You are on page 1of 16

Sastera Bandingan 1 / 16

PENGARUH KESUSASTERAAN ARAB DAN ISLAM TERHADAP


KESUSASTERAAN MELAYU
(Sastera Bandingan)

WAN ABDUL HAYYI WAN OMAR


3080061
PELAJAR
Master Bahasa Arab Komunikasi
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA
Sesi Nov 2008

PENGAJAR
ROSNI SAMAH
DEKAN
Fakulti Pengajian Bahasa Utama
UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

Pendahuluan

Kesusasteraan Bandingan merupakan satu cabang ilmu kesusasteraan


moden yang lahir pada kurun kesembilan belas dibawah pengawasan sarjana
perancis bernama Phillman dan Prontel, para sarjana berselisih tentang tahun
kemunculan ilmu ”Sastera Bandingan” ini, ”Sastera Bandingan” dikatakan mula
membanjiri dunia sastera moden seawal tahun 1827 (atau 1830 atau1840
bersandarkan pendapat lain) di Paris, Perancis. Cabang kesusasteraan moden ini
terhasil menerusi pengkajian mereka terhadap pengaruh kesusasteraan Yunani
dan Latin dalam kesusasteraan mereka. Walaupun “Sastera Bandingan” ini
dikatakan lahir dan mula berkembang pada zaman moden ini. Kebanyakan
penganalisis sastera bersepakat tentang kewujudan “sastera bandingan dan
pengaruh antara dua sastera” semenjak awal lagi, ini dapat diperhatikan melalui
pengaruh sastera arab terhadap kesusasteraan rome dan parsi sebelum
kedatangan Islam dan pengaruh sastera melayu terhadap sastera hindu
(sanskrik) dan sebagainya. Sasterawan perancis berpendapat bahawa Sastera
Bandingan tidak dapat dipisahkan daripada pengaruhnya terhadap sastera yang
dibandingkan.
Sastera Bandingan 2 / 16

Bermula tahun kemunculan perbahasan tentangnya, perkembangan aliran


kesusasteraan bandingan dalam kesusasteraan Eropah amat memberansangkan.
Munculnya sastera bandingan beraliran rusia yang mencorakkan kesusateraan
bersandarkan kesusasteraan lama Farsi dan Greece, aliran yang diasaskan oleh
Angred ini mula muncul dan berkembang pada tahun 1955. Teori pengambilan
sastera tanpa membawa pengaruh sastera yang dibandingkan muncul pada
tahun 1958 di Amarika hasil daripada gerakan penterjemahan dan pemindahan
sastera. Pada 1953, perkembangan Sastera Bandingan mula berkembang di
negara-negara Arab melalui Mesir yang menjadi pusat sumber ilmu pada ketika
itu, perkembangan ini di terjemahkan oleh Dr Muhammad Ghunaimi Hilal dalam
pengajarannya di Universiti Qaherah melalui pusatnya di “Darul U’lum”.
Kepesatan medan kesusasteraan arab akhirnya menjenggah ke tanah melayu
seawal kurun ketiga belas Masehi melalui perdagangan dan dakwah Islam yang
dibawa oleh pedagang Arab yang bebanyakannya adalah ulama’ dan pendakwah.
Tanah melayu dan kesusasteraannya tidak dapat dipisahkan dari pengaruh dan
keterkesanan kesusasteraan arab dan Islam khasnya samada dalam kehidupan
harian, pemikiran, kesenian, kebudayaan, ilmu, tulisan, perkataan dan sastera.

Tanah Melayu dan Islam

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7


masihi. Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh
para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat yang melalui dan singgah di
Tanah Melayu sebelum menuju ke Negara China atau kita juga kita kenali sebagai
“laluan setera atau laluan Rempah”. Seterusnya Islam semakin berkembang
pesat berikutan dengan kemunculan beberapa buah kerajaan Islam di Pasai dan
Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-13 Masihi. Mengikut cacatan
Marco Polo, agama Islam telah tersebar di Tanah Melayu sebelum abad ke-15.
Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari China, beliau
telah melawat Sumatera. Perlak ialah pelabuhan pertama yang disinggahinya.
Beliau menyatakan pada masa itu telah wujud usaha-usaha untuk mengislamkan
penduduk tempatan oleh para pedagang Arab di Nusantara. Menurut beliau lagi,
itulah satu-satunya negeri Islam di Kepulauan Melayu pada masa. Manakala Ibn
Battutah, pengembara Arab yang singgah sebanyak dua kali di Sumatera semasa
dalam perjalanan pergi dan balik dari Negara China antara tahun 1345 hingga
1346, menyatakan bahawa raja Sumatera ketika itu telah memeluk Islam dan
mengamalkan Mazhab Shafie. Menurut beliau lagi, negeri-negeri lain di
sekelilingnya masih belum memeluk Islam. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan
ke-16 Masihi, agama Islam telah tersebar dengan meluas hampir ke seluruh
Sastera Bandingan 3 / 16

Kepulauan Melayu dan telah mengurangkan pengaruh agama Hindu-Buddha


yang bertapak berabad-abad lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah
berkembang pesat sehingga menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar
penduduk di Kepulauan Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).
Kebanyakan sejarawan sepakat mengatakan kemunculan Islam ditanah
Melayu khasnya di disemenanjung Tanah Melayu pada kurun pertama Hijrah
melalui perdangan antara semenanjung Arab atau Farsi menuju ke China yang
singgah di Tanah Melayu namun perkembangannya hanya dapat dilihat melalui
kesan sejarah yang ditinggalkan dari kurun ketiga belas Masehi. Mengikut
pendapat Rosni Samah (2002) melalui tulisannya dalam Al-Manar, terdapat kesan
yang jelas tentang kedatangan Islam ke semenanjung Tanah Melayu seperti:

1- Penemuan Maqam seorang sufi yang tertulis namanya dengan tulisan arab
“ Syiekh Abdul Muqtadir bin Hussien Syah meninggal pada tahun 291H” (
‫ هجرة‬291 ‫ وفات ففد‬،‫ )شيفخ عبفد المقتدر بفن حسفين شاه‬sebagai bukti kedatangan awal
Islam di Tanjung Inggeris, Kedah.
2- Penemuan syiling Dinar emas yang tertulis (577 ‫ )الجلوس كلنتفن‬di Kelantan,
penemuan ini menunjukkan telah terdirinya kerajaan Kleantan Lama pada
tahun 577 Hijrah bersamaan 1181 Masehi.
3- Penemuan Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 703 Hijrah bersamaa
1303 Masehi.

Dari aspek sejarah, selepas kedatangan Islam dan pembentukan Kerajaan


Melaka yang berlandaskan lunas-lunas Islam, kita dapati proses Islamisasi di
bidang undang-undang, sosio-budaya dan politik berterusan berlaku. Dalam
bidang undang-undang dimulai dengan undang-undang Kanun Melaka dan
Kanun Laut Melaka, diikuti pula dengan Kanun Pahang dan seterusnya Kanun
Kota Setar dan lain-lain. Demikian juga dengan Perlembagaan Terengganu dan
Perlembagaan Negeri Johor. Perubahan dalam bidang sosio-budaya juga berlaku
di mana orang Melayu telah menghayati nilai-nilai akhlak Islam dalam kehidupan
yang terangkum dalam adab-adab kehidupan mereka seperti adab berpakaian,
adab berbahasa, adab berjiran dan sebagainya. Dalam bidang politik, pemerintah
dianggap sebagai pemerintah di mana kekuasaan politik itu merupakan satu
amanah Allah dan para pemimpin diminta bertindak mengikut lunas-lunas yang
digariskan oleh Islam.
Sastera Bandingan 4 / 16

Sastera Melayu Sebelum Islam

Masyarakat Melayu pada sejarah awalnya dinukilkan sejarawan adalah


penganut fahaman animisme. Mereka menyembah ruh nenek moyang dan pokok-
pokok besar sebagai penghambaan agar kehidupan mereka mendapat keamanan
dari semua gangguan. Kefahaman dan pengabdian kepada ruh-ruh dan pokok-
pokok mula terhakis apabila berlakunya pertembungan masyarakat melayu lama
dengan masyarakat India dan cina yang menjadikan kepulauan melayu sebagai
pengkalan persingahan dalam ekspedisi perniagaan mereka, pengaruh terhadap
anutan dan kepercayaan serta bahasa berkaitan budha dan hindu melekat dijiwa
mereka, ini dapat dilihat pada pengaruh masyarakat melayu terhadap tulisan
hindu sehingga melahirkan tulisan “Kawi” yang muncul diantara tahun 400
sehingga 750 Masehi dan adat bersanding yang masih tegar dalam jiwa
masyarakat Melayu hingga kini.
Pengaruh masyarakat melayu juga dapat dilihat dengan pengadaptasian
kesusasteraan sansrit seperti Ramayana dan Mahabratha kedalam
kesusasteraan melayu seperti kisah Pak Pandir. Kajian terhadap kisah Pak Pandir
didapati amat terkesan dengan dua kisah ini dimana Pak Pandir dikatakan mati
setelah makan pisang goreng. Penggunaan perkataan “Laksamana” dalam kisah
Hang Tuah juga adalah pengaruh terhadap bahasa yang digunakan dalam
bahasa Sanskrit. Pengamalan cara hidup hindu juga dapat dikesani seperti adat
persandingan dan berinai. (Rosni Samah; 2008).
Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa konsep
tauhid dengan menafikan kewujudan Tuhan yang banyak. Bermula dengan
konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya menarik minat
masyarakat tempatan. Sejak kedatangan Islam, kehidupan harian masyarakat
Melayu dan adat istiadat tertentu yang didapati bertentangan dengan akidah
ditinggalkan secara beransur-ansur (Ruslan Zainuddin, 2004: 91-92)

Melayu dan Kesan Kedatangan Islam

Sejarawan memsepakati bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu amat


memberi kesan terhadap kehidupan malayu khasnya dalam aspek agama,
budaya, penulisan (Jawi), ilmu, sastera dan adat. Pengaruh yang jelas ini seakan
merobohkan segala anasir yang datang sebelumnya seperti keadaban
hindu,animesmi dan budha sedikit demi sedikit dalam kehidupan bangsa melayu
khasnya.
Sastera Bandingan 5 / 16

Pengaruh melayu terhadap pengaruh yang terdapat dalam ketamadunan


Islam dan Arab boleh dilihat dengan jelas melalui beberapa aspek yang
melingkari kehidupan masyarakat melayu dan Islam yang akhirnya membawa
kesan besar dalam sebuah negara bernama Malaysia.

a) Ilmu dan Kehidupan

Islam adalah sebuah agama yang membawa manusia kepada


penyembahan kepada Allah yang diadaptasikan secara nutral dalam kehidupan
manusia muslim,kedatangan Islam dalam alam melayu memangkin
perkembangan Ilmu dan melahirkan sebuah masyarakat yang aman dan
sejahtera.
Perkembangan Ilmu diawal kehadiran Islam di Melaka contohnya benyak
terkesan dari ilmu-ilmu yang dibawa dari tanah arab sehingga menjadikan Melaka
gedung Ilmu dan perdagangan di zamannya. Masyarakat mula mengenal kaedah
perniagaan yang adil tanpa penindasan,mengetahui ilmu-ilmu berkaitan falak dan
astronomi dengan lebih sistematik dan jelas,mempelajari agama dan falsafah
yang tidak diketahui sebelumnya,mempelajari tentang ketamadunan Islam yamh
menguasai dunia ketika itu sehingga mereka benar-benar berada dalam
masyarakat yang dikenali dan bertamadun.
Kesan yang amat jelas dalam aspek kehidupan dan ilmu ini dapat dikesan
dengan kewujudan pusat ilmu yang banyak dikepulauan melayu seperti
kemunculan pusat ilmu dan tamadun Islam di Melaka, Pasai, Acheh, Fathoni dan
Kelantan (lama).
Pengaruh ilmu dan kehidupan islam di alam melayu disemarakkan lagi
dengan aktiviti ibadat yang dilakukan oleh para hujjaj (Haji dan Hajjah) di
Mekah,mereka mempelajari ilmu dan kehidupan Islam khasnya dan Arab amnya
dan mengajarkan kepada masyarakat setelah pulang ke tanahair. Kebanjiran
penuntut ilmu ditanah arab juga menjadi penjana kepada pengaruh alam melayu
terhadap ilmu dan kesusasteraan Arab serta Islam.
Jika kedatangan hindu dan budha menghasilkan tulisan “Kawi” yang
bersumberkan tulisan Sanskrit, kedatangan Islam dan ketamadunannya
membawa alam melayu ke satu tahap ilmu yang lebih mantap sehingga
terhasilnya tulisan “Jawi” yang terkesan dengan tulisan Arab. Malah penulisan
dan gaya bahasa yang digunakan dalam masyarakat alam melayu terkesan
dengan gaya bahasa dan irama Arab.kita dapat pastikan kebenarannya melalui
kaedah membaca kitab melayu lama yang masih terdapat di pondok-pondok di
Kelantan, Fathoni, Kedah, Terengganu, Perak dan Johor. Kemahiran penggunaan
tulisan jawi dan gaya bahasanya yang unit dalam penagajian kitab melayu lama
Sastera Bandingan 6 / 16

amat membantu alam melayu memahami bahasa arab dalam mendalami Islam
dan kebudayaan Arab.

b) Kisah Sastera dan Kesenian

Kesan kesusasteraan Islam Arab amat jelas dan menyerlah dalam


kesusasteraan melayu khasnya dalam hikayat, kisah, nukilan, puisi dan nyayian.
Unsur keresapan kesusasteraan Arab dan Islam amat cerlang dan dapat dilihat
pada muqaddimah atau permulaan hikayat atau nyanyian, masyarakat melayu
biasanya akan memulakan penceritaan atau nyanyian atau tulisan dengan puji-
pujian kepada Allah dan rasulnya sebagai contoh, membahagikan penyampaian
mengikut gaya bahasa Arab yang memecahkan pembahagian mengikut “bab ‫الباب‬
“, “fasal ‫ “ الفصفل‬dan “bahas ‫“ البحفث‬. Pengkaji cuba bawakan dua aspek sebagai
contoh pengaruh pertembungan sastera melayu dengan Arab dan Islam.

1- Kisah
Sebelum kemunculan Islam di tanah melayu, seni kisah
kesusateraan melayu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Budha dan
Hindu seperti hikayat Ramayana dan Mahabratha. namun selepas
kedatangan islam, unsur-unsur Islam mula mengambil tempat dan kisah
pahlawan-pahlawan Islam mula menggantikan kisah dewa-dewi dengan
kehebatan yang dikhayalkan.
Banyak kisah-kisah yang mashur di zaman awal kedatangan Islam
mula mendapat sentuhan perubahan dari unsur-unsur Hindu kepada
unsur-unsur Islam. Antara kisah yang direformasikan adalah Hikayat
Marakarma, Hikayat Seranjabaya dan Hikayat Indrajaya. Kisah-kisah ini
mula di editkan semula dan digantikan nama-nama Dewa dengan nama-
nama Malaikat, Hikayat Marakarma digantikan dengan namanya menjadi
Hikayat Al-Miskin, Hikayat Seranjabaya digantikan namanya dengan
Hikayat Ahmad Muhammad dan Hikayat Indrajaya ditukarkan menjadi
Hikayat Syahi Mardan.
Di zaman kesultanan melayu dikatakan muncul hikayat-hikayat yang
banyak yang menukilkan kisah-kisah islam dan sebelum islam,juga
hikayat- hikayat tentang pahlawan-pahlawan Islam seperti Hikayat Amir
Hamzah, Hikayat Hamzah, Hikayat Pahlawan Islam dan lain-lainnya yang
kebanyakan hikayat adalah terjemahan daripada nukilan asalnya
berbahasa Arab namun tidak dapat dipastikan siapakah penulisnya kerana
tiada catatan tentang penulis dan tahun penulisannya, kebayakan
Sastera Bandingan 7 / 16

sejarawan meletakkanya dalam era kurun kelima belas Masehi dizaman


kesultananMelaka (Rosni Samah; 1999).
Menyoroti kisah yang di filemkan sebagai contoh, kisah Madu tiga
nukilan P. Ramli ada persamaan yang jelas dengan nukilan kisah yang
serupa di mesir, perbezaan hanyalah tindakan watak suami dalam
menagani kehadiran isteri-isterinya, madu tiga versi melayu dilihat sebagai
takut isteri berbanding versi arab yang menampilkan keberanian suami
menghimpunkan isteri-isterinya dalam satu rumah. Kisah Ali Baba juga
punya pengaruh tersendiri terhadap sastera Arab dan Islam.

2- Syair
Kesusasteraan Melayu pada zaman sebelum kedatangan Islam
mempunyai beberapa jenis irama dan rentak yang manjadi cabang
kesenian, masyarakat Melayu dahulu adalah masyarakat yang kreatif
sehingga mampu mengubah kata-kata menjadi satu bentuk pertuturan
yang berirama serta indah untuk didengari, antara bentuk kata-kata
berirama yang wujud pada ketika itu adalah Pantun, Seloka dan gurindam.
Kesenian ini dapat dibuktikan melalui adat yang diamalkan dalam
kehidupan beradat masyarakat Melayu.
Selapas kedatangan Islam ke kepulauan melayu khasnya ke
Melaka,sasterawan melayu lama mula mengetahui dan mempelajari jenis
kesenian baru yang dinamakan “Syair”. Syair adalah satu kesenian arab
yang menjadi satu wadah penyampaian dalam arena kesusasteraan Arab,
syair adalah satu himpunan kata-kata berirama yang terikat dengan rima
yang sama pada akhirnya yang dinamakan wazan ( ‫) الوزن‬. Syair mengikut
sejarawan mula medapat perhatian dan dinukilkan dalam kesusasteraan
melayu seawal kurun keenam belas masehi dan depelapori pada peringkat
awalnya oleh Hamzah Fansuri, Abdul Samad Sumatera dan Al-Raniri.
Hamzah Fansuri adalah satu nama yang mengambil peranan
penting dalam menobatkan syair sebagai salah satu cabang
kesusasteraan melayu, beliau banyak mengadaptasikan syair
berkonsepkan sufi dan telah terkesan dengan syair yang dibawa oleh
sasterawan arab seperti Ibnu A’rabi, Al-Hallaj, Zin Nun Al-Masri dan Al-
Basthomi.
Pada tahun 1550 sehingga 1600 menampilkan pembikinan syair
secara meluas,seni puisi ini amat terkenal dikalangan masyarakat melayu
sehingga ia diterjemahkan dalam pelbagai tema termasuk tema Sufi,
Pengajaran, Nasihat, Sejarah, nyanyian, Lakunan dan sebagainya. Syair
bagaikan satu daya penarik baru kepada masyarakat melayu khasnya
kaum wanita (Rosni Samah ; 1999).
Sastera Bandingan 8 / 16

Syair melayu walaupun dikatakan diambil dan terkesan dengan


Syair dari tanah Arab namun ia mempunyai identitinya sendiri apabila
meletakkan rema akhirnya mengikut bunyi yang disebut dan bukannya
persamaan huruf akhir seperti pengamalan dalam Syair Arab. Syair melayu
kebiasaannya dibentuk dalam empat rangkap untuk membentuk satu cerita
atau bait.
Sastera Bandingan 9 / 16

Analisis perbandingan antara kesusasteraan Melayu dan


Kesusasteraan Arab Islam

1) Perbandingan : Kisah Faridah Hanum dan Kisah Zainab

Latar Belakang Penulis : syed Syeikh Al-Hadi

Syed Syeikh bin Ahmad Al-hadi telah diputerakan pada 25 Rejab 1281H
bersamaan 1867M di Kampung Hulu, Melaka. Beliau mendapat pendidikan awal
dibawah kelolan bapanya sendiri mengenai asas-asas bahasa arab, agama,
membaca dan menulis. Be;iau kemudiannya meneruskan pendidkan formalnya di
sekolah rendah dan menengah disekitar penentapannya di Melaka. Beliau
kemudiannya menyambung pengajiannya di Sekolah Melayu Settlements di
Melaka sebelum mengikuti bapanya berpindah ke Pulau Penyengat di
Indonesia(Rosni Samah ; 2007).
Di Pulau Penyengat, Syed Syeikh digolongkan dikalangan keluarga
terdekat kerabat diraja Pulau Penyengat dan diberikan keistimewaan oleh
pemerintah dizaman iyu iaitu Raja Haji Ali Kelana bin Al-Marhum Sultan
Muhammad Yusof Al-Hadi, beliau diberikan didikan dan ilmu disamping anak-
anak kerabat diraja terdekat.Syed Ahmad kemudian menghantar anaknya
menyambung pengajian dalam Bahasa Arab dan Agama di Terengganu. setelah
tamat pengajiannya di Terengganu, Syed Syiekh Al-Hadi kembali ke Pulau
Penyengat.
Ketika Raja Haji berangkat ke Mekah bagi menunaikan fardhu haji, Syed
Syeikh adalah antara peserta rombongan Raja Haji,Syed Syiekh mengambil
kesempatan menuntut ilmu ketika keberadaan mereka yang agak lama (beberapa
tahun) di tanah suci dengan menuntut ilmu dengan beberapa Ulama’ dalam
Bahasa Arab dan ilmu-ilmu agama. Selepas beberapa tahun belajar di Mekah,
Syed Syiekh akhirnya pulang ke Pulau Penyengat dan berkahwin dengan anak
perempuan Bapa Saudaranya pada tahun 1309H ketika usianya 28 tahun.
Di Pulau Penyengat. Syed Syiekh dibeikan amanah oleh ayahandanya
sebagai penjaga keperluan putera-putera Raja dan pembesar negara yang
menjejakan kaki keta Tanah Arab (Saudi), Lubnan atau mesir samada untuk
umrah, melancong mahupun menyambung pengajian. Syed Syiekh banyak
mengiringi putera-putera dan anak-anak pembesar disana dan sempat
menerukan pengajiannya disana dengan menghadiri majlis-majlis ilmu,
Sastera Bandingan 10 / 16

menziarahi para ulama’ dan aktiviti-aktiviti lain yang menambahkan


pengetahuannya.
Syed Syiekh Al-Hadi dilihat sabagai seorang tokoh pembaharuan dalam
kebudayaan, pendidikan, politik dan pendidikan diawal penglibatannya dalam
perjuangan di tanahair,beliau dikatakan antara tokoh kaum muda yang membawa
wadah perjuangan baru dari tanah arab bersama-sama teman seangkatannya.
Gaya pemikirannya dikatakan terpengaruh dengan gerakan pembaharuan dan
pemikiran yang dipelopori oleh ulama’ Al-Azhar bernama Syiekh Muhammad
Abduh melalui perguruannya dengan muris kepada Syiekh Muhammad Abduh
bernama Syed Rasyid Redha.
Tahun 1895M dikatakan era kebangkitan gerakan pemulihan dan
pembaharuan budaya, politik, sosial, pendidikan dan sebagainya dimesir, Syed
Syiekh Al-Hadi dikatakan antara yang terkesan dengan gerakan “memerdekan
wanita” yamh dibawa oleh Syiekh Muhammad Abduh. Pengaruhnya kepada
gerakannya dapat diperhatikan dengan jelas dalam penulisannya yang banyak
berkisar tentang wanita dan kemerdekaan mereka dari tekanan dan
“penganaktirian” dalam masyarakat.
Terlalu banyak yang hendak diperkatakan tentang pengaruh Syed Syiekh
Al-Hadi dalam pemulihan wanita dalam masyarakat dan pembaharuan kedudukan
wanita dalam alam melayu. Riwayat nukilan baliau banyak mengetengahkan
wanita kesatu maqam yang termulia. Antara riwayat kesusasteraan tulisan Syed
Syiekh Al-Hadi adalah “Riwayat Faridah Hanum” (1925M) atau nama asalnya
Riwayat Thoa’h al-a’syiq li ma’syuqatihi – Kisah Cinta Buat Kekasih “Riwayat
Bustan al-i’sq –Kisah Taman Cinta” (1928M), Hikayat Fatat Ghossan – Kisah
Gadis Ghassan” (1928M), “Hikayah Mira’t Al-Hayah– Kisah Kehidupan seorang
Wanita” (1929M) dan “Hikayat Malikah Nurul A’in – Kisah Permaisuri Nurul A’in”
(1929M). Banyak lagi nulilan beliau yang tidak diketengahkan pengkaji disini
(Rosni Samah ; 2007)
Syed Syiekh bin Syed Ahmad Al-Hadi dijemput mengadap penciptanya
pada 6 Zulkaedah 1352H bersamaan 25 Febuari 1934M di Pulau Pinang.

Latar Belakang Penulis : Hussien Haikal

Mohamed Hussein Heikal di lahirkan pada 20 Ogos 1888 di desa Kafr


Ghannam yang terletak dalam Bandar Al-Senbllowin, Dakahlia. ayahnya Hussein
Salim adalah dari keturunan Ketua puak di kampungnya. Menjadi kebisaan bagi
masyarakat Mesir menghantar anak mereka jauh ke bandar kaherah untu
menutut ilmu kerana kurangnya fasaliti di kampung dan jauh dari kediaman,
Sastera Bandingan 11 / 16

Hussein Salim telah menghantar anaknya kepada Syaikh Ibrahim Gad untuk
diajarkan Al-Quran, Heikal kemudiannya melanjutkan pengajian Sekolah Rendah
Al-Jamaliyyah, kemudian meneruskan pengajian menengah dan diteruskan
dengan ijazah di Kaherah pada 1905M. Haikal buat pertama kalinya bertemu
dengan Syeikh Ahmed Lotfi di desa "Burqin" (Burqin adalah daerah berhampiran
dengan “Kafr Ghannam” di Bandar yang sama), Syiekh Ahmad Lutfi telah
bercerita panjang tentang dunianya, dalam perbualan panjang antara Haikal
dengan Ahmad Lutfi, Haikal telah ditanya tentang cita-citanya lalu dia menjawab:
Engineering, Ahmad Lutfi mengsyurkannya meneruskan pengajiannya dalam
bidang yang disukainya. Setelah janji dengan ayahnya, Haikal memulakan
langkah perjalanan ke luar negeri untuk mendapatkan gelar doktor.
Ketika cuti semester, Haikal mula menyibukkan dirinya dengan agendanya
tersendiri berkaitan penulisan yang mula diminatinya sehingga dia tidak lagi turun
membantu keluarganya dalam aspek. Haikal terlalu gigih menbaca serta
menghayati puisi-puisi sehingga beliau tergerak untuk menulis dalam majalan dan
akhbar. Haikal mula menukilkan ideanya dalam majalahnya sendiri yang diberi
nama “Al-Fadhilah” yang kemudiannya dicetak oleh "Al-Balozp" dan diedarkan
kepada penduduk sekitar kampungnya. Dalam masa yang sama, Haikal mula
menyelitkan keperihatinannya terhadap wanita dalam majalahnya bersandar idea
Syiekh Muhammad Abduh yang digembeling bersama tulisan-tulisan gurunya
Syeikh Ahmad Lutfi.
Haikal mula mengkaji bahan bacaan umum dan bebas seperti tulisan John
Stuart Mill, "Al-A’dl" oleh Spencer, dan "Tokoh dan Revolusi Perancis," oleh
Carlyle, Haikal kemudiannya meneruskan pengajiannya di Paris diperingkat
Ijazah Kedoktoran. Di masa mendalami ijazah kedoktorannya, Haikal sempat
memasuki Sekolah Tinggi Ilmu Sosial bagi mendapatkan kepelbagaian ilmu.
Haikal juga telah merendahkan dirinya mendengar dan mempelajari
kesusasteraan Perancis sehingga mampu menghayatinya. Pengkajian Haikal
tidah terhenti pada kuliah yang diikutinya sahaja malah dikemaskan dengan
menghadiri seminar dan pameran disekitar kota kesusasteraan itu. Dalam masa
tiga tahun diperancis, haikal akhirnya menyelesaikan Ijazah Kedoktorannya di
Universiti Paris pada tahun 1913 dalam Phd dalam bidang Undang-Undang.
Meniti detik- detik terakhirnya di Paris, Haikal banyak menulis buku
hariannya tentang Paris, beliau menulis keadaan paris dan apa yang dilihatnya di
Paris, Haikal melihat kesan-kesan sastera dan masyarakat Paris sebagai satu
agenda baru pembangunan masyarakat, jika diterbitkan namun beliau tidak
menerbitkan ideanya kerana beliau mula tenggelam dalam kerinduannya
terhadapt tanahairnya Mesir; lalu diterjemahkan perasaannya dalam nukilannya
"Zainab". Kepulangan Haikal kebumi Mesir membawa bersamanya Ijazah
Kedoktoran dan Novelnya “Zainab” membawa agenda baik ke Mesir dengan
kisah cinta “Zainab” yang diterbitkan pada 1914M.
Sastera Bandingan 12 / 16

Hussein Haikal meneruskan kehidpupannya dalam agenda pemikirannya


tersendiri dalam akhbar, penuliasan dan pengajarannya di Universiti sehingga
akhir hayatnya pada 8 Disember 1956M (Ibrahim Ahmad Hamzah. 2008).

Ringkasan kisah Faridah Hanim


Kisah dimulai dengan menyusuri sebuah rumah cantik berhampiran Jalan
Abbasiah, seorang lelaki bernama Baih tiba-tiba muncul dari dalam rumah itu.
Baih yang sentiasa sibuk dengan urusan syarikat dan tugasannya merupakan
pembantu kepada ayah Faridah Hanum, Baih mempunyai anak bernama Syafiq
Afendi. Kemudian dibawa gambaran ke sebuah rumah yang berdekatan dengan
rumah cantik tadi,rumah ini lebih cantik dari rumah sebelumnya dan ia merupakan
milik Qasim Baih, bapa kepada Faridah Hanum.
Epilog berubah kepada satu kisah pertemuan pertama antara Faridah
Hanum dan Syafiq Afendi dipertengahan jalan, masing-masing mendiamkan diri
namun mata saling memerhati. Hasil pertemuan ini, bermulalah pertemuan
mereka di tengah taman di rumah Faridah Hanum.
Bermula pertemuan pertama itu,menyusurilah pertemuan kedua kali
mereka dan diteruskan dengan beberapa pertemuan lagi selepasnya. Dalam satu
pertemuan, Syafiq Afendi telah membawa Faridah Hanim menaiki Kereta Kuda
mengelilingi bandar dari Abbasiah ke Attabah kemudian ke A’bidin menuju ke Bab
Al-Luq, kemudian menyusuri Jalan Qisr Al-A’ini menghala ke Al-Jazierah dan
akhirnya berhenti di Piramid. Kadang-kadang mereka mengadakan pertemuan di
rumah sewa Syafiq Afendi dipinggir kota.
Kisah kemudiannya memancarkan epilog kehadiran Bapa saudara Faridah
Hanum yang menetap di Kota Iskandariah untuk melamarnya buat anaknya
Baharuddin, bapa Faridah tanpa bertanya kepada Faridah Hanum terus
menerima lamaran tersebut. Faridah dalam paksaan akhirnya berkahwin dengan
sepupunya. Syafiq Afendi yang tergamam dengan berita ini merasakan dunianya
telah gelap dan membawa diri jauh dari kampung halamannya dengan
menganggotai Pasukan Pertahanan Negara,
Dalam perkhidmatan ketenteraannya, Syafiq Afendi berpindah ke Sudan
dalam misi khas negaranya memerangi pemberontakan, ketelah keamanan di
Sudan mula dirasai, Syafiq Afendi dipindahkan kembali ke Kota Kaherah dan
menetap di Kota Iskandariah.
Kisah memaparkan keretakan hidup Faridah Hanum sehingga membawa
kepada permisahan antara Faridah Hanum dengan bekas suaminya. Setelah
i’ddah faridah Hanum berakhir, Syafiq Afendi kembali kepada Faridah Hanum dan
menikahinya, hiduplah sepasang kekasih aman bahagia menempuhi alam
Sastera Bandingan 13 / 16

rumahtangga mereka. Berakhirnya kisah ini dengan kegembiraan setelah cinta


yang terputus disatukan dalam alam rumahtangga.

Ringkasan kisah Zainab

Kisah Zainab karangan Haikal merupakan antara tulisan awal tentang


kisah yang berkisar tentang kehidupan petani dan suasana kampung, is
merupakan satu gambaran baru kepada masyarakat Mesir khasnya dalam dunia
karyawan. Kebanyakan pengkritik Sastera bersepakat mengatakan nukilan Haikal
ini merupakan pembuka pintu kesenian kisah dalam Kesusasteraan Mesir Moden.
Kisah Zainab ini dikatakan amat terpengaruh dengan kesusasteraan
Perancis yang dibaca Haikal, satu adaptasi nukilan berciri Perancis dengan tokoh
percintaan yang disalutkan dengan kisah kehidupan yang dilaluinya dilihat secara
langsung dan tidak langsung.
Kisah zainab menyadurkan cinta antara Zainab dan Hamid dalam satu
epilod dan kisah cinta Zainab bersama Ibrahim, kisah ini juga membawa episode
cinta antara Hamid dengan Azizah selain cintanya bersama Zainab. Kisah Zainab
menggambarkan episode kehilangan cinta dan putus asa yang hadir dalam
keperibadiannya.
Ringkasnya, Hamid seorang pemuda kampung terpelajar dari universiti di
Kaherahtelah jatuh hati pada sepupunya Azizah yang tinggal di Bandar, menjadi
satu larangan dalam adapt perkampungannya berkahwin sesame saudara, Hamid
akhirnya pulang ke Kampungnya. Ketika dikampung, Hamid telah jatuh hati dan
bercinta dengan anak pekerja ladangnya bernama Zainab. Cinta Hamid sekali lagi
terhalang kerana ketidaksaan martabat antara keduanya, keluarga Zainab telah
memaksa Zainab berkahwin dengan seorang pemuda kampung yang setaraf
dengan keluarga mereka bernama Ibrahim. Ibrahim, ketua ladang milik Hamid
sememangnya amat sukakan Zainab yang terkenal dengan kecantikannya, lalu
berkahwinlan Zainab dengan Ibrahim secara paksaan. Hamid yang terguris
kerana peristiwa Zainab dikahwinkan dengan orang lain telah membawa diri ke
Sudan dalam khidmat ketenteraannya meninggalkan cintanya yang tak berhasil.
Zainab pula memendam rasa cintanya pada Hamid sehingga sakit malah
penyakitnya itu semakin parah sehingga menyesak ke paru-paru. Berakhirnya
kisah cinta yang tidak kesampampaian dengan penutup yang menyedihkan.
Sastera Bandingan 14 / 16

Analisis perbandingan

Kisah Faridah Hanum dan kisah Zainab kedua-duanya kisah cinta


terhalang namun perbezaan yang hadir adalah Faridah Hanum akhirnya
berkahwin dengan Syafiq yang menjadi cinta hatinya, berbeza dengan kisah
Zainab yang berakhir dengan luka cinta yang dalam dan menyedihkan tanpa
penyatuan semua.
Perbezaan antara kisah Zainab dan Faridah hanum ini juga adalah tarap
mereka dalam masyarakat dimana Zainab dan Hamid terhalang cinta mereka
kerana darjat namun Faridah Hanum dan Syafiq dihalang dengan pilihan keluarga
Zainab.
Persamaan kedua-dua kisah ini juga adalah watak syafiq (dalam Faridah
Hanum) dan Hamid (dalam Zainab) membawa diri dan kesedihannya dengan
berkhidmat sebagai tentera dan berkhidmat jauh dari persekitaran peristiwa sedih
(berkidmat di Sudan).
Kisah cinta ini mengambarkan pengaruh kisah Zainab yang terbawa dalam
kisah Faridah Hanum hasil pertembungan penulis kisah Faridah Hanum
bertandang ke Mesir dalam jelajah ilmunya dan terkesan dengan pembawakan
pemikiran Syiekh Muhammad Abduh dalam diri Syed Syiekh Al-Hadi dan Hussien
Haikal
Sastera Bandingan 15 / 16

Penutup

Keterpengaruhan kesusasteraan Melayu terhadap kesusasteraan Arab


adalah suatu yang tak dapat disangkalkan lagi khasnya dalam kesusasteraan
moden, perkara ini dapat perjelaskan dengan membandingkan kisah Faridah
Hanum karangan Syed Syiekh Al-Hadi dan kisah Zainab karangan Hussien Haikal
yang menjadi contoh utama dalam pebandingan sastera. Syed Syiekh Al-Hadi
adalah antara penulis awal dalam nukilan kisah yang membawa watak Faridah
dalam nukilannya yang terpengaruh dengan kisah zainab yang dibawa oleh
Haikal dalam terbitan sebelumnya.
Nukilan ini menjadi lambang pengaruh pemikiran Syiekh Muhammad
Abduh dalam diri Syed Syiekh Al-Hadi sehingga mampu mencorakkan satu
nukilan yang mantap dengan menampilkan Faridah Hanum sebagai seorang
wanita Islam melayari percintaannya, nukilannya juga mematlamatkan penunaian
hak wanita dalam masyarakat. Haikal dalam nukilannya pula menobatkan Zainab
sebagai satu watak penting dalam pencetusan ideanya disamping hasratnya
melihat hak wanita terlaksana di Mesir.
Pengkaji mengharapkan perbandingan kesusasteraan Melayu dan Arab
Islam terus mendapat perhatian sasterawan Melayu khasnya sasterawan
Malaysia agar mutu dan kemantapan kesusasteraan Malayu dapat diketengahkan
setara dengan kesusasteraan dunia. Kesusasteraan pastinya tidak mampu
dipisahkan dari dari pertembungan dan pengaruh sastera yang dibandingkan
kerana kesusasteraan adalah suatu kehidupan yang takkan luput selagi wujud
pendokongnya. Masih banyak pengaruh sastera melayu dari sastera arab yang
boleh diketengahkan sebagai gagasan baru Pengajian Sastera Bandingan.
Sastera Bandingan 16 / 16

Rujukan

1- Rosni Samah (2008), Hauliyyat Jamiat Islamiah A’lamiyyah 08, Malaysia :


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
2- Rosni Samah (2002), Al-Manarah, Jordan : Jamiah Ali Al-Bait
3- Rosni Samah (2003), Al-Tajdid, Malaysia : Universiti Islam Antarabangsa
Malaysia.
4- Rosni Samah (2000), Majalah Kulliyyat Al-Adab (Jilid 60 Bil 1), Kaherah :
Universiti Kaherah
5- Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia (edisi ke-2). Shah Alam:
Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd
6- Rosni Samah (2007), Majalah Al-Lughat Wal Tarjamah (Jilid 3 Bil 2 Juzu’ ‫أ‬
), Mesir ; Fa’a’liyyat Al-Mu’tamar Ad-Dauly Al-Arabi’ Li Kuliyyah Alson
Jamiah Almania.
7- Rosni Samah (1999), Majalah Jamiah Umm Al-Qura (Jilid 12 Bil 19),
Riyadh : Umm Qura University.
8- Ibrahim Ahmad Hamzah. (2008). Syabab Al-Misr Awwal Jaridah Al-
Elotronikiyyah yaumiyyah Misriyyah.
http://shbabmisr.com/?xpage=view&EgyxpID=12587 .

You might also like