You are on page 1of 31

BAHAGIAN A

ISI TEMPAT KOSONG


AKIDAH

PERKARA BATAL IMAN

1.
• Bercakap bohong
• Mungkir janji
• Khianat

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri _________________

2.

Menghilangkan sikap percaya mempercayai

Akibat buruk Munafik Menghancurkan kekuatan umat Islam

X dalam rajah di atas ialah ______________________

. Bahagian Kufur
3

Kufur Hakikat Y

Y dalam rajah di atas ialah __________________________

4. ____________________ tidak percaya kepada Allah S.W.T. serta mengingkari ajaran


yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

5. Orang yang melakukan perbuatan kufur digelar ____________________

DOSA BESAR

6. Pengertian anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian _______________ sebelum


baligh.
7. Harta anak yatim ialah harta yang diperolehi melalui pusaka, _____________ dan
hadiah.

8. Hukum makan harta anak yatim ialah ______________

9.
Jenis-jenis Riba

Riba Al-Fadl Z

Z dalam rajah di atas ialah _________________

10. Riba al-Fadl ialah pertambahan yang diperolehi melalui pertukaran


_______________

11 ______________ ialah peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi
mempertahankan kesucian agama Islam.

12. Berkewajipan kepada rakyat yang baligh, _____________ serta berkeupayaan


menyertai jihad jika kesucian agama Islam dicabul.

13. Hukum lari dari medan perang ialah ___________________

14. Membunuh diri ialah melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada
__________________ sendiri.

BAHAGIAN B
AKIDAH

SYIRIK

1 (a) Islam melarang keras perbuatan syirik.

(i) Apakah maksud syirik?


[2 markah]
(ii) Terangkan jenis-jenis syirik
[4 markah]
(iii) Jelaskan dua cara berkesan untuk mengelakkan diri dari melakukan
perbuatan syirik.
[4 markah]
SIHIR

(b) (i) Apakah maksud sihir?


[2 markah]
(ii) Terangkan dua tujuan orang yang mengamalkan sihir.
[2 markah]
(iii) Jelaskan tiga kesan buruk amalan sihir kepada masyarakat Islam.
[6 markah]

KUFUR

(b) Terdapat banyak perkara yang boleh membatalkan iman seseorang antaranya ialah
kufur.

(i) Nyatakankan maksud kufur.


[2 markah]
(ii) Terangkan jenis-jenis kufur dan maksudnya.
[4 markah]
(iii) Huraikan dua kesan perbuatan kufur selain terbatal imannya.
[4 markah]

(b) Kekufuran merupakan salah satu sebab yang membatalkan iman.

(i) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan seseorang melakukan kekufuran


kepada Allah.
[6 markah]
(ii) Jelaskan dua cara menghindari perbuatan kufur.
[4 markah]

DOSA BESAR – BERBOHONG DAN MENIPU

1. (a) Perbuatan menipu dan berbohong perlu dibanteras kerana merosakkan diri sendiri
dan orang lain.

(i) Terangkan maksud menipu dan berbohong.

[4 markah]
(ii) Jelaskan akibat perbuatan tersebut kepada masyarakat.
[4 markah]
(iii) Perbuatan meniru semasa peperiksaan merupakan perbuatan yang haram
kerana berlaku penipuan.
Jelaskan dua kesan kepada pelajar yang suka meniru semasa peperiksaan.
[4 markah]
MENGUMPAT DAN MEMFITNAH

1. (a) Islam menghalang sebarang unsur yang boleh mendorong kepada permusuhan dan
perpecahan seperti fitnah dan mengumpat.

(i) Terangkan maksud mengumpat dan memfitnah

[4 markah]
(ii) Jelaskan tiga cara untuk mengelakkan perbuatan tersebut berleluasa dalam
masyarakat.
[6 markah]

LIWAT MUSAHAQAH ZINA

1 (a) (i) Terangkan maksud liwat dan musahaqah.


[2 markah]
(ii) Huraikan dua faktor yang menyebabkan seseorang remaja suka melakukan
perbuatan tersebut.
[4 markah]
(iii) Islam melarang perbuatan tersebut kerana ia menyebabkan kemudaratan dan
kerosakan.
Nyatakan dua hujah anda.
[4 markah]
(b) (i) Jelaskan maksud zina
[2 markah]
(ii) Nyatakan dua faktor yang mendorong seseorang melakukan zina
[4 markah]
(iii) Pergaulan bebas antara punca yang dikenalpasti membawa kepada perbuatan
zina.
Terangkan dua cara yang berkesan untuk mengawal pergaulan bebas dalam
kalangan pelajar sekolah.
[4 markah]

MENCURI MEROMPAK

(b) Firman Allah S.W.T :

Maksudnya : Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan mereka


sebagai balasan terhadap apa yang mereka lakukan

(i) Nyatakan maksud mencuri


[2 markah]
(ii) Terangkan dua hikmah dikenakan hukuman potong tangan kepada pesalah
yang melakukan kesalahan mencuri.
[4 markah]
(iii) Jelaskan dua keburukan yang akan timbul jika perbuatan mencuri berleluasa
tanpa pencegahan?
[4 markah]

TINGKATAN 5

AKIDAH AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Orang yang memasyhurkan Akidah Ahli Sunnah Waljamaah

Abu Hassan Al- Asyaari M

15. M dalam rajah di atas ialah _________________________

Ahli Sunnah
16.

Nama lain bagi Ahli


As- Salafus Soleh Sunnah Wal Jamaah Al- Jamaah

S dalam rajah di atas ialah _______________________

17. • Berpegang teguh dengan al-Quran


dan As-Sunnah
• Berpegang dengan prinsip as-
Salafus Soleh
Pernyataan di atas merujuk kepada ______________________________

18. • Mengubah bentuk ibadat


• Mendewa-dewakan sesuatu selain
Allah

Pernyataan di atas merujuk kepada ciri-ciri _________________________

19.
Rosak akidah

Kesan buruk
mengamalkan ajaran sesat Masa terbuang
terhadap individu

R dalam rajah di atas ialah __________________________

20. Di Malaysia terdapat beberapa buah pusat pemulihan akidah seperti Pusat Pemulihan
Akidah Jelebu, Negeri Sembilan dan ______________________________

AJARAN SESAT

(b) Ajaran sesat merupakan amalan yang didakwa mempunyai kaitan dengan ajaran
Islam tetapi sebenarnya bertentangan dengan al Quran dan hadis.

(i) Jelaskan dua bahaya ajaran sesat kepada perpaduan umat Islam.
[4 markah]
(ii) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan ajaran sesat berleluasa.
[6 markah]

37. (a) Ajaran sesat merupakan musuh kepada akidah Islamiyyah yang sangat bahaya.

(i) Terangkan tiga ciri ajaran sesat.


[6 markah]
(ii) Apakah implikasi mengamalkannya?
[4 markah]

49. (a) Antara Ajaran Sesat yang sudah lama bertapak di Malaysia ialah Ajaran Bahai.
(i) Siapakah pengasas ajaran tersebut dan dari manakah asalnya?
[4 markah]
(ii) Terangkan tiga contoh pegangan akidah yang menyeleweng dalam ajaran
Bahai.
[6 markah]

53. (a) Ajaran Qadyani merupakan salah satu ajaran sesat di Malaysia.

(i) Siapakah pengasas ajaran tersebut?


[2 markah]
(ii) Di manakah ia di asaskan?
[2 markah]
(iii) Jelaskan tiga pegangan ajaran tersebut yang bertentangan dengan akidah Ahli
Sunnah Wal Jamaah.
[6 markah]
IBADAH
PERKARA WAJIB HAJI

1.______________ ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat
ihram haji atau umrah.

2.Para jemaah haji atau umrah ditegah melakukan perkara ____________________


setelah berniat ihram.

3.
Perkara Wajib Haji

Bermalam di Mudzalifah Bermalam di Mina

Berniat Ihram di Miqat P

P dalam rajah di atas ialah ______________________

4.
Perkara yang dilarang ketika ihram

J Memotong rambut

J: Memakai wangian
_________________________ K

K: _________________________

SEMBELIHAN

5.Sembelihan ialah menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara
memutuskan _________________ dan marik menggunakan alat yang tajam.

6. Binatang yang mati tanpa disembelih atau disembelih tidak mengikut hukum syarak
disebut ____________________

7. Hukum sembelihan adalah _____________ dengan tujuan dimakan dagingnya.

8. Antara hikmah sembelihan ialah menyembelih dengan nama Allah bertujuan


memelihara____________________
berbanding dengan cara lain.
9. Syarat sah binatang yang disembelih

X Mati dengan sekali sembelihan

X dalam rajah di atas ialah______________________________

AKIKAH

10.Akikah ialah menyembelih binatang ______________ yang dilakukan


Ketika mencukur rambut bayi yang baru lahir.

11. Sebaik-baik aqiqah ialah menyembelih _______________ ekor kambing bagi bayi
lelaki.

12. Disunatkan __________ di telinga kanan bayi yang baru dilahirkan.

13.
Syarat sah Akikah

Berniat akikah ketika menyembelih Q

P Memenuhi syarat sah sembelihan

P ialah : ____________________

Q ialah : ____________________

SAHAM

14. Saham ialah sejenis ________________ yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat
pemilikan.

15. Syarikat memerlukan modal yang boleh didapati daripada 3 sumber iaitu
__________, pinjaman dan keuntungan syarikat.
INSURANS.

16. Satu kumpulan berikrar dan mengembleng usaha


serta sumber untuk saling bekerjasama apabila
ditimpa musibah.

Pernyataan di atas merujuk kepada pengertian ____________________

17. Membantu pihak yang ditimpa musibah adalah antara ____________ insurans.

18. Sistem insurans yang mengikut syariat ialah yang berasaskan konsep ____________

19.
Jenis-jenis Insurans

Insurans nyawa X

X merujuk kepada _______________________

BAHAGIAN IBADAH TINGKATAN 4


WAJIB HAJI DAN UMRAH

1. .Jelaskan perbezaan antara rukun haji dan wajib haji.

2. Terangkan perkara wajib haji dan umrah.

3. Terangkan maksud miqat haji dan umrah serta jenis-jenisnya.

4. Melontar Jamrah al-Aqabqh adalah pada hari kesepuluh Zulhijjah dengan


niat
kerana Allah SWT.
Nyatakan dua daripada syarat-syarat sah melontar.

5. Di manakah jemaah haji Malaysia perlu berniat ihram haji sekiranya ,


i. Penerbangan terus ke Madinah
ii. Penerbangan ke Jeddah
SEMBELIHAN

6. Nyatakan maksud sembelihan dan jelaskan hukumnya..

7. Salah satu daripada rukun sembelihan ialah penyembelih.


Terangkan syarat-syarat yang perlu ada pada seseorang penyembelih
menurut
kehendak syarak.

8. Nyatakan dua sebab haiwan yang halal dimakan perlu disembelih terlebih
dahulu.

9. Terangkan empat perkara yang sunat dilakukan semasa menyembelih.

10. Mengapakah umat Islam dilarang memakan daging yang tidak disembelih
menurut syarak?

11. Terangkan empat kelebihan menyembelih haiwan dengan menggunakan


alat
yang benar-benar tajam.

12. Jelaskan tiga syarat sah sembelihan

13. Nyatakan tiga perkara yang makruh dilakukan ketika menyembelih.

14. Terangkan tiga hikmat sembelihan.

15. Nyatakan tiga ciri binatang yang haram dimakan.

16. Terangkan dua situasi di mana Islam membenarkan penyembelihan


dilakukan
pada mana-mana bahagian haiwan selain daripada lehernya.

17. Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:


a. Puan Hamidah telah menyembelih seekor ayam peliharaannya.

b. Encik Hamdan menyembelih seekor puyuh dengan menetak leher


sehingga
terputus.

c. Zamri menyembelih seekor itik dengan menggunakan pisau yang


tumpul.

d. Dafi menyembelih lembu dengan menggunakan arus elektrik.


e. Fairuz memakan daging goreng daripada sebatang paha yang
dijumpai di
tepi jalan.

JUAL BELI

18. Apakah yang dmaksudkan dengan jual beli?

19. Apakah akibat sekiranya sesuatu jual beli tidak berlandaskan syariat
Islam?

20. Jelaskan dua jual beli yang dilarang tetapi sah.

21. Nyatakan tiga hikmat diharuskan berjual beli.

22. Senaraikan rukun jual beli..

23. Terangkan dua syarat sah bagi penjual dan pembeli.

24. Apakah syarat bagi ijab dan Kabul?

25. Pemodenan yang berlaku hari ini turut melibatkan bentuk urusan jual beli.
i. Berikan contoh-contoh bentuk urusan jual beli masa kini.
ii. Islam melarang umatnya melakukan jual beli barang-barang yang najis
dan
haram.
Jelaskan dua hikmat kenapa Islam melarang perbuatan tersebut?

26. Nyatakan hukum dan alasan bagi masalah berikut:


i. Fawwaz menjual ikan di laut.

ii. Aiman membeli basikal yang sedang dibeli oleh Hilal

HUTANG

28. Apakah yang dimaksudkan dengan hutang ?

29. Senaraikan dua rukun hutang.

30. Terangkan hukum memberi hutang.

31. Terangkan faktor yang mendorong seseorang yang suka berhutang


31. Sesungguhnya Islam mengharamkan riba kerana ia membawa banyak
keburukan.
Jelaskan dua perbezaan antara hutang dan riba.

33. Terangkan dua hikmat diharuskan hutang.

33. Di sekolah anda, ada di kalangan rakan kamu yang suka berhutang tetapi
tidak
mahu membayarnya walaupun dia mampu. Apakah usaha yang perlu anda
lakukan
untuk menyelesaikan masalah tersebut?

TINGKATAN 5

KAIFIAT PERKAHWINAN

19.
Ciri-ciri bakal suami

Bertakwa Y Beriman

Y dalam rajah diatas ialah _________________________

20. Dalam tempoh pertunangan perhubungan dan pergaulan di antara lelaki dan
perempuan masih sebagai ______________________________

WALIMATULURUS

21. Walimatulurus ialah ______________________ yang diadakan untuk meraikan


perkahwinan.

22. Hukum mengadakan walimatulurus adalah ____________________________


NUSYUZ

23. Keluar rumah tanpa izin


suami tanpa sebab munasabah

Perkara yang boleh


Membawa Nusyuz X

Membenarkan lelaki yang tidak


disukai suami masuk ke rumah.

X dalam rajah di atas ialah_____________________________

24. Lengkapkan jadual di bawah.

Berikan nasihat dan bimbingan yang baik


Langkah menangani . _______________________________________
isteri nusyuz . _______________________________________

25. Lengkapkan jadual berikut.

26. Lengkapkan carta di bawah.

Mahkamah Rayuan Syariah.

Struktur Organisasi Mahkamah Tinggi Syariah


Mahkamah Syariah
. Z

Z dalam rajah di atas ialah _______________________________

PERKAHWINAN DALAM ISLAM.


1. Apakah maksud perkahwinan?

2. Hukum berkahwin berbeza-beza mengikut keadaan individu.


Bilakah hukum itu menjadi wajib dan sunat?

3. Terangkan mengapakah perkahwinan dikatakan dapat menjauhkan diri seseorang


daripada maksiat?

4. Jelaskan dua hikmat disyariatkan perkahwinan dalam Islam.

5. Nyatakan dua implikasi perkahwinan yang tidak mengikut undang-undang keluarga


Islam.

6.. Apakah peranan ibu bapa dalam menangani masalah perkahwinan yang tidak
mengikut undang-undang.

PEMINANGAN DALAM ISLAM

7. Apakah maksud meminang?

8. Nyatakan dua cara meminang.

9. Nyatakan wanita-wanita yang haram dipinang.

10. Jelaskan batas-batas pergaulan dalam tempoh pertunangan.

MAHAR

11.Apakah maksud mahar?

12. Terangkan jenis-jenis mahar.

13. Nyatakan syarat mahar./ Nyatakan contoh-contoh mahar.

14. Jelasskan dua hikmat diwajibkan mahar dalam Islam

FASAKH DAN KHULUK


15. Apakah maksud fasakh?

16. Apakah hukum fasakh?

17. Nyatakan dua sebab yang membolehkan seseorang itu meminta fasakh.

18. Jelaskan dua kesan fasakh kepada suami isteri.

19. Terangkan dua hikmat diharuskan fasakh dalam Islam.

20. Apakah yang dimaksudkan dengan khuluk?

21. Apakah hukum khuluk?

22. Nyatakan dua sebab diharuskan khuluk.

23. Jelaskan dua hikmat disyariatkan khuluk.

LI’AN

24. Apakah maksud li’an dalam Islam.

25. Nyatakan sebab berlakunya li’an.

26. Jelaskan dua implikasi li’an terhadap suami isteri.

27. Jelaskan dua hikmat disyariatkan li’an dalam Islam.

ANAK ANGKAT

28. Nyatakan maksud anak angkat.

29. Apakah hukum mengambil mengambil anak angkat?

30. Terangkan dua peraturan mengambil anak angkat.

31. Bagaimanakah cara anak angkat hendak mendapatkan harta dari keluarga angkat?

32. Nyatakan dua hikmat mengambil anak angkat.

33. Jelaskan dua hikmat dilarang membin dan membintikan anak angkat kepada bapa
angkat.

.HUKUM DAN ALASAN


a. Puan Aini berkahwin dengan lelaki pilihannya selepas tiga bulan kematian
suaminya.
b. Encik Johan mewakilkan mewakilkan sahabatnya Encik Abu untuk merujuki
isterinya yang telah diceraikan talak satu dalam tempoh idah.
c. Encik Salim telah bernikah semula dengan isterinya Salmah yang telah disumpah
lian .
d. Encik Aizat telah menziharkan isterinya Puan Nora dengan menggunakan lafaz
soreh tetapi tidak berniat menziharkannya.
e. Zulaikha telah berkahwin dan berwalikan adik lelakinya yang telah baligh.
f. Burhan telah mengahwinin saudara susuan kepada isterinya.
g. Puan Ariana meminta cerai daripada suaminya dengan tebus talak sebanyak
RM 1,000.00

BAHAGIAN TAMADUN TINGKATAN 4

TAJUK: KERAJAAN BANI UMAIYAH

1Angkatan tentera pada zaman Kerajaan Bani Umaiyah yang dipimpin oleh
Muawiyah b. Abi Sufian adalah meniru corak ketenteraan dari
______________________

2. Semasa pemerintahan Kerajaan Bani Umaiyah,


___________________________ telah mewajibkan rakyatnya menjadi
tentera.

3.
• Tariq b. Ziad
• Musa b. Nusair
• Qutaibah b. Muslim

Tokoh-tokoh di atas merujuk kepada Panglima Angkatan Tentera pada


zaman ________________________________.

Kharaj
4 . Sumber pendapatan Kerajaan
Bani Umaiyah
Jizyah

Zakat

5.
Cukai tanah yang dikenakan ke atas pemilik tanah samada Islam
atau bukan Islam

Pernyataan di atas merujuk kepada cukai _____________________


pada Zaman Kerajaan Bani Umaiyah.

6. Cukai ____________ yang dikenakan sepuluh peratus daripada hasil


pertanian yang diperolehi daripada hasil perdagangan.

7. Cukai ____________ yang dikenakan sepuluh peratus daripada hasil


pertanian yang diperolehi daripada hasil perdagangan.

KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN

1. Siapakah yang dikatakan sebagai "Khulafak ar-Rasyidin?

2. Nyatakan latar belakang kerajaan Khulafak ar-Rasyidin.


a. Pusat pemerintahan
b. Tahun pemerintahan
c. Tempoh pemerintahan

3. Jelaskan cara perlantikan Khulafak ar-Rasyidin.

4. Sebutkan empat prinsip pemilihan bakal khalifah pada zaman Khulafak ar-
Rasyidin.
5. Selepas bakal khalifah diumumkan, orang ramai akan melakukan baiah
kepada khalifah tersebut. Jelaskan maksud baiah.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan Syura?

7. Sebutkan dua ciri yang terkandung dalam sistem Syura.

8. Terangkan dua kebaikan sistem Syura.

9. Terangkan empat dasar yang telah digariskan oleh para khalifah ar-Rasyidin
dalam melancarkan pentadbiran negara.

10. Jelaskan empat ciri kepimpinan Khulafak ar-Rasyidin.

11. Terangkan dua polisi pentadbiran khalifah Uthman bin Affan.

12. Nyatakan dua sumbangan khalifah Uthman bin Affan semasa pemerintahan
beliau.

KERAJAAN BANI UMAIYAH

13. Jelaskan latar belakang pemerintahan kerajaan Umaiyah dari aspek berikut:
a. Sistem pemerintahan
b. Tumpuan pemerintahan
c. Dasar pemerintahan

14. Apakah faktor yang mendorong Saidina Hassan bin Ali menyerahkan
jawatan khalifah kepada Muawiyah bin Abi Sufian.

15. Nyatakan tiga syarat yang telah ditetapkan oleh Saidina Hassan kepada
Muawiyah sebelum penyerahan jawatan beliau.

16. Jelaskan dua langkah pembaharuan dalam ketenteraan semasa


pemerintahan kerajaan Bani Umaiyah.

17. Sebutkan dua nama panglima perang yang telah mengetuai gerakan
perluasan negara dan dakwah Islam pada zaman Kerajaan Umaiyah.

18. Nyatakan empat tindakan bijak yang diambil oleh para khalifah Bani
Umaiyah bagi mengukuhkan dan meningkatkan ekonomi negara dan rakyat.

19. Sebutkan dua jenis hasil pendapatan yang diperoleh semasa zaman
pemerintahan Bani umaiyah.
20. Jelaskan tiga faktor yang menyumbang kepada kejayaan dan kegemilangan
kerajaan Bani Umaiyah sehingga menjadi kuasa besar dunia pada ketika itu.

21. Berikan tiga langkah yang telah diambil oleh khalifah Umar bin Abd Aziz
sehingga berjaya mewujudkan negara yang kukuh dan maju.

22. Berikan dua sebab yang membawa kepada kemerosotan kerajaan Bani
Umaiyah hingga membawa kepada kejatuhannya.

TOKOH

IMAM ABU HANIFAH R.H

23. Terangkan riwayat hidup Imam Abu Hanifah secara ringkas.

24. Mengapakah beliau digelar Abu hanifah?

25. Nyatakan dua contoh amalan yang membuktikan beliau seorang yang
warak.

26. Berikan dua faktor yang membolehkan beliau mendapat kemudahan untuk
menuntut ilmu.

27. Sebutkan empat bidang ilmu yang beliau pelajari.

28. Nyatakan empat nama guru beliau yang merupakan sahabat Rasulullah saw

29. Nyatakan empat kaedah yang digunakan oleh Imam Abu Hanifah R.H dalam
menentukan hukum sesuatu perkara mengikut susunan secara tertib.

30. Jelaskan dua sumbangan beliau terhadap perkembangan ilmu-ilmu Islam.

31. Terangkan bukti yang menunjukkan beliau seorang yang teliti terhadap
hadis.

32. Jelaskan dua keistimewaan kitab karya Imam Abu Hanifah.

33. Nyatakan dua orang anak murid beliau berserta nama kitab yang telah
mereka hasilkan.

34. Nyatakan empat buah negara yang masih dipengaruhi dan mengguna pakai
mazhab beliau.

35. Apakah sikap yang perlu anda contohi daripada Imam Abu Hanifah untuk
mencapai kejayaan dalam pelajaran?
IMAM AL- BUKHARI R.H

36. Jelaskan secara ringkas biodata Imam Al-Bukhari.

37. Nyatakan dua sifat peribadi beliau yang patut dicontohi pelajar.

38. Ceritakan secara ringkas peristiwa yang dialami oleh Imam al-Bukhari
semasa kecil.

39. Nyatakan empat kegigihan Imam al-Bukhari dalam mengumpul hadis.

40. nyatakan tiga perkara yang beliau lakukan sebelum menulis hadis iaitu
sebagai tanda penghormatan terhadap hadis Rasulullah saw.

41. Nyatakan tiga sebab mengapa kitab sahih Bukhari dianggap sebagai
kumpulan hadis sahih Rasulullah saw yang paling dipercayai serta menjadi
rujukan terpenting umat Islam.
42. Nyatakan empat kitab yang dihasilkan oleh Imam Bukhari selain kitab Sahih
Bukhari.

43. Nyatakan empat syarat yang telah ditetapkan oleh beliau bagi menentukan
sesuatu hadis itu dianggap sahih.

44. Nyatakan tiga kesan pemikiran yang ditinggalkan oleh beliau kepada seluruh
umat Islam sehingga ke hari ini.

45. Berikan pandangan anda tentang jihad dalam menuntut ilmu seperti yang
dilakukan oleh Imam al-Bukhari.

IMAM AL-GHAZALI R.H

46. jelaskan biodata Imam al-Ghazali secara ringkas.

47. Senaraikan dua sifat peribadi unggul Imam al-Ghazali.

48. Berikan dua sebab beliau digelar 'al-Ghazali'.

49. Mengapakah beliau digelar Hujjatul Islam?

50. Berikan empat bidang ilmu yang dikuasai oleh Imam al-Ghazali.

51. Berikan dua contoh kegigihan beliau dalam menuntut ilmu.


52. Berikan tiga kebaikan yang telah diperoleh oleh beliau hasil daripada sikap
di atas.

53. Nyatakan dua kitab yang dihasilkan beliau dalam bidang tasawwuf.

54. Apakah keistimewaan hasil karya beliau?

55. Namakan dua orang guru beliau dalam bidang tasawwuf.

56. Terangkan tiga sumbangan beliau dalam sejarah tamadun Islam.

57. Bagaimanakah Imam Ghazali r.h mendapat gelaran berikut:


a. Mujtahid
b. Mujaddid
c. Faqih

TINGKATAN 5

TAJUK : KERAJAAN BANI ABBASIYAH

Masjid
1. Institusi Pendidikan
pada Zaman Abbasiyah
Istana Khalifah

X dalam rajah di atas ialah ________________________________

2. Tokoh ilmu Falak pada Zaman Bani Abbasiah ialah


________________________.

3.
• Algebra
• Geometry
• Trigonometry

Tokoh matematik yang memperkenalkan formula di atas ialah


___________________________.
4. Perkembangan ilmu pengetahuan pada zaman Kerajaan Bani Abbasiah
Menjadi pemangkin kepada kebangkitan di Eropah sehingga tercetusnya
Zaman ______________________.

5.
Struktur Organisasi Ketenteraan
Kerajaan Abbasiah

Khalifah

Al-Wazir

6.
Fungsi utama Mempertahankan sempadan negeri
ketenteraan Zaman
Kerajaan Abbasiah
K

Menghadapi sebarang keadaan


darurat

K dalam rajah di atas _______________________________________.


7.

Dasar ketenteraan yang terbuka

Pemimpin
Strategi yang
peperangan yang berkaliber
berkesan
Faktor-faktor kejayaan
tentera Islam Zaman
Bani Abbasiah

R dalam rajah di atas ialah__________________________________________

PERKEMBANGAN PENDIDIKAN ISLAM PADA ZAMAN ABBASIAH

1. Nyatakan tiga faktor utama perkembangan ilmu pengetahuan pada Zaman Abbasiah.

2..Nyatakan dua fungsi Baitul Hikmah sebagai sebuah institusi pendidikan.

3.Terangkan peranan istana khalifah sebagai salah sebuah institusi pendidikan pada
Zaman Abbasiah.

4. Nyatakan dua ilmu berteraskan wahyu dan berteraskan akal.

5.Jelaskan dua kesan perkembangan ilmu pengetahuan di zaman Abbasiyah kepada


kebangkitan Eropah.
PERKEMBANGAN KETENTERAAN PADA ZAMAN KERAJAAN ABBASIAH

6. Nyatakan dua usaha kerajaan Abbasiah dalam memantapkan lagi bidang ketenteraan.

7. Jelaskan dua tugas bantuan angkatan tentera pada zaman Abbasiah.

8. Namakan tiga peralatan peperangan yang canggih digunakan pada zaman itu.

9. Jelaskan dua faktor yang membawa kepada kejayaan tentera Islam pada zaman itu.

10. Nyatakan dua kepentingan keselamatan kepada pembangunan dan kemajuan sesebuah
negara.

KEGEMILANGAN DAN KEJATUHAN KERAJAAN ABBASIAH

11. Nyatakan empat orang khalifah yang memainkan peranan utama dalam memajukan
kerajaan Abbasiah.

12. Jelaskan dua faktor yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Abbasiah.

13. Terangkan iktibar daripada sejarah kemerosotan kerajaan Abbasiah.

IBNU SINA BAPA PERUBATAN NEGARA

14.Nyatakan empat sifat Ibnu Sina yang menjadikan beliau seorang tokoh perubatan yang
terkenal.

15.Senaraikan dua penemuan Ibnu Sina dalam bidang perubatan sehingga beliau menjadi
ahli perubatan Islam yang terkenal.

16.Jelaskan dua bukti pengiktirafan dunia terhadap kepakaran Ibnu Sina dalam bidang
perubatan.

17.Terangkan dua sumbangan Ibu Sina dalam bidang ilmu dan pemikiran.

HAMKA PERMATA NUSANTARA

18.Nyatakan kelebihan Hamka yang membantu beliau menyebarkan dakwah Islamiah.

19Jelaskan dua kegigihan Hamka dalam mengembangkan dakwah Islamiah di Nusantara.


20.Jelaskan dua sumbangan Hamka dalam bidang ilmu dan pemikiran.

21.Nyatakan dua hasil karya Hamka dalam bidang agama dan falsafah.

BAHAGIAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 4

TAJUK : ADAB BERHIAS DIRI


Menggalakkan amalan mandi
1. Adab-adab berhias diri
Menggosok gigi

S dalam rajah di atas ialah _____________________________

2. Amalan berhias diri yang dilarang oleh Islam.

Amalan berhias diri


yang dilarang terhadap
orang perempuan

Menyambung Berpakaian T
rambut seperti lelaki

T dalam rajah di atas ialah _____________________________________

3. Hukum memakai bau-bauan bagi lelaki yang hendak ke masjid ialah -_____.
4. ___________________ ialah kegiatan menyeronokkan yang boleh
menyegarkan kembali kesihatan badan
5.
Aktiviti lasak yang melibatkan ketahanan fizikal
dan mental

Pernyataan di atas berkaitan dengan reakreasi ______________________.

6.
Adab
berreakreasi Berpakaian menutup aurat

Menjaga pergaulan
mengikut syarak

P dalam rajah di atas ____________________________________________.

TINGKATAN 4

ADAB MENJAGA ORANG SAKIT

1.Menziarahi dan menjaga orang sakit sangat dituntut oleh agama


Islam.
i. Apakah hukum menziarahi orang sakit .
ii. Anda menziarahi rakan anda yang sedang sakit.
Apakah kata-kata peransang yang patut diucapkan padanya.
iii.Jelaskan dua hikmah beradab ketika menjaga orang sakit.
iv.Terangkan dua kewajipan orang yang hidup terhadap orang yang
sakit.
ADAB MENZIARAHI JENAZAH

i.Nyatakan dua adab ketika menziarahi jenazah.


ii.Jelaskan dua perkara yang dilarang ketika menziarahi jenazah.
iii.Terangkan tiga kewajipan orang yang hidup terhadap jenazah.

BAHAGIAN ADAB DAN AKHLAK ISLAMIAH TINGKATAN 5

TAJUK : ADAB BERMUSAFIR

1. Hukum bermusafir bagi seseorang yang menziarahi saudara – mara ialah


____________

Bermusafir bertujuan untuk menyaksikan konsert hiburan


2.

Hukum bermusafir di atas ialah _______________________________

3.
Adab sebelum Menyediakan bekalan
bermusafir

Mengucapkan selamat tinggal

M dalam rajah di atas ialah _____________________________________

4.
• Amanah
• Ehsan
• Kerjasama
• Tekun
• Menjauhi perkara yang
Pernyataan di atas merujuk kepada adab ______________________.

Perkara yang Menipu dalam timbangan atau


diharamkan dalam nilai barang
berjual beli 5.

Menjual barang-barang yang


haram
L dalam rajah di atas ialah _________________________________.

TINGKATAN 5

ADAB DENGAN PEMIMPIN

1. Nyatakan maksud pemimpin.


2. Nyatakan empat ciri pemimpin yang wajib ditaati.
3. Mengapakah Islam mewajibkan rakyat beradab dengan
pemimpin.
4. Jelaskan dua tanggungjawab pemimpin terhadap rakyat.
5. Jelaskan dua akibat sekiranya pemimpin tidak melaksanakan
tanggungjawabnya.

ADAB MEMBERI DAN MENERIMA HADIAH SERTA


SEDEKAH.

6. Apakah maksud sedekah.


7. Nyatakan dua kelebihan bersedekah.
8. Senaraikan empat jenis sedekah.
9. Jelaskan dua perbezaan antara sedekah dan hadiah.
10.Nyatakan dua perkara yang dilarang ketika memberi hadiah.

You might also like