You are on page 1of 6

______________________________________________________________________________ Kerja Paip

PENGENALAN

umber bekalan air adalah satu keperluan dan kehidupan kita seharian. Tanpanya banyak

masalah akan dihadapi oleh manusia. Banyak kerja rutin harian kita yang memerlukan

penggunaan air. Misalnya, memasak makanan, membuat minuman, mencuci pakaian,

mencuci kenderaan, membersihan tubuh badan, dan banyak lagi aktiviti yang menggunakan air.

Pada zaman dahulu masyarakat di negara kita menggunakan sumber air yang datngnya dari

sungai, perigi dan mata air yang mana sumber air ini tidak dijamin tentang kebersihannya. Namun

pada zaman sekarang, teknologi untuk menyalurkan air bersih melalui paip-paip yang disediakan. Air

yang ditakung dalam empangan akan melalui proses-proses tertentu seperti penapisan dan

pembersihan bagi mermastikan kualiti kebersihan air dan seterusnaya air disalurkan ke tangki

simpanan. Dari tangki itu air akan dibekalkan ke setiap rumah kediaman, bangunan pejabat, sekolah

dan premis perniagaan. Berikut adalah carta aliran pengagihan sumber bekalan air bersih dari loji air

ke rumah kediaman.

(1 ) Cheah seok Khim


S MJK JIT SIN BUKIT MERTAJAM
______________________________________________________________________________ Kerja Paip

(2 ) Cheah seok Khim


S MJK JIT SIN BUKIT MERTAJAM
______________________________________________________________________________ Kerja Paip

SISTEM BEKALAN AIR


DI RUMAH

Sistem bekalan air di rumah terdiri daripada meter air, kunci paip, sinki, tangki simpanan air,

tab mandian dan selinder air panas. Komponen berkenaan dihubungkan oleh sambungan paip seperti

paip perkhidmatan, paip agihan, paip cuci dan paip limpah. Terdapat dua sistem asas bekalan air

disalurkan ke rumah kita, iaitu melalui sistem terus dan sistem tidak terus.

Sistem Terus

 Berfungsi untuk membekalkan air secara terus tanpa melaui tangki simpanan air dari paip

perkhidmatan kekelengkapan perpaipan dalam rumah khasnya pili dapur dan pili air.

Sistem Tidak Terus Kunci paip

 Bekalan air dibekalkan dari meter air melaui paip perkhidmatan ke tangki simpanan air Meter air
Paip
perhubungan
 Berfungsi membekalkan air ke pelbagai kelengkapan perpaipan dalam rumah seperti tandas,

bilik mandi dan pili paip.

Tangki Paip limpah


simpanan air

Paip cuci
Paip
perkhidmatan Paip agihan Paip agihan

Sistem bekalan air di rumah

(3 ) Cheah seok Khim


S MJK JIT SIN BUKIT MERTAJAM
______________________________________________________________________________ Kerja Paip

FUNGSI PAIP SISTEM BEKALAN AIR

a) Paip Perhubungan

 Menghubungkan paip utama dengan meter air.

 Batang paip di perbuat daripada besi bergalvani (BG)

b) Paip Perkhidmatan

 Membekalkan air daripada tangki simpanan

 Menghubungkan meter air ke tangki simpanan dan sinki dapur.

 Batang paip di perbuat daripada besi bergalvani (BG)

c) Paip Agihan

 Menagihkan air dari tangki simpanan air kepada kelengkapan perpaipan di dalam rumah

seperti pili-pili sinki cuci, alat mandian hujan dan tangki simbah.

d) PaipLimpah

 Menyalurkan limpahan air dari tangki simpanan jika injap bebola yang mengawal paras air

tidak berfungsi.

 Disambungkan pada tangki simpanan air dengan jarak kira-kira 50 mm atas paras air penuh.

e) Paip Cuci

 Menyalurkan air kotor keluar dari tangki simpanan air semasa kerja mencuci tangki.

 Paip ini biasanya di pasang pada dasar tangki simpanan air

(4 ) Cheah seok Khim


S MJK JIT SIN BUKIT MERTAJAM
______________________________________________________________________________ Kerja Paip

JENIS PAIP

Terdapat tiga jenis paip yang ada di pasaran, iaitu paip Poly Vinyl Chloride (PVC), paip besi

bergalvani (BG) dan paip poli High Density Polyethylene (HDPE)

a) Paip Poly Vinyl Chloride (PVC)

 Saiz dan kegunaannya sama dengan paip besi belgalwani (BG) tetapi paip ini tidak sesuai

untuk menyalurkan air panas kerana ia tidak boleh tahan panas. Paip ini ringan , murah dan

mudah di kendalikan.

 Paip PVC ini terdapat dalam dua jenis iaitu tebal dan nipis.

b) Paip Besi Bergalvani (BG)

 Paip BG dibuat daripada besi dan disadurkan dengan zink. Saiz paip BG ditentukan oleh

diameter lubang dan yang ada di pasaran bergaris pusat 13mm, 20mm, 25mm, 32mm, 38mm

dan 50mm. Biasanya panjang paip BG ialah 6 meter. Paip BG dikelaskan kepada tiga gred,

iaitu :

GRED KOD WARNA KETEBALAN KEGUNAAN


A Perang Nipis Paip limpah
B Biru Sederhana Paip agihan
C Merah Tebal Paip perhubungan dan paip perkhidmatan

c) Paip Poli High Density Polyethylene (HDPE)

(5 ) Cheah seok Khim


S MJK JIT SIN BUKIT MERTAJAM
______________________________________________________________________________ Kerja Paip

 Paip poli boleh dilentur yang tahan panas dan hujan. Paip ini berwarna hitam. Paip ini lebih

kuat daripada PVC dan tidak berkarat seperti paip B. Tambahan pula ia ringan dan boleh

digulung. Paip ini dijual dalam bentuk yang panjang, iaitu 30 meter. Ketebalannya terdapat

dalam satu saiz tetapi mempunyai diameter yang pelbagai.

 Paip ini lebih mahal dan tidak boleh ditegakkan. Apabila penyambungan dibuka, hujung paip

terpaksa dipotong kerana terdapat kesan pencekaman pada hujung paip ini.

 Paip ini juga boleh dipotong menggunakan pemotong paip PVC atau gergaji besi. Untulk

tujuan penyambungan, paip ini tidak perlu menggunakan gam kerana di dalam penutupnya

tertdapat ‘sleve’ untuk mencengkam paip poli. Di dalam ‘sleve’ pula terdapat gelang getah.

(6 ) Cheah seok Khim


S MJK JIT SIN BUKIT MERTAJAM

You might also like