You are on page 1of 2

BERITA KEMUNCULAN PEMUDA BANI TAMIM

16 April 2008.

Pemuda Bani Tamim yang bergelar Syuaib Bin Soleh, adalah orang yang dipilih Allah dan
merupakan seorang imam yang mendapat petunjuk (al-Mahdi) dan bakal menjadi Khalifah
Allah yang akan memerintah negara-negara sebelah timur dengan bermula di Malaysia tidak
lama lagi.

Untuk makluman anda, beliau telah pun datang dan berjumpa dengan Mufti Kerajaan
Melaka, Dato’ Wira Rashid Redha di rumahnya di Suluk Gaung, Air Molek di Bukit Katil,
Melaka pada 10 November 2007 bersamaan dengan 29 Syawal 1428 Hijrah, jam 9.00 pagi
pada hari Sabtu semata-mata untuk memperkenalkan dirinya mengikut rencana Allah.

Kemunculannya ini membenarkan seperti apa yang dikatakan firasat atau ramalan menurut
kepercayaan Jawa yang berpegang pada ajaran Ajisaka sebagaimana yang diketengahkan oleh
pengarang “Pemuda Bani Tamim Perintis Jalan Imam Mahdi”, Abu Muhammad Atta dalam
muka surat 50 (Buku Cetakan Pertama 10 Jamadil Awal 1419 Hijrah (1 September 1998)
yang diterbitkan oleh Penerbit Giliran Timur , Indonesia yang menyebutnya seperti berikut :-

1 ….bilamana ada gempa bumi yang terjadi di bulan suci Ramadhan malam hari,
mengisyaratkan bakal munculnya Satrio Kinasihing Dewa atau yang dikenal dengan Satria
Piningit (Pemuda Bani Tamim). – Telah berlaku gempa bumi di Aceh pada malam hari bulan
Ramadhan 1428 Hijrah yang lalu (sama ada pada akhir bulan September 2007 atau awal
bulan Oktober 2007).

2 Meletusnya Gunung Merapi merupakan suatu petanda sudah dekatnya kemunculan Satria
Piningit – Telah meletus Gunung Merapi pada awal bulan November 2007 yang lepas.

3 Dalam buku “Prediksi Paranormal Tentang Krisis Dan Masa Depan Indonesia ” oleh
Permada SH, menyebutkan bahwa dalam keadaan goro-goro (reributan) akan muncul Satria
Piningit – Telah pun berlaku tunjuk perasaan di ibu negara kota Kuala Lumpur pada
penghujung bulan Oktober hingga ke awal November 2007. Pada 7 November 2007 beliau
telah muncul di Melaka dan pada 10 hb berikutnya beliau telah bertemu dengan Mufti
Kerajaan Melaka seperti yang disebutkan awal-awal tadi.

Selepas kemunculannya itu beliau lalu menulis surat kepada orang ramai melalui internet
mengingatkan manusia mengenai janji Allah kepadanya. Surat ditulis pada 29 Januari 2008.
Dalam surat tersebut ada dinyatakan diantaranya, “Kita hanya menunggu satu keputusan
dibuat dan satu tindakan diambil lalu ekoran daripadanya akan berlakulah satu peristiwa
sebagai tanda aku akan datang. Kemudian akan berlakulah satu peristiwa besar sebagai
penentu. Selepas itu aku akan muncul (untuk memerintah)”.

Pada 13 Februari 2008 yang lalu satu keputusan telah diambil oleh PM Malaysia di mana
parlimen telah dibubarkan bagi memberi laluan satu pilihan raya umum dapat diadakan. Satu
tindakan telah pun dibuat pada 8 Mac 2008 dengan mengadakan Pilihan Raya Umum ke12 di
seluruh Malaysia .

Ekoran daripadanya satu peristiwa telah berlaku yang melibatkan Yang diPertuan Agung
sebagaimana telah diramalkan dan disebutkan dalam buku yang sama, muka surat 53 – Satu
cuplikan berita majalah Wawasan Minggu 7 Jun1998 (halaman 4) dalam tajuk •Ramalan
Jayabaya “Sebelum Satria Piningit datang akan ada benturan dua golongan”- Dalam kitab
Jangka Jayabaya, karangan Pengeran Wijil disebutkan beberapa ciri dan penjelasannya.
Sebelum Raja baru datang akan ditandai dengan munculnya kerusuhan tersebut ditengahi
oleh seorang raja, diramalkan ia lahir di Mekah dengan lambang, tujuh putih, pundak
sinumpet yang disebut Satria Piningit.

Sekarang ini kita hanya menunggu satu sahaja lagi peristiwa besar sebagai penentu berlaku
dan kemudian selepas itu akan berlakulah satu penyerahan bersejarah yang akan mengubah
cara hidup kita yang akan memeranjatkan manusia di Timur dan di Barat. Berhubung dengan
penyerahan itu ada disebutkan dalam sebuah hadis riwayat Abdullah bin Mas’ud diantaranya,
“ ……maka mereka (orang-orang dari timur – dahulunya kumpulan Arqam yang dipimpin
oleh Asyaari) pun berjuang dan memperoleh kemenangan. Lalu diberikanlah apa yang
mereka minta (daulah) itu tetapi mereka tidak menerimanya hingga mereka menyerahkannya
kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan
sebagaimana bumi dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa diantara kamu yang sempat
menemuinya, maka datangilah mereka, walaupun merangkak di atas salju. Sesungguhnya dia
adalah al-Mahdi”.
April 27, 2008 8:02 PM

You might also like