan aspek memantapkan lagi pembelajaran formal

dalam kurikulum. Penyertaan pelajar dalam persatuan dan kelab ini boleh

meningkatkan pengetahuan mereka dalam pelbagai bidang ilmu.

Persatuan-persatuan akademik yang terdapat di SMKTJ antaranya ialah

persatuan Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Dakwah,


600107-03-5502

Matematik, Sains, Sejarah dan lain-lain. Manakala kelab pula terdiri daripada

kelab komputer, sains dan reka cipta, kelab koperasi, kelab alam sekitar.

pelaburan bijak PNB, pelancongan dan lain-lain. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan

oleh kelab dan persatuan ini seperti berikut;

3.1.1 Perjumpaan Mingguan

Perjumpaan persatuan dan kelab diadakan pada setiap minggu.

Pengerusi dan ahli jawatankuasa yang dilantik akan mengurus perjalanan

mesyuarat dan melaksanakan aktiviti-aktiviti yang dirancang. Di sini pelajar

didedahkan dengan pelbagai pengetahuan dan kemahiran seperti mengurus

mesyuarat, menyediakan laporan, mencatat minit serta kemahiran

berkomunikasi.Kemahiran mengurus penting bagi mewujudkan kepimpinan.yang

berkesan dalam sesuatu organisasi.Pelajar juga dapat mengaplikasikan apa

yang dipelajari didalam iaitu dalam menyediakan minit mesyuarat, menulis

lapuran dan surat-surat rasmi.Setiap ahli juga akan berinteraksi secara langsung

dan tidak langsung dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Semasa berinteraksi

ini pelajar dapat berkomunikasi dengan baik dalam membincangkan aktiviti-

aktiviti dan hal ini boleh meningkatkan tahap komunikasi mereka.

Tegasnya aktiviti perjumpaan mingguan ini dapat membentuk

kepimpinan pelajar SMKTJ supaya lebih bertanggungjawab,berani, yakin diri

dengan tugas yang diamanahkan. Sifat-sifat ini juga dapat membentuk

personaliti yang positif dan bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti diri

dari segi ilmu pengetahuan, tahap komunikasi dan mutu kepimpinan dalam
600107-03-5502

organisasi. Sesungguhnya kemampuan mengurus dengan baik dan komunikasi

berkesan akan menjamin keunggulan organisasi.

3.1.2 Aktiviti-Aktiviti Pertandingan

Melalui persatuan dan kelab, pelbagai aktiviti pertandingan telah

diadakan. Contohnya pertandingan syarahan, perbahasan, nyanyian,

mendeklamasi sajak, berbalas pantun, `coral speaking’, tilawah Al Qur’an, buku

skrap, poster dan lain-lain. Pertandingan ini diadakan sama ada di peringkat

dalaman atau luaran. Dalam aktiviti ini, para peserta membuat persediaan yang

rapi bagi melengkapkan diri dengan ilmu dan idea-idea yang bernas untuk

berhujah dengan pihak lawan. Melalui aktiviti ini menjadikan pelajar-pelajar

SMKTJ rajin berusaha, berani, yakin diri dan dapat menunjukkan bakat

mereka dalam persaingan tersebut. Sifat ini jelas terserllah apabila seorang

pelajar SMKTJ iaitu Che Hazreni Che Hussin berjaya menonjolkan bakatnya

dalam bidang nyanyian lagu kebangsaan setelah muncul sebagai naib johan

peringkat kebangsaan. Pelajar juga dapat menunjukkan tahap komunikasi yang

baik semasa pertandingan .

Oleh itu, aktiviti pertandingan ini dapat mencungkil bakat dan potensi

pelajar SMKTJ. Di samping itu sifat berani, rajin berusaha, yakin diri merupakan

aspek penting dalam membentuk ketrampilan dan keperibadiaan mulia pelajar ke

arah pembangunan modal insan yang mampu bersaing secara sihat dalam

apa jua keadaan bukan sahaja sesama mereka tetapi di peringkat nasional.

3.1.3 Aktiviti Kebersihan dan Keceriaan.


600107-03-5502

Aktiviti kebersihan dan keceriaan merupakan program wajib yang

dijalankan di SMKTJ. Semangat kerjasama dalam kalangan pelajar SMKTJ

amat penting bagi menjayakan aktiviti ini. Tiap-tiap persatuan dan kelab

dibahagikan kawasan masing-masing untuk membersih dan menceriakan

kawasan tersebut. Ganjaran diberikan oleh pihak sekolah kepada persatuan dan

kelab yang kawasan paling bersih dan ceria.

Semasa menjalankan aktiviti ini, pelajar-pelajar bergotong-royong

membersihkan kawasan persekitaran sekolah, bilik darjah, surau, perpustakaan,

kantin dan lain-lain. Pelajar juga telah menggunakan kreativiti mereka untuk

melukis moral pada dinding-dinding bangunan,menghias papan kenyataan dan

sudut mata pelajaran serta membaiki kerosakan perabot. Impaknya suasana di

SMKTJ menjadi bersih dan ceria. Kesedaran tentang kebersihan jelas apabila

pelajar-pelajar sentiasa menjaga kebersihan dengan membuang sampah ke

dalam tong sampah. Pelajar SMKTJ yang pelbagai kaum mengambil bahagian

dalam aktiviti tersebut akan berinteraksi antara satu dengan lain. Keadaan ini

menimbulkan rasa seronok dalam kalangan pelajar dan mereka berasa puas

dengan khidmat yang diberikan. Jadi ternyata wujud perpaduan kaum di

SMKTJ ini sebagaimana yang diingini dalam Misi Nasional.

Tegasnya aktiviti kebersihan dan keceriaan dapat menjadikan

persekitaran SMKTJ bersih dan ceria amat sesuai sebagai tempat pembelajaran.

Di samping itu dapat membentuk disiplin pelajar agar menjadi insan yang

bertanggungjawab, bersih dari segi rohani dan jasmani. Nilai-nilai murni yang
600107-03-5502

wujud melalui aktiviti ini penting bagi melahirkan pelajar yang cekap dan

berkeperibadian mulia.

3.1.4 Aktiviti Usahawan

Aktiviti usahawan dijalankan oleh kelab koperasi sekolah dengan

kerjasama kelab-kelab lain. Di samping mengurus koperasi sekolah ahli-ahli

kelab digalakkan berniaga untuk melatih menjadi usahawan dalam bentuk

menghasilkan barangan sendiri.Kelab koperasi dengan kerjasama kelab alam

sekitar menghasilkan barang-barang daripada bahan terbuang seperti membuat

cenderahati. Barang-barang ini dipasarkan bukan sahaja di SMKTJ tetapi juga di

sekolah-sekolah sekitar,ketika menyambut hari guru dan hari sukan. Pada hari

cuti sekolah ahli kelab membuat bunga telor untuk majlis perkahwinan. Selain

jualan terus, pelajar juga mengiklankan produk mereka melalui laman web

sekolah dengan kerjasama kelab komputer. Di sini ahli-ahli kelab koperasi boleh

berkursus dengan kelab komputer mengenai kaedah penggunaan dan

pengendalian komputer.

Tegasnya aktiviti usahawan ini dapat memupuk semangat berdikari

dalam kalangan pelajar SMKTJ serta boleh berfikir secara rasional bagaimana

memperolehi pendapatan. Di samping itu dapat memupuk minat menjadi

usahawan dan mengisi masa lapang dengan berfaedah. Berdasarkan

pengalaman dan kemahiran dalam aktiviti ini dapat melahirkan pelajar yang

cekap dan berkemampuan menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti

yang mampu memberi sumbangan kepada pembangunan ekonomi negara.


600107-03-5502

3.1.5 Program Lawatan Sambil Belajar

Program lawatan sambil belajar biasanya ke tempat-tempat sesuai yang

ada kaitan dengan persatuan dan kelab tersebut. Tujuannya untuk memberi

pelajar kesempatan memperolehi pengalaman secara langsung serta menarik.

Pelajar juga boleh membandingkan perkara-perkara yang dipelajari di dalam bilik

darjah dengan situasi sebenar. Hal ini boleh memperkukuhkan ingatan terhadap

perkara-perkara yang dipelajari .

Sebagai contoh lawatan ke tempat-tempat bersejarah, ke Jabatan Kaji

Cuaca, ke pusat kraf tangan dan Istana Budaya dapat mendedahkan pelajar

tentang pelbagai ilmu pengetahuan ,budaya dan kreativiti masyarakat

Malaysia. Selain itu, dengan melawat pusat Sains Negara, universiti-universiti,

KLCC dan lain-lain dapat mendedahkan pelajar tentang kemajuan negara dari

segi sains dan teknologi, perkembangan ilmu pengetahuan di samping

meningkatkan kemahiran sosial pelajar.Tegasnya ilmu yang diperolehi daripada

lawatan ini dapat digunakan oleh pelajar apabila mereka kembali ke sekolah.

Ilmu-ilmu ini sangat penting kerana Falsafah Pendidikan Negara menghendaki

seorang insan memanfaatkan ilmu ke arah kecemerlangan diri untuk

pembangunan modal insan yang mampu memberi sumbangan kepada

masyarakat.

Selain itu, aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di sekolah seperti Persatuan

Pendidikan Islam mengadakan aktiviti menghafal doa, kursus haji,mandi jenazah

dan lain-lain bagi memantapkan diri pelajar dalam bidang keagamaan dan

kerohanian.Impaknya ramai pelajar SMKTJ yang boleh membaca doa dengan


600107-03-5502

baik semasa perhimpunan pagi dan semasa solat Zuhur berjemaah. Sementara

itu, kelab komputer pula dapat menarik minat pelajar dan memberikan kesedaran

tentang pentingnya aplikasi komputer dalam kehidupan seharian seiring dengan

kemajuan teknologi dan zaman globalisasi. Kelab komputer SMKTJ ini dapat

melahirkan pelajar yang mahir dalam bidang komputer dan boleh membantu

guru-guru menyiapkan kerja yang melibatkan penggunaa komputer. Di samping

itu mereka juga menggunakan komputer dan internet dalam pembelajaran

mereka. Tegasnya aspek-aspek ini penting untuk melengkapkan diri pelajar agar

menjadi insan yang berilmu, berketrampilan, dan benar-benar dapat membentuk

peribadi yang mulia .

Oleh itu, kegiatan persatuan dan kelab merupakan komponen kokurikulum

yang boleh mendidik pelajar dari segi kepimpinan, berkomunikasi, latihan

berdikari, cerdik berfikir dan mengisi masa lapang dengan berfaedah terutama

kepada mereka yang tidak minat bersukan atau menyertai gerko yang lain.

Penyertaan aktif pelajar SMKTJ dalam persatuan dan kelab dapat menambah

ilmu dan kemahiran serta memupuk nilai-nilai murni yang mampu membentuk

ketrampilan dan keunggulan sahsiah pelajar yang merupakan matlamat utama

kearah pembangunan modal insan sebagaimana diharapkan oleh Kementerian

Pelajaran Malaysia.

3.2 Badan Beruniform

SMKTJ mempunyai 11 pertubuhan beruniform antaranya pertubuhan

Kadet Bersatu Malaysia,[PKBM], Pandu Puteri, Kadet Remaja Sekolah (KRS),


600107-03-5502

Pertubuhan Bulan Sabit Merah (PBSM), Pengakap dan lain-lain sama ada

dikendalikan oleh pihak sekolah atau jurulatih luar. Antara aktiviti-aktiviti yang

dijalankan adalah:

3.2.1 Kelas Teori dan Praktikal dan Latihan Kawad

Aktiviti ini melibatkan semua ahli dan dijalankan pada setiap minggu.

Semasa menjalankan aktiviti, setiap badan beruniform mempunyai undang-

undang dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh semua ahli. Kepatuhan kepada

undang-undang dan peraturan ini merupakan aspek pembentukan disiplin diri

yang amat ditekankan. Pelajar dilatih supaya menepati masa, mematuhi arahan

pemimpin dan sentiasa bersedia dan cergas terutama ketika latihan kawad.

Pelajar juga didedahkan dengan pelbagai kaedah yang perlu diketahui seperti

jenis ikatan, latihan pertolongan kecemasan meliputi pelbagai kecederaan

seperti cara penggunaan `bandage’ dan ubat-ubatan yang sesuai digunakan

untuk merawat mangsa. Aktiviti ini secara tidak langsung membolehkan pelajar

mempraktikkan apa yang dipelajari terhadap masyarakat apabila berlakunya

sesuatu bencana. Sebagai contoh pertubuhan PBSM SMKTJ selalu diberi tugas

untuk memberi pertolongan cemas semasa acara sukan tahunan di sekolah.

Tegasnya kelas teori dan praktikal dapat memberi kemahiran kepada

setiap ahli di samping membentuk disiplin dan kecergasan fizikal. Kenggulan

disiplin merupakan asas pembentukan modal insan yang mempunyai

ketrampilan dan berperibadi mulia.


600107-03-5502

3.2.2 Aktiviti Perkhemahan

Aktiviti perkhemahan diadakan di sekolah sama ada di peringkat sekolah,

daerah dan negeri. Semasa aktiviti perkhemahan ini, pelbagai aktiviti dirancang

dan dilaksanakan seperti pertandingan khemah cantik, kawat, mencari harta

karun, `orienteering’,`jungle trekking’ dan lain-lain. Sebagai contoh pelajar

bekerjasama mendirikan khemah kemudian menggunakan kreativiti mereka

dalam menghias khemah bagi pertandingan khemah cantik. Selain itu aktiviti

perkhemahan ini dapat membentuk kepimpinan pelajar kerana pelajar yang

berwibawa mampu mengurus ahli kumpulannya dengan baik di samping mengisi

masa lapang pelajar dengan berfaedah dan seronok. Mereka juga didedahkan

dengan cara pergaulan, bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati

dan bertanggungjawab terhadap tugasan yang telah diamanahkan. Impaknya

daripada aktiviti ini direalisasikan oleh pelajar-pelajar SMKTJ dalam majlis

asyura di sekolah. Setiap pertubuhan beruniform diberikan satu kawah asyura

untuk diuruskan dan mereka mampu menyempurnakan dengan jayanya. Pelajar

juga didedahkan dengan kativiti lasak dan mencabar. Contohnya semasa

mengembara pelajar terpaksa menghadapi pelbagai halangan dan dilatih cara

menanganinya. Pengalaman ini memudahkan pelajar untuk menghadapi

cabaran sebenar setelah berada dalam masyarakat. Aktiviti ini juga memberi

peluang kepada pelajar mengenali flora dan fauna dengan lebih dekat dan dapat

memupuk sikap mencintai alam sekitar. Sikap ini terserlah sewaktu di sekolah

pelajar SMKTJ menjaga pokok-pokok yang ditanam di sekitar sekolah dan tidak
600107-03-5502

merosakkannya. Mereka juga diuji dengan ketahanan mental dan fizikal

terutamanya dalam aktiviti lasak. Unit beruniform SMKTJ juga terpilih menyertai

perkhemahan di peringkat kebangsaan. Semasa perkhemahan ini dua orang

pelajar SMKTJ daripada pertubuhan kadet polis iaitu Mohd Hafiz bin Mohamad

dan Marzunaini Mazlan telah mendapat naib johan dalam pertandingan kawad

kaki dan lari berhalangan. Di sini menunjukan bahawa pelajar SMKTJ juga

mempunyai ketrampilan dan mampu bersaing sehingga keperingkat

kebangsaan.

Oleh itu, latihan- latihan semasa perkhemahan ini dapat meningkatkan tahap

kepimpinan dan kecekapan pelajar dalam melaksanakan tugas dan nilai-nilai

positifnya mampu membentuk keunggulan sahsiah pelajar bagi menjadi anggota

masyarakat yang baik, berkreativiti dan berdaya saing.

3.2.3 Aktiviti Pembarisan

Pertubuhan badan beruniform sekolah juga terlibat dalam menyertai

perbarisan dalam majlis-majlis rasmi sekolah, di peringkat negeri dan

kebangsaan. Perbarisan dalam majlis rasmi sekolah biasanya dalam acara

sambutan orang-orang kenamaan seperti majlis PIBG dan lain-lain sambutan.

Dengan menyertai perbarisan ini, dapat menyemai sikap cinta akan sekolah,

cinta akan pemimpin dan menghormati tetamu. Selain itu, tiap-tiap tahun

badan beruniform SMKTJ telah terpilih menyerti perbarisan menyambut Hari

Keputeraan ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan dan perbarisan

hari kemerdekaan. Penyertaan yang melibatkan pelajar-pelajar dari pelbagai


600107-03-5502

sekolah dan pelbagai kaum ini membolehkan pelajar berinteraksi dengan pelajar

lain dan dapat memupuk semangat perpaduan. Selain itu, aktiviti ini dapat

membentuk ketahanan diri pelajar semasa perbarisan tidak kira hujan atau

panas, sabar dan kecintaan akan raja dan tanah air.

Tegasnya, sifat ketahanan diri, tekun dan sabar ini boleh meningkatkan

kecekapan pelajar dalam menjalankan tugas atau menyelesaikan masalah.

Manakala sifat-sifat positif lain dapat membentuk keperibadian yang mulia

dalam kalangan pelajar.

3.2.4 Khidmat Masyarakat.

Badan-badan beruniform di SMKTJ seringkali mengadakan khidmat

sosial dengan masyarakat sekitar. Contohnya pertubuhan pengakap

mengadakan aktiviti bergotong-royong membersih surau dan masjid setempat,

membersih kubur dan pungutan derma. Melalui aktiviti ini, pelajar-pelajar secara

langsung telah berinteraksi dengan masyarakat setempat. Pelajar-pelajar dapat

mengenali masyarakat sekitar dengan lebih dekat dan wujudnya sikap hormat-

menghormati antara satu dengan lain. Bagi aktiviti kutipan derma, pelajar

biasanya akan pergi dari rumah ke rumah secara berkumpulan dengan

melakukan apa sahaja kerja yang disuruh oleh tuan rumah. Ganjaran secara

ikhlas daripada tuan rumah akan digunakan untuk mengisi tabung dan akan

didermakan kepada pihak yang memerlukan.

Impaknya aktiviti khidmat masyarakat ini dapat menerapkan pelajar

dengan nilai-nilai murni dan nilai kemasyarakatan seperti semangat suka


600107-03-5502

membantu, keikhlasan dalam setiap pekerjaan, menghormati orang tua dan

sikap suka membuat kebajikan Nilai-nilai ini amat penting dalam membentuk

keperibadian mulia seseorang insan dan melatihnya hidup bermasyarakat.

Aktiviti-aktiviti lain di bawah badan beruniform seperti latihan menembak

di bawah PKBM, silat olahraga dan tea kwan-do. Selain boleh memupuk sikap

berani, berdaya saing dan yakin diri juga boleh memberi kemahiran kepada

mereka yang terlibat serta boleh diaplikasikan apabila diperlukan. Contohnya

Seorang pelajar SMKTJ berjaya mendapat naib johan peringkat Zon Timur dalam

pertandingan tea kwan-do. Pelajar-pelajar SMKTJ yang terlibat dalam aktiviti silat

dan tea kwan-do ini sentiasa kelihatan lincah dan bersedia dalam pergerakan

mereka. Kemahiran-kemahiran ini perlu bagi melahirkan pelajar yang cekap

bertindak apabila menghadapi sebarang masalah .

Oleh itu aktiviti-aktiviti badan beruniform yang dijalankan di SMKTJ mampu

membentuk kepimpinan pelajar, berdisiplin, bekerjasama, berkemahiran dan

dapat menguatkan daya tahan mental dan fizikal. Disiplin merupakan asas

pembentukan akhlak mulia manakala ketahanan mental dan fizikal merupakan

asas kepada pelajar dalam menghadapi cabaran dan sentiasa bersedia

mengatasinya tanpa putus asa. Sifat-sifat ini mampu menbentuk ketrampilan dan

keunggulan perubadi pelajar ke arah pembangunan modal insan setelah mereka

dewasa nanti.
600107-03-5502

3.3 Sukan dan Permainan

Kegiatan sukan dan permainan sudah pasti memberikan penekanan

kepada implikasi, pemikiran strategi dan kekuatan fizikal. Selain memperolehi

badan yang cergas, minda juga turut menjadi cerdas. Oleh itu, SMKTJ begitu

memberi penekanan kepada bidang sukan dan permainan. Semua pelajar

diwajibkan menyertainya kecuali yang mempunyai masalah kesihatan.

Untuk memantapkan program sukan dan permainan, pihak sekolah telah

memastikan pelaksanaan dibuat secara cekap bagi mendapat penyertaan

menyeluruh .Oleh itu, pelajar-pelajar SMKTJ dibahagikan kepada lima rumah

sukan. Latihan rumah-rumah sukan ini diadakan setiap hari Isnin, Selasa dan

Rabu sehingga acara sukan selesai kecuali sukan permainan.

Perbincangan aspek sukan dan permainan ini akan difokuskan kepada

sukan untuk semua iaitu sukan tahunan dan sukan permainan.

3.3.1 Sukan Tahunan

Di peringkat SMKTJ, sukan tahunan melibatkan dua aktiviti iaitu jogathon

dan acara olahraga. Acara joghaton yang diadakan melibatkan larian sejauh 6

kilometer melalui jalan raya di sekitar kawasan sekolah. Sukan ini diadakan pada

awal tahun iaitu pada bulan Februari taip-tiap tahun. Sukan olahraga diadakan

selepas sukan jogathon. Acara yang dipertandingkan melibatkan acara balapan

dan acara padang

Temasya sukan tahunan ini dapat melahirkan semangat kesukanan dan

semangat kekeluargaan melalui rumah-rumah sukan. Selain dapat meningkatkan


600107-03-5502

daya tahan otot juga melahirkan pelajar yang sihat dan cergas. Aktiviti sukan ini

dapat melahirkan sifat keyakinan diri dan semangat juang yang tinggi dalam

kalangan pelajar dan sifat ini penting dalam pembentukan jati diri pelajar. Pelajar

yang aktif dalam sukan lebih lasak dan tahan dalam menghadapi pelbagai

cabaran kini dan masa masa depan. Tegasnya aktiviti sukan tahunan

membentuk ketrampilan pelajar ke arah melahirkan modal insan yang sihat,

ceria dan aktif dalam kehidupan harian dan berdaya saing.

3.3.3 Sukan Permainan

Kelab permainan yang terdapat di sekolah seperti bola jaring, bola baling,

bola sepak, badminton, hoki, sepak takraw dan lain-lain. Peserta dipilih bermula

daripada tingkatan satu dan dilatih secara berjadual. Dengan menyediakan kem

bakat juga dapat mendedahkan pelajar kepada peraturan dan undang-undang

permainan disamping mengasah bakat dan minat pelajar.

Justeru sukan permainan ini diadakan sepanjang tahun dapat mengisi

masa lapang pelajar dengan lebih berfaedah. Ini boleh mengelakkan pelajar

telibat dengan gejala sosial dan pelajar mendapat kemahiran. Misalnya

permainan bola sepak, semasa bermain atau latihan, pelajar diberi kemahiran

menyepak, mengelecek, menyerang dan mengatur strategi untuk tujuan

memperoleh kemenangan. Namun, pelajar dibimbing bekerjasama, bantu-

membantu, memupuk kesabaran dan menguji kecerdasan fizikal. Malah

penubuhan pasukan bola sepak itu sendiri menyalurkan beberapa tanggung

jawab untuk dipikul oleh pelajar. Tegasnya aktiviti sukan permainan ini
600107-03-5502

dapat membentuk keperibadian pelajar yang bertanggungjawab, sabar dan

mampu menyumbang kepada kecemerlangan sekolah melalui pertandingan di

samping menjaga nama baik sekolah melalui amalan sahsiah dan disiplin yang

unggul.

Kesimpulannya, aktiviti sukan dan permainan di SMKTJ ini dapat

meningkatkan tahap kesihatan mental dan fizikal serta membudayakan cara

hidup sihat, di samping memupuk minat, bakat, kemahiran dan semangat

bersaing pelajar ketahap kecemerlangan. Aktiviti sukan dan permainan ini boleh

melahirkan badan yang sihat dan emosi yang stabil. Gabungan daripada

pembangunan emosi dan fizikal membolahkan pelajar menyumbangkan bakat

dari segi kempimpinan dan kecerdasan idea ke arah pembangunan negara.

Pelajar-pelajar juga berkemampuan dalam menghadapi dunia yang `competitive’

dan mencabar serta akan membentuk keperibadian yang mulia ke arah

pembangunan modal insan yang mampu bersaing bukan sahaja dalam

kalangan mereka tetapi pada peringkat antara bangsa.

3.4 Hari Kokurikulum

SMKTJ juga mengadakan Hari Kokurikulum pada setiap tahun. Hari

kokurikulum merupakan acara kemuncak kepada kegiatan kokurikulum di

sekolah. Sambutannya amat baik dan menyeronokkan. Hari kokurikulum atau

pesta kokurikulum disertai oleh semua persatuan, kelab, pertubuhan beruniform

dan kelab sukan. Pelbagai program dijalankan sepanjang hari tersebut, seperti

senamrobik dan pameran oleh persatuan dan kelab. Mereka mempamerkan


600107-03-5502

hasil kerja masing-masing seperti buku skrap, gubahan, reka cipta sains, bahan

kraf dan lain-lain di sudut yang ditetapkan Selain itu, gerai jualan juga

disediakan, terdiri daripada makanan,barang-barang kraftangan, cenderahati dan

lain-lain. Persembahan kebudayaan juga diadakan seperti memberi peluang

kepada pelajar memperagakan pakaian tradisional pelbagai kaum di Malaysia.

Natijah daripada Hari kokurikulum ini, selain pelajar berasa seronok,

dapat memberi peluang kepada pelajar melihat hasil-hasil kerja persatuan dan

kelab lain. Hasil kerja ini menunjukkan pelajar-pelajar SMKTJ kreatif dan

inovatif dalam pelbagai bidang. Sifat tanggungjawab dan amanah dapat

dilihat dalam aktiviti jual beli dan menjaga kaunter yang menunjukkan pelajar-

pelajar ini boleh dipercayai oleh guru-guru. Program ini juga memberi peluang

kepada pelajar mengenali budaya masyarakat malaysia. Pelajar juga dapat

mengumpul wang bagi mengisi tabung pertubuhan masing-masing.serta dapat

mencungkil minat pelajar dalam bidang perniagaan. Oleh itu jelaslah bahawa

aktiviti Hari Kokurikulum dapat memupuk semangat kepimpinan dan pengurusan

yang cekap dalam semua aspek dan dapat menambahkan ilmu pengetahuan

para pelajar. Selain itu, semangat kerjasama, yakin diri, menghargai hasil kerja

orang lain dan gaya hidup sihat dapat dipupuk. Ciri-ciri ini mampu membentuk

ketrampilan dan keperibadian terpuji dalam kalangan pelajar sebagaimana yang

dikehendaki dalam pembangunan modal insan. Harapan melalui aktiviti ini

impaknya berterusan sehingga pelajar-pelajar ini melangkah ke alam

masyarakat.
600107-03-5502

4.0 Penutup

Aktiviti kokurikulum sangat penting dijalankan di sekolah kerana boleh

menambah nilai terhadap diri pelajar daripada latihan-latihan yang diberikan.

Latihan ini jika dilakukan secara berulang-ulang akan menjadi satu kebiasaan

dan akhirnya menjadi sebati dalam diri pelajar. Ia juga memberikan pengalaman

baru yang berbeza daripada bidang akademik yang diajar di dalam kelas. Selain

daripada memperolehi kecemerlangan akademik, pelajar juga mempunyai

kemahiran sosial yang baik. Nilai tambah ini merupakan faktor yang sangat

bernilai kepada pelajar untuk meneruskan pelajaran ke peringkat lebih tinggi dan

untuk kerjaya.

Selain itu, majikan pada hari ini amat menitikberatkan penglibatan bakal

pekerja mereka dalam aktiviti kokurikulum. Hal ini kerana di sektor kerjaya, para

pekerja perlu bersaing dalam kalangan mereka. Oleh itu, semangat bersaing dan

kekuatan diri dalam menghadapi cabaran seharusnya mendapat asas yang

kukuh sejak dibangku sekolah lagi iaitu melalui aktiviti kokurikulum .

Aktiviti kokurikulum dapat membentuk modal insan yang berkualiti yang

diperlukan oleh negara pada masa depan. Sejarah telah membuktikan bahawa

pemimpim-peminpim tersohor seperti Dr. Burhanuddin Helmy, Tun Dr. Mahathir

dan YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi merupakan mereka yang aktif

berpersatuan sejak di bangku sekolah lagi.

Penglibatan aktif pelajar SMKTJ dalam kegiatan kokurikulum ini sangat

penting kerana mereka merupakan pelapis kepada tenaga kerja dan pemimpin

pada masa akan datang. Justeru itu, demi menjayakan misi Kementerian
600107-03-5502

Pelajaran Malaysia dalam membangunkan modal insan, komitmen guru-guru

kokurikulum di SMKTJ amat diperlukan. Guru-guru kokurikulum perlu dilatih dan

diberikan pendedahan yang secukupnya untuk memastikan kegiatan

kokurikulum ini dapat dilaksanakan dengan lebih baik. Begitu juga ibu bapa perlu

menyokong pembabitan anak-anak mereka dalam kegiatan kokurikulum di

sekolah Perkara ini sejajar dengan wawasan 2020 yang mahu anak bangsa

Malaysia mempunyai pengetahuan dan kepakaran yang tinggi dalam pelbagai

bidang pekerjaan. Selaras dengan itu SMKTJ berharap dapat melahirkan produk

berkualiti bagi memenuhi keperluan negara. Dengan itu modal insan mesti

dipersiapkan dari peringkat awal lagi melalui aktiviti-aktiviti kokurikulum di

sekolah dengan kemahiran berkomunikasi secara berkesan, kebolehan berfikir

secara kreatif serta rasional, mempunyai nilai-nilai positif, jati diri yang tinggi dan

berupaya menjadi pemimpin yang berkualiti kepada keluarga, masyarakat dan

negara.

Oleh itu kegiatan kokurikullum yang dijalankan di sekolah mampu

membentuk ketrampilan dan keperibadian mulia pelajar ke arah pembangunan

modal insan. Negara yang terbilang adalah negara yang mempunyai pemuda

dan pemudi yang cemerlang dan gemilang dari segi akademik dan kokurikulum

semasa di peringkat sekolah lagi.


600107-03-5502

Bibliografi

1. Mohd Sufian Omar Fauzee dan Borhan Yusof. Kokurikulum Peranan dan

Implikasi, Utusan Publication & Distribution Sdn. Bhd. Tahun 2002.

2. Wan Zaharah Bt Megat Hashim, dan Hassan Masung Kokurikulum

Aktivitike Arah Pencapaian Kecemerlangan Persatuan dan Kelab, Edaran

Kemajuan Malaysia (m) Sdn. Bhd. Tahun 2007.

3. Mok Soong Sang, Peperiksaan Penilaian Tahap Kecekapan Skim

Perkhidmatan Guru, Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Tahun 2003.

4. Jawatankuasa PTK Kesatuan Perkhidmatan Keguruan Kebangsaan

Cawangan Melaka – Penilaian Tahap Kecekapan , Bintang Pelajar Prints.

5. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Edisi Pelancaran,

Kementerian Pelajaran Malaysia.

6. Hassan Ahmad, Modal Insan Membawa Makna Kapitalistik, Dewan

Masyarakat, Ogos 2006.

7. Wawancara Dengan Datuk Dr. Ahmad Bin Sifon – PIPP Melonjakkan

Taraf Pendidikan – Dewan Siswa, Mei 2007.

8. Haji Samad B. Buang, Memperkasakan Bidang Kokurikulum - Dewan

Siswa, Julai 2007.

9. Abd. Ghani Abu, Pembentukan sahsiah diri Melalui Aktiviti Kokurikulum,

Dewan siswa Julai 2007

10. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam, INTAN 1991.

11. Berita Harian, 2 Julai.2007,– Soal Jawab Dengan Menteri Pelajaran

Malaysia : Kokurikulum Wadah Bentuk Modal Insan.

You might also like