You are on page 1of 3

Permainan Tradisional

Jengkek Kapal Terbang

Maksud permainan tradisional ini ialah permainan yang ditubuhkan oleh orang
melayu dari dulu lagi.Matlamat utama bagi apa jua permainan tentunya tidak lari
daripada memberi hiburan dan kegembiraan. Di samping itu, secara tidak langsung
wawasan riadah ialah untuk mengeluarkan peluh agar tubuh sentiasa dalam tahap
kesihatan yang memuaskan. Namun, untuk menghayati dan menghidupkan sesuatu
permainan, kemahiran diperlukan untuk menyesuaikan permainan. Konsep ini cukup
terserlah dalam satu permainan laman yang dimainkan di kampung-kampung
terutamanya sejak dahulu hingga hari ini. Permainan ini popular dengan nama "Jengkek
Kapal Terbang".

Permainan ini boleh dikatakan sudah sebati kepada kanak-kanak perempuan


memandangkan sebahagian besar pemain yang mengambil bahagian ialah kanak-kanak
perempuan. Namun begitu, tidaklah terlalu janggal sekiranya kanak-kanak lelaki pun
turut bermain sama. Namun, "kapal terbang" itu diperolehi daripada petak atau
gelanggang itu yang khusus dibina untuk bermain. Gelanggangnya terdiri daripada petak-
petak empat persegi yang disusun sedemikian rupa yang menampakkan imej sebuah
"kapal terbang". Terdapat lima petak empat segi yang dilakarkan sebaris. Pada petak ke
empat terdapat tambahan satu petak lagi di kiri dan satu lagi di kanan yang menimbulkan
rupa sekali imbas seperti sayap kapal terbang. Di sebelah kanan pada petak pertama pula
terdapat tambahan petak yang berukuran separuh petak yang dipanggil "tangga" yang
kelihatan seperti ekor kapal terbang.

Kawasan bermain jengkek ini tidak perlu luas. Memadai jika kawasan itu dapat
menampung 8 buah petak. Kanak-kanak perempuan terutamanya tetap menunjukkan
kewibawaan mereka. Sedar dan tahu pentingnya keselamatan, mereka memberikan
perhatian yang sewajarnya ke atas tapak permainan. Jika terdapat tunggul atau kayu,
maka dibersihkan dahulu. Keselamatan tapak perlu dititikberatkan kerana tapak tidak
mudah dipindah-pindahkan. Paling kurang, permainan ini dimainkan oleh 2 orang. Jika
lebih ramai yang terlibat, tentu lebih seronok. Sebelum itu "buah" untuk permainan mesti
disediakan, ianya diperbuat daripada sesuatu objek yang agak sesuai contohnya kepingan
papan penutup botol dan apa sahaja asalkan berat agar hasil lemparan nanti lebih mantap.
Bagi menentukan siapa yang layak mula dahulu, satu undian yang unik dijalankan.
Masing-masing berdiri bahu-membahu membelakangi garisan tadi. Kemudian masing-
masing melempar "buah" secara membelakang, sejauh yang mungkin. Siapa yang jauh
mendapat hak bermain yang pertama.
Permainan ini nampak mudah tetapi akan menyusul pelbagai halangan yang
semakin lama semakin sukar. Dalam pusingan pertama pemain disyaratkan membawa
"buah" dengan cara menatangnya di atas belakang tapak tangan. Jika "buah" terjatuh,
pemain dikira "mati". Ini bermakna pemain seterusnya mendapat peluang berjengkek.
Jika pemain berjaya menamatkan 9 "ting" dan 2 "Brak" tanpa menjatuhkan "buah", dia
perlu melambung "buah" dan menyambutnya secara kaut dengan kedudukan tapak tangan
menghala ke bawah.

Kemudian barulah dia berhak mendapatkan "rumah". "Buah" mestilah mendarat


di mana-mana petak iaitu dengan melempar membelakangi gelanggang untuk
mendapatkan rumah. Dengan itu, pemain lain tidak boleh bertingting lagi dalam petak
"rumah" orang. Pemain lain boleh bertingting di petak "rumah" orang dengan kebenaran
tuannya.

Nilai juara dalam permainan tingting kapal terbang terletak pada "kemewahan"
iaitu banyaknya "rumah" yang berjaya dimiliki seseorang pemain. Malah permainan itu
terpaksa ditamatkan apabila semua petak sudah bertukar menjadi "rumah". Namun
bukanlah secepat dan semudah itu menukarkan semua petak menjadi "rumah".
Seandainya "buah" yang dilemparkan mendarat di "rumah" sendiri, maka rumah itu di
kira "hangus" iaitu bertukar menjadi petak semula dan pemain dikira "mati".

Sistem undian yang unik dijalankan. Satu garisan panjang dilakarkan di atas
tanah, masing-masing berdiri bahu membahu membelakangi garisan dan melemparkan
"IBU" sejauh yang mungkin. Giliran pemain ditentukan dengan melihat jarak masing-
masing dari garisan. Salah seorang pemain berjengkek dengan membawa "IBU" di atas
tangan mengelilingi petak-petak tersebut. Salah seorang pemain berjengkek dengan
membawa "IBU" di atas tangan mengelilingi petak-petak tersebut. Pemain berjengkek
memasuki kesemua petak dan terpaksa melangkah terus dari petak 3 ke petak satu kerana
petak nombor 2 sudah ada tuan rumah. Permainan Jengkek Kapal Terbang dan juga
dikenali sebagai Tinting Kapal Terbang.

Sebenarnya, permainan ini juga ada pengajaran nilai-nilai moral iaitu semangat
kerjasama, timbang rasa, tolak ansur, saling menghormati dan kesabaran.

Lakaran gelanggang "Jengkek Kapal Terbang".


Nama "Kapal Terbang" itu diperolehi daripada
gelanggang yang disusun sedemikian rupa dan
merupakan imej sebuah kapal terbang.

You might also like