You are on page 1of 1

Konsep Baik, Benar,dan Patut

1.0 Konsep Baik, Benar dan Patut Individu yang bermoral harusnya memegang kepada konsep baik, benar dan patut. Contohnya: Kita patut melakukan apa yang baik dan benar. Anda patut berkelakuan baik. Anda patut makan makanan berkhasiat Menderma adalah satu perbuatan yang baik dan patut dilakukan Sesuatu tindakan itu dikata baik atau benar sekiranya tindakan sejajar dengan tugas dan tanggungjawab, dan salah jika perlakuan/tindakan bertentangan konsep baik dan benar.Konsep ini adalah agak abstrak dan ahli falsafah yang berlainan telah mentakrifkannya dalam kontek satau pendekatan yang berbeza. 1.1 Konsep Baik Baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya. Ia merujuk kepada perasaan dalaman individu terhadap sesuatu yang telah digunakannya. Makna baik: 1. Secara fizikal: alat yang banyak faedah dan kepuasan dari segi penggunaan 2. Kepuasan diri: memuaskan hati pengguna dari segi rupa, mutu, kecekapan dan sebagainya 3. Kelakuan:gerak-geri yang ditunjukkan, sesuai atau tepat dan memberi sokongan atau persetujuan 4. Penyakit: dalam proses pulih atau balik kepada asalnya.

1.2

Konsep Benar Benar bermaksud betul dan mengandungi ciri-ciri penjelasan nilai, mempunyaif akta-fakta, sebab-sebab, dan bukti-bukti yang sah atau diterima oleh majoriti. Perkataan benar boleh dilihat dari segi: i. kebenaran mutlak kepadaTuhan kebenaran secara saintifik sesuatu kebenaran yang boleh dibuktikan dengan fakta atau maklumat yang dikumpul dan dianalisis secara saintifik. kebenaran secara relatif pada sesuatu situasi tertentu benar wujud secara relatif dan bukan mutlak seperti yang terdapat dalam pantang larang dan peraturan adat. Konsep Patut

ii. iii.

1.3

Patut bermaksud seharus, mesti, atau sesuaidan mempunyai unsur bertindak secara waras dan bijaksana

You might also like