You are on page 1of 4

DOA UNTUK

KESEJAHTERAAN

PANDUAN SOLAT HAJAT

2009
PANDUAN MELAKSANAKAN SOLAT HAJAT
DOA KESEJAHTERAAN &

SOLAT HAJAT

Solat sunnat Hajat dilaksanakan apabila seseorang ingin memohon


sesuatu dari ALLAH s.w.t. Ianya dilaksanakan sebanyak dua rakaat
diikuti dengan doa setelah memberi salam.

Di antara cara untuk menunaikan solat ini adalah seperti berikut:


Pada raka’at pertama selepas doa iftitah, baca surah Al-Fatihah
diikuti dengan surah Al-Kafirun sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3
kali).
Pada raka’at yang kedua, baca surah Al-Fatihah diikuti dengan surah
Al-Ikhlas sebanyak 11 kali (atau boleh juga 3 kali). Selepas memberi
salam, bacalah doa seperti berikut :

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami


meminta ampun dari Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami
beriman dengan Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu
dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu,
kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.
Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami
bersolat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang
bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu
kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, jauhkan kami dari bencana perang, bencana senjata


yang memusnahkan, bencana segala macam penyakit dan
kesusahan. Ya Allah, hentikanlah fitnah dan pertikaian yang terjadi di
dunia hari ini. Bahawasanya fitnah ini boleh membawa bencana
memusnahkan kesejahteraan dan keamanan.

Ya Allah, hindarkanlah umat manusia daripada sebarang


perselisihan dan permusuhan yang membawa kepada kehilangan
jiwa dan kerosakan hartabenda. Selamatkanlah institusi dan tempat-
tempat suci Islam dari sebarang kemusnahan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan


janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana,
hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat
menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.

Ya Allah, dengan Rahmat Mu dan kasih sayang Mu, jauhkanlah


kami daripada kekontangan air, kenaikan harga barang, kezaliman,
fitnah dan ujian, wabak serta penyakit yang menular dan segala
macam bala di negeri kami ini dan negeri-negeri mereka yang
beriman serta negeri-negeri mereka yang cinta kepada keadilan dan
keamanan.

Ya Allah, tiada Tuhan melainkan Engkau, Allah yang Maha


Penyantun dan Pemurah. Maha Suci Allah, Tuhan Pemelihara ‘Arasy
yang Maha Agung. Segala puji bagi Allah Tuhan seru seluruh alam,
kepada Mu kami memohon rahmatMu, dan pengampunan Mu, dan
keselamatan dari setiap dosa. Janganlah Engkau biarkan dosa
meliputi diri kami, melainkan Engkau mengampuni kami dan tidak
ada sesuatu kesempitan melainkan Engkau beri jalan keluar, dan
tidak ada pula sesuatu hajat yang mendapat kerelaanMu, melainkan
Engkau kabulkan. Wahai Tuhan yang paling Pengasih dan
Penyayang. (Jika ada hajat lain, boleh disebutkan di sini).

Cukuplah Allah sebagai pelindung bagi kami, Dialah sebaik-


baik yang diharapkan. Sebaik-baik Pelindung dan Penolong.
Selawat dan salam dari Allah ke atas penghulu kami Nabi
Muhammad serta keluarga dan sahabatnya. Maha Suci Tuhan yang
empunya kemuliaan dari apa yang mereka sifatkan. Sejahtera atas
sekalian Rasul dan segala puji bagi Allah Tuhan seru sekalian alam.

Al-Fatihah…..

You might also like