You are on page 1of 3

PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

• Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis


• Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
• Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor
Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim
A. Hamid (Pakistan)
• Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik
dan pertubuhan Tanah Melayu
• Merupakan sebuah dokumen yang merupakan sumber segala
perundangan lain yang wujud dalam negara
• Mengandungi undang-undang tertinggi untuk mewujudkan satu sistem
kerajaan yang teratur.
• Dikanunkan tetapi boleh dipinda
• Memperakukan semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak
sbelum Hari Malaysia.

KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN


• perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
• Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat
kuasa masing-masing daripada perlembagaan
• Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa
mengikut Perlembagaan.
• Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan
akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang


diberikan di dalam jadual.
Bahagian Butir-butir Perkara
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Perkara 1- 4
Persekutuan
2 Kebebasan Asasi Perkara 5-13
3 Kewarganegaraan Perkara 14-31

4 Persekutuan Perkara 32-69


5 Negeri-negeri Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Perkara 73-95E
Negeri-negeri
7 Peruntukan-peruntukan Kewangan Perkara 96-112D
8 Pilihan raya Perkara 113-
120
9 Kehakiman Perkara 121-
131A
10 Perkhidmatan Awam Perkara 132-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Perkara 149-151
Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat
12 Am dan Pelbagai Perkara 152-160
12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Perkara 161-
Sabah dan Sarawak 161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180
14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja Perkara 181
dan sebagainya
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong Perkara 182-183
dan Raja-raja

CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA


• Jenis Kerajaan Persekutuan
• Raja Berperlembagaan
• Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster
• Dwidewan
• Ketinggian Perlembagaan
HAK ASASI WARGANEGARA
• setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut
undang-undang
(b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke
hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah
tahanan.
(c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak
berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan
secepat mungkin
(d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi
perkhidmatan kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang
(e) Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang
telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi
atas kesalahan yang sama
(f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak
sah
(g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh
didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana
bahagian Persekutuan
(i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j) Kebebasan beragama
(k) Kebebasan pemilikan harta
SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN HAK ASASI
No. Jenis undang-undang Ringkasan
1 Undang-undang Subversif - kerajaan berkuasa untuk menahan dan
menghukum mereka yang mengancam
keselamatan negara
2 Undang-undang Darurat - kerajaan berkuasa untuk mengenakan
perintah berkurung dan menembak serta
membunuh seseorang yang mengingkari
undang-undang darurat tanpa perbicaraan
3 Aka Keselamatan Dalam - seseorang boleh ditahan tidk melebihi 2
Negeri (ISA) tahun tanpa perbicaraan jika pada
pandangan kerajaan, orang itu mengancam
negara
4 Akta Universiti dan Kolej - para pelajar dilarang bergerak aktif dalam
Universiti politik.
5 Akta Rahsia Rasmi - tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan
6 Akta Mesin Cetak - badan-badan penerbitan dan media
elektronik tiada kebebasan untujk
mengungkitkan isu-isu sensitif yan boleh
mengancam keselamatan negara.
7 Akta Hasutan - rakyat dilarang menabur fitnah dan
mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak
istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja
dan kewarganegaraan.
8 Hak Keistimewaan Sabah - berkuasa untuk mengawal kemasukan
dan Sarawak rakyat dari Semenanjung Malaysia ke Sabah
dan Sarawak.

You might also like