You are on page 1of 4

Kumpulan 2.. oleh : azizi,mr amy,rai,nadia.

6bawah-1 2009 Smk semerah

Sejak berabat lamanya, masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu


bentuk system ekonomi teratur yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud
kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan
makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup seharian. System
ekonomi masyarakat Melayu Tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri,separa sara
diri, ekonomi komersial dan perdagangan. Sistem ekonomi sara dir dijalankan oleh
hampir semua negeri, sistem ekonomi separa sara diri dijalankan di kedah dan
perlis, kegiatan pertanian komersial pula dijalankan di Johor, Singapura, Pulau
Pinang dan Melaka

Sistem ekonomi separa sara diri biasanya terdapat di Kedah dan Perlis. Sistem
ini mengkendaki hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain terutamanya di
negeri pulau pinang sebelum tahun 1909. Di kedah, semua tanah dimiliki oleh
sultan. Rakyat dibenar dibenarkan mengerjakan tanah dan dibenarkan bergerak
bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka. Pada ketika ini, tanah boleh
dijual beli.selain itu,hamper semua barang dikenakan cukai.contohnya garam,ikan
kering,candu dan bahan-bahan tekstil. 10% daripada harga dagangan eksport pula
seperti rotan,getah, perca dan bahan-bahan hutan juga dikenakan cukai.pembesar
yang membawa barang dagangan untuk diniagakan dan melalui kawasan pembesar
lain akan membayar akan membayar cukai sebagai tanda penghormatan kepada
pembesar berkenaan.

Pertanian komersial telah dijalankan di negeri-negeri selat dan johor. Sistem


kangcu ini dijalankan di johor dan sekitar tahun 1840-an,orang cina dari singapura
diambil bekerja untuk mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam di selatan
johor. Dalam system ini, orang cina diberi satu surat tanah atau surat sungai iaitu
hak untuk menanam lada hitam dan gambir kepada tauke-tauke di singapura dan
ketua kongsi gelap cina di sepanjang sungai di selatan dan barat johor. Selain itu,
hasil pertanian komersial dipasarkan ke luar Negara Negara melalui
singapuradengan mengunakan tongkang yang menyusuri petempatan kecil di
persisir pantai. Temengung Ibrahim mengenakan pelbagai cukai kepada orang cina
seperti cukai kepala, arak dan judi. Di kedah, sistem pajak iaitu ampun kurnia
bermaksud hak mengutip cukai pasar di pecan-pekan kecil diberi kepada pembesar-
pembesar dan kerabat diraja serta sistem ini diberi kepada tauke dari pulau pinang
dari pulau pinang yang merangkumi padi, arak,candu dan beras. Hasil tanaman
tradisional dikomersialkan adalah ubi kayu(Melaka) , tebu(pulau pinang), gambir
dan lada hitam yang dijalankan di johor dan negeri-negeri selat.tanaman kopi
diusahakan secara besar-besaran di Selangor,perak,negeri Sembilan dan johor oleh
peladang eropah sehingga penghujung abad ke-19.baka ciberica adalah jenis kopi
yang paling banyak banyak dipasarkan tetapi tanaman kopi mula merosat kerana
serangan penyakit dan pengeluaran yang lebih di brazil telah menjatuhkan harga
kopi di pasaran dunia. Di pantai timur sabah pada awal tahun 1880 an peladang
eropah mula menjalankan aktiviti menanam tembakau. Tembakau dieksport pada
tahun 1804. Di sabah juga terdapat 60 estet yang tertumpu di bahagian pantai
timur dan pantai timur sabah pada tahun 1890. Pada abad ke-19 di
sarawaktanaman yang terpenting ialah lada hitam. Lada hitam juga ditanam di hulu
Sarawak dan dikerjakan oleh orang cina yang dating dari singapura. Gambir pula
ditanam di Bau, Sarawak. Selain itu di Sarawak juga perusahaan sagu merupakan
perusahan yang utama dan banyak ditanam di daerah Mukah dan Oya. Pengeluaran
sagu di Sarawak pada tahun 1880-an telah dikeluarkan separuh melebihi jumlah
pengeluaran sagu asia.

Perlombongan bijih timah pada masa dahulu terkenal sebagai tempat


naungan golongan pembesar. Dinegeri perak, Selangor dan sg. Ujung, para
pembesar mendapat surat tawliahan dari raja/sultan untuk mengawal dan
memungut hasil. Sistem kerah terdiri daripada penduduk tempatan yang dimana
mereka bekerja dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi dan3 petang hingga 6 petang.
Hasil yang diperoleh dari sistem kerah ini hanyalah minimum kerana penduduk
tempatanmenggunakan kaedah melampan dan mendulang. Oleh itu, para
pembesar melayu mula berkerjasama dengan orang cina untuk mendapatkan hasil
yang maksimum. Penggunaan buruh-buruh cina telah dibuka di Melaka ,lukut dan
sg ujong. Di perak, lombong dibuka di kawasan kiran pauh (taiping) dan klian bahru
(kemunting). Lombong bijih timah di kanching,ampang ,klang dan kuala lumpur
telah secara rasminya dibuka oleh sultan abdul samad. Pada tahun 1880-an
kawasan perlombongan juga telah dibuka di lembah kinta, perak. Oleh kerana
kerjasama antara pembesar melayu dengan orang cina telah memberikan hasil
yang lumaian telah berlaku pertikaian antara para pembesar seperti perang kelang
yang berlaku si Selangor. Perkongsian antara pembesar melayu dan tauke-tauke
cina untuk memajukan perlonbong bijih timah telah mendapat hasil yang maksima
dan permintaan bijih timah yang diminta juga tinggi kerana perkembangan revolusi
perindustrian. Bijih timah juga menjadi barang dagangan utama yang menarik
minat pedagang-pedagang dari arab, india, cina, dan mediteranean. Selain itu
kegiatan perdagangan bijih timah mandapat pasaran yang baik di eropah kerana
perkembangan bijih timah ini dapat dilihat dari peningkatan permintaan bijih timah
sebagai bahan utama untuk pengetinan bagi membolehkan hasil-hasil makanan
dalamtin tahan lebih lama. Bagi pengkaji barat, j.kennedy, perlombongan emas
mungkin telah dijalankan pada zaman neolitik berhampiran dengan Melaka dan
emas adalah dagangan yang terpenting di tanah melayu sehingga tanah melayu
diberi nama jolokan dari pedangang- pedangang luar sebagai semenanjung emas
atau semenanjung kencana. Semenjak abad ke16 lagi,perlombongan emas telah
dijalankan di Pahang terutamanya di kuala lipis. Aktiviti perlombongan ini dijalankan
oleh orang melayu tetapi hasil pengeluaran adalah kecil.selain di Pahang,
perlombongan emas dilombong di pulai, kuantan. Orang cina menjalankan aktiviti
perlombongan emas ini di sg. Segama manakala di Sarawak emas dilombong di
bau. Antinomi juga terkenal di Sarawak dan dilombong di bahagian pertama
Sarawak sekitar tahun 1830. Tenaga buruh dayak telah digunakan oleh para
pembesar melayu untuk mengusahakan perlombongan perlombongan antinomi ini.
Aktiviti perlombongan ini akhirnya di ambil oleh orang cina sedikit demi sedikit
sehinggakan kawasan perlombongan ini dimajukan oleh pihak british sebagai
kawasan Bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membawa hasil
perlombongan berdagang ke tempat lain.

Antara perkembangan sistem ekonomi masyarakat melayu adalah ekonomi


sara diri. Sebahagian besar daripada masyarakat melayu menjalankan sistem
ekonomi berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan
untuk memenuhi keperluan keperluan mereka sendiri. Apabila mendapat
pengeluaran yang lebih, hasil tersebut akan ditukar dengan barang-barang
keperluan yang lain. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan masyarakat ini
mengamalkan ekonomi sara diri. Antaranya ialah alat-alat tradisional digunakan
untuk bertani seperti cangkul, parang, dan tenggala serta ketiadaan ternakan
seperti lembu dan kerbau yang mencukupi. Saiz tanah pertanian adalah kecil. Selain
itu, tenaga buruh yang tidak mahir dan kebanyakannya terdiri daripada ahli
keluarganya sahaja. Faktor lain pula masyarakat melayu tertakluk pada kerja kerah
yang dituntut oleh golongan pemerintah. Disebabkan factor-faktor ini menyebabkan
hasil pengeluaran pertanian adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan
keluarga sahaja.

Dari segi ekonomi pertanian pula, masyarakat melayu tradisional ini mula
menjalankan kegiatan menanam padi. Terdapat 2 jenis pada iaitu padi huma dan
padi sawah. Petani- petani ini menanam padi sawah seperti di kedah, Kelantan,
Melaka, negeri Sembilan dan Pahang. Dalam penanaman padi amat memerlukan
banyakair. Oleh yang demikian sistem pengairan diperkenalkan untuk membekalkan
air secara berterusan bagi mengairi kawasan sawah tersebut. Tanaman padi huma
pula, tidak memerlukan banyak air. Padi huma ditanam dikawasan lebih tinggi
seperti di lereng- lereng bukit di kawasan pedalaman. Hasil pengeluaran padi
rendah walaupun ditanam secara meluas. Disebabkan teknologi yang digunakan
tidak mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi tersebut. Selain itu, hasil
pengeluaran yang rendah juga disebabkan eksploitasi oleh golongan pembesar.
Mereka terpaksa menyerahkan sebahagian golongan pembesar.

Masyarakat melayu tradisional juga menternak binatang seperti ayam, itik,


lembu dan kambing. Binatang-binatang ternakan dijadikan sumber pendapatan
tambahan dan mendapatkan bekalan makanan. Selain daripada menternak
binatang, masyarakat melayu ini mendapat bekalan makanan tambahan melalui
memburubinatang di hutan. Disamping itu pada waktu lapang masyarakat melayu
tradisional masuk ke dalam hutan untuk meramu. Hasil hutan dijual atau ditukarkan
dengan barang-barang keperluan lain seperti garam, kain, dan beras. Bagi
penduduk yang tinggal di persisir pantai atau di tepi sungai, mereka menjadi
nelayan. Terdapat 2 jenis kegiatan perikanan yang dijalankan iaitu menangkap ikan
di laut dan menangkap ikan air tawar di sungai. Sistem ekonomi petani di tanah
melayu sering digangu oleh system kerah. System kerah diwajibkan ke atas rakyat
untuk kepentingan pembesar dan raja. Rakyat dikehendaki melakukan pelbagai
bentuk pekerjaan seperti menjaga perahu,membuat jambatan, menjaga gajah,
menghantar surat dan sebagainya. Rakyat ini perlu bekerja untuk pembesar dan
sultan begi jangka masa yang tertentu. Mereka terpaksa meninggalkan kegiatan
ekonomi sendiri untuk beberapa ketika. Ini dapat menggangu kegiatan ekonomi
para petani.

Ekonomi negeri-negeri Melayu juga bersifat bersifat terbuka dan tidak


sepenuhnya sara diri. Kegiatan perdagangan memainkan peranan penting dalam
sistem ekonomi masyarakat melayu. Urusan perdagangan ini dikendalikan oleh
golongan pemerintah dan saudagar-saudagar yang terdiri daripada lapisan kecil
dalam masyarakat. Pedagang-pedagang melayu amat terkenal dan mempunyai
hubungan perdagangan antarabangsa dengan negeri-negeri di asia tenggara, china,
india dan timur tengah. Hubungan ini wujud antara kawasan pantai dengan
pedalaman tanah pamah dengan tanah tinggi dan bahagian barat dengan bahagian
timur. Sungai menjadi jalan perhubungan yang penting daripada kawasan
pedalaman ke kuala sungai. Namun perdagangan terhenti pada abad ke 19.
Pembukaan singapura telah mangambil alih peranan penting dalam urusan
perdagangan. Barang dagangang yang dibawa dari pantai timur iaitu Pahang ialah
debu emas yang berharga tinggi antara 28 hingga 28.5 ringit sepanyol sebungkal,
kain, bijih timah. Lada hitam pula dibawa daripada Terengganu dan Kelantan.
Barang dagangan ini diperdagangkan di singapura dan pulau pinang dengan barang
dagangan dari pantai barat seperti bijih timah, dari sungai ujung dan linggi, madu
lebah, daging gajah, kulit haiwan, rotan dan sagu dari Melaka, lukut, Selangor, dan
perak.

Kegiatan perdagangan juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.sultan omar


telah menggalakkan perdagangan luar Terengganu dengan mengeksport emas, bijih
timah, kopi, lada hitam dan dammar. Terengganu juga mengiksport barangan
seperti candu, barang-barang buatan british dan barang-barang dari china.

Berdasarkan petikan ini, sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di negeri-


negeri melayu kelihatan lebih menguntungkan golongan pemerintah dan pembesar.
Jika dilihat melalui perspektif yang berlainan pula, ianya berbeza. Walaupun ianya
lebih menguntungkan golongan pemerintah sahaja namun ketika ini tahap ekonomi
masyarakat ketika ini pada tahap yang baik. Kemiskinan golongan rakyat tidak
begitu ketara. Apabila Negara dijajah oleh penjajah barat, kedua-dua golongan iaitu
pembesar dan rakyat jelata terpaksa melihat perkembangan ekonomi moden yang
langung tidak menguntungkan mereka. Kegiaan ekonomi moden dikuasai
sepenuhnya oleh pelabur dan pedangang asing..

You might also like