You are on page 1of 6

NOTA PENDEK PIAGAM MADINAH

Kassim Ahmad

Diterjemahkan oleh Melayu daripada teks asal berbahasa Inggeris

Piagam Madinah, ditulis dan diwartakan oleh Nabi Muhammad untuk warga negara-kota
Madinah yang seramai 10 000 orang dan berbilang agama pada tahun 622M, sebuah
dokumen politik-perlembagaan yang cukup mengagumkan. Dakwaan Profesor M.
Hamidullah bahawa ia perlembagaan bertulis yang pertama[1] di dunia, ada asasnya.
“Perlembagaan Athens” Aristotle[2] yang tertulis di atas kertas papirus, dijumpai oleh
seorang mubaligh Kristian berbangsa Amerika di Mesir pada tahun 1890, dan diterbitkan
pada tahun 1891, bukanlah sebuah perlembagaan – Ia sebuah keterangan mengenai
perlembagaan negara-kota Athens. Tulisan-tulisan perundangan dalam pentadbiran
masyarakat kuno juga telah dijumpai, tetapi tiada satu pun yang boleh ditakrifkan sebagai
perlembagaan. Piagam Madinah adalah yang pertama. Bahkan “American Constitution”
1787 yang dianggap oleh kuasa-kuasa Barat sebagai “sebuah dokumen maha penting dunia
Barat … perlembagaan negara bertulis yang tertua dan masih digunakan hingga ke saat
ini”[3] pun didahului oleh Piagam Madinah selama lebih dari 1000 tahun! Begitu juga
dengan perisytiharan hak asasi feudal Inggeris, “Magna Carter” 1215, yang didahului oleh
Piagam Madinah selama hampir enam kurun!

Kepentingan Piagam Madinah bukan sahaja kerana ia perlembagaan bertulis yang pertama;
ia juga moden dalam ertikata ia diwartakan untuk sebuah masyarakat majmuk, memberikan
hak kesamarataan kepada setiap warganegara, dan memberikan mereka hak untuk bersuara
dalam urusan-urusan pemerintahan, sebagaimana yang akan kita lihat nanti.

Dengan mengambil kira semua ini, adalah menghairankan bilamana pemimpin-pemimpin


dan penulis-penulis Islam yang bercakap dan menulis tentang negara Islam, jarang sekali
merujuk kepada dokumen yang mengandungi bibit-bibit politik Islam ini.

Perlu diingatkan bahawa Muhammad, setelah diangkat menjadi nabi, membacakan wahyu-
wahyu Tuhan kepada penduduk Mekah selama dua belas tahun sebelum beliau dan para
pengikutnya berhijrah ke Yathrib, 210 batu ke utara Mekah. Misi kenabiannya terus
berlanjutan selama sepuluh tahun sehinggalah beliau berjaya menyampaikan keseluruhan
risalah suci kepada orang-orang Arab dan juga seluruh manusia sebagai kitab Tuhan yang
terakhir, iaitu Quran. Maka, Piagam Madinah ini tidak muktamad dalam ertikata ia tidak
mengandungi kesemua arahan untuk mengurus sesebuah negara sebagaimana yang
terkandung di dalam Quran. Yathrib kemudiannya dikenali sebagai “Kota Nabi”, atau
ringkasnya Madinah. Sebab penghijrahan kerana meningkatnya penentangan golongan
aristokrasi Quraisy terhadap ajaran Nabi, dan juga kerana sikap penerimaan yang
ditunjukkan oleh sebahagian penduduk Yathrib yang menunaikan haji di Mekah pada waktu
itu.

Keseluruhan teks dalam Piagam Madinah telah dihasilkan semula, perkataan demi
perkataan, oleh Ibnu Ishaq dan Abu Ubaid dalam buku mereka masing-masing, daripada
dokumen asal yang disimpan dan dijaga oleh Ibnu Abi Khithamah.[4]

Piagam ini terdiri daripada 47 fasal, tetapi Prof. Hamidullah mengiranya sebagai 52 fasal,
mengikut kaedah penomboran yang berbeza.[5] Fasal 1, 2 dan 39 menyatakan pembentukan
sebuah negara-bangsa yang berdaulat dengan satu kewarganegaraan, yang terdiri daripada
pelbagai komuniti, terutamanya Arab Muslim dari Mekah (Muhajirin atau Imigran), Arab

1
Muslim dari Yathrib (Ansar atau Penolong), golongan monoteis Yathrib yang lain (seperti
Yahudi), dan golongan yang masih beragama pagan pada ketika itu. Mereka membentuk
satu kerakyatan (dalam istilah Arab, ummah), mempunyai hak dan tanggungjawab yang
samarata, dan berbeza daripada rakyat negara lain.

Perhatikan bahawa ketiga-tiga fasal ini telah melahirkan negara-bangsa moden yang
pertama di dunia. Walaupun Madinah hanyalah sebuah kota, Piagamnya dapat bertahan
sehingga bermulanya Dinasti Umayyah pada tahun 1661. Sejarawan barat pula mendakwa
“Perjanjian-perjanjian Westphalia” 1648 sebagai permulaan era negara-bangsa moden.[6]

Piagam Madinah mengemukakan sebuah struktur persekutuan dengan kuasa berpusat, yang
terdiri daripada pelbagai kabilah di pelbagai daerah yang membentuk unit-unit dan memiliki
kuasa autonomi dalam urusan-urusan tertentu berkaitan sosial, kebudayaan, dan keputusan
keagamaan. Pemberian kuasa autonomi daerah ini diulangi untuk setiap daerah (Fasal-fasal
3 hingga 11 dan 26 hingga 35). Sebenarnya, banyak perkara yang diuruskan oleh unit-unit
autonomi ini, kecuali yang melibatkan keselamatan dan pertahanan negara (Fasal-fasal 17,
36 (a) dan 47). Pemusatan perkara-perkara ini ditekankan dalam Fasal-fasal 13, 15, 17 dan
44. Hanya jika kes-kes pertikaian tidak dapat diselesaikan oleh unit-unit ini, maka barulah
keputusan perbicaraan dirujuk kepada Nabi, yang memiliki keputusan muktamad (Fasal-
fasal 23 dan 41).

Benarlah kenyataan Prof. Hamidullah, “… perlembagaan baru ini … membawa bersama-


sama dengannya perubahan dan kemajuan yang sangat penting, dan -- kepada Tanah Arab
sekurang-kurangnya -- sangat revolusioner, dengan menyediakan institusi awam untuk
memberikan keadilan kepada rakyat, supaya setiap orang tidak bersendirian dalam
mendapatkan keadilan, atau paling baik pun, mendapatkan keadilan dengan sokongan ahli
keluarganya. Inovasi yang signifikan ini … sama sekali telah menamatkan ketegangan dan
kekacauan antara kabilah, dan telah menelurkan asas bagi sebuah institusi yang lebih luas,
yakni sebuah Negara.”[7]

Harus difahami bahawa kesetiaan masyarakat majmuk ini kepada Negara telah membentuk
nasionalisme, atau lebih tepat lagi patriotisme, yang diakui oleh Islam, berbeza dengan
dakwaan sebilangan pendukung ideologi Muslim. Ini selari dengan ajaran dalam ayat
Quran, “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan yang sama dan Kami telah menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku puak,
supaya kamu berkenal-kenalan antara satu dengan yang lain. Sesungguhnya semulia-mulia
kamu di sisi Allah, orang yang paling bertakwa di antara kamu.”[8]

Terdapat dua puluh daerah, masing-masing dengan seorang ketua (naqib) dan penolong
ketua (‘arif), dan sebuah tempat berunding (saqifah). Kota Madinah pada ketika ini
mempunyai populasi penduduk sekitar 10 000 orang. Daripada jumlah ini, beberapa ratus
orang sahaja yang Muslim; separuh daripadanya adalah orang-orang Yahudi yang
mengesakan Tuhan, dan selebihnya adalah golongan dengan kepercayaan politeisme.[9]

Menarik untuk diperhatikan bahawa Piagam Madinah menetapkan persamaan hak ahli-
ahlinya dan melindungi mereka daripada penindasan (Fasal 16). Madinah mengisytiharkan
persaudaraan sesama orang-orang beriman dan memberikan hak dan sokongan kepada
setiap orang untuk melindungi mana-mana individu yang bukan musuh (Fasal 15). Ia juga
menetapkan supaya pertolongan diberikan kepada ahli-ahlinya yang menanggung hutang
atau menghadapi masalah-masalah kewangan melibatkan wang tebusan atau hutang darah
(Fasal 12). Ia menegah pertolongan atau perlindungan terhadap seseorang pembunuh (Fasal
22).

2
Hak kemanusiaan yang amat penting diberikan dalam Fasal 25 di mana komuniti-komuniti
masyarakat dijamin kebebasan mereka untuk mengamalkan agama masing-masing.
Implikasi fasal ini ialah, setiap individu juga bebas untuk memilih agamanya, selari dengan
ajaran-ajaran Quran yang jelas.[10]

Satu lagi prinsip pengendalian urusan negara yang penting ialah perundingan dengan rakyat
dalam semua urusan. Ini dinyatakan dalam Fasal 37(a). Tidak seperti dalam organisasi
politik demokrasi moden, suara rakyat, vox populi, diberikan nilai yang paling tinggi, tidak
kira samada ia suara yang hak dan benar atau tidak. Inilah kesilapan asas demokrasi Barat.
Satu lagi prinsip penting pemerintahan yang adil ialah tidak melindungi seseorang yang
melakukan ketidakadilan atau terlibat dengan salah laku. Dalam Piagam Madinah, ini
dinyatakan dalam Fasal 47.

Sebagaimana yang telah saya nyatakan di atas, perlembagaan ini merupakan ijtihad
Muhammad dalam memformulasi perlembagaan apabila beliau berhadapan dengan cabaran
mentadbir negara-kota Madinah. Pada waktu ini, beliau belum lagi menerima Quran yang
lengkap. Oleh yang demikian, beliau perlu mengambil kira adat resam dan praktik-praktik
yang telah diamalkan secara turun-temurun, dan beliau melakukannya. Dalam mana-mana
keadaan sekalipun, semua perlembagaan tidak muktamad dalam ertikata ia mestilah
disesuaikan dengan peredaran zaman.

Ciri kepuakan orang Arab dapat dikesan dalam dua fasal di mana seseorang individu harus
dihukum bersama-sama ahli keluarganya disebabkan jenayah yang dilakukannya (Fasal-
fasal 25 dan 36(b)). Ini jelas bercanggah dengan fasal yang lain yang menyatakan bahawa
seorang pesalah tidak akan dihukum melainkan di atas jenayah yang dilakukannya (Fasal
46).

Barangkali, dalam pada kaum Muslimin hari ini menaruh minat terhadap “negara Islam”,
kita harus tunjukkan bahawa dokumen perlembagaan Islam yang penting ini tidak pernah
sekalipun menggunakan istilah “negara Islam” atau “masyarakat Islam”. Prinsip-prinsip
utama dalam mentadbir masyarakat Islam pula, tentulah ada -- seperti prinsip-prinsip
keadilan, persaudaraan dan kesatuan di kalangan orang-orang beriman, kesatuan dan
kerjasama di kalangan warga-warga negara, kebebasan beragama, keteguhan dalam
menggengam kontrak di antara parti-parti, kerjasama dalam melakukan kebaikan dan
mencegah kejahatan, galakan terhadap tatasusila yang tinggi, perundingan sebagai kaedah
pemerintahan. Menarik juga untuk diperhatikan bahawa apa yang dipanggil “hukum
Hudud”, sebagai sebahagian daripada Undang-undang Islam, tidak sekalipun tertulis dalam
dokumen ini.

Piagam Madinah, dokumen politik-perlembagaan Islam yang pertama ini, telah diberikan
kepada penduduk Madinah atas nama Muhammad seorang Nabi (Fasal 1) dan juga atas
nama Allah dan juga Nabi Muhammad (Fasal 47). Mengapakah wujud dua cara berbeza
dalam mengemukakan sumber kuasa tertinggi? Harus diingat bahawa pada Zaman
Pertengahan di Barat, Gereja mengawal pemerintah atas nama Tuhan, dan tentunya nama
Tuhan telah banyak disalahgunakan oleh golongan hipokrit dan oporcunis. Praktis Barat
yang moden, yang menggantikan nama Tuhan dengan nama rakyat, juga tidak banyak
menyelesaikan masalah. Atas nama rakyatlah, penindasan, peperangan, kolonialisme dan
pencerobohan dilancarkan.

Oleh itu, di zaman moden sains dan teknologi ini pun, manusia tidak boleh mengabaikan
suatu kuasa yang lebih hebat daripada dirinya. Manusia mempunyai hak autonomi untuk
hidup, dan untuk hidup bahagia, tetapi dia harus melakukannya dalam dunia yang diciptakan
dengan undang-undangnya sekali. Dalam ertikata inilah, Piagam Madinah diberikan atas

3
nama Muhammad seorang Nabi, yang mewakili prinsip kebaikan, dan prinsip penaakulan
yang benar, yang lebih tinggi kedudukannya daripada seorang individu. Begitu juga, dalam
Fasal 47 nama Tuhan diletakkan di hadapan, kerana Tuhan mewakili Kebaikan tertinggi dan
prinsip tertinggi penaakulan yang benar. Ini perlu untuk mengangkat manusia ke tingkatan
pencapaian yang lebih tinggi, bahkan lebih tinggi lagi.

APPENDIX

THE MEDINA CHARTER [1]

In the name of God the Compassionate, the Merciful.

(1) This is a document from Muhammad the prophet (governing the relations) between the
believers and Muslims of Quraysh and Yathrib, and those who followed them and joined
them and laboured with them.

(2) They are one community (umma) to the exclusion of all men.

(3) The Quraysh emigrants according to their present custom shall pay the bloodwit within
their number and shall redeem their prisoners with the kindness and justice common among
believers.

(4-8) The B. ‘Auf according to their present custom shall pay the bloodwit they paid in
heatheism; every section shall redeem its prisoners with the kindness and justice common
among believers. The B. Sa ida, the B. ‘l-Harith, and the B. Jusham, and the B. al-Najjar
likewise.

(9-11) The B. ‘Amr b. ‘Auf, the B. al-Nabit and the B. al-‘Aus likewise.

(12)(a) Believers shall not leave anyone destitute among them by not paying his redemption
money or bloodwit in kindness.

(12)(b) A believer shall not take as an ally the freedman of another Muslim against him.

(13) The God-fearing believers shall be against the rebellious or him who seeks to spread
injustice, or sin or anmity, or corruption between believers; the hand of every man shall be
against him even if he be a son of one of them.

(14) A believer shall not slay a believer for the sake of an unbeliever, nor shall he aid an
unbeliever against a believer.

(15) God’s protection is one, the least of them may give protection to a stranger on their
behalf. Believers are friends one to the other to the exclusion of outsiders.

(16) To the Jew who follows us belong help and equality. He shall not be wronged nor shall
his enemies be aided.

(17) The peace of the believers is indivisible. No separate peace shall be made when
believers are fighting in the way of God. Conditions must be fair and equitable to all.

(18) In every foray a rider must take another behind him.

4
(19) The believers must avenge the blood of one another shed in the way of God.

(20)(a) The God-fearing believers enjoy the best and most upright guidance.

(20)(b) No polytheist shall take the property of person of Quraysh under his protection nor
shall he intervene against a believer.

(21) Whoever is convicted of killing a believer without good reason shall be subject to
retaliation unless the next of kin is satisfied (with blood-money), and the believers shall be
against him as one man, and they are bound to take action against him.

(22) It shall not be lawful to a believer who holds by what is in this document and believes
in God and the last day to help an evil-doer or to shelter him. The curse of God and His
anger on the day of resurrection will be upon him if he does, and neither repentence nor
ransom will be received from him.

(23) Whenever you differ about a matter it must be referred to God and to Muhammad.

(24) The Jews shall contribute to the cost of war so long as they are fighting alongside the
believers.

(25) The Jews of the B. ‘Auf are one community with the believers (the Jews have their
religion and the Muslims have theirs), their freedmen and their persons except those who
behave unjustly and sinfully, for they hurt but themselves and their families.

(26-35) The same applies to the Jews of the B. al-Najjar, B. al-Harith, B. Sai ida, B. Jusham,
B. al-Aus, B. Tha'laba, and the Jafna, a clan of the Tha‘laba and the B. al-Shutayba. Loyalty
is a protection against treachery. The freedmen of Tha ‘laba are as themselves. The close
friends of the Jews are as themselves.

(36) None of them shall go out to war save the permission of Muhammad, but he shall not
be prevented from taking revenge for a wound. He who slays a man without warning slays
himself and his household, unless it be one who has wronged him, for God will accept that.

(37) The Jews must bear their expenses and the Muslims their expenses. Each must help the
other against anyone who attacks the people of this document. They must seek mutual
advice and consultation, and loyalty is a protection against treachery. A man is not liable for
his ally’s misdeeds. The wronged must be helped.

(38) The Jews must pay with the believers so long as war lasts.

(39) Yathrib shall be a sanctuary for the people of this document.

(40) A stranger under protection shall be as his host doing no harm and committing no
crime.

(41) A woman shall only be given protection with the consent of her family.

(42) If any dispute or controversy likely to cause trouble should arise it must be referred to
God and to Muhammad the apostle of God. God accepts what is nearest to piety and
goodness in this document.

5
(43) Quraysh and their helpers shall not be given protection.

(44) The contracting parties are bound to help one another against any attack on Yathrib.

(45)(a) If they are called to make peace and maintain it they must do so; and if they make a
similar demand on the Muslims it must be carried out except in the case of a holy war.

(45)(b) Every one shall have his portion from the side to which he belongs.

(46) The Jews of al-Aus, their freedmen and themselves have the same standing with the
people of this document in purely loyalty from the people of this document.Loyalty is a
protection against treachery. He who acquires aught acquires it for himself. God approves of
this document.

(47) This deed will not protect the unjust and the sinner. The man who goes forth to fight
and the man who stays at home in the city is safe unless he has been unjust and sinned. God
is the protector of the good and God-fearing man and Muhammad is the apostle of God.

*****

Foot Note

[1] The First Written Constitution in the World, Sh. Muhammad Ashraf, Lahore, 1968. First
published in England, 1941.

[2] Translated by Frederic G. Kenyon, Internet. !996 The Avalon Project.

[3] The New Encyclopaedia Britannica, 15th Edition, 1991.

[4] The First Written Constitution in the World, p. 9. The translation of the whole text for A.
Guillaume's Life of Muhammad is appended at the end.

[5] Ibid., pp. 19-20.

[6] The New Encyclopaedia Britannica, 15th Edition, 1991.

[7] The First Written Constitution, p. 18.

[8] Quran, 49:13.

[9] Ibid., pp. 12-13.

[10] "There shall be no compulsion in religion: the right way is now distinguished from the
wrong way." (2:256) Note that this statement of complete religious freedom comes
immediately after the grandest statement of God's power to be found in any scripture. It is
indeed significant!

[11] This text is taken from A. Guillaume, The Life of Muhammad -- A Translation of
Ishaq's Sirat Rasul Allah, Oxford University Press, Karachi, 1955; pp. 231-233. Numbering
added.

You might also like