You are on page 1of 9

SEKOLAH KEBANGSAAN TATAU

UJIAN BULANAN APRIL

BAHASA MELAYU
TAHUN TIGA

NAMA : ______________________
KELAS : 3A 3B 3C 3D
TARIKH : ______________________
MARKAH :

1
PEMAHAMAN - Soalan 1 hingga Soalan 5
Baca petikan di bawah dan jawab soalan-soalan yang diberikan.

Satelit ialah suatu objek yang mengorbit suatu objek yang lain. Bulan merupakan satelit semula
jadi bumi. Terdapat beribu-ribu satelit buatan manusia yang mengorbit bumi. Satelit-satelit ini
dilancarkan dengan menggunakan roket. Kini, satelit dibawa ke angkasa lepas dengan kapal angkasa
ulang-alik.

Satelit mempunyai panel solar. Panel solar ini menggunakan cahaya daripada matahari untuk
menghasilkan kuasa elektrik. Apabila satelit berada di tempat yang gelap, satelit akan menggunakan
bateri. Satelit banyak kegunaannya. Satelit membantu untuk meramalkan cuaca. Satelit komunikasi
menghantar isyarat untuk televisyen, telefon dan komputer.

Sesetengah satelit mempunyai kelebihannya tersendiri iaitu mengambil gambar bumi,


membuat peta yang menunjukkan tempat pencemaran, berlakunya gempa bumi atau tempat
terdapatnya mineral yang sukar ditemui. Satelit ini juga dapat digunakan untuk mencari mangsa yang
hilang di laut.

1. Apakah itu satelit? D. Satelit menggunakan roket untuk menjana


A. Satelit ialah kapal angkasa lepas. kuasa elektrik.
B. Satelit ialah suatu objek yang mengorbit
suatu objek yang lain. 4. Apakah kegunaan satelit?
C. Satelit ialah objek yang mengeluarkan A. Membantu meramal cuaca, menghantar
roket. isyarat untuk televisyen, telefon dan
D. Satelit ialah matahari yang menghasilkan komputer.
kuasa elektrik. B. Mengawal pergerakan kapal angkasa.
C. Membantu bumi berputar.
2. Bagaimanakah satelit dilancarkan? D. Menjadi sumber cahaya untuk matahari.
A. Dengan menggunakan bateri.
B. Dengan menggunakan panel solar. 5. Apakah kelebihan sesetengah satelit?
C. Dengan menggunakan roket. A. Membantu kapal angkasa bergerak.
D. Dengan menggunakan matahari. B. Dapat mengambil gambar dan membuat
peta serta mencari mangsa yang hilang di
3. Bagaimanakah satelit menghasilkan kuasa laut.
elektrik? C. Dapat mengambil gambar makhluk asing di
A. Satelit menggunakan solar untuk angkasa lepas.
menghasilkan kuasa elektrik. D. Membantu proses penyebaran cahaya
B. Satelit menggunakan kapal angkasa untuk matahari.
menghasilkan kuasa elektrik.
C. Satelit menggunakan komputer untuk
menghasilkan elektrik.

2
PEMAHAMAN - Soalan 6 hingga Soalan 10
Baca petikan di bawah. Kemudian jawab soalansoalan yang berikutnya.
No 17, Jalan Perpaduan,
Taman Perpaduan,
31150 Ulu Kinta,
Perak Darul Ridzuan.
19 Oktober 2009

Menemui sahabatku Nubli yang tinggal di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Semoga berada dalam
keadaan sihat sejahtera.
Pada cuti sekolah yang lalu, saya telah melawat Sabah bersama-sama keluarga. Lawatan
tersebut sungguh menyeronokkan. Kami melawat Pulau Mamutik. Pulau itu sangat cantik. Kami
menginap di situ selama tiga hari dua malam.Pelbagai aktiviti yang kami lakukan di Pulau Mamutik.
Antaranya bermain jet ski, menyelam dan melihat hidupan laut. Namun begitu, kami tidak dibenarkan
mengutip karang-karangan laut di sini. Kami juga mengambil gambar kenang-kenangan. Saya akan
menunjukkan gambar-gambar tersebut apabila kita bertemu nanti.
Setakat ini sahaja cerita saya buat kali ini. Jangan lupa untuk membalas surat saya ini. Sekian,
terima kasih. Sahabatmu,
Harman

6. Siapakah yang menulis surat ini? 9. Mengapakah surat ini ditulis?


A. Nubli A. Untuk bertanya khabar.
B. Idura B. Untuk bercerita tentang lawatan
C. Harman ke Sabah.
D. Haiqal C. Untuk menceritakan aktiviti
pada masa cuti.
7. Di manakah letaknya Pulau D. Untuk menunjukkan gambar-
Mamutik? gambar percutian.
A. Perak
B. Sarawak 10. Mengapakah pelawat tidak
C. Sabah dibenarkan mengutip karang-
D. Pulau Pinang karangan?
A. Kerana hendak melindungi
8. Berapa lamakah Harman berada di karang-karangan di situ.
Pulau Mamutik? B. Kerana karang-karangan di situ
A. Empat hari tiga malam sangat cantik.
B. Sebulan C. Kerana karang-karangan di situ
C. Tiga hari dua malam tidak bernilai.
D. Seminggu D. Kerana karang-karangan di situ
semakin habis.

3
TATABAHASA - Soalan 11 hingga Soalan
Pilih jawapan yang sesuai untuk diisi di tempat kosong di bawah.

11. Idura menerima _____________ surat daripada sahabat penanya.


A. sekeping C. sebuah
B. sepucuk D. sebungkus

12. Nubli menggunakan dua ____________ kertas pembalut untuk menyampul hadiahnya.
A. helai C. keping
B. lapis D. buah

Soalan 13 dan soalan 14 berdasarkan gambar di bawah.

13. Mereka sedang _________________ di padang.


A. berlari C. berbaris
B. bermain D. berjalan

14. Perkataan berlawan bagi aktiviti dalam gambar ialah


A. tidur C. berjalan
B. duduk D. berbaris

15. Ayah meletakkan ____________ payung di tepi pintu.


A. sekaki C. sebuku
B. sebuah D. sebatang

4
16. Kami berasa sangat ___________ selepas bersenam.
A. susah C. cermat
B. panas D. letih

17. Zulaikha ___________ dalam mata pelajaran Matematik.


A. lemah C. penat
B. susah D. buntu

18. ____________, cantiknya baju baru kamu ini!


A. Nah C. Aduh
B. Wah D. Cis

19. ____________, berani betul mereka membuang sampah merata-rata!


A. Eh C. Wah
B. Cis D. Nah

Soalan 20 berdasarkan gambar di bawah.

20. Penduduk Kampung Tatau sedang ______________ membersihkan kawasan


persekitaran mereka.
A. beramah-tamah C. huru-hara
B. bergotong-royong D. serta-merta

21. Izan membawa buah tangan dari Perak _____________ kawan-kawannya.


A. sambil C. untuk
B. walaupun D. kerana

5
Soalan 22 berdasarkan gambar di bawah.

22. Kamel menelefon bomba dengan ______________ apabila melihat kebakaran itu.
A. serta-merta C. serba-serbi
B. huru-hara D. riuh-rendah

23. Pasukan bola sepak sekolah saya tetap berlatih ______________ hari hujan.
A. walaupun C. sambil
B. untuk D. dan

24. Sudah ________________ Khaizatul bermain wayang kulit.


A. Setiap C. beribu-ribu
B. Seluruh D. bertahun-tahun

25. _________________ orang pelancong dari luar negara melawat Malaysia pada
_________________ tahun.
A. Beberapa, seluruh C. Kedua, setiap
B. Beribu-ribu, setiap D. Bertahun-tahun, kedua

6
SINONIM - Soalan 26 hingga Soalan 30
Warnakan pada perkataan yang seerti dengan perkataan bergaris

26. Amalina berasa sangat letih selepas bersukan. malas / penat

27. Anak perempuan Puan Hafizah tidak pulang sejak


balik datang
semalam. /

28. Haji Bakhil sangat jimat berbelanja. cermat / boros

29. Banglo besar di atas bukit itu sunyi sepi. senyap / diam

30. Hazri memakai baju yang tebal kerana cuaca hangat / dingin
terlalu sejuk.

ANTONIM - Soalan 31 hingga Soalan 35


Warnakan pada perkataan yang berlawanan dengan perkataan bergaris.

31. Lelaki itu sangat zalim kepada isterinya. adil / kejam

32. Lorong itu bahaya untuk di lalui pada waktu malam. teruk / selamat

33. Sampah yang tidak dibuang itu sangat busuk baunya. cantik / harum

34. Malaysia adalah sebuah negara yang damai. perang / aman

35. Pakcik yang menggunakan tongkat itu sebenarnya buta. celik / pekak

7
PENULISAN - Soalan 36 hingga soalan 40
Lengkapkan karangan dengan frasa yang diberikan.

• terjatuh di tengah landasan


• menegur kami
• mengajak kami melaui jalan pintas
• jejantas yang disediakan
• menegur sikap aku dan kawan-kawan

Sewaktu pulang dari sekolah, Harman (1) ____________________________________________


__________________________________________________________________________________
____________. Kami pun bersetuju.
Rupa-rupanya, jalan pintas itu melalui landasan kereta api. Pagar di situ telah rosak. Kami lalu di
celah pagar itu. Tiba-tiba seorang pengawal (2) ___________________________________________
________________. Kamu berasa takut. Lantas, kami segera lari. Aku tersepak batu. Aku (3) ______
_________________________________________________________________________________.
Kawan-kawanku sudah lari meninggalkanku. Pengawal itulah yang menolongku. Dia (4) _______
__________________________________________________________________________________
__________________________________________.
Aku berjanji tidak akan melalui jalan itu lagi. Aku akan melalui (5) _________________________
__________________________________________.

8
PENULISAN – Soalan 41 hingga Soalan 50
Lengkapkan petikan di bawah dengan jawapan yang tepat.

merayakan menjadi meraikannya pertunjukkan

disambut dihiasi pemimpin

Sambutan kemeriahannya perbarisan

Negara kita Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Selepas kemerdekaan kita capai, setiap
tahun kita akan (1) _____________________ Hari Kebangsaan. Perayaan itu (2) _______________ pada
setiap 31 Ogos.

(3)______________________ Hari Kebangsaan diadakan di seluruh negara. Di peringkat negeri,


perayaan diadakan di ibu negeri seperti Johor Bahru, Ipoh, Kuantan, dan Kuching. Di peringkat
kebangsaan, perayaan ini selalunya diadakan di Kuala Lumpur atau di Putrajaya.

Sebelum perayaan itu disambut, bandar yang (4) ____________________ tempat perayaan itu
akan (5) _________________________ dengan bendera dan lampu yang berwarna-warni. Semasa majlis
gilang-gemilang itu diadakan (6) _______________________ amat dirasai. Hal ini demikian kerana,
semua rakyat akan (7) __________________________.

Sambutan perayaan Hari Kebangsaan selalunya bermula dengan (8) _______________________


raksasa. Para (9) ______________________________ berdiri di atas pentas untuk menerima tabik
hormat. Pada sebelah malamnya pula pelbagai aktiviti diadakan. Antaranya ialah (10) _______________
kebudayaan.

Disediakan oleh,

-Cikgu Baidura09-

You might also like