You are on page 1of 44

KARANGAN CONTOH BAHAGIAN B CALON SPM

Tajuk : Ada pendapat yang mengatakan bahawa masalah sosial timbul disebabkan oleh kemiskinan.
Nyatakan pendapat anda tentang perkara tersebut.

Apakah imej yang sudah menjajahi seluruh benak fikiran kita apabila frasa tentang masalah
sosial disebut? Sudah pasti terdapat pelbagai hipotesis dan analogi yang akan menyelubungi pemikiran
bagi mencari jawapan tepat berhubung soalan tersebut. Sesungguhnya kini, gejala sosial sedang
melanda negara pada tahap yang agak serius. Tuntasnya , masalah ini acap kali dikaitkan dengan
golongan remaja, miskin tanpa ilmu dan keluarga yang porak peranda. Walaupun kita tidak menolak
gejala ini menular berkaitan faktor yang dinyatakan, namun masalah sosial turut melibatkan segenap
lapisan masayarakat. Justeru, saya berpendapat masalah gejala sosial terbit daripada pelbagai
permasalahan sosial lain tanpa memilih status, taraf hidup dan usia.
Saban hari, kes-kes maksiat , rompakan, pembunuhan, penderaan dan penyalahgunaan dadah
dan berbagai-bagai lagi penyakit terpampang dan terhidang di dada -dada akhbar dan tersiar melalui
televisyen. Seandainya ada pihak yang berpendapat masalah ini sering timbul dan bersinonim dengan
faktor kemiskinan nescaya tuduhan tersebut tidaklah boleh diremehkan begitu sahaja. Kemiskinan juga
merupakan suatu penyakit masyarakat. Faktor kemiskinan yang sering menghimpit menjadi punca
seseorang itu terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial. Keadaan hidup yang
diibaratkan kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang boleh menyebabkan seseorang itu
mudah menjadi gelap mata untuk bertindak di luar batasan undang -undang dan etika sosial . Mereka
sanggup mencuri, menipu, memperkosa dan pelbagai angkara dek keinginan memenuhi nafsu yang
meluap -luap. Sementera itu, anak remaja yang berasal daripada keluarga yang daif akan berasa bosan
hidup dibaluti kemiskinan dan mula memilih jalan yang salah. Akhirnya dalam percaturan fikiran yang
singkat dan nana r mereka akan melibatkan diri dalam pelbagai anasir yang tidak sihat seperti
melepak,berfoya-foya, menagih dadah dan mencuri.

Walau bagaimanapun , amatlah tidak adil kita mengasosiasikan kemiskinan sebagai faktor utama
berlaku kebejatan sosial. Sebenarnya kegoyahan dalam institusi keluarga turut menjadi penyumbang
utama menularnya gejala ini. Arus modenisasi dan materialistik telah mengheret sekelompok besar
institusi rumah tangga menjadi goyah dan pincang. Hidup ala nafsi -nafsi siapa lu gua telah menjadi
sebahagian budaya songsang masyarakat bandar. Keghairahan mengejar wang ringgit, pangkat dan
martabat menjadi kiblat manusia moden. Akhirnya anak-nak terbiar dalam kedahagaan kasih sayang bak
laut yang tidak bertepi . Demi mengubati kehibaan dan kehausaan kasih sayang anak-anak hanya
ditemani oleh kad-kad visa dan kad kredit yang menjadi lambang status masyarakat elit.Akhirnya dengan
kuasa wang anak-anak hidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agam a. Justeru,
berkembanglah konflik sosial yang tiada noktahnya.

Selain itu, ketandusan agama dan iman y ang setebal kulit bawang boleh mencetuskan
seseorang itu tergamak melakukan angkara yang boleh mencemar maruah dan harga diri serta keluarga.
Dengan kedangkalan ilmu agama seseorang itu gagal untuk membezakan antara fardu dan rukun atau
haram dan halal . Oleh itu, setiap tindakan hanyalah berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal dan
hanya bertindak secara membujur lalu melintang patah . Iman merupakan kompas kehidupan yang
bertunjangkan amal. Sesungguhnya seseorang yang tidak teguh imannya akan mudah terpengaruh oleh
runtuhan nafsu syahwaniah ajakan syaitan daripada memilih landasan takwa yang ditentukan oleh tuhan.

Media massa yang turut “bias” kepada peradaban ma syarakat Barat turut menggali jurang sosial
untuk menjerumuskan remaja. Media seperti televisyen adalah wahana penting hari ini dengan begitu
tega menayangkan adegan-adegan yang tidak sihat yang berunsurkan “3S” iaitu seks, sadis dan seram.
Pengaruh negatif melalui media massa amatlah destruktif kepada pemikiran masyarakat terutamanya
generasi muda. Kanak-kanak yang sentiasa dihidangi aksi ganas dan onar akan cepat belajar dan
membesar dalam pengaruh yang serba negatif. Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam
lingkungan kebejatan sosial dan menjadi golongan yang liar, anarkis , perosak dan tidak produktif.

Pendidikan menjaring masa seumur hidup bagi setiap insan. Pendidikan yang berasaskan
unsur-unsur material tanpa menitikberatkan aspek pembentukan jati diri dan sahsiah akan melahirkan
generasi yang barbar dan pagan . Generasi seperti inilah yang sanggup mencemarkan imej diri, keluarga
bangsa dan negara dengan melibatkan diri dalam gejala negatif seperti jenayah kolar putih, rasuah dan
salah guna kuasa. Sistem pendidikan yang gagal mengimbangi antara tuntutan jasmani, emosi, rohani
dan intelek seperti yang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara akan membentuk individu yang
bermaklumat tetapi buta akan sistem nilai, etika dan agama. Musibahnya, akan berkembanglah
bermacam-macam angkara jenayah seperi pecah amanah dan menjual maruah negara.
Pelaksanaan undang-undang yang tidak tegas turut menyumbang kepada membiaknya masalah
sosial. Penguatkuasaan yang dilaksanakan secara tidak komprehensif gagal memberikan rasa takut dan
hormat kepada setiap pesalah. Malang sekali apabila terdapat segelintir pengamal undang-undang yang
sepatutnya menjadi pelindung undang-unang juga turut bersifat luwes dalam menjalankan amanah yang
dipertanggungjawabkan. Hal-hal seperti ini akan mencetuskan gejala jenayah dan gejala moral seperti
rasuah, tidak menghormati undang-undang dan peraturan, pergaulan bebas dan berbagai-bagai tingkah
laku yang mencemari peradaban dan tatasusila.
Sesungguhnya masalah sosial telah dikenal pasti berleluasa bukanlah hanya berpunca daripada
faktor kemiskinan sahaja, malahan terdapat bermacam-macam faktor yang turut menyumbang.Oleh itu
dalam menyelesaikan kemelut ini , kita janganlah menuding jari kea rah pihak lain tetapi sebaliknya kita
perlu bermusyawarah untuk mencari jalan penyelesaiannya. Ingatlah masalah kebejatan sosial tetap
melibatkan segenap lapisan masyarakat. Masalah ini sentiasa menagih komitmen dan keiltizaman semua
pihak sebagai satu sinergi untuk menanganinya dengan lebih berkesan.
Tajuk : Amalan bergotong - royong merupakan satu amalan tradisi yang telah diamalkan oleh
masyarakat kita sejak zaman berzaman. Malangnya tradisi ini semakin luntur sejak kebelakangan ini. Kini
semakin ramai yang menyuarakan pandangan bahawa tradisi ini perlu dihidupkan semula.

FAKTA HURAIAN/CONTOH

-Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah.


Pengenalan : konsep gotong-royong -gambaran hidup bekerjasama dan saling membantu
-satu cara membentuk masyarakat yang bersatu padu dan faham memahami.
-dapat memberikan rasa selamat, riang dan maju.
-kemajuan dunia yang bersifat materialistik,a malan ini telah hilang ditelan zaman.
-Amatlah wajar budaya bergotong-royong disuburkan kembali dalam kehidupan
masyarakat kita.

- dapat menyatukan hati dan perasaan setiap anggota masyarakat


Isi 1 : Menjadi amalan hidup sihat - setiap individu dapat b ertemu antara satu sama lain apabila aktiviti gotong-
royong
- mereka sentiasa berbincangan dan bertukar pendapat setiap kali menghadapi
masalah semasa bekerja
- Pepatah :bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

- aktiviti ini sangat sesuai dalam suasana kehidupan masyarakat pelbagai


Isi 2 : Sebagai jambatan (cara) kaum
memupuk perpanduan masyarakat - boleh menyatukan anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai
dan integrasi kaum di Malaysia status/taraf hidup
- mereka boleh bertukar pendapat dan membantu menyelesaikan masalah
yang akan dihadapi semasa bekerja atau masalah peribadi
- mereka akan mengetepikan kepentingan peribadi dan sanggup menolong
orang lain

- setiap anggota masyarakat hidup dalam suasana bersatu padu


Isi 3 : membina sikap rakyat yang - bersama –sama berusaha membangunkan negara tercinta
cinta akan negara - terbentuk suasana kehidupan yang harmoni, aman dan damai
- Pepatah : hidup bersatu dan bersama, sejunjung bak sireh, serumpun bak
serai

- Aktiviti ini dijalankan semasa cuti


Isi 4 : dapat memenuhi masa - Semua kerja dijalankan secara sukarela
lapang dan menjimatkan - Setiap anggota masyarakat akan turun untuk memberi sumbangan tenaga,
perbelanjaan fikiran dan wang ringgit
- Kerja dapat dijalankan dengan pantas

- Kerja yang dilakukan secara bersama dapat mengurangkan tenaga kerja


- Seseorang tidak terasa begitu letih/tertekan/beban apabila masing-masing
Isi 5 : dapat menjimatkan tenaga menjalankan tugas
kerja - Selain mengurangkan kos upah buruh/mesin untuk menjalankan aktivti
pembersihan dll
- Hubungan semakin erat tanpa wujud prasangka buruk terhadap seseorang
individu
- Bebanan kerja yang dipikul oleh 5 orang pekerja amat jauh berbeza sekiranya
bebanan itu dipikul oleh 10 orang
TAJUK : Gejala penderaan dan penganiayaan terhadap wanita dan kanak -kanak semakin
berleluasa kini. Bentangkan punca -punca yang menyebabkan gejala ini berleluasa dan cadangkan
langkah -langkah berkesan untuk menanganinya.
Tuliskan pandangan anda.

Setiap manusia dijadikan sempurna. Kejadian itu terbahagi kepada jantina iaitu lelaki dan
perempuan. Perempuan dijadikan Tuhan sebagai teman hidup kepada lelaki dan begitu pula sebaliknya.
Mereka diikat oleh hubungan perkahwinan sistem berumahtangga yang sempurna. Golongan perempuan
diamanahkan sebagai pengembang zuriat. Bermula dengan sepasang suami isteri, lahirlah anak-anak
yang akan menjadi penyeri dan penghias rumah tangga. Demikianlah betapa indahnya kehidupan yang
saling melengkapi dan menyayangi. Walau bagaimanapun dalam kebobrokan dunia yang penuh dengan
pancaroba , manusia kini bagaikan hilang pertimbangan waras. Golongan lemah seperti wanita dan
kanak-kanak menjadi sasaran melepaskan geram. Penularan gejala ganas ini sedikit banyak telah
menggoncangkan suasana harmoni dalam masyarakat. Masyarakat digemparkan dengan kekejaman
seperti pembuangan bayi, bayi ditemui di dalam tong sampah dan lubang tandas. Insiden seperti
kematian Mohamad Afiq yang menderita kerana diseksa oleh bapanya, pembunuhan kejam seorang
eksekutif Petronas seolah-olah melambangkan rakyat Malaysia kini dikuasai fobia dan mania keganasan.
Memandangkan insiden ini boleh memusnahkan institusi masyarakat dan seterusnya negara, segenap
pihak hendaklah mengenal pasti dan prihatin terhadap penularannya di samping bertindak untuk
menanganinya dengan sebaik mungkin.

FAKTA HURAIAN/CONTOH
Isi 1 : hilangnya nilai-nilai agama, - dikuasai oleh tekanan emosi dan feel bebal – manusia bertindak berpandukan
akhlak dan kewarasan tingkah laku kebinatangan yang beraja di hati dan bersultan di mata.
- Dikaitkan dengan masalah kerja/bebanan kerja tinggi
- Tekanan ekonomi yang mendesak – bekerja lebih masa dan diluar kemampuan
- Hadapi keadaan tegang dan tidak dapat kawal emosi
- Kewarasan bertukar menjadi kegananasan
- Isteri jatuh terbaring berlumuran darah/zuriat terbujur kaku menjadi mayat
Isi 2 : keadaan sosial masa kini - mementingkan nilai hidup materialistik dan tiada nilai-nilai kemasyarakatan
- trend hidup umpama enau dalam belukar/nafsi-nafsi siapa lu gua?
- Insiden yang sekadar ribut dalam cawan kopi tiba-tiba dibesar-besarkan.
- Masing-masing begitu tegas mempertahankan pendirian –membawa tindakan
di luar batasan kemanusiaan
Isi 3 : keretakan dalam rumah - elemen-eleman seperti cinta monyet, berkahwin dalam usia yang mud,
tangga ketiadaan ilmu menguruskan rumah tangga
- gagal mencari penyelesaian krisis rumah tangga memberi kesan besar
terhadap anak-anak apabila anak-anak terbiar , didera sama ada oleh ibu bapa
sendiri atau ibu dan bapa tiri
Isi 4 : ibu bapa sewajarnya - kata-kata imam Al-Ghazali, anak yang diajar erti kasih sayang akan belajar
menunjukkan teladan dan kasih untuk menyayangi orang lain.
sayang sewajarnya - Suami-isteri hendaklah akur bahawa salah faham, kecewa dan keletihan
merupakan asam garam dalam rumah tangga
- Semangat tolenrasi dan sedia memaafkan dijadikan resepi hidup yang
berkekalan.
- Membantu membina keluarga bahagia seprti “rumahku syurgaku”
- Pendidikan agama hendaklah diterapkan ke dalam jiwa setiap insan
Isi 5 : Peranan masyarakat dan - mengelak individu daripada terus berada dalam tekanan emosi
badan-badan kebajikan (NGO) - Badan-badan kebajikan seperti BAKTI, dan badan politik hendaklah proaktif
membantu mangsa
- Tidak boleh lagi mengamalkan sikap tidak menjaga tepi kain orang lain
- Biro khidmat kebajikan yang berfungsi memantau, menasihati dan membantu
mangsa untuk mendapat perlindungan sama ada dari segi undang-undang atau
perlindungan sementara
Isi 6 : Pihak kerajaan hendaklah - Setiap undang-undang yang digubal hendaklah dihebahkan untuk pengetahuan
mewujudkan akta yang tegas di orang ramai
sisi undang-undang - Agensi kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kebajikan
Masyarakat hendaklah mewujudkan unit kaunseling
- Polis hendaklah meneruskan khidmat 24 jam Talian Bebas Tol seperti Teledera
- Bertujuan untuk memudahkan orang ramai membuat aduan
TAJUK : Kegemaran para remaja menghabiskan masa di pusat-pusat hiburan amat merugikan. Oleh itu
untuk mengatasi masalah tersebut anda diminta memberikan beberapa cadangan untuk mengatasi
masalah tersebut. Tuliskan cadangan-cadangan anda itu.

Pengenalan : Daripada sepotong hadith Rasulullah SAW ada menyebut, ‘Dapatlah lima perkara sebelum
anda kehilangan lima perkara “salah satu dalam lima perkara tersebut ialah jagalah masa muda kamu
sebelum datang masa tua. Namun hakikatnya amat berbeza apabila rata-rata remaja kini tidak
menghargai masa muda mereka. Remaja lebih asyik membuang masa dengan berkunjung ke pusat-
pusat hibura. Keadaan ini amat jelas akan menggagalkan matlamat murni untuk menjadi negara maju
dalam dekad awal 2000. Oleh itu, sebelum nasi menjadi bubur dan sementara sedang senget jangan
terus tumpah kita hendaklah mencari langkah terbaik untuk menyelesaikan gejala ini.

FAKTA HURAIAN CONTOH


Membina matlamat dan jati diri remaja - membimbing remaja untuk - tunjuk ajar yang sempurna
memilih jalan hidup yang betul terhadap pendidikan moral dan
- membina hala tuju remaja untuk agama
memilih cita-cita dan matlamat - memberi bimbingan kerjaya yang
masa depan sesuai membentuk tenaga pakar
- membina kekuatan untuk bagi yang pintar memberi kehiran
menghadapi gejala antimoral yang vokasional bagi yang agak lemah
semakin menggelora - program-program seprti kelab,
persatuan
Menyediakan peluang pendidikan - peluang pendidikan hendaklah - bidang pengajian yang
yang mencukupi sehingga tempoh dipelbagaikan berasaskan kemahiran/kepakaran
umur akhir remaja - mengenakan syarat pendidikan - menggubal undang-undang
wajib pendidikan wajib
Mewujudkan program ketatanegaraan - mengenakan syarat wajib - khidmat untuk negara/kerahan
menyertai program tenaga
ketatanegaraan - kem biro tatanegara
- kem kesedaran sivik - kursus belia tahan lasak
- membina ketahanan mental/fizikal
untuk pelapis negara
Melaksanakan program pendidikan - sebagai persediaan remaja untuk - kursus-kursus perkahwinan
keibubapaan memasuki alam berumahtangga - bimbingan kerjaya
- memberi pendedahan tentang
cara-cara yang betul menjaga
anak
- membina kesedaran tentang
tanggunjawab ibu bapa terhadap
anak-anak

Menggubal undang-undang lepak dan - mencegah remaja terlalu bebas - mengenakan denda yang setimpal
industri hiburan yang lebih tegas - menyekat pengusaha yang secara bagi setiap kesalahan
mudah mengaut untuk dengan - tiada jaminan
memperalatkan remaja - gantung lesen perniagaan
- menghalang remaja terlalu bebas - rondaan/tindakan serts-merta
terhadap kelibat remaja yang
disyaki mencurigakan

FRASA MENARIK

Remaja sebagai tonggak negara Zaman muasir ini


Menjadi individu bermaruah, berilmu, berwawasan dan Kegawatan gejala sosial
dinamik
Fenomena ini berlaku begitu drastik Mereka dibiarkan hanyut
Penagih tegar (sukar dipulihkan) Erti kehidupan sebenar
Golongan yang berisiko tinggi Benteng pertahanan diri
Remaja sebagai sumberi tenaga Alaf baru kian hampir
Kejahilan menghantui hidup Budaya popular dan hedonistik
Berhadapan dengan serangan kebudayaan asing Menjadi landas sempadan
Memerlukan anjakan paradigma dan sikap yang Remaja perlu berjuang meneruskan kelangsungan hidup
menyeluruh
Pupusnya nilai-nilai murni Keterlibatan
Kebejatan moral Menjana kekuatan
Dijangkiti budaya Akibat alfanya generasi baru
Remaja sebagai guna tenaga negara Wahana
Membudayakan amalan murni Kegagalan menjana ilmu dan akhlak akan membentuk
generasi liar yang barbar dan pagan

‘SELAMAT MENGARANG – KEILTIZAMAN MENJAMIN KECEMERLANGAN’


DISEDIAK AN OLEH : AAB/SMKD 200 6
TAJUK : Ke Arah Mempertingkatkan Perpaduan Kaum di negara ini. Tuliskan pandangan anda.

Pengenalan : “Kalah jadi abu menang jadi arang” . Demikianlah ungkapan sebuah peribahasa Melayu
yang menggambarkan betapa sesuatu pergaduhan dan pertelingkahan pasti akan membawa
kemusnahan kepada kedua-dua belah pihak. Tiada pihak yang untung malah kedua-dua pihak akan
menanggung kerugian sama ada dari segi nyawa, harta benda dan maruah. Oleh itu, sebagai salah
sebuah negara yang sistem sosialnya didukungi oleh masyarakat majmuk, sewajarnyalah kita mencari
formula terbaik untuk membentuk sebuah negara yang aman dan harmoni.

FAKTA HURAIAN/CONTOH

- mempelbagaikan penglibatan setiap kaum dalam bidang ekonomi.


Memberikan keadilan dalam bidang - Memansuhkan monopoli sesuatu kaum dalam kegiatan ekonomi
ekonomi tertentu
- Meningkatkan pendapatan golongan daif bagi setiap kaum
- Menyediakan peluang dan kemudahan untuk setiap rakyat bergiat aktif
dalam ekonomi
- sistem kependudukan berkelompok yang bercirikan kaum dikurangkan
Mengubahsuai pola kependudukan yang - membangunkan kawasan perumahan baru yang menempatkan
berciri tradisional pelbagai kaum
- membataskan trend tempat tinggal elit yang didominasikan golongan
kaya (ubah suai konsep villa, country height)
- rakyat diberi peluang mendapat ilmu minimum 11 tahun dan
Menyamaratakan (liberalisasi) dalam sistem maksimum sepanjang hayat
pendidikan - merelisasikan / implementasikan Sekolah Wawasan
- memperbanyak kandungan kurikulum yang berorientasikan Malaysia
- menerapkan nilai-nilai murni yang sihat
Program kebudayaan pelbagai kaum - seni mempertahankan diri
- mengurangkan kegiatan negatif seperti perjudian dan kelab-kelab
sosial
- menghubungkan tali silaturrahim
- mengetahui adat dan kebudayaan sesuatu kaum
Sambutan rumah terbuka - menziarahi semasa kesakitan/kemalangan
- sewaktu perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidil Fitri, Hari
Deepavali
- dapat memahami adat resam dan budaya kaum lain
- elakkan rasa prejudis/prasangka
- membina generasi yang cinta akan negara
Kem Bina Insan/Ketatanegaraan - mengambil iktibar peristiwa lalu seperti tragedi 13 Mei 1969
- mewujudkan kerjasama antara kaum semasa sesuatu program
- membina semangat jati diri/tahan lasak dan sifat tolong menolong
- wajib menyertai PLKN bagi remaja lepas SPM

1. Dalam hal menyelesaikan masalah perpaduan kaum di Malaysia kita hendaklah bertindak
dengan cara yang bijaksana dan saksama. Sebarang kesilapan dalam cara bertindak boleh
membawa padah. Justeru, kita perlulah berhati-hati, bak menarik rambut di dalam tepung, rambut
jangan putus dan tepung jangan terserak atau ibarat mementung ular, ular dipentung biar mati,
kayu pementung jangan patah dan tanah landasan jangan lembang

2. Hidup dalam masyarakat tidak boleh bersikap ‘nafsi -nafsi, siapa lu siapa gua, umpama enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing -masing’

UNGKAPAN DAN KATA-KATA INDAH

3. Hidup dalam masyarakat tidak boleh bersikap ‘nafsi -nafsi, siapa lu siapa gua, umpama enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing -masing’

4. Dalam hal menyelesaikan masalah perpaduan kaum di Malaysia kita hendaklah bertindak
dengan cara yang bijaksana dan saksama. Sebarang kesilapan dalam cara bertindak boleh
membawa padah. Justeru, kita perlulah berhati-hati, bak menarik rambut di dalam tepung, ram but
jangan putus dan tepung jangan terserak atau ibarat mementung ular, ular dipentung biar mati,
kayu pementung jangan patah dan tanah landasan jangan lembang

5. Masyarakat madani terjana daripada sikap dan sahsiah yang mulia sentiasa menjujung tinggi
nilai bijaksana seperti takwa, iman, amal, akhlak dan akal budi. Masyarakat tersebut juga
sentiasa menjauhi budaya songsang barbar dan pagan

6. Hidup kita janganlah hanya berpaksikan nafsu dan syahwat semata-mata kerana sikap
seumpama itu akan membawa musibah kepada diri, ibarat kata seloka:
Ikut suka duka
Ikut rasa binasa
Ikut hati mati
Ikut nafsu lesu

7. Dalam menangani masalah pendatang tanpa izin, kita tidak boleh terlalu berlembut sehingga
menggadai kepentingan sendiri. Kita harus belajar daripada seloka Emak Si Randang,
Baiknya budi emak Si Randang
Dagang lalu ditanakkan
Tiada kayu rumah dikopakkan
Suami pulang kelaparan
Kera di hutan disusui
Anak di pangkuan dilepaskan
TAJUK : Anda berasa kecewa dengan sikap sesetengah pihak yang terlalu rakus sehingga tergamak
memusnahkah hutan belantara. Sebagai reaksi kepada fenomena tersebut anda ingin menyumbangkan
sebuah rencana untuk dimuatkan di dalam sebuah majalah tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah
‘Pemusnahan Hutan di Neg ara Ini : Punca dan Langkah Mengatasinya. ’ Tuliskan rencana tersebut
selengkapnya.

Pemusnahan Hutan Di Malaysia : Punca dan Langkah Mengatasinya


Oleh : Hamidah bt Wahab

Saudara Pengarang,
Hutan merupakan habitat semula jadi kepada beribu-ribu spesies flora dan fauna. Hutan
berfungsi sebagai penstabil ekosistem alam. Di Malaysia hutan hujan tropika mengandungi khazanah
bernilai yang sukar ditemui di negaranegara lain. Kewujudan hutan yang begitu luas di negara kita telah
menjadi suatu rahmat yang tidak ternilai. Akan tetapi, warisan sumber tropika ini semakin menghadapi
bahaya ancaman kepupusan akibat kurang penjagaan, penerokaan haram, dan aktiviti pengodolan tanah
tinggi yang menjadi-jadi. Hutan kini menjadi mangsa kerakusan manusia yang mengejar untung dan laba.
Justeru, atas tiket pembangunan manusia telah mewajarkan hutan diteroka dengan sewenang-
wenangnya. Prihatin dengan keadaan tersebut, sebagai warga yang bertanggungjawab kita wajar
mengenal pasti akan punca-punca masalah ini terjadi dan mengambil insiatif untuk membendungnya.

Pemusnahan hutan lazimnya dikaitkan dengan penglibatan dalam bidang ekonomi. Memang
sejak era tradisi lagi hutan telah dikenal pasti sebagai sumber khazanah yang tidak ternilai kekayaannya.
Hasil-hasil hutan seperti kayu-kayan, rotan, buah-buahan dan binatang telah menjadi keperluan kepada
manusia sejak dari zaman primitif hingga ke hari ini. Selain itu, hutan menjadi sasaran dalam aktiviti
pertanian sama ada pertanian pindah pada zaman primitif atau pertanian komersial pada era
pascamoden kini. Oleh itu, atas tiket pembangunan hutanlah yang menjadi sasaran. Kadang-kala sikap
manusia sendiri yang menjadi terlalu ironis kerana manusia yang dikatakan terlalu sensitif dengan
pelesterian alam, tetapi dalam masa yang sama tergamak menggeledah hutan rimba dan gunung-
ganang yang menjadi pasak alam dan penstabil ekosistem. Ini. Akhirnya kesan mendadak dapat dilihat
apabila kawasan tanah tinggi yang strategik seperti Cameron Highland, Genting Highland dan Bukit
Fraser telah diteroka dengan sewenang-sewenangnya. Akibatnya kita sendiri dapat merasakan
peningkatan suhu di Cameron Highland telah naik mendadak dari 22 – 24 selsius kepada 26 –28 selsius.
Selain itu, tanah tinggi yang menjadi ‘stor sampanan’ air sepanjang zaman telah menjadi sejat dengan
tiba-tiba. Hal tersebut telah mendaruratkan warga Lembah Kelang pada setiap kali kemarau panjang
melanda khususnya dalam krisis air tahun 1998.

Selain itu, hutan dan tanah tinggi juga menjadi benteng penghadang rempuhan air dan aingin
kencang. Pokoklah yang menjadi pasak dan pengikat untuk mengukuhkan ikatan tekstur tanah. Walau
bagaimanpun, disebabkan oleh kejaihilan dan kerakusan nafsu manusia, semua fungsi tersebut
dipandang remeh sahaja. Akhirnya malapetaka yang tidak disangka-sangka telah melanda seperti
kejadian ribut Gred di Sabah, Tragedi Pos Dipang di Perak, Kejadian tanah runtuh di Simunjam Sarawak.
Tragedi-tragedi seumpama ini mungkin dapat dielakkan atau sekurang-kurangnnya dapat diminimumkan
sekiranya manusia lebih prihatin dengan fenomena alam.

Memandangkan fenomena pelupusan hutan ini boleh membawa bencana terhadap pelesterian
alam dan manusia, prihatin dengan masalah tersebut maka kita hendaklah bertindak segera mencari
jalan penyelesaiannya. Langkah yang paling berkesan ialah pihak berkuasa hendaklah menyelaras
semua aktiviti pembangunan yang melibatkan semua kawasan hutan simpan dan mengawal penerokaan
tanah baru khususnya di kawasan tanah tinggi. Oleh itu, Kementerian Teknologi dan alam Sekitar
hendaklah diberi tanggungjawab yang lebih untuk menjadi urus setia, pemantau dan penguatkuasa
sebarang kegiatan yang bercanggah dengan undang-undang negara.

Selain itu, lesen dan konsesi pembalakan hendaklah dikaji semula. Aktiviti pembalakan
merupakan ancaman paling serius terhadap kepupusan hutan. Menurut kajian, tragedi Pos Dipang dalam
tahun 1999 juga berkaitan dengan kegiatan pembalakan haram di kawasan tadahan air di puncak
gunung tersebut setelah batang-batang balak yang hanyut ditemui tersekat di jambatan sungai Kampar.
Oleh itu, pihak berkuasa mestilah lebih proaktif bertindak seperti menarik balik lesen pembalakan
daripada kontraktor yang dengan terang-terangan menebang dan mencuri balak.

Langkah seterusnya juga ialah memberhentikan dengan serta-merta semua kegiatan


pembangunan yang berpusat di tanah tinggi. Pembangunan di tanah tinggi yang lebih tertumpu kepada
aktiviti pelancongan tidak sepatutnya dibiarkan sampai mengorbankan khazanah hutan yang sangat
bernilai itu. Berdasarkan laporan akhbar sejak beberapa tahun yang lalu, pembinaan kondo mewah di
tanah tinggi Cameron telah menyebabkan kesan pencemaran yang teruk dan peningkatan suhu yang
mendadak. Demikian pula dengan kegiatan menarah bukit untuk membina kediaman mewah di Ulu
Kelang telah menyebabkan berlaku kontroversi apabila timbul ura-ura untuk memindahkan Zoo negara
ke Ulu Selangor. Inilah akibatnya apabila sikap rakus dan tamak haloba telah menguasai diri.

Sesungguhnya, sebagai warga yang prihatin, saya terlalu sayang dan cinta akan bumi Malaysia
yang bertuah ini. Saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang bersetuju supaya hutan dan khazanah
negara yang bernilai tidak boleh diteroka semata-mata untuk kepentingan perut. Ingatlah kepada
pesanan,’ Alam ini sebenarnya bukan kita warisi daripada generasi yang terdahulu, sebaliknya kita
pinjam daripada generasi sebelumnya.’ Oleh itu yang meminjam perlulah menjaga akan barang yang
dipinjam.
Tajuk : Pencemaran sungai di negara ini sudah dapat dikawal tetapi tidak seratus peratus mencapai
kejayaan. Pada pendapat anda, mengapakah keadaan ini berlaku dan apakah langkah -langkah yang
harus dijalankan oleh pelbagai pihak bagi mengatasinya?

Pendahuluan :
- Takrif pencemaran sungai : perbuatan mengotorkan sungai dengan melakukan sesuatu
- Kepentingan sungai : sebagai sumber bekalan air/ sumber bekalan hidro elektrik/ kegunaan
kehidupan seharian
- Walau bagaimanapun akibat kerakusan manusia, gunung-ganang ditarah, hutan digeledah, lautan
diceroboh dan sungai pula hampir musnah. Kerakusan ini akhirnya membawa bencana yang besar
apabila kebanyakan sungai di negara ini mengalami pencemaran yang amat teruk.
- Walaupun sudah ada kesedaran untuk merubah keadaan tersebut tetapi kejayaannya tidak begitu
membanggakan seperti kata peribahasa terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku sial padahnya.
- Oleh itu kita sepatutnya mengenalpasti segala punca tragedi ini di samping berusaha untuk
mengatasinya.

Isi 1 : Pembuangan sampah sarap / sisa domestik:


- menjadikan sungai sebagai tempat memunggah segala sampah –sarap.
- kesedaran tentang menjaga kebersihan sungai sukar ditanam ke dalam jiwa rakyat negara ini kerana
secara tradisi pola penempatan rakyat Malaysia banyak bertumpu di sepanjang sungai.
- Sungailah tempat membuang segala bahan sisa.
- Sungai terpaksa menerima segala bebanan bahan buangan yang tidak terhingga banyaknya.
- Sungai Kelang terpaksa menanggung bahan terampai sehingga 2 tan sehari.

Isi 2 : Kepesatan projek Pembangunan


- masyarakat kini lebih mementingkan arus pembangunan semasa.
- Sungai dijadikan mangsa kompromi ini
- Sisa pembuangan daripada kegiatan pertanian dengan mudah dibuang ke dalam sungai.
- Aktivit pembangunan khususnya yang melibatkan kawasan pedalaman dan tanah tinggi boleh
menyebabkan kesan sampingan kepada sungai.
- Apabila tanah tinggi dan isi kandungannya dimusnahkan maka keupayaan kawasan tersebut untuk
menadah air akan terjejas.
- Bahan-bahan sisa seperti sampah, tanah berlumpur dan bahan-bahan sisa akan dibawa ke dalam
sungai apabila berlaku hujan lebat.- alirannya semakin lemah / cetek

Isi 3 : Pembuangan bahan beracun/toksid


- sikap tidak bertanggungjawab dan mementingkan diri sendiri di kalangan pemilik kilang
- mengambil jalan pintas dengan membuang bahan-bahan toksid untuk menjimatkan kos
- persekitaran menjadi kotor dan penyakit berjangkit merebak di kalangan penduduk setempat
- kegiatan tidak bermoral ini seringkali dilakukan pada waktu malam atau dikawasan terpencil seperti
bekas tapak lombong

Isi 4 : Penguatkuasaan Undang-undang


- kerajaan perlu lebih bertegas dengan menggubal undang-undang yang jelas dan ketat untuk
mengawasi keselamatan sungai.
- Akta Kawalan Sungai – JPS hendaklah diberikan kuasa untuk menyaman dan mendakwa individu
atau institusi yang terbabit
- Undang-undang yang berkaitan dengan pembangunan dan industri juga hendaklah dibentuk supaya
setiap pertumbuhan kawasan baru hendaklah tidak terlalu rapat dengan sungai.
- Denda dan kompaun yang tinggi patut dikenakan ke atas pesalah ini.

Isi 5 : Kesedaran Masyarakat


- perlu ditanam sikap cinta dan sayang akan alam sekitar khususnya sungai
- rakyat perlulah dididik supaya menghargai anugerah Allah
- Usaha ini perlu diimplementasikan pada peringkat kanak-kanak iaitu semasa mereka dalam alam
persekolahan
- Masyarakat perlu melaporkan setiap aktiviti pencemaran sungai kepada pihak berkuasa
- Perlu kerjasama semua pihak untuk memastikan keindahan sungai dapat dipulihkan
Isi 6 : Melancarkan Kempen
- JPS hendaklah proaktif mengadakan kempen seperti “Cintai Sungai Kita” dan “Sungai Untuk Anak
Cucu Kita”
- Perlu melibatkan semua agensi seperti kerajaan, swasta, sektor perindustrian dll
- Pertandingan sungai terbersih di peringkat daerah dan negeri, pertandingan kuiz dan melukis poster
hendaklah dijalankan secara berterusan
- Bertujuan memberi pendidikan secara langsung supaya generasi akan datang menjadi lebih peka
kepada sumber alam ini

TAJUK : SEBAB-SEBAB GEJALA LEPAK DAN KESAN KEPADA NEGARA


PENGENALAN : penggunaan masa untuk perkaran yang tidak bermanfaat dan tidak berfaedah.
Contoh membuang masa di pusat-pusat beli-belah, pusat hiburan, pusat permainan video dll

PUNCA : KELEMAHAN KETAHANAN DIRI


- kekosongan jiwa –tiada kesedaran dan keinsafan tentang kenyataan hidup-berpunca daripada
kekurangan ilmu

PUNCA : KURANG DIDIKAN AGAMA


- tiada kesedaran tentang tanggungjawab sebagai manusia di muka bumi

PUNCA ; PENGARUH PERSEKITARAN


- kewujudan pusat-pusat hiburan mengatasi pertumbuhan perpustakaan dan pusat menjana ilmu.

PUNCA : PENGARUH RAKAN SEBAYA


-taksub dengan pengaruh rakan berbanding keluarga

PUNCA : KETIDAKUPAYAAN BELAJAR


- belajar kerana paksaan ibu bapa
- tidak minat belajar
- lemah dalam pencapain akademik
- peraturan sekolah yang terlalu ketat

PUNCA : MASALAH KELUARGA


- ibu bapa pentingkan kebendaan
- ibu bapa tidak mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh

KESAN

1. Pembaziran guna tenaga yang produktif


2. Masalah keruntuhan moral seperti dadah, mencuri, merokok dll
3. Menjatuhkan imej sesuatu etnik/ kaum
4. Menjadi ikutan generasi muda/kanak-kanak
Soalan : Anda berminat untuk menulis sebuah rencana yang bertajuk “ Kegiatan Kokurikulum Dapat
Mencapai Matlamat Falsafah Pendidikan Negara.” Berdasarkan penyataan di atas, tulis sebuah rencana
selengkapnya.

Analisis Tajuk:
ISU UMUM : SUKAN DI MALAYSIA
ISU UTAMA : KEGIATAN KOKURIKULUM DAPAT MENCAPAI FPN
FOKUS JAWAPAN : FAEDAH MENYERTAI KEGIATAN KOKURIKULUM
FORMAT : RENCANA

FAKTA HURAIAN/CONTOH

FPN menekankan usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi


potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan
insan yang seimbang dan harmonis daai segi intelek, rohani, emosi dan
Pengenalan : Kegiatan Kokurikulum jasmani.
- Melalui kegiatan korikulum matlamat melahirkan generasi berilmu,
berketrampilan, berakhlak mulis, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara.
- Kegiatan kokurikulum terbahagi kepada 3 bahagian iaitu badan
beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan

- dapat merehakan otak dan mengembangkan minda


Isi 1 : kegiatan kokurikulum merupakan - pelajar dapat melepaskan emosi dengan cara yang betul.
inisiatif atau alternatif untuk mengurangkan - Pelajar berjaya mengawal emosi diri.
tekanan yang dihadapi oleh pelajar / Tubuh - Perangkaan yang dikeluarkan di Amerika Syarikat – 60 % kanak-
badan menjadi cergas kanak di negara gendut kurang senaman
- Menyertai kegiatan koku, mereka menjalankan aktiviti ketangkasan
- Peluh dan bahan-bahan kumuh yang berbahaya akan dibuang
- Daya tahan pelajar terhadap serangan penyakit juga meningkat
- Dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pelajaran [otak
yang cerdas lahir daripada badan yang cergas]

- melalui aktiviti yang berbakat , dapat menggilap bakat pelajar yang


terpendam
Isi 2 : Melahirkan pelajar yang berbakat - dapat menampilkan potensi diri pelajar yang sebenar
dalam pelbagai bidang. - membina keyakinan diri dengan potensi diri pelajar yang sebenar

- mengendali atau menjalankan aktiviti persatuan


Isi 3 ; Menampil serta menerapkan nilai-nilai - melahirkan insan yang berwibawa , berkaliber dan
kepimpinan bertanggungjawab
- dapat menyumbangkan kepada kejayaan persatuan yang dipimpin.

- Pelajar sentiasa disarankan mengamalkan nilai-nilai murni dalam


aktiviti kokurikulum
Isi 4 : Melahirkan pelajar yang berhemah - Memupuk nilai bersatu padu, bekerjasama, bertolak ansur,
tinggi bertimbang rasa serta saling memahami
- Menyumbang kepada kesejahteraan rakyat.
- Guru-guru dan ahli jawatan kuasa yang terlibat akan cuba
menyebatikan nilai-nilai murni dalam permainan atau ceramah
- Setiap aktiviti akan membawa mesej tertentu yang ingin
disampaikan
- Bermakna mereka turut melalui proses pembentukan peribadi yang
sempurna
- para pelajar akan bergaul dan mengenali pelajar-pelajar lain yang
Isi 5 : Menjalin hubungan silaturahim dalam terdiri daripada pelbagai kaum/etnik
kalangan pelajar - berganding bahu untuk menghadapi segala kesusahan semasa
menjalankan sesuatu kegiatan
- hubungan ukhawah dapat dipererat.
- Pelajar berpeluang memahami adapt resam dan kepercayaan
kaum-kaum lain
- Mereka akan mengetahui pantang larang bangsa-bangsa lain dan
cuba mengelakkan diri daripada melanggar pantang larang itu
- Perpaduan dapat diwujudkan dan impian menjadikan Malaysia
sebuah negara yang mempunyai masyarakat penyayang tidak akan
menjadi omong-omong kosong

- Bergiat dalam aktiviti kokurikulum dapat menjauhkan pelajar


Penutup : daripada melakukan gejala sosial
- Masa lapang dipenuhi dengan kegiatan berfaedah
- Lahir pelajar yang dinamik, seimbang dari segi pengetahuan,
perkembangan sahsiah dan mempunyai tingkah laku yang baik.

PANDUAN MENULIS PERENGGAN PENGENALAN LANGKAH ATAU CADANGAN PENUTUP

1. Oleh itu sebelum nasi menjadi bubur, dan sebelum retak menanti belah, kita hendaklah mengambil
inisiatif untuk membendung sebarang bibit pertelagahan.

2. Fenomena ini sebenarnya menuntut komitmen yang jitu daripada kita agar menjadikan masalah
…………………… (sampah/ pencemaran/ rasuah dan lain-lain yang difikirkan sesuai ) sebagai
agenda nasional dan perlu ditangani secara profesional.

3. Justeru, pendekatan yang lebih ekslusif hendaklah dilaksanakan dalam usaha mengheret golongan
ini keluar daripada perangkap ……………………… (kemiskinan/ moral/ sosial dan lain-lain yang
difikirkan sesuai ) itu.

4. Oleh yang demikian, ………………….. (ponteng sekolah/ melepak dan lain-lain ) tidak boleh
dibiarkan berterusan sehingga menjadi trend yang digemari di kalangan pelajar, semua pihak
seperti guru, ibu bapa dan Kementerian Pendidikan hendaklah duduk semeja berbincang untuk
mencari jalan menangani secara lebih profesional.

5. Memandangkan gejala ini sudah pasti akan mendapatkan kesan yang parah terhadap pembinaan
masyarakat madani, semua pihak hendaklah sedar akan tanggungjawab masing-masing.

6. Oleh itu, semua pihak khususnya ……………………( sekolah / kerajaan dll )hendaklah
melaksanakan tugas profesional mereka untuk menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi
kenyataan.

7. Bidalan ada menyebut, ‘Cegah Sebelum Parah’ dan peribahasa ada menyatakan menjernih air di
muara hendaklah dimulakan di hulunya. Oleh itu, segala kepincangan yang sedang berlaku kini
memerlukan ‘post mortem’ dan langkah-langkah penyelesaian yang bijaksana.
TAJUK : Anda dipilih mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat daerah. Dalam pertandingan
tersebut anda memilih tajuk “Remaja Hari Ini Penentu Harapan Hari Esok”.

Kata-kata aluan…………………

Hadirin sekalian,
Mantan Presiden Indonesia, Bung Karno pernah berkata, “Berilah aku 100 orang pemuda,
nescaya aku mampu menggoncangkan dunia ini. Tetapi sekiranya aku diberikan 1000 orang tua,
nescaya tewaslah aku”. Demikianlah satu proklamasi yang oernah diungkapkan oleh seorang pemimpin
ternama Indonesia itu yang sekaligus memberikan pengiktirafan yang sangat tinggi kepada golongan
muda. Pemuda merupakan pelapis dan tulang belakang untuk meneruskan kepemimpinan negara.

Saudara/saudari sekalian,
Remaja Hari Ini Penentu Hari Esok, saya takrifkan sebagai golongan muda yang masih
gagah, bertenaga, mempunyai visi dan misi. Sesungguhnya mereka inilah yang akan menentukan
hala tuju negara sama ada menjadi lebih baik atau terus pada takuk lama. Merekalah yang akan menjadi
peneraju kepemimpinan negara setelah pemimpin yang ada kini terpaksa berundur kerana dihimpit usi
tua.
Pepatah Melayu ada menyebut, patah tumbuh hilang berganti. Sesunggunya, kehidupan kita
merupakan satu pusingan iaitu yang sudah tua pasti akan pergi sementara yang muda akan mengambil
tempat yang dikosongkan . Dengan yang demikian, golongan remajalah yang akan meneruskan wawsan
negara. Pada waktu itu arah, matlamat, hala tuju dan falfasah negara akan ditentukan oleh generasi
pelapis. Seandainya mereka terdiri daripada golongan yang cerdik dan berakhlak mulia maka hala tuju
negara juga pasti akan berada di atas landasan yang betul. Andai sebaliknya, maka matlmat dan
wawasan negara tentulah akan was-was sahaja. Justeru, tepatlah pada masa dan kenalah pada sasaran
untuk saya menyeru rakan-rakan supaya kita bersedia dengan mental dan fizikal dalam usaha memacu
negara ke arah sebuah negara yang maju, makmur dan berdaya saing.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati,


Berdasarkan statistik kependudukan Melaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan
Negara tahun 2000, golongan remaja adalah 65% daripada 23.27 juta penduduk Malaysia. Jumlah yang
besar ini tentulah memberikan keuntukan yang besar juga kepada keperluan guna tenaga
negara.Masalah seperti kemasukan tenaga buruh asing akan dapat dikurangkan. Oleh itu rakyat
Malaysia perlu mempunyai kemahiran dan kepakaran yang tinggi. Dengan adanya rakyat yang ramai dan
mereka memiliki kemahiran kepakaran dan kebolehan yang tinggi negara sudah seharusnya boleh
melangkah dengan lebih yakin ke dalam bidang teknologi tinggi untuk bersaing dengan negara-negara
maju. Oleh itu, para remaja hendaklah memiliki kekutan daya saing yang tinggi, kreatif dan inovatif.
Lihatlah dengan inovasi dan kreativiti anak-anak tempatan, kini Malaysia sudah boleh berbangga apabila
barangan keluaran Malaysia telah mula memnuhi pasaran terbuka di luar negara. Pencapaian cemerlang
Proton dan KRISS akan menjadi lambang kehebatan Malaysia untuk bersaing dalam semua bidang
teknologi di peringkat antarbangsa. Justeru, kita cukup optimis apabila menjelang sahaja alaf baru kita
sudahpun bersedia dengan para wira dan serikandi yang mampu memikil tanggunjawab yang lebih berat
dalam memenuhi aspirasi negara untuk menjadi negara maju.

Hadirin sekalian,
Tanggungjawab yang seterusnya ialah remaja hari ini hendaklah bersedia dengan mental dan
fizikal. Mereka mesti menerima hakikat kitalah yang akan mmenjadi penyambung zuriat mengambil
tempat ibu dan bapa kita. Kita hendklah faham kan tanggungjawab menjadi ibu bapa pada alaf baru
adalah lebih mencabar . Sebagai golongan dewasa pada waktu itu kita bertanggungjawab mendidik
anak-anak untuk menjadi manusia yang syumu l dengan ilmu pengethuan, akhlak yang baik serta
berwawasan. Oleh itu, andai diri kita sempurna maka sempurnalah zuriat kita, bak kata pepatah ke mana
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Sebaliknya kita jangan berangan-angan untuk melihat zuriat yang
akan datang menjadi menjadi lebih baik tanpa komitmen jitu daripada diri kita sendiri. Tidak wajar sikap
sepreti ketam mengajar anaknya berjalan betul diamalkan dalam mendidik generasi. Seyogialah generasi
hari ini meperlengkap diri mereka dengan ilmu pengethuan dan mengamalkan disiplin yang murni. Kita
tidak mahu nilai negatif bapa borek anak rintik masih menghantui kehidupan masyarakat kita.
Warga dewan sekalian,
Sebagai bangsa yang berdaulat, berbudaya dan bermaruah, kita beriltizam untuk melihat
generasi yang akan datan akan lebih matang dan beretika. Nilai-nilai budaya yang murni bertreraskan
budaya Melayu yang luhur dan nilai-nilai kehidupan manusia sejagat hendaklah dijadikan landasan hidup.
Kita tidak betah apabila negara melangkah ke alaf pemodenan abad ke 21 maka nilai-nili kita terus
menjadi kucar-kacir seperti masyarakat robot. Dengan itu elakkanlah diri kita daripada terpengaruh dan
dirasuk oleh bilai-nilai songsang yang gila dan sasau yang diterima pakai secara bulat-bulat dari Barat.
Ikutlah peradaban budaya kita yang sentiasa berpaksi kepada kehidupan yang harmonis, tenteram,
bertolak ansur berlandaskan nilai-nilai agama dan nilai-nilai universal. Remaja kini harus sedar akan
acuan negara sendiri yang terbina daripada semangat kerjasam dan musyawarah di kalangan pelbagai
kaum, agama dan budaya.

Saudara-saudari sekalian,
Sebelum mengundur diri saya ini mengungkapkan kata-kata bijaksana yang meletakkkan
martabat remaja pada kedudukan yang tinggi dengan kata-kata “Penuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang
Negara.”. Slogan patriotik ini memberi pengiktirafan kepada golongan remaja bahawa mereka adalah
yang layak memikul amanah memacu negara mencapai matlamat. Dengan itu, benarlah kata-kata
bahawa, “Remaja Hari Ini Penentu Harapan Hari Esok”.

Sekian, Terima Kasih.

DISEDIAKAN OLEH;
PN. AZURAINI ABU BAKAR
KARANGAN CONTOH
Pendidikan komputer perlu dilaksanakan di negara ini untuk melahirkan
masyarakat yang celik komputer. Oleh itu anggota masyarakat wajar mempunyai pengetahuan tentang
komputer. Jelaskan kebaikan dan keburukan komputer dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Istilah teknologi maklumat dapat ditakfirkan sebagai jaringan telekomukasi yang menghubungkan
dunia sejagat tanpa batasan. Lazimnya jenis-jenis teknologi maklumat termasuk komputer, internet dan
pelbagai alatan multimedia . Tidak dapat disangkalkan bahawa teknologi maklumat telah menjadi sinonim
bagi semua manusia pada zaman muassir, lebih-lebih lagi sejak bermulanya millennium baru. Justeru,
kerajaan menggalakkan masyarakat menguasai kemahiran komputer yang bertujuan untuk membentuk
masyarakat sakinah yang berpaksikan teknologi maklumat . Penguasaan bidang ini dapat
memartabatkan negara kita di mata dunia agar dapat berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan
negara yang berada di puncak kemakmuran di persada antarabangsa. Sejajar dengan itu, pendidikan
komputer perlu diaplikasikan di segenap lapisan masyarakat yang membangun dari aspek social,
ekonomi dan politik. Walaubagaimanapun, pendidikan komputer telah menimbulkan pelbagai reaksi di
setiap pelosok dunia kerana ada pendapat mengatakan bahawa komputer membawa seribu kebaikan
kepada pengguna. Namun, ada juga yang berpendapat bahawa timbulnya pelbagai masalah social pada
zaman ini dikaitkan dengan perkembangan komputer.

Dalam masa yang relatif ini, kita telah pun memasuki alaf baru. Era ini pastinya sarat dengan
realiti baru dunia yang pantas berubah dan berkembang yang perlu kita depani. Apakah imej yang sudah
menjajahi seluruh benak fikiran kita apabila frasa tentang teknologi maklumat disebut?Sudah pasti
terdapat pelbagai hipotesis dan analogi yang akan menyelubungi pemikiran bagi mencari jawapan
berhubung soalan tersebut. Sesungguhnya kini, dengan kewujudan Universiti Maya, pelajar universiti kini
bukan sahaja dapat berkomunikasi dengan pensyarah mereka melalui mel elektronik bahkan mereka
dapat mengakses internet menerusi komputer dan multimedia interaktif. Sementelahan pula, Program
Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) yang diperkenalkan sememangnya menjadi cerucuk utama dalam
pembangunan sistem pendidikan negara yang berteraskan teknologi maklumat. Dengan ini seseorang
guru dapat menyampaikan kuliahnya kepada pelajar melalui laman jaringan tidak kira di mana mereka
berada. Justeru, para pelajar dapat mengikuti pelajaran secara langsung dengan adanya fasiliti
komputer yang canggih. Hal ini bertujuan untuk melahirkan lebih ramai pelajar yang celik teknologi
maklumat supaya dapat berbekalkan ilmu agar dapat menghadapi kederasan pembangunan teknologi
masa kini. Konklusinya komputer dan internet menjadi instrumen pendidikan bagi melahirkan generasi
yang dominan dalam bidang teknologi maklumat serta menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran
berjalan dengan lebih lancar.

Demi merealisasikan hasrat yang dimanifestasi oleh kerajaan Malaysia untuk mencapai status
negara maju menjelang tahun 2020, tidak dapat dinafikan bahawa penguasaan dan penggunaan
teknologi maklumat menjadi penentunya, khususnya dalam mengubah serta membaiki system
pentadbiran dan pengurusan negara. Kemajuan teknologi maklumat seperti penggunaan komputer dan
internet dalam bidang pengusan dan pentadbiran telah membantu pembangunan sesebuah negara
seperti Amerika dan Jepun yang makmur dari segi sains dan teknologi . Bagi mengatasi cabaran
globalisasi yang semakin menghimpit, Malaysia kini sedang menuju ke arah sistek kerajaan elektronik.
Penerapan keranaan elektronik mula terbukti apabila Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
melancarkan ‘homepage’ SPA yang membolehkan permohonan jawatan melalui penggunaan komputer.
Cara ini mendekatkan SPA kepada sistem ‘K-Pengurusan’ serta sekaligus memudahkan kerja
pendaftaran dibuat. Sehubungan itu, langkah kerajaan memperkenalkan ‘Kios Elektronik’ di pejabat, bank
dan pusat beli-belah adalah bertujuan untuk memudah dan memperecepat oaring ramai berurusan
dengan jabatan kerajaan seperti membayar cukai tanah, memperbaharui lesen memandu dan membayar
denda kesalahan trafik. Hal ini merupakan sebahagian daripada revolusi perkembangan teknolgi
maklumat yang bukan sahaja akan mengubah corak kehiduan kita, bahkan memastikan kita agar terus
mara dalam era informasi. Jadi, kehadiran komputer memainkan peranan yang menonjol dalam bidang
pengurusan dan pentadbiran negara agar kita semua tidak terpinggir dan terkebelakang dalam
ledakan teknologi.

Kemajuan teknologi maklumat turut membangunkan bidang kesihatan dan perubatan negara
melalui penggunaan komputer dan internet. Dengan kemudahan serta alat-alat yang moden dan
sofistikated, pakar-pakar perubatan dalam negeri dan luar negeri kini boleh bersidang menerusi laman
web tele-perubatan. Melalui ‘video –conference’ perbincangan tentang kaedah rawatan cara pencegahan
terkini dapat dilangsungkan secara terus. Oleh itu, para pakar perubatan kini tidak perlu lagi
menghabiskan masa untuk berbolak-balik atau tergesa-tergesa ke luar negeri semata-mata untuk
menghadiri persidangan tersebut. Dengan hanya menekan kekunci,mreka boleh bermusyawarah secara
langsung. Kegunaan internet yang komprehensif serta tidak terbatas ini juga dapat memudahkan kerja-
kerja penyelidikan. Hal ini bermakna maklumat tentang perubatan yang terkini dapat diperoleh
menerusinya dan hal ini telah memberi manfaat kepada golongan penyelidik untuk menjalankan
penyedilikan secara lebih mendalam dan terperinci melalui internet. Justeru, tidak hairanlah sekiranya
kemajuan bidang kesihatan dan perubatan negara setanding dengan negara-negara maju lain yang telah
lama mendahului kita dalam lapangan tersebut sebagai impak kepada pengusaan teknologi maklumat
negara kita. Sebagai menggulung, pembangunan pesat dalam bidang kesihatan dan perubatan negara
dalam mempraktikkan teknologi maklumat perlu dikekalkan momentumnya agar kita terus hebat dan
maju.

Dalam menempuhi alaf yang serba moden, kita selalunya hilang pertimbangan dan kewarasan.
Manusia kini dikuasai oleh teknologi maklumat, lebih-lebih lagi internet yang berperanan sebagai media
massa. Oleh sebab kita sering terkeliru dengan kebenaran khabar angin serta berita-berita yang
terpampang dan terhidang di internet. Kita seharusnya mengambil ikhtibar daripada kejadian sesetengah
pengguna yang telah menerima ajaran sesat akibat terpengaruh dengan kenyataan di internet. Hal ini
berlaku kerana minda kita telah diracuni dengan maklumat-maklumat di internet yang belum lafi disahkan
benar. Senario ini bertambah serus apabila kita tidak mampu membezakan baik dan buruk sebagai
impak kepada penyuntikan berita-berita yang negatif dalam minda kita. Lama-kelamaan fikiran kita akan
dikaburi dan akhirnya dimusanahkan akibat hilang pertimbangan akal. Oleh yang demikian internet
mampu merosakkan daya intelektual manusia dan hal ini akan menjadi barah jika tidak dibendung
awal. Kesimpulannya langkah-langkah yang drastik perlu disusun dan digagaskan bagi membetulkan
hala tuju manusia yang hanya berlandaskan pertimbangan akal yang dangkal.

Berdasarkan statistik yang ditunjukkan, kegiatan gejala sosial dan kes jenayah yang semakin
meningkat merupakan implikasi kepada penyalahgunaan internet. Tidak dinafikan, teknologi maklumat
menjadikan remaja lebih berpengetahuan. Akan tetapi bolehkah teknologi maklumat seperti internet
membentuk sahsiah remaja yang berlandaskan norma moral dan nilai kerohanian yang positif?
Jawapannya tidak. Internet disebaliknya hanya menggali jurang sosial untuk menjerumuskan remaja
serta menggalakkan masalah sosial.Melalui laman-laman web pornografi yang diwujudkan, remaja kini
mempunyai naluri ingin tahu yang cukup tinggi sehinggakan mereka sanggup melakukan adegan-adegan
berani dengan mengakses gambar-gambar lucah dari internet. Kebobrokan nilai murni dan norma
masyarakat di kalangan remaja terserlah setelah minda mereka telah terpengaruh dan disogokkan
dengan budaya barat yang dianggap bersesuaian dengan peredaran masa. Sememangnya, remaja kini
mempunyai gelombang nafsu yang tinggi,terdorong untuk meniru paparan di internet sehingga
meruntuhkan moral dan budaya timur yang luhur ini. Seterusnya mereka melakukan perbuatan yang
tercela seperti hubungan seks secara rambang, berjudi, merompak, merokok, berpakaian tidak senonoh
yang dianggap bertentangan dengan ajaran agama serta melanggari tatasusila masyarakat timur.
Akhirnya generasi ini akan terus membesar dalam lingkungan kebejatan sosial dan menjadi golongan
yang liar, anarkis, perosak dan tidak produktif.Konklusinya, penyalahgunaan internet hanya akan
menyumbang kepada kebejatan moral dan oleh itu adalah wajar satu bentuk orientasi sosial yang lebih
terarah perlu diterapkan bagi pembentukan masyarakat sakinah.
Institusi keluarga yang rapuh dan goyang acap kali diasosiasikan dengan perkembangan
teknologi yang pesat pada zaman muasir ini. Justeru, ramai berpendapat bahawa kewujudan peralatan-
peralatan canggih seperti komputer mengurangkan komunikasi kekeluargaan. Melalui ruangan ‘chat’
yang terdapat di internet, remaja kini sanggup menghabiskan masa untuk melayari laman ‘chatting’. Oleh
sebab’chatting’ memakan masa yang lama, maka peluang untuk remaja kini berkomunikasi serta
berinteraksi dengan ahli keluarga mereka adalah tipis. Lama-kelamaan hubungan mereka dengan ahli
keluarga akan menjadi semakin renggang. Konflik, pergaduhan, perselisihan faham akan timbul sebagai
akibatnya. Akhirnya institusi sesebuah keluarga akan menjadi goyah dan porak-peranda pada
kesudahannya. Jadi, jelaslah bahawa hubungan antara ahli sesebuah keluarga berkait rapat
dengankemajuan teknologi yang berkembang pesat. Jika begitu, hal ini sentiasa menagih komitmen dan
keiltizaman semua pihak, terutamanya ibu bapa dan remaja agar bersama-sama membina institusi
keluarga yang mantap demi megeratkan silaturrahim sesama sendiri.

Intihanya, penggunaan komputer dapat disimpulkan sebagai sesuatu yang mengguntungkan


sekiranya diaplikasikan dengan bertunjangkan norma dan nilai murni yang positif. Lebih penting lagi
dunia sekarang telah menerima hakikat bahawa masa depan kita akan dicorakkan dengan teknologi
maklumat dan penggunaan komputer menjadi nadi penting ke arah kemajuan serta menjadi satu komoditi
yang amat berharga. Justeru, masyarakat harus menyahut seruan kerajaan untuk menggunakan
komputer ke jalan yang benar dan kita tidak sewajarnya melihat isu ini dalam konteks yang sempit.
Diharapkan kita tidak menjadi hamba teknologi sebaliknya beriltizam dalam mencari ilmu teknologi untuk
menjadi individu yant berilmu, bermaruah, berwawasan dan dinamik bagi melengkapkan diri untuk
berhadapan dengan serangan budaya asing yang semakin kritikal. Sehubungan itu, pendidikan komputer
sangat penting memandangkan perkembangan semasa dunia yang meletakkan kemahiran komputer
sebagai prasyarat untuk menempuhi alam kerjaya kelak.

JADIKAN ILLUSI DI ATAS SEBAGAI GAMBARAN BETAPA CEPATNYA MASA ITU BERLALU
MENINGGALKAN KITA, LAN TARAN ITU KITA PERLU BERGERAK SEIRING DENGAN PERJALANAN
MASA……………………….. SEMOGA BERJAYA.

Disunting oleh : Pn. Azuraini bt Abu Bakar


Soalan : Sukan bukan sahaja sebagai aktiviti yang menyihatkan badan, malah bernilai
komersial, mewujudkan perpaduan kaum, mengharumkan nama sesebuah negara serta
membendung budaya negatif. Bincangkan kepentingan sukan kepada diri dan negara.

ISU UMUM : SUKAN


FOKUS JAWAPAN : KEPENTINGAN SUKAN KEPADA DIRI DAN NEGARA
FORMAT : PERBINCANGAN

ISI UTAMA HURAIAN/CONTOH


- Tahun 1998 merupakan detik bersejarah kepada Malaysia dan Asia kerana
Sukan Komanwel yang ke-16 telah berlangsung di Malaysia
Pendahuluan - Penganjuran sukan ini merupakan langkah ke arah merealisasikan Wawasan
2020
- Merupakan inspirasi Negara untuk melahirkan masyarakat yang maju,
demokratik, penyayang dan sejahtera
- Merupakan peluang keemasan bagi negara kita menonjolkan imej dan
kewibawaan Malaysia di arena antarabangsa
- Apakah faedah penganjuran kepada diri dan negara?
- aktiviti sukan melibatkan pergerakan anggota badan.
Apakah kepentingan sukan - Senaman mampu menguatkan sendi-sendi dan dan otot-otot tubuh menyebabkan
kepada seseorang? lemak yang termendap dalam badan dapat digunakan untuk menjana tenaga.
Sukan dapat melahirkan insan - Dapat membantu peroses perpeluhan dan menghilangkan panas badan.
yang cergas - Mereka yang aktif sukan akan terhindar daripada pelbagai penyakit kronik seperti
dan cerdas. sakit jantung, dan diabetes seperti kata pepatah ‘otak cerdas terletak pada badan
yang sihat.’
- Bagi pelajar, badan yang sihat memungkinkan seseorang itu dapat memberikan
perhatian sepenuhnya terhadap pelajaran.
- Bagi pekerja pula apabila badan sihat, hasil kerja lebih memuaskan .
- Kesannya kemjuan dan kemakmuran sesebuah negara dapat dicapai.

- boleh meningkatkan permintaan terhadap alatan sukan.


- Mereka yang terlibat dalam bidang peralatan sukan seperti bola dan pakaian
sukanmeraih keuntungan yang berlipat ganda.
Sukan boleh mewujudkan - Usaha menyediakan pelbagai kemudahan prasarana sukan mendatangkan hasil
peluang perniagaan dan yang lumayan.
pekerjaan. - Misalnya untuk membina gelanggang permainan, stadium dan kolam renang
bertaraf antara bangsa, peluang perniagaan terbuka luas kepada kontraktor dan
pembekal bahan binaan.
- Malah peluang pekerjaan dapat diwujudkan.
- Apabila sesuatu kejohanan diadakan,mereka yang berdekatan dengan
gelanggang permainan memperoleh pendapatan sampingan menerusi
perniagaan yang dijalankan.
- Ini bermakna sukan berjaya merancakkan pertumbuhan ekonomi negara.

- ketika bersukan kita akan melupakan warna kulit.


- Kita tidak peduli sama ada rakan sepermainan itu orang Melayu, cina atau India.
- Sebelum sesuatu pertandingan, para atlet akan berkumpul di kem latihan dalam
tempoh tertentu.
Sukan mampu mewujudkan - Disitulah mereka tinggal, berlatih, makan dan berehat.
perpaduan kaum - Pergaulan dan interaksi sesama atlet dan pemain mewujudkan perpaduan kaum
- Ketika pertandingan berlangsung, mereka akan mempunyai satu misi untuk
mengharumkan nama sekolah, negeri atau negara.
- Kejayaan tidak akan tercapai jika tiada persefahaman yang erat, saling
membantu dan bertolak ansur.
- Rakyat sebagai penyokong pasukan negara menunjukkan semangat kebangsaan
yang tingggi dgn menyokong pemain negara.
- Bukti seramai 15 ribu orang dari pelbagai kaum mendaftar diri sebagai
sukarelawan di Sukan Komanwel 1998 merupakan rekod pencetus perpaduan
tidak mungkin dilupakan.
- Pencapaian dalam bidang sukan menyebabkan nama Malaysia terukir di pentas
antarabangsa.
- Contoh kejayaan Malaysia dalam Piala Thomas 1992 setelah 25 tahun
kehilangannya dan kejayaan malaysia memenangi pingat dalam acara
Sukan mampu mengangkat badminton di sukan Olimpik menyebabkan nama negara disebut.
martabat negara ke mercu - Sebelum ini tidak ramai mengenali walaupun pelbagai promosi telah dan terus
yang lebih tinggi dibuat, tetapi kesannya belum begitu ketara.
- Tetapi melalui sukan, mata masyarakat dunia seakan-akan mula terbuka.
- Dalam jangka panjang keyakinan mereka bukan sahaja dalam bidang sukan,
tetapi dalam bidang lain seperti pelancongan dan perindustrian.
- Barangan keluaran tempatan mula mendapat perhatian.
- Apabila martabat negara semakin tinggi, hasil keluaran malaysia mula mendapat
tempat di pasaran antarabangsa.

- Apabila negara kita menjadi tuan rumah dalam sesuatu temasya suka
antarbangsa, keuntungan besar boleh diperoleh menerusi pelancongan,
Sukan menggalakkan perhotelan, pengangkutan.
pertumbuhan - Ketika SUKOM seramai 6000 orang peserta dan pegawai dari 60 buah negara
ekonomi negara. telah datang ke negara kita.
- Ramai lagi pemerhati dan penyokong yang telah datang.
- Selain menyaksikan temasya, mereka mengambil kesempatan untuk
mengunjungi tempat-tempat menarik.
- Kedatangan mereka dengan membawa jumlah wang yang banyak,
- Wang tersebut dibelanjakan untuk membeli-belah, membayar sewa tempat
tinggal dan kenderaan.
- Negara akan memperoleh pendapatan menerusi pertukaran wang asing.
- Mampu merancakkan pertumbuhan ekonomi negara

- Sejak akhir-akhir ini masyarakat didedahkan dengan masalah remaja yang suka
melepak, bohsia, penyalahgunaan dadah dan vandalisme.
- Masalah ini berpunca daripada remaja yang tidak tahu memanfaatkan masa yang
Sukan boleh mengatasi teluang.
masalah sosial - Jika mereka meminati sukan, masa yang terluang selepas habis sekolah atau
bekerja, mereka akan ke gelanggang permainan.
- Selepas selesai sesi permainan, badan sudah letih, dan malam pun telah tiba.
- Jadi tiada ruang rakan-rakan yang suka melepak.
- Golongan ini sedar peranan mereka sebagai remaja dan rakyat Malaysia dan
sesekali tidak teringat untuk melakukan kegiatan yang tidak sihat.
- Sukan mampu membentuk masyarakat yang menghargai masa, diri dan negara.
- Melalui sukan antara bangsa- dapat meniru teknik-teknik latihan yang digunakan
Mutu sukan negara dapat dan kelengkapan yang disediakan oleh egara tersebut.
ditingkatkan - Contohnya teknik permainan, pengurusan, dan kelengkapan prasarana sukan
- Atlet mengetahui punca kegagalan dan kelemahan
- Mereka akan berlatih dengan lebih giat demi mencapai taraf sukan yang
diharapkan
- Negara boleh merancang strategi pembangunan sukan pada masa depan
- Memandangkan betapa pentingnya sukan kepada pembangunan negara,
kerajaan menerusi Kementerian Belia dan Sukan telah menyusun pelbagai
program untuk memastikan sukan menjadi satu aktiviti yang bukan sahaja untuk
menyihatkan badan, malah mampu mengharumkan negara.
- Sesungguhnya masa itu emas, Golongan remaja perlu memanfaatkan masa yang
terluang.
Penutup - Ada masa untuk berhibur, belajar, bersukan dan membaca buku.
- Tetapi tiada masa untuk melepak, bercampur gaul dengan budak-budak nakal
atau merosakkan harta awam.
- Sesungguhnya diri sendirilah yang bakal mencorakkan masa depan. Jangan
sesekali mengkutkan hati muda.
- Daripada melakukan perkaran yang tidak berfaedah, lebih baik memanfaatkan
masa dengan bersukan.
Soalan: Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan
pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah
untuk memupuk semangat ini. Jelaskan.

Analisis Tajuk
Isu Umum : semangat patriotisme
Isu Utama : memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar
Kehendak soalan : langkah-langkah
Jenis : Karangan pendapat (tanpa format)

Presiden John F Kennedy pernah berseru kepada rakyat Amerika dengan berkata ‘Jangan
ditanya apakah pemberian negara kepada kamu sebaliknya tanyalah apakah yang dapat kamu
sumbangkan untuk negara.’ Kata-kata ini merupakan satu sentuhan rohani untuk membentuk jiwa
patriotik di kalangan rakyat agar lebih mencintai dan sentiasa berusaha memberikan sumbangan yang
terbaik untuk kemajuan dan pembangunan negara. Dalam merealisasikan matlamat ini, para pelajar
merupakan angkatan sasaran yang tepat dapat dibentuk jiwa mereka supaya mengasihi negara. Oleh itu,
semua pihak khususnya sekolah hendaklah melaksanakan tugas-tugas profesional mereka untuk
menterjemahkan cita-cita murni ini menjadi kenyataan.

Usaha utama untuk melaksanakah wadah ini ialah melalui penerapan nilai murni iaitu
mencintai negara yang disemai melalui pendidikan. Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan
Sejarah, Bahasa Melayu, Kesusasteraan, Pendidikan Islam dan Moran kandungan pelajarannya boleh
diterapkan dengan unsur-unsur menghayati negara tercinta. Subjek sejarah adalah antara yang relevan
untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan dan jatuh bangun sesebuah negara itu. Urutan
peristiwa demi peristiwa dan segala episod sedih yang pernah dilalui oleh pejuang-pejuang terdahulu
akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan cinta akan
tanah tumpah darah mereka. Selain itu, unsur-unsur perbandingan sejarah jatuh bangun antara sebuah
negara dengan negara yang lain boleh memberikan kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka
insaf dan berfikir semula bahawa mereka lebih bertuah dilahirkan di negara ini. Hakikat hidup di mana
bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri lebih baik
di negeri sendiri akan dapat diterapkan ke dalam jiwa anak-anak apabila mereka memahami dengan
lebih jelas akan erti perjuangan sebuah bangsa yang berdaulat.

Peribahasa ada menyatakan tak jauh seluang melaut akhirnya balik ke muara menggambarkan
betapa jauh dan lama seseorang itu merantau akan balik ke pangkal ibu pertiwi. Justeru, perasaan cinta
dan sayang terhadap watan itu hendaklah dipupuk dalam nilai sebenar iaitu menterjemahkannya dalam
ketaatan dan rela berkorban. Bagi memastikan unsur berkenaan sentiasa tertanam di dalam jiwa setiap
warganegara mereka perlu dipupuk dengan nilai moral d an pegangan agama yang tulen. Nilai
moral akan menjadi wadah untuk individu itu lehih luhur peribadinya dan serta lebih murni tingkah laku.
Sementara nilai agama pula akan membentuk jiwa yang taat dan patuh terhadap Rabbani(tuhan) dan
sentiasa beristiqamah agar tidak melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai-nilai hidup universal
dan nilai-nilai ketuhanan. Apabila kedua-dua mekanisme ini berjaya ditanamkan ke dalam jiwa rakyat
nescaya mereka akan sentiasa menunjukkan taat setia dan rela berkorban apa-apa sahaja demi negara.
Sekolah juga bertanggungjawab untuk membentuk insan pelajar yang berilmu dan
berkemahiran. Kedua-dua asas ini amat bermakna kerana negara akan membangun dengan pantas
apabila tenaga manusianya terdiri daripada golongan mahir dan profesional. Dengan kepakaran dan ilmu
di dada maka terbentuk warganegara yang bersedia untuk membangunkan tanah air sendiri. Bidang ilmu
yang berkaitan dengan sains, teknologi dan kepakaran hendaklah diberi keutamaan. Langkah ini seiring
dengan wawasan negara untuk melahirkan rakyat kreatif dan inovatif serta menjadi penyumbang kepada
masa depan negara. Seandainya matlamat ini penuhi seyogialah matlamat sembilan mekanisme teras
wawasan 2020 menjadi kenyataan. Sesungguhnya kita patut bersyukur dengan keiltizaman yang tinggi
terhadap ilmu dan kepakaran teknologi tinggi kini Malaysia juga mampu untuk duduk sama rendah dan
berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang telah lama mendominasi bidang industri. Walaupun
masih berusia setahun jagung, namun industri otomobil nasional, iaitu Proton dan Perodua telah mula
mendapat pengiktirafan dunia.

Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan
bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, em osi
dan jasmani hendaklah dijadikan teras paksi . Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan
dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri
setesusnya kepada masyarakat, bangsa dan negara. Oleh itu, guru ialah individu yang wajar berada di
garisan paling hadapan untuk melaksanakan tugas berat ini. Oleh itu, guru wajar mempersiakan diri
mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. Guru wajar
mengelak daripada terdedah kepada elemen yang negarig kerana semua pembawaan personaliti mereka
dirujuk oleh pelajar-pelajar, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, setiap guru
hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik.

Angkatan pelajar ialah generasi penentu dalam memastikan hala tuju negara berada pada
landasan yang betul. Justeru, sekolah dan guru menjadi kanvas dan arkitek untuk menjayakan falsafah
negara. Sesungguhnya Saidina Ali pernah berkata, ‘Tiada perkara yang paling bernilai melainkan ilmu
kerana ilmu menjaga kamu dan menjaga harta.’ Oleh itu, para pelajar harus diasuh sejak dari bangku
persekolah untuk menjadi generasi yang berjiwa patriotik dan berguna kepada negara.
Soalan : ‘ Negara Kita Tanggungjawab Kita.’ Anda bersetuju dengan pernyataan ini. Tuliskan hujah-
hujah anda.

Analisis Tajuk
Isu Umum : Semangat Patriotisme
Isu Utama : Negara Kita Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia
Kehendak Soalan : Apakah tanggungjawab rakyat Malaysia terhadap negara kita?
Jenis : Karangan Perbincangan (tanpa format)

Pepatah Arab menyebut,’Kasihkan watan (negara) adalah sebahagian daripada iman’ dan
peribahasa Melayu pula menyebut, ‘Hujan emas di negeri orang , hujan batu di negeri sendiri, lebih baik
di negeri sendiri.’ Hal ini menggambarkan bahawa kita dituntut agar mengasihi tanah air dan berkorban
kerananya. Ungkapan di atas adalah salah satu tema sambutan hari kemerdekaan negara yang
menuntut komitmen menyeluruh setiap individu rakyat agar berjiwa patriotik dan sedia berbakti untuk
negara. Justeru, saya memang bersetuju dengan slogan tersebut.

Salah satu tanggungjawab utama untuk menterjemahkan rasa cinta kita terhadap negara adalah
dengan menjaga kestabilan, keamanan dan kesinambungan politik tanah air . Sistem politik yang
berteraskan amalan demokrasi dan perkongsian kuasa perlulah diperohara agar tidak diresapi oleh
sebarang anasir perosak. Justeru, sebarang pengaruh luar yang boleh meruntuhkan kedaulatan dan
kemerdekaan tanah air hendaklah ditentang habis-habisan. Pengalaman silam telah cukup mengajar kita
dan sejarah telah menjadi guru paling berwibawa agar kita sentias insaf bahawa kemerdekaan dan
keamanan yang kita peroleh kini bukanlah suatu hakikat yang sembarangan. Perjuangan untuk
memperleh kemerdekaan telah menyaksikan satu persatu wira-wira negara seperti Dato’ Bahaman, Tok
Janggut, Abdul Rahman Limbong, Dato’ Maharaja Lela dan lain-lain lagi gugur syahid.

Kini setelah 45 tahun kita menghirup nafas merdeka, kita harus memikul tugas untuk
mengekalkan kesejahteraan sosial . Barangkali kita sudah ditakdirkan hidup dalam sebuah masyarakat
majmuk dengan keragaman pelbagai budaya dan agama. Dengan stuktur sosial yang amat kompleks itu
kita hendaklah memeliharanya agar tidak dicemari oleh angkara salah faham, pertelingkahan dan
perbalahan kaum. Kita juga perlu insaf bahawa tiada sebuah negara pun di dunia ini yang mampu
mengekalkan keamanan selagi ketenteraman sosial tidak dijaga. Justeru, tragedi berdarah seperti 13 Mei
1969 biarlah terus tersimpan di dalam diari lama di Arkib Negara sahaja. Kita bermohon agar dinyahkan
segala pengalaman ngeri seperti itu. Oleh itu untuk mengekalkan keharmonian sosial semua kaum
perlulah sedar bahawa tiada sedikit pun keuntungan jikalau kita bertelingkah. Peristiwa di Kampung
Medan pada tahun 2000 telah membuktikan hakikat kalah jadi abu menang jadi arang.

Tanggungjawab seterusnya ialah berjuang untuk membangunkan ekonomi negara. Kini


melalui slogan globalisasi tajaan barat, kita semakin dihimpit oleh rangkaian neokolonialisme yang ingin
menjadikan semua negara sebagai medan dunia terbuka. Justeru, sesiapa yang kuat dialah yang dapat.
Demi membendung arus globalisasi yang berat sebelah itu, kita hendaklah benar-benar tega untuk
menjadi kuasa ekonomi yang mampu bersaing dengan negara-negara yang sudah maju. Oleh itu, setiap
rakyat perlulah mengisi dada dengan ilmu, memperlengkapkan diri dengan kemahiran supaya segala
agenda ekonomi negara tidak lagi bergantung kepada tenaga buruh asing. Janganlah kita hanya
berbangga dengan kejayaan negara sbaliknya kejayaan tersebut adalah dengan bikinan tangan orang
lain, ibarat kalah sabung menang sorak, ayam menang kampung tergadai.

Alam sekitar adalah anugerah yang maha besar daripada tuhan yang maha pemurah. Kita cukup
bertuah apabila dilahirkan di sebuah negara yang amat indah, harmoni dan makmur.
Walaubagaimanapun, kita berasa begitu kecewa apabila alam yang bagini sejahtera sedang menghadapi
ancaman kemusnahan. Kemajuan pembangunan fizikal yang tidak mengambil kira aspek jangka panjang
menakutkan banyak pihak tentang keselamatan dan jaminan masa depan kita. Pencemaran alam sekitar,
kepupusan flora dan fauna hendaklah diatasi secepat mungkin. Walaupun terdapat begitu banyak
kempen dan saranan supaya alam sekitar dipelihara, namun saranan hanya tinggal saranan dan kempen
berlalu melalui corong-corong pembesar suara sahaja. Tuntasnya kita sebagai rakyat Malaysia yang
bertanggungjawab, perlulah menjaga kualit i alam sekitar agar sentiasa selamat untuk diduduki
untuk generasi kini dan akan datang.

Sebagai bangsa yang beradab sopan, berbudaya dan mempunyai identiri, setiap rakyat
Malaysia wajar mempertahankan harga diri dan nilai seni warisan dan budaya. Kemurnian dan
maruah sesuatu bangsa itu sebenarnya dinilai berdasarkan nilai seni yang unik dan budaya yang sihat.
Sebagai negara masyarakat majmuk sudah semestinya kita memiliki pelbagai ciri budaya yang menarik
dan menjadi aset untuk menggamint pelancong asing. Kelembutan seni budaya seperti ronggeng,
Makyong, Ngajat dan lain-lainadalah menjadi sumber hari nurani setiap kaum. Selain memiliki seni
budaya yang unik dan dihormati, kita harus berwaspada dengan nilai-nilai songsang pengaruh dari barat
yang semakin pantas mempengaruhi golongan remaja. Unsur-unsur hiburan seperti Heavy Metal, Black
Metal Hard Rock dan Hip Hop mungkin menjadi virus untuk melumpuhkan budaya dan kesenia kita. Oleh
itu jagalah negara kita kerana kita bertanggungjawab terhadap segala yang mungkin terjadi. Budaya
cerminan bangsa dan budaya menjadi sendi bangsa.

Sesungguhnya, ‘Negara Kita Tanggungjawab Kita’ dan ‘Keranamu Malaysia’ akan terus menjadi
slogan yang menuntut komitmen seluruh rakyat untuk berkorban demi negara . Ingatlah sebagai warga
yang berdaulat, maka kepada tanah air inilah kita tumpahkan setia, bak kata peribahasa ‘tak jauh seluang
melaut, lambat laun tetap ke muara.’
SOALAN UJIAN 1 2004 :

Remaja seringkali dikaitkan dengan gejala keruntuhan akhlak seperti menonton VCD lucah, penagihan
najis dadah, gengsterisme dan peras ugut. Selain faktor kerapuhan institusi kekeluargaan, banyak faktor
lain menyumbang ke arah perbuatan yang tidak sihat. Berikan pendapat anda mengenai perkara
tersebut.

Dalam era yang relatif singkat ini, kita telahpun memasuki alaf baru. Era ini pastinya sarat
dengan cabaran serba ruwet dan canggih yang perlu ditangani dengan serius dan proaktif. Pada zaman
muasir ini, remaja acapkali diasosiasikan dengan gejala keruntuhan akhlak. Menurut kajian, lebih 70 %
daripada mereka merokok manakali kira 40% remaja menonton VCD lucah. Remaja merupakan aset
negara yang tidak ternilai. Kita sememangnya tidak harus membiarkan gejala tersebut menjadi satu titik
hitam yang menghalang remaja kita daripada mengoptimumkan keupayaan mereka untuk
membangunkan negara. Oleh yang demikian faktor-faktor yang membawa kepada gejala keruntuhan
akhlak di kalangan remaja ini patut dikaji dan ditelusuri sehingga ke akar umbinya sebelum strategi
menanganinya digagaskan.

Seperti mana yang kita sedia maklum institusi kekeluargaan yang mantap merupakan hospital
yang paling unggul untuk merawat segala penyakit sosial. Kerapuhan institusi kekeluargaan merupakan
faktor perdana berlakunya gejala yang tidak sihat itu. Ibu bapalah pencorak sikap anak-anak. Anak-anak
yang berada pada peringkat remaja masih mentah dan amat memerlukan bimbingan dan pimpinan ibu
bapa untuk mencapai hala tuju yang betul. Malangnya pada masa kini, kebanyakan ahli masyarakat naif
dengan kebendaan dan terpukau dengan nilai-nilai material yang melalaikan mereka daripada landasan
perjuangan yang sebenar. Selalunya ibu bapa sibuk dengan kerjya masing-masing sehingga melalaikan
anak-anak mereka. Akibatnya anak-anak remaja ini akan melakukan perbuatan-perbuatan tidak sihat
seperti menagih dadah, memeras ugut dan sebagainya dengan tujuan menarik perhatian ibu bapa.
Malah sebahagian daripada mereka tidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu adalah salah di sisi
moral dan agama. Ketiadaan pengawasan daripada ibu bapa menyebabkan remaja terlibat dalam gejala
keruntuhan akhlak. Kita semua memahami bahawa keluarga yang mantap dan bahagia merupakan
penawar kepada aneka resipi penyakit sosial. Maka dapat disimpulkan bahawa kerapuhan institusi
kekeluargaan merupakan penyumbang utama berlakunya gejala keruntuhan akhlak.

Pegangan agama yang rapuh juga merupakan faktor yang mendorong remaja terlibat dalam
gejala keruntuhan akhlak. Semua agama mengajar penganutnya berbuat baik. Temaja yang rapuh
pegangan agama kurang memahami ajaran agama dan apabila terlibat dalam gejala tidak sihat, mereka
atidak mengetahui bahawa perbuatan mereka itu bertentangan dengan bibit moral dan norma
masyarakat. Akibat kekurangan penerapan nilai-nilai moral dan ajaran agama dalam sanubari remaja,
mereka akan melakukan sesuatu tanpa mempertimbangkan sebab dan akibat tindakan mereka. Mereka
telah mengetepikan kepentingan orang lain. Manusia yang tidak berpegang teguh kepada ajaran agama,
dan nilai moral diibaratkan sebagai masyarakat yang celik tetapi buta. Remaja yang rapuh pegangan
agama akan melakukan sesuatu di luar jangkaan yang boleh membawa kesusahan kepada diri dan
orang lain seperti menonton VCD lucah, memeras ugut, terlibat dalam gengsterisme, menagih dadah
dan sebagainya.

Lazimnya remaja lebih gemar mendekati rakan –rakan tidak kira ketika bergembira atau
mengalami kesusahan. Perasaan remaja biasanya diluahkan kepada rakan yang sebaya kerana
menganggap rakan tersebut mampu memahaminya lalu menghulurkan bantuan. Justeru, remaja amat
mementingkan maruah mereka di kalangan rakan sebaya. Ketika diajak melakukan sesuatu, remaja
biasanya tidak akan menolak kerana bimbang dirinya dianggap pengecut dan tidak berguna oleh rakan
yang lain. Mereka sering terikut-ikut perbuatan rakan sebaya walaupun sesetengah daripada mereka
sedar bahawa perbuatan rakan tersebut adalah tidak wajar. Pada peringkat permulaan terlibat dalam
gejala keruntuhan akhlak, rasa taku dan bimbang memang tidak dapat dielakkan. Walau bagaimanapun,
remaja tidak sanggup menjatuhkan air mukanya di hadapan rakan-rakan. Mereka akan menurut arahan
dan hasutan rakan dengan membuta tuli. Lama-kelaman perbuatan yang tidak sihat telah menjadi
kebiasaan remaja tersebut dan mereka tidak lagi bersa bersalah kerana rakan lain turut melakukannya.
Malah mereka akan menghasut rekan lain yang baik untuk menyertai aktiviti mereka. Jelaslah bahawa
pengaruh rakan sebaya akan membawa kepada gejala keruntuhan akhlak di kalangan remaja.
Sekolah merupakan gedung ilmu yang dapat membentuk individu yang berilmu, kreatif dan
invatif. Walau bagaimanapun sistem pendidikan kini yang menilai seseorang pelajar melalui pencapaian
akademiknya telah mengundang pelbagai masalah. Sistem peperiksaan telah dijadikan instrumen untuk
menguji tahap pencapai pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar yang lemah dalam pelajaran akan terasa mereka
dipandang rendah dan tidak berguna di mata guru. Pelajar-pelajar yang tidak seimbang dari segi mental
ini akan berkelakuan buruk supaya menjadi perhatian guru-guru sekolah. Sementelahan, subjek
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral kini kurang dipandang berat oleh para guru ataupun pelajar.
Guru-guru akan menaruh usaha yang lebih kepada pelajar yang dianggap bijak. Bagaimanakah pelajar
yang kurang memuaskan pencapaian akademiknya? Golongan ini lumrahnya akan diabaikan oleh .
Natijahnya mereka akan hilang minat terhadap pelajaran dan mengalih pandangan ke arah saluran untuk
memperoleh keseronokan diri seperti melepak di pusat beli-belah. Oleh itu, tidak dapat disangkal lagi
sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan menyebabkan gejala keruntuhan akhlak
semakin kritikal.

Sementelahan pengaruh media massa sering diasosiasikan dengan faktor berlakunya


keruntuhan akhlak di kalangan remaja. Pihak penyiaran begitu tega mengimport rancangan yang
berunsurkan ‘3S’ iaitu seks, sadis dan seram dari luar negara. Akibatnya penonton yang kebanyakan
terdiri daripada remaja terpengaruh oleh unsur-unsur negatif barat yang bertentangan dengan nilai-nilai
tradisi masyarakat timur yang diwarisi sejak turun temurun lagi. Mereka begitu bangga apabila
mempunyai gaya rambut ‘punk’ atau pakaian yang mencolok mata sehingga mendedahkan aurat.
Benteng iman yang teguh telah dieksploitasi sedikit demi sedikit sehingga remaja Malaysia tidak sedar
lagi yang mana harus dibuka dan yang mana harus ditutup. Maka di sini jelaslah kepada kita bahawa
kemasukan filem-filem asing telah mencetuskan penjajahan intelektulisme secara tidak sedar dan telah
menghakis minat untuk memartabatkan filem-filem Melayu yang semakin lenyap di telan arus
kemasyhuran filem asing seperti ‘Rosalinda’ yang begitu mendapat sambutan hangat daripada
masyarakat Malaysia.

Gejala keruntuhan akhlak yang semakin berleluasa di kalangan remaka bukan sahaja akan
merosakkan remaja kita, malah akan membantutkan kemajuan dan pembangunan negara. Remaja
merupakan generasi pewaris yang bakal menerajui pucuk kepimpinan negara kelak. Kita sememangnya
tidak berhadap gejala negatif ini mengekang tonggak negara kita mengoptimumkan keupayaan mereka.
Satu wahana yang konkrit dan pragmatik wajib dilaksanakan dengan segera. Kita menagih komitmen
daripada semua pihak untuk menggemblengkan tenaga menghapuskan gejala keruntuhan akhlak ini
demi masa depan remaja kita dan negara.
“ Bangunlah Remaja Demi Negara.”

Diadaptasi Oleh:
Puan Azuraini Abu Bakar
22/3/04
Soalan : Industri Pelancongan di Malaysia membantu dan menyumbang ke arah kemajuan negara .
Ulaskan pendapat ini.

Isu Umum : Industri Pelancongan Malaysia (Unit 11 – Ting. 4)


Isu Utama : Sumbangan industri pelancongan ke arah kemajuan negara.
Kehendak soalan : Apakah sumbangan sektor pelancongan.

Perkembangan dan kemajuan yang dicapai oleh Malaysia pada masa kini menyebabkannya
terkenal sebagai sebuah negara membangun yang berjaya. Sejak mencapai kemerdekaan pada tahun
1957, pelbagai sektor telah dibangunkan terutamanya sektor ekonomi. Satu daripada sektor ekonomi
yang mendapat perhatian utama oleh pihak kerajaan ialah sektor yang berasaskan perindustrian. Antara
sektor perindustrian yang dijalankan temasuklah industri pelancongan.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa industri pelancongan telah menyumbang ke arah pertumbuhan
ekonomi dan meningkatkan pertukaran mata wang asing di sesebuah negara, khususnya negara kita.
Dalam hal ini, Malaysia berjaya meletakkan diri setanding dengan negara-negara lain. Seperti negara-
negara ASEAN yang lain juga industri pelancongan di negara ini giat dimajukan dan berkembang dengan
pesat ke arah kemajuan negara kita.

Negara kita memang kaya dengan kecantikan alam semula jadinya. Bukit-bukau yang
menghijau, rangkaian pulau yang indah, serta pantainya yang putih dan bersih menjadi daya tarikan
utama pelancong. Di negara kita juga terdapat beberapa buah pulau yang tercantik di dunia untuk
dilawati seperti Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Sipadan, Pulau Layang-layang dan sebagainya.
Di pulau-pulau ini aktiviti menyelam di dasar laut menjadi daya tarikan utama kepada pelancong luar.
Projek pembangunan alam semula jadi ini dapat mendatangkan pulangan yang besar kepada ekonomi
negara. Adanya kawasan hutan lipur dan Taman Negara telah mendorong sektor pelancongan
berkembangan pesat di negara kita.

Para pemaju dengan cepat dapat mengesan kawasan alam sekitar yang berpotensi untuk
dijadikan pusat peranginan. Hal ini dapat dilihat terutamanya di Pulau Langkawi menyediakan pelbagai
kemudahan pelancongan yang bermutu tinggi. Semua kemudahan ini disediakan bagi memenuhi
keperluan para pelancong dari luar negara, terutama dari Jepun, Eropah dan Amerika. Hal ini
menimbulkan persoalan sama ada manfaat pembangunan pelancongan di situ akan dinikmati oleh
masyarakat setempat atau pengusaha swasta. Maka sudah pasti kita dapat melihat dengan jelas jika
sesebuah kawasan itu dibuka oleh pemaju swasta, yang untungnya rakyat tempatan di situ kerana
peluang pekerjaan telah terbuka luas.

Sejak akhir-akhir ini, industri pelancongan dilihat seolah-seolah seperti barang dagangan.
Apatah lagi peranan yang dimainkan oleh Kementerian Pelancongan dalam membuat promosi-promosi
menarik untuk menarik pelancong luar datang ke negara kita seperti Kempen Tahun Melawat Malaysia.
Kerajaan negeri juga mengambil langkah yang sama dengan menganjurkan Tahun Melawat Negeri
masing-masing seperti Perak, Perlis,Selangor dan sebagainya. Industri ini diharapkan akan menjadi satu
daripada penggerak penting bagi ekonomi negara melalui tukaran wang asing yang akan
merancakkan sumber pendapatan negara kita.

Baru-baru ini kita dapat lihat negara kita banyak memperoleh keuntungan hasil pertukaran
wang asing daripada industri pelancongan yang berteraskan motor. Perlumbaan kereta dan
motosikal di Litar F1 Sepang, menjadi bukti kepada kita. Semua tiket habis dijual. Malah banyak
pelancong luar mengeluh kerana tidak dapat
Membeli tiket. Semua hotel untuk pengunapan di sekitar Kuala Lumpur penuh sesak dengan para
pelancong luar negara. Para peniaga tempatan banyak mengaut keuntungan. Semua ini jelas
menunjukkan bahawa sektor pelancongan memang memberi sumbangan besar kepada ekonomi negara.

Sektor pelancongan negara kita banyak menyumbangkan hasil kepada negara


menerusi aktiviti perhotelan yang disediakan, khas untuk para pelancong dari dalam mahupun dari
luar negara. Ekoran perkembangan sektor pelancongan, secara langsung akan menambahkan peluang
pekerjaan dan seterusnya mengurangkan kadar pengangguran. Lebih penting lagi ialah negara kita akan
memperoleh tukaran wang asing. Permintaan untuk barangan keperluan harian juga terus meningkat.
Para peniaga turut menikmati keuntungan hasil perkembangan sektor pelancongan. Namun, pembinaan
hotel-hotel di tepi pantai dan diatas bukit perlu dikawal oleh pihak berkuasa. Kita tidak mahu fizikal pantai
dan bukit akan pupus kerana terlalu banyak pembinaan prasarana hotel sehingga menjejaskan
keindahan asli kawasan tersebut. Sekiranya perkembangan ini tidak dikawal, lama-kelamaan industri
pelancongan akan memberi kesan yang memudaratkan masyarakat kita. Hal ini mungkin berlaku apabila
kawasan semula jadi yang menarik terjejas sebagai akibat kerja-kerja pembangunan untuk industri
pelancongan.
Projek pembangunan ini mengambil kawasan tanah yang mempunyai ciri-ciri daya tarikan alam
semulajadi. Dalam keghairahan kita membina prasarana untuk para pelancong, kesegaran alam sekitar
perlu dipulihara. Kerajaan seharusnya mewartakan dan menyimpan kawasan-kawasan tertentu untuk
tujuan riadah dan rekreasi untuk semua lapisan masyarakat.

Tuntasnya, kerajaan perlu sedar bahawa masyarakat kita memerlukan tempat-tempat


pelancongan semula jadi untuk berehat, beriadah, berekreasi bersama-sama dengan keluarga bagi
menikmati keindahan alam semula jadi di negara sendiri. Rakyat juga memerlukan kawasan alam sekitar
yang cantik untuk mengurangkan tekanan hidup. Sehubungan itu, keindhan alam semula jadi perlulah
dikekalkan dan sentiasa dipulihara. Kita khuatir lama-kelamaan kepesatan industri pelancongan akan
menjejaskan alam sekitar yang kaya dengan keindahan semula jadinya.

Disediakan ol eh :
Puan Azuraini Abu Bakar
SMKD 2004
Soalan : Generasi muda sekarang, khususnya yang dilahirkan selepas kemerdekaan Malaysia,
dikatakan kurang mempunyai semangat kebangsaan. Bincangkan punca -punca yang menyeba bkan
keadaan ini berlaku dan cadangkan langkah –langkah yang sesuai untuk mengatasinya.

Isu Umum : Cinta akan negara


Isu Utama : Semangat patriotisme semakin luntur di kalangan generasi muda
Kehendak soalan : punca dan langkah mengatasi

Semangat kebangsaan atau semangat nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta
dan sayang terhadap tanah air sendiri. Kita dapati masa kini ramai generasi muda di negara kita kurang
mempunyai semangat kebangsaan dalam diri mereka. Perkara ini menjadi lumrah terutamanya di
kalangan generasi muda yang dilahirkan pasca kemerdekaan. Memandangkan semakin terhakisnya
semangat nasionalisme ini di kalangan generasi muda dewasa ini menyebabkan para pemimpin negara
kita cuba menyelami punca-punca berlakunya masalah ini dan sekali gus merangka langkah-langkah
yang efektif untuk membendungnya.

Punca-punca yang menyebabkan generasi muda kurang tersemai semangat nasionalisme dalam
diri ialah kerana [mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara
daripada cengkaman penjajah.] Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang
kemerdekaan seperti [Tok Janggut, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela , Rentap] dan lain-lain lagi. Hal
ini tidak menghairankan kita kerana generasi muda dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman
damai. Lagipun negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat.
Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah, sama tinggi dengan negara-negara lain
di rantau ini. Oleh itu dapat disimpulkan bahawa kemewahan dan kesenangan hidup yang dirasai dialami
inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalisme dalam
diri mereka.

Di samping itu, kita dapati [sistem pendidikan yang dipraktikkan di negara kita juga kurang
memberi penekanan ke arah melahirkan generasi yang cinta akan negara.] Mengapakah dikatakan
begitu? Perhatikan saja Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang menulis atau mengira atau
ringkasnya 3M. Lanjutan daripada KBSR Kementerian Pelajaran melaksanakan pula Kurikulum
Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1993. Kedua-dua kurikulum ini menjurus ke arah
kecemerlangan dalam peperiksaan. Melalui KBSR murid-murid tahun 3 telah diberi peluang menduduki
penilaian tahap satu (UPTS). Sebagai imbuhannya, murind-murid yang lulus cemerlang berpeluang
melangkau kelas. Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti [MRSM
dan sekolah menengah berasrama ]penuh kelulusan yang cemerlang menjadi kayu pengukurnya. Dalam
pada itu, perkara yang menghairankan kita mata pelajaran khusus untuk membina dan menyemai
semangat nasionalisme di kalangan pelajar kurang diberi penekanan oleh Kementerian Pelajaran. Jadi
dalam hal ini, pihak manakah yang sepatutnya dipersalahkan?

Kita tidak menafikan mata pelajaran [Sejarah dan Pendidikan Moral] diajar kepada para pelajar.
Walau bagaimanapun kepentingan kedua-kedua mata pelajaran ini masih menjadi tanda tanya.
Bagaimanakah kalau seseorang pelajar itu gagal dalam mata pelajaran Sejarah? Apakah yang terjadi
kepada pelajar yang hanya lulus di peringkat minimum dalam mata pelajaran Pendidikan Moral?
Mengapa tetap dianggap pelajar cemerlang sekiranya lulus dengan baik dalam kedua-dua mata
pelajaran lain. Pelajar ini tetap diterima bagi meneruskan pelajarannya di peringkay yang lebih tinggi.
Kesan daripada sistem pendidikan sedemikianlah menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh
terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Kalau mereka belajar ppun ibarat melepas batuk di tangga
sahaja. [Jelas di sini tidak mantapnya sistem pendidikan merupakan satu elemen nipisnya semangat
nasionalisme di kalangan generasi masa kini.]

Setiap penyakit tentu ada penawarnya. Begitu jugalah dengan masalah kurangnya semangat
nasionalisme di kalangan generasi muda ini. Bagi menangani kemelut ini, Kementerian Pelajaran wajar
menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada
di negara ini. Para pelajar akan didedahkan sejak dari peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga
ke peringkat pengajian tinggi.Mata pelajaran [Sejarah dan mata pelajaran Pendidikan Moral ] patut
diberikan kedudukan istimewa menerusi kurikulum baru nanti. Langkah Kementerian Pelajaran
memperkenalkan mata pelajaran kenegaraan kepada mahasiswa dan mahasiswi di univerisiti adalah
sangat wajar dan patut dipuji. Ringkasnya, [langkah membaiki kurikulum] memang wajar dan bertepatan
dengan peribahasa Melayu yang berbunyi melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Selain itu, [media massa baik media bercetak mahu pun elektronik] memainkan peranan penting
ke arah melahirkan masyarakat yang cinta akan negara. RTM contohnya boleh menyiarkan cerita yang
bertemakan semangat kebangsaan. Langkah Kementerian Penerangan menyalurkan bantuan kepada
pengusaha filem berunsur penerapan semangat kebangsaan adalah bertepatan sekali. Contohnya
inisiatif Dato’ Jins Shamsudin mengusahakan filem bertajuk Pasir Salak patut diberi pujian. Apabila filem
ini ditayangkan kepad orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan
muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan. Golongan muda
juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup mereka di bawah naungan kuasa penjajah.
Justeru , langkah positif yang dimainkan oleh media massa diharapkan dapat diberi keinsafan kepada
generasi muda agar timbul rasa sayang akan negara sendiri.

Kesimpulannya kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab dan tidak boleh sama sekali
memandang enteng akan gej ala tidak menyayangi negara sendiri. Memandang ringan gejala ini akan
membawa kesan buruk kepada negara. Kita harus ingat bahawa pemuda hari ini adalah bakal menerajui
pucuk pimpinan negara suatu hari kelak, bak kata pepatah Melayu patah tumbuh hilang be rganti. Oleh
itu kita perlu melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan
sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa.

Ditulis oleh:
Puan Azuraini bt Abu Bakar
BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

Soalan : Gejala buli di sekolah terus berlaku walaupun pelajar menyedri perbuatan mereka boleh
membawa padah. Terangkan sebab-sebab berlakunya gejala ini dan langkah-langkah untuk
mengatasinya.

Analisis Tajuk
Isu Umum :
Isu Utama :
Fokus jawapan :
Format :

Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis definisi.

MUTIARA KATA ‘ KEJAYAAN TIDAK BOLEH DIUKUR DENGAN KEDUDUKAN YANG DICAPAI
SESEORANG, TETAPI MELALUI HALANGAN YANG TELAH DITEMPUH SEMASA MENDAKI
KEJAYAAN’
BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

Soalan : Walaupun pelbagai usaha telah kerajaan lakukan, namun kegiatan lumba motosikal secara
haram dalam kalangan remaja terus berlaku. Terangkan sebab-sebab berlakunya perbuatan yang tidak
sihat ini.

Analisis Tajuk
Isu Umum :
Isu Utama :
Fokus jawapan :
Format :

Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis isu
semasa/suasana.

MUTIARA KATA ‘ DAMPINGILAH ORANG YANG BERJAYA SEKIRNYA ANDA INGIN KEJAYAAN’
BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

Soalan : Kempen “Rumahku Syurgaku” dilancarkan sebagai satu cara untuk mewujudkan masyarakat
penyayang. Pada pandangan anda, apakah usaha-usaha lain yang patut dilakukan bagi memastikan
masyarakat penyayang dapat diwujudkan.

Analisis Tajuk
Isu Umum :
Isu Utama :
Fokus jawapan :
Format :

Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis persoalan.

MUTIARA KATA ‘ ILMU ITU DIDAPATI DENGAN LIDAH YANG GEMAR BERTANYA DAN AKAL YANG
SUKA BERFIKIR’
BENGKEL PENULISAN KARANGAN

JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

Soalan : Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat kita begitu merosot. Sikap mementingkan diri
merupakan salah satu daripada puncanya. Ulaskan pernyataan tersebut.

Analisis Tajuk
Isu Umum :
Isu Utama :
Fokus jawapan :
Format :

Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis peri bahasa.

MUTIARA KATA ‘ KEPUASAN SEJATI BUKAN KERANA SEMBUH DARIPADA PENYAKIT, MEMILIKI
WANG YANG BANYAK ATAU MENERIMA PUJI -PUJIAN TETAPI APABILA TELAH MELAKUKAN
SESUATU YANG BERGUNA’

BENGKEL PENULISAN KARANGAN


JENIS PENDAHULUAN KARANGAN

Soalan : Belia berperanan dalam memajukan sesebuah Negara. Kemajuan dan kemunduran sesebuah
Negara banyak bergantung kepada peranan belia. Bincangkan peranan belia dalam masyarakat kita.

Analisis Tajuk
Isu Umum :
Isu Utama :
Fokus jawapan :
Format :

Arahan : Anda perlu menulis satu perenggan pendahuluan dengan menggunakan jenis gabungan.

MUTIARA KATA ‘ JANGAN MENYESALI KEGAGALAN YANG DIALAMI DENGAN MENUDUH ATAU
MENYALAHKAN ORANG LAIN, AKAN TETAPI AKUILAH SESUNGGUHNYA KEGAGALAN ITU
ADALAH KERANA PERBUATAN ANDA SENDIRI’

Guru Pembimbing,
Puan Azuraini bt Abu Bakar
PENGGUNAAN KOSA KATA, UNGKAPAN MENARIK, PERIBAHASA DAN COGAN KATA DALAM
PENULISAN KARANGAN

1.
Sayang anak tangan-tangankan (ibu bapa tidak wajar terlalu memanjakan
anak-anak)
DISIPLIN PELAJAR Duri dalam daging (sesuatu yang menyakitkan hati)
Bermaharajalela(berleluasa)
Menopang dagu (termenung)
Menuding jari (menyalahkan orang lain)
Asset(sesuatu yang bernilai)

2.
Ulat lupakan daun/kacang lupakan kulit
MASYARAKAT Keserakahan/kerakusan/ketamakan
PENYAYANG Seantero (seluruh)
Konkrit (kuat,mampan,kukuh)
Beraja dimata, bersultan di hati(terlalu mengikut nafsu)
Jauh panggang dari api(jauh daripada hakikat sebenar)

3.
Menegakkan benang basah (mempertahankan perkara yang salah)
Bibit keruntuhan moral(tanda-tanda awal kerosakan akhlak)
Melentur buluh biarlah dari rebungnya (akhlak harus dipupuk sejak kecil lagi)
KEMEROSOTAN Ketandusan (tidak ada)
AKHLAK REMAJA Intan payung dan nyawa (sangat disayangi)
Duniawi (hal-hal dunia)

4.
Penawar (ubat untuk merawat)
Kerakusan
Akar umbi (punca)
PENYAKIT BERBAHAYA Mengundang (menjemput)
Sanubari (jiwa)
Kesedaran sivik (kesedaran tentang tanggungjawab)
Mencegah lebih baik daripada merawat

5.
Perdana (utama)
Bejat (gawat)
REMAJA LARI DARI Institusi keluarga yang goyah
RUMAH Pancaroba(keadaan yang kacau)
Ikut hati mati, ikut rasa binasa (jangan terlalu mengikut nafsu)
Materialistik(kebendaan)

6.
Seyogia (harus, patut)
PENCEMARAN ALAM Nasi belum menjadi bubur( belum terlambat)
SEKITAR Kepupusan (kehilangan)
Nafsi (mementingkan diri sendiri)
Khazanah (harta benda)
Global (dunia seluruhnya)

7.
Biar lambat asalkan selamat
KEMALANGAN JALAN Pandu cermat jiwa selamat
RAYA Berhati-hati di jalan raya
Hargailah nyawa anda
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna
Jangan biarkan orang yang kita sayangi menunggu dalam tangisan

8.
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
AMALAN BERJIMAT Menabung menjamin masa depan yang cerah
CERMAT DAN Beringat sebelum kena, berjimat sebelum habis
MENABUNG Melentur buluh biarlah dari rebungnya
Sediakan payung sebelum hujan
Malang tidak berbau

9.
Membaca memerdekan minda
AMALAN MEMBACA Ilmu pelita hidup
Membaca jambatan ilmu
Rakyat berilmu negara maju
Banyak berjalan luas pemandangan, banyak membaca luas pengetahuan
Seperti katak di bawah tempurung

10.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Ke bukit sama didaki,ke lurah sama dituruni
AMALAN GOTONG- Seperti aur dengan tebing
ROYONG DAN Cubit paha kanan, paha kiri terasa sakit
SEMANGAT Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
KERJASAMA

11.
Negara bersih rakyat sihat
ALAM SEKITAR Duri dalam daging masyarakat
Cintailah sungai kita
Cintailah alam sekitar
Kebersihan alam sekitar, tanggung jawab bersama

12.
Bapa borek anak rintik
GEJALA SOSIAL DALAM Bagaimana acuan begitulah kuihnya
KALANGAN REMAJA Remaja merupakan ast dan tonggak negara
Belia penggerak wawasan negara
Seperti cendawan tumbuh selepas hujan
Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara

13.
Dadah musuh utama negara
Dadah membawa maut
PENYALAHGUNAAN Hapuskan najis dadah
DADAH Hidup bahagia tanpa dadah
Jauhi najis dadah

Disediakan oleh: Cikgu Azu


SOALAN 1 : DIMENSI INDIVIDU
Soalan : Menghayati semangat kemerdekaan dan sayang akan negara hendaklah ditanamkan
di dalam diri setiap individu agar masa depan negara lebih terjamin.

Huraikan pendapat anda tentang langkah -langkah yang harus dilaksanakan untuk menjayakan
misi tersebut.

Pendahuluan

Melaksanakan lebih banyak


program kenegaraan

Memperbanyak program
kenegaraan merentas
kurikulum

Memperkasakan program
kokukurikulum

Mengkaji semula kurikulum


pengajaran sejarah

Menjalankan program jati diri


dan integriti dalam kalangan
rakyat Malaysia

Kesimpulan
SOALAN 2 : DIMENSI KELUARGA
Dalam keresahan kemelut social yang semakin kritikal, institusi keluarga diyakini mampu
menangani gejala ini.

Ulaskan peranan yang dapat dimainkan oleh institusi keluarga untuk membanteras gejala
tersebut.

Pendahuluan

Memperkasakan semula
institusi keluarga

Ibu bapa dan anggota keluarga


sering mengambil tahu
masalah

Menyediakan keperluan asas


yang sewajarnya kepada anak-
anak

Mengutamakan pakej ilmu dan


pendidikan keluarga melebihi
agenda lain dalam keluarga

Mewujudkan interaksi yang


sihat dan mesra dengan jiran
tetangga

Kesimpulan
SOALAN 3 : DIMENSI NEGARA
Anda telah mengambil bahagian dalam pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah,
“Masyarakat Bersih Negara Sejahtera.”

Tulis teks pidato anda itu selengkapnya.

Pendahuluan

Mengutamakan kebersihan
sama ada lahir dan batin

Mendidik masyarakat untuk


mengutamakan agenda
kebersihan

Berusaha memupuk generasi


muda dengan amalan
kebersihan

Memerangi secara tegas unsur-


unsur yang boleh mencemar
kesegaran alam sekitar

Melaksanakan sistem/amalan
pelupusan sampah dan sisa
pepejal yang teratur

Kesimpulan
SOALAN 4 : DIMENSI GLOBAL

Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting.
Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik.

Pendahuluan

Memperluas jalinan hubungan


diplomatik dalam dasar luar
negara

Mewujudkan jalinan sosial, ilmu


dan budaya di peringkat global

Mewujudkan rangkaian
ekonomi dan perdagangan
global

Mewujudkan jaringan serantau


dan antarabangsa

Memenuhi tanggungjawab
sosial untuk hidup sebagai
warga dunia yang bersatu padu

Kesimpulan
SOALAN 4 : DIMENSI GLOBAL
Peperangan, kezaliman dan penindasan yang menimpa warga dunia semakin berleluasa sejak
akhir-akhir ini. Anda berpendapat terdapat pelbagai factor yang menyumbangkan kepada
amalan buruk tersebut.

Tulis pendapat anda tentang faktor -faktor yang mendorong berlaku peristiwa ini dan sarankan
langkah-langkah yang boleh dijalankan oleh penduduk dunia.

Pendahuluan

Bangkit perasaan tamak dan


ingin menunjuk kuasa

Keengganan pihak bertelingkah


berunding secara jujur

Kegiatan memperdagangkan
senjata moden

Memperkasa misi damai

Memboikot kuasa besar yang


menjadi paksi kekejaman dunia

Kesimpulan

You might also like