You are on page 1of 29

Rasuah Menurut Islam

Rasuah adalah harta yang diperolehi kerana terselesainya suatu kepentingan manusia
(baik untuk memperolehi keuntungan mahupun untuk menghindari kemudharatan) yang
sepatutnya wajib diselesaikan tanpa imbalan.
Di dalam sesetengah keadaan, rasuah ini hampir sama dengan upah sehingga ada orang
yang cuba menyatakan bahawa ‘ini bukan rasuah, tapi upah'.
Pengharaman rasuah adalah jelas berdasarkan Al-Qur'an dan Hadis. Allah Subhanahu wa
Ta'ala berfirman,

ِ‫حكّام‬ُ ْ‫َولَ تَ ْأكُلُواْ أَ ْموَاَلكُم بَ ْينَكُم بِالْبَاطِلِ َوتُدْلُواْ بِهَا إِلَى ال‬
َ‫لِتَأْ ُكلُو ْا َفرِيقًا مّنْ َأمْوَالِ النّاسِ بِالِثْمِ وَأَنتُمْ تَعَْلمُون‬
Ertinya : " Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain
di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan)
harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian daripada harta
benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui." ( Al-
Baqarah : 188 )
Disebutkan dalam hadith :-

ِ‫شيَ في الْحُكْم‬
ِ ‫شيَ وَالْ ُمرْ َت‬
ِ ‫لَعَنَ رسول الِّ الرّا‬
Ertinya : "Rasulullah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah
dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)"
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih)
Takrif Rasuah dan Sogokan

1) Wang, derma, alang, pinjaman, fee, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan
mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, atau apa-apa
manfaat seumpama itu yang lain;
2) Apa-apa jawatan, kebesaran, pekerjaan, kontrak pekerjaan atau perkhidmatan, dan apa-
apa perjanjian untuk memberikan pekerjaan atau memberikan perkhidmatan atas apa-apa
sifat;

3) Apa-apa bayaran, pelepasan, penunaian atau penyelesaian apa-apa pinjaman, obligasi


atau liabiliti lain, sama ada keseluruhannya atau sebahagian daripadanya;

4) Apa-apa jenis balasan berharga, apa-apa diskaun, komisen, rebat, bonus, potongan atau
peratusan;

5) apa-apa perbuatan menahan diri daripada menuntut apa-apa wang atau nilai wang atau
benda berharga;
6) apa-apa jenis perkhidmatan atau pertolongan lain, seperti perlindungan daripada apa-
apa penalti atau ketakupayaan yang di kenakan atau yang dikhuatiri atau daripada apa-
apa tindakan atau prosiding yang bersifat tatatertib, sivil atau jenayah, sama ada atau
tidak sudah dimulakan, dan termasuk penggunaan atau menahan diri daripada
menggunakan apa-apa hak atau apa-apa kuasa atau kewajipan rasmi; dan

7) apa-apa tawaran, akujanji atau janji, sama ada bersyarat atau tidak bersyarat, untuk
memberikan suapan mengikut pengertian mana-mana perenggan (a) hingga (f) yang
terdahulu;
Jenis Kesalahan Rasuah
Berikut adalah beberapa bentuk kesalahan rasuah secara umum :-
Meminta/Menerima Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau
berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Menawar/Memberi Rasuah
Mana-mana orang atau ejen secara rasuah meminta/menerima/ bersetuju menerima
suapan rasuah (wang/benda/perkhidmatan dan lain-lain) sebagai dorongan atau upah
untuk melakukan atau tidak melakukan apa-apa jua berkenaan transaksi tersebut atau
berkenaan dengan urusan rasmi, prinsipal/majikan berkenaan.
Membuat Tuntutan Palsu
Mana-mana orang memberi kepada ejen, atau ejen memberi kepada
prinsipal/majikannya, suatu dokumen yang diketahuinya atau disedarinya mengandungi
butir matan palsu, yang mana prinsipal / majikannya mempunyai kepentingan, dengan
tujuan untuk mengeliru/memperdayakan prinsipal/majikannya.
Menyalahguna Jawatan/Kedudukan
Mana-mana pegawai badan awam menggunakan jawatan atau kedudukan untuk
mendapat suapan membuat apa-apa keputusan atau mengambil tindakan berhubungan
dengan apa-apa perkara mengenainya, di mana pegawai itu, saudara maranya atau
sekutu- nya ada kepentingan secara langsung atau tidak langsung.
(Rujukan)
Bagi sesiapa yang bekerja di sektor perniagaan dan politik terutamanya, saya kira tidak
sukar untuk menemui atau mendapati salah satu antara empat kategori tadi berlaku.
Ingatlah sekali lagi beberapa penekanan Islam berikut :-
1) Nabi Muhammad s.a.w bersabda : " Barangsiapa yang telah kami ambil untuk
melakukan sesuatu kerja, dan telah ditetapkan baginya sesuatu rezeki (gaji atau
upah), maka apa yang diambilnya selepas itu adalah ghulul (pengkhianatan) "
( Riwayat Abu Daud, no 2943, Albani : Hadith Sohih ; Ma'alim as-Sunan, Al-Khattabi,
3/8 cet Dar Kutub Ilmiah)
2) Nabi bersabda kepada seorang gabenornya yang telah ditugaskan mengutip zakat
kabilah Azad, maka apabila ia selesai kerjanya dan kembali berjumpa Nabi, lalu ia
menyimpan sebahagian dari wang yang dikutip sambil berkata :
"ini untukmu (bahagian untuk Islam) dan ini untukku yang diberikan sebagai
hadiah (oleh orang ramai), maka jatuh murka Baginda sambil bersabda :"
Ketahuilah, pergilah kamu duduk di rumah bapamu atau ibumu, sehingga datang
kepadamu hadiahmu, jika kamu benar-benar betul (layak mendapat hadiah)" (Al-
Bukhari & Muslim )
3) Di dalam sebuah riwayat disebutkan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam
mengutus Abdullah bin Rawahah berangkat ke Khaibar (daerah Yahudi yang tunduk
kepada kekuasaan Islam) untuk menilai hasil buah kurma di daerah itu kerana Rasulullah
Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah memutuskan bahawa hasil bumi Khaibar dibahagi dua;
separuh untuk kaum Yahudi sendiri, dan yang separuh lagi diserahkan kepada kaum
Muslimin.
Ketika Abdullah bin Rawahah sedang menjalankan tugasnya, orang-orang Yahudi datang
kepadanya membawa berbagai perhiasan dan berkata kepada Abdullah:
"Perhiasan ini untuk anda, ringankanlah kami dan berilah kepada kami lebih dari
separuh," Abdullah menjawab, "Wahai kaum Yahudi! Demi Allah kalian memang
makhluk Allah yang paling aku benci. Apa yang kalian lakukan ini justeru membuatkan
diriku lebih membenci kalian. Rasuah yang kalian tawarkan itu adalah barang haram, dan
kami kaum Muslimin tidak memakannya!" Mendengar jawaban tersebut mereka (Yahudi)
berkata, "Kerana (sikap) inilah langit dan bumi tetap tegak!" [Imam Malik, Al
Muwattha':1450].
4) Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
"Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan rasuah yang
diterima hakim adalah kufur" [Riwayat Ahmad].
Oleh yang demikian, tidak kira samada itu adalah rasuah mahupun hadiah, kedua-duanya
adalah jelas-jelas haram di dalam Islam. Semua harta yang diperolehi dari jalan rasuah
adalah haram, menyimpannya adalah haram, membelanjakannya adalah haram.
Justeru, setiap penerima, pemberi dan perantara yang terlibat di dalam keharaman ini
wajib dihukum, dan hukuman ke atas mereka adalah ta'zir.
Ta'zir yang berat perlu dikenakan kepada pesalah-pesalah ini agar ia benar-benar menjadi
pengajaran bagi mereka dan menjadi pencegah kepada umat Islam lainnya. Dengan tidak
diterapkannya sistem uqubat Islam pada hari ini, kita menyaksikan mereka yang terlibat
dengan kes rasuah masih mampu senyum dan kelihatan tenang semasa menghadapi
perbicaraan di mahkamah dan langsung tidak kelihatan rasa kesal dan takut pada wajah-
wajah mereka dengan kekejian yang mereka lakukan. (http://www.mykhilafah.com/)
Isu Melapor Bagi Yang Mengetahui
Menurut hukum Islam, individu yang mengetahui wajib ke atasnya untuk melaporkan
kepada pihak berkuasa. Jika tidak, ia dikira bersubahat dan turut mendapat dosa hasil
menyembunyikannya. Penyembunyian atau membiarkan gejala ini berterusan di
sekeliling kita akan memberikan kesan buruk kepada Islam, syarikat, organisasi dan
Negara. Akhirnay, semuanya akan terkesan dan merudum jatuh.
Malangnya, saya pasti senarai sebab-sebab berikut merupakan antara halangan utama
seseorang yang mengetahui atau punyai maklumat dari melaporkannya :-
1) Tidak punyai bukti bertulis atau jika ia miliknya sekalipun ia tergolong dalam
katergori dokumen rahsia rasmi. Jika didedahkan si pelapor pula yang akan ditangkap di
bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
Masalah ini mestilah diselesaikan oleh pihak berkuasa jika benar-benar serius dalam
usaha membanteras rasuah.
2) Tidak sampai hati untuk melapor kerana mereka yang terlibat adalah rakan dan
kenalan rapat.
Bagi sesiapa yang terlibat dalam kategori ini, sedarialh anda turut berdosa kerana
bersubahat.
3) Bersikap tidak peduli yang berpegang dengan falsafah ‘lantak hang la, asalkan tidak
libat aku, sudah'.
Ini juga dikira berdosa di dalam Islam.
4) Malas untuk terlibat dan ulang alik ke mahkamah untuk keterangan di sana dan di
sini.
Sepatutnya, tiada malas dalam menjalankan tugas memerangi mungkar dan kemaksiatan.
Malas begini menandakan hati yang semakin ‘mati' dari iman.
5) Takut diri sendiri terjerat apabila kerahsiaan dirinya sebagai pelapor tidak di jamin
selamat.
Ini juga perlu di selesaikan oleh pihak berkuasa. Tanpanya, semua hanya akan berdiam
diri.
6) Kurang yakin kepada pihak berkuasa. Bimbang pihak berkuasa juga akan
dirasuah hingga akhirnya si pelapor pula yang dibuang kerja atau di ambil tindakan.
Pihak berkuasa perlu berusaha meningkatkan keyakinan masyarakat kepada mereka.
Keyakinan tidak boleh dipaksa-paksa, ia akan dating dengan pembuktian tahap
kesungguhan mereka.
7) Takut kerana individu yang terlibat rasuah itu punyai ‘cable', jawatan tinggi , hebat
dan besar.
Bagi keadaan ini, ia adalah tanda kehancuran sedang menanti bagi Negara yang punyai
keadaan ini.
Nabi Muhammad s.a.w bersabda :
"Sesungguhnya kebinasaan umat-umat sebelum kalian adalah jika orang yang
terhormat dari mereka mencuri, mereka membiarkannya, tetapi jika orang
bawahan mereka mencuri, mereka potong tangannya. Demi Zat yang jiwaku ada di
tanganNya, seandainya Fatimah binti Muhammad mencuri, nescaya akan aku
potong tangannya!"
Kesan Buruk Dari Rasuah
Rasuah adalah haram di dalam Islam disebabkan kesan yang dibawanya ke dalam
sesebuah masyarakat dan Negara. Saya tidak berhasrat untuk menghurai panjang dalam
bab ini, cukuplah dinyatakan isi utama yang sempat difikirkan. Sebagai huraian ringkas ia
seperti berikut :-
1) Jalan Mudah ke Neraka. Bagi Muslim khususnya, rasuah mencerahkan peluang
seseorang untuk ke Neraka.
2) Menghancurkan keadilan dalam masyarakat. Tiada lagi jaminan penjagaan harta,
maruah, nyawa dan diri seseorang. Semuanya boleh dibeli.
3) Melahirkan masyarakat yang tiada kemahiran dan skill. Jumlah masyarkat yang
cekap , mahir dalam tugasan dan ilmu akan berkurangan kerana ‘skill' dan ilmu
kemahiran semakin tiada erti lagi, yang lebih beerti adalah siapa lebih cekap menyogok.
4) Muncul masyarakat yang pentingkan diri sendiri. Masing-masing memikirkan diri
mereka semata-semata tanpa memikirkan kesan buruk terhadap mangsa bagi jangka
pendek dan Negara bagi jangka panjang.
5) Menghasilkan hasil kerja yang buruk. merbahayakan keselamatan dan
keharmonian. Kontrak kerja yang diberi secara rasuah kepada pengusaha yang bukan
kerana merit tetapi kerana sogok, mendedahkan bahaya kepada orang ramai disebabakn
kerjanya tidak berkualiti.
6) Kos pengurusan akan meningkat. Semua syarikat pengusaha baru terutamanya
semakin sukar berkembang akibat kos meningkat kerana peruntukan kos rasuah
diperlukan.
7) Pengurusan pentadbiran menjadi lewat dan lembap. Pengurusan sengaja
melengahkan kerja kerana menunggu rasuah tertinggi. Pertambahan proses birokrasi juga
boleh menambah kelembapan, kerana mungkin semua tahap pegawai inginkan rasuah
terlebih dahulu sebelum memproses permohonan dan lain-lain.
8) Muncul si jahat yang bertambah jahat. Kaki makan rasuah menikmati hasil rasuah
dan memberikan kelaurga makan harta rasuah. Justeru, Seluruh keluarganya bakal
menjadi kaki rasuah di setiap sector selepas ini. Maka bertambah si jahat dan yang telah
jahat akan semakin bertamabh jahat. Firman Allah s.w.t :-

ً‫ض َفزَادَهُمُ الّ َمرَضا‬


ٌ َ‫فِي قُلُو ِبهِم ّمر‬
Ertinya : Dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya " ( Al-
Baqarah : 10 )
Maka sesiapa yang membiarkan perutnya dan keluarganya diisi dengan hasil rasuah
Tanpa taubat yang sebenar, Allah SWT akan membiakkan lagi peluang dan ruangnya
untuk menjadi orang yang celaka, dan mendapat keluarga yang bakal runtuh, kecoh dan
hancur.
9) Menyebabkan pembahagian kekayaan yang tidak seimbang. Kaya bertambah kaya
dan miskin bertambah miskin. Yang miskin sukar memperbaiki dirinya kerana tidak
punayi ‘cable' yang baik, wang yang tidak mencukupi.
Fakta Kajian
Kajian yang dilakukan oleh Transparency International Malaysia yang mengatakan
bahawa golongan berpendapatan tinggi di Malaysia lebih cenderung memberi rasuah
kepada pihak berkuasa. Menurut kajian itu, golongan berpendapatan bulanan RM5,000
ke atas didapati paling ramai memberi rasuah iaitu 52%, diikuti kumpulan berpendapatan
bulanan RM3,001 hingga RM5,000 (40%), RM1,501 - RM3,000 (31%) dan kurang
RM1,500 (18%) (Berita Harian 6 Mac 07).
Suatu kajian yang dikeluarkan oleh Transparency International mendedahkan bahawa
terdapat perkaitan yang rapat di antara gejala rasuah dan kemiskinan, iaitu gejala rasuah
berlaku kerana didorongi oleh faktor kemiskinan [laporan Corruption Perception Index
2006 (CPI 2006)].
Tiga per-empat (3/4) dari negara-negara yang mempunyai indeks kurang dari 5 adalah
terdiri dari negara-negara miskin di mana rakyatnya berpendapatan kurang dari 1USD
sehari (0 adalah paling dicemari oleh rasuah, dan 10 adalah paling bersih dari rasuah).
Piawaian Rasuah di Malaysia
Laporan rasuah oleh Transparency International pada 2005 melaporkan bahawa Malaysia
telah jatuh 16 tangga dalam tempoh 10 tahun ini dari tempat ke-23 pada tahun 1995 ke
tempat 39 pada tahun 2004.
Kajian pada tahun 2006 pula telah mencatatkan Malaysia dengan index CPI 5.0, jatuh ke
tangga 44, dari sejumlah 163 buah Negara dan pada tahun 2007, Malaysia hanya mampu
memperbaiki sedikit kedudukannya kepada tangga 43 dari ranking terbawah iaitu 180,
berkongsi kedudukan dengan Korea Selatan dan Afrika Selatan. Index CPi Malaysia bagi
tahun 2007 adalah 5.1 dengan tahap kebersihan dan keyakinan bebas rasuah pada
lingkungan 3.4 - 6.8 dari 10 tahap terbaik.
Lebih menyedihkan saya, negara yang dipimpin orang Islam yang paling bersih dari
rasuah adalah Qatar yang berada di tangga 32 sahaja. Sejahat-jahat Yahudi pun, negara
mereka berada di tangga 30. Jiran kita, Singapura pula berada di tempat keempat terbaik
di dunia.!
Rujuk senarai keputusan negara-negara seperti berikut :-
( Ia menggunakan skala 1- 10, dengan 0 menunjukkan tahap rasuah yang dicatat dan
dikenalpasti adalah paling tinggi dan 10 menunjukkan tahap terendah.)
Global Corruption Perception Index 2007
2
Standa High
Count 007 Surve
rd -Low
ry Country CPI ys
Deviati Rang
Rank Scor Used
on e
e
8.9 -
1 Denmark 9.4 6 0.3
9.8
9.1 -
1 Finland 9.4 6 0.3
9.8
New 8.9 -
1 9.4 6 0.4
Zealand 9.8
8.4 -
4 Singapore 9.3 9 0.4
9.7
9.0 -
4 Sweden 9.3 6 0.2
9.5
7.1 -
6 Iceland 9.2 6 1.0
9.8
Netherlan 8.7 -
7 9.0 6 0.3
ds 9.5
Switzerlan 8.5 -
7 9.0 6 0.3
d 9.5
7.6 -
9 Canada 8.7 6 0.7
9.5
7.1 -
9 Norway 8.7 6 0.9
9.5
7.2 -
11 Australia 8.6 8 0.8
9.5
Luxembou 7.1 -
12 8.4 5 0.7
rg 8.9
United 7.1 -
12 8.4 6 0.8
Kingdom 9.5
Hong 6.3 -
14 8.3 8 1.0
Kong 9.1
7.1 -
15 Austria 8.1 6 0.9
9.1
7.1 -
16 Germany 7.8 6 0.9
9.2
7.1 -
17 Ireland 7.5 6 0.4
7.9
6.3 -
17 Japan 7.5 8 0.8
9.0
6.3 -
19 France 7.3 6 0.8
8.6
5.1 -
20 USA 7.2 8 1.0
8.6
7.0 -
21 Belgium 7.1 6 0.1
7.2
5.6 -
22 Chile 7.0 7 0.7
7.7
6.4 -
23 Barbados 6.9 4 0.3
7.1
Saint 6.1 -
24 6.8 3 0.6
Lucia 7.1
5.6 -
25 Spain 6.7 6 0.6
7.1
6.2 -
25 Uruguay 6.7 5 0.4
7.1
5.1 -
27 Slovenia 6.6 8 0.7
7.6
5.2 -
28 Estonia 6.5 8 0.8
7.6
5.1 -
28 Portugal 6.5 6 1.1
7.6
5.2 -
30 Israel 6.1 6 0.9
7.6
Saint
Vincent
4.0 -
30 and the 6.1 3 1.8
7.1
Grenadine
s
5.2 -
32 Qatar 6.0 4 0.7
6.6
5.2 -
33 Malta 5.8 4 0.6
6.6
4.3 -
34 Macao 5.7 4 1.2
6.8
4.9 -
34 Taiwan 5.7 9 0.7
6.7
United
3.9 -
34 Arab 5.7 5 1.3
7.1
Emirates
4.0 -
37 Dominica 5.6 3 1.5
7.1
4.3 -
38 Botswana 5.4 7 1.1
7.1
5.1 -
39 Cyprus 5.3 3 0.3
5.6
4.2 -
39 Hungary 5.3 8 0.5
5.8
Czech 4.2 -
41 5.2 8 0.8
Republic 7.1
4.3 -
41 Italy 5.2 6 0.8
6.3
3.4 -
43 Malaysia 5.1 9 1.1
6.8
South 4.4 -
43 5.1 9 0.6
Africa 6.2
South 3.8 -
43 5.1 9 0.7
Korea 6.1
3.5 -
46 Bahrain 5.0 5 1.1
6.3
3.7 -
46 Bhutan 5.0 5 1.2
6.6
4.3 -
46 Costa Rica 5.0 5 0.5
5.6
Cape 3.4 -
49 4.9 3 1.4
Verde 6.1
3.9 -
49 Slovakia 4.9 8 0.6
5.6
3.8 -
51 Latvia 4.8 6 0.6
5.3
3.9 -
51 Lithuania 4.8 7 0.8
6.2
2.9 -
53 Jordan 4.7 7 1.5
6.3
3.7 -
53 Mauritius 4.7 6 1.2
7.1
3.5 -
53 Oman 4.7 4 1.0
5.8
3.8 -
56 Greece 4.6 6 0.5
5.2
3.4 -
57 Namibia 4.5 7 1.1
6.2
3.4 -
57 Samoa 4.5 3 1.5
6.2
2.4 -
57 Seychelles 4.5 4 1.9
7.1
2.5 -
60 Kuwait 4.3 5 1.3
5.6
3.2 -
61 Cuba 4.2 4 0.8
5.2
2.7 -
61 Poland 4.2 8 1.2
5.6
2.4 -
61 Tunisia 4.2 6 1.1
5.3
2.7 -
64 Bulgaria 4.1 8 1.1
5.8
3.2 -
64 Croatia 4.1 8 0.8
5.2
3.4 -
64 Turkey 4.1 7 0.6
5.2
El 2.7 -
67 4.0 5 1.0
Salvador 4.9
2.7 -
68 Colombia 3.8 7 0.8
5.2
3.4 -
69 Ghana 3.7 7 0.3
4.3
2.8 -
69 Romania 3.7 8 0.7
4.9
2.6 -
71 Senegal 3.6 7 0.8
5.2
2.9 -
72 Brazil 3.5 7 0.7
4.9
2.5 -
72 China 3.5 9 1.1
6.2
2.7 -
72 India 3.5 10 0.4
4.3
3.2 -
72 Mexico 3.5 7 0.4
4.5
2.5 -
72 Morocco 3.5 7 1.0
5.2
3.4 -
72 Peru 3.5 5 0.2
3.8
2.8 -
72 Suriname 3.5 4 0.6
4.3
2.7 -
79 Georgia 3.4 6 1.1
5.6
2.0 -
79 Grenada 3.4 3 1.3
4.3
Saudi 2.5 -
79 3.4 4 0.7
Arabia 4.3
2.7 -
79 Serbia 3.4 6 0.8
4.9
Trinidad
2.5 -
79 and 3.4 4 0.8
4.3
Tobago
Bosnia
and 2.6 -
84 3.3 7 0.6
Herzegovi 4.3
na
2.7 -
84 Gabon 3.3 5 0.4
3.7
2.9 -
84 Jamaica 3.3 5 0.2
3.5
2.4 -
84 Kiribati 3.3 3 1.0
4.3
2.8 -
84 Lesotho 3.3 6 0.3
3.7
Macedoni 2.7 -
84 3.3 6 0.7
a 4.5
2.2 -
84 Maldives 3.3 4 1.4
5.2
Monteneg 2.0 -
84 3.3 4 1.0
ro 4.3
2.4 -
84 Swaziland 3.3 5 1.1
5.2
2.4 -
84 Thailand 3.3 9 0.7
4.5
Madagasc 2.0 -
94 3.2 7 1.1
ar 4.9
94 Panama 3.2 5 0.4 2.5 -
3.4
2.5 -
94 Sri Lanka 3.2 7 0.5
3.9
2.4 -
94 Tanzania 3.2 8 0.4
3.7
2.4 -
98 Vanuatu 3.1 3 1.1
4.3
2.4 -
99 Algeria 3.0 6 0.4
3.4
2.7 -
99 Armenia 3.0 7 0.3
3.7
2.0 -
99 Belize 3.0 3 1.1
4.2
Dominica 2.7 -
99 3.0 5 0.3
n Republic 3.4
1.9 -
99 Lebanon 3.0 4 1.0
4.2
2.2 -
99 Mongolia 3.0 6 0.6
3.7
2.2 -
105 Albania 2.9 6 0.4
3.4
2.0 -
105 Argentina 2.9 7 0.6
3.5
2.5 -
105 Bolivia 2.9 6 0.4
3.4
Burkina 2.4 -
105 2.9 7 0.7
Faso 4.3
2.2 -
105 Djibouti 2.9 3 0.8
3.7
2.0 -
105 Egypt 2.9 7 0.6
3.8
1.7 -
111 Eritrea 2.8 5 1.0
4.3
2.0 -
111 Guatemala 2.8 5 0.6
3.5
2.0 -
111 Moldova 2.8 7 0.7
4.3
Mozambiq 2.1 -
111 2.8 8 0.5
ue 3.7
2.0 -
111 Rwanda 2.8 5 0.7
3.7
Solomon 2.4 -
111 2.8 3 0.5
Islands 3.4
2.1 -
111 Uganda 2.8 8 0.5
3.5
118 Benin 2.7 7 0.7 2.0 -
3.9
2.0 -
118 Malawi 2.7 8 0.5
3.4
2.0 -
118 Mali 2.7 8 0.5
3.4
Sao Tome
2.4 -
118 and 2.7 3 0.4
3.2
Principe
2.0 -
118 Ukraine 2.7 7 0.4
3.2
2.2 -
123 Comoros 2.6 3 0.6
3.4
2.2 -
123 Guyana 2.6 4 0.2
2.7
Mauritani 1.7 -
123 2.6 6 1.0
a 4.3
2.0 -
123 Nicaragua 2.6 6 0.3
2.9
1.9 -
123 Niger 2.6 7 0.5
3.4
Timor- 2.5 -
123 2.6 3 0.1
Leste 2.7
1.9 -
123 Viet Nam 2.6 9 0.5
3.5
1.5 -
123 Zambia 2.6 8 0.6
3.4
1.3 -
131 Burundi 2.5 7 0.9
3.7
2.0 -
131 Honduras 2.5 6 0.3
2.7
2.0 -
131 Iran 2.5 4 0.6
3.4
2.0 -
131 Libya 2.5 4 0.3
2.7
2.0 -
131 Nepal 2.5 7 0.3
2.9
Philippine 1.9 -
131 2.5 9 0.5
s 3.4
2.0 -
131 Yemen 2.5 5 0.6
3.4
1.9 -
138 Cameroon 2.4 8 0.5
3.4
1.7 -
138 Ethiopia 2.4 8 0.6
3.4
1.3 -
138 Pakistan 2.4 7 0.6
3.4
2.0 -
138 Paraguay 2.4 5 0.4
2.9
1.4 -
138 Syria 2.4 4 0.9
3.4
1.8 -
143 Gambia 2.3 6 0.5
3.2
1.7 -
143 Indonesia 2.3 11 0.3
2.7
1.9 -
143 Russia 2.3 8 0.4
3.2
1.8 -
143 Togo 2.3 5 0.7
3.4
1.3 -
147 Angola 2.2 7 0.5
2.7
Guinea- 2.0 -
147 2.2 3 0.2
Bissau 2.4
1.9 -
147 Nigeria 2.2 8 0.4
2.9
Azerbaija 1.3 -
150 2.1 8 0.4
n 2.5
1.3 -
150 Belarus 2.1 5 0.7
3.2
Congo, 1.9 -
150 2.1 6 0.2
Republic 2.4
Côte d 1.6 -
150 2.1 6 0.7
´Ivoire 3.4
1.9 -
150 Ecuador 2.1 5 0.3
2.5
Kazakhsta 1.3 -
150 2.1 6 0.6
n 3.0
1.4 -
150 Kenya 2.1 8 0.4
2.6
Kyrgyzsta 1.9 -
150 2.1 7 0.2
n 2.4
1.7 -
150 Liberia 2.1 4 0.5
2.9
Sierra 2.0 -
150 2.1 5 0.2
Leone 2.4
1.5 -
150 Tajikistan 2.1 8 0.4
2.7
1.5 -
150 Zimbabwe 2.1 8 0.5
3.1
Banglades 1.5 -
162 2.0 7 0.4
h 2.7
1.6 -
162 Cambodia 2.0 7 0.3
2.4
Central
1.7 -
162 African 2.0 5 0.3
2.5
Republic
Papua
1.3 -
162 New 2.0 6 0.5
2.6
Guinea
Turkmenis 1.7 -
162 2.0 5 0.4
tan 2.7
1.9 -
162 Venezuela 2.0 7 0.2
2.3
Congo,
1.6 -
168 Democrati 1.9 6 0.3
2.4
c Republic
Equatorial 1.7 -
168 1.9 4 0.1
Guinea 2.0
1.0 -
168 Guinea 1.9 6 1.0
3.7
1.5 -
168 Laos 1.9 6 0.4
2.7
Afghanist 1.3 -
172 1.8 4 0.4
an 2.2
1.6 -
172 Chad 1.8 7 0.1
2.0
1.4 -
172 Sudan 1.8 6 0.2
2.0
1.5 -
175 Tonga 1.7 3 0.2
2.0
Uzbekista 1.5 -
175 1.7 7 0.2
n 2.0
1.3 -
177 Haiti 1.6 4 0.4
2.0
1.3 -
178 Iraq 1.5 4 0.3
2.0
1.0 -
179 Myanmar 1.4 4 0.4
2.0
1.0 -
179 Somalia 1.4 4 0.4
2.0
Rujukan : http://www.finfacts.com/irelandbusinessnews/publish/article_1011276.shtml
Menurut kajian Transparency International Global Corruption Barometer 2006,
mendapati kesan rasauh menurut sector di Malaysia seperti berikut :-
Sektor Tahap ( 1 = terbersih , 5 = paling kotor)
Parti Politik 3.5
Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan 3.0
Bisnes & Syarikat Swasta 3.3
Polis 3.8
Kehakiman 2.8
Media 2.4
Badan Cukai 2.5
Perubatan 2.1
Pendidikan 2.2
Ketenteraan 2.0
Perkhidmatan 2.2
Pendaftaran & Permit Perkhidmatan 3.1
NGO ( Badan bukan kerajaan) 2.2
Badan Keagamaan 1.7
Rujukan : http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/gcb/2006
Dalam banyak-banyak kes rasuah yang berlaku, cuba anda lihat statistic tangkapan oleh
BPR pada tahun 2007 .
Bulan Tangkapan
Januari 33
Februari 37
Mac 63
April 51
May 45
Jun 33
Julai 47
Ogos 53
Total 362

Rujukan : http://www.bpr.gov.my/cda/m_info/sta_main.php
Satu sahaja soalan mudah dari saya secara ikhlas, Bolehkah jumlah tangkapan
sedemikian banyak menyelamatkan Malaysia dari gejala rasuah? Ini menunjukkan
kerjasama orang ramai, ahli politik, kerajaan dan BPR mesti disemak semula bagi
menggubal formula lebih berkesan.
Antara Cadangan
Berikut adalah cadangan pihak pengkaji. Transparency International urges the
following actions:

By lower-income countries
• Increase resources and political will for anti-corruption efforts.
• Enable greater public access to information about budgets, revenue and
expenditure.
By higher-income countries
• Combine increased aid with support for recipient-led reforms.
• Reduce tied aid, which limits local opportunities and ownership of aid
programmes.
By all countries
• Promote strong coordination among governments, the private sector and civil
society to increase efficiency and sustainability in anti-corruption and good
governance efforts.
• Ratify, implement and monitor existing anti-corruption conventions in all
countries to establish international norms. These include, the UN Convention
against Corruption, the OECD Anti-bribery Convention, and the regional
conventions of the African Union and the Organization of American States.
Akhirnya, semoga tulisan ringkas ini dapat memerikan sedikit suntikan buat kita untuk
mengelak diri dari rasuah dan membanterasnya dari berlaku di sekeliling kita. Jika kita
ingin menjadi sebuah Negara maju, rasuah perlu dihapuskan. Lihatlah sekali lagi statistic
yang disebutkan di atas. Ia jelas menunjukkan kadar rasuah di negara-negara maju adalah
rendah. Fikirkan...terutamanya dari sudut Islam.
Ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam ditawarkan dengan pelbagai kesenangan
hidup, harta dan takhta oleh kaum Quraish dengan menetapkan beberapa syarat iaitu
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam mestilah meninggalkan perjuangan untuk
mendaulatkan idealisme Islam, meniggalkan jihad, meninggalkan dakwah dan
meninggalkan wawasan Baginda Rasulullah untuk membina masyarakat rabbani.
Bagaimanapun Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam tidak tunduk dengan tawaran
rasuah itu dan tidak berganjak seinci pun dengan komitmen Baginda meskipun mereka
meminta bapa saudara Rasulullah, Abu Talib untuk memujuk namun Rasulullah tetap
masih dengan pendiriannya dan bersabda:
"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya
aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."
Ingi bersama Nabi di Mashyar?..ingin syafaat baginda??. Ikutilah tindakan baginda
nescaya akan dikasihi Allah jua.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
5 November 2007
Last update: 04-11-2007 23:16
Published in : Soal Jawab, Kewangan
Add your comment
Users' Comments (28)
Posted by syafiin, on 15-01-2009 09:24, IP 60.50.161.158, Guest
1. hukuman
assalamualaikum ustaz...sye nk tnye skt ni dlm islam,apa hkman yg dknkn kpd org yg
trlbt dlm rasuah?

» Reply to this comment...

Posted by i,me,myself.., on 04-09-2008 18:09, IP 90.240.186.250, Guest


2. ...
tgah cr artikel pasal rasuah,bile dah bace2,rase nak jd kakitangan awam mcm
berkurang.slalunye kakitgn awam yang terlibat.cth,polis,kastam,imeg

resen.hmmm...dunia nak kiamat.

» Reply to this comment...


» See all 2 replie(s)

Posted by prolink, on 02-09-2008 20:40, IP 194.80.178.1, Guest


3. ...

macam mana caranya ya nak elak diri dari terlibat dengan rasuah atau yang seangkatan
dengannya?

kadang-kadang kita terima arahan orang atas suruh buat sesuatu yang meragukan.tak buat
nanti,takut kena tindakan.kalau buat dikira bersubahat...sedangkan ini jelah kerja kita
untuk tanggung anak isteri...nak berhenti nanti,maklum jelah sekarang ni ramai yang dok
mengganggur.

Nak nasihatkan orang atas,kita ni siapa...nak buat macam mana ya ustaz?

UZAR : memang sukar untuk mengamal Islam di akhir zaman ini, Nabi sehingga
memberikan perumpanaan "seperti memegang bara api", namun sesuatu perlu
dilakukan... bagi mereka yang berjaya elak dan mengajak orang elak, nabi sebut pahala
mereka 50 kali ganda dari sahabatnya

» Reply to this comment...


Posted by prihatin.., on 24-07-2008 18:40, IP 194.80.178.1, Guest
4. ...

mmg amat myedihkan


lebih2 lg konflik ini tercetus dlm kalangan org islam sendiri..

» Reply to this comment...

Posted by rahsia.., on 08-02-2008 07:18, IP 60.52.99.186, Guest


5. ...

hmm,no comment..banteras rasuah..demi negara..

» Reply to this comment...

Posted by AMIZUL_faimizulira, on 11-12-2007 18:39, IP 60.52.99.128, Guest


6. ...
...sume org kene pk risiko klau d;org trime rasuah..jgn ar pk risiko kt dunia, coz dunia ni
smentare jeh...tp, pk ar risiko kt akhirat n't...lau sanggup nak jd bahan bakar kt neraka n't,

terpulang lah..ade otak, pk sndiri baik buruknya...

» Reply to this comment...

Posted by No Name, on 29-11-2007 08:24, IP 211.25.130.42, Guest


7. ...
Apa yg saudara Benjo ckp tu ada kebenarannya jugak..

Tp perlu diingat, yg MEMBERI pun sama. Kalau akal n iman kuat, nescaya dia akan
tegur perbuatan meminta rasuah tersebut even dia tau teguran dia tu akan sebabkan dia
xdpt tender or sebutharga. Allah itu Maha Kaya. Allah Pemberi Rezeki.

Setahu saya cuma orang2 atasan je yg meluluskan tender atau x. Org bwhn xtau ape2 pun
cuma mesti bleh berfikir punya kenapa kontraktor ni je dpt tender. Ada rules tender pun x
guna. Suma ikut nafsu.

KOMEN UZAR : MENURUT STATISTIK, ORANG BAWAH PUN AMBIL RASUAH


JUGA. MALAH KERANI DAN RECEPTIOSNIST PUN ADA YANG TERIMA
RASUH. KERNAA MEREKA ADAKALANYA YANG KONTROL SURAT SAMAPI
KE ORANG ATAS.
» Reply to this comment...

Posted by Benjo, on 14-11-2007 23:02, IP 60.52.102.32, Guest


8. ...
Rasuah dan kakitangan kerajaan x dapat dipisahkan.Kakitangan kerajaan terutama yang
mempunyai kuasa yang agak besar adalah golongan paling ramai menyertai
rasuah.Rasuah yang mereka terima untuk menanggung keluarga,pergi haji,meningkatkan
taraf hidup dan sebagainya mereka tidak anggap berdosa atau rasa bersalah kerana
mereka sudah biasa menerima wang rasuah tersebut.Ingat, sudah biasa.
Ada dikalangan mereka menggunakan pelbagai taktik atau dengan kata lain "pusing
cerita" dalam mendapatkan ganjaran rasuah tersebut bagi mengelakkan wang rasuah
yang mereka terima dianggap rasuah dari segi undang2 atau islam.Islam? Cuba pusing
cerita supaya rasuah yang mereka terima tidak dianggap haram? What's wrong with
them?Bukankah itu bermaksud mereka cuba menipu Allah?Menipu Allah? They are
insane. They are really insane.
Sebagai contoh pihak kontraktor telah atau bakal mendapat tender dari sebuah badan
kerajaan.Pihak kontraktor tersebut memberi wang kepada kakitangan yang bakal atau
telah meluluskan pemberian tender tersebut dengan rela hati atau diminta oleh
kakitangan tersebut.Kakitangan kerajaan tersebut menganggap itu adalah upah.That is
corruption you dummy.Mereka menipu diri sendiri dengan mengatakan itu adalah upah
atau hadiah atau sebagainya.Mereka juga boleh dianggap menipu Allah kerana mereka
cuba menghalalkan yang haram.They are BIG idiot.
Dalam keadaan seperti ini,mereka selalu menaikkan harga tender.Tender yang sepatutnya
berharga RM20k boleh jadik RM50k.Tender yang sepatutnya berharga RM100k boleh
jadik setengah juta.Bagi yang membaca ni pikir2kan lah.Kenapa harga tender boleh jadik
macam tu?
Dalam keadaan seperti ini juga,selalu wujud tender2 yang x penting atau x masuk
akal.See? Pikir2kan kenapa benda seperti ini terjadi.Gejala seperti inilah menyebabkan
sesebuah badan kerajaan selalu ketandusan wang.Selalu lambat bayar.Terpaksa pinjam
wang dari yang lebih berkuasa seperti kerajaan persekutuan dan sebagainya.Perkara
seperti ini membantutkan pembangunan negara.Jadi pikir2kan lah. Saya prefer golongan
executive kerajaan membaca artikel saya ni.

» Reply to this comment...

Posted by ashuri sikitol, on 13-11-2007 18:55, IP 60.52.97.6, Guest


9. ...
Asalamualaikum , Amat menyedihkan juga kerana dalam badan keagamaan pun ada
rasuah walaupun paling sedikit secara perbandngan, kalau ustaz dapat mewar warkan
perkembangan tidak sihat ini dengan disekalikan dengan bukti-bukti amatlah baik
khususnya dalam menakrifkan rasuah dalam bentuk keagamaan , contohnya tidak
meletakkan hukum atau menyeleweng hukum agar kellihatan lebih liberal dan mudah
diterima oleh kepmpinan negara.

Suatu masa dulu saya sangat mengkagumi Prof Dr ... dalam bidang solar fizik di UKM
sebagai rakan seprofesional yang boleh menguasai ilmu sains barat dalam perspektif
Islam .
Tapi bilanya dilantik sebagai ketua unit pemikiran Haddari di UKM , musnah semua
harapan saya dan rakan-rakan lain yang merindukan apa yang dibawanya sebelum ini.
Kerana Jawatan...sanggup lari dari perjuangan.

Beliau sendiri mengakui tiada sumber yang boleh diguna pakai secara intelektual dan
ilmiah untuk meletakkan haddari sebagai asas tindakan dalam mempraktikan agama
dalam kehidupan kemajuan seharian. kalau ada sekadar pekara yang direka-reka .....

Ini satu bentuk rasuah juga saya kira dan lebih parah kesanya kepada masayarakat
keseluruhan dan agama. seperti juga dikalangan ustaz-ustaz yang menggunakan
penguasaan agamanya (kalau betul) membina downline !!!!!!!! .Ampun YA ALLAH
kalauy saya tersilap

» Reply to this comment...

Posted by Aku budak Johor, on 12-11-2007 18:37, IP 60.52.103.178, Guest


10. ...
Saya selalu ulang-alik dari Johor ke S'pura disebabkan tugasan. Bile keluar dari pusat
kastam JB dan memasuki pusat imigresen S'pura, saya dpt rasakan perbezaan sikap
bekerja / professionalism antara 2 negara berjiran ini. Begitu juga bile balik ke JB. Para
petugas imigresen S'pura selalu periksa gambar di paspot DAN muke pemegangnya.
Kaunter imigresen sama taraf dgn tingkap kerete bagi tujuan ini. Tapi bile masuk JB aje,
dahlah kaunter tinggi, pegawai imigresen main cop aje paspot (tu pun dah bagus nak cop,
ade yg sengaje taknak cop nak bagi org susah)..bknnye nak perikse samade pemegangnye
sahih ke tdk. Mungkin mrk pikir, "Ahh...S'pore dah check ketat..jadi takyahlah check
lagi". Ade yg tersengguk2 tido sambil menanti pengunjung! Ni bkn cerita rekaan. Dasar
PEMALAS! Nak komplen pun tak guna. Camane nak maju? Buat malu bangsa dan
negara aje. Tup-tup ngaku negare dah maju sbb dah hantar warga ke angkasa.

» Reply to this comment...

Posted by kak Rose, on 09-11-2007 07:49, IP 60.52.97.228, Guest


11. ...
Gejala rasuah ini sudah terlalu lama di perbincangkan.Tapi sekiranya habuan dunia lebih
diutamakan ditambah pula ilmu agama yang senipis kulit bawang selagi itulah gejala
rasuah tidak akan dapat dihapuskan apa tah lagi nak dikurangkan.

Lebih-lebih lagi pengisian dari segi agama amat kurang. Kalau ada pun seperti

melepaskan batuk di tangga. Sesuatu yang amat membimbangkan.

» Reply to this comment...

Posted by al merbawi, on 08-11-2007 17:30, IP 60.52.96.75, Guest


12. ...
Dulu saya pernah bekerja dengan syarikat pembinaan yang berkait dengan kontrak
kerajaan (PBT). Oleh kerana saya pembantu boss, boss akan cerita pada sapa-sapa yang
dia kena hulur dan kadang-kadang dia ajak saya pergi sekali.

Ya ALLAH, memang menakutkan. Boleh di katakan hampir semua k/tangan yang terlibat
dengan kontrak ambil rasuah, tak kira yang tua, muda, jantan, betina malah bapok pun
minta juga.
Ada sorang tu dak nak beranak sangat pun tapi tetap minta.

Yang sorang lagi ni masa dalam wad hospital pun minta. Tak berapa bulan lepas tu terus
meninggal.

Tak lama lepas tu saya pergi umrah. Lepas balik umrah terus lepas jawatan. Takut nanti
mati masa kerja apa nak jawab kat ALLAH.

Saya rasa keadaannya sekarang dah teruk sangat. Sebab itulah orang-orang besar seperti
Raja Nazrin pun dah bersuara.

Dengarlah nasihat TGNA, orang yang ambil rasuah ialah orang yang rendah akal. Dalam
satu ceramah tu TGNA kata, orang yang rasuah ini ialah orang bodoh.

Sebab apa bodoh?, sebab kalau dia nak masuk syurga, dia mesti bertaubat. Kalau nak
taubat, merti pulangkan balik harta rakyat yang dia balun. Kalau dah tahu kena
pulangkan balik, buat apa pandai-pandai nak ambil sekarang?

Tang mana cerdiknya seseorang itu kalau hidup senang di dunia tapi bila mati masuk
neraka?Begitulah pemikiran pemimpin yang berwawasan, fikir sampai akhirat.

Satu lagi yang saya takut ialah kadang-kadang sahabat, saudara mara, adik beradik kita
pun terlibat sama sebab bila sudah masuk dalam sistem yang begini amat susah nak
mengelak diri.

Ianya dah jadi budaya. Ada kkawan saya sebelah sana kata hanya 3 golongan yang tak
rasuah. 1. Malaikat 2. Orang gila 3.Orang Bodoh. Fikirkanlah.null

» Reply to this comment...

Posted by bin ali, on 07-11-2007 13:07, IP 211.25.51.1, Guest


13. ...
ustaz, perlu tak ustaz terjun sekali dalam dunia haraki? saya bimbang nanti dunia haraki
diterajui oleh orang-orang yang kurang tepat keahliannya.

» Reply to this comment...

Posted by akujahil, on 07-11-2007 05:35, IP 60.52.96.12, Guest


14. ...
Singapore yg ke empat,
Sudah tentu, tak perlu terperanjat.

Kita tak usah bermimpi nak tandingi Singapore, sebuah negara yg mementingkan
keilmuan dari yang lain.

Negara kita, sekarang nampak lebih mementingkan hiburan dari keilmuan. Artis2
diagung2kan.

Majlis ilmiah pun sekarang dihos oleh artis.


Mereka yang berjaya dalam pelajaran diketepikan dan dipandang sepi sahaja.

Bagaimana kita mahu mendidik generasi akan datang supaya berpekerti tinggi?

Tepuk dada, tanya Iman. Semoga diberi kekuatan oleh Allah untuk saya dan semua
bangsa seagama mengubah taraf budaya hidup kita. Insyallah.

» Reply to this comment...

Posted by adi_sg, on 07-11-2007 05:35, IP 60.52.96.12, Guest


15. ...
sebagai org seberang tambak, memang sejak dahulu kala lagi cerita rasuah di JB ni tak
habis2.

Saya rasa masalahnya adalah kerana tiada penguatkuasaan hukum secara ketat dan
kerana gejala ini bukan sahaja di kalangan orang bawahan, malah ia termasuk mereka
yang berpangkat dan jawatan tinggi.

» Reply to this comment...

Posted by Bro, on 06-11-2007 18:31, IP 60.52.97.83, Guest


16. ...
Masih lagi nak bermegah-megah dgn projek angkasa? Pucuk pimpinan tak usahlah nak
mewarwarkan negara kite M'sia sbg negara Islam contoh dsb. Kita patut mengambil ape2
point yg baik dari negare2 maju walaupun negara kafir..bkn pandai kutuk dan cari
kelemahan mrk.

Mereka ni maju sbb terapkan nilai2 Islam spt bebas rasuah, buat kerja dgn itqan, dsb.
Negare Islam pulak tinggalkan amalan2 ini...camne nak maju? Tapi kan..mengikut
sunnatullah, setiap negare yg mencapai tahap yg tertinggi, akan menjunam
akhirnye..slowly but surely.

Negare yg di bawah pule akan naik..TAPI mestilah dgn kesungguhan dlm menerapkan
nilai2 murni Islam. Wawasan 2020 tak lame lagi. Agak2 bole capai ke dgn keadaan
kemelut skrg ni? Ape sumbangan kite dlm merealisasikannya?
» Reply to this comment...

Posted by mujahid, on 06-11-2007 12:46, IP 211.25.51.1, Guest


17. ...
Rasuah ini saya lihat cuma salah satu dari beribu2 simptom yg timbul akibat dari perkara
pokok yg diabaikan iaitu ingkar untuk melaksanakan sistem/hukum Allah..

Apabila Islam tidak lagi menjadi panduan manusia, bermacam2 perkara yg negatif akan
timbul..
kerana itulah kita diseru supaya masuk ke dalam Islam secara syumul dan bukan hanya
ketika hendak solat sahaja tetapi dalam urusan kehidupan sehari2 pun mestilah mengikut
panduan Islam..

hidup tanpa berpegang dgn Islam umpama berjalan di malam yg gelap tanpa
cahaya...wallahulam

» Reply to this comment...

Posted by John, on 06-11-2007 12:44, IP 211.25.51.1, Guest


18. ...
masalah kat Malaysia ni sebab ada Islam dan kafir
yang Islam banyak kerja kerajaan - makan gaji
yang kafir plak berniaga dan kaya
then masa ini lah yang kafir tu bole offer pada yang Islam tu masa berurusan
yang lebih menyedihkan
yang Islam yang dah biasa makan rasuah dari yang kafir

pun nak juga makan rasuah dari yang Islam


then...

lebih utamakan urusan yang kafir yang dah bayar


lama kelamaan (dah lama dah pun)...

ekonomi Islam kat Malaysia sendirik yang semakin terhimpit

» Reply to this comment...

Posted by Yan, on 06-11-2007 12:43, IP 211.25.51.1, Guest


19. ...
Manis itu lazat, tapi bila berlebihan dapat diabetes.

Pengidapnya dgn sendiri ada self-motivation untuk


kurangkan gula utk legakan kemudaratan.
Rasuah ni jenis penyakit yg payah cari self-motivation utk buat self-correction sebab
mudaratnya tak nampak depan mata. Yang nampak keseronokan, dan syaitan pun
berpesta menghiasinya.

InsyaAllah, rasuah boleh dibenteras dgn top-down approach, kerana penyakit jenis ini
ubatnya perlu banyak unsur paksaan.

Sesungguhnya kita ternanti-nanti "very strong leader" yg sedia berkorban untuk


mematikan punca-punca barah rasuah yg sudah pun berakar umbi, dah jadi budaya.

Cakap senang, tak ramai sanggup.

Mari kita buat apa yg termampu, semoga ia menjadi asbab utk datangnya "strong leader"
tersebut. Semoga Allah memudahkan segala yg halal utk kita.

» Reply to this comment...

Posted by SittingB, on 06-11-2007 08:24, IP 211.25.51.1, Guest


20. ...
Saya teringat di Europe ada budaya dipanggil "Dutch Treat".

Tapi kita kat sini kalu supplier gi ke customer mesti supplier kena belanja customer.

Dah jadi macam adat pulak. Kalu customer gi visit supplier pun supplier belanja
customer.

» Reply to this comment...

Posted by Udin, on 05-11-2007 18:26, IP 60.52.99.44, Guest


21. ...
benarkah pada era pemerintahan Pak Lah gejala rasuah semakin meningkat?

Adakah rakyat Malaysia kekurangan nilai integriti? kemana perginya kepercayaan


kepada Tuhan??

» Reply to this comment...

Posted by Untuk Shiha dari Ali, on 05-11-2007 18:26, IP 60.52.99.44, Guest


22. ...
Written by Shiha on 2007-11-05 06:48:34Salam..

Saya sering tertanya - tanya..

1) Kerana negara mereka maju (bermakna kaya), maka kadar rasuah adalah rendah; atau,
kerana kadar rasuah mereka rendah, maka negara mereka maju?

Perkiraan saya : Definasi negara maju antaranya adalah rakyatnya memnpunyai purata
pendapatan yang tinggi...oleh kerana itu mereka tidak mudah mencari wang lebih...Tetapi
cuba lihat Malaysia pula , dengan harga barangan semakin meningkat , tol ,
minyak....nafsu dalam hati pula nak kereta model terbaru , rumah besar ...tapi gaji masih
kecil ( kenaikan terlalu kecil )...Itu merupakan antara motivasi rasuah......

Mengapa Singapura kurang rasuah ? Ini adalah kerana pada tahun 1980`an ,
pemerintahan Singapura telah mengadakan kenaikan gaji yang amat besar kepada pekerja
sektor kerajaan ( malah lebih besar dari swasta ).....itu adalah antara sebab penjawat
awamnya tidak mengambil rasuah dan hasilnya kini lihatlah kemajuan yang Singapura
telah di capai melalui pembangunan "MODAL INSAN".

Walaubagaimanapun Singapura maju dari segi pembangunan tetapi kebebasan akhbar


mereka adalah seteruk Malaysia juga...jadi masih ada kurangnya...

Jika anda rajin tanyakan kepada rakan-rakan yang pernah belajar di London...jikalau 50
pound buat pergi ke pasar berapakah barang yang boleh di dapati....(Pebandingan apple
to apple .- -Tutup

2) Dan juga, disebabkan negara miskin (desakan hidup meningkat), maka kadar rasuah
tinggi; atau sebaliknya?

Itu sudah semestinya . Sila rujuk http://www.nationmaster.com untuk buat correlation.-


Tutup

In a simplest way of a layman's term - kalau negara miskin dibantu oleh negara kaya;
atau tidak ditekan dari segi ekonomi oleh negara kaya, maka kadar rasuah dapat
dikurangkan?

Perkiraan saya : Tak perlu bantu , kita sendiri sebagai rakyat patut perkuatkan Islam
dalam diri kita , lepas tu tegurlah kerajaan untuk berbuat sesuatu dalam menangani gejala
rasuah melalui parti politik pilihan....kalau tak boleh , zahirkan ketidak puasan hati anda
dalam pilihanraya nanti. - Tutup

Sebab, kalau faktor keimanan (or the lack of it) yang menjadi isu, ia tidak ada kena -
mengena dengan negara kaya yang sememangnya bukan negara Islam; tapi menunjukkan
kadar rasuah yang rendah.

Perkiraan saya : Sila rujuk forum perbincangan kedua dalam artikel Angkasawan
( mengenai Istidraj ) - rasanya boleh relate pada negara maju bukan beragama islam.
Lagipun kebanyakan negara maju ini telah lama ada sejak ribuan tahun lagi jadi mereka
telah banyak belajar dari pengalaman lalu dan juga cedok dari Kerajaan Islam ketika
dahulu. - Tutup

Walaubagaimanapun, ini juga menunjukkan negara miskin (yang kebanyakannya Islam)


mempunyai cabaran yang lebih besar (dari segi ekonomi) untuk membanteras rasuah
berbanding dengan negara kaya; dan sesungguhnya jika rakyatnya benar - benar
mengikut lunas Islam, mereka merupakan umat Islam yang benar - benar hebat kerana
berjaya melawan nafsu walaupun menghadapi cabaran yang hebat.

Perkiraan saya : Saya setuju....Walaubagaimapun sistem kapitalis yang di terajui Barat


telah banyak menyusahkan banyak negara Islam , dan jika pemimpinnya tak cekap ,
negara itu juga akan ter "assimilate". Pernah dengar "Daulah Islamiyyah" ?Itu yang kita
mahu...... Sila rujuk artikel Uzar mengenai Dinar Dirham untuk pemahaman lanjut -
Tutup

Saya amat berharap agar diperbetulkan jika kenyataan saya ini tidak tepat / salah.
Wallahua'lam dan wasalam.

» Reply to this comment...

Posted by w kadir, on 05-11-2007 18:15, IP 60.52.99.44, Guest


23. ...
Memalukan negara Islam, malaysia ke 44, Arab Saudi pun tempat ke 79 dan Negara
islam lain pun lebih teruk dari Israel, Jepun dan lebih-lebih lagi jiran kita Singapura.

Sepatutnya semua orang lebih-lebih lagi pihak berkuasa atau politik mesti sedar tentang
geala yang meruntuhkan maruah Agama Islam dan negara Islam.

» Reply to this comment...

Posted by raIHaN, on 05-11-2007 11:27, IP 211.25.130.42, Guest


24. ...
Astaghfirullahalazim..kesian kat bangsa Melayu ni..

"Sekiranya bulan diletakkan di tangan kananku dan matahari di tangan kiriku nescaya
aku tidak akan sekali-kali meninggalkan tugas menyebarkan Islam ini."..
Ini adalah quote Nabi yg paling mahal dan amat payah diterima pakai dan difahami oleh
golongan manusia yg dah terbiasa dgn gejala rasuah ni al maklum la hati dah gelap..sedih
tul..

Sebab gejala rasuah ni juga la keluar statement Nabi yg lebih kurang begini "Umatku
akhir zaman ramai sekali tetapi ibarat buih2 di lautan"..ramai je lebih tapi bila di
perlukan utk menegakkan urusan agama tetiba je jadi bebuih di lautan..sbb ape jd mcm
tu?Nabi tambah lg "kerana mereka di timpa penyakit wahn/wahnu (cinta dunia benci
akhirat)..
Nak berlagak dan nak tunjuk mcm mewah punya lifestyle sanggup ambil rasuah sanggup
beri rasuah semata mata nak memuaskan nafsu jahatnya sendiri..
Bg saya is almost complete keterangan Uzar mengenai 'kesan' rasuah pd diri,keluarga
dan masyarakat seperti yg ada dlm artikel Uzar di atas..Yg miskin makin miskin yg kaya
makin kaya..Itu tahan lg,yg miskin ni takut terkesan dgn perbuatan org kaya ni(kononnya
la pdhal rasuah punya kaki)sanggup buat sesuatu yg lebih buruk lg drpd perbuatan
merasuah..
Tak semua org kaya yg terlibat dgn rasuah..(kita boleh lihat dari tawajuhnya,agama dan
akhlaqnya..
"Org kaya soleh lebih dari org miskin yg kufur,org miskin yg soleh lebih baik dari org
kaya yg soleh"..Ingat quote nya di sini adalah soleh..
Miskin yg dikatakan kufur adalah mereka yg dah la miskin lalai pula mentaati perintah
Allah..maka makin hampir la pd kufur..

Miskin yg soleh pula tidak bermakna mereka tidak ingin pd kekayaan dunia tetapi kerana
berilmu,beriman dan taqwa pd Allah serta takut kalau2 kekayaan meyebabkan mereka
lalai dari mengingati Allah menyebabkan hati mereka terlalu jauh dari mencintai
keduniaan..Bg org miskin yg soleh sering berkata dlm hati mereka "Cukup lah Allah bg
diriku"..Baru la tulen lg asli keimanannya..Tmpt turun rahmat dan keberkatan kata Nabi
adalah pd kehidupan org miskin yg soleh..
Kalau nafsu terasa nak bermewah mewah aje lekas2 la ingat dan cari tmpt org miskin dan
lihat pd kehidupan mereka..Ingat org miskin yg soleh bkn org miskin yg kufur..

Setiap harta yg ada pd diri kita kelak akan di tanya dari mana sumbernya,guna ker
tidak,ade tak belanja pd jln Allah dan mcm2 lg..Ya Allah takutnya..

Dahulu zmn Nabi,Kaabah di kelilingi oleh 360 berhala..Tuhan org org zmn
jahiliyah..Kini zmn kita bkn kata Kaabah aje yg di kelilingi pembangunan yg memuncak
tapi diri kita kelilingi oleh $$$..jgn jadikan $$$ sebagai tuhan..$$$ tak boleh bg
manafaat/ mudharat tanpa izin dari Allah s.w.t..Kalau duit boleh beli sembuh,boleh
kebahgiaan,boleh beli cinta takde hal la..

$$$ boleh buat $$$..$$$ invest dgn jln yg bathil..$$$ jd tuhan zmn moden..Bkn
bermakna suruh tinggalkan usaha utk cari duit,tapi usaha utk nafikan bahawa
duit,ubat,makanan dan sebagainya tak dpt beri manafaat/mudharat tanpa izin dari Allah
s.w..t..Sebagaimana kita bershahadah sebagai seorg muslim "Aku bersaksi tidak ada
tuhan yg si sembah melainkan Allah dan bersaksi bahawa Muhammad itu pseruh Allah"..

Ya Allah jauhi kami dari perbuatan rasuah/memberi rasuah ini..


Payahla bg kami utk mencium syurga Mu kerana daging kami di seliputi daging yg
haram..
Jauhkan la hati kami dari mencintai keduniaan..

"Barangsiapa yg menjadikan dunia sebagai matlamat hidupnya nescaya Allah s.w.t. akan
mencerai beraikan segala urusannya dan mengurniakan rezeki sekadar yg ditetapkan,dan
barangsiapa yg menjadikan akhirat sebagai matlamat hidupnya nescaya Allah s.w.t. akan
menghimpunkan segala urusannya dan mengurniakan rezeki yg tak di sangka-
sangka..(Hukamak)
Wallahualam..

» Reply to this comment...

Posted by riani79, on 05-11-2007 10:57, IP 211.25.130.42, Guest


25. ...
Pada saya rasuah seringkali berlaku tanpa disedari kerana jahilnya insan tentang definisi
rasuah yang sebenar.

Inikan pula masyarakt umum yang melakukan rasuah sedangkan golongan ustaz dan
ustazah sendiri ada yang terlibat kerana kejahilan mereka.

Sebagai contoh mudah ada seorang ustaz mencadangkan saya meminta pertolongan
mana-mana pihak untuk mudah mendapat peluang mengikuti kursus KPLI yang
sememangnya amat payah utk ditembusi kerana ada yg berpendapat hampir semua yg
dapat mengikuti program ini mempunyai orang dalam.

Kalu tak ada orang dalam maka jangan harap Nak dapat. Alhamdulillah saya tidak
mengikuti kata-kata ustaz tersebut tetapi saya berusaha sendiri utk menjadi seorang guru
dan kini saya menjadi guru di sebuah kolej tanpa bantuan orng dalam semuanya atas

daya usaha,tawakal dan pertolongan ALLAH...

» Reply to this comment...

Posted by amoi, on 05-11-2007 10:56, IP 211.25.130.42, Guest


26. ...
Artikel yg bagus dari Uzar.

Bagus utk umat ISlam tengok. Ustaz dulu tempat keja ana dulu, ex boss ana slalu dpt
hamper pastu dia tak amik sorang, dia bagi kat setiap staff yg ada..tu pun rasuah ke
Ustaz?

Sbnrnya ia bergantung dgn niat pemberikan Ustaz, jadi nak selamat baik jgn terima atau
infaqkan...tul kan Ustaz?

Susah juga zaman skrg nie sb mana-mana je ada je rasuah yg tak disedari, sb skrg ramai
org buat baik sb ada makna...

» Reply to this comment...

Posted by Shiha, on 05-11-2007 06:48, IP 60.52.97.175, Guest


27. ...
Salam..
Saya sering tertanya - tanya..
1) Kerana negara mereka maju (bermakna kaya), maka kadar rasuah adalah rendah; atau,
kerana kadar rasuah mereka rendah, maka negara mereka maju?

2) Dan juga, disebabkan negara miskin (desakan hidup meningkat), maka kadar rasuah
tinggi; atau sebaliknya?

In a simplest way of a layman's term - kalau negara miskin dibantu oleh negara kaya;
atau tidak ditekan dari segi ekonomi oleh negara kaya, maka kadar rasuah dapat
dikurangkan?

Sebab, kalau faktor keimanan (or the lack of it) yang menjadi isu, ia tidak ada kena -
mengena dengan negara kaya yang sememangnya bukan negara Islam; tapi menunjukkan
kadar rasuah yang rendah.

Walaubagaimanapun, ini juga menunjukkan negara miskin (yang kebanyakannya Islam)


mempunyai cabaran yang lebih besar (dari segi ekonomi) untuk membanteras rasuah
berbanding dengan negara kaya; dan sesungguhnya jika rakyatnya benar - benar
mengikut lunas Islam, mereka merupakan umat Islam yang benar - benar hebat kerana
berjaya melawan nafsu walaupun menghadapi cabaran yang hebat.

Saya amat berharap agar diperbetulkan jika kenyataan saya ini tidak tepat / salah.
Wallahua'lam dan wasalam.

» Reply to this comment...

Posted by ajim, on 05-11-2007 06:47, IP 60.52.97.175, Guest


28. ...
gejala rasuah bg saya mustahil utk dihapuskan secara total.. tapi boleh dikurangkan

secara berperingkat.. perlukan lebih ketelusan sistem pemerintahan..

You might also like