P. 1
Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

Zaman Penjajahan British Di Tanah Melayu

|Views: 48|Likes:
Published by Nadziela Yusof
- Penjajahan British Di Tanah Melayu

- http://drsir.blogspot.com/2012/08/mpw-1133-
zaman-penjajahan-british-2.html
- Penjajahan British Di Tanah Melayu

- http://drsir.blogspot.com/2012/08/mpw-1133-
zaman-penjajahan-british-2.html

More info:

Categories:Types
Published by: Nadziela Yusof on Nov 06, 2013
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

03/19/2014

pdf

text

original

ZAMAN PENJAJAHAN BRITISH

Campur tangan British secara rasminya di negeri-negeri Melayu apabila termeterainya Perjanjian Pangkor di Perak pada tahun 1874, tetapi penglibatan British secara tidak rasmi di Tanah Melayu telah berlaku lebih awal lagi. Pada 11 Ogos 1786, Francis Light telah berjaya mengambil Pulau Pinang melalui tipu muslihat yang licik dari tangan kerajaan Kedah semasa pemerintahan Sultan Abdullah. Oleh kerana kedudukan Pulau Pinang yang strategik untuk dijadikan pangkalan tentera dan perdagangan, British cuba untuk bertapak di situ.

Pulau Pinang sebenarnya merupakan sebahagian daripada Kedah yang sedang menghadapi ancaman Siam dan Burma. Sebelum ini, Sultan Muhammad Jiwa telah membuat tawaran kepada British untuk membuka petempatan di Pulau Pinang sekiranya British sedia membantu Kedah menghadapi ancaman Siam. Tawaran tersebut diberi sekali lagi oleh Sultan Abdullah pula kepada British. Melalui tawaran ini, Sultan Abdullah meletakkan syarat-syarat bahawa British hendaklah mengawal perairan Kedah dan musuhnya juga adalah musuh British. Perbelanjaan perang akan

ditanggung oleh British sendiri dan kapal-kapal bebas berniaga di Kedah dan Pulau Pinang. Pampasan $30,000 wang Sepanyol hendaklah dibayar kepada sultan atas kehilangan beberapa keistimewaan dalam perdagangan.

British

hendaklah

mempertahankan

Kedah

daripada

ancaman

musuhnya.Tanpa mendapat kebenaran daripada pegawai atasan British di India, Francis Light telah bertindak sendiri bersetuju dengan syarat-syarat itu pada tahun 1785 dan apabila pegawai atasannya enggan menyetujui syarat-syarat yang telah ditetapkan kerana ingin menjaga kepentingan perdagangan dan politik dengan Siam, maka Sultan Abdulah telah mendesak supaya British meninggalkan Pulau Pinang. Keengganan British meninggalkan Pulau Pinang telah menyebabkan keadaan menjadi semakin tegang dan mereka menyerang Seberang Prai dengan menyebabkan Kedah mengalami kekalahan yang teruk dalam peperangan tersebut.

Bermula dari situ, bermulalah penjajahan ke atas Pulau Pinang dan seterusnya Seberang Prai pula jatuh ke tangan British apabila Kedah sering menyekat bekalan makanan kerana merasa tidak puas hati dengan syaratsyarat perjanjian yang telah dibuat pada tahun 1791 yang antara lainnya Sultan Kedah akan mendapat pampasan tahunan sebanyak $6,000 wang Sepanyol sahaja. Menyedari kedudukan Pulau Pinang agak jauh ke utara, British merancang pula untuk mencari satu pangkalan baru di kawasan yang berhampiran dengan Selat Melaka.

Pada 6 Februari 1819, Stamford Raffles berjaya menduduki Singapura apabila beliau campur tangan dalam pertikaian Tengku Hussin dengan Yang Dipertuan Muda Kerajaan Johor. Sebagai balasannya, Tengku Hussin membenarkan Raffles membuka petempatan di Singapura melalui satu perjanjian pada tahun 1819. Dalam perjanjian itu British sedia memberi perlindungan kepada Tengku Hussin dan menyediakan pampasan tahunan sebanyak $3,000 wang Sepanyol serta menetapkan pemerintahan Johor atau penggantinya tidak boleh mengadakan hubungan dengan kuasa Barat yang lain.

Dengan itu, British sudah dapat menguasai dua kawasan penting di Tanah Melayu.Pada tahun 1824, satu perjanjian telah ditandatangani di antara British dengan Belanda. Dalam perjanjian ini, kedua-dua pihak menetapkan garis sempadan kekuasaan masing-masing bagi mengelakkan pertembungan yang boleh mengakibatkan peperangan. Mengikut perjanjian tersebut, kawasan di utara dan timur selat Melaka diserahkan kepada British, manakala kawasan di barat dan selatan Selat Melaka diserahkan kepada Belanda. Belanda yang menduduki Melaka ketika itu menyerahkannya kepada British, manakala British menyerahkan Bangkahulu yang didudukinya ketika itu pada Belanda.

Faktor-faktor Campur Tangan British Di Tanah Melayu
Faktor Ekonomi

Merupakan

faktor

terpenting

campur

tangan

kerana British

memerlukan bahan-bahan mentah kerana ketika itu berlakunya revolusi industri di Eropah. Ramai pedagang British telah menanam modal di negeri-negeri Melayu khususnya di kawasan perlombongan.

Kebimbangan Campur Tangan Kuasa-kuasa Asing

Pada tahun 1870-an, kuasa-kuasa asing seperti Itali, Perancis, Jerman dan Rusia bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang akan dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah untuk tujuan industri.

Masalah Di Tanah Melayu

Perang saudara antara pembesar dan sultan dalam merebut takhta dan kawasan selain daripada itu, berlakunya pergaduhan antara Kongsi gelap Cina (Ghee Hin dan Hai San) dan juga kegiatan perlanunan di Selat Melaka.

Perubahan dalam kakitangan Pejabat Tanah Jajahan

Sebelum tahun 1871, pegawai-pegawai Pejabat Tanah Jajahan dan parti Liberal yang memerintah England tidak bersimpati langsung dengan rayuan-rayuan bagi kerajaan NNS campur tangan di Tanah Melayu untuk memulihkan keamanan.

Tetapi selepas tahun 1871, telah berlaku perubahan dalam kakitangan Pejabat Tanah Jajahan dan kabinet British yang melahirkan sentimen imperialisme (dasar luar yang aktif serta amalan berkuasa terus dalam tanah jajahan) di Britain. Golongan ini telah menyokong dasar campur tangan tersebut.

Pada tahun 1870, Lord Kimberley dilantik sebagai Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan dan mengarahkan Sir Andrew Clarke untuk melaporkan langkah-langkah yang boleh diambil oleh Kerajaan British untuk memulihkan keamanan di Tanah Melayu.

Peranan Sir Andrew Clarke
Sir Andrew Clarke yang menggantikan Sir Harry Ord sebagai Gabenor NNS pada bulan November 1873 merupakan sebab campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Atas inisiatif sendiri, beliau mengambil keputusan untuk campur tangan di Perak pada bulan Januari 1874 dan seterusnya di Selangor serta Sungai Ujong.

Faktor Kemanusiaan

Kerajaan British ingin menamatkan keadaan huru hara di Negeri-negeri Melayu bagi menyelamatkan nyawa dan harta benda. Ini merupakan pendapat Sir Frank Swettenham, namun pendapat ini kurang tepat.

Sistem Residen
Usaha British untuk campur tangan dan terlibat sama dalam politik di Negeri-negeri Melayu paling ketara pada tahun 1874. Akibat keadaan tidak aman terutama di kawasan perlombongan di Perak, British telah bertindak dengan membentuk dan menandatangani “Perjanjian Pangkor” pada tahun 1874 di Pulau Pangkor Perak. Bermula di Perak, sistem ini kemudian diperkenalkan di Selangor dan Sungai Ujong pada 1874, di Pahang pada 1888 dan di Negeri Sembilan pada 1889. Antara pegawai British yang pernah menjawat jawatan residen ini adalah seperti berikut: Perak Selangor Sg. Ujung Pahang : 1874 : 1874 : 1874 : 1888 : J.W.W. Birch : J.G. Davidson : Kapt. W. Tatham : J.P. Rodger : Martin Lister.

Negeri Sembilan : 1889

Kesan-kesan Sistem Residen
Politik
Keamanan dapat dipulihkan namun sistem tradisi di negeri-negeri berkenaan terjejas kerana sultan tidak lagi mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan para pembesar hampir hilang hak tradisi mereka. Ini adalah kerana residen terlampau berkuasa, maka mereka mentadbir mengikut cara sendiri kerana garis panduan tidak disediakan.

Ekonomi
Secara kemajuan keseluruhan, kerana negeri-negeri semakin yang giat terbabit ekoran menampakkan perkembangan pelaburan

perusahaan bijih timah dan tanaman lain seperti kopi dan getah. Kesan daripada kemasukan buruh yang ramai untuk bekerja di sektor ekonomi, petempatan mula berkembang dan menjadi perbandaran.

Namun berlaku ketidakseragaman pengagihan kekayaan antara negeri dan di dalam negeri itu sendiri. Sumber dan hasil ekonomi telah dimonopoli oleh pelabur-pelabur barat sedangkan kaum pribumi masih ketinggalan.

Sosial
Berlaku lain. Namun begitu kebanyakan infrastruktur tersebut disediakan di kawasankawasan yang terdapat kepentingan ekonomi Inggeris sahaja. kepesatan dalam penyediaan infrastruktur seperti sistem perhubungan, kesihatan, telegraf, pos, bekalan air, elektrif, sekolah dan lain-

Ini telah menyebabkan hubungan di antara penduduk tempatan dengan kaum imigran semakin renggang dan wujud perbezaan serta jarak sosial di antara mereka.

Negeri-Negeri Selat (NNS)
Apabila British berjaya menduduki negeri-negeri di Tanah Melayu dan membuat petempatan di Singapura, Pulau Pinang dan Melaka, mereka telah menyatukan wilayah-wilayah ini di bawah satu pentabiran yang disebut Negeri-negeri Selat (NNS) dan Pulau Pinang dipilih menjadi pusat pertama pentadbiran NNS.

Ia diketuai oleh seorang Gabenor dan setiap negeri diketuai oleh Residen Konsular. Gabenor NNS yang pertama ialah Robert Fullerton. Pada 1 April 1867, pentadbiran NNS dipindahkan dari Calcutta di India ke Pejabat di Tanah Jajahan di London.Pemindahan pentadbiran ini sebenarnya memberikan kesan kepada perkembangan sejarah tanah air. Antaranya pentadbiran NNS semakin cekap, pertanian niaga seperti lada hitam, gambir, buah pala, cengkih dan tebu semakin berkembang pesat.

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)
Untuk mengukuhkan lagi kedudukan British di Tanah Melayu, mereka telah menubuhkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) yang berkuatkuasa secara rasmi pada 1 Julai 1896. Negeri-negeri tersebut terdiri dari Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. NNMB bukanlah merupakan persekutuan dalam erti yang sebenarnya, tetapi merupakan satu kesatuan politik. Melalui sebuah “persekutuan”, sumber-sumber semua negeri ahli dapat dikumpulkan dan digunakan bagi faedah bersama dan membangunkan negeri lain dengan kos pentadbiran yang minimum. NNMB diketuai oleh Residen Jeneral dan bertanggungjawab kepada Gabenor NNS. Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank Swettenham. Jawatan Residen bagi keempat-empat negeri dikekalkan tetapi tertakluk di bawah bidang kuasa Residen Jeneral.

Perjanjian Persekutuan
Di antara syarat-syarat Perjanjian Persekutuan ialah supaya raja NNMB menerima seorang pegawai British yang digelar Residen-Jeneral yang berperanan sebagai penasihat dalam semua bidang pemerintahan kecuali yang menyentuh tentang hal ehwal agama Islam dan adat-istiadat Melayu. Ia bertanggungjawab kepada Gabenor NNS dan Gabenor ini akan bertanggungjawab kepada Pesuruhjaya Tinggi British di London. Residen Jeneral pertama yang dilantik ialah Frank Swettenham. Untuk mewujudkan hubungan yang baik antara raja-raja Melayu dengan pegawai Inggeris, telah diperkenalkan sistem Persidangan Raja-raja Melayu yang dikenali sebagai Durbar.Persidangan pertama telah diadakan pada tahun 1897 di Kuala Kangsar dan persidangan kedua diadakan pada tahun 1903 di Kuala Lumpur. Akibat dari perjanjian ini, kuasa pentadbiran telah dipusatkan dalam tangan Residen Jeneral di Kuala Lumpur dan raja telah kehilangan kuasa di dalam negeri mereka.Penubuhan pelbagai jabatan-jabatan persekutuan telah menyebabkan pengambilan lebih ramai pegawai-pegawai Inggeris.

Majlis Mesyuarat Persekutuan
Kedudukan Inggeris diperkukuhkan lagi dengan penubuhan Majlis Mesyuarat Persekutuan pada 1909. Tujuannya ialah untuk menambahkan kuasa raja-raja dan residen dari negeri-negeri berkenaan. Namun motifnya ialah untuk menambahkan kuasa gabenor Inggeris di Singapura. Ahli-ahli Majlis terdiri daripada Pesuruhjaya Tinggi, Residen Jeneral, 4 orang raja Melayu, 4 orang residen dan 4 orang ahli tidak rasmi (3 orang Eropah dan 1 orang Cina).

Apa yang jelas daripada penubuhan Majlis tersebut telah melemahkan kuasa raja-raja Melayu apabila sultan hanya sebagai ahli biasa sahaja dan tidak mempunyai kuasa pemutus. Semua perundangan yang diluluskan akan ditandatangani oleh Pesuruhjaya Tinggi dan bukannya sultan. Ini bermaksud kuasa sebenar adalah di tangan Pesuruhjaya Tinggi.

Negeri-negeri Melayu Tak Bersekutu (NNMTB)
Sebelum tahun 1909, negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis adalah di bawah naungan Siam. Ekoran dari Perjanjian Bangkok 1909, Siam bersetuju menyerahkan negeri-negeri berkenaan kepada Inggeris dan seorang penasihat Inggeris telah ditempatkan di setiap negeri tersebut. Walaubagaimanapun, pada hakikatnya Perjanjian Bangkok 1909 tidak dipersetujui oleh negeri-negeri yang terlibat khususnya Kedah dan Perlis. Pada peringkat awal negeri-negeri berkenaan enggan menerima penasihat Inggeris.

Inggeris menyatukan pentadbiran negeri-negeri berkenaan dalam 1 unit pentadbiran yang dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).Perjanjian Bangkok 1909 ini telah menyekat perluasan kuasa Siam di NNMTB untuk melindungi kepentingan Inggeris di Tanah Melayu. Dengan adanya perjanjian ini kuasa-kuasa Barat lain sukar untuk menembusi negeri-negeri di Tanah Melayu dan ia lebih menguntungkan Inggeris. Bagi Inggeris, NNMTB adalah berpotensi dari segi ekonomi dan perdagangan, sedangkan bagi Siam ianya tidak menguntungkan. Perjanjian ini juga telah menamatkan proses perluasan kuasa Inggeris di Tanah Melayu iaitu setelah Johor menerima penasihat Inggeris pada tahun 1914.

Ia juga merupakan peristiwa penting dalam menentukan sempadan di antara Tanah Melayu dan Siam. Mulai tahun 1914, negeri-negeri di Tanah Melayu berada di bawah 3 unit politik iaitu Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB).

Desentralisasi Kuasa (1920-1941)
Pengagihan kuasa pusat adalah bermaksud bahawa kuasa-kuasa utama yang berkaitan dengan pentadbiran kewangan, perkhidmatan seperti keretapi, kastam dan pos yang selama ini dikuasai oleh kerajaan pusat akan diagihkan ke negeri-negeri berkenaan. Antara tahun 1910-1920 keadaan di NNMB adalah aman dimana keadaan ekonomi adalah baik dan raja-raja berpuas hati dengan kedudukan mereka.

Selepas tahun 1920 berlaku perasaan tidak puas hati khususnya di kalangan raja. Ini merupakan salah satu faktor yang menyebabkan Inggeris mengambil langkah mengagihkan kuasa pusat ke negeri-negeri berkenaan. Faktor-faktor yang mendasari pengagihan kuasa pusat ialah rasa tidak puas hati di kalangan raja-raja Melayu di NNMB dari segi kuasa memerintah. Ini adalah kerana tidak seperti raja-raja di NNMTB yang berkuasa Keinginan penuh Inggeris ke untuk atas menyatukan negeri NNMTB masing-masing. dengan NNMB,

kemelesetan ekonomi dunia 1920-an dan pergelutan kuasa di antara Residen Jeneral dan Pesuruhjaya Tinggi. Pengagihan kuasa yang dilakukan oleh Inggeris sebenarnya memperlihatkan bagaimana Inggeris melakukan sesuatu itu berlandaskan kepada motif ekonomi dan politik.

Dari

segi

ekonomi,

pengagihan

berlaku

apabila

terjadinya

kemelesetan ekonomi dunia di mana pengagihan kuasa adalah satu langkah untuk berjimat cermat. Dari segi politik, British ingin menguasai keseluruhan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran, iaitu Kesatuan Tanah Melayu.

Secara

keseluruhannya,

Desentralisasi

masih

lagi

bermotifkan

penguasaan ekonomi Tanah Melayu oleh kerajaan British. Desentralisasi merupakan satu strategi untuk memudahkan penguasaan British ke atas negeri-negeri Melayu. Walaubagaimanapun, rancangan pengagihan kuasa pusat ini tergendala pada tahun 1941 apabila Tanah Melayu diserang Jepun.

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->