You are on page 1of 10

Satu sistem dasar akhlak, adat atau tingkah laku

atau kesusilaan (Dewan Bahasa & Pustaka,


1995)
Prinsip moral atau set prinsip moral (Kamus
Oxford, 1994).
Tanggungjawab dan akibat tingkah laku
seseorang atau profesion terhadap masyarakat.
Dari persepktif Islam, etika merujuk kepada
tingkah laku betul berasaskan Al-Quran dan
ketakwaan kepada Allah.
Semua garis panduan yang bertujuan
meningkatkan tahap kualiti, produktiviti
dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek
yang berkaitan dengan peraturan dan
peradaban, peranan nilai, serta tingkah
laku profesion dalam masyarakat.
Mencakupi sebahagian besar kehidupan
ahli profesional kecuali hal-hal yang benar-
benar peribadi seperti mencuci kereta,
menanam bunga dll.
Dalam Islam, etika ialah akhlak yang
diamalkan oleh manusia yang bertakwa
dalam keseluruhan hidupnya.
• Bermaksud satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap
masyarakat dan negara, pelajar, rakan
sejawat dan ibu bapa pelajar.
Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi
memartabatkan profesion perguruan. Kod etika
dianggap penting kerana:

Kod etika menyediakan garis panduan


bagaimana bertingkah laku dalam profesion
perguruan. – Sesuai untuk dirujuk dan
diamalkan oleh guru.

Kod Etika Perguruan menyatakan dengan


jelas tentang tanggungjawab guru terhadap
pemegang amanah dalam bidang pendidikan.
– Guru lebih faham dan jelas tentang
tanggungjawab mereka.
Kod Etika dalam bentuk dokumen, usaha untuk
menyemak semula kod ini dapat dilakukan. –
Kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat
menerusi sejauh mana kod etikanya boleh
dipertahankan dan dikuatkuasakan.

Menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan


lagi imej profesion perguruan secara hitam putih
dan rasmi. – Membuka mata masyarakat untuk
menghayati tanggungjawab guru yang luas dan
berat dan menyokong guru dalam mencapai
matlamat pendidikan dan negara.
• Kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika
Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan
tertentu berbanding kod etika di negara lain. –
Guru dapat melihat keunikan etika yang
diamalkan sama ada di negara ini ataupun di
negara lain.
• Etika kerja merupakan nilai-nilai yang penting
dalam sesebuah organisasi. – Pengamalan etika
dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan
yang diberi dalam menjalankan tugas, serta
memupuk tanggungjawab bersama dan
mengeratkan perhubungan atnara ahli dalam
organisasi (INTAN, 1991).
Etika Kerja Kementerian Pelajaran Malaysia
perlu dilaksanakan dan dihayati berdasarkan
prinsip-prinsip berikut:-

Niat yang betul


Perlakuan yang baik
Pengerak ke arah kebaikan
Memperkotakan apa yang dikatakan
Berdisiplin dan beradab
Menghargai dan bertanggungjawab hasil usaha
organisasi
Walaupun banyak terdapat nilai-nilai mulia,
tetapi tujuh nilai utama menjadi fokus Etika Kerja
Kementerian Pelajaran Malaysia. Nilai-nilai itu
adalah:

Amanah
Benar
Bijaksana
Bersyukur
Dedikasi
Ikhlas
Penyayang

You might also like