You are on page 1of 7

1.

0 TAJUK

Pergerakan Asas Lokomotor dan Bukan Lokomotor Dengan Manipulasi


Alatan.

2.0 PENGENALAN

Kemahiran asas dapat diklasifikasikan kepada empat komponen yang utama


iaitu Pergerakan Asas, Kemahiran Manipulatif, Kemahiran Asas Sukan dan
Kemahiran Asas Fizikal. Kemahiran Pergerakan Asas bolleh dibahagikan kepada
tiga komponen utama iaitu Kemahiran Lokomotor, Kemahiran Bukan Lokomotor dan
Kemahiran Memanipulasikan Alatan.

Dalam Kemahiran Lokomotor, individu perlu bergerak dari satu tempat ke


tempat yang lain manakala Kemahiran Bukan Lokomotor ialah pergerakan setempat
dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu buka-tutup, naik-turun
dan pusing-putar.

2.1 Lokomotor

Lokomotor bermaksud pergerakan dari satu tempat ke tempat yang lain.


Terdapat dua jenis lokomotor iaitu Lokomotor Beritma Sekata dan Lokomotor
Beritma Tidak Sekata. Kemahiran Lokomotor mempunyai lapan pergerakan iaitu
lima pergerakan Beritma Sekata dan tiga pergerakan Beritma Tidak Sekata.

Bagi lokomotor beritma sekata ialah :-


1. Berjalan
2. Berlari
3. Melompat ( mendarat dengan dua kaki )
4. Hop ( melompat dan mendarat dengan sebelah kaki )
5. Leap ( melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki
berselang seli )
Lokomotor Beritma Tidak Sekata ialah :
1. Skip
2. Galop
3. Melongsor

2.2 Pergerakan Bukan Lokomotor

Pergerakan Bukan Lokomotor merupakan pergerakan yang static atau


setempat dan tumpuan diberi kepada keseluruhan tubuh badan iaitu aktiviti seperti
buka tutup, naik turun dan pusing putar. Pergerakan ini dilakukan tanpa
menggerakkan dasar menyokong seseorang individu. Antaranya ialah :-
1. Meregang
2. Memusing
3. Membongkok
4. Menghayun
5. Menolak
6. Menarik
7. Mengilas
8. Bangkit
9. Rebah
10. Berbuai-buai atau bergerak dari kiri ke kanan dan sebaliknya

Pada tahun 1977, Burton mengatakan bahawa kesemua pergerakan


merupakan variasi 18 pergerakan asas yang disenaraikan di atas. Contohnya,
pergerakan-pergerakan berikut merupakan kombinasi pergerakan-pergerakan di
atas :-
1. Merangkak = membongkok + berjalan

2. Membaling = hayunan dengan tangan dibengkokkkan + satu atau lebih


langkah berjalan atau berlari
3. Mendekan = rebah + membongkok, menolak dan menyokong
4. Menguak = menolak + menarik ke kiri dan ke kanan

2.3 Kemahiran Manipulatif

Kemahiran manipulatif ialah kemahiran asas yang menyediakan murid


sekolah untuk mempelajari kemahiran asas sukan. Kemahiran ini amat penting bagi
murid-murid sekolah kerana ia membolehkan mereka untuk memperlaku, mengawal
dan mengendalikan objek-objek yang berbeza dari segi saiz, bentuk dan komposisi.
Pembelajaran kemahiran ini melibatkan objek seperti pundi kacang, bola kecil, bola
besar, gelung rotan, tali, batang rotan dan sebagainya.

Pada tahun 1988, Thomas, Lee & Thomas telah menyatakan bahawa
manipulasi melibatkan tiga aspek iaitu :-
i. Memberi tenaga kepada objek-objek seperti melontar, menyepak,
memukul, mengumpan dan merejam
ii. Menguasai objek termasuk menangkap dan menyambut
iii. Mengawal objek seperti menggelecek dan memantul

Ilmu dan kemahiran pergerakan asas ini perlu diajar kepada murid-murid
sekolah rendah. Selepas mempelajari kemahiran tersebut, kanak-kanak akan lebih
bersedia untuk mempelajari kemahiran yang lebih rumit seperti kemahiran-
kemahiran asas sukan.
3.0 MATLAMAT

Kertas kerja ini disediakan dengan matlamat untuk mendapatkan bimbingan


dan tunjuk ajar daripada pensyarah berkenaan dengan kemahiran pergerakan asas.
Perkara yang ingin dilihat secara dekat dalam aktiviti ini adalah kesesuaian
pergerakan asas yang dilaksanakan kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung,
semua kelemahan dan kekurangan dalam aktiviti yang dijalankan dapat diperbaiki
dan dijadikan sebagai pemangkin dan panduan untuk melakukan yang lebih baik
pada masa hadapan. Sehubungan dengan itu, aktiviti pergerakan asas yang
dilakukan ini dapat membentuk para pelajar mempunyai tubuh badan yang sihat dan
cergas serta minda yang cerdas. Di samping itu juga para pelajar akan mendapat
kesedaran tentang kepentingan kesihatan dan kecergasan tubuh badan yang
sememangnya membawa manfaat kepada diri mereka Selain itu, kertas kerja ini
bertujuan untuk menyediakan satu rancangan pengajaran dalam melakukan
pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dengan memanipulasikan alatan secara
betul dan selamat.
4.0 OBJEKTIF

Kertas kerja ini disediakan adalah bertujuan untuk :-

1. Membantu kanak-kanak membina pergerakan asas.


2. Memberi pengetahuan kepada kanak-kanak tentang jenis-jenis pergerakan
yang sedia ada.
3. Membentuk kemahiran pergerakan asas, kreativiti dan menarik minat para
pelajar terhadap aktiviti fizikal yang berfaedah.
4. Menggalakkan pelajar menggunakan idea dan daya cipta kreativiti bagi
melaksanakan pergerakan asas dalam pelbagai jenis pergerakan.
5. Membolehkan pelajar menggunakan seluruh anggota badan dalam
melakukan suatu pergerakan dengan menggabungkan unsur kreatif dan
seterusnya memperkembang aplikasi kemahiran tersebut.
6. Memupuk imej kendiri, kesungguhan , keyakinan dan sikap optimis dalam diri
pelajar.
7. Mengisi masa lapang para pelajar dengan aktiviti yang sihat.
8. Para pelajar dapat mengaplikasi pergerakan asas dalam kehidupan seharian
dengan berkesan.
9. Para pelajar dapat melibatkan penggunaan seluruh anggota badan dalam
melakukan pelbagai jenis pergerakan.

5.0 TARIKH

27 April 2009

6.0 TEMPAT

Dewan Seri Temenggong, Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bahru,


Johor Darul Takzim

7.0 KUMPULAN SASARAN


Pelajar Tahap Dua ( Tahun Lima )

8.0 PANDUAN PELAKSANAAN DEMONSTRASI

8.1 Panduan Pelaksanaan Demonstrasi

Bagi melaksanakan amali pergerakan asas ini, terdapat 20 stesen yang perlu
dilalui oleh setiap pelajar di mana mereka memerlukan perlakuan yang berbeza
untuk setiap stesen. Sebanyak 10 stesen telah ditetapkan untuk pergerakan
lokomotor manakala 10 stesen lagi untuk pergerakan bukan lokomotor. Aktiviti ini
turut melibatkan manipulasi alatan dalam setiap pergerakan yang ingin dilakukan
oleh para pelajar di mana mereka boleh menggunakan kreativiti tersendiri untuk
mengawal dan menggayakan pergerakan mereka tersebut.

10.0 RUMUSAN
Melalui kertas kerja yang telah dihasilkan ini, saya telah dapat mempelajari
dan menguasai pelbagai kemahiran berkaitan dengan pergerakan asas. Selain
daripada itu, saya mula memahami dengan lebih mendalam lagi tentang pergerakan
lokomotor dan bukan lokomotor bersama alatan dengan memberi penekanan
kepada aspek kedudukan postur yang betul ketika melaksanakan aktiviti ini. Secara
tidak langsung juga, saya telah digalakkan berfikir secara kreatif dan inovatif serta
menjana idea baru untuk menghasilkan kertas kerja yang lebih kemas, teratur,
berkualiti serta menarik perhatian rakan-rakan mahu pun pensyarah pembimbing.

Disediakan oleh,

(Sivanesan Balasubramaniam)

Disahkan Oleh,

(Pn Rasidah Binti Shuib)

You might also like