You are on page 1of 24

KULIAH 7

PERLEMBAGAAN MALAYSIA DALAM


KONTEKS HUBUNGAN ETNIK DI
MALAYSIA
KONSEP PERLEMBAGAAN
- Perlembagaan merupakan sumber undang-
undang tertinggi sesebuah negara & setiap individu
perlu mematuhi keluhurannya.
- Tidak ada satu institusi pun yg boleh mengatasi
ketertinggian Perlembagaan Malaysia.
- Sebagai panduan mengatur dan menyelaras
pemerintahan sesebuah negara.
- Berperanan sebagai panduan bagi pembentukan
undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau
rakyat atau sesiapa shj.
- Perlembagaan umumnya dibahagikan kpd 2 jenis
iaitu: perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
- Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan
bertulis dan badan perundangan, kehakiman dan
eksekutif mendapat kuasa drp perlembagaan.
- Perlembagaan Malaysia mengandungi 15
bahagian, 183 perkara dan 13 jadual.
- Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia
menyentuh mengenai bidang kuasa eksekutif, legislatif,
kehakiman, kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan,
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di
Sabah dan Sarawak dan sebagainya.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
MALAYSIA.
- Perlembagaan Malaysia yg ada kini
dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah Malaysia.
Sejarah penentangan terhadap penjajah dan
kemunculan nasionalis Melayu menyedarkan mereka
tentang usaha menuntut kemerdekaan drp penjajah
Barat.
- Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas
Perang Dunia Kedua dan pengenalan Perlembagaan
Malayan Union serta Persekutuan Tanah Melayu
oleh kerajaan British di Tanah Melayu.
- Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi
pengenalan Sistem Ahli dan Pilihan raya di Tanah
Melayu.
- Penubuhan Parti Perikatan – kerjasama yg lebih
erat antara orang Melayu dan bukan Melayu bagi
memenuhi syarat yg ditetapkan oleh British iaitu:
“Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya
rakyat negara ini bersatu padu dan boleh
bekerjasama”.
- Rombongan kemerdekaan ke London oleh
pemimpin Perikatan (pelbagai kaum)
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yg
merdeka 1957.
- Perlembagaan Malaysia 1963.

Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah


penggubalan perlembagaan Malaysia membuktikan
bahawa semangat toleransi, rela berkongsi kuasa,
sedia berkorban, persefahaman dan semangat
perpaduan yg tinggi antara pelbagai kaum menjadi
penyumbang utama dalam menjamin kelangsungan
negara Malaysia sebagai sebuah negara yg berbilang
kaum dan terpisah-pisah dari segi kedudukan wilayah
dan negeri.
UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN
KONTRAK SOSIAL

- Unsur2 ini sangat penting untuk difahami dalam


usaha mewujudkan identiti Malaysia dan
memupuk persefahaman pelbagai kaum ke arah
perpaduan.
- Unsur2 ini juga adalah satu “kontrak sosial” yg
telah disepakati semasa penggubalan
perlembagaan.
- Unsur2 tradisi ini meliputi: bahasa, agama,
pemerintahan beraja dan kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak.
- Unsur2 tsb telah wujud ratusan tahun sebelum
perlembagaan diwujudkan pada tahun 1957 dan
berperanan menstabilkan politik negara.
- Unsur2 tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta
Hasutan & dianggap sbg isu-isu sensitif yg dilarang
drp dijadikan isu perbincangan awam.

Pembentukan Malaysia pd tahun 1963 memberi satu lagi


dimensi kpd hubungan etnik di Malaysia.
- Kedudukan kaum2 bumiputera di kedua2 negeri ini
diberikan status yg sama sebagaimana org2
Melayu, mereka turut dimasukkan ke dlm Perkara
153. Namun hak istimewa ini dilindungi dgn cara
tidak menafikan kedudukan yg sah kaum2 lain.
- Kedudukan Sabah & Sarawak di dlm
perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang Dipertua
Negeri2 berkenaan – Pindaan hanya boleh dibuat
sekiranya kedua-duanya memberikan persetujuan.
- Parlimen tidak blh meminda kedudukan istimewa
Sabah & Sarawak. Ini menyamai peranan dan
kuasa Majlis Raja2 berhubung kedudukan orang2
Melayu.
PERKARA-PERKARA YG MENYENTUH HUBUNGAN
ETNIK DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA

1. Perkara 8 – persamaan & hak sama rata (kecuali


dlm soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan
seumpamanya.
2. Perkara 10 (4) – batasan hak kebebasan bersuara
drp menyentuh kedudukan Raja2, Islam, orang
Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya.
3. Perkara 38 – kuasa Majlis Raja2 menghalang
Parlimen membuat undang2 yg menyentuh
kedudukan Raja2 Melayu, orang Melayu & bahasa
Melayu.
4. Perkara 150 (6a) – kedudukan Agama Islam, Adat
istiadat Melayu & Bumiputera Sabah & Sarawak,
kewarganegaraan meskipun dlm keadaan darurat.
5. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sbg
bahasa kebangsaan tanpa menafikan hak2 bangsa
lain menggunakan bahasa mereka.
6. Perkara 153 – kedudukan istimewa orang2 Melayu
tanpa menafikan kedudukan yg sah kaum2 lain.
Kedudukan Bahasa Melayu
- Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yg mesti
digunakan untuk maksud2 rasmi.
- Namun perkara 152 ini juga melindungi bahasa2
lain dan memperuntukkan bahawa “tiada sesiapa
pun boleh dilarang atau ditahan drp menggunakan
(selain drp maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa2 bahasa lain.
- Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan
pembelajaran bahasa lain dalam persekutuan.
Rasional Perkara 152
- Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sbg
Lingua franca di alam Melayu/Nusantara sejak berabad-
abad lamanya.
- Persefahaman menjadikan BM sbg bahasa
kebangsaan juga tidak perlu merisaukan kaum lain
kerana penggunaan bahasa ibunda masing2 tidak
disekat malah dijamin oleh perlembagaan.
- Sebelum Perang Dunia Kedua lagi, BM telah
digunakan secara meluas bagi tujuan rasmi seperti
mesyuarat, surat-menyurat, perundangan &
kehakiman di negeri2 Melayu tidak bersekutu, jabatan
Polis dsb bagi memudahkan pentadbiran yg terdiri
drp pelbagai kaum.
- BM diterima sbg bahasa rasmi walaupun pd
zaman pentadbiran British - Pegawai2 Eropah yg
memegang lebih 90% jawatan kumpulan 1 perlu
mempelajari BM, mengambil ujian BM dan
dikehendaki lulus, barulah boleh berkhidmat di Tanah
Melayu.
Kedudukan Agama Islam
- Agama Islam adalah agama persekutuan tetapi
agama lain boleh diamalkan dgn aman dan damai
di mana2 bahagian persekutuan.
- Kebebasan beragama ini dijamin dlm
perlembagaan terhadap semua agama iaitu setiap
orang mempunyai hak untuk menganut &
mengamalkan agamanya dan setiap agama
mempunyai hak untuk:
1. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
2. Menubuh & menyelenggara institusi bagi
maksud agama atau khairat.
3. Memperoleh dan memiliki harta benda serta
memegang & mentadbirnya mengikut
undang2.

- Oleh sebab Islam diterima sbg agama bagi


persekutuan, pihak kerajaan sama ada kerajaan
persekutuan atau negeri mempunyai kebebasan,
kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau
menyelenggara atau membantu penubuhan institusi
Islam dan melaksanakan ajaran dlm agama Islam
serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan untuk
tujuan itu.
- Rasional perkara ini menunjukkan bahawa Islam
telah diterima sbg agama persekutuan sejak
zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah
zaman penjajahan British.

- Di negeri2 Melayu, sebelum penjajahan,


penggunaan undang2 Islam telah dilaksanakan
dan diktiraf oleh penjajah British.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
Sabah & Sarawak.

- Hak istimewa ini meliputi jawatan dlm


perkhidmatan awam, biasiswa, pendidikan,
perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.
- Namun perkara ini dilaksanakan dgn cara tidak
menindas kaum2 lain. Cthnya: mengakibatkan
kehilangan sebarang jawatan awam yg dipegang
oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa
atau keistimewaan yg dinikmati oleh kaum lain atau
perlucutan/penamatan permit lesen yg dipegang
olehnya.
Siapakah yg dimaksudkan sbg orang Melayu?

- Dlm Perlembagaan Malaysia, Melayu itu


ditakrifkan sebagai:
1. Lazimnya bertutur dlm bahasa Melayu.
2. Menganut agama Islam.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.

Bumiputera di Sabah & Sarawak pula semua suku kaum


asli / peribumi Sabah.
Rasional Perkara 153 Kedudukan Istimewa Orang
Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak

- Mengambil kira semangat persefahaman,


toleransi, berkongsi kuasa & sedia berkorban di
kalangan orang Melayu & bukan Melayu ketika
penggubalan perlembagaan.
- Intipati drp kontrak sosial.
- Perkara2 yg dibicarakan dlm Perkara 153 ini
khususnya menyentuh 3 perkara iaitu:
1. Perkhidmatan Awam.
- Dlm perlembagaan dinyatakan bahawa adalah
menjadi tanggung jwb YDA untuk menentukan
rezab bagi orang Melayu & bumiputera Sabah &
Sarawak dgn memperuntukkan kadar bilangan jawatan
dlm perkhidmatan awam persekutuan yg baginda
fikirkan perlu. Namun layanan yg adil mesti diberikan
kpd setiap kaum dari segi kenaikan pangkat, gaji &
kebajikan yg lain.
-Adalah rasional merezabkan bilangan orang
Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak kerana pd
masa penjajahan dan awal merdeka sangat sedikit yg
berpeluang menganggotai perkhidmatan awam.
2. Ekonomi.
- Perkara 153 wajar digunakan utk mencapai
tujuan memperbetulkan ketidakseimbangan ekonomi
antara orang Melayu dan bukan Melayu yg wujud kerana
dasar ekonomi penjajah.
-Faktor pembahagian kekayaan dan agihan
pendapatan yg tidak adil dan seimbang menjadi
faktor utama yg mempengaruhi hubungan etnik.
3. Pendidikan
-Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah
mengekalkan org Melayu dan bumiputera Sabah &
Sarawak dlm kemiskinan dan tercicir dalam kemajuan
pendidikan.
-Wlpun kedudukan istimewa mengenai pendidikan
Melayu dan bumiputera diwujudkan namun
pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan
dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan
Tamil.
-Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan
tinggi mereka: Melayu – UiTM, Cina - KTAR,
India – Kolej Tafe
- Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian
pinjaman pendidikan diberikan kpd smua kaum
menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan
mereka.

You might also like