You are on page 1of 5

PROSES JAHITAN DALAM MEMBUAT PAKAIAN

a) KELIM

Kelim ialah cantuman dua atau lebih kepingan fabrik untuk memberi bentuk pada pakaian
atau artikel. Kelim yang dijahit mestilah sesuai dengan pakaian yang hendak dijahit dan lebar
kelim mesti sekata di seluruh pakaian. Pemilihan kelim pada pakaian bergantung kepada jenis
fabrik yang digunakan, kedudukan kelim dan jenis pakaian.

Faktor
Kelim Jenis fabrik Kedudukan Jenis pakaian

Kelim belah Bahagian lurus dan


Semua jenis fabrik Semua jenis pakaian
kangkung melengkung

Fabrik nipis dan


Kelim betawi Bahagian lurus Pakaian kanak-kanak
berjerumbai

Kelim papan
Fabrik sederhana tebal Bahagian lurus Seluar jeans, kemeja
mesin

Bahu mendatang dan


Kelim lipat tindih Fabrik sederhana tebal Pajama, skirt dan blaus
skirt mendatang

• Perkara-perkara yang mesti diberikan perhatian semasa menyediakan kelim :

1. Gunakan kelim yang sama untuk seluruh pakaian


2. Kelim perlu dijahit tepat pada garis pemadan untuk mendapatkan bentuk dan
rupa yang elok
3. Lebar kelim yang dijahit mesti seragam iaitu sama lebar pada keseluruhan
pakaian
4. Kelim yang dijahit mesti rata dan kemas
5. Ketegangan jahitan mesti betul dan sesuai supaya hasil kelim tidak berkedut
6. Pilih jenis kelim yang sesuai dengan pakaian dan jenis fabrik. Kelim yang rata
dan kurang tebal sesuai digunakan untuk fabrik jenis tebal. Untuk fabrik nipis
pula, pilih kelim yang rata dan kemas.

1
Kelim Belah Kangkung
Kelim belah kangkung ini senang dijahit dan sesuai digunakan pada gaun, blaus, skirt dan seluar
daripada fabrik yang sederhana tebal atau tebal.

CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN


 Rata dan terbuka  Jahitannya tidak  Tidak begitu kukuh
 Terdiri daripada sebaris jahitan kelihatan di sebelah luar kerana hanya
disebelah dalam pakaian pakaian mempunyai sebaris
 Mata jahitan tidak kelihatan dari jahitan
sebelah luar artikel  Tidak sesuai untuk fabrik
 Lebar kelim yang siap dijahit nipis kerana ia kelihatan
ialah 1.25cm pada sebelah luar
pakaian

I. Langkah-langkah menjahit :
Langkah-langkah Tunjuk cara

a. Temukan sebelah luar fabrik pada garis


pemadan.
b. Semat dan jelujur pada garis pemadan.
c. Tanggalkan peniti dan jahit mesin tepat
pada garisan pemadan.

d. Buka kelim dan tekan rata.

2
II. Kaedah mengemas dengan jahitan mesin :

a. ukur basi kelim 1.2cm daripada garis


pemadan.
b. Lipatkan tepi fabrik ke sebelah dalam
dan tekan.
c. Jahit mesin di atas tepi lipatan.
d. Trim basi kelim hamper dengan jahitan
mesin.

III. Kaedah lain untuk mengemas kelim belah kangkung :

Jahit lilit ubi Jahit pucuk rebung Jahit zig zag

Menggunakan kun Jahit insang pari Menggunakan kedua-dua


tepi fabrik

3
Kelim Betawi

Kelim betawi sesuai untuk fabrik yang nipis dan berjerumbai seperti pakaian bayi, pakaian kanak-
kanak, blaus dan pakaian dalam. Kelim ini kemas kerana basinya tersembunyi.

CIRI-CIRI KEBAIKAN KEBURUKAN

 Mempunyai 2 baris mata  Teguh kerana mempunyai  Agak tebal dan kurang
jahitan dua baris jahitan sesuai untuk fabrik tebal
 Lebar basi kelim yang siap  Jahitannya tidak kelihatan  Mengambil masa yang
dijahit ialah 4mm hingga 6mm pada sebelah luar lama untuk dikeringkan
 Tidak bergulung  Tahan lama dan rata kerana terdiri daripada
 Mudah didobi dan lipatan 2 fabrik
diseterika

Langkah-langkah menjahit :
Langkah-langkah Tunjukcara

a. Temukan sebelah dalam (S.D) fabrik.


Semat, jelujur dan jahit mesin dengan
jarak 6mm dari garis pemadan.

b. Gunting basi kelim hingga lebarnya


tinggal 3mm.

c. Buka kelim dan ratakan pada S.D


supaya tidak beralur apabila
diterbalikkan.

4
d. Terbalikkan kelim supaya sebelah luar
(S.L) fabrik bertemu.
e. Semat, jelujur dan jahit mesin di atas
garisan pemadan.
f. Tanggalkan jahitan jelujur.

g. Tekan kelim yang sudah siap supaya


menghala ke arah belakang pakaian
pada sebelah dalam.

You might also like