You are on page 1of 5

REFLEKSI

Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan melalui penyediaan kertas


kerja. Ini merupakan kali pertama saya melakukan kaedah ini. Saya di beri
tugasan untuk menyediakan sebuah kertas kerja program rekreasi luar untuk
murid sekolah rendah tahap 2 dari kelab rekreasi.

Program rekreasi luar yang akan dijalankan melibatkan seramai 40 murid dan 5
orang guru. Program ini juga akan dipenuhi dengan pengisian empat jenis aktiviti
rekreasi. Antaranya ialah abselling, flying fox, jungle trekking dan orienteering.
Kertas kerja yang dibuat menyediakan program rekreasi yang akan melibatkan
masa selama 4 hari 3 malam.

Saya gembira dan berpuas hati kerana kertas kerja yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua ahli kumpulan melibatkan
diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan semua ahli kumpulan
menyumbang idea dan pendapat yang bernas.

Saya memulakan penyediaan kertas kerja dengan membahagi tugas kepada


Beberapa ahli kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi cadangan
yang sesuai untuk dibincangkan. Ahli kumpulan yang lain juga turut
menyumbangkan idea untuk dibincangkan.

Saya menjelaskan mengenai aktiviti serta langkah-langkah dan peraturan yang


perlu dipatuhi yang dipilih mengikut pilihan tempat program rekreasi luar. Saya
rasa saya telah bertindak sebagai penyumbang idea yang berkesan dalam
penyediaan kertas kerja ini.
Gambar 1 : Tempat rujukan(Pusat Sumber IPIK)

Gambar 2 : Perbincangan diadakan di mana-mana


Kekuatan

Murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan, melalui cara


sebegini dapat menwujudkan pesaingan yang sihat diantara kumpulan serta
memupuk semangat kesukanan yang tinggi. Disamping itu juga, acara sebegini
menjadikan badan murid cergas dan sihat. Sikap bertolak ansur dan
bekerjasama dapat disemai dalam diri murid dan sekaligus dapat membentuk
Terdapat empat aktiviti rekreasi yang akan dijalankan iaitu abselling, flying fox,
jungle trekking dan orienteering.

Objektif utama aktiviti rekreasi ini dijalankan bertujuan mendapat keseronokan,


ketenangan minda dan kepuasan kendiri. Aktiviti rekreasi juga membolehkan kita
menikmati kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif
terhadap aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. Pembabitan dalam
aktiviti rekreasi dapat membina jati diri dan ketahanan mental di samping
memupuk semangat setia kawan.

Aktiviti rekreasi yang dijalankan ialah abselling. Melalui acara yang dijalankan
ianya dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka dan memupuk
semangat kesukanan dalam kumpulan. peribadi yang baik dan mulia. Sebagai
contohnya murid bekerjasama dalam menyediakan peralatan yang hendak
digunakan. Setiap murid menjalankan tugas masing-masing dengan penuh rasa
tanggungjawab. Nilai-nilai ini perlu dikekalkan supaya murid dapat
mempraktiskan di luar kawasan sekolah.

Disamping itu juga, murid dapat mempelajari bagaimana memanipulasikan alat


yang digunakan. Dalam aktiviti jungle trekking dan flying fox, keberanian murid
dapat di uji dan di cabar. Kekuatan dan kelebihan ini dapat menjadikan aktivti
rekreasi ini mencapai objektif dan matlamat sebenar.
Kelemahan

Setiap aktiviti rekreasi yang dirancang dalam kertas kerja pasti ada
kekurangan yang perlu dibaiki. Ini kerana dengan mengnalpasti kekurangan
tersebut murid dapat meningkatkan lagi usaha untuk lebih cemerlang.

Dari segi pengurusan masa, murid perlu belajar tepati masa supaya majlis dapat
dijalankan tepat pada waktunya. Persediaan awal sebelum majlis perlu dibuat
dengan teliti iaitu dari segi peralatan dan penyediaan tempat aktiviti. Peralatan
yang hendak digunakan mestilah cukup dari segi kuantiti dan berada dalam
keadaan baik supaya keselamatan murid terjamin.

Selain itu juga, dari segi aktiviti rekreasi, peraturan yang ditetapkan perlu jelas
supaya tidak menimbulkan salah faham antara peserta. Stesen perlu diwujudkan
supaya murid boleh bergerak dari satu kawasan acara ke kawasan acara yang
lain supaya tidak berlaku kelewatan masa dan murid dapat dikawal dengan baik.
Setiap aktiviti yang dijalankan perlu melibatkan semua murid supaya murid tidak
merasa bosan untuk menunggu. Jarak setiap aktiviti pula mestilah ditentukan
dengan baik supaya ianya bersesuaian dengan tahap keupayaan murid dan
keadaan murid yang menjalankan aktiviti rekreasi tersebut.

Penambahbaikan dan cadangan

Di sini, saya mencadangkan supaya pelbagai lagi aktiviti yang menarik


dijalankan seperti berkayak dan wall climbing. Dengan cara ini, murid dapat
mengenal lebih banyak aktiviti dan merasa seronok untuk bermain.

Selain itu, penyediaan kertas kerja ini memerlukan kelancaran perjalanan


aktiviti. Oleh yang demikian, segala perancangan kertas kerja perlu di teliti dan di
buat perbincangan dengan lebih mendalam sebelum membuat keputusan.
Penutup

Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru


harus menggilap potensi mereka dalam penyediaan kertas kerja. Untuk
penyediaan kertas kerja di masa hadapan, saya bercadang
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu
merangsang pemikiran murid serta pemilihan aktiviti rekreasi dan tempat
rekreasi yang sesuai.

You might also like