You are on page 1of 10

Albert Einstein (14 Mac 1879 – 18 April, 1955) adalah seorang ahli fizik teori berbangsa

Jerman yang telah dipandang sebagai ahli sains yang teragung pada abad ke-20. Beliau
mengemukakan teori kerelatifan dan membuat banyak sumbangan utama kepada
perkembangan mekanik kuantum, mekanik statistik dan kosmologi. Einstein telah
dianugerahkan dengan Hadiah Nobel dalam bidang Fizik pada tahun 1921 bagi
penjelasannya mengenai kesan fotoelektrik dalam tahun 1905 serta "khidmatnya kepada
Fizik Teori".

Selepas teori relatif amnya dirumus pada November 1915, Einstein mencapai
kemashyuran di seluruh dunia. Dalam budaya pop, namanya sering disinonimkan dengan
kecerdasan.

Dilahirkan di Ulm di selatan negera Jerman anak kepada Hermann Einstein dan Pauline,
Einstein dibesarkan di Munich. Walaupun beragama Yahudi, keluarganya tidak
mengamalkan agama. Einstein tidak berupaya bertutur sehingga berumur tiga tahun.
Menurut teori terbaru tentang perkembangan mentalnya, beliau dianggap menghidapi
sindrom Asperger, sejenis penyakit yang berkaitan dengan autisme.

Pada tahun 1894, keluarga Einstein berpindah ke Milan selepas kegagalan perniagaan
elektrokimia ayahandanya. Einstein dihantar oleh ibubapanya ke Switzerland untuk
menghabiskan pendidikan menengah selepas kegagalannya dalam peperiksaan
kemasukan "Institut Teknologi Persekutuan Swiss" (Eidgenössische Technische
Hochschule) di Zurich disebabkan kegagalannya bahagian sastera walaupun beliau
sungguh kukuh dalam bahagian sains dan matematik. Pada 1896, Einstein menyerahkan
kerakyatan Jermannya untuk mengelakkan pengerahan tentera dan menjadi seorang yang
tidak bernegara.

Selepas menghabiskan pendidikan menengahnya, Einstein memasuki Institut Politeknik


Zurich selama empat tahun untuk mengambil pengajian perguruan bagi mengajar sains di
sekolah menengah. Walaupun cerdik, beliau bukan merupakan seorang penuntut yang
luar biasa. Pada tahun 1900, Einstein mencapai diploma perguruannya dan diterima
sebagai rakyat Switzerland pada 1901.

Pada 1902, seorang anak perempuan telah dilahirkannya diluar nikah selepas Einstein
jatuh hati pada Mileva Mariv, seorang penuntut kolejnya yang berbangsa Hungary.
Beliau tidak pernah melihat anaknya yang diserah untuk dijadikan anak angkat. Dua
tahun kemudian, mereka berkahwin dan mempunyai dua anak lelaki, iaitu Hans dan
Eduard Albert. Hans menjadi seorang profesor dalam kejuruteraan hidraulik di Universiti
California, Berkeley, sedangkan Eduard menghidapi skizofrenia dan kemudian maut di
rumah sakit otak.

Pada tahun 1905, Einstein mencapai ijazah kedoktorannya selepas penyerahan tesisnya,
"Cara baru untuk menentu dimensi molekul" ("Eine neue Bestimmung der
Moleküldimensionen").

Einstein telah menerima banyak anugerah anumerta, termasuknya:


• Tempat ke-10 dalam "Senarai Seratus Tokoh yang Berpengaruh Dalam Sejarah"
oleh Michael H. Hart pada 1992;
• "Tokoh Abad" oleh Time pada 1999;
• Tahun 2005 telah dianugerahkan sebagai "Tahun Dunia bagi Fizik" dan diraikan
di Simposium Einstein oleh UNESCO kerana berbetulan dengan Perayaan Seratus
Tahun "Kertas kerja Anus Mirabilis",

Nama Einstein juga telah dipergunakan untuk:

• unit yang digunakan di bidang fotokimia;


• unsur kimia ke-99, iaitu einsteinium;
• asteroid 2001 Einstein;
• Hadiah Perdamaian Albert Einstein;
• Kolej Perubatan Albert Einstein di Universiti Yeshiva yang dinamakan pada tahun
kematiannya dalam tahun 1955;
• Pusat Perubatan Albert Einstein di Philadelphia, Amerika Syarikat.
Sir Isaac Newton

Sir Isaac Newton (4 Januari 1642 - 31 Mac 1727) merupakan ahli fizik Inggeris terkenal
yang menulis buku Philosophiae Naturalis Principia Mathematica yang diterbitkan pada
5 Julai 1687. Dalam buku tersebut, Newton menerangkan daya tarikan graviti alam
dengan Hukum Pergerakan dan ini telah menjadi asas kepada mekanik klasik. Beliau juga
pengasas kalkulus pembezaan.

Newton dilahirkan di Woolsthorpe-by-Colsterworth, hamlet di county Lincolnshire.


Bapanya meninggal tiga bulan sebelum kelahiran Newton, dan dua tahun kemudian
ibunya berkahwin dengan lelaki lain dan meninggalkan Newton dengan neneknya.
Newton merupakan kanak-kanak pintar. Ramai orang telah mendengar cerita tentang
Newton yang sedang duduk di kebun dan melihat sebiji epal luruh.

Beliau sedar bahawa, seperti juga daya graviti menarik buah epal ke bumi, graviti
memastikan bulan sentiasa berada dalam orbitnya. Hal ini boleh dibandingkan seperti
seutas tali yang terikat ke seketul batu yang anda putarkan di sekeliling kepala, jika tali
putus batu akan tercampak jauh.

Tanpa graviti, bulan akan melayang ke angkasa lepas. Newton cuba mencipta teleskop
untuk mengkaji bintang, tetapi mendapati bahawa jika beliau menggunakan kanta, imej
yang terang mempunyai tepi bewarna.

Semasa mencari sebab mengapa hal ini berlaku, beliau telah berjaya mencipta teleskop
cermin. Teleskop ini tidak menimbulkan tepi bewarna dan banyak daripada teleskop masa
kini adalah berdasarkan rekaan Isaac Newton.

Beliau berulang kali bertanyakan soalan tentang tepi bewarna sehinggakan beliau
menjadi orang yang pertama menyedari bahawa cahaya puteh adalah campuran semua
warna.

Beliau telah menemui Hukum gerakan Newton


Abu Ali Al-Hussain Ibn Abdallah Ibn Sina atau dikenali sebagai Avicenna di dunia
barat merupakan salah seorang pakar sains dari Iran yang hidup antara tahun 980 - 1037
M.

[sunting] Sejarah dan latar belakang


Ibnu Sina dilahirkan pada tahun 370 Hijrah bersamaan dengan 980 M. Pengajian
peringkat awalnya bermula di Bukhara dalam bidang bahasa dan sastera. Selain itu,
beliau turut mempelajari ilmu-ilmu lain seperti geometri, logik, matematik, sains, fiqh,
dan perubatan.

Walaupun Ibnu Sina menguasai pelbagai ilmu pengetahuan termasuk falsafah tetapi
beliau lebih menonjol dalam bidang perubatan sama ada sebagai seorang doktor ataupun
mahaguru ilmu tersebut.

Ibnu Sina mula menjadi terkenal selepas berjaya menyembuhkan penyakit Putera Nub
Ibn Nas al-Samani yang gagal diubati oleh doktor yang lain. Kehebatan dan kepakaran
dalam bidang perubatan tiada tolok bandingnya sehingga beliau diberikan gelaran al-
Syeikh al-Rais (Mahaguru Pertama).

[sunting] Sumbangan
Kemasyhurannya melangkaui wilayah dan negara Islam. Bukunya Al Qanun fi al-Tibb
telah diterbitkan di Rom pada tahun 1593 sebelum dialihbahasakan ke dalam bahasa
Inggeris dengan judul Precepts of Medicine. Dalam jangka masa tidak sampai 100 tahun,
buku itu telah dicetak ke dalam 15 buah bahasa. Pada abad ke-17, buku tersebut telah
dijadikan sebagai bahan rujukan asas diuniversiti-universiti Itali dan Perancis. Malahan
sehingga abad ke-19, bukunya masih diulang cetak dan digunakan oleh para pelajar
perubatan.

Ibnu Sina juga telah menghasilkan sebuah buku yang diberi judul (Remedies for The
Heart) yang mengandungi sajak-sajak perubatan. Dalam buku itu, beliau telah
menceritakan dan menghuraikan 760 jenis penyakit bersama dengan cara untuk
mengubatinya. Hasil tulisan Ibnu Sina sebenarnya tidak terbatas kepada ilmu perubatan
sahaja. Tetapi turut merangkumi bidang dan ilmu lain seperti metafizik, muzik,
astronomi, philologi (ilmu bahasa), syair, prosa, dan agama.

Penguasaannya dalam pelbagai bidang ilmu itu telah menjadikannya seorang tokoh
sarjana yang serba boleh. Beliau tidak sekadar menguasainya tetapi berjaya mencapai
tahap kemuncak (zenith) iaitu puncak kecemerlangan tertinggi dalam bidang yang
diceburinya.

Di samping menjadi puncak dalam bidang perubatan, Ibnu Sina juga menduduki
kedudukan yang tinggi dalam bidang ilmu logik sehingga digelar guru ketiga. Dalam
bidang penulisan, Ibnu Sina telah menghasilkan ratusan karya termasuk kumpulan risalah
yang mengandungi hasil sastera kreatif.

Ibnu Sina

Perkara yang lebih menakjubkan pada Ibnu Sina ialah beliau juga merupakan seorang
ahli falsafah yang terkenal. Beliau pernah menulis sebuah buku berjudul al-Najah yang
membicarakan persoalan falsafah. Pemikiran falsafah Ibnu Sina banyak dipengaruhi oleh
aliran falsafah al-Farabi yang telah menghidupkan pemikiran Aristotle. Oleh sebab itu,
pandangan perubatan Ibnu Sina turut dipengaruhi oleh asas dan teori perubatan Yunani
khususnya Hippocrates.

Perubatan Yunani berasaskan teori empat unsur yang dinamakan humours iaitu darah,
lendir (phlegm), hempedu kuning (yellow bile), dan hempedu hitam (black bile). Menurut
teori ini, kesihatan seseorang mempunyai hubungan dengan campuran keempat-empat
unsur tersebut. Keempat-empat unsur itu harus berada pada kadar yang seimbang dan
apabila keseimbangan ini diganggu maka seseorang akan mendapat penyakit.

Setiap individu dikatakan mempunyai formula keseimbangan yang berlainan. Meskipun


teori itu didapati tidak tepat tetapi telah meletakkan satu landasan kukuh kepada dunia
perubatan untuk mengenal pasti punca penyakit yang menjangkiti manusia. Ibnu Sina
telah menapis teori-teori kosmogoni Yunani ini dan mengislamkannya.

Ibnu Sina percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu tanah,
air, api dan angin. Keempat-empat unsur ini memberikan sifat lembap, sejuk, panas, dan
kering serta sentiasa bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam ini. Ibnu
Sina percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan
penyakit. Jadi, selain keseimbangan unsur-unsur yang dinyatakan itu, manusia juga
memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses
penyembuhan.

Pengaruh pemikiran Yunani bukan sahaja dapat dilihat dalam pandangan Ibnu Sina
mengenai kesihatan dan perubatan, tetapi juga bidang falsafah. Ibnu Sina berpendapat
bahawa matematik boleh digunakan untuk mengenal Tuhan. Pandangan seumpama itu
pernah dikemukakan oleh ahli falsafah Yunani seperti Pythagoras untuk menghuraikan
mengenai sesuatu kejadian. Bagi Pythagoras, sesuatu barangan mempunyai angka-angka
dan angka itu berkuasa di alam ini. Berdasarkan pandangan itu, maka Imam al-Ghazali
telah menyifatkan fahaman Ibnu Sina sebagai sesat dan lebih merosakkan daripada
kepercayaan Yahudi dan Nasrani.

Sebenarnya, Ibnu Sina tidak pernah menolak kekuasaan Tuhan. Dalam buku An-Najah,
Ibnu Sina telah menyatakan bahawa pencipta yang dinamakan sebagai "Wajib al-Wujud"
ialah satu. Dia tidak berbentuk dan tidak boleh dibahagikan dengan apa-apa cara
sekalipun. Menurut Ibnu Sina, segala yang wujud (mumkin al-wujud) terbit daripada
"Wajib al-Wujud" yang tidak ada permulaan.

Tetapi tidaklah wajib segala yang wujud itu datang daripada Wajib al-Wujud sebab Dia
berkehendak bukan mengikut kehendak. Walau bagaimanapun, tidak menjadi halangan
bagi Wajib al-Wujud untuk melimpahkan atau menerbitkan segala yang wujud sebab
kesempurnaan dan ketinggian-Nya.

Pemikiran falsafah dan konsep ketuhanannya telah ditulis oleh Ibnu Sina dalam bab
"Himah Ilahiyyah" dalam fasal "Tentang adanya susunan akal dan nufus langit dan jirim
atasan.

Pemikiran Ibnu Sina ini telah rnencetuskan kontroversi dan telah disifatkan sebagai satu
percubaan untuk membahaskan zat Allah. Al-Ghazali telah menulis sebuah buku yang
berjudul Tahafat al'Falasifah (Tidak Ada Kesinambungan Dalam Pemikiran Ahli
Falsafah) untuk membahaskan pemikiran Ibnu Sina dan al-Farabi.

Antara percanggahan yang diutarakan oleh al-Ghazali ialah penyangkalan terhadap


kepercayaan dalam keabadian planet bumi, penyangkalan terhadap penafian Ibnu Sina
dan al-Farabi mengenai pembangkitan jasad manusia dengan perasaan kebahagiaan dan
kesengsaraan di syurga atau neraka.

Walau apa pun pandangan yang dikemukakan, sumbangan Ibnu Sina dalam
perkembangan falsafah Islam tidak mungkin dapat dinafikan. Bahkan beliau boleh
dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab menyusun ilmu falsafah dan sains dalam
Islam. Sesungguhnya, Ibnu Sina tidak sahaja unggul dalam bidang perubatan tetapi
kehebatan dalam bidang falsafah mengatasi gurunya sendiri iaitu Abu Al-Nasr Al-Farabi
(al-Farabi).
Alexander Graham Bell (3 Mac 1847 - 2 Ogos 1922) ialah seorang saintis, pencipta dan
pembawa pembaharuan. Sungguhpun paling dikenali kerana mencipta telefon, Bell juga
digelar "bapa orang-orang pekak".[1] Bapa, datuk dan adik beliau semua pernah dikaitkan
dengan kerja-kerja berkaitan pengicapan dan perbualan, manakala ibu dan isteri beliau
kedua-duanya pekak, maka mempengaruhi kerja-kerja Bell secara mendalam.[2]Kajian
Bell mengenai pendengaran dan pertuturan turut mendorong beliau bereksperimen
dengan peranti pendengaran yang akhirnya memuncak dengan kejayaan Bell dikurniakan
paten A.S. pertama untuk ciptaan telefon pada tahun 1876.[3]

Banyak lagi ciptaan lain dalam hayat Bell termasuk kajian perintisan dalam hidrofoil dan
aeronautik. Pada tahun 1888, Alexander Graham Bell merupakan salah seorang ahli-ahli
pengasas Persatuan National Geographic.[4] Dalam gambaran, Bell menganggap ciptaan
beliau yang paling terkenal itu sebagai satu gangguan dalam kajian sebetulnya selaku
saintis dan enggan melibatkan telefon dalam kajian beliau.[5] Sewaktu Bell meninggal
dunia, semua telefon di seluruh Amerika Syarikat "berhenti berdering selama seminit
untuk menunjukkan rasa hormat terhadap lelaki yang kepingin memudahkan komunikasi
mewujudkan telefon."[6]
Wright bersaudara, iaitu Orville Wright (19 Ogos, 1871 - 30 Januari, 1948) dan
Wilbur Wright (16 April, 1867 - 30 Mei, 1912), kini telah menerima pengisytiharan oleh
Federation Aeronautique Internationale (FAI) untuk penerbangan mereka pada 17
Disember 1903 sebagai penerbangan pertama yang terkawal, berkuasa, dan dapat
dikekalkan (dari masa berlepas sehingga mendarat) bagi sebuah kenderaan yang lebih
berat daripada udara, dan yang menggunakan naik terbang mekanik tanpa sokongan
(tujahan/daya angkat utama dicipta oleh perejanan kapal terbang).

Sejak penerbangan tersebut, tuntutan Wright bersaudara untuk penerbangan "pertama" ini
telah dipertikaikan oleh pelbagai pihak. Terdapatnya banyak perbalahan antara tuntutan-
tuntutan juruterbang awal yang bersaingan. (Sila lihat mesin penerbangan pertama untuk
perbincangan lanjut). Dengan pengisytiharan FAI, pertikaian itu boleh dikatakan telah
selesai.

Wright bersaudara ialah anak-anak Milton Wright (1828-1917) dan Susan Catherine
Koerner (1831-1889). Wilbur dilahirkan di Millville, Indiana pada tahun 1867, sedangkan
Orville dilahirkan di Dayton, Ohio pada tahun 1871. Kedua-dua adik-beradik tidak
pernah berkahwin. Adik-beradik yang lain termasuk Reuchlin (1861-1920), Lorin (1862-
1939), Katharine (1874-1929), serta anak kembar Otis dan Ida (lahir pada 1870, tetapi
maut semasa masih bayi).

Orville dibuang daripada salah satu sekolah rendah disebabkan tingkah lakunya yang
nakal.[1] Pada tahun 1878, ayahnya, seorang paderi kembara (kemudian menjadi biskop),
membawa balik ke rumah sebuah helikopter mainan untuk kedua-dua anak yang paling
kecil. Mainan itu berdasarkan rekaan Alphonse Penaud, perintis kejuruteraan
penerbangan Perancis. Dibuat daripada kertas, buluh dan gabus, dengan gelang getah
untuk memutarkan daun kipas kembar, saiznya hanya sedikit besar berbanding tapak
tangan dewasa. Wilbur dan Orville bermain dengan mainan ini sehingga mainan itu
patah, dan kemudian membina mainan itu sendiri. Pada tahun-tahun kemudian, mereka
menunjukkan kepada pengalaman dengan mainan ini sebagai pencetus untuk minat
mereka terhadap penerbangan.

Pada tahun 1885 atau 1886, Wilbur mengalami kemalangan ketika sebatang kayu hoki
terpukul mukanya dalam satu permainan hoki dengan kawan-kawannya. Walaupun beliau
amat kuat dan cergas sehingga saat itu, dan kecederaannya nampak tidak begitu teruk,
beliau menyepikan diri dan tidak menyertai Yale sebagaimana yang dirancang. Wilbur
menghabiskan masa pada beberapa tahun berikut di rumah untuk menjaga ibunya yang
menghidap penyakit yang membawa maut, dan sentiasa membaca buku-buku di dalam
perpustakaan ayahnya. Beliau kemudian hanyut ke syarikat percetakan yang dimulakan
oleh Orville, dan kelihatan tidak mempunyai sebarang cita-cita.

[sunting] Kerjaya awal dan penyelidikan


Kedua-dua adik-beradik Wright menerima pendidikan sekolah tinggi, tetapi tidak
memperoleh diploma. Mereka dibesarkan di Dayton (tetapi juga pernah tinggal di Iowa
dan Indiana selama beberapa tahun) di mana mereka membuka sebuah syarikat
percetakan dan untuk satu tempoh yang singkat, menerbitkan mingguan dan surat khabar.
Kemudian pada tahun 1892, mereka membuka sebuah syarikat untuk membaiki, mereka
bentuk, dan mengilang basikal (Syarikat Basikal Wright). Mereka mempergunakan usaha
ini untuk membiayai minat penerbangan mereka yang semakin mendalam. Pada awal
atau pertengahan 1890-an, mereka terbaca rencana-rencana dalam surat khabar atau
majalah dan mungkin juga gambar-gambar foto tentang luncuran Otto Lilienthal yang
dramatik di negara Jerman.

Tahun 1896 membawa tiga peristiwa penerbangan yang penting:

• Pada Mei, Samuel Langley, Setiausaha Institusi Smithson, berjaya menerbangkan


sebuah kapal terbang model tanpa manusia yang menggunakan kuasa stim.
• Pada musim panas, Oktaf Chanute, seorang jurutera Chicago, menghimpunkan
beberapa peminat penerbangan yang muda untuk menguji pelbagai jenis peluncur
di gumuk pasir pada sepanjang pesisir Tasik Michigan.
• Pada Ogos, Lilienthal terbunuh ketika membuat penerjunan peluncurnya.

Peristiwa-peristiwa ini tertanam kukuh dalam fikiran adik-beradik Wright itu.

Pada Mei 1899, Wilbur menyurat kepada Institusi Smithson untuk memperoleh
maklumat-maklumat dan terbitan-terbitan mengenai penerbangan. Menggunakan hasil
daripada kerja-kerja Sir George Cayley, Chanute, Lilienthal, Leonardo da Vinci, dan
Langley, mereka memulakan uji kaji penerbangan mekanik pada tahun itu. Kedua-dua
adik-beradik melanjutkan teknologi penerbangan melalui penegasan kawalan kapal
terbang dan bukan penambahan kuasa. Mereka memperkembangkan kawalan tiga paksi
yang merupakan prinsip asas untuk penerbangan yang masih digunakan pada hari ini.

Wright bersaudara membuat penyelidikan dan pada mula-mulanya bergantung kepada


kepustakaan penerbangan yang sedia ada ketika itu, termasuk jadual-jadual Lilienthal;
tetapi selepas mendapati bahawa Pekali Smeaton (satu pemboleh tukar dalam formula
pengangkat dan formula seretan) tidak betul, mereka membina sebuah terowong angin
dan menguji melebihi dua ratus bentuk sayap yang berbeza-beza. Pengalaman mereka
dalam bidang basikal, gear, motor, dan keseimbangan (ketika menunggang basikal)
terbukti amat penting dalam kejayaan mereka untuk mencipta kapal terbang mekanik.

Semasa penyelidikan mereka, Wright bersaudara sentiasa bekerja bersama-sama, dan


sumbangan-sumbangan mereka dalam pengembangan kapal terbang tidak dapat
dipisahkan. Charlie Taylor, pembantu mereka, membantu dalam kerja harian, khususnya
dalam pembinaan terowong angin dan enjin berdasarkan perbincangan-perbincangan
Wright bersaudara. Kedua-dua adik-beradik Wright membuat semua kerja teori dan
kebanyakan kerja guna tangan untuk pembinaan kapal terbang.

[sunting] Idea-idea mengenai kawalan

Wilbur sering mencatat nota-nota yang terperinci mengenai penerbangan burung-burung.


Pencerapan-pencerapannya menyebabkan kedua-dua adik-beradik mempercayai bahawa
cara yang betul untuk sebuah mesin penerbangan berpusing di udara adalah untuk mesin
itu "bersandar" pada pusingannya dengan cara yang sama dengan burung (dan juga sama
untuk seorang yang menunggang basikal, suatu pengalaman yang mereka tahu benar).
Penyiasat-penyiasat penerbangan yang lain berpegang pada pemikiran "dalam kotak" dan
memperlihatkan penerbangan sebagai sesuatu yang serupa sahaja dengan pergerakan di
atas tanah tetapi cuma di utara; untuk kapal terbang menukar hala, mereka menjangka
sesuatu yang agak serupa dengan kemudi kapal, ataupun seretan yang tidak sama pada
kedua-dua sayap semasa mesin penerbangan itu berada dalam keadaan yang rata.

Sebilangan penyiasat yang lain juga hendak bergantung kepada pelbagai reka-bentuk
yang memberikan "kestabilan terwujud". Wilbur mendapati bahawa burung-burung
mengubahkan sudut bahagian luaran sayap-sayap untuk menyengetkan tubuh ketika
membuat pemusingan peluncuran. Kedua-dua adik-beradik tidak pasti bagaimana hendak
mencapai keperluan ini dengan sayap buatan. Akhirnya mereka dapat menyelesaikan
masalah itu melalui peledingan sayap ketika Wilbur tidak senjaga meledingkan kotak
tayar semasa Wilbur menjual tayar di kedai mereka. Oleh itu, mereka mencipta satu
kaedah yang diharapkan akan membolehkan pemusingan, serta pemulihan, ketika angin
menyengetkan mesin penerbangan pada satu belah (imbangan sisian).

Pemikiran Wright bersaudara amat dipengaruhi oleh kematian Lilienthal dalam


kemalangan tahun 1896 ketika angin menggangu keseimbangannya. Kematian
juruterbang Percy Pilcher dalam keadaan yang sama pada tahun 1898 hanya
mengukuhkan pendapat mereka bahawa suatu kaedah kawalan juruterbang yang boleh
diharap, bukannya kestabilan terbina dalam, adalah jawapan untuk penerbangan yang
selamat dan berjaya.

You might also like