You are on page 1of 16

Topikȱ X Aplikasiȱ

Dalamȱ
10 Pengajaranȱ
HASIL PEMBELAJARAN
Diȱakhirȱtopikȱini,ȱandaȱseharusnyaȱdapat:
1. Mengaplikasikan pendekatan teori pengajaran dan pembelajaran
yang sesuai bagi murid sekolah rendah dan menengah;
2. Menghuraikan pedagogi pengajaran;
3. Menyediakan soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar
berasaskan lima jenis ujian bahasa.
4. Menghuraikan konsep penilaian dan pemulihan; dan
5. Menunjukkan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran.

X PENGENALAN
Sesetengah ahli bahasa memberikan penekanan kepada aspek peranan atau
fungsi bahasa sebagai alat komuniksai. Sesetengahnya pula memberikan
penekanan kepada aspek struktur, ayat, perenggan dan wacana. Terdapat
beberapa orang ahli bahasa mengemukakan pandangan yang mengandaikan
bahawa pengetahuan bahasa dan aspek-aspek yang berkaitan dengan proses
penghasilan dan pemahaman bahasa adalah berbentuk dikotomi, iaitu wujud
dalam bentuk dua lapis. Bentuk atau lapisan pertama ialah pengetahuan abstrak,
wujud dalam akal budi atau minda yang juga dikenali sebagai struktur dalam.
Bentuk kedua ialah bentuk yang tertera jelas, sama ada dalam bentuk yang boleh
ditanggapi oleh pancaindera yang dikenali sebagai struktur permukaan.
Chomsky adalah salah seorang ahli bahasa yang berpegang kepada konsep
bahawa bahasa yang dikatakan bersifat dikotomi. Jelasnya, bahasa wujud dalam
dua tatatingkat.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 105

10.1 APLIKASI TEORI DALAM PENGAJARAN


Jika anda meneliti strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa, anda akan
mendapati bahawa pandangan-pandangan atau prinsip-prinsip yang mendasari
pelbagai bentuk pengajaran bahasa adalah sejajar dengan pandangan-pandangan
yang dikemukakan oleh sarjana-sarjana linguistik. Strategi yang banyak
diaplikasikan oleh guru-guru bahasa pada masa ini adalah sesuai dengan
pandangan de Saussure dan Firth yang mementingkan teori komunikasi dalam
keperihalan keadaan yang berbagai-bagai.

Menurut Bloomfield, latih tubi adalah penting dalam membina sesuatu tabiat
berbahasa. Ciri utama strategi adalah seperti yang dinyatakan oleh Steinberg
(terj. Azhar M. Simin, 1990: 264), iaitu dalam proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa, „Ahli bahasa lebih suka menggunakan latih tubi‰.
Kepentingan latih tubi adalah berfokus kepada prinsip rangsangan dan gerak
balas.

Manakala itu, prinsip-prinsip berasaskan pandangan Chomsky dan pengikut-


pengikutnya adalah tertumpu kepada pengetahuan nahu. Ini adalah selaras
dengan pandangan Chomsky bahawa aspek nahu atau sintaksis adalah penting
dalam menghuraikan berbagai-bagai aspek kebahasaan. Pada dasarnya, strategi
ini melibatkan dua komponen, iaitu:
Ć kajian terperinci terhadap rumus nahu; dan
Ć perbendaharaan kata dan penggunaan terjemahan.

10.1.1 Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar


Sekolah Rendah
Sebagai seorang pendidik, anda pasti ingin mengetahui apakah teori yang sesuai
digunakan untuk pelajar anda. Untuk pengetahuan anda, pendekatan teori
kognitif adalah sesuai dengan pelajar sekolah rendah. Kognitif ialah kata
pinjaman daripada bahasa Inggeris, iaitu cognitive. Dalam bahasa Melayu,
perkataan yang membawa makna yang serupa ialah ÂakalÊ, ÂpemikiranÊ atau
ÂingatanÊ.

Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan tingkah laku manusia adalah sejajar


dengan perubahan kognitif. Perubahan bentuk lakuan adalah bergantung pada
kuantiti maklumat-maklumat baharu yang telah diterima oleh manusia. Ahli-ahli
kognitif juga turut mengambil kira proses persepsi yang terlibat dan
pengetahuan serta pengalaman yang sedia ada dalam akal budi. Hakikatnya,
106 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu mempelajari bahasa sedikit


demi sedikit.

Ahli-ahli kognitif berpandangan bahawa pengajaran bahasa yang berteraskan


teori-teori kognitif ialah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau
perubahan mental. Proses pengajaran hanya akan dianggap berjaya apabila
berlaku perubahan mental dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat
yang tersimpan dalam ingatan jangka panjang. Ahli-ahli kognitif menerapkan
kaedah-kaedah pengajaran yang mementingkan aspek pemahaman atau
mengutamakan pemerolehan makna daripada bahan bacaan.

Berikut merupakan beberapa pendekatan proses oleh ahli-ahli kognitif dalam


mengaplikasikan pengajaran:
Ć Guru menyerapkan kaedah yang memulakan pengajaran dengan unsur-
unsur yang bermakna.
Ć Unsur-unsur yang lebih kecil daripada morfem diperkenalkan kemudian
selepas dipaparkan unsur-unsur yang bermakna.
Ć Contohnya, pengajaran membaca permulaan mengikut pendekatan ini
bergerak daripada unsur-unsur yang lebih besar kepada unsur-unsur yang
lebih kecil.
Ć Pengajaran dimulakan dengan unsur-unsur yang bermakna seperti ayat,
frasa, atau perkataan, selain memperkenalkan suku kata dan abjad.

Berikut pula adalah dua kaedah dan beberapa aktiviti yang boleh dijalankan
semasa proses pembelajaran bahasa:
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 107

(a) Kaedah Kalimat

(b) Pengajaran Rumus


108 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

10.1.2 Pendekatan Teori yang Sesuai dengan Pelajar


Sekolah Menengah
Setelah anda mengetahui pendekatan
teori yang sesuai untuk pelajar
sekolah rendah, anda pasti tertanya-
tanya apa pula pendekatan teori
yang sesuai untuk pelajar sekolah
menengah? Pendekatan teori kesahan
psikologi sesuai dengan pelajar
sekolah menengah. Kesahan
psikologi ialah konsep keilmuan
yang mengandaikan bahawa huraian
yang dikemukakan untuk menjelaskan sesuatu perkara, sewajarnya menepati
perkara sebenarnya yang berlaku yang harus bertepatan dengan realiti.

Jika anda merujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang
dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria kesahan
psikologi (Steinberg, 1982: 188). Dalam memberikan huraian tentang proses
penggunaan bahasa pula, sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari
sudut konsep kesahan psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara
wajar lakuan penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada
bunyi-bunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa. Chomsky (1985:
101) menerangkan bahawa secara teknikal, teori linguistik adalah teori
mentalisme kerana teori ini terlibat dalam hal menemukan hakikat mentalisme
yang mendasari gerak laku sebenarnya.

Berasaskan pendekatan ini, pengetahuan akan memungkinkan pengguna bahasa


menggunakan unsur-unsur yang terkandung dalam sesuatu bahasa secara tepat
dan berkesan. Maksudnya, akal budi pengguna bahasa telah dibekalkan dengan
pengetahuan bahasa yang bersifat utuh atau menyeluruh dalam jumlah berpada.

Berdasarkan pendekatan teori yang sesuai bagi sekolah menengah, pelajar


memerlukan pengetahuan tentang dua aspek kebahasaan, iaitu:
Ć pengetahuan tentang rumus-rumus nahu; dan
Ć kemahiran untuk mengemukakan output bahasa, selain mentafsir input
bahasa dengan wajar dan tepat.

Aspek kenahuan merujuk kepada kebolehan menyusun unsur-unsur bahasa


dalam urutan linear atau dalam susunan selari secara betul, manakala kemahiran
mengutarakan output dan mentafsir input merujuk kepada keupayaan untuk
membuat pilihan yang tepat daripada pelbagai pilihan yang ada. Dengan
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 109

pengertian lain, aspek pertama melibatkan pengetahuan tentang struktur atau


bentuk ayat, manakala aspek kedua tentang kecekapan memilih unsur-unsur
atau kosa kata yang tepat yang bersesuaian dengan keperihalan keadaan
sesebuah ayat.

Untuk memastikan wujud kesahihan tentang kesahan psikologi, sesuatu


program pengajaran bahasa seharusnya mengambil kira beberapa aspek
pengajaran seperti berikut:
(i) Pengetahuan nahu dan kekangan-kekangan sosial semasa berbahasa.
(ii) Akal budi pelajar sekolah menengah sewajarnya mengandung kedua-dua
aspek pengetahuan bahasa.

Selain kemahiran lisan, seseorang pelajar yang unggul harus dapat


menyampaikan hasratnya secara bertulis. Ini kerana dalam dunia yang serba
moden, budaya berbahasa lisan dalam proses penyampaian maklumat semakin
hari semakin diganti oleh budaya bertulis. Jika kemudahan telekomunikasi
semakin hari semakin mementingkan kemahiran penulisan, setiap pelajar
menengah seharusnya menguasai kemahiran menulis dengan baik.

Kemahiran berbahasa di peringkat ayat belum mampu memungkinkan


seseorang pelajar sekolah menengah menjadi pengguna bahasa berkesan. Ini
kerana bahasa tidak digunakan dalam suatu lowongan atau vacuum, tetapi
bahasa adalah alat komunikasi dalam keperihalan keadaan yang pelbagai.
Ketaksaan makna, sama ada yang bersifat leksikal atau struktur boleh wujud jika
ayat-ayat dianalisis secara tunggalan atau terpisah daripada keperihalan
keadaannya. Ketaksaan sering kali terjelas apabila ayat diamati dan difahami
dalam keperihalan keadaan dengan berdasarkan kewujudannya (Brown,
1980:190).

10.2 PEDAGOGI PENGAJARAN


Dalam pengajaran bahasa, seseorang guru
yang baik harus sentiasa memikirkan
kekurangan-kekurangan yang ada pada
dirinya dalam usaha untuk menghasilkan
pengajaran yang berkesan dengan
pencapaian pelajar yang maksimum. Ini
juga menggambarkan bahawa guru perlu
mempunyai satu prinsip tentang
pedagogi pengajaran.
110 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

Berhubung dengan prinsip-prinsip tersebut, anda akan menerima paparan


tentang dua sudut pengajaran yang berasaskan aliran Behaviorisme, Kognitif
dan Interaksionalisme. Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran
Behaviorisme adalah berhubung dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang
berkisar kepada enam prinsip yang lebih umum, iaitu:

Bil. Prinsip
1. Bahasa lisan menjadi keutamaan.
2. Bahasa adalah suatu tabiat.
3. Pengukuhan adalah penting dalam pengajaran.
4. Mengutamakan model bahasa yang baik.
Wujudkan operasi rangsangan dan tindak balas
5.
dalam pengajaran.
6. Latihan pembelajaran diperkukuh.

Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Kognitif adalah berhubung dengan


teori-teori pemerolehan bahasa yang juga berkisar kepada enam prinsip yang
lebih umum, iaitu:

Bil. Prinsip
1. Pembelajaran merupakan proses mental.
2. Semua kanak-kanak dapat mempelajari bahasa kerana mereka telah dilahirkan
dengan kebolehan semula jadi untuk berbuat demikian.
3. Dalam keadaan normal, kadar perkembangan bahasa adalah sama bagi kanak-
kanak dalam peringkat kematangan yang sama.
4. Dalam huraian bahasa, penyampaian makna lebih diutamakan.
5. Dalam proses pembelajaran, tulisan dan bacaan diutamakan.
6. Kajian-kajian bahasa disampaikan secara deduktif dan tatabahasa disampaikan
secara formal.

Prinsip pengajaran bahasa berasaskan aliran Interaksionalisme adalah


berhubung dengan teori-teori pemerolehan bahasa yang hanya berkisar kepada
tiga prinsip yang lebih umum, iaitu:

Bil. Prinsip
1. Dalam sesuatu komunikasi bahasa, penyampaian makna diutamakan.
2. Pembelajaran bahasa merupakan proses mental dan linguistik.
3. Pengajaran dan pembelajaran bahasa memerlukan penumpuan terhadap tugas-
tugas atau aktiviti-aktiviti bermakna.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 111

10.2.1 Pedagogi yang Sesuai dengan Tahap Pelajar


Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering digunakan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut pengamal linguistik
Amerika, Anthony (1963), pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkaitan dengan proses pengajaran yang diamalkan dalam pembelajaran
sesuatu mata pelajaran supaya sesuai dengan tahap pelajar.

Jadual 10.1 memberikan anda huraian mengenai beberapa jenis pendekatan yang
diamalkan dalam pembelajaran bahasa.

Jadual 10.1: Beberapa pendekatan serta huraiannya

Pendekatan Huraian
Induktif Ć Melibatkan satu proses penaakulan yang tinggi.
Ć Pelajar digalakkan mencari, meneliti dan mempelajari.
Ć Pelajar mengemukakan rumusan dengan sesuatu sebab atau
contoh dan membuat generalisasi.
Deduktif Ć Mengasaskan pengajaran dan pembelajaran murid kepada
hukum-hukum tertentu.
Ć Menggunakan proses penaakulan yang tinggi.
Ć Pembelajaran dimulakan dengan melihat hukum-hukum atau
mempelajari peraturan-peraturan tertentu, menganalisis dan
mengaplikasikannya.
Eklektik Ć Gabungan beberapa pendekatan.
Ć Menggabungkan ciri-ciri yang baik daripada beberapa
pendekatan.
Ć Tujuan pendekatan adalah untuk menghasilkan strategi
pengajaran dan pembelajaran berkesan.
Ć Sesuai digunakan bagi kelas-kelas yang terdiri daripada
pelajar-pelajar pelbagai kebolehan.
Komunikatif Ć Berpusatkan bentuk-bentuk komunikatif seperti bercerita,
melapor dan menyampaikan maklumat.
Ć Memberikan penekanan kepada penyerapan bentuk-bentuk
gramatikal untuk tujuan berkomunikasi.
Ć Menyerapkan faktor-faktor kognitif dan sosiobudaya.

Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik dengan
tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa pendek. Kaedah
merupakan cara mendekati sesuatu objektif pelajaran yang penyampaian
langkah-langkahnya berdasarkan susunan yang teliti dan rapi (sila lihat Jadual
112 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

10.2). Anthony berpendapat bahawa kaedah merujuk kepada ikhtiar keseluruhan


yang terbentuk dalam satu set prosedur tersusun dengan berlandaskan suatu
pendekatan yang dipilih. Anthony juga membuat rujukan bahawa teknik ialah
satu strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai objektif pelajaran yang
optimum (sila lihat Jadual 10.3).

Jadual 10.2: Kaedah dan Huraiannya

Kaedah Huraian
Tatabahasa Ć Dirancang untuk memberikan kemahiran menulis.
Terjemahan
Ć Menentukan perbendaharaan kata diberikan pada awal
pelajaran.
Ć Kata-kata disusun dalam ayat menerusi hukum tatabahasa.
Ć Isi atau kefahaman tidak dipentingkan sangat, tetapi hanya
sebagai latihan tatabahasa untuk menentukan terjemahan
dalam bahasa ibunda.
Terus Ć Membolehkan pelajar menguasai kempat-empat kemahiran
berbahasa.
Ć Kaedah ini digunakan berlandaskan empat asas, iaitu
perhubungan langsung antara perkataan dan benda,
mengaitkan pengalaman, menimbulkan perasaan ingin tahu
anak-anak dengan berpandukan lunas-lunas berbahasa.
Audiolingual Ć Sistem mengekod makna.
Ć Digunakan secara linear.
Ć Bahasa dianalisis secara deskriptif.
Ć Bahasa sebagai satu sistem ke arah pembinaan frasa, klausa
dan ayat.
Situasional Ć Pengajaran bahasa dimulakan dengan bahasa pertuturan.
Ć Bahasa sasaran ialah bahasa bilik darjah.
Ć Aspek bahasa dilatih mengikut situasi.
Ć Mematuhi perbendaharaan kata.
Ć Bahasa dan penulisan diperkenalkan sebaik sahaja asas
leksikal dan tatabahasa dapat dikuasai pelajar dengan
sepenuhnya.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 113

Jadual 10.3: Strategi Teknik yang digunakan oleh Guru untuk Mencapai Objektif
Pelajaran yang Optimum

Teknik Huraian
Bercerita Ć Pelajar lebih pantas menumpukan perhatian, di samping
menjadikan pembelajaran menyeronokkan.
Bersyarah Ć Menerang, memberikan interpretasi dan menghuraikan idea-idea
dan konsep-konsep.
Ć Waktu terluang adalah untuk perbincangan.
Berbincang Ć Pelajar dapat memperkembang pertumbuhan diri dan sosial
dengan baik.
Ć Mengutamakan pendapat-pendapat dan bekerjasama.
Latih Tubi Ć Memikirkan bahan yang dipelajari.
Ć Mengulang bahan yang dipelajari.
Ć Mengucapkan bahan di depan guru.
Ć Mengingatkan bahan yang dipelajari.
Penyelesaian Ć Kenal masalah.
Masalah Ć Menentukan masalah.
Ć Mencadangkan penyelesaian.
Ć Meneliti penyelesaian.
Ć Membuat kesimpulan.
Sumbang Ć Semua pelajar melibatkan diri secara berkomitmen.
Saran Ć Ahli-ahli kumpulan boleh mencadangkan pemikiran.
Ć Semua idea diterima.
Ć Pendapat diperkembang.
Ć Wujud pemikiran kritis.

10.2.2 Persediaan Pengajaran Mikro


Dalam pengajaran mikro, anda harus bersedia dengan pelbagai aspek,
khususnya yang melibatkan jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar. Walau
bagaimanapun, pengkhususan haruslah berkisar kepada faktor-faktor berikut:
Ć Pemilihan bahan-bahan pengajaran
Ć Pengolahan bahan pengajaran
Ć Pembinaan bahan pengajaran
Ć Penggunaan bahan pengajaran
114 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

(a) Pemilihan Bahan-Bahan Pengajaran


(i) Berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran.
(ii) Bahan mengandung unsur-unsur falsafah pendidikan.
(iii) Menggunakan bahasa secara efektif.
(iv) Wujud perkaitan antara aspek bahasa dengan proses pengajaran
dan pembelajaran.

(b) Pengolahan Bahan Pengajaran


(i) Menjadikan dialog bersifat komunikatif.
(ii) Memenuhi keperluan pelajar sama ada dari segi luaran ataupun
psikologi.
(iii) Menggunakan bahasa autentik.

(c) Pembinaan Bahan Pengajaran


(i) Menyampaikan maksud dalam bentuk fungsi bahasa.
(ii) Bahasa digunakan secara tepat.
(iii) Kepelbagaian pengajaran bahasa adalah untuk mendedahkan
pelajar dengan variasi bahasa yang digunakan secara meluas
dalam masyarakat.
(iv) Kemahiran berbahasa harus digabungjalinkan untuk mewujudkan
satu strategi pembelajaran bermakna.

(d) Penggunaan Bahan Pengajaran


(i) Mengikut keperluan pancaindera pelajar.
(ii) Pastikan bahan berasaskan sukatan pelajaran bahasa.
(iii) Bahan mestilah disusun dengan mengambil kira isi semasa.
(iv) Kaji jumlah dan kualiti bahan.

AKTIVITI 10.1
(a) Berikan empat contoh, masing-masing bagi pendekatan, kaedah
dan teknik pengajaran.
(b) Huraikan langkah-langkah pengajaran mikro dalam bahasa.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 115

10.3 PROSES PENILAIAN


Penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran.
Ia adalah aktiviti atau proses yang bersistematik untuk mendapatkan maklumat
berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran atau
pembelajaran. Berikut merupakan tatacara pelaksanaan penilaian:
(i) Penilaian Formatif adalah untuk mendapatkan maklum balas berhubung
dengan kemajuan proses pengajaran oleh guru.
(ii) Tujuan penilaian formatif adalah untuk membantu dan membaiki proses
pengajaran dan pembelajaran.
(iii) Keputusan penilaian adalah untuk pemeringkatan dan perbandingan
antara seorang pelajar dengan seorang pelajar yang lain.
(iv) Penilaian Sumatif pula adalah untuk mengesan secara menyeluruh
tentang taraf pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran. Matlamat
utama penilaian jenis ini adalah untuk memberikan markah atau gred
kepada seseorang pelajar supaya dapat membandingkannya dengan
markah pelajar lain dalam kumpulannya.

10.3.1 Soalan-Soalan untuk Menilai Penguasaan


Pelajar
Soalan-soalan untuk menilai penguasaan pelajar hendaklah berasaskan kepada
jenis-jenis ujian bahasa. Ujian bahasa yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
(a) Ujian Pencapaian juga disebut sebagai ujian sumatif. Tujuan ujian ini
adalah untuk menilai hasil pengajaran berdasarkan pengukuran
pencapaian pelajar secara menyeluruh.
(b) Ujian Penempatan bertujuan menempatkan pelajar dalam kursus atau
kumpulan tertentu. Pelajar diasingkan mengikut kumpulan.
(c) Ujian Bakat adalah khusus untuk menilai prestasi seseorang pelajar
dalam pelajaran atau kemahiran bahasa yang akan dipelajarinya.
(d) Ujian Diagnostik adalah untuk mengesan kelemahan-kelemahan atau
masalah yang dihadapi pelajar dalam proses pembelajaran. Tujuannya
adalah untuk mengesan daerah-daerah kelemahan dan merancang serta
menjalankan aktiviti-aktiviti pemulihan.
(e) Ujian Formatif dilaksanakan untuk menentukan kemajuan pelajar dari
semasa ke semasa sepanjang pembelajaran. Ujian ini dijalankan semasa
kursus diadakan dan tujuannya adalah untuk mempercepat proses
pembelajaran.
116 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

Jadual 10.4: Bentuk Ujian


Ujian Jenis Ujian
Ujian Objektif: Ujian ini ialah ujian yang (a) Item jawapan pendek.
pendek-pendek yang melibatkan proses (b) Item jenis pilihan.
menanda, membulat, menggaris, mengisi (c) Item beraneka pilihan.
tempat kosong dan gerak balas ringkas yang (d) Item betul-salah.
lain. Ujian ini dibentuk daripada beberapa (e) Item padanan.
item objektif yang boleh diperiksa secara (f) Item key list.
objektif, iaitu pemeriksa-pemeriksa berlainan (g) Item aturan terbaik.
untuk memperoleh skor yang sama ketika (h) Item objektif kloz
memeriksa tindak balas yang serupa.
Ujian Subjektif: Ujian ini lazimnya berbentuk (a) Gerak balas terhad (jawapan
esei. Calon diminta membuat huraian tepat mengingat kembali dan pendek).
dan jelas terhadap soalan-soalan yang diberi. (b) Gerak balas lanjutan (memerlukan
Ujian ini memberikan peluang kepada calon jawapan kepada perkataan seperti
untuk memberikan gerak balas dalam tulisan terangkan, huraikan dan bezakan).
dan perkataan mereka sendiri.

10.3.2 Langkah-Langkah Membina Ujian


Setelah mengetahui bentuk-bentuk soalan yang sesuai untuk menilai penguasaan
pelajar, kita bincangkan pula langkah-langkah yang perlu diambil untuk
membina soalan ujian. Rajah 10.1 menunjukkan langkah-langkah membina ujian.

Rajah 10.1: Langkah-langkah membina ujian


TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 117

Kesahan: Sejauh manakah satu-satu bahan ujian dapat mengukur tentang apa-
apa yang hendak diukur.

Kebolehpercayaan: Melihat ketekalan markah satu-satu ujian dalam mengukur


apa-apa yang hendak diuji. Maksud ketekalan ialah markah yang dihasilkan
dalam satu-satu ujian telah diperoleh pengambil ujian tanpa sebarang gangguan.
Gangguan adalah seperti keletihan, ketegangan, kebimbangan atau faktor-faktor
lain yang menjejaskan pengambil ujian.

10.3.2 Langkah-Langkah Pemulihan dan


Pemantapan
Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas untuk
membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di sekolah. Kegiatan
pemulihan biasanya dilakukan dalam tempoh jangka masa pendek. Sebagai
guru, anda berperanan untuk mematuhi beberapa prinsip pemulihan dan
pemantapan yang telah digariskan. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti
berikut:

Proses pemulihan pula perlu melalui beberapa peringkat seperti yang


ditunjukkan dalam Rajah 10.2.
118 X TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN

Rajah 10.2: Peringkat proses pemulihan

SEMAK KENDIRI 10.1


(a) Nyatakan perbezaan antara kaedah dan teknik pengajaran.
(b) Sediakan satu kaedah pengajaran yang sesuai untuk menulis
karangan.
(c) Jelaskan ciri-ciri penilaian dan pemulihan.

Ć Menurut ahli-ahli kognitif, perubahan dalam tingkah laku manusia adalah


sejajar dengan perubahan yang berlaku dalam kognitif.
Ć Proses pembelajaran adalah bersifat evolusi, iaitu mempelajari bahasa
sedikit demi sedikit.
Ć Jika anda merujuk kepada nahu atau tatabahasa, maka huraian yang
dikemukakan oleh nahu tersebut akan dianggap memenuhi kriteria kesahan
psikologi.
Ć Dalam memberikan huraian tentang proses penggunaan bahasa pula,
sesuatu teori gerak laku bahasa dikatakan sah dari sudut konsep kesahan
psikologi apabila huraian itu dapat menerangkan secara wajar lakuan
penutur dalam menukarkan sesuatu idea atau pemikiran kepada bunyi-
bunyi bahasa semasa proses penghasilan output bahasa.
Ć Dalam aspek pedagogi, konsep pendekatan, kaedah dan teknik sering
digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan ialah
satu set andaian yang saling berkaitan dengan proses pengajaran dan
pembelajaran yang diamalkan dalam pengajaran sesuatu mata pelajaran
supaya sesuai dengan tahap pelajar.
TOPIK 10 APLIKASI DALAM PENGAJARAN W 119

Ć Kaedah pula merujuk kepada satu set siri tindakan guru yang sistematik
dengan tujuan mencapai objektif pelajaran tertentu dalam jangka masa
pendek.
Ć Penilaian merupakan aktiviti atau proses yang bersistematik untuk
mendapatkan maklumat berguna dalam menentukan pencapaian sesuatu
objektif pengajaran atau pembelajaran.
Ć Konsep pemulihan dan pemantapan merupakan langkah-langkah khas
untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di
sekolah.

Behaviurisme Kognitif
Deduktif Komunikatif
Ekletik Pemulihan
Induktif Pendekatan
Interaksionalisme Penilaian Formatif
Kaedah Penilaian Sumatif
Kebolehpercayaan Teknik
Kesahan

Ć Anthony, E. M. (1963). Approach, method and technique. English


Language Teaching.

Ć Brown, H. D. (1980). Principles of foreign language learning and teaching.


Englewood Cliffs: N: Prentice Hall.

Ć Chomsky, N. (1985). Aspect of theory of Syantax. Massachusset:


Massachusset Institute of Technology Press.

Ć Steinberg, D. (1982). Psycholinguistic: Language, Mind and World.


London: Longman.

Ć Steinberg, D. (1990). Psikolinguistik: Bahasa, Akal Budi dan Dunia. Terj.


Azhar M. Simin. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

You might also like