You are on page 1of 9

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

BAB DUA: SEJARAH LISAN DI MALAYSIA Bab ini berfokus kepada: 1. 2. 3. 4. 5. 6. Sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan; Kesukaran memperoleh bahan-bahan bertulis; Cerita yang benar-benar dilalui oleh individu dan kumpulan; Kekuatan sejarah lisan sebagai pengukuh kepada pelbagai bahan bertulis; Memperbanyakkan penulisan sejarah tempatan dalam pelbagai tema; Memperkaya tradisi sejarah

1. SUMBER LISAN SEBAGAI BAHAN SEJARAH TEMPATAN Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di Malaysia masih dianggap baru dan masih belum diterima sepenuhnya sebagai satu kaedah penyelidikan sejarah. (Rahilah Omar, 2012)

Menurut Mohd Amin Hassan (1974), ketika beliau menulis jurnalnya pada ketika itu, sejarah lisan dilihat masih setahun jagung dan baru bertapak di Malaysia pada ketika itu.

Malah di peringkat dunia sekali pun, penggunaan sumber lisan hanya dimulakan oleh Allan Navins di Amerika Syarikat pada tahun 1948.

Hanya pada tahun 1960-an dan 1970-an bidang sejarah lisan berkembang pesat di United Kingdom akibat gerakan aliran oralist yang diketuai oleh Thomson dan rakanrakannya.

Di Malaysia, universiti-universiti tempatan telah mula menunjukkan kecenderungan terhadap sejarah lisan. Paling konsisten dan terkehadapan adalah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang telah menubuhkan Pusat Kajian Sejarah Lisan di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan.

Sejarah lisan sebagai satu kursus yang ditawarkan di Universiti Kebangsaan Malaysia pula telah ditawarkan pada tahun 1981.

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

Selain itu, Persatuan Sejarah Lisan Malaysia turut ditubuhkan bagi menggerakkan perkembangan sejarah lisan di Malaysia.

Penggunaan sumber lisan sebagai bahan sejarah tempatan di Malaysia juga semakin mendapat tempat. Antara projek sejarah lisan yang telah berjaya dilaksanakan di Malaysia termasuklah:

1. Projek golongan nasionalis kiri Melayu dan sejarah pergerakan Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya di Lubuk Kawah; 2. Projek peristiwa Memali; 3. Projek peristiwa di zaman Jepun dan pentadbiran BMA; 4. Projek 69 Komando; 5. Projek UMNO Negeri Sembilan; 6. Projek biografi tokoh

Penggunaan sumber lisan sebagai sumber sejarah di negara ini dipelopori oleh Abdullah Munsyi melalui bukunya Kisah Pelayaran Abdullah. Melalui wawancara beliau dengan masyarakat tempatan di negeri-negeri Pantai Timur, beliau kemudiannya menulis semula gambaran berkenaan masyarakat di Pantai Timur berdasarkan apa yang telah diberitahu kepadanya.

Selain itu, jurnal-jurnal berkaitan sejarah yang ditulis oleh para pegawai British di Tanah Melayu juga cenderung untuk menggunakan keterangan lisan sebagai sumber sejarah mereka.

Sebagai contoh, W.E. Maxwell ketika menulis mengenai sejarah negeri Perak turut mendapatkan maklumat daripada masyarakat Orang Asli di Perak.

Selepas era pasca merdeka, usaha ke arah pendokumentasian sejarah lisan sebagai satu sumber sejarah hanya dimulakan secara serius apabila Arkib Negara Malaysia mengambil inisiatif menjalankan beberapa projek bagi mengisi bahagian Arkib Perdana Menteri.

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

2. KESUKARAN MEMPEROLEHI BAHAN BERTULIS Menurut Nadzan Haron (2012), penyelidik sejarah di Malaysia kini menghadapi kesukaran untuk mendapatkan sumber sejarah yang lengkap bagi kajian peristiwa sejarah yang berlaku terutamanya pada zaman sebelum kemerdekaan negara terutamanya disebabkan oleh beberapa faktor.

Antaranya, masyarakat di Malaysia bukanlah masyarakat yang minat menulis. Kebanyakan rekod-rekod bertulis yang wujud di negara ini hanyalah rekod-rekod rasmi kerajaan dan rekod-rekod istana.

Hal ini adalah berbeza dengan tradisi Bugis di Istana Johor-Riau yang menjadikan penulisan catatan harian sebagai satu tradisi para pembesar Bugis.

Faktor kurangnya penulisan yang berbentuk catatan, diari harian atau suratmenyurat dalam kalangan masyarakat di Malaysia baik sebelum merdeka dan selepas merdeka dipengaruhi oleh banyak faktor. Antaranya: 1. Tidak menjadi suatu kebiasaan atau budaya masyarakat; 2. Kekangan waktu dan kesibukan harian; 3. Kurangnya kesedaran tentang kepentingan catatan sebagai rekod sejarah; 4. Perkembangan teknologi perhubungan

Sedar atau tidak, perkembangan teknologi perhubungan terutamanya telefon telah membawa kesan negatif kepada sumber bertulis sebagai sumber sejarah di negara kita.

Proses surat-menyurat telah dianggap ketinggalan zaman, lambat dan hanya digunakan untuk tujuan-tujuan rasmi sahaja.

Hubungan dan komunikasi antara individu telah dipermudahkan menggunakan medium seperti telefon atau internet yang lebih pantas untuk perkara yang lebih mustahak.

Akhirnya, banyak peristiwa atau perkara sejarah yang penting hanya kekal dalam memori ingatan pelaku (actor) tanpa didokumentasikan secara bertulis.

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

Perkara ini sering kali terjadi kepada para pemimpin dan pegawai atasan yang sepatutnya mampu memberikan sumber bertulis yang sangat banyak kepada sumber sejarah di negara ini.

Disebabkan kemajuan teknologi perhubungan, para pemimpin dan pegawai lebih cenderung untuk berhubung menggunakan alat komunikasi moden yang akhirnya tidak direkodkan kembali secara bertulis.

Oleh itu, sejarah lisan menjadi semakin penting terutamanya dalam mendekati para pemimpin atau pegawai kerajaan dalam pelbagai isu. Melalui wawancara oleh para pengkaji sejarah dengan tokoh-tokoh, peristiwa dan fakta sejarah yang penting yang selama ini hanya berlegar dan tersimpan dalam memori tokoh dapat dirakam dan dijadikan sebagai sumber bertulis (transkrip).

Selain itu, apabila sesuatu peristiwa sejarah itu melibatkan masyarakat kebanyakan, tiada rekod bertulis yang diperoleh berkaitan dengannya.

Misalnya, seseorang pengkaji sejarah yang cuba untuk mengkaji sejarah perkembangan permainan wau atau dikir barat dalam kalangan masyarakat di Pantai Timur akan menghadapi kekangan kerana amat jarang perkara-perkara yang bernilai sejarah yang berkaitan dengan perkembangan permainan ini didokumentasikan, malah hampir tiada.

Oleh itu, para pengkaji yang berminat untuk mengkaji sejarah seperti ini perlu turun ke dalam masyarakat dan mendapatkan keterangan lisan daripada penggiat dan peminat permainan ini.

Kesukaran mendapatkan rekod bertulis juga berlaku dalam konteks Malaysia terutamanya rekod-rekod pentadbiran Zaman Jepun dan rekod-rekod tentera British sebelum Perang Dunia Kedua.

Hal ini kerana, kebanyakan rekod-rekod ini telah dimusnahkan untuk tujuan keselamatan akibat perang.

Selain itu, akses rekod bertulis pada masa kini juga bukanlah sesuatu yang mudah. Kebanyakan rekod-rekod kerajaan diklasifikasikan sebagai sulit, rahsia besar dan tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

3. CERITA YANG BENAR-BENAR DILALUI OLEH SESUATU KUMPULAN Antara pandangan golongan sejarawan Aliran Lisan (oralist) adalah untuk mengangkat sejarah dari bawah seperti yang diperjuangkan oleh sejarawan Aliran Annales.

Untuk tujuan itu, tema-tema sejarah yang berkaitan dengan pergerakan sekerja, wanita, golongan minoriti dan rakyat kebanyakan diangkat sebagai satu ruang lingkup sejarah yang baharu dan tidak hanya berlegar dalam ruang lingkup sejarah negara semata-mata.

Kebiasaannya, sejarah berkaitan golongan kebanyakan ini tidak direkodkan secara bertulis dan kajian para pengkaji kebanyakannya cenderung kepada menemuramah golongan-golongan sasar dalam sesebuah kajian sejarah.

Golongan yang ditemuramah kebiasaannya adalah sumber proto dan saksi mata iaitu mereka yang benar-benar melalui atau mengalami sesuatu peristiwa sejarah.

Dalam hal ini, para pengkaji sejarah akan cuba untuk mendapatkan gambaran berkenaan peristiwa daripada sumber proto, sebab-sebab yang mencetus kepada tindakan mereka dan kesan daripada tindakan mereka.

Di Malaysia misalnya, golongan yang benar-benar mengalami sesuatu peristiwa sejarah telah didekati dan diwawancara bagi mendapatkan keterangan lisan daripada mereka.

Antaranya, pengkaji-pengkaji sejarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah menemui bekas anggota komunis Melayu daripada Rejimen Kesepuluh Parti Komunis Malaya di Kampung Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang bagi mendapatkan maklumat daripada mereka berkenaan sejarah perjuangan mereka dalam rejimen tersebut.

Selain itu, penduduk-penduduk kampung di Kampung Memali, Mukim Siong, Baling yang mengalami Peristiwa Berdarah di Memali sekitar tahun 1986 turut diwawancara bagi mendapatkan keterangan lisan daripada mereka berkenaan peristiwa tersebut.

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

4. KEKUATAN SEJARAH PERISTIWA BERTULIS

LISAN

SEBAGAI

PENGUKUH

KEPADA PELBAGAI

Menurut Nadzan Haron (2012), dua masalah yang biasa dihadapi oleh seseorang pengkaji sejarah termasuklah: 1. Terlalu kurang sumber bertulis; 2. Sumber bertulis yang kurang lengkap dan menimbulkan banyak persoalan tentang kandungannya.

Selain itu, terdapat juga sumber bertulis yang ditulis tidak menyeluruh dan dicatatkan apa yang difikirkan perlu sahaja oleh pencatatnya sedangkan peristiwa sebenar sesuatu peristiwa adalah lebih daripada apa yang dicatatkan.

Sebagai contoh, laporan bertulis pada zaman British mengenai beberapa peristiwa seperti penentangan terhadap Malayan Union dan peristiwa rusuhan kaum di Batu Kikir, Batu Pahat dan Sungai Manik tidak dilaporkan secara menyeluruh dan tepat dan sebahagiannya bagi menyembunyikan fakta.

Malah, terdapat rekod bertulis yang dimusnahkan oleh tentera setelah kalah perang termasuklah rekod-rekod tentera British dan Jepun ketika mereka terpaksa menyerah kalah dalam peperangan.

Selain itu, terdapat rekod-rekod bertulis yang dianggap sebagai propaganda dan dikawal oleh pemerintah pada sesuatu masa. Dalam hal ini, laporan terhadap para penentang dan golongan kiri dibuat secara berat sebelah.

Justeru, penggunaan sumber lisan dalam kajian sejarah adalah penting bagi mendapatkan sudut pandang yang lebih adil bagi kedua-dua belah pihak dan mengatasi kekurangan yang terdapat dalam sumber bertulis.

Kebanyakan sumber bertulis negara yang bersifat rahsia, sulit dan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi (OSA) menyebabkan penggunaan sumber bertulis sebagai sumber sejarah menjadi terhad dan memerlukan penggunaan sumber lisan sebagai alternatifnya.

Dalam hal ini, sumber lisan tidak akan menggantikan sumber bertulis akan tetapi sebaliknya bertindak sebagai pelengkap kepada kekurangan sesebuah sumber bertulis. (Mohd Amin Hassan, 1974: 38)

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

Dalam hal ini, peranan sumber lisan ke atas sumber bertulis termasuklah: Tidak semua peristiwa penting dan bersejarah itu direkodkan secara bertulis, justeru sumber lisan digunakan dalam merakamkan peristiwa tersebut. Terdapat keraguan tertentu dalam sumber bertulis terutamanya yang dilihat berat sebelah, propagandik, dan dilihat menyembunyikan fakta. Tidak semua rekod bertulis mengandungi maklumat yang diperlukan sebagai bahan rujukan kajian disebabkan oleh tindakan pencatat rekod yang melakukan pencatatan terpilih (selective recording)

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

5. MEMPERBANYAKKAN PENULISAN SEJARAH TEMPATAN DALAM PELBAGAI TEMA Perdebatan di antara para sejarawan berkenaan ruang lingkup sejarah telah membawa kepada kemunculan pelbagai aliran termasuklah aliran yang

berpandangan bahawa ruang lingkup sejarah adalah meliputi pelbagai ruang lingkup kehidupan dan tidak hanya terhad kepada sejarah berkenaan negara semata-mata.

Di Malaysia sendiri, para pengkaji sejarah masih dilihat cenderung untuk melakukan kajian sejarah yang berkait dengan politik dan negara dan tema-tema berkait dengan sejarah rakyat, sejarah sosial, sejarah budaya, sukan dan sebagainya masihh terbuka luas dan kurang diterokai.

Dalam hal ini, sumber lisan telah memainkan peranan penting kepada para pengkaji sejarah dalam melakukan kajian sejarah ke atas pelbagai tema sejarah terutamanya sejarah yang berkait dengan masyarakat, budaya dan sosial.

hazmanazhar_ipda 2013

Nota SJH3104 Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

6. MEMPERKAYA TRADISI LISAN Penulisan sejarah tidak semestinya hanya berlegar kepada tokoh ternama dan peristiwa sezaman yang menggunakan sumber bertulis dan sumber lisan sematamata.

Dalam hal ini, tradisi lisan (yang terkawal) perlu digunakan untuk dijadikan sumber penting dalam mengkaji sejarah politik, sosial, ekonomi dan perundangan tradisional dahulu kala seperti yang terkandung dalam perbilangan adat.

Antaranya termasuklah perbilangan adat yang dipegang secara tradisi oleh ketuaketua adat dalam Masyarakat Minangkabau dan ketua-ketua suku dan adat dalam pelbagai suku di Sabah dan Sarawak.

Disebabkan peredaran zaman dan arus kemodenan, kebanyakan tradisi lisan ini semakin hilang disebabkan tidak ramai ahli masyarakat yang berminat untuk mendalami dan meneruskan tradisi lisan yang diperturunkan sejak zaman berzaman ini.

Oleh itu, pendokumentasian tradisi lisan ini adalah penting dalam memastikan sejarah lisan ini dapat dikekalkan untuk generasi akan datang.

hazmanazhar_ipda 2013

You might also like