You are on page 1of 83

PERIBAHASA

Perkataan atau kelompok kata yang tertentu untuk menyatakan sesuatu maksud lain daripada ertinya yang lazim. Bertujuan untuk dijadikan bandingan, teladan dan pengajaran.
Simpulan bahasa Perumpamaan

Perbandingan

Pepatah

Bidalan

lyn6764

Simpulan bahasa

buah buah tangan

tangan

hadiah atau pemberian

Puan Mariam membawa buah tangan semasa melawat adiknya di hospital.

lyn6764

hidung tinggi

orang yang sombong atau angkuh

Tuan Kamal tidak disukai oleh jiranjirannya kerana dia hidung tinggi.
angkat diri orang yang sombong dan suka memuji diri sendiri
lyn6764

mandi kerbau

mandi yang tidak bersih

Jimmy diejek oleh rakan-rakannya kerana badannya berbau. Itulah akibat mandi kerbau. Badan Jimmy berbau busuk kerana dia sering mandi kerbau.
lyn6764

murah hati

orang yang suka berderma, tidak kedekut

Encik Wong bermurah hati mendermakan makanan kepada orang tua itu. Walaupun Omar miskin tetapi dia murah hati.
lyn6764

alas perut

makan sedikit untuk menahan lapar

Kamala makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum pergi ke sekolah. Kita mestilah mengalas perut sebelum pergi ke sekolah agar dapat menumpukan perhatian semasa guru mengajar.

lyn6764

buta huruf

tidak tahu membaca dan menulis

Pak Mat tidak dapat membaca buku itu kerana dia buta huruf. Pak Mat buta huruf kerana dia tidak pernah bersekolah.
lyn6764

langkah seribu

cabut lari kerana takut

Ali membuka langkah seribu apabila dikejar anjing. Perompak itu membuka langkah seribu apabila mendengar bunyi siren kereta polis.
lyn6764

buruk makan

lahap, rakus

Budak yang gemuk itu buruk makan. Ibu berpesan kepada anaknya agar jangan buruk makan di majlis itu nanti.
lyn6764

patah kandar

hilang tempat bergantung

Asnan patah kandar sejak kematian ayahnya. Kita patut menolong orang yang patah kandar.
lyn6764

sehelai sepinggang

pakaian yang ada pada tubuh sahaja

Keluarga Encik Halim tinggal sehelai sepinggang akibat rumahnya terbakar. Budak itu lari dari rumah sehelai sepinggang.
lyn6764

pencakar langit

bangunan yang bertingkat-tingkat dan tinggi

Bangunan pencakar langit sedang dibina di kawasan itu. Terdapat banyak bangunan pencakar langit di Kuala Lumpur.
lyn6764

berat tulang orang yang malas

Ali berat tulang. Dia hanya duduk memerhatikan ibu dan bapanya bekerja. Orang yang berat tulang akan ringan perut.

lyn6764

cakar ayam tulisan yang buruk

Rajoo dimarahi oleh Cikgu Musa kerana tulisannya cakar ayam. Cikgu Musa tidak dapat membaca karangan Helmi kerana tulisannya cakar ayam

lyn6764

raja sehari pengantin

Wajah raja sehari itu berseri-seri pada hari persandingan mereka. Aminah baru sahaja menjadi raja sehari.

lyn6764

bongkok sabut bongkok orang tua

Datuk berjalan menggunakan tongkat kerana dia sudah bongkok sabut. Orang tua yang bongkok sabut itu ialah datuk saya.

lyn6764

cahaya mata anak

Puan Lia baru sahaja melahirkan cahaya mata yang pertama. Encik Lim dan Puan Wong mempunyai tiga orang cahaya mata.

lyn6764

bersengkang mata menahan diri daripada tidur

Jali bersengkang mata membaca buku kerana peperiksaan hampir tiba. Jangan bersengkang mata apabila peperiksaan telah hampir tiba.

lyn6764

ayam tambatan orang harapan dalam sesuatu pertandingan

Norman merupakan ayam tambatan bagi pasukan bola sepak sekolahnya.


orang kuat dan sangat diharapkan

tulang belakang

lyn6764

ambil angin bersiar-siar di tempat yang nyaman udaranya.

Zul ambil angin di tepi pantai sambil menyaksikan mentari terbenam di ufuk barat. Setiap hujung minggu ayah membawa kami ambil angin di taman bunga.

lyn6764

buku lima penumbuk

Rosyham memberi buku limanya kepada Danial dalam pergaduhan itu. Celliah kena buku lima Veloo dalam pertengkaran mereka petang semalam.

lyn6764

naik darah marah atau panas hati

Inu naik darah apabila Jasni tidak mendengar nasihatnya.


naik angin

kepala batu orang yang degil

Sudah berkali-kali ayah menasihati Kamil namun dia tetap tidak berubah. Dia kepala batu.
keras kepala

kaki ayam tidak memakai alas kaki

mandi peluh

mandi keringat

bekerja kuat / keras

anak emas seseorang yang disayangi

lyn6764

sagu hati ganjaran sebagai penghargaan

ulat buku

rajin membaca

panjang tangan suka mencuri

lyn6764

tanda mata hadiah sebagai kenang-kenangan

minta diri

minta izin untuk pulang

kepala angin orang yang mudah marah

lyn6764

kaki botol suka minum arak

tidur mati

tidur yang sangat nyenyak

halwa telinga sesuatu yang menyedapkan pendengaran

lyn6764

perang mulut bertengkar dengan menggunakan katakata yang kasar

paku belanda

harga tetap atau harga mati

habis akal tidak boleh berfikir lagi, tidak tahu apa harus dibuat setelah berusaha sedaya upaya
lyn6764

bekas tangan

hasil tangan seseorang

Tikar mengkuang itu adalah bekas tangan nenek.

berat mulut

orang yang pendiam

Muthu berat mulut maka dia tidak ramai kawan.

lyn6764

kaki bangku

tidak tahu bermain bola

Malik tidak dipilih menyertai pasukan sekolah kerana dia kaki bangku.

keras hati

tidak mudah kecewa

Linggam yang keras hati akhirnya berjaya mencipta rekod baru dalam acara renang.

lyn6764

tangkai jering

ketam batu

orang yang kedekut

Walaupun kaya, Pak Halim tangkai jering kerana tidak pernah berderma walau sesen pun.

tidur-tidur ayam

tidur yang tidak nyenyak

Jamal hanya tidur-tidur ayam kerana anakanaknya berbuat bising.

lyn6764

batu api

orang yang suka menghasut

Lee telah menjadi batu api dalam pergaduhan antara Wong dan Chua.

lipas kudung

cepat membuat kerja

Maria membuat kerja dengan pantas seperti lipas kudung.

lyn6764

kaki lima

tempat lalu lalang di hadapan kedai

Pengemis itu tidur di kaki lima kedai itu.

pasang telinga

mendengar dengan teliti

Guru menyuruh murid-murid memasang telinga apabila ceramah bermula.

lyn6764

bodoh sepat

nampak seperti bodoh tetapi sebenarnya tidak

Jangan mengejek budak itu. Dia hanya bodoh sepat sahaja.

cupak hanyut

hidup miskin tanpa rumah tangga dan keluarga

Hidup pengemis itu seperti cupak hanyut. Tiada siapa yang mengendahkannya.

lyn6764

tangan terbuka

menerima kunjungan dengan sukacita

Kami akan menanti kedatangan kamu dengan tangan terbuka.

mulut murai

orang yang becok

Kelas itu menjadi bising apabila ketiadaan guru kerana ramai yang mulut murai.

lyn6764

ikut jejak

mencontohi seseorang

Hambali ingin mengikut jejak Aidil, melanjutkan pelajaran ke luar negara.

bulat hati

azam yang kuat

Cintan telah bulat hati untuk bekerja di bandar.

lyn6764

muka tembok

orang yang tidak tahu malu

Sazali muka tembok. Sangguh dia meminta wang daripada teman wanitanya.

makan suap

menerima rasuah

Ghazali ditangkap kerana disyaki makan suap.

lyn6764

kacang hantu

orang yang jahat

Perangai Yusri yang seperti kacang hantu itu menjadi kebencian jiran-jirannya.

durian runtuh

keuntungan yang diperoleh secara tiba-tiba

Basikal itu dibeli oleh ayahnya yang mendapat durian runtuh.

lyn6764

PERUMPAMAAN
Susunan kata yang indah, ringkas dan kemas. Biasanya dimulai dengan bagai, ibarat, seperti dll.

bagai aur dengan tebing

hidup bermuafakat dan tolong-menolong Kampung Pasir aman dan bersih kerana penduduknya hidup bagai air dengan tebing.

seperti cincin dengan permata bagai pinang dibelah dua seperti bulan dan matahari

pasangan yang sama padan dan sama cantik

Raja sehari itu sungguh secocok seperti cincin dengan permata.

bagai ayam dimakan tungau

kurus dan pucat kerana berpenyakit

Malik dan Rahim kasihan melihat budak yang bagai ayam dimakan tungau itu.

seperti buluh perindu

suara yang sangat merdu

Suara penyanyi yang merdu seperti buluh perindu itu memukau penonton yang hadir.

seperti anjing berebut tulang

orang tamak berebutkan harta

Walaupun En. Hasan telah meninggalkan wasiat tentang hartanya, tetapi anak-anaknya masih seperti anjing berebut tulang.

bagai menatang minyak yang penuh

memberi kasih sayang yang sepenuhnya

Puan Dalilah membela tunggalnya bagai menatang minyak yang penuh.

bagai anjing dengan kucing

selalu bergaduh

Bakri dan Rosli bagai anjing dengan kucing. Apabila bertemu sahaja pasti bergaduh.

bagai bulan penuh purnama

perempuan yang sangat cantik

Anak gadis Pak Usman cantik bagai bulan penuh purnama dan elok budi pekertinya.

bagai isi dengan kuku bagai dakwat dengan kertas

sangat akrab

Mala dan Wati bagai isi dengan kuku. Berjoging pun mereka bersama-sama.

bagai bangkai bernyawa

orang yang tidak berguna

Orang itu bagai bangkai bernyawa. Sudahlah mengemis, menghisap dadah pula.

besar seperti gajah

adil seperti hakim

pantas seperti kilat

rajin seperti semut

suci seperti bayi

garang seperti singa

takut seperti tikus

kurus seperti lidi

bising seperti pasar

tajam seperti pisau

panjang seperti galah

bodoh seperti lembu

bulat seperti bola

gemuk seperti badak

bebas seperti burung

Jawab soalan di bawah:


1. Harga barang-barang di pasar raya semuanya ________
A. harga diri
B. harga pokok

C. harga mati
D. harga asal

2. Julia terpaksa __________ semasa rehat kerana terlupa membawa wang saku.
A. cari jalan B. ikat perut C. alas perut D. ada jalan

lyn6764

3. Bapa saya tidak suka ___________ dalam hal orang lain.


A. lepas tangan
B. panjang tangan

C. buah tangan
D. campur tangan

4. Xavier ingin menurut __________ bapanya sebagai jurutera.


A. titik peluh B. jejak langkah C. darah muda D. isi hati

lyn6764

5. Perompak-perompak itu _________ apabila pasukan polis tiba di situ.


A. angkat kaki
B. angkat diri

C. angkat batu
D. angkat jari

6. Alia telah __________ hendak ke bandar untuk mencari kerja.


A. buta hati B. besar hati C. bulat hati D. keras hati

lyn6764

7. Kita dilarang menjatuhkan ___________ seseorang di khalayak ramai.


A. beri muka
B. bermasam muka

C. air muka
D. muka tembok

8. Kamala _________ kerana sebaik sahaja dia sampai, makanan telah dihidangkan.
A. langkah seribu B. langkah kiri C. makan suap D. langkah kanan

lyn6764

9. Jika hendak bercakap dengan Tok Kidam, kita perlulah menguatkan suara kerana dia _____________
A. banyak mulut
B. tidur mati

C. telinga nipis
D. pekak badak

10. Rani _________. Mudah sahaja dia menjawab soalan matematik yang susah itu.
A. otak udang B. otak cair C. buta hati D. ulat buku

lyn6764

11. Rohani yang kaya itu____________ melihat rakanrakannya yang miskin.


A. senyum simpul
B. senyum kambing

C. senyum-senyum ayam

12. Zamri sudah ___________ dengan Daud sejak pergaduhan mereka dua bulan lepas.
A. berpaling tadah B. berpatah arang C. berputih mata D. berhati waja

lyn6764

13.Wani tidak suka membeli barang di kedai itu kerana taukenya _____________.
A. mulut buaya
B. hati batu

C. lintah darat
D. pening lalat

14. Farid menjadi ____________ mempengerusikan majlis itu kerana pengerusinya tidak hadir.
A. bidan terjun B. ganti tikar C. orang harapan D. muka tembok

lyn6764

15.Walaupun sudah dua bulan menggenggam ijazah, Halim masih _____________.


A. sepak kertas
B. gelap mata

C. bodoh sepat
D. otak cair

16. ___________ murid sekolah ini telah memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis cerpen itu.
A. Lidah pendeta B. Abu Jahal C. Oleh-oleh D. Buah pena

lyn6764

17.Puan Badariah membawa anaknya ke uji bakat Bintang Kecil kerana dia tahu anaknya ___________.
A. ada hati
B. ada bakat

C. ada hati
D. ada jalan

18. Peliah dimarahi oleh majikannya kerana membuat laporan syarikat secara ___________ sahaja.
A. pilih kasih B. hentam keromo C. kepala angin D. serkap jarang

lyn6764

19. Pergaduhan yang melibatkan dua orang sahabat baiknya itu menyebabkan Jamil bersikap ___________.
A. atas pagar
B. angkat kaki

C. berat mulut
D. ambil hati

20. Enot sudah ___________ untuk meneruskan pengajiannya kerana keluarganya miskin.
A. putih hati B. jauh hati C. tawar hati D. isi hati

lyn6764

21. Dia tidak pernah mengendahkan ejekan kawan-kawannya kerana dia ______________.
A. telinga lintah
B. tebal telinga

C. telinga nipis

22. Junaidah ____________ apabila mendapat tahu dirinya difitnah.


A. besar hati B. naik angin C. angkat diri D. hati batu

lyn6764

23. Jangan menceritakan sebarang rahsia kepada Aishah kerana dia _____________.
A. mulut murai
B. mulut manis

C. berat mulut
D. mulut tempayan

24. Lukisan yang cantik itu hasil ___________ pelukis terkenal negara kita.
A. buah tangan B. kerja tangan C. bekas tangan D. kraf tangan

lyn6764

25. Budak yang lurus seperti ____________ itu sering diarah berbuat sesuatu oleh rakan-rakannya.
A. tali
B. bendul

C. galah
D. buluh

26. Beberapa orang ___________ yang disyaki penagih dadah telah ditangkap pada pukul satu pagi di warung Pak Hamid.
A. kaki botol B. muka tembok C. kutu embun D. mata keranjang

lyn6764

27. Adik terlalu mua sejak kecil, kini dia berasa __________.
A. besar hati
B. kepala batu

C. hati batu
D. besar kepala

28. Kumin __________ apabila mendapat berita tentang kemalangan yang menimpa keluarganya.
A. gelap mata B. kecil hati C. hilang akal D. tawar hati

lyn6764

29. Dia memang ___________. Lain yang kita cakap, lain yang didengarnya.
A. telinga kuali
B. pekak badak

C. buta tuli
D. pasang telinga

30. Lelaki yang bercakap seorng diri itu memang _________.


A. setengah tiang B. kepala angin C. otak udang D. patah hati

lyn6764

31. Muka adik pucat seperti __________ apabila menonton filem seram itu.
A. cuka
B. hantu

C. tikus
D. mayat

32. Jualannya laku seperti _____________.


A. pasar borong B. air batu campur C. intan permata D. pisang goreng panas

lyn6764

33. Dia sanggup ____________ untuk menyelamatkan adiknya daripada mati lemas..
A. mati katak
B. bergolok-bergadai

C. bergadai nyawa
D. mencuci mata

34. Saya datang ke bandar ini untuk _____________.


A. mengadu domba B. mencari jalan C. mengangkat diri D. mengadu untung

lyn6764

35.Tidak ada gunanya menolong orang yang tidak tahu mengenang budi. Kita seperti ______________ sahaja.
A. mendukung biawak hidup B. menatang minyak penuh C. katak di bawah tempurung D. rusa masuk kampung

36. Pemuda itu betul-betul seperti ________________. Baru kini kami mengetahui niat buruknya.
A. bertih direndang B. cacing kepanasan C. abu di atas tunggul D. api dalam sekam

37. Kita mestilah bergaul dengan jiran-jiran. Janganlah bersikap _____________________.


A. seperti anjing dengan kucing B. seperti kera sumbang C. seperti kera mendapat bunga D. seperti aur dengan tebing

38. Hatinya hampa ________________ apabila hasratnya ditolak.


A. bagai bertepuk sebelah tangan B. seperti kumbang putus talinya C. seperti kaca jatuh ke batu D. bagai bulan jatuh ke riba

39. Wajah pesakit itu pucat ___________________.

A. seperti ayam mengeram B. seperti ayam berak kapur C. seperti kambing diseret ke air D. seperti beruk dapat bunga

40. Wak Karmin terpaksa ditenangkan oleh jiran-jirannya kerana keadaannya ____________ setelah mendapati rumahnya terbakar.
A. seperti wau putus tali B. seperti ayam dibawa ke kepuk C. seperti kucing kehilangan anak

41. Setelah makan ubat yang diberi oleh doktor, penyakitnya pun sembuh, ____________________.
A. seperti duduk dalam duri B. seperti tikus jatuh ke beras C. seperti katak kena simbah D. seperti kunyit kena kapur

42. Ketua kampung menasihati ____________nya agar tidak mempercayai ____________.


A. anak buah khabar angin B. anak didik omong kosong C. anak buah surat rasmi D. anak tiri lidah pendeta

43. Nenek Limah menceritakan _____________ kehidupannya kepada kami.


A. adu domba
B. asam garam

C. cahaya hidup

44. Kemenangan sudah tentu _______________ pasukan sekolah saya.


A. isi hati B. kaki bangku C. darah daging D. dalam tangan

lyn6764

45. Tukang masak di istana itu mempelajari ___________ semasa dia bertugas di istana.
A. bahasa halus
B. bahasa dalam

C. bahasa pasar
D. bahasa rojak

46. Pemerintahan yang berbentuk ____________ telah menyebabkan rakyat hidup menderita.
A. hati batu B. kuku besi C. kuku kambing D. besar kepala

lyn6764

47. Aina menjadi _______________ apabila melihat pakaian yang cantik-cantik di pasar raya itu.
A. rabun mata
B. putih mata

C. sakit mata
D. rambang mata

48. Saya datang ke bandar ini untuk _____________.


A. mengadu domba B. mencari jalan C. mengangkat diri D. mengadu untung

lyn6764

49. Encik Murad tidak dapat memiliki rumah teres itu kerana dia tidak dapat membayar __________ yang ditetapkan oleh pemaju.
A. wang muka
B. wang hangus

C. wang belanja
D. wang hantaran

50. Seburuk-buruk perangainya, dia masih _____________ kita,kata ayah kepada ibu.
A. darah muda B. darah gemuruh C. darah daging D. darah manis

lyn6764

You might also like