You are on page 1of 23

Kepentingan Penggunaan Teknologi Maklumat (TMK) Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu Pendahuluan Dasar Pembangunan Negara

dalam Rancangan Malaysia Kelapan (20012005) menegaskan kepentingan membangunkan dan memperluaskan penggunaan teknologi maklumat dalam pembangunan pendidikan. Langkah ini bertujuan merancakkan pertumbuhan, melatih profesional, meningkatkan produktiviti, memodenkan pengurusan teknologi maklumat dan pengetahuan, mengurangi jurang digital, dan mempastikan semua rakyat mendapat manfaat daripada TMK. Sektor pendidikan menjadi agen perubahan bagi mempertingkatkan kemahiran penggunaan TMK dalam kalangan generasi muda. Keperluan terhadap penggunaan TMK dalam pendidikan amat dirasai kerana TMK telah menjadikan dunia pendidikan sebagai hak milik pelbagai lapisan masyarakat di mana pelbagai maklumat dan sumber pendidikan dapat dicapai walau di mana jua berada. Pengaruh dan kemajuan era TMK mencetuskan inovasi dalam pengurusan pendidikan, penilaian, serta pengajaran dan pembelajaran. Kewujudan masyarakat berpendidikan yang terbentuk melalui pembudayaan komputer, internet, dan multimedia menzahirkan kewujudan masyarakat yang cinta akan ilmu pengetahuan. Bangsa yang maju adalah bangsa yang mementingkan perkembangan intelektual yang dirintis oleh kemajuan dunia pendidikan. Dalam konteks ini teknologi maklumat berperanan untuk meluaskan penyebaran pemikiran manusia sebagai agen revolusi sosial. Penguasaan TMK dapat membantu guru menghadapi ranjau dan cabaran dalam dunia pendidikan dan bertindak tepat dengan kehendak semasa. Fungsi guru sebagai egen perubahan sosial dapat memenuhi permintaan masyarakat setempat melalui ilmu dan kemahiran yang dimiliki seterusnya menjadi rujukan dan idola dalam masyarakat. Kemahiran guru dalam bidang TMK dapat membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran dan ilmu yang bersesuaian dengan minat, bakat serta potensi pelajar sekaligus dapat menanam rasa cinta akan ilmu pengetahuan. Hal ini secara tidak langsung dapat melahirkan modal insan cemerlang berminda kelas pertama sebagaimana yang digarapkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP). Tanggungjawab ini sememangnya terpikul atas bahu para guru yang komited dengan tugas serta bersedia dan sanggup menerima perubahan mengikut peredaran masa. Semua ini menuntut pengorbanan yang besar dari kalangan guru-guru untuk terus menambah ilmu dan kemahiran, bertepatan dan bersesuaian dengan konsep pembelajaran sepanjang hayat. Sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah rendah merupakan pembelajaran yang memerlukan pelbagai kaedah dan Alat Bantu Mengajar (ABM) agar pembelajaran lebih berkesan serta

menyeronokkan. Kita dapat bayangkan bagaimana mungkin seorang guru Bahasa Melayu menerangkan tajuk pelajaran hanya dengan chalk and talk. Untuk itu penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) khasnya penggunaan komputer dan laman Web dalam pengajaran dan pembelajaran sememangnya amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah rendah. Namun beberapa kajian yang dijalankan mendapati guru-guru Bahasa Melayu masih berada pada tahap yang rendah menjadikan komputer sebagai budaya dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan oleh kurangnya, kemahiran, saranan, serta nilai sikap dari guru tersebut. Sebagai cadangan terdapat beberapa pihak yang menjadi tunjang dari kesuksesan pelaksanaan program ini: pertama pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) sebagai sebuah sistem, pihak pentadbir, guru besar dan PIBG. serta bagaimana membangun nilai sikap guru Bahasa Melayu itu sendiri agar selalu selari dengan kemajuan inovasi pendidikan Definisi Pelaksanaan TMK dalam Pendidikan Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan pelaksanaan sebagai perihal, perbuatan atau proses melaksanakan sesuatu rancangan, manakala Teknologi membawa pengertian alat yang digunakan oleh manusia dan alat yang ada pada manusia iaitu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan kepakaran dalam ilmu tertentu untuk menyelesaikan masalah hidup. Maklumat merujuk kepada makluman, pemberitahuan, keterangan, butir-butir, dan pengetahuan. Komunikasi bererti perhubungan secara langsung atau dengan perantara surat, radio, telefon dan lain-lain komunikasi atau penghubung dengan atau yang sampai kepada orang ramai amnya. Pendidikan membawa erti perihal mendidik, didikan, latihan, atau ajaran. Jadi maksud pelaksanaan TMK dalam pendidikan membawa maksud menggunakan TMK secara saintifik, terancang, dan bersesuaian demi meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. Selain daripada itu TMK juga boleh ditakrifkan sebagai pelbagai bentuk peralatan dan sistem yang digunakan untuk memproses, mengurus, memanipulasi, memindah, menyimpan dan menyebarkan maklumat melalui media elektronik. Pada hari ini, TMK digunakan dalam hampir semua aspek kehidupan dan pengaruhnya dijangkakan akan membawa impak yang lebih besar terhadap dunia akan datang (Robertson, 1998) Manakala Holmes (1999), pula memberikan pandangan bahawa integrasi teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran memerlukan guru yang bersedia dan fleksibel dalam menggunakan teknologi dalam kaedah pengajaran harian dengan mata pelajaran yang diajar. Mempelajari bagaimana menggunakan komputer belum mencukupi untuk membolehkan guru menggabungkan teknologi dalam proses pengajaran dan

pembelajaran. Elemen yang penting dalam mengintegrasi teknologi ialah pemahaman guru terhadap isi pengajaran dan implikasi berhubung dengan teknologi. British advisory council for applied Research and Development mentakrifkan teknologi maklumat sebagai suatu disiplin saintifik, teknologi dan kejuruteraan serta teknik pengurusan yang digunakan dalam pengendalian dan pemprosesan maklumat serta penggunaannya; komputer dan saling tindakan antara mesin (komputer dan manusia; dan hal yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan kebudayaan. (British advisory council for applied Research dan Development: Report on Information Technology; H.M. Stationery Office. 1980) Pendapat Pisapa (1994), integrasi TMK dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, mengukuh dan menambah kemahiran. Penggunaan teknologi mesti digabungjalinkan bersama dengan kaedah pengajaran. Guru perlu mengintegrasi TMK untuk memberi nilai tambah kepada aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ringkasnya peranan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran akan membawa kepada kaedah-kaedah yang baru dan inovatif dalam pembelajaran dan penilaian. Berdasarkan kepada penjelasan yang diterangkan para pakar di atas, maka jelas TMK mempunyai makna dan ruang lingkup yang luas, hal ini disebabkan oleh penggunaan TMK tersebut tidak lagi diaplikasan setakat pada bidang pendidikan sahaja, akan tetapi sudah masuk pada seluruh ranah aktifitas manusia. Oleh itu perlu ditegaskan bahawa TMK yang dimaksud dalam huraian ini merujuk kepada penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) khasnya di bidang computer dan laman Web atau disingkat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran Bahasa Melayu. STANDARD KURIKULUM TMK UNTUK SEKOLAH RENDAH MATLAMAT Matlamat Standard Kurikulum TMK adalah untuk menyediakan penanda aras pencapaian murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Ini adalah bagi memastikan murid menguasai pengetahuan dan kemahiran asas TMK yang perlu dipelajari, menggalakkan kreativiti dan menyediakan pembelajaran yang menarik dari peringkat awal umur kanak-kanak dan akan kekal sepanjang hayat. OBJEKTIF Pada akhir persekolahan di peringkat rendah, murid akan dapat: i. ii. iii. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian. Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul,memproses dan menggunakan maklumat. iv. v. Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat. Menggunakan TMK untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.

vi. vii.

Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran. Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif.

FOKUS TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah satu bidang pembelajaran yang melibatkan pelbagai bidang khususnya sistem komputer dan komunikasi. Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) adalah teknologi yang digunakan khasnya dalam penggunaan komputer, peralatan komunikasi dan perisian aplikasi untuk memperoleh, memproses, menyimpan, menghantar, mendapatkan semula, menukar dan melindungi maklumat di mana saja dan bila-bila masa. Oleh itu, Standard ini memfokuskan kepada aplikasi perisian dan pengetahuan perkakasan dalam menghadapi pelbagai bentuk maklumat pada tahap kebolehan murid. Pada Tahap 1 (Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3), fokus adalah pada integrasi TMK merentas kurikulum. Pada Tahap 2 (Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6), fokus adalah pada pembelajaran mengenai TMK. PERANCANGAN KANDUNGAN Standard Kurikulum TMK untuk Sekolah Rendah menekankan pengintegrasian pengetahuan, kemahiran dan nilai. Pengetahuan Pengetahuan meliputi perkara di bawah: a. Konsep, fakta dan terminologi TMK. b. Proses yang berturutan dalam membangunkan produk berasaskan TMK.

Kemahiran Kemahiran perisian dan perkakasan dalam TMK akan melahirkan perkara di bawah: a. Kemahiran berkomunikasi yang melibatkan perkongsian dan penyebaran maklumat; dan keselamatan penyebaran maklumat. b. Kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi pemikiran kritikal, kreatif dan reflektif. c. Penyiasatan, penerokaan dan pencetusan idea.

Nilai Murid akan memperoleh kebolehan untuk mengendalikan sistem maklumat dengan yakin, tepat dan tekun. Kod Etika komunikasi dalam TMK akan memupuk sikap dan rasabertanggungjawab, hormat, kerjasama dan akauntabiliti. KANDUNGAN STANDARD KURIKULUM TMK Standard Kurikulum TMK terbahagi kepada Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran. Terdapat tujuh Standard Kandungan. Standard Kandungan ini memberikan petunjuk tahap kebolehan dalam lingkungan Standard Pembelajaran TMK. Standard pembelajaran dalam lingkungan Standard Kandungan akan diperkenalkan dan dikuasai oleh murid. Guru boleh menggunakan standard ini dalam merancang aktiviti berasaskan TMK. 1. Menggunakan TMK secara bertanggungjawab dan beretika Melalui Standard ini pelajar akan dapat: 1.1. Mengamalkan pengetahuan berkaitan etika dan tanggungjawab penggunaan TMK dan maklumat. 1.2. Mempraktikkan etika penggunaan TMK dan maklumat. 1.3. Mempraktikkan kebolehan untuk menyatakan implikasi pelbagai pilihan TMK dan maklumat yang digunakan. 1.4. Menerima tanggungjawab atas tindakan yang dilakukan berkaitan etika dan tanggungjawab penggunaan TMK.

2. Memilih dan mengaplikasikan sumber TMK yang bersesuaian Melalui proses standard ini pelajar akan dapat: 2.1 Menunjukkan kebolehan untuk menggunakan kemudahan TMK. 2.2 Menggunakan pelbagai fungsi TMK. 2.3 Menganalisis kesesuaian pelbagai kemudahan dan sumber bagi memenuhi keperluan spesifik (tugasan atau cabaran). 2.4 Memilih sumber TMK yang sesuai. 2.5 Mengeksploitasi sumber TMK yang sesuai bagi memenuhi keperluan semasa.

3.0 Menggunakan TMK untuk mencari, mengumpul, memproses dan menggunakan maklumat Melalui standard ini pelajar akan dapat: 3.1 Mengenal pasti bila dan mengapa informasi diperlukan.

3.2 Menentukan maklumat yang diperlukan. 3.3 Menilai dan memilih maklumat yang sesuai. 3.4 Memahami, menganalisis, menggunakan dan seterusnya menyalurkan maklumat yang dipilih.

4.0 Menggunakan TMK untuk mendapatkan dan berkongsi maklumat Melalui standard ini pelajar akan dapat: 4.1 Menggunakan TMK untuk mengenal pasti dan memperoleh maklumat dan pengetahuan pakar yang berkaitan dengan bidang yang diminati. 4.2 Menilai sumber maklumat atas talian yang berkaitan dengan sumber pengetahuan untuk kesahihan dan kebolehpercayaan. 4.3 Menggunakan kemahiran TMK untuk berkolaborasi dengan rakan sebaya dan pakar bagi membina pengetahuan. 4.4 Menggunakan kemahiran TMK untuk menerbitkan dan membentangkan

pengetahuan.

5.0 Menggunakan TMK untuk penyelesaian masalah dan membuat keputusan Melalui standard ini pelajar dapat: 5.1 Mengaplikasikan lingkaran penyelesaian masalah termasuk mengenal pasti dan menganalisis masalah tersebut; membangunkan strategi penyelesaian; memilih strategi yang sesuai dan mengimplementasikan; dan menilai penyelesaian. 5.2 Mengaplikasikan strategi penyelesaian masalah untuk menyampaikan maklumat atau membentangkan keputusan dengan menggunakan TMK. 5.3 Menghubungkaitkan proses penyelesaian masalah dan membuat keputusan; dan nyatakan hasil keputusan atau cara penyelesaian. 5.4 Mengumpul segala proses dan hasilan yang berjaya untuk kegunaan masa depan.

6.0 Menggunakan TMK untuk meningkatkan produktiviti dan pembelajaran Melalui standard ini pelajar dapat: 6.1 Menggunakan alat TMK untuk menghasilkan kerja yang efektif dan kreatif; dan untuk menyelesaikan projek dan tugasan.

6.2 Menggunakan TMK untuk mewujudkan kolaborasi dengan rakan sebaya, pakar dan orang lain untuk meningkatkan produktiviti. 6.3 Menggunakan TMK untuk meningkatkan peluang pembelajaran ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

7.0 Menggunakan TMK untuk melahirkan idea dan maklumat secara kreatif dan inovatif Melalui standard ini pelajar dapat: 7.1 Menggunakan TMK untuk mengemukakan idea yang sedia ada melalui cara yang unik dan baru. 7.2 Merancang strategi untuk mengemukakan pengetahuan dan idea baru. 7.3 Membangunkan pelbagai produk media yang asli untuk mengemukakan idea dan maklumat. 7.4 Menggunakan kemunculan teknologi baru (emerging technology) untuk

mengemukakan idea dan maklumat.

1 Teknologi Maklumat Dalam Dunia Pendidikan. Sehubungan dengan usaha Merapatkan Jurang Digital dan Memperkasakan Sekolah Kebangsaan yang terkandung dalam PIPP, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah melaksanakan pelbagai projek, antaranya: Projek Rintis Sekolah Bestari; Projek Schoolnet dan MySchoolNet; Makmal Pengkomputeran; TV Pendidikan (TVP); P & P Matematik Dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI); Mata Pelajaran TMK diperkenalkan; Latihan TMK untuk Guru; Projek Pengkomputeran Pengurusan. Kementerian Pelajaran (KPM) menyediakan infrastruktur, perkakasan dan perisian yang lengkap dan mencukupi serta latihan dan bimbingan kepada guru-guru untuk membolehkan TMK digunakan dalam proses pengajaran pembelajaran. KPM telah melengkapkan lagi kemudahan saluran komunikasi di sekolah dengan akses jalur lebar melalui kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi serta merangkaikan infrastruktur dan perkakasan TMK melalui rangkaian setempat atau teknologi tanpa wayar. TMK dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan perkakasan dan perisian komputer yang diintegrasikan dengan multimedia dan internet yang diaplikasi dan digunakan secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam institusi

pendidikan khususnya di sekolah. Multimedia merupakan pelbagai media yang digunakan untuk menyalurkan maklumat kepada orang ramai yang merangkumi teks, grafik, audio, video, dan animasi.

1.1 Bagaimana TMK Digunakan Dalam Dunia Pendidikan Penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran dilihat dalam konteks aspek pengajaran guru (guru menggunakan TMK) dan aspek pembelajaran (pelajar menggunakan TMK). Dalam konteks pembelajaran, penggunaan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran boleh dikategorikan sebagai tutorial, penerokaan, aplikasi dan komunikasi. Dalam konteks pengajaran pula TMK digunakan sebagai tutor dan alat demonstrasi. Guru berperanan sebagai penyampai maklumat dan memastikan bahawa pelajar telah mempunyai pengetahuan sedia ada. Oleh itu segala perancangan dibuat mengikut turutan aktiviti supaya objektif pembelajaran tercapai. Guru boleh menggunakan TMK untuk pengurusan proses pembelajaran, Pengurusan Rekod Pelajar, dan Penjanaan Tabung Soalan. Guru dapat menyediakan persembahan pengajaran yang menarik dengan menggunakan aplikasi multimedia seperti Authoware, Freehand, Page Maker dan sebagainya kerana ia mengandungi grafik yang menarik yang boleh diaudiokan, divideo, dan dianimasikan secara bijaksana. Pelaksanaan pendekatan baru dalam pengajaran pembelajaran mengubah peranan daripada "tuan" kepada "pembantu", daripada "pengarah" kepada "penyelia", daripada "diktator" kepada "fasilitator". Pelajar menentukan dan merancang pembelajaran sementara guru pula bertindak memastikan pelajar berjaya melaksanakan rancangan pembelajaran mereka dan mencapai kriteria yang telah ditetapkan. Banyak juga kelebihan lain yang diperoleh sekiranya guru menggunakan TMK dalam proses pengajaran pembelajaran harian mereka. Antara-antara kelebihan tersebut ialah:

1.1.1 Memudahkan tugasan mengajar guru Kemahiran TMK yang saya miliki dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran yang saya ajar. Kemahiran TMK yang saya perolehi melalui kursus yang dianjurkan oleh KPM, yang dikendalikan oleh unit ICT JPN dan PPD serta Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dengan kerjasama Pusat Kegiatan Guru (PKG), membolehkan saya melaksanakan tanggungjawab mendidik

para pelajar saya dengan lebih berkesan. Di sekolah saya diberi tanggungjawab mengajar mata pelajaran Sains dan Pendidkan Moral serta Kemahiran Hidup. Untuk memperolehi manfaat mengguna TMK dalam mata pelajaran Sains dan Pendidkan Moral, saya membuat perancangan dan penyediaan bahan bantu mengajar menggunakan komputer. Aplikasi yang saya gunakan adalah program Microsoft Word, Microsoft Power Point, dan Microsoft Excel. Perkakasan berupa cakera padat (CD), projektor LCD, kamera digital di samping kemudahan internet,dan penggunaan papan interaktif (smart board). Kemahiran menggunakan perisian biasa yang sedia ada dalam komputer seperti Microsoft Powerpoint , Words dan Excell serta bantuan kamera digital menjadikan kerjakerja saya lebih mudah. Internet juga banyak membantu saya dalam menyediakan bahan bantuan mengajar serta komunikasi dengan pelajar secara terus dapat dilaksanakan menerusi e-mel dan laman blog serta facebook. Hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan TMK dan multimedia bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral saya dapati telah berlaku peningkatkan penguasaan para pelajar dalam mata pelajaran yang saya ajar. Hal ini dapat dilihat melalui perubahan sikap, tingkah laku, minat dan prestasi pelajar sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran berjalan. Peningkatan penguasaan dalam mata pelajaran para pelajar tersebut dapat saya rumuskan seperti berikut: A) Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid: Berlaku pembelajaran kendiri dan menggalakkan pembelajaran eksploratori (Penerokaan). Penggunaan TMK untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlaku apabila TMK digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat daripada CDROM, internet, portal maklumat dan sumber-sumber maklumat yang lain.TMK juga dapat memberikan pengalaman, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi serta melihat demonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini para pelajar boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui TMK. Para pelajar juga mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan TMK berdasarkan kehendak mereka. Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam kelas ketika sesi pengajaran dan pembelajaran, saya memberikan beberapa alamat yang berkaitan yang boleh dilayari oleh pelajar melalui intenet. Dengan cara ini membolehkan setiap pelajar mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan

daripada internet. Para pelajar akan mengumpul bahan-bahan ini, dan maklumat ini akan digunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Bagi mata pelajaran Sains sekolah rendah, saya membimbing dan menggalakkan para pelajar melayari laman web yang tersedia, antaranya Portal Pendidikan Utusan, dan Enkabang.Net serta Tutor Astro yang mana di dalamnya banyak memuatkan koleksi soalan dan nota panduan. Para pelajar yang melayari laman web ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus boleh memotivasikan pelajar dengan peneguhan positif yang diberi apabila pelajar memberikan jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukan sendiri oleh pelajar sama ada di rumah atau di Pusat Akses sekolah. Pembelajaran kendiri ini membolehkan para pelajar mempunyai latihan yang secukupnya sebagai persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang l pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari sendiri hasil-hasil penyelidikan supaya mereka boleh maju ke hadapan tanpa mengikuti dengan jemu rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada pelajar-pelajar saya. Kesimpulannya, TMK memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses pengajaran pembelajaran menjadi lebih menarik dan berkesan. Para pelajar dapat berfiki secara kritis, penyelesaian masalah, pengalaman belajar yang autentik, pengetahuan yang dibina adalah melalui interaksi sosial. Para pelajar telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan selepas proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan.

B) Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor menimbulkan masalah bagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui penggunaan teks. Maka penggunaan multimedia dapat memudahkan pelajar memahami konsep yang abstrak dengan bantuan adunan elemen-elemen teks, audio, video, animasi, dan grafik. Ini membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan

dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-murid saya dapat menguasai isi pelajaran dengan lebih cepat. Ini terbukti apabila pelajar saya menulis jawapan tentang kesan-kesan pencemaran alam terhadap manusia dan hidupan air. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan para pelajar lebih memberikan perhatian terhadap apa yang guru ajar. Para pelajar dapat menghayati isi pelajaran dengan lebih jelas. Guru juga boleh menggunakan Microsoft Excel untuk merekod serta menggred markah setiap kali diadakan ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek kelemahan dan kekuatan pelajar. Aplikasi ini membolehkan guru membuat head count untuk setiap orang pelajar di dalam sesuatu kelas yang diajar. Hasil daripada analisis yang guru perolehi membolehkan guru menyediakan bahan atau soalan dengan memberikan perisian berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan. Pengajaran yang guru sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat melihat sendiri apa yang diterangkan oleh guru dengan bantuan komputer. Kaedah ini membolehkan murid memahami dan menghayati situasi pembelajaran yang sebenar. Dengan kemahiran TMK yang guru miliki, guru boleh memuat turun maklumat, gambar dan rakaman video dari internet. Guru juga menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuan kamera digital masukkan gambar-gambar dan guru boleh tayangkan kepada para pelajar menerusi projektor LCD. Para pelajar mungkin mendapat idea dan pengetahuan untuk bertutur dan menceritakan apa yang disaksinya dari awal hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses pembelajaran yang berkesan telah berlaku. Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan guru membuat pembetulan setiap kesalahan yang dilakukan oleh para pelajar dengan serta-merta. Pelajar membuat tugasan menggunakan papan interaktif,

hasil tugasan mereka dipancarkan menerusi projektor LCD. Guru boleh membuat penilaian terhadap hasil tugasan pelajar dan membetulkan kesalahan mereka pada masa itu juga. Para pelajar dapat mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan tugasan mereka. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar, dalam masa yang sama saya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan dengan serta merta. Kesimpulannya jelaslah di sini, dengan menggunakan TMK telah dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan para pelajar terhadap mata pelajaran yang diajar. Proses pengajaran dan pengajaran menjadi lebih mudah dan lebih menarik. Hasilnya para pelajar dapat menghasilkan tugasan yang sempurna. Hal ini dapat membantu memudah dan mempercepatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana penggunaan TMK dalam pengajaran pembelajaran telah memudahkan tugas guru dan pelajar dalam menguasai kemahiran yang di ajar.

C.) Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah Melalui TMK pelbagai bentuk maklumat dapat disampaikan dengan berkesan dan menarik. Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yang dinamik dapat meyampaikan maklumat dengan lebih efektif lagi bila diadunkan dengan teks dan grafik. Penggunaan TMK sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. TMK membolehkan pelajar dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalam pelbagai bentuk elemen multimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan pelajar di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi para pelajar. Selain itu Interaksi guru dan pelajar dapat dipertingkatkan melalui TMK di mana guru dan murid berhubung terus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui internet pelajar dapat berhubung dengan sesiapa sahaja walau di mana berada kerana kadar caj yang dikenakan jauh lebih rendah dalam masa yang pantas.. Teknologi multimedia membolehkan guru

melihat wajah pelajar yang menghubungi guru pada paparan skrin komputer. Pelajar dapat berbual secara terus dengan guru menerusi skrin komputer. Para pelajar akan merujuk kepada guru apabila ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi dan komunikasi sebegini juga memudahkan guru untuk memantau hasil kerja pelajar apabila mereka mengemelkan tugasa atau latihan kepada guru. Pelajar boleh bertanya secara terus dan guru pula akan menjawab dengan cepat Jelaslah di sini melalui TMK jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara berkesan. Guru dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan pelajar dan pelajar sesama pelajar. Pelajar juga dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin komputer menggunakan hujung jari sahaja. Ini menggambarkan kemahiran TMK yang guru miliki telah dapat menumbuhkan inspirasi kepada para pelajar dan dapat meningkatkan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah.

D). Pengekalan Informasi Yang Berkesan Multimedia digunakan sebagai perantara dalam sesebuah penyampaian atau pesembahan maklumat kepada para pelajar. Ia digunakan oleh individu yang mahukan kemudahan serta impak yang berkesan dalam persembahan maklumat mereka dengan sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan elemen multimedia dapat memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi serta video. Set komputer yang dilengkapkan dengan multimedia telah diadaptasikan untuk memberi maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untuk mengingat berdasarkan kepada apa yang mereka dengar, lihat dan lakukan, 40 peratus daripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia Itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka guru seharusnya tidak teragak-agak menggunakan TMK untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Saya boleh menggunakan pelbagai jenis perisian untuk menyediakan set-set

soalan pelbagai aras secara interaktif. Soalan-soalan yang melibatkan konsep dan isi pelajaran itu boleh juga disediakan dengan jawapan yang membolehkan para pelajar saya membuat penilaian secara sendiri. Bila pelajar dapat menjawab soalan dengan betul mereka akan berasa seronok dan ingin mencuba lagi. Cara ini membolehkan pelajar merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Sebelum aktiviti tersebut dilakukan guru harus memastikan yang pelajar telah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran yang hendak diuji sebelum pelajar dibenarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Para pelajar boleh mengulang belajar sesuatu konsep atau isi pelajaran itu pada bila-bila masa atau seberapa banyak yang dia mahu. Ditambah pula dengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan pelajar tidak merasa bosan untuk mengulangi mempelajarinya. Keadah ini telah memperkuatkan lagi ingatan dan meningkatkan pemahaman serta minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Guru boleh melayari laman-laman web yang berkaitan subjek yang diajar, kemudian maklumat tersebut saya simpan dalam CD-ROM seperti ensaikopedia, pangkalan data dan lain-lain maklumat yang boleh diperolehi di pasaran. Bahan-bahan ini boleh digunakan dalam bilik darjah dan pelajar boleh tayangkannya berulang kali. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman pelajar terhadap apa yang guru sampaikan. Ini menggambarkan TMK dapat meningkatkan pemahaman dan menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran. Ternyata di sini bahawa, TMK telah dapat membantu meningkatkan pemahaman dan mengekalkan maklumat yang diperolehi pelajar melalui kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi maklumat telah memudahkan tugasan guru dan pelajar serta dapat membantu pelajar mempertingkatkan daya ingatan. Apa yang didengar, dilihat dan dialami oleh pelajar lebih lama kekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif.

E) Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap TMK dikatakan sebagai alat aplikasi apabila membantu pelajar melaksanakan tugasan pembelajaran, di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemerosesan perkataan oleh pelajar dalam penghasilan karangan atau penggunaan perisian hamparan elektronik akan menghasilkan plot graf.

Pelbagai perisian aplikasi yang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya. Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisian aplikasi Microsoft Excell yang sesuai boleh digunakan untuk membantu murid membina graf-graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil tugasan yang guru berikan sama ada secara kumpulan atau individu. Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi pelajar untuk terus belajar dan mencuba sesuatu yang baru dalam hidup mereka. Aplikasi multimedia yang melibatkan pelbagai jenis media yang menarik dan dinamik dapat meningkatkan minat seseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selain itu penggunaan TMK dan multimedia daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar. Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri dengan pelbagai kemahiran TMK supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi dalam mendidik anak bangsa. Kelainan dalam paparan maklumat dapat membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu pengetahuan atau maklumat tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah dilaksanakan. Pengajaran pembelajaran menggunakan TMK dan multimedia dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Saya juga mendapati penggunaan TMK membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan TMK murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangan dengan menggunakan alat-alat teknologi. Kemahiran dan penguasaan dalam teknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.

Penutup / Rumusan

Penggunaan TMK dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. TMK menjadi pemangkin kepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada para pelajar, malah guru-guru menjadi pendorong kepada kejayaan dan kemajuan pelajar. Teknologi perlu dilihat sebagai satu alat dan bukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran. Pembelajaran memerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap Pelajar. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah

pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak boleh diambil alih oleh teknologi. Dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing para pelajar serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkan kualiti pendidikan yang diberi kepada pelajar dan seterusnya berjaya membangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan TMK sebagai medium paling berkesan ke arah merealisasaikan impian tersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk memperkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

Sumber rujukan / Bibliografi Abdul Rahim Bin Abdul Razak. (2005): Profesionalisme Keguruan Prospek Dan Cabaran: Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan Pustakaan.

Holmes.W. (1999): The Transforming Power of Information Technology, Community College Journal, 70 (2): ms 10-15

Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir. (2003): Multimedia Dalam Pendidikan, Kuala Lumpur, PTS Publication & Distrubator Sdn. Bhd.

Jamalludin Harun, Dr. Zaidatun Tasir. (2005): Multimedia Konsep dan Praktis, Kuala Lumpur, Venton Publishing.

Kamus Dewan Edisi Ke-4. (2007): Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Tahun Satu. Putrajaya.

Kementerian Pelajaran Malaysia. (2010): Kurikulum Standard Sekolah Rendah, Modul Pengajaran Teknologi Maklumat dan Komunikasi Dalam Teras Dunia Sains Teknologi, Tahun Satu. Putrajaya.

Modul OUM. (2006): HBEF2303- Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur. Meteor Doc. Sdn. Bhd

Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001) Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Malaysia.

SUMBER INTERNET http://cgdahpm.blogspot.com/2010/01/kepentingan-ict-dalam-meningkatkan.html

http://engkizarquran.wordpress.com/2010/04/15/pentingnya-integrasi-ict-dalam-prosespengajaran-dan-pembelajaran. Dimuat turun pada 22/08/2012

http://iab-academia.edu/RusminiKuAhmad/papers/524734/Integrasi Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Dimuat turun pada 20/08/2012

http://www.slideshare.net/norhisham/teknologi-maklumat-untuk-pp. dimuat turun pada 06/08/2012

http://www.slideshare.net./shahwaran/penggunaan-ict-dalam-pp-presentation. turun pada 06/08/2012

Dimuat

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam bidang pendidikan bukanlah sesuatu yang baru dan asing, malah telah lama diperkenalkan di negara-negara maju seperti Amerika dan Eropah sejak awal tahun 60-an lagi. Negara kita tidak ketinggalan dalam menikmati arus pembangunan dan ledakan berasaskan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) ini.

Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia telah pun mengambil pelbagai inisiatif untuk memperlengkapkan warga pendidik seperti mengadakan pelbagai jenis kursus jangka pendek dan kursus jangka panjang. Ianya telah melibatkan perbelanjaan yang cukup besar. Sebagai contoh kerajaan sanggup membelanjakan berbilion ringgit bagi melicinkan pelaksanaan PPSMI. Tahun ini sahaja(2006) kerajaan telah membelanjakan sekitar RM250 juta untuk pembelian notebook dan perkakasan PPSMI yang lain.

Sudah pasti kerajaan mahu melihat hasil yang setimpal dengan pelaburan yang begitu besar. Dalam hal ini, kerajaan amat bergantung kepada golongan guru sebagai golongan yang berada di barisan hadapan pembangunan negara bagi memastikan kejayaan PPSMI.

Salah satu faedah penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas ialah ianya dapat memperkembang dan memperkasakan lagi pemahaman pelajar dalam sesuatu tajuk mata pelajaran yang diajar. Ini diakui oleh Cockroft (1982) bahawa penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran boleh memperbaiki kualiti pengajaran dan boleh merubah kepentingan sesuatu tajuk dalam pengajaran.

Sebagai seorang guru, mengintegrasikan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam pengajaran dan pembelajaran sangat penting dalam pencarian maklumat secara global. Ini selaras dengan hasrat kerajaan untuk memastikan anak-anak kita berkemampuan mengejar perkembangan ilmu pengetahuan berkaitan Sains dan Teknologi serta berkebolehan menguasainya dengan pantas sesuai dengan perubahan era globalisasi.

Untuk merealisasikan matlamat ini, terdapat empat mod pengajaran dan pembelajaran di dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang boleh digunakan oleh seseorang pendidik. Mod-mod tersebut ialah mod tutorial, mod penerokaan, mod aplikasi dan mod komunikasi.

1.2

Mod

Tutorial

Sebahagian besar perisian pendidikan yang diguna dalam pembelajaran tutorial direka bentuk berdasarkan kepada model tradisional pengajaran dan pembelajaran, model transmisi, yang melihat guru sebagai penyampai utama dan murid sebagai penerima.

Pembelajaran tutorial ini merangkumi pembelajaran secara ekspositari iaitu merujuk kepada suasana pembelajaran di mana guru menyampaikan maklumat kepada murid yang pasif. Segala latihan dan latihtubi yang disampaikan dikawal oleh sistem.

Situasi yang sesuai bagi pembelajaran mod tutorial ini ialah untuk kelas yang ramai murid. Dalam situasi ini, guru boleh memberi tumpuan kepada sebahagian murid yang memerlukan bantuan guru sementara sebahagian lagi menggunakan komputer.

Pembelajaran ini juga sesuai bagi kelas yang mmpunyai murid yang pelbagai keupayaan. Pemulihan boleh dibuat untuk murid yang menghadapi kesukaran belajar dan pengayaan untuk pelajar cerdik yang mencabar minda.

Kelebihan - kelebihan menggunakan mod tutorial ini ialah ianya dapat mengindividukan

pembelajaran, murid-murid belajar mengikut kemampuan sendiri, meningkatkan motivasi murid untuk belajar dan murid-murid boleh belajar tanpa penyeliaan atau dengan penyeliaan guru yang minimum.

1.3

Mod

Penerokaan

Dalam mod penerokaan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) digunakan sebagai medium untuk mencari dan mengakses maklumat secara penerokaan daripada bahan sumber seperti CD ROM, portal maklumat dan internet.

Selain daripada itu, murid juga mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara tunjuk cara di bawah kawalan murid sendiri. Murid juga boleh mengalami, mempelajari dan mengkaji sesuatu fenomena secara simulasi di bawah kawalan sistem.

Pendekatan penerokaan ini menyokong kepada pendekatan constructivism, iaitu pembelajaran yang memberi penekanan kepada pemikiran kritis, penyelesaian masalah, pengalaman pembelajaran autentik dan pengetahuan yang dibina melalui interaksi sosial. Selain daripada mengakses maklumat terus dari internet, guru juga boleh menggunakan maklumat maklumat yang disimpan yang dalam CD ROM, ensiklopedia di dan lain-lain pasaran.

diperolehi

Kelebihan menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) untuk mod penerokaan ialah untuk memberi peluang kepada murid untuk menentukan haluan dan kemajuan pembelajaran masing-masing. Ia juga mendorong murid terlibat secara aktif dalam pengajaran dan pembelajaran dan memberi peluang kepada murid untuk menangani masalah sebenar di dalam kelas.

Selain dari itu, pembelajaran penerokaan ini juga memberi peluang kepada guru menerapkan teori pembelajaran moden seperti constructivism, multiple intelligence dan sebagainya.

1.4

Mod

Aplikasi

Sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu dikatakan menggunakan mod aplikasi apabila alat ICT itu digunakan untuk membantu murid melaksanakan tugasan pembelajaran, bukan sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya, penggunaan perisian aplikasi umum seperti pemprosesan perkataan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan (karangan) atau penggunaan perisian hamparan elektonik untuk memplot graf. Editor grafik, Computer Aided Design(CAD), Adobe Photoshop adalah contoh perisian khusus aplikasi. Penggunaan pengajaran mod aplikasi ini dikatakan berlaku apabila sekumpulan murid berbincang, mengedit dan mengolah kandungan karangan dengan bantuan pemprosesan perkataan dan seterusnya mempersembahkan hasil karangan mereka. Sekiranya guru itu hanya meminta muridmurid menyediakan karangan dengan mengunakan pemprosesan perkataan tanpa melakukan perkara seperti yang diterangkan di atas tadi, maka pemprosesan perkataan hanya diguna sebagai mesin taip sahaja.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod aplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah murid boleh memberikan tumpuan kepada melakukan aktiviti pembelajaran yang autentik, guru boleh mengemukakan masalah yang lebih mencabar minda murid dan murid dapat meningkatkan kecekapan dan ketepatan hasil pembelajaran

1.5

Mod

Komunikasi

Mod pembelajaran komunikasi digunakan untuk membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima,dan berkongsi maklumat yang pelbagai bentuk. Kecanggihan dan kemajuan ICT pada ketika ini membolehkan komunikasi dilakukan dalam pelbagai mod seperti teks, grafik, audio, video atau kombinasi pelbagai mod. Mod komunikasi dapat dijalankan menggunakan empat teknik iaitu teknik seorang sendirian, teknik seorang kepada seorang, teknik seorang kepada ramai dan teknik ramai

kepada ramai. Pembelajaran kolaboratif adalah contoh model pengajaran yang menggunakan mod komunikasi.

Kelebihan-kelebihan menggunakan mod komunikasi ini ialah ianya boleh melaksanakan pembelajaran kolaboratif, mempertingkatkan penglibatan murid dalam proses

pembelajaran melalui peer group yang bersifat global dan murid-murid boleh berkomunikasi dengan pakar di dalam dan luar negeri dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Dalam kerja kursus ini kami telah memilih DUA mod pengajaran iaitu mod tutorial dan mod penerokaan untuk diintegrasikan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ringkasan tentang persamaan, perbezaan , corak persamaan dan perbezaan yang penting kedua-dua mod boleh dirujuk pada Lampiran A yang disertakan.

1.6

Kesimpulan

Ringkasnya penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi secara terancang dan teratur akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran guru lebih diyakini oleh pelajar. Pelajar pelajar pasti suka akan pengajaran guru yang mempelbagaikan kaedah, teknik, pendekatan dan bahan bantu mengajar yang terkini.

Ini adalah selaras dengan hasrat kerajaan agar generasi muda hadapan Malaysia yang hendak dilahirkan ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bangsabangsa lain di dunia ini serta mampu bersaing di peringkat antarabangsa dengan penuh keyakinan tanpa menghadapi sebarang halangan komunikasi.

You might also like