You are on page 1of 7

Majlis Program Hari Mesra Keluarga PKPB

SK Semenggok
6 Ogos 2009

PEKARA TEKS UCAPAN CATATAN


UCAPAN Selamat pagi dan salam sejahtera....
PEMBUKAAN

Pohon Meranti tiga sebatang


Ditebang orang tiga pemuka
Tuan dinanti sudahlah datang
Apa perkara nan kita buka...

UCAPAN Hadirin dan hadirat yang dihormati,


PEMBUKAAN

Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Tuhan kerana dengan Kasih


dan setiaNya dapat kita bersama-sama dalam Majlis Hari Mesra
Keluarga PKBP SK Semengok 2009.

Saya bagi pihak majlis mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan


dan puan-puan.

Untuk makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin


sekalian, majlis akan bermula sebentar lagi.

Dijemput tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian


mengambil tempat duduk masing-masing.

UCAPAN Yang berbahagia En. Saing Jantanie selaku Yang Dipertua


PROTOKOL PKBP SK Semenggok.

Yang dihormati En. Johana bin Haji Nai Guru Besar SK


Semenggok.
Yang Berusaha En.Mohd. Ismadi bin Juih Penyelaras PKBP SK
Semenggok.

AJK Khas PKBP En.Thomas Calbert dan Encik Ninja.

Guru-guru, staf-staf sokongan, ibu bapa dan para murid


sekalian.
Untuk pengetahuan hadirin sekalian, pelajar PKBP sekolah ini
terdiri daripada pelajar yang bermasalah pembelajaran yang
mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Sindrom Down
2. Austisme
3. Disleksia
4. Terencat Akal Minima
5. Slow Learner dan sebagainya

Adalah bukan mudah untuk membentuk peribadi, mengubah


kebiasaan tingkah laku, seterusnya mendidik anak-anak
istimewa ini menjadi insan yang mampu bergaul dengan rakan-
rakan. Apatah lagi untuk menguasai kemahiran membaca dan
mengira. Namun begitu usaha tanpa jemu para guru dan ibu
bapa sendiri telah menampakan hasil yang boleh dibanggakan
dan terus diperkembangkan.

UCAPAN ALU- Hadirin yang dihormati,


ALUAN OLEH
PENYELARAS
Kalau dilipat sebesar kuku
PKBP EN.
Kalau dibentang seluas alam
MOHD ISMADI
Yang jauh diimbau
JUIH.
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa.

Untuk tidak melengahkan masa marilah kita sama-sama


mendengar ucapan alu-aluan daripada Yang Berusaha En.
Mohd. Ismadi bin Juih selaku Penyelaras PKBP SK
Semenggok.

Majlis dengan hormatnya mempersilakan.

SELESAI Pihak majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yang


UCAPAN
Berusaha En Ismadi Juih di atas ucapan alu-aluan itu tadi.

UCAPAN Untuk meneruskan majlis kita pada pagi yang indah ini, dijemput
GURU BESAR Yang dihormati En.Johana bin Haji Nai Guru Besar SK
EN.JOHANA Semenggok untuk menyampaikan ucapan dan amanat beliau.
BIN HAJI NAI

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

SELESAI Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas ucapan


UCAPAN Yang dihormati En.Johana bin Haji Nai yang disampaikan
sebentar tadi.

PERSEMBAHA Seterusnya, marilah kita menyaksikan persembahan bacaan Slot ini


N BACAAN cerita daripada murid-murid PKBP SK Semenggok. Anak-anak bergantun
CERITA istimewa yang kita sayangi ini akan menunjukkan kemahiran g kepada
MURID-MURID yang luar biasa dan kadangkala sukar dilakukan walaupun kehadiran
PKBP “SEMUT berada dalam serba kekurangan berbanding rakan sebaya murid dan
DAN mereka yang normal. Untuk pengetahuan hadirin, mereka telah keputusan
MERPATI”. berlatih tidak sampai seminggu dalam keadaan cuaca dan penganjur.
kesihatan yang kurang memuaskan. Bagi anak-anak ini,
kemahiran membaca bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan.
Mereka telah cuba sedaya upaya untuk belajar mengeja dan
membaca walaupun terdapat pelbagai halangan dan
kekurangan diri. Namun begitu usaha yang berterusan
memungkinkan perkara ini terjadi. Hadirin dan hadirat sekalian,
kini dipersembahkan pelajar PKBP dalam bacaan cerita “Sang
Semut dan Merpati” di bawah bimbingan Cikgu Tinah Juki dan
guru-guru PKBP. Majlis mempersilakan adik Arfan Zuhair, adik
Reduan Shah, adik Stephanie Claudia dan adik Miller Selong
untuk bacaan cerita “Sang Semut dan Merpati”.

SELESAI Begitulah tadi, bacaan yang dipersembahkan oleh murid-murid.


BACAAN Jelas terbukti, walau berada dalam serba kekurangan, anak-
CERITA anak ini masih dapat mengeja dan membaca seperti pelajar-
pelajar lain.

INFO Seperti yang kita ketahui wabak Influenza AH1N1 kini semakin
KESIHATAN membimbangkan di pelusuk negeri Sarawak dan melibatkan 12
OLEH kematian seluruh Malaysia sehingga semalam. Untuk
EN.DONNY mengetahui dengan lebih lanjut tentang wabak ini, Majlis
PAYAR mempersilakan En.Donny Payar untuk berkongsi info kesihatan
tersebut. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

SELESAI Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Cikgu Donny di


TAKLIMAT atas perkongsian maklumat berguna itu tadi. Diharapkan kita
KESIHATAN semua mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan
OLEH jangkitan influenza AH1N1.
EN.DONNY
PAYAR

PAKAIAN Untuk memeriahkan lagi Majlis kita pada pagi ini sekarang
BERAGAM dipersembahkan acara pakaian beragam dengan tema
“VARIASI PKBP, SUMBER ILHAM” yang membawa maksud
semua wajah dan ciri-ciri yang terdapat dalam diri anak-anak
PKBP merupakan keistimewaan yang kami persembahkan
seadanya. Wajah, gerak geri, tutur bicara, semua kekurangan
dan semua kelebihan yang dimiliki....itulah diri PKBP
sebenarnya.
Dengan ini Majlis mempersilakan adik...

1. ……………………dengan tema pakaiannya......................


2. ……………………
3. ……………………
4. ……………………
(sebut nama murid dan tema pakaian yang digunakan)

SELESAI Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada adik-adik kita di


PAKAIAN atas persembahan yang sangat menarik itu tadi.
BERAGAM.

PERSEMBAHA Hadirin sekalian…


N
SENAMROBIK Sekarang tibalah kita ke acara yang agak “Suprise” , sesuai
BERSAMA IBU dengan tema hari mesra keluarga dan kini kita berada di dalam
BAPA DAN “Atmosfera PKBP”. Semua ibu bapa diminta berdiri dan
GURU-GURU bersama-sama melakukan senaman ringan.
PKBP
Baiklah…semua ibu bapa dijemput untuk berdiri sekarang.

Dengan itu dijemput Kumpulan PKBP Senamrobik dari


gabungan ibu bapa dan guru PKBP untuk mengetuai
senamrobik kita. Dipersilakan. Diharapkan semua menikmati
senaman ini.

SELESAI Begitulah tadi senamrobik yang nampaknya menghangatkan


SENAMROBIK lagi majlis kita pada pagi ini. Kita harus besyukur dalam
keadaan cuaca yang tidak menentu ini kita masih mampu
melakukan sedikit senaman.
PENYAMPAIAN Bagi meringankan beban yang ditanggung oleh keluarga yang
BANTUAN kurang berkemampuan Kerajaan di bawah Kementerian
KWAMP Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperuntukkan sejumlah
“Kumpulan dana untuk membantu keluarga yang memerlukan. Bantuan ini
Wang Amanah dinamakan sebagai “Kumpulan Wang Amanah Pelajar
Pelajar Miskin” Miskin” atau nama ringkasnya KWAMP.

Bagi menyempurnakan acara penyampaian bantuan ini,


dijemput En.Saing Jantanie naik ke pentas bagi mengiringi Guru
Besar, Encik Johana bin Haji Nai untuk menyampaikan bantuan
KWAMP kepada ibu bapa pelajar yang berkenaan.

Dengan ini dijemput:


1...............................
2...............................
3...............................
(Nama ibu bapa atau penjaga).

Selesai Majlis mengucapkan terima kasih kepada Yang Dihormati En.


penyampaian Johana bin Haji Nai dan En. Saing Jantanie di atas kesudian itu
bantuan tadi.
KWAMP

Jamuan Ringan Dengan berakhirnya majlis penyampaian KWAMP itu tadi, maka
berakhirlah Hari Mesra Keluarga PKBP SK Semenggok 2009.
Jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan dan menghadiri program ini. Majlis seterusnya
menjemput Yang Berbahagia En Saing Jantanie diiringi Guru
Besar, para tetamu jemputan, guru-guru, ibu bapa dan para
pelajar sekalian untuk menikmati Jamuan Ringan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Sebelum berpisah dengarkanlah dua rangkap pantun daripada


saya,
Tuan puteri pergi ke Rasah
Pulang semula sebelah pagi
Kita bertemu akhirnya berpisah
Diizin Tuhan bersua lagi
Kiri jalan kanan pun jalan
Tengah-tengah pohon mengkudu
Selamat jalan kami ucapkan
Berhati-hati ketika memandu

Ucapan Dengan kata-kata ini maka,


Penutup

Selesailah sudah Majlis kita pada hari ini. Salam sejahtera dan
terima kasih.

You might also like