You are on page 1of 8

D.R.

36/2000

RANG UNDANG-UNDANG

bernama

Suatu Akta untuk meminda Akta Pengangkatan 1952.

[ ]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pengangkatan


(Pindaan) 2000.

(2) Akta ini hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang
ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

Pindaan seksyen 2

2. Akta Pengangkatan 1952 [Akta 257], yang disebut "Akta ibu"


dalam Akta ini, dipinda dalam seksyen 2—
(a) dengan memasukkan selepas takrif "adopted child" takrif
yang berikut:
' "Adopted Children Register" means the Adopted
Children Register established under subsection 25(1)
and includes related registers kept and maintained in
computer, on microfilm or in any other form of electronic
and retrievable device;';
(b) dengan memasukkan selepas takrif "applicant" takrif yang
berikut:
' "Certificate of Birth" means a Certificate of Birth
issued under this Act;'; dan
2 Rang Undang-Undang

(c) dalam takrif "West Malaysia" dengan menggantikan


perkataan "thereto" dengan perkataan 'to "Peninsular
Malaysia" '.

Pindaan seksyen 25

3. Seksyen 25 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen


yang berikut:

"(2) Every adoption order shall contain a direction


to the Registrar-General—

(a) to make in the Adopted Children Register an


entry recording the adoption in the form set out
in the First Schedule and, subject to subsection
(3), shall specify the particulars to be entered
under the headings in columns 2 to 6 of the
Schedule; and

(b) to issue in respect of the adopted child a


Certificate of Birth under this Act.";
(b) dalam subseksyen (3) dengan menggantikan perkataan
"compliance with the requirements of the foregoing
subsection" dengan perkataan "paragraph (2)(a)";

(c) dengan memotong subseksyen (7);

(d) dengan memotong subseksyen (10);

(e) dengan memotong subseksyen (11); dan

(f) dalam subseksyen (12) dengan memasukkan selepas


perkataan "registers" di mana-mana jua terdapat perkataan
", indexes".
Pengangkatan (Pindaan) 3

Seksyen baru 25A

4. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 25 seksyen


yang berikut:
"Certificate 25A. (1) In respect of the Certificate of Birth referred to
of Birth.
in paragraph 25(2)(b), every adoption order shall contain
a direction—
(a) to the Registrar-General that the word "adopted",
"adopter" or "adoptive" or any word to like effect
shall not appear in the Certificate; and
(b) to the natural or adoptive parent or parents, as the
case may be, to surrender to the Registrar-General
the Certificate of Birth of the child issued under
Act 299. the Births and Deaths Registration Act 1957.

(2) Upon receipt of an adoption order, the Registrar-


General shall, subject to due compliance with paragraph
(l)(b) and the payment by the adopter of the prescribed
fee, issue a Certificate of Birth in respect of the child
in the form set out in the Second Schedule.

(3) Where a certified copy of an entry in the Adopted


Children Register had been issued in respect of a child
adopted under this Act, the Registrar-General shall issue
a Certificate of Birth in respect of the child—
(a) upon application being made by the adoptive parent
or either of the adoptive parents, or in the event
of the adoptive parent or both adoptive parents
being dead, by the adopted child, for a Certificate
of Birth; and
(b) upon payment of the prescribed fee.

(4) Upon receipt of the Certificate of Birth under


subsection (3), the adoptive parent or either of the adoptive
parents, or in the event of the adoptive parent or both
adoptive parents being dead, the adopted child, shall
cause the certified copy of an entry in the Adopted Children
Register issued in respect of the adopted child to be
surrendered to the Registrar-General for cancellation.
4 Rang Undang-Undang

(5) The Certificate of Birth issued under this Act


pursuant to an adoption order shall replace the Certificate
of Birth of the child issued under the Births and Deaths
Registration Act 1957, and shall for all purposes be known
as the Certificate of Birth of the child.

(6) Notwithstanding anything to the contrary in any


written law, the Certificate of Birth under this Act, if
given under the hand of the Registrar-General or any
person authorized by him, shall be received without further
or other proof as evidence of the facts and particulars
relating to the birth of the child in respect of whom the
Certificate of Birth was issued.

(7) If the Certificate of Birth issued under this Act


is lost, damaged or defaced, the adoptive parent or either
of the adoptive parents, or in the case of the adoptive
parent or both adoptive parents being dead, the adopted
child, may apply to the Registrar-General or any person
authorized by him for a copy of the Certificate of Birth
which, when issued, shall be marked with the word
"Replacement".

(8) The Registrar-General shall establish and maintain


a register to be called the Register of Birth Certificates
in which shall be made such entries pertaining to the
issuance of a Certificate of Birth under this Act in respect
of an adopted child.

(9) Any person may apply in the prescribed form to


have a search made of the Register of Birth Certificates
upon payment of the prescribed fee and to have the
result of the search certified in the prescribed form.".

Pindaan Jadual

5. Jadual kepada Akta ibu dipinda dengan memasukkan sebelum


perkataan "SCHEDULE" perkataan "FIRST".
Pengangkatan (Pindaan) 5

Jadual baru
6. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas Jadual Pertama
Jadual yang berikut:
6 Rang Undang-Undang
HURAIAN
Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Pengangkatan 1952
("Akta 257").
2. Fasal 1 mengandungi tajuk ringkas Akta yang dicadangkan.

3. Fasal 3 bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 257.

Perenggan 3(a) pada asasnya menyusun semula peruntukan subseksyen 25(2)


yang sedia ada. Peruntukan yang memperkatakan arahan mahkamah dalam
sesuatu perintah pengangkatan akan menjadi perenggan 25(2)(a). Suatu perenggan
baru 25(2)(b) dimasukkan bagi memperuntukkan bahawa perintah itu hendaklah
juga mengandungi arahan kepada Pendaftar Besar supaya mengeluarkan berkenaan
dengan seseorang anak angkat suatu Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257.

Perenggan 3(c) memotong subseksyen 25(7) yang telah tidak berguna lagi.

Perenggan 3(d) memotong subseksyen 25(10) yang memperkatakan salinan


yang diperakui mengenai apa-apa catatan dalam Daftar Anak Angkat sebagai
keterangan pengangkatan anak yang dimaksudkan dalam catatan itu. Dengan
pengeluaran Perakuan Kelahiran baru di bawah Akta 257 yang, mengikut
subseksyen baru 25A(6), hendaklah menjadi keterangan muktamad bagi fakta
dan butir-butir berhubungan dengan kelahiran anak yang berkenaan dengannya
Perakuan Kelahiran itu telah dikeluarkan, tujuan bagi subseksyen 25(10) tidak
lagi wujud. Maka oleh sebab itu pemotongan dibuat.

Perenggan 3(e) memotong subseksyen (11) yang membenarkan orang awam


memeriksa indeks kepada Daftar Anak Angkat. Pemotongan itu bertujuan untuk
memastikan catatan-catatan dalam Daftar Anak Angkat dirahsiakan demi
kepentingan anak-anak angkat.

Perenggan 3(f) bertujuan untuk meminda subseksyen (12) dengan memasukkan


indeks sebagai satu daripada dokumen yang disimpan oleh Pendaftar Besar
yang tidak terbuka bagi pemeriksaan atau carian awam. Selaras dengan objektif
dalam perenggan 3(e), Pendaftar Besar tidak boleh memberi mana-mana orang
apa-apa maklumat, salinan atau cabutan daripada mana-mana indeks kecuali di
bawah perintah Mahkamah.

4. Fasal 4 bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 25A yang memperkatakan


Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257.

Di bawah perenggan 25 A (l)(a), Mahkamah hendaklah, dalam perintah


pengangkatan, mengarahkan Pendaftar Besar supaya memastikan bahawa perkataan
"diangkat", "pengangkat" atau "angkat" atau perkataan yang seumpamanya
tidak terdapat dalam Perakuan Kelahiran. Peninggalan perkataan sedemikian
dalam Perakuan Kelahiran dianggap perlu untuk mengelakkan kemungkinan
pengetahuan hakikat bahawa beliau anak angkat akan mendatangkan kesan
psikologi yang buruk pada seseorang anak angkat yang belum lagi bersedia
untuk mengetahui latar belakang atau statusnya yang sebenar. Untuk memudahkan
Pengangkatan (Pindaan) 7
pengeluaran Perakuan Kelahiran baru ini di bawah Akta 257, perenggan 25 A (l)(b)
menghendaki ibu atau bapa atau ibu dan bapa kandung atau angkat, mengikut
mana-mana yang berkenaan, supaya menyerahkan kepada Pendaftar Besar Perakuan
Kelahiran anak itu yang dikeluarkan di bawah Akta Pendaftaran Beranak dan
Mati 1957 [Akta 299].

Subseksyen 25A(2) memperuntukkan bahawa Pendaftar Besar hendaklah


mengeluarkan Perakuan Kelahiran berkenaan dengan seseorang anak angkat
dalam bentuk yang dinyatakan dalam Jadual Kedua apabila pengangkat mematuhi
perenggan 25 A (1)(b) dengan sewajarnya dan membayar fi yang ditetapkan.

Di bawah subseksyen 25A(3), apabila fi yang ditetapkan dibayar, suatu Perakuan


Kelahiran di bawah Akta 257 hendaklah dikeluarkan kepada anak angkat yang
berkenaan dengannya suatu salinan yang diperakui mengenai apa-apa catatan
dalam Daftar Anak Angkat telah sebelum itu dikeluarkan.

Subseksyen 25 A (4) menghendaki penyerahan kepada dan pembatalan oleh


Pendaftar Besar salinan yang diperakui mengenai apa-apa catatan dalam Daftar
Anak Angkat selepas pengeluaran Perakuan Kelahiran berkenaan dengan anak
angkat itu di bawah subseksyen 25 A (3).
Subseksyen 25A(5) memperuntukkan bahawa Perakuan Kelahiran seseorang
anak angkat yang dikeluarkan di bawah Akta 257 hendaklah menggantikan
Perakuan Kelahiran yang dikeluarkan di bawah Akta 299 dan hendaklah bagi
semua maksud dikenali sebagai Perakuan Kelahiran anak itu.

Menurut kuasa subseksyen 25A(6), Perakuan Kelahiran di bawah Akta 257


yang diberikan di bawah tandatangan Pendaftar Besar hendaklah menjadi bukti
muktamad bagi fakta dan butir-butir yang berhubungan dengan kelahiran anak
yang dimaksudkan dalam Perakuan itu.

Di bawah subseksyen 25 A (7), salinan kedua Perakuan Kelahiran di bawah


Akta 257 yang ditanda dengan perkataan "Penggantian" boleh dikeluarkan jika
salinan pertama yang dikeluarkan di bawah Akta itu hilang, rosak atau cacat.

Subseksyen 25A(8) menghendaki Pendaftar Besar mengadakan dan menyenggara


suatu Daftar Perakuan Kelahiran mengenai pengeluaran Perakuan Kelahiran di
bawah Akta 257.
Subseksyen 25A(9) membenarkan pemeriksaan awam dibuat pada Daftar
Perakuan Kelahiran.

5. Fasal 6 bertujuan untuk mengadakan peruntukan bagi suatu Jadual baru


kepada Akta 257.
6. Pindaan lain yang tidak disebut secara khusus adalah pindaan yang kecil
atau berbangkit.

1MPL1KASI KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang


tambahan yang amaunnya belum dapat ditentukan sekarang ini.
[PN(U2)1868]

You might also like