You are on page 1of 16

GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KERATAN AKHBAR;
ISU GANTUNG SEKOLAH DAN PEMBUANGAN SEKOLAH
AKIBAT DARIPADA MELAKUKAN KESALAHAN DISIPLIN

GDU 6063
LEGAL ISSUE
PENSYARAH:
DR. ISHAK BIN SIN

NAMA : BAHIYAH BINTI OTHMAN


MATRIK : 800447
I/C : 721130095088
KURSUS : SARJANA SAINS (PENGURUSAN PENDIDIKAN)

1
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

Question

Lately there are a lot of malpractices in managing student’s affairs, curriculum, co-

curricular activies, financial and staff published in the newspapers. Choose one area and

find out at least 5 paper-cuttings of the area selected.

Discuss why such things happen? In your opinion what should be done to avoid

such problem?

Untuk memenuhi tugasan ini ,saya telah memilih tujuh artikel berkaitan isu

pembuangan pelajar dari sekolah atas beberapa masalah disiplin. Tajuk artikel tersebut

adalah:

1. Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah ? (Utusan Malaysia 20/8/2006)

2. Buang sekolah bukan penyelesaian. (Utusan Malaysia 18/8/2006)

3. Cuba hidupkan budaya samseng di sekolah berasrama :20 pelajar STAR disingkir.

(Utusan Malaysia 22/8/2006)

4. 18 pelajar bawa parang panjang, pisau ‘rambo’ serang tiga orang. 6 pelajar

MCKK disingkir. (Utusan Malaysia 29/8/2003)

5. Kes Farid : 6 pelajar dibuang sekolah sekolah.(Utusan Malaysia 6/4/2004)

6. Bapa Farid saman sekolah, kerajaan. (Utusan 9/ 4/2004)

7. 418 pelajar dibuang sekolah di N.Sembilan (Utusan Malaysia 16/2/2002)

2
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, kerap kita dengari kes dan gejala sosial yang

berleluasa di sekolah. Terutamanya sekolah menengah. Ponteng, merokok, melawan

guru sudah jadi perkara biasa dalam kehidupan sekolah kini.Hal ini adalah berkaitan

masalah disiplin pelajar di sekolah. Kesalahan-kesalahan disiplin seperti ini jika

berterusan dilakukan akhirnya boleh membawa kepada isu gantung sekolah dan buang

sekolah.

Artikel bertajuk ’Wajarkah pelajar dihukum buang sekolah” (Mingguan Malaysia 20

Ogos 2006), ada menyatakan bahawa sejumlah 7,000 pelajar di buang sekolah sementara

15,000 yang lain digantung sekolah.Persoalan yang timbul ialah adakah tindakan buang

sekolah ini mendatangkan kesan baik atau sebaliknya?.

Artikel kedua iaitu ’Buang sekolah bukan penyelesaian’(Utusan Malaysia 18 Ogos

2006), menyentuh tentang kesan buruk mengenai masa depan pelajar tersebut. Ada di

antara mereka menjadi penagih dadah, mat rempit dan melakukan pelbagai kerja jenayah.

Akhirnya mereka akan membawa masalah yang lebih besar kepada negara.Oleh itu satu

program pemulihan perlu dijalankan agar mereka insaf tentang kesalahan yang dilakukan

dan menjadi rakyat yang berguna.

Berikut adalah senarai jenis-jenis kesalahan disiplin yang sering dilakukan oleh

pelajar, yang telah dipetik daripada tujuh artikel tersebut.

a) Buli

b) Menghidupkan budaya samseng di sekolah (peras ugut)

3
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

c) Menyerang guru

d) Membunuh

e) Ponteng sekolah

f) Menagih Dadah

Menurut Mohd Ismail (2006), pelajar yang terlibat dengan kesalahan disiplin boleh

dikategorikan kepada melanggar disiplin sekolah . Sekiranya kesalahan yang dilakukan

melibatkan peraturan sekolah , maka pihak sekolah akan mengambil tindakan mengikut

peraturan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran dan Ordinan Pelajaran 1957.

Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) Sekolah, 1959 ada menyatakan mengenai

hukuman gantung dan buang sekolah iaitu:

”Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman di

mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya atau dibuang

sekolah.”

Lanjutan daripada Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin) 1959, Kementerian

Pelajaran juga banyak mengeluarkan pekeliling yang berkaitan dengan disiplin di

sekolah. Antara pekeliling tersebut adalah:

a) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 6/68- ”Pembuangan Murid-Murid daripada Sekolah

kerana Kelakuan Curang.”

b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 8/68 – Tatatertib di sekolah-sekolah

4
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.9/1975 – Disiplin di Sekolah. Peraturan-peraturan

Sekolah Untuk Murid-Murid.

d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.7/1995 – Tatacara Mengenakan Tindakan dan

Hukuman terhadap Pelajar-Pelajar Sekolah.

e) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1996 – Perlaksanaan Kuasa Disiplin dan Hukuman

di Sekolah.

Kesatuan Perhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mencadangkan sekiranya

pengetua sekolah tidak mampu mengawal disiplin pelajar, mereka patut meletak

jawatan. Ini kerana ada beberapa kes disiplin pelajar yang sebenarnya boleh dielakkan

kerana pengetua sudah mengetahui latar belakang dan masalah yang pelajar

timbulkan , tetapi biasanya pengetua hanya berdiam diri sehingga keadaan menjadi

tidak terkawal.

PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG BAGI MENGGANTUNG DAN BUANG

SEKOLAH MENGIKUT PERATURAN 4 DAN 8 PERATURAN-PERATURAN

PELAJARAN ( DISIPLIN SEKOLAH ) 1959

Undang - Undang yang berkaitan bagi mengendalikan kes-kes perlanggaran

disiplin di sekolah-sekolah ialan Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959,

yang telah diwartakan sebagai LN 61/59 bertarikh 20.2.1959. Mengikut peraturan

tersebut, Kerajaan telah memperuntukkan melalui Peraturan 4, bahawa pihak berkuasa

disiplin di sekolah ialah guru besar atau pengetua. Peraturan 4 yang berbunyi seperti di

bawah ini menegaskan kuasa disiplin tersebut adalah di tangan guru besar atau

5
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

Pengetua.“4. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah

dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas guru-guru dan murid-murid

sekolah itu.”

Kerajaan juga memberi kuasa menggantung dan membuang murid dari sekolah

kepada Guru Besar atau Pengetua. Peraturan 8, Peraturan-Peraturan Pelajaran ( Disiplin

Sekolah ) 1959 seperti di bawah ini menjelaskan peruntukan tersebut. “8. Pada bila-bila

masa sahaja didapati dengan memuaskan hati guru besar sesebuah sekolah :

”Sebagai perlu atau dikehendaki bagi maksud menjaga disiplin atau ketenteraman

di mana-mana sekolah yang seseorang murid patut digantung persekolahannya ataupun

dibuang sekolah”

Implikasi Peruntukan Undang-Undang Mengikut Peraturan 4 dan Peraturan 8.

Adalah jelas dari kedua-dua peraturan ini, iaitu Peraturan 4 dan 8 Peraturan-

Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959, bahawa pihak berkuasa disiplin ke atas

murid ialah guru besar atau pengetua. Tegasnya hanya guru besar atau pengetua sahaja di

bawah peraturan tersebut yang diberi kuasa menggantung atau membuang murid dari

sekolah apabila beliau berpuas hati bahawa demi untuk mengekalkan disiplin dan

ketenteraman di sekolah seseorang murid itu patut menerima hukuman sedemikian. Ini

bermakna tidak ada kuasa lain selain guru besar atau pengetua di sesebuah sekolah dari

segi menjatuhkan hukuman menggantung dan membuang murid dari sekolah.

6
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

Adalah di luar kuasa undang-undang jika penggantungan atau pembuangan

pelajar dari sekolah diputuskan oleh Lembaga Disiplin ataupun Jawatankuasa Tatatertib

Sekolah. Peraturan 4 dan 8 tidak memperuntukkan mengenai kewujudan Lembaga

Disiplin Sekolah. Maka itu guru besar atau pengetua hendaklah tidak terikat dengan

pandangan atau nasihat Lembaga Disiplin sekolah. Dengan perkataan lain keputusan

menggantung atau membuang pelajar dari sekolah hendaklah keputusan guru besar atau

pengetua sendiri.

Jika keputusan menggantung atau membuang murid adalah merupakan keputusan

hasil nasihat dari Lembaga Disiplin Sekolah maka keputusan yang dibuat itu `void and of

no legal effect.’ Sebarang keputusan penggantungan atau pembuangan pelajar tersebut

jika dicabar di mahkamah maka ianya tidak boleh dipertahankan.

4.4 Secara tegas juga Peraturan 4 dan 8 berkehendakkan surat-surat tindakan tatatertib

gantung atau buang sekolah ditandatangani sendiri oleh pengetua atau guru besar.

Keperluan-keperluan “teknikal” yang lahir dari peruntukan undang-undang

berdasarkan Peraturan 4 dan 8 perlu diberi perhatian sewajarnya dan begitu juga bagi

setiap prosedur dan surat-surat tatatertib yang dikeluarkan kepada tertuduh. Jika prosedur

dan tatacara yang sepatutnya tidak dipatuhi, keputusan hukuman jika dicabar di

mahkamah , ianya sukar dipertahankan.

etiap aspek teknikal hendaklah diberi perhatian sewajarnya semasa melaksanakan

tindakan disiplin gantung dan buang sekolah. Gantung sekolah mengikut Peraturan 8

membawa maksud sebagai hukuman disiplin ataupun sebagai membolehkan siasatan

7
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

lanjut sesuatu kes dibuat sebelum keputusan hukuman disiplin dijatuhkan. Bagi kedua-

dua keadaan ini prosedur yang berlainan hendaklah dipatuhi.

Tindakan disiplin buang sekolah pula adalah langkah terakhir setelah kegagalan

langkah-langkah tatatertib terdahulu, termasuk sesi kaunseling yang kesemuanya

sepatutnya mempunyai dokumentasi lengkap dan teratur.

Surat tatatertib apabila dikeluarkan hendaklah mengandungi nama tertuduh yang

rasmi mengikut kad pengenalan, nombor kad pengenalan ( atau jika tiada kad

pengenalan, memadai nombor surat beranak ) dan kelas beliau belajar, agar surat itu tidak

dipertikaikan kesahihannya. Maklumat-maklumat ini seharusnya sama seperti dalam

jadual kedatangan sekolah.

Setiap surat tatatertib hendaklah jelas dan tepat dari segi waktu kejadian, tarikh

kejadian tempat berlaku dan mereka yang terlibat dengan saksi-saksi yang boleh

dipertanggungjawabkan. ( Dalam perkara ini Pengetua / Guru Besar sewajarnya

mendapatkan laporan bertulis yang lengkap mengenai kejadian tersebut sebelum

keputusan diambil ).

Peraturan sekolah yang bertulis yang dilanggar hendaklah dinyatakan dengan

jelas mengikut bab atau seksyen yang berkenaan. Peruntukkan undang-undang mengikut

peraturan 4 dan 8 Peraturan- Peraturan Pelajaran ( Disiplin Sekolah ) 1959 hendaklah

dirujuk bagi setiap kes. Oleh kerana hanya Pengetua atau Guru Besar sahaja yang boleh

menggantung atau membuang murid dari sekolah maka surat-surat tatatertib berkaitan

hendaklah ditandantangani oleh Guru Besar / Pengetua. Setiap surat tatatertib hendaklah

8
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

disalinkan kepada Pendaftar Sekolah-Sekolah, Pegawai Pendidikan Daerah berkenaan

dan ibu bapa / penjaga tertuduh.

Peruntukkan undang-undang bagi ibu bapa / penjaga untuk membuat rayuan di

atas hukuman tatatertib yang dikenakan terhadap anak / jagaan hendaklah dimaklumkan

dengan jelas.Setiap surat tatatertib hendaklah diakui terima oleh tertuduh dengan dua

orang saksi. Salinan surat kepada ibu bapa atau penjaga hendaklah mengikut prosedur

yang sama.

Setiap murid yang akan dihukum hendaklah diberi peluang didengar dan membela

diri bagi setiap pertuduhan. Hukuman tidak boleh dilaksanakan tanpa murid itu diberi

peluang memberi pembelaan dirinya. Tempoh beliau menjawab pertuduhan hendaklah

tidak kurang daripada 14 hari.

Sesuatu kesalahan disiplin apabila telah dijatuhkan hukuman, murid itu tidak

boleh dihukum sekali lagi atas kesalahan yang sama. Contohnya seorang murid telah

dihukum rotan oleh guru disiplin atas kesalahan mencuri. Pengetua / Guru Besar tidak

boleh pula menggantung atau membuang murid tersebut atas kesalahan yang sama.

Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pendidikan Bil. 4 Tahun 1991 bertarikh

19.5.1991, menegaskah supaya Pengetua / Guru Besar atau Penolong Kanan dikehendaki

dengan serta-merta melapor segala kejadian yang tidak diingini seperti perlanggaran

disiplin pelajar yang berat. Kes gantung dan buang sekolah sering menjadi berita dalam

9
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

surat khabar. Oleh itu selepas pihak-pihak berkenaan dihubungi dengan telefon, laporan

bertulis hendaklah menyusul kemudian dengan segera.

Contoh Kes Pembuangan Sekolah

Antara kes yang berkaitan dengan hukuman pembuangan sekolah yang telah di bawa ke

mahkamah adalah kes pemakaian serban oleh Meor Atiqurrahman dan dua orang

sepupunya . Mereka didakwa telah melanggar peraturan pemakaian seragam sekolah

seperti yang terkandung dalam Peraturan Sekolah Kebangsaan Serting Negeri Sembilan.

Kes ini bermula dengan Mahkamah Tinggi seremban dan berakhir dengan Mahkamah

Persekutuan di mana plaintif yang pada mulanya menang kes kerana hakim yakin bahawa

mereka tidak dapat dibuktikan bersalah melanggar Surat Pekeliling Pemakaian Pakaian

Seragam Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan. Bil9/1975. Namun

plaintif kalah di Mahkamah Persekutuan dan dibuang sekolah.

Persoalan Isu Gantung Dan Buang Sekolah

Merujuk kepada artikel-artikel yang dinyatakan di awal tadi, banyak pihak kurang

bersetuju dengan tindakan gantung atau buang sekolah dijalankan. Menurut artikel ini ,

tindakan ini akan membawa pelbagai kesan buruk kepada pelajar terbabit. Bagi pelajar

yang suka ponteng sekolah, hukuman ini adalah perkara yang dinantikan kerana mereka

mendapat kebebasan sebenar. Berpandukan kajian yang dijalankan oleh Mohd Ismail

(2006), peringkat umur yang banyak terlibat dengan masalah disiplin adalah antara 13-15

tahun. Oleh itu jika pelajar ini dibuang sekolah maka, mereka mempunyai banyak masa

10
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

terluang untuk melibatkan diri dengan anasir-anasir negatif. Dengan umur yang masih

muda ,mereka tidak dapat menceburkan diri dalam bidang pekerjaan dengan sah (pekerja

bawah umur). Maka mudah untuk mereka melibatkan diri dengan kegiatan jenayah.

Cadangan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah disiplin pelajar ini, di

didik dalam pusat pemulihan akhlak adalah suatu cadangan yang baik, kerana di dalam

pusat tersebut mereka akan di didik dengan cara hidup sihat dan diterapkan dengan nilai

murni. Mereka akan diasuh sepanjang masa dan dikawal oleh sistem disiplin yang lebih

ketat selama 24 jam. Di samping kawalan disiplin yang tinggi ,mereka juga diajar tentang

nilai hidup dan diberi didikan agama yang secukupnya. Akhirnya mereka juga akan

berubah menjadi insan yang berguna.

Artikel pertama dan kedua ada mencadangkan agar sistem pendidikan kebangsaan

dirombak supaya tidak berorientasikan peperiksaan semata-mata. Hal ini boleh

menyebabkan kebosanan dan membawa kepada masalah ponteng sekolah.

Artikel kedua ’Buang Sekolah Bukan Jalan Penyelesaian’ juga ada menyatakan

bahawa terdapat sesetengah kes dimana pihak pentadbiran sekolah telah mengenakan

hukuman kepada pelajar yang tidak bersalah. Hal ini terjadi kepada anak penulis dimana

akhirnya setelah menyedari kesilapan membuat hukuman maka pihak sekolah telah

meminta maaf dan memanggil pelajar itu bersekolah.

Oleh itu , haruslah di ingatkan bahawa pihak sekolah perlulah melalui setiap

prosedur yang telah ditetapkan sebelum mengambil tindakan buang sekolah. Sessi

kaunseling juga perlu dijalankan sebelum tindakan itu diambil . Para pentadbir sekolah

11
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

haruslah faham segala aspek , dan kesan tindakan itu kepada pelajar sebelum hukuman

djatuhi dan perkara ini harus ditangani dengan penuh hati-hati serta berhemah agar tidak

menganiayai pelajar tersebut.

Cadangan Untuk Mengelakkan Perkara Ini Bertambah Serius

Sebenarnya terdapat beberapa pihak yang perlu bertanggungjawab tentang

masalah disiplin ini termasuklah para pelajar sendiri, para guru, ibubapa, masyarakat

serta kerajaan. Ketika ini apabila berlaku sesuatu insiden dengan mudahnya semua orang

menunding jari ke arah guru. Sepatutnya setiap kes diteliti supaya punca kejadian itu

dapat dikenalpasti. Selepas itu satu kajian yang lebih menyeluruh mesti dibuat bagi

mencari ke akar umbi faktor yang menyumbang kepada berbagai masalah disiplin pelajar

masa kini.

Keadaan dunia yang tanpa sempadan kini menyaksikan pelbagai pengaruh dari

luar menjajah minda para pelajar sekarang. Walaupun begitu institusi keluarga dan

sahabat merupakan sumber yang paling rapat dapat mempengaruhi pelajar.

Institusi keluargalah bermulanya peranan ibubapa mencorak kehidupan anak-anak yang

dilahirkan bagai kain putih.

Guru yang pertama seorang insan adalah ibubapa dan keluarganya sendiri.

Seorang bayi akan belajar dengan melihat dan mencuba apa yang dilakukan dan

disebut oleh orang di sekelilingnya. Oleh kerana keperluan kehidupan ibubapa

bekerja maka anak-anak ini biasanya diasuh oleh pembantu rumah.

12
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

Oleh itu amat penting bagi ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu

keibubapaan supaya dapat membesar dan mendidik anak dengan lebih sempurna.

Ibubapa yang bekerja mempunyai masa yang terhad bersama dengan anak-anak.

Masa yang singkat ini perlulah dimanfaatkan dengan sebaik mungkin supaya

kasih sayang dan kemesraan dalam kekeluargaan itu dapat dieratkan.

Sifat berdisiplin, akhlak yang mulia, budi yang pekerti serta patuh kepada

ajaran agama semuanya perlu di semai dari rumah lagi. Seterusnya dipupuk di

sekolah dan di semarakkan oleh masyarakat. Ibubapa sendiri perlulah menjadi

teladan yang terbaik kepada anak-anak. Sekolah dan masyarakat juga perlu

mewujudkan suasana yang positif kepada perkembangan jati diri para pelajar

yang sedang meningkat remaja kearah hidup yang lebih sempurna .

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran pula perlu membuat satu

kajian yang menyeluruh berkenaan dengan sistem pendidikan dan peraturan

sekolah yang sedia ada. Ketika ini sistem sekolah lebih menjurus kepada

kecemerlangan akademik tetapi kurang ke arah kecemerlangan sahsiah. Ini dapat

dilihat masalah disiplin dan moral juga ketara di sekolah sekolah berasrama penuh

walaupun mereka yang belajar di situ terdiri dari mereka yang terpilih.

Jelaslah masalah disiplin pelajar ini akan hanya dapat dibendung jika

semua pihak yang terbabit memainkan peranan masing-masing. Cuba fikirkanlah

apa yang akan terjadi kepada negara kita yang tercinta ini jika mereka yang bijak

13
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

tetapi tidak mempunyai jati diri serta rosak akhlaknya menjadi pemimpin.

Menjatuhkan hukuman semata-mata tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka

yang mempunyai masalah disiplin dan moral ini sebenarnya sedang sakit. Samada

sakit jiwa, sakit hati, sakit fikiran atau sakit rohaninya. Mereka yang sakit perlu

dirawat supaya dapat pulih semula. Mereka yang terjatuh perlu dibantu untuk

bangun semula. Mereka yang tersesat perlu dibimbing ke pangkal jalan.

14
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia.(1998). Panduan Tatacara Disiplin Sekolah

Untuk Guru Besar Dan Guru.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Lembaga Penyelidikan Undang-Undang (2007). Akta Pendidikan 1996 (Akta

550) & Peraturan-Peraturan Dan Kaedah-Kaedah Terpilih., Petaling Jaya :

International Law Book Services

Mohd Ismail Othman (2006). Undang-Undang Untuk Pengetua Dan Guru

Besar,Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

15
GDU 6063 LEGAL ISSUE- BAHIYAH OTHMAN 800447

LAMPIRAN

16

You might also like