You are on page 1of 17

Search: The Web Tripod Report Abuse « Previous | Top 100 | Next »

Select Rating share: del.icio.us | digg | reddit | furl | facebook

[KEMBALI]

Mukaddimah penulis :

Segala bahan yang dinyatakan dibawah adalah hasil daripada penulis sendiri . Banyak perkara perlu diperbetulkan dan
ditambahkan . Oleh itu , sebarang pandangan , pendapat dan tashih dari pembaca sekalian amat dialu-alukan dengan menghubungi
terus Webmaster . Terima Kasih.

BAHAGIAN SIRAH RASULULLAH S.A.W

1. HIJRAH NABI MUHAMMAD S.A.W KE MADINAH .

1.1 Penduduk Madinah

 Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai suku seperti Aus , Khajraj , Yahudi dan beberapa puak yang lain .

 Mereka bekerja sebagai peladang, petani dan orang Yahudi memonopoli urusan perniagaan .
1.2 Sebab-sebab Hijrah

a. Tekanan yang kuat daripada kaum Musyrikin Quraisy Mekah .

b. Pemulauan Bani Hasyim dan Bani Abdul Muttalib .

c. Nyawa Rasullah SAW terancam .

d. Jemputan daripada penduduk Madinah .

1.3 Proses Penghijrahan

 Orang Quraisy telah berasa dengki dan cemburu melihat kepada perkembangan ajaran Islam yang semakin berkembang .

 Mereka telah menekan dan menindas orang Islam dengan lebih hebat lagi. Ini menyebabkan lebih ramai lagi umat Islam telah
berhijrah secara senyap-senyap dan secara tersembunyi pada waktu malam dengan bilangan yang kecil untuk menyelamatkan
diri ke Kota Yathrib

 Orang Quraisy berusaha dan mencari jalan untuk menghapuskan Agama Islam . Mereka telah mengadakan satu perjumpaan
dan mesyuarat di Darul Nadwah bersama ketua suku lain .

 Mereka mengambil keputusan untuk membunuh Rasulullah SAW dengan menghantar beberapa pemuda dari setiap puak agar
pihak Bani Hasyim tidak dapat membalas dendam .

 Pada malam yang ditetapkan , mereka telah mengepung rumah Rasulullah SAW . Allah telah memberitahu tentang peristiwa
tersebut kepada Rasulullah SAW .
 Baginda berjaya menyusup keluar dari kepungan pemuda Musyrikin dan Saidina Ali telah menggantikan tempat tidur
baginda itu .

 Baginda telah bersembunyi di Gua Thur selama 3 hari bersama-sama Abu Bakar . Segala urusan makan minum diuruskan
oleh Asma’ Binti Abu Bakar , puteri Abu Bakar sendiri .

 Baginda keluar dari Gua Thur pada 4 Rabiul Awwal dan menuju ke Tahamah .

 Segala urusan perjalanan baginda disusun dan diatur oleh penunjuk jalan yang bernama Abdullah Bin Uraiqiz . Dia telah
menunjuk arah jalan yang jarang dilalui oleh orang lain .

 Baginda sampai di Quba’ pada 12 Rabiul Awwal . Baginda telah mendirikan sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid
Quba’ . Baginda menunaikan solat Jumaat di masjid ini .

 Inilah masjid yang pertama sekali dibina di atas muka bumi ini .

 Baginda sampai ke Kota Yathrib pada 16 Rabiul Awwal Taahun ke-13 Kerasulan . Baginda disambut dengan penuh
kegembiraan oleh penduduk Madinah .

 Semua ketua-ketua kaum dan puak menjemput nabi untuk tinggal bersama mereka, namun nabi membiarkan unta nabi
berhenti di hadapan ruah Abu Ayyub Al Ansari dari suku Bani Najr. Baginda menetap di rumah itu untuk beberapa ketika .

 Baginda akhirnya dilantik menjadi ketua negara Islam Madinah. Baginda juga menyatukan penduduk Aus dan Khajraj yang
dikenali sebagai golongan Ansar dan penduduk Mekah yang berhijrah ke Madinah itu dikenali sebagai Muhajirin .

 Agama Islam semakin kuat dan mantap selepas peristiwa hijrah ini .

1.4 Pengajaran Hijrah


a. Hendaklah sabar ketika menghadapi sesuatu ujian daripada Allah

b. Hijrah adalah satu strategi dalam menyebarkan dakwah Islamiah

c. Umat Islam hendaklah patuh pada perintah Allah dan Rasul-Nya

d. Kita hendaklah berkorban dalam menyebarkan syiar Islam dimuka bumi ini .

Kesan daripada peristiwa Hijrah

a. Terbentuknya sebuah negara Islam pertama di Madinah

b. Nama “ Yathrib ” telah ditukar kepada Madinah Al Munawwarah

c. Tahun hijrah pertama Islam bermula

d. Agama Islam semakin mantap dan kuat .

2. PERSAUDARAAN MUHAJIRIN DAN ANSAR

2. Persaudaraan antara Muhajirin dan Ansar

 Umat Islam Mekah datang ke Madinah tanpa membawa sebarang harta dan bekalan wang yang banyak .
 Mereka mengharapkan bantuan dan pertolongan daripada penduduk Madinah .

 Nabi telah mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin . Kedua-dua golongan ini menerima cadangan nabi tanpa
sebarang bantahan .

 Ada dikalangan orang Muhajirin tinggal, bekerja dan mengahwini wanita puak Ansar .

 Puak Ansar banyak menolong dan membantu orang Muhajirin .

2.1 Pengajaran daripada peristiwa persaudaraan

 Orang Madinah sanggup berkorban harta benda dan meninggalkan kampung halaman demi Allah dan Rasul-Nya .

 Umat Islam perlu berhijrah untuk mencapai kejayaan dalam semua bidang .

 Umat Islam harus berani berkorban di jalan Allah SWT

 Rasulullah SAW sanggup bergadai nyawa dalam memperjuangkan agama Islam

 Kita hendaklah tolong menolong dan bantu membantu sesama saudara seagama .

Sebab-sebab Nabi Mempersaudarakan golongan Ansar dan Muhajirin

a. Supaya hubungan Ansar-Muhajirin bertambah kukuh

b. Agama Islam dapat disebarkan dengan jayanya


c. Meningkatkan semangat umat Islam untuk terus berdakwah

d. Menyatupadukan umat Islam tanpa mengira orang asing atau pendatang

e. Supaya orang Muhajirin dapat hidup baru dengan lebih selesa di Madinah

3. NEGARA ISLAM MADINAH


3. Pembentukan Negara Islam Madinah

 Kota Madinah dikenali juga sebagai “ Yathrib “ .

 Penduduk Madinah terdiri daripada orang Yahudi, Ansar, Muhajirin , Ansar dan Khajraj .

Piagam Madinah

 Pagam Madinah merupakan peraturan bertulis yang pertama di dunia .

 Piagam Madinah adalah satu perlembagaan yangmerangkumi semua aspek kehidupan seperti agama, sosial, ekonomi , politik
serta hubungan dalam dan luar negara .

 Tujuan utama Piagam Madinah ini dibentuk kerana Rasulullah SAW menghadapi masalah untuk menyatukan mereka .
3.1 Sebab terbentuknya Piagam Madinah

a. Penduduk Madinah menganut pelbagai agama

b. Penduduk Madinah terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan

c. Mereka mengamalkan kebudayaan yang berbeza antara satu sama lain .

3.2 Isi Kandungan Piagam Madinah .

a. Nabi Muhammad SAW diakui sebagai ketua negara .

b. Penduduk Madinah bebas menganut dan mengamalkan agama masing-masing .

c. Setiap penduduk bertanggungjawab mempertahankan negara Islam Madinah

d. Penduduk mestilah bersatu padu dan aman damai

e. Penduduk Madinah tidak boleh membuat hubungan dengan musyrikin Mekah dan sekutunya

3.3 Pengajaran dari Piagam Madinah

a. Wujudnya negara Islam yang berperaturan

b. Membuktikan Rasulullah SAW seorang yang berwibawa


c. Kesejahteraan negara Islam Madinah terjamin .

d. Peningkatan pertumbuhan ekonomi

e. Lahirnya masyarakat madani

f. Islam berkembang dengan meluas

g. Perpaduan rakyat lebih kukuh

h. Terbentuknya masyarakat yang harmonis

Taburan penduduk & perkampungan sekitar Madinah ketika Hijrah Rasulullah SAW

1.
Buki

Perk
amp
Perk
4. amp
Buki
Perk 5
Zulh 2. L 6. 3. amp . Bani
Quba
4. MELINDUNGI KOTA MADINAH

4.1 Rasional peperangan dalam Islam


 Umat Islam wajib mempertahankan dirinya dan kesucian agama Islam dari ancaman musuh .
 Islam tidak membenarkan umatnya melakukan keganasan ketika berperang . Sebab itulah
Islam telah meletakkan garis panduan dan etika ketika berperang menentang musuh .

Sebab-sebab Islam membenarkan peperangan


a. Untuk mempertahankan diri
b. Menentang pencabulan perjanjian
c. Memelihara kesucian dakwah Islam
d. Mempertahankan negara dari ancaman musuh .

4.2 Peperangan mempertahankan Madinah


Info
A. Perang Badar
• merupakan peperangan yang pertama dalam Islam
• musuh yang ditawan dikehendaki :
 Tempat berlaku
► Lembah Badar * mengajar 10 orang murid islam sehingga pandai.

* menebus diri dengan bayaran


 Tarikh
► 17 Ramadhan Tahun ke–2 Hijrah bersamaan 624 masihi * dibebas dengan bayaran jika tiada kemampuan

 Ketua Tentera Islam

► Rasulullah SAW
 Ketua Tentera Musyrikin
► Abu Jahal

 Sebab – sebab peperangan


► Musyrikin Mekah berusaha menyekat perkembangan dakwah Islam dengan menyekat dan merosakkkan harta benda
umat Islam yang berulang alik dari Mekah ke Syam .
► Apabila Rasulullah SAW mengetahui kafilah dari Musyrikin Mekah yang diketuai oleh Abu Sufyan akan melalui
Madinah, baginda bersama 313 orang tentera Islam keluar untuk mendesak Abu Sufyan mereka agar tidak melalui jalan
Madinah itu .
► Rasulullah SAW telah menyekat mereka di telaga air .

 Peristiwa Peperangan
► Tindakan Rasulullah SAW ini diketahui oleh Abu Sufyan dan meminta pihak musyrikin Mekah datang untuk
melindunginya .
► Pihak musyrikin yang diketuai oleh Abu Jahal bersiap sedia dan menuju ke Madinah dengan bala tentera seramai 1,000
orang .Mereka berhenti berkhemah di lembah Badar .
► Pertempuran bermula dengan perlawanan satu lawan satu. Pahlawan yang terlibat ialah :
i. Saidina Ali menentang Al-Walid
ii. Saidina Hamzah menentang Shuaibah
iii. Saidina Ubaidah menentang Utbah
► Kesemua pahlawan Quraisy itu telah dibunuh oleh pahlawan Islam .
► Tentera Islam mati syahid seramai 14 orang dan tentera Quraisy terbunuh seramai 70 orang dan 70 lagi ditawan . Abu
Jahal telah terbunuh dalam peperangan ini .

4.3 Pengajaran dari kisah Perang Badar


a. Berunding dan bermesyuarat amat penting dalam melakukan sesuatu perkara .
b. Setiap pemimpin mestilah bijak membuat arahan dengan bijak dan tepat .
c. Orang Islam mestilah mematuhi perintah Allah dan Rasul-Nya .
d. Orang Islam wajib mempertahankan agama Islam dan kesuciannya .

B. Perang Uhud

 Tempat berlaku
► Bukit Uhud

 Tarikh
► Hari Sabtu , 11 Syawal Tahun ke-3 hijrah bersamaan 625 masihi

 Ketua Tentera Islam


► Rasulullah SAW

 Ketua Tentera Musyrikin


► Abu Sufyan

 Sebab – sebab peperangan


► Musyrikin Mekah merancang untuk menuntut bela atas kekalahan mereka dalam Perang Badar.

 Peristiwa Peperangan
► Abu Sufyan memimpin tentera musyrikin seramai 3,000 orang menuju ke Madinah .
► Rasulullah SAW mengetahui rancangan musyrikin itu dan bersetuju menentang tentera musyrikin di Bukit Uhud .
► Mulanya bilangan tentera Islam yang keluar ialah seramai 1,000 orang tetapi mereka diperdaya seorang munafik iaitu
Abdullah Bin Ubai .
► Bilangan sebenar yang pergi berperang dan menuju ke Bukit Uhud ialah 700 orang.
► Tentera Islam dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu pasukan kanan, pasukan kiri dan pasukan pemanah yang akan
berada di atas bukit nanti .
► Rasulullah SAW mengarahkan semua pasukan tidak meninggalkan tempat masing-masing tanpa kebenaran dari
Rasulullah SAW .
► Setelah peperangan berlangsung, pihak musyrikin kucar kacir dan melarikan diri .
► Pihak pemanah telah ingkar pesanan Rasulullah lalu turun meninggalkan bukit untuk memungut harta rampasan yang
ditinggalkan .
► Ketua tentera berkuda pihak Quraisy iaitu Khalid Al-Walid mengambil peluang untuk menyerang orang Islam dari atas
bukit. Keadaan menjadi kelam kabut .
► Tersebar berita bahawa Rasulullah terbunuh lalu musuh lari meninggalkan medan perang .
► Seramai 70 orang Islam telah gugur syahid termasuk Saidina Hamzah yang diperlakukan dengan kejam oleh Hindun Binti
Utbah .
► Rasulullah SAW sendiri telah cedera dan patah giginya .

4.3 Pengajaran dari kisah Perang Uhud


a. Pemimpin mestilah bijak menyusun strategi dan memberi arahan .
b. Melanggar perintah ketua mendatangkan akibat yang buruk .
c. Kemenangan dan kekalahan adalah ujian daripada Allah .

Info :

• ukuran parit perang Khandaq :

- panjang : 5.6 km
A. Perang Khandaq / Ahzab

 Tempat
► Sekitar Kota Madinah

 Tarikh
► 15 Syawal tahun ke-5 hijrah bersamaan 627 masihi.

 Ketua Tentera Islam


► Rasulullah SAW

 Ketua Tentera Musyrikin


► Abu Sufyan dan beberapa ketua puak / Qabilah lain .

 Sebab – sebab peperangan


► Bani Nadhir telah mengkhianati perjanjian Madinah / Piagam Madinah lalu mereka dihalau keluar dari Madinah .
► Mereka menghubungi pembesar Mekah dan menggesa supaya menyerang Madinah .

 Peristiwa Peperangan
► Perang ini dinamakan “Khandaq” yang bermaksud parit kerana umat Islam menggali parit disekeliling Kota Madinah .
Ia juga dinamakan “Ahzab” yang bermaksud bersekutu kerana pihak musyrikin bergabung tenaga untuk menyerang
kerajaan Islam Madinah
► Abu Sufyan telah menyiapkan tentera seramai 10 , 000 orang yang terdiri daripada pihak puak iaitu Quraisy, Yahudi dan
beberapa qabilah Arab lain .
► Berita ini diketahui oleh Rasulullah SAW dan baginda menerima cadangan Salman Al – Farisi agar menggali parit di
jalan masuk ke Kota Madinah sebagai benteng pertahanan .
► Tentera Quraisy bersama tentera puak musyrikin lain tidak dapat mara ke Kota Madinah kerana dihalang oleh parit yang
luas dan dalam .
► Percubaan menembusi kubu kota Madinah gagal kerana dihujani oleh panah tentera
Islam .
► Setelah berkubu selama 15 hari, pasukan musuh berjaya dipecahkan oleh Naim bin Masoud Al -Asjaii’ yang baru
memeluk Islam .
► Dengan pertolongan Allah , berlakulah hujan ribut dan angin taufan yang menerbangkan khemah dan merosakkan
peralatan ketenteraan pihak musyrikin .
► Ini menyebabkan pihak musyrikin melarikan diri lalu meninggalkan kota Madinah .

4.3 Pengajaran dari kisah Perang Ahzab / Khandaq


a. Umat Islam mestilah berwaspada terhadap tipu daya dan helah musuh .
b. Taktik dan teknik adalah penting dalam peperangan .
c. Allah sentiasa memberi pertolongan kepada pihak yang benar .

5. PERJANJIAN DAMAI HUDAIBIYAH

5. Perjanjian Damai Hudaibiyah

 Dinamakan “Hudaibiyah” kerana ianya berlaku di satu tempat yang bernama Hudaibiyah.
 Ianya berlaku pada bulan Zulkaedah Tahun ke – 6 Hijrah bersamaan 628 masihi.

5.1 Sebab-sebab berlakunya Perjanjian Hubaibiyah


 Rasulullah SAW bersama-sama 1, 400 orang umat Islam berangkat menuju ke Mekah untuk menunaikan umrah.
 Mereka ke Mekah dengan niat yang baik dan pedang yang bersarung .
 Namun, perjalanan mereka diketahui oleh pihak musyrikin dan mereka menghantar tentera yang diketuai Khalid Bin Al-Walid
untuk menghalang rombongan umat Islam itu .
 Rasulullah SAW mengarahkan rombongan menuju ke Hudaibiyah dan mengutuskan Usman bin Affan untuk menjelaskan
kepada pihak Musyrikin tentang tujuan mereka ke Mekah itu .
 Timbul khabar angin yang mengatakan bahawa Saidina Usman dibunuh pihak musyrikin Mekah. Umat Islam terus membuat
perjanjian yang dikenali sebagai “ Baiatul Ridwan” untuk menuntut bela atas kematian Saidina Usman .
 Perjanjian ini diketahui oleh Musyrikin Mekah lalu mereka membebaskan Saidina Usman.
 Mereka juga menghantar Suhaill bin Amru untuk berunding dengan Rasulullah SAW, maka di sinilah termetrinya Perjanjian
Hudaibiyah .

5.2 Isi kandungan Perjanjian Hudaibiyah


► Gencatan senjata / berdamai selama 10 tahun .
► Rasulullah SAW dikehendaki pulang semula ke Madinah dan datang semula pada tahun depan dengan pedang bersarung .
Mereka dibenarkan berada di Mekah selama 3 hari sahaja.
► Orang Quraisy yang lari ke pihak Islam hendaklah dipulangkan segera dan orang Islam yang lari ke pihak Quraisy tidak
perlu dipulangkan .
► Kedua-dua pihak boleh membuat perjanjian dengan mana-mana qabilah Arab lain tetapi tidak boleh membantu dalam
peperangan .

5.3 Kesan-Kesan perjanjian Hudaibiyah


 Musyrikin Mekah mengiktiraf Rasulullah SAW dan negara Islam Madinah .
 Golongan Yahudi yang khianat diusir dari Madinah
 Dakwah Islam telah tersebar dengan meluas
 Kehidupan masyarakat dan negara kembali aman dan damai
 Perjanjian ini membuka jalan kepada pembebasan Mekah dari musyrikin Mekah .
 Orang Islam dapat menunaikan haji dengan aman dan sejahtera .

You might also like