You are on page 1of 10

E B A H A N

T
B A C A A N

A Z K I R A H

AGENDA TARBIYYAH
ISLAMIYYAH
HARAKIYYAH YANG
EFEKTIF
RUKUN BAIAH :

MUQADDIMAH

Sekalong doa buat Mujahid Agong Asy – Syahid Al Imam Hassan Al Banna rhm.
Sebagai orang yang bertanggungjawab mengemukakan Rukun Baiah . Tahun ini
( 2002 ) adalah tahun yang menggenapkan usia 54 th. Kesyahidan beliau . Semoga
rohnya bersemadi dikalangan mereka yang mendapat nikmat di sisi Allah swt.

Semoga Allah swt. terus mencucuri rahmat ke atas Asy – Syahid dan kepada
mereka yang mengikut jejak langkahnya untuk memperjuangkan agama Allah swt .

Saudaraku yang dihormati sekeliian :

Hari ini kita sedang menghadapi suatu reality bahawa perjuangan menyambung
lidah baginda rasul saw. semakin sengit dan getir . Suatu reality yang memaksa
kita memiliki segala kekuatan dalaman dan luaran.

Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis
kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang
lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan
musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak
mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu
belanjakan pada jalan

AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu, dan kamu tidak akan
dianiaya.

Surah Al Anfaal . Ayat : 60

Ulama’ – ulama’ di sepanjang zaman , tidak sunyi dari mencari jalan dan formula
demi menyediakan kekuatan ummah , terutamanya kekuatan dalaman dan
kestabilan aqidah . Sekalipun perancangan atau konspirasi musuh senantiasa
membayangi mereka .
Benarlah apa yang disebut oleh Baginda Rasul saw. :

Akan senantiasa ada dikalangan ummatku ( bilapun zaman dan dimana pun
tempat), mereka yang memperjuangkan kebenaran.

Al Imam Hassan Al Banna antara mereka yang mengemudi Tooifatulhaq tampil


dengan Arkanul baiahnya sebagai formula pembinaan kekuatan ummah .

ARKANUL BAIAH .

Arkanul baiah antara otot yang mampu memastikan ketahanan dan


kelansungan perjuangan tatkala menghadapi tahaddiyat yang memaksa dan
mendesak .

Arkanul baiah juga antara bahan kekuatan dalaman yang berkesan untuk
menangkis virus mazmumah yang merosakkan Harakah Islamiyyah .

Kejituan intima’ dan keiltizaman individu muslim dengan Harakah Islamiyyah


pula banyak dipengaruhi oleh Arkanul Baiah dan sejauh mana penghayatannya.

Akhlak dan disiplin berjamaah turut lengkap apabila setiap gerak langkah
menyusun program dan mengatur strategi dibayangi oleh Arkanul baiah . Sedang
akhlak atau disiplin merupakan menara tertinggi bagi syiar Harakah Islamiyyah .

Saudara ku yang dihormati sekelian .

Sungguhpun abad ini menyaksikan Harakah Islamiyyah akan menghadapi


kelancangan gerakan musuh dengan alat bantu mereka yang serba terkini , namun
kita tetap yakin , kemenangan hakiki perjuangan ini tidak akan tergendala , malah
semakin hampir .

Kemenangan Islam di dalam rekod perjuangan ummah , pula membuktikan bahawa


Islam menang dengan tidak semata - mata bergantung kepada kepakaran tenaga
dan kecanggihan jentera , tetapi banyak bergantung kepada penghayatan
Tarbiyyah Islamiyyah Harakiyyah yang efektif .

AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

Maka Arkanul baiah yang sepuluh adalah antara maddah atau agenda tarbiyyah
yang mampu mengkaderkan anggota jamaah dan melengkapkan mereka sebagai
Ansarullah .

Saudara ku yang dihormati sekelian .

Kita membincangkan Arkanul baiah , bukan kerana kita taasub kepada Ikhwanul
Muslimin sebagaimana yang didakwa oleh individu – individu tertentu . Tetapi
kerana kandungannya yang sangat menepati objektif murni Islam itu sendiri .
Pertama : FAHAM

Barangsiapa yang dikehendaki oleh Allah swt. kebaikan nescaya


Ia diberi faham tentang agama .

Fahami ( Islam secara mendalam ) sebelum kamu dilantik menjadi pemimpin .

Ucapan Saiyidina Umar Al Khattab Rha.

Kedua : IKHLAS ‫الخلص‬

Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku,


hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
Tiada sekutu bagiNya, dan dengan yang demikian sahaja aku diperintahkan, dan
aku (di antara seluruh umatku) adalah orang Islam yang awal pertama - (yang
berserah diri kepada Allah dan mematuhi perintahNya)".
Surah Al Ana’am . Ayat : 162 - 163

Ketiga : AMAL

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Beramallah kamu (akan segala yang


diperintahkan), maka Allah dan RasulNya serta orang-orang yang beriman akan
melihat apa yang kamu kerjakan; dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah)
Yang Mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata, kemudian Ia
menerangkan kepada kamu apa yang kamu telah kerjakan".
Surah At Taubah . Ayat : 105

AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

Keempat : JIHAD

Tidaklah sama keadaan orang-orang yang duduk (tidak turut berperang) dari
kalangan orang-orang yang beriman - selain daripada orang-orang yang ada
keuzuran - dengan orang-orang yang berjihad (berjuang) pada jalan Allah (untuk
membela Islam) dengan harta dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal
duduk (tidak turut berperang kerana uzur) dengan kelebihan satu darjat. Dan tiap-
tiap satu (dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik
(Syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas orang-orang
yang tinggal duduk (tidak turut berperang dan tidak ada sesuatu uzur) dengan
pahala yang amat besar;

Surah An Nisa’ . Ayat : 95

Barangsiapa yang mati sedang ia tidak berperang dan tidak pula berniat untuk
berperang , matilah ia sebagai mati jahiliyyah .
( Al hadis )

Kelima : PENGORBANAN

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa
mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh
Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka
ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai
janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil
serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada
Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya
itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang
besar.

Surah At Taubah . Ayat : 111

Keenam : TAAT
Aku berwasiat kepada kamu supaya bertaqwa kepada
Allah Azza wa Jalla dan dengar serta taat sekalipun
pemimpin yang dilantik dikalangan kamu hanyalah
seorang hamba abdi .
( Al Hadis , Matan Al Arbai’n )

AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

Ketujuh : THABAT

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang


bersikap benar menunaikan apa yang telah
dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang
membela Islam); maka di antara mereka ada yang
telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur
syahid), dan di antaranya ada yang menunggu
giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang
mereka janjikan itu) sedikitpun.
Surah Al Ahzaab . Ayat : 23

Kelapan : TAJARRUD

(Katakanlah wahai orang-orang yang beriman:


"Ugama Islam, yang kami telah sebati dengannya
ialah): celupan Allah yang mencorakkan seluruh
kehidupan kami dengan corak Islam); dan siapakah
yang lebih baik celupannya daripada Allah? (Kami
tetap percayakan Allah) dan kepadaNyalah kami
beribadat".
Surah Al Baqarah . Ayat : 138

Kesembilan : UKHUWWAH

Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya


beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada
Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus
percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka
berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada
jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar
(pengakuan imannya).
Surah Al Hujurat . Ayat : 15

Kesepuluh : THIQAH

Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka


tidak disifatkan beriman sehingga mereka
AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

menjadikan engkau hakim dalam mana-mana


perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian
mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu
keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan,
dan mereka menerima keputusan itu dengan
sepenuhnya.
Surah An Nisa’ . Ayat : 65

Saudara ku sekelian :

Sedemikian antara Nas yang sempat ana kemukakan


sekadar untuk gambaran asas bahawa kita bukan
ta’asub kepada ikhwan kerana mengkaji Arkanul
baiah dan beramal dengannya . ( Segalanya adalah
kerana sabit nas. )

Kita sedar dan selayaknya kita memahami bahawa


menerima pakai teori perlaksanaan amal Islami yang
dikemukakan oleh siapa saja tokoh gerakan Islam
termasuk Al Imam Hassan Al Banna , mestilah
terlebih dahulu mengambil kira natijah qiraat Al
Zuruf .

Justeru itu , membaca zuruf perjuangan kita di


Malaysia , kita amat perlu kepada pemimpin dan
pejuangnya yang menghayati Arkanul baiah . Kita
masih menghadapi 1001 kepincangan dalaman untuk
menangani konspirasi musuh .

Bagaimana masih ada anggota jamaah PAS yang


tidak memahami Islam dengan sejelas – jelasnya
yang akhirnya mencacatkan dakwah dan
perjuangannya . maka rukun baiah yang pertama
iaitu Al Fahmu dengan usul 20 nya , boleh
membantu untuk kita mengatasi masaalah tasawwur
atau kefahaman yang masih kabur .
Usul 20 mengemukakan sekurang – kurangnya 11
asas kefahaman mengenai Islam .

1. Kesyumulan Islam
2. Sumber asas hukum – hukum Islam
3. Hakikat Iman
4. Siasah Syari’yyah
5. Masaalah Khilafiyyah
AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

6. Bagaimana menangani perkara – perkara


bida’ah
7. Martabat orang – orang soleh / alim
ulama’
8. Bagaimana berinteraksi dengan quran
dan sunnah
9. Asas Amal
10. Martabat ilmu dan fungsi aqal
11. Isu kafir mengkafir .

Begitulah juga rukun – rukun baiah yang lain . Antara


yang paling ketara masaalah yang kita hadapi dalam
jamaah kita di Malaysia , sehingga Arkanul baiah
amat relevan untuk dihayati atau diamali , ialah
persoalan ukhuwwah taat, pengorbanan , tajarrud ,
thiqah sehingga persoalan ikhlas kadangkala turut
mengkronikkan masaalah dalaman jamaah .

Saudara ku yang dihormati sekelian .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang pertama Al


Fahmu , akan menyelesaikan kedangkalan fikrah dan
kefahaman tentang Islam yang mana ianya satu ruang
yang memungkinkan pejuangnya tersasar dan
terseleweng dari hadaf perjuangan .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang kedua Al


Ikhlas , akan menamatkan krisis ego dan maslahah
peribadi serta politik cantas sekaligus melengkapkan
syarat kemenangan bagi sebuah Harakah Islamiyyah .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketiga Al


Amal , akan mengatasi masaalah overlap dan krisis
tenaga dalam jamaah . Ianya turut mengatifkan
jamaah dalam pelbagai lapangan amal Islami .
· Al Amal melahirkan individu pejuang dan
jamaah haraki yang hakiki melalui maratibnya
yang tujuh :

· ‫ إصلح النفس‬Pengislahan jiwa .

· ‫قوي الجسد‬ Jasad yang kuat


· ‫متين الخلق‬ Akhlak yang kontan
AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

· ‫مثقف الفكر‬ Fikrah yang intelek


· ‫قادرا على الكسب‬ Mampu
berdikari
· ‫سليم العقيدة‬ Aqidah yang sejahtera
· ‫صحيح العبادة‬ Ibadah yang sah
· ‫مجاهدا لنفسه‬ Mujahadatun nafs
· ‫حريصا على وقته‬ Memelihara
waktu
· ‫منظما في شئونه‬ Kerja yang
bertanzim
· ‫نافعا لغيره‬ Bermanafaat untuk
orang lain .

· ‫تكوين البيت المسلم‬

· ‫إرشــاد المجتمع‬

· ‫تحرير الوطن‬

· ‫إصلح الحكومة‬

· ‫إعادة الكيان الدولي للمة السلمية بتحرير أوطانها و إحياء‬


‫مجدها و تقريب ثقافتها و جمع كلمتها حتى يؤدى ذلك كله إلى‬
‫إعادة الخلفة المفقودة و الوحدة المنشــــدة‬
· ‫أستاذية العالم بنشر دعوة السلم في ربوعه حتى ل تكون فتنة‬
‫و يكون الدين كله ل‬

Arkanul baiah melalui rukunnya yang keempat , Al


Jihad , melahirkan pejuang yang meletakkan Islam di
atas segala kepentingan hidup yang lain , serta
bermati – matian mempertahankan kesucian Islam
sehingga musuh tidak boleh memandang ringan
terhadap perjuangan Islam .
Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelima , At
Tadhiyyah , menguatkan jamaah dengan kesediaan
pejuang – pejuang untuk mewaqafkan diri dan
berkorban apa sahaja . Hal ini melancarkan
gerakkerja dan menyelesaikan masaalah “ main
alasan ” yang sering mengundang ketergendalaan
operasi dan strategi .

AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

Arkanul baiah melalui rukunnya yang keenam , At


Thoa’h , menghidupkan jentera jamaah dan
mengemaskini pergerakan sehingga mencapai hadaf
dengan jaya . Ia jua bererti segala lubang musuh
untuk memecah kesatuan jamaei tertutup rapat .
Segala arahan dan peraturan jamaah dapat
direalisasikan sebagai mana yang dirancang .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang ketujuh , As


Thabat , memanjangkan hayat perjuangan sehingga
tahkik ghayah dapat dicapai , sekalipun perjuangan
itu berlansung dalam lingkaran mustakbirin yang
senantiasa menanti peluang untuk menghancurkan
gerakan Islam dengan usaha mereka yang bertubi –
tubi .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang kelapan , At


Tajarrud , membawa pejuang – pejuang Islam keluar
dari krisis wala’ dan dilema fikrah , mereka akan
selamat dari lambaian ‫ دعاة على أبواب جهنم‬. Sehingga
seluruh minda , fizikal dan roh mereka semata – mata
untuk Islam .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesembilan ,


Al Ukhuwwah , menyelamatkan perjuangan dari
binasa angkara tanazu’ dan krisis peribadi anggota
jamaah . Sekaligus mencetus kombinasi kerja yang
jitu setelah mengikis prasangka dan su’uz Zhon
dengan semangat persaudaraan Islam yang tinggi .

Arkanul baiah melalui rukunnya yang kesepuluh ,


Ath Thiqah , menutup ruang musuh untuk
memporak - perandakan jamaah , serentak itu
terbentuk suasana tenang dan harmoni yang
memungkinkan rahsia jamaah terpelihara dan
gerakkerja jamaah secara detail dapat dihalusi dan
dinilai dengan bijaksana . Pengagihan tugas dan
pengarahan tanggung jawab dapat dilansungkan
dengan sebaik mungkin sedang ia antara asas
kekuatan dalaman .

AGENDA TARBIYYAH ISLAMIYYAH HARAKIYYAH YANG EFEKTIF_________

PENUTUP

Jelasnya , Arkanul baiah adalah unsur positif ke


arah kesempurnaan syakhsiyyah Islamiyyah dan
Jamaah Harakiyyah .

You might also like