You are on page 1of 42

KUMPULAN 1 : hApPeNiNg BuT sUkSeS!!

PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
DENGAN KERJASAMA :
NUR ATIQAH, NUR HAYANINAI
DAN NURLIEYANA
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
 Sumber utama undang-undang
bertulis di Malaysia.
Undang-undang yang
bertentangan dengan
perlembagaan persekutuan
adalah tidak sah dan dibatalkan
oleh parlimen.
 Terdiri daripada 183 perkara dan
dibahagi kepada 15 bahagian
seperti ditunjukan di jadual di
JADUAL PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN
Bahagian Bab Perkara Kandungan
1 1 1-4 Agama, Undang-undang Persekutuan dan
Negeri
2 2 5-13 Kebebasan Asasi
3 1 14-22 Perolehan Kewarganegaraan
2 23-28A Penamatan Kewarganegaraan
3 29-31 Tambahan tentang Kewarganegaraan
4 1 32-37 Ketua Negara
2 38 Majlis Raja-Raja
3 39-43C Pemerintah
4 44-65 Badan Perundangan Persekutuan
5 66-68 Acara Perundangan
6 69 Keupayaan terhadap harta dan lain-lain
Bahagian Bab Perkara Kandungan

5 1 70-72 Negeri -negeri


6 1 73-79 Hubungan antara kerajaan Persekutuan
dengan kerajaan Negeri
2 80-81 Pembahagian Kuasa Pemerintah
3 82 Pembahagian Beban Kewangan
4 83-91 Tanah
5 92 Pembangunan Negara
6 93-95 Siasatan Persekutuan terhadap negeri
7 95A-95E Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan
7 1 96-112 Peruntukan-peruntukan Kewangan
2 112A-112E Sabah dan Sarawak
8 1 113-120 Pilihan Raya
9 1 121-131A Kehakiman
10 1 132-148 Perkhidmatan awam
11 1 149-151 Menentang perbuatan subversif dan
kuasa darurat
Bahagian Bab Perkara Kandungan

12 1 152-153 Bahasa Kebangsaan

12A 1 154-160 Am dan Pelbagai

13 1 161-161A Sabah dan Sarawak

14 1 162-180 Peruntukan sementara dan peralihan


1 181 Raja tidak boleh didakwa dimana-mana
mahkamah, kecuali di mahkamah khas
15 1 182 Mahkamah Khas
1 183 Tiada tindakan boleh diambil ke atas raja-raja
kecuali dengan izin Peguam Negara
Perlembagaan Negeri
Wajib mengandungi “Peruntukan Persekutuan”
yang disenaraikan di dalam jadual kelapan
Jadual Kelapan ini dibahagi kepada 2 bahagian:
(a) Bahagian 1: Hal- hal berhubung dengan raja,
istana, dan adat istiadat kerabat diraja.
(b) Bahagian 2: Hal- hal berhubung dengan
penyusunan Kerajaan Negeri dan pentadbiran.
Bahagian 1 hanya diperuntukan untuk negeri-
negeri beraja sahaja.
Perlembagaan Negeri
Contoh-contoh perkara yang terkandung dalam perlembagaan
negeri ialah:
(a) Bidang kuasa dan kedudukan raja/sultan atau Yang Dipertua
Negeri
(b) Kuasa Esekutif dan fungsi Majlis Mesyuarat Kerajaan
(c) Kuasa dan fungsi Dewan Undangan Negeri
(d) Agama Islam sebagai agama rasmi negeri (kecuali Sabah)
(e) Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negeri
Peruntukan-peruntukan Perlembagaan Negeri yang bercanggah
dengan Perlembagaan Persekutuan dibatalkan oleh Parlimen.
Peruntukan Utama
Perlembagaan Persekutuan
Peruntukan
Utama
Perlembagaan
Persekutuan

Hak istimewa Sistem


Hak Asasi/ orang Melayu
Kewarganegaraan
Kebebasan asasi Serta Bumiputera
Pemerintahan
Sabah dan Sarawak Malaysia

Raja Demokrasi Negara Bahasa


Berpelembagaan Berparlimen Persekutuan kebangsaan
Kewarganegaraan

Bahagian 3, Perkara 14 hingga
Perkara 22 Perlembagaan
Persekutuan menyenaraikan
peruntukan-peruntukan pemerolehan
kewarganegaraan.

Perkara 23 hingga Perkara 28,
Perlembagaan Persekutuan pula
berkaitan dengan kehilangan
kewarganegaraan.
Kewarganegaraan

Empat cara individu boleh
memperoleh kewarganegaraan
adalah seperti berikut:
(a) Kuat kuasa undang-undang
(b) Pendaftaran dan permohonan
(c) Masukan atau naturalisasi
(d) Pencantuman wilayah

Pemerolehan dan pelucutan
kewarganegaraan ditentukan oleh
Kerajaan Persekutuan.
(A) Kuat Kuasa Undang-
Undang
Golongan masyarakat yang memperoleh
kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-
undang ialah:
(a) mereka yang lahir sebelum Hari Malaysia dan
menjadi warganegara Persekutuan akan mendapat
kewarganegaraan secara automatik selepas Hari
Malaysia (rujuk jadual 1.1)
(b) Individu yang lahir pada atau selepas Hari
Malaysia menjadi warganegara atas peruntukan
kelayakan yang ditetapkan dalam Bahagian II
Jadual Kedua (rujuk jadual 1.2)
Situasi Syarat Kelayakan
(1) Warganegara -memperoleh kewarganegaran secara
sebelum Hari pendaftaran
Merdeka
(2) Lahir di - Ibu atau bapa warganegara/
Persekutuan permaustatin tetap serta tidak menjadi
selepas bulan warganegara mana-mana negara lain
Sepetember
1962
(3) Lahir di luar --Bapa warganegara yang berkhidmat
Persekutuan dengan Kerajaan Persekutuan
selepas Hari --Kelahiranya didaftar dengan Pejabat
Merdeka Konsul Persekutuan/didaftar dengan
Kerajaan Persekutuan jika lahir di
Sabah, Sarawak, Singapura dan
Brunei
Situasi Syarat Kelayakan

Lahir di Malaysia - Ibu atau ayahnya seorang


warganegara atau permaustautin tetap

Lahir di luar --Bapanya seorang warganegara atau


Malaysia berkhidmat dengan Kerajaan
Persekutuan /Negeri
--Dalam tempoh setahun selepas
kelahiranya, perlu didaftar di Pejabat
Konsul Persekutuan atau dengan
Kerajaan Persekutuan jika dilahirkan
di Brunei
(B) Pendaftaran
(1) Isteri warganegara -masih berkahwin dengan seseorang
yang menjadi warganegara bermula
bulan Oktober 1962.
-Bermaustatin di Persekutuan selama
dua tahun sebelum permohonan dan
berniat untuk terus bermaustatin di
Persekutuan.
-Berkelakuan Baik
-Perkahwinan didaftar di bawah undang-
undang yang berkuat kuasa di Parlimen
(2) Seseorang yang - Didaftar oleh Ibu Bapa atau Penjaga
berumur kurang jika salah satu pihak tersebut (atau pada
daripada 21 Tahun masa kematianya) merupakan
warganegara
(3)Seseorang -Membuktikan pemaustatin di Persekutuan
yang berumur selama 5 daripada 7 tahun sebelum
18 tahun atau pemohonan
lebih dilahirkan -Berniat menjadi pemaustatin tetap Persekutuan
di Persekutuan -Berpengetahuan asas dalam Bahasa Melayu
sebelum Hari
Merdeka -Berkelakuan baik

(4) Seseorang -Bermaustatin di Persekutuan sebelum dan


yang berumur selepas Hari Malaysia
18 tahun -Berpengalaman dalam Bahasa Melayu dan
bermaustatin di Bahasa Inggeris
Sabah dan -Bermaustatin di Persekutuan sekurang-
Sarawak pada kurangnya 7 daripada 10 tahunsebelum tarikh
Hari Malaysia pemohonan.
(C) Masukan atau Naturalisasi
 Warganegara asing yang berumur 21 tahun
ke atas yang ingin menjadi warganegara
Malaysia boleh memohon melalui cara
naturalisasi atau secara masukan.
 Syarat-syarat yang harus dipatuhi:
(a)Seseorang telah bermaustatin selama 10
daripada 12 tahun di Persekutuan sebelum
tarikh pemohonan.
(b)Berniat menjadi permaustatin tetap
Persekutuan
(c)Berkelakuan baik
(d)Pengetahuan yang mencukupi dalam
Bahasa Melayu.
(D)Pencantuman Wilayah
➲ Cara yang paling mudah untuk menjadi warganegara
Persekutuan melalui gabungan wilayah dengan tempat
dia bermaustatin
➲ Contohnya:

(a) Penduduk Singapura


(b) Penduduk United Kingdom dan tanah jajahan serta
permaustatin tetap Sabah dan Sarawak
(c)Penduduk Sabah dan Sarawak
➲ Perkara 2 membolehkan Parlimen menentukan
kumpulan tertentu dan tarikh permulaan hak
kewarganegaraan bagi rakyat yang bermaustatin di
wilayah-wilayah yang bakal bercantum dengan
Persekutuan Malaysia.
Penamatan
Kewarganegaraan
• Kewarganegaraan seseorang
boleh ditamatkan melalui 2
cara:
(a) secara sukarela (seseorang
menolak kewarganegaraannya)
(b) kerajaan melucutkan
kewarganegaraan seseorang
(A) Penolakan kewarganegaraan
 Syarat-syaratnya ialah:
(a)Warganegara yang berumur 21 tahun ke atas menjadi
warganegara negara lain.
(b)Menolak kewarganegaraan dengan perakuan yang
didaftar oleh Kerajaan Persekutuan.
(c)Seseoang yang waras fikirannya semasa membuat
pemohonan menolak kewarganegaraan.
 Semasa peperangan, perakuan peolakan
kewarganegaraan tidak boleh didaftarkan, kecuali dengan
kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.
(B) Pelu cutan
Kewa gane gar aan
 Mengikut Perkara 24, seseorang boleh dilucutkan
kewarganegaraan secara kuat kuasa undang-undang
sekiranya ia menggunakan hak yang hanya boleh
dinikmati oleh rakyat negara asing atau memperoleh
kewarganegaraan negara lain.
 Mengikut Perkara 25, kewarganegaraan seseorang
warganegara secara pendaftaran dan naturalisasi
boleh dilucutkan dalam keadaan berikut:
(a)Warganegara membuktikan ia tidak setia melalui
percakapan atau tindakannya, atau membuat
kenyataan palsu semasa memohon.
(B) Pelu cutan
Kewa gane gar aan
(b)Warganegara yang telah menderhaka
terhadap kerajaan semasa peperangan
dengan berniaga atau berhubung atau
menjalankan urusan dengan musuh negara.
(c) Bagi warganegara yang memperoleh
kewarganegaraan secara pendaftaran, ia telah
dihukum penjara tidak kurang daripada 12
bulan atau didenda tidak kurang daripada
RM5000 tanpa pengampunan bagi
kesalahanya.
(B) Pelu cutan
Kewa gane gar aan
(d) Warganegara yang bermaustatin di negara asing
melebihi 5 tahun secara berterusan tanpa
mendaftarkan diri di Pejabat Konsul Persekutuan.
 Notis bertulis berserta alasan yang harus diberi kepada
orang yang dikenakan perintah pelucutan.
Walaubagaimanapun, individu berkenaan boleh
merujuk kesnya pada satu jawatankuasa siasatan
kerajaan melalui laporan daripada jawatankuasa
siasatan akan menentukan sama ada seseorang akan
dilucutkan kewarganegaraannya atau sebaliknya.
Hak Asasi atau Kebebasan Asasi

 Kebebasan asasi seseorang


individu diperuntukan di dalam
Bahagian 2 Perlembagaan
Persekutuan.
 Kebebasan atau hak asasi yang
diperuntukan oleh Perlembagaan
Persekutuan ditunjukan di dalam
jadual.
Perkara Peruntukan Penerangan
5 Kebebasan diri -Seseorang bebas dan tidak boleh diambil
dan nyawa nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-
undang.
-seseorang harus diberitahu sebab ia
ditangkap
-seseorang boleh berunding atau dibela oleh
peguamnya.
-Seseorang harus dihadapkan ke mahkamah
dalam masa 24 jam selepas ditangkap
-Seseorang hanya boleh ditahan lebih lama
melalui kuasa Majistret.
6 Kerja Paksa dan -Kerja Paksa dan Pengabadian dilarang
Pengabadian - Hukuman penjara tidak ditakrif sebagai kerja
paksa.
- Parlimen boleh menuntut kerahan tenaga
daripada rakyat demi kepentingan negara
7 Perlindungan -Seseorang hanya dihukum atas perbuatan
daripada undang- yang dianggap salah di sisi undang-undang
undang jenayah yang -Seseorang yang dibebaskan daripada
berkuat kuasa sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa
kebelakangan dan semula atas kesalahan yang sama.
perbicaraan berulang -Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh
memerintah perbicaraan semula sekiranya
terdapat bukti baru tentang kes berkenaan.

8 Kesamarataan di sisi -Semua orang berhak mendapat


Undang-Undang perlindungan yang sama dari segi undang-
undang
-Tiada perbezaan terhadap warga asing dari
segi kedudukan politik, sosial, pekerjaan,
dan taraf ekonomi kecuali jika diperuntukan
oleh Perlembagaan
9 Larangan -Setiap warganegara boleh
dibuang negeri bergerak dan bermaustatin di
dan kebebasan mana-mana negeri dan di Wilayah
bergerak dalam Persekutuan
Persekutuan -Namun,Parlimen boleh
mengenakan sekatan ini atas
tujuan keselamatan, kesihatan
awam dan hukuman atas pesalah
10 Kebebasan -Setiap warganegara bebas
bercakap, memberi padangan , berhimpun
berhimpun dan secara aman dan menubuhkan
menubuhkan persatuan.
persatuan -Namun, Parlimen boleh menyekat
kebebasan ini demi keselamatan
dan keenteraman negara
11 Kebebasan -Setiap orang berhak menganuti
beragama dan mengamalkan agamanya
sendiri.
-Setiap orang tidak boleh
dipaksa membayar cukai khas
untuk maksud agama.
-Setiap orang boleh mengurus
agama sendiri atau menubuhkan
yayasan agama dan memegang
serta mentadbir harta bagi
tujuan agama.
-Namun, Undang-undang negeri
boleh menyekat perkembangan
iktikad atau kepecayaan antara
penganut Islam.
12 Hak -Setiap warganegara berhak mendapat
yang pelajaran yang sama daripada pihak
sama berkuasa awam
dalam -Kumpulan agama berhak menubuhkan
pelajarandan menyelenggarakan institusi
pendidikan
13 Hak atas -Setiap warganegara berhak
harta mengumpul dam mengagihkan
peribadi hartanya.
-Pampasan harus diberi apabila harta
seseorang perlu diambil alih melalui
undang-undang
-Namun, seseorang atau pesalah boleh
dilucutkan hartanya mengikut
peruntukan undang-undang.
Hak Asasi atau Kebebasan
Asasi
 Hak dan kebebasan asasi individu boleh
dibahagikan kepada kebebasan mutlak
dan kebebasan bersyarat.
 Kebebasan mutlak = kebebasan yang
tidak boleh disekat
 Kebebasan bersyarat = kebebasan yang
dihadkan oleh sekatan undang-undang
atau sebagaimana diperuntukan oleh
undang-undang.
Hak Istimewa Orang Melayu serta
Bumiputera Sabah dan Sarawak

Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukan hak-hak istimewa kepada orang
melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Antara keistimewaan yang diberikan adalah seperti
berikut:
(a) Memegang jawatan dalam perkhidmatan awam.
(b) Kuota peluang pendidikan di peringkat Universiti
(c) Pemberian biasiswa untuk melanjutkan pelajaran.
(d) Pemberian lesen dan permit dalam perniagaan.

Keistimewaan orang melayu dan Bumiputera Sabah
dan Sarawak serta hak-hak bagi rakyat bukan
bumiputera dilindungi oleh Yang di-Pertuan Agong atas
nasihat kabinet.
Sistem Pemerintahan Malaysia
 Sistem pemerintahan Malaysia berlandaskan
empat perkara penting:
(a) Raja Berpelembagaan
(b) Demokrasi berparlimen
(c) Negara Persekutuan
(d) Bahasa Kebangsaan
(A) Raja Berpelembagaan

 Menurut Perlembagaan Persekutuan, kuasa


pemerintahan terletak di tangan Yang di-
Pertuan Agong (YDA).Namun, Perdana Menteri
dan Kabinetnya yang menjalankan kuasa
esekutif atas nama YDA.
 YDA merupakan lambang perpaduan dan
tonggak kekuasaan Malaysia.
3. Kedaulatan, bidang kuasa dan tugas institusi
raja telah tertera dalam Perlembagaan
Persekutuan.
(A) Raja Berpelembagaan
 Sebagaimana yang termaktub dalam
Perlembagaan, YDA mempunyai kuasa budi
bicara untuk perkara berikut:
(a) Melantik Perdana Menteri
(b) Memperkenankan atau tidak
memperkenankan permintaan untuk
membubarkan Parlimen.
(c) Mengeluarkan perintah supaya Mesyuarat
Majlis Raja-Raja diadakan untuk
membincangkan isu-isu tentang kedudukan,
keistimewaan dan kehormatan raja-raja
melayu.
(A) Raja Berpelembagaan
 Tanggungjawab YDA sebagai raja berpelembagaan
adalah seperti berikut:
(a)Melindungi orang Melayu dan Bumiputera di Sabah
dan Sarawak.
(b) Panglima Tertinggi Angkatan Tentera dengan
kuasanya dilaksanakan oleh Majlis Angkatan Tentera.
(c) Memberi pengampunan terhadap kesalahan di
wilayah Persekutuan atas nasihat Lembaga
Pengampunan.
(d) Ketua Agama Islam di negeri sendiri,Melaka, Pulau
Pinang,Sabah dan Sarawak dan Wilayah Persekutuan.
(e) Mengisytiharkan darurat jika keselamatan negara
terancam.
(f) Memperkenan rang undang-undang yang dibuat oleh
Parlimen sebelum menjadi undang-undang yang sah.
(B) Demokrasi Berparlimen
 Demokrasi berparlimen bermaksud
pemerintahan secara perwakilan.
 Rakyat menentukan pemerintahan negara
melalui pemilihan perwakilan dalam pilihan
raya yang diadakan setiap lima tahun.
 Ciri demokrasi berparlimen ialah:
(a) Perdana Menteri dan Kabinetnya
menjalankan kuasa politik atau esekutif atas
nama Yang di-Pertua Agong
(B) Demokrasi Berparlimen
(b) Rakyat memilih ahli dewan perwakilan (Dewan
Rakyat) dan parti politik yang mendapat undi
terbanyak dalam pilihan raya akan membentuk
Kabinet. Perdana Menteri akan dilantik dari
kalangan ahli parti politik berkenaan.
(c)Perdana Menteri melantik ahli Kabinet atau
Jemaah Menteri dari kalangan ahli Dewan
Parlimen.
 Di Malaysia, Barisan Nasional berjaya
memperoleh undi majoriti dalam pilihan raya
umum sejak 1957 dan diberi mandat oleh rakyat
untuk mentadbir negara.
(C) Ne gar a P er sekutuan
 Negara Persekutuan merupakan sistem
pemerintahan yang mewujudkan
pembahagian kuasa antara kerajaan
pusat dengan kerajaan negeri.
 Kerajaan Persekutuan terdiri daripada
gabungan negeri yang membentuk
kerajaan pusat yang kuat tanpa
mengetepikan hak-hak kerajaan negeri.
(C) Ne gar a P er sekutuan
 Bagi menjamin kelicinan perjalanan
Sistem Persekutuan dan mengelakan
sebarang pertelingkahan yang mungkin
timbul, Perlembagaan Persekutuan telah
memperuntukan pembahagian kuasa
antara Kerajaan Persekutuan dan
Kerajaan Negeri.
(D) Bahasa Kebangsaan

Perkara 152, Perlembagaan
Persekutuan memperuntukan bahasa
Melayu merupakan bahasa kebangsaan.

Bahasa-bahasa lain dibenarkan
digunakan dalam situasi-situasi tidak
rasmi atau dalam pembelajaran.

Mengikut Akta (Pindaan) Perlembagaan
1971, kedudukan bahasa Melayu tidak
boleh dipersoalkan dan dilindungi oleh
Akta Hasutan.
(D) Bahasa Kebangsaan

Bahasa Inggeris dibenarkan digunakan
oleh Yang di-Pertuan Agong dalam
situasi berikut:
(a) Perhubungan negara dengan negara
lain atau badan-badan pada peringkat
antarabangsa.
(b) Pengendalian dan pelaksanaan
latihan oleh pakar-pakar dari luar
negara.
(D) Bahasa Kebangsaan
(c)Perundangan, iaitu apabila naskah
ubdang-undang sahihnya adalah dalam
bahasa inggeris.

Perkara 152, Perlembagaan
Persekutuan hanya boleh dipinda
dengan persetujuan Majlis Raja-Raja.
iNi sAjA dArIpAdA
kAmI....
sEmOgA kItA bErJaYa
dI mAsA dEpAn

You might also like