You are on page 1of 4

PERAYAAN RUMAH TERBUKA MALAYSIA

Rumah terbuka atau ‘open house’ sudah menjadi lumrah pada sambutan perayaan di
negara ini termasuk Deepavali, Tahun Baru cina, Hari Natal dan juga Hari Raya Aidilfitri.
Perayaan seperti ini tidak lengkap jika tiada rumah terbuka, sehingga seluruh lapisan dan
pelbagai lapisan masyarakat mengetahui istilah rumah terbuka yang menjadi amat sinonim
alam kalangan pemimpin masyarakat, jabatan kerajaan dan swasta, individu, persatuan
mahupun badan bukan kerajaan (NGO) . Rumah terbuka bermaksud satu perayaan agama
yang disambut oleh penganut pelbagai agama dengan tujuan untuk memupuk persefahaman
di kalangan rakyat Malaysia. Rumah terbuka tidak bertujuan untuk mengembangkan agama
kepada penganut agama lain.
Kerajaan Malaysia pada tahun 2000 telah memutuskan sebanyak enam perayaan
kaum atau agama diangkat sebagai perayaan utama Negara. Ia dikenali sebagai Rumah
Terbuka Malaysia dan diraikan di peringkat kebangsaan anjuran bersama kerajaan pusat dan
kerajaan negeri. Matlamat utama Rumah Terbuka Malaysia ialah untuk memupuk perpaduan
dalam kalangan rakyat melalui perkongsian perayaan dalam suasana yang aman dan harmoni.
Biasanya rumah terbuka disambut di padang atau dalam dewan.
Hari Raya Aidilfitri merupakan perayaan yang diraikan oleh masyarakat beragama
Islam setelah mengerjakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Perayaan ini merupakan
perayaan keagamaan yang juga mengandungi pelbagai nilai tradisi. Bagi kaum Cina, Tahun
Baru Cina atau Gong Xi Fa Cai merupakan perayaan adat tradisi yang dirayakan bagi
menyambut tahun baru bagi kalendar cina. Kaum India yang beragama Hindu pula meraikan
pesta cahaya yang dikenali sebagai Deepavali. Bagi kaum Borneo khususnya di Sarawak
mereka meraikan Gawai Dayak sebagai perayaan kaum yang bersifat adat tradisi. Begitu juga
dengan kaum Kadazan Dusun di Sabah yang merayakan Tadau Kaamatan sebagai perayaan
tradisi bagi menyambut kesyukuran selepas musim menuai. Bagi penganut Kristian perayaan
Krismas atau Hari Natal disambut dengan meriahnya di seluruh negara.
Amalan Rumah Terbuka yang diwujudkan memberi banyak kepentingan terutamanya
dalam mengeratkan perpaduan kaum dalam kalangan anggota masyarakat di negara kita.
Perpaduan yang terjalin sekaligus dapat memudahkan pencapaian matlamat atau misi dan visi
negara dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Bangsa. Selain itu amalan
rumah terbuka memberi makna besar kepada anggota masyarakat mengenai erti perpaduan
yang harus wujud untuk megelak sebarang prejudis terhadap keharmonian kaum. Ia juga
dilihat sebagai salah satu pertemuan yang melupakan pertentangan pendapat, perbezaan
idealogi, perbezaan konsep politik mahupun berlainan parti politik sama ada pembangkang
atau kerajaan. Itulah uniknya amalan rumah terbuka yang memberi kebebasan kepada kita
untuk berkunjung ke rumah tanpa sebarang halangan dan kekangan yang perlu dibimbangi.
Amalan rumah terbuka juga memperlihatkan pemimpin negara sendiri dapat bergaul
mesra dengan rakyat, dan rakyat berpeluang untuk bertemu sendiri dengan pemimpin
kesayangan mereka secara lebih dekat atau berjabat tangan tanda kemesraan. Di sinilah
petemuan menarik yang mempunyai nilai sentimental yang mempunyai nilai yang amat
tinggi nilainya kepada rakyat yang jelas menganggap mereka amat dihargai sebagai
penyokong dasar dan kepimpinan negeri serta bangsa.
Di samping mewujudkan perpaduan dalam kalangan anggota masyarakat serta
pemimpin sendiri amalan rumah terbuka ini juga dapat membantu sesama kaum memahami
budaya budaya kaum-kaum lain. Mereka hanya akan merayakan perayaan itu bersama-sama
walaupun mereka berbeza latar belakang, budaya dan juga agama. Sebagai contoh orang-
orang India, Cina, Iban, Kadazan dan sebagainya merayakkan sambutan Aidilfitri bersama-
sama dengan orang Melayu dan begitu juga sebaliknya. Ini dapat membantu mereka
mempelajari budaya dan adat kaum lain dan berusaha untuk memahaminya. Ini sekaligus
dapat mewujudkan budaya yang sihat dalam kalangan masyarakat berbilang kaum di negara
kita.
Selain kepada anggota masyarakat negara ini sendiri penganjuran rumah-rumah juga
merupakan persembahan kepada pelancong asing yang datang melancong di negara kita
untuk mengalami dan memahami sendiri keunikan dan keharmonian pelbagai kaum di
negara ini semasa menyambut perayaan kaum masing-masing. Bagi mencapai matlamat
untuk menentukan keberkesanan program program Rumah Terbuka kerajaan melalui
Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan menggalakkan kesemua pemimpin
Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, ketua-ketua kaum, badan-badan persatuan dan
persatuan lain supaya menganjurkan rumah-rumah terbuka atau perayaan lain yang berkaitan
dengannya.
Kerajaan melalui Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan dan dengan
kerjasama kerajaan-kerajaan negeri berkenaan telah pun mengadakan majlis rumah terbuka
Malaysia Hari Raya Aidilfitri pada 6 Januari 2001 di Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh Seri
Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong. Selain itu majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina
pula telah diadakan pada 4 Februari 2001 di Pulau Pinang, di tengah-tengah Kota
Georgetown dengan dihadiri oleh Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan keluarga
masing-masing. Antara perayaan lain termasuklah Pesta Kaamatan di Kota Kinabalu,Sabah
pada 31 Mei 2001, Hari Gawai di Kuching Sarawak pada 9 Jun 2001, Deepavali di Kuala
Lumpur Oktober 2001 dan Krismas pada Disember 2001.
Sebagai sebuah negara majmuk, penduduk Malaysia yang terdiri daripada pelbagai
kaum mengamalkan bahasa, agama, dan budaya yang berlainan. Dengan adanya rumah-
rumah terbuka ini cenderung dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mencerminkan
identiti masyarakat yang harmonis di mata pelancong asing. Hal ini demikian kerana terdapat
negara-negara lain yang mempunyai penduduk majmuk seperti di negara kita juga, gagal
untuk mencapai tahap perpaduan. Malah rakyat negara berkenaan saling bercakaran sesama
diri.
Asal usul majlis rumah terbuka ini dapat dirintis kembali kepada ada budaya dan
konsep seruan beragama anutan setiap kaum yang terdapat di Malaysia. Tanpa mengira man-
mana perayaan sama ada Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina,atau Hari Natal masing-
masing tetap meyambutnya dengan cara tersendiri. Sesungguhnya proses pembudayaan yang
wujud dalam konsep rumah terbuka menyaksikan pertembungan dua atau lebih budaya. Ini
menyebabkan berlakunya proses asimilasi dan penyerapan unsur-unsur kebudayaan oleh
sesuatu kaum minoriti kepada kaum majoriti. Sebagai contoh banyak unsur melayu akan
diterima secara tidak langsung sebagai unsur-unsur budaya kepada kaum lain seperti Iban,
Murut dan sebagainya ekoran perayaan sering diadakan saban tahun.
Amalan rumah terbuka memdedahkan semua kaum kepada kepelbagaian budaya
masyarakat di Malaysia. Bukan sahaja dapat mempelajari budaya dan adat resam kaum lain,
dan mengeratkan hubungan silaturahim, amalan ini juga membolehkan setiap kaum
mengenali juadah kaum-kaum lain, memahami di antara satu sama lain selain didedahkan
kepada adat resam dan pantang larang rakan-rakan mereka sendiri. Secara tidak langsung
semangat toleransi akan tersemai dalam kalangan generasi sekarang. Sikap toleransi ini
sangat penting dalam mewujudkan sebuah negara yang utuh disamping mencapai matlamat
menjadikan negara Malaysia sebuah negara bangsa.
Simboliknya Rumah Terbuka ialah medan pertemuan yang paling sesuai untuk
memperkukuh hubungan kekeluargaan dan silaturahim termasuk jiran tetangga selain sebagai
jambatan memgeratkan tali persaudaraan dan menjamin ikatan perpaduan antara kaum ke
arah hubungan yang lebih kukuh, dinamik dan harmoni. Fenomena seperti ini amat
dititikberatkan agar sistem kekeluargaan akan sentiasa wujud dengan kukuh dan padu,
bukannya semakin layu dan pudarmalah tanpa konsep rumah terbuka hubungan silaturahim
dan perpaduan akan terhakis sedikit demi sedikit dan seterusnya akan hilang kepada generasi
akan datang. Pertemuan masyarakat berbilang kaum, berbagai keturunan termasuk pelancong
asing dapat dilihat terutamanya pada masa majlis terbuka kebangsaan yang dianjurkan oleh
kerajaan Malaysia, kerajaan negeri atau Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri.

Perayaan Rumah Terbuka

You might also like